LEBAI MALANG NAMA : KELAS : SEKOLAH : Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 1 Pada suatu hari, seorang penduduk kampungdatangkerumahLebaiMalang. “Saya hendak jemput Pak Lebai datang ke rumah saya esok. Saya buat kenduri kahwin. Saya sembelih kerbau,” kata orang itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 2 “Di manakah rumah kamu?” Lebai Malang ingin tahu. “Rumah saya terletak di hulu sungai,” jawab orang itu. “Baiklah! Saya akan datang. Terima kasih!” ujar Lebai Malang.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 3 Kemudian, datang orang lain pula. “Saya hendak jemput Pak Lebai datang ke rumah saya esok. Saya buat majlis bercukur untuk anak saya,” kata orang itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 4 “Di manakah rumah kamu?” Lebai Malang ingin tahu. “Rumah saya terletak di hilir sungai,” jawab orang itu. “Baiklah! Saya akan datang. Terima kasih!” ujar Lebai Malang.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 5 Keesokan harinya, Lebai Malang hendak pergi ke tempat jemputan. “Tempat mana dulu harus aku pergi?” dia cuba berfikir.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 6 “Kalau aku pergi ke tempat kenduri tentu enak dapat makan daging kerbau. Kalau aku pergi ke tempat majlis bercukur, mungkin makan lempeng sahaja, ” fikirnya lagi.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 7 Lebai Malang lalu ingin pergi ke tempat kenduri di sebelah hulu. Dia mahu makan daging kerbau. Dia pergi dengan sampan. Namun, dia terpaksa berkayuh melawan arus sungai. Oleh yang demikian, dia lambat sampai.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 8 Ketika dia sampai, majlis kenduri sudah selesai. Hidangan lauk juga sudah habis. “Malang sungguh nasibku!” Lebai Malang mengeluh.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 9 Lebai Malang pergi pula ke tempat majlis bercukur di sebelah hilir. Dia tidak perlu berkayuh kerana air sungai mengalir ke sebelah hilir.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 10 Oleh yang demikian, dia cepat sampai. Tetapi ketika Lebai Malang sampai, majlis bercukur juga telah selesai.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 11 “Malang sungguh nasibku!” dia mengeluh. Terpaksalah dia pulang dengan perut lapar. Itulah akibatnya, jika tamak. Orang tamak selalu rugi.