The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTANDINGAN FLIP BOOK
PERSATUAN SAINS & STEM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36365984, 2021-08-20 11:02:02

TUNKU ABDUL RAHMAN

PERTANDINGAN FLIP BOOK
PERSATUAN SAINS & STEM

KEHIDUPAN PERIBADI

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah

08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali
sebagai Istana Pelamin , Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak
yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah , Sultan yang ke-24.

Bondanya Cik Menyelara , seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak
berdarah gahara , ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb) , seorang
pegawai daerah Thailand.

Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal
pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan
Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak
adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah
membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa menghendap burung
dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di
kakinya.

PENDIDIKAN

1909 memulakan pendidikannya di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa

berbahasa Siam di rumah, beliau belajar Bahasa Melayu di sekolah itu.
Seorang guru pula datang ke sebuah sekolah kerajaan Bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej
Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada
waktu petang.

1913 (10 tahun), Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap Bersama Tunku Yusuf ibni Sultan

Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat(Debsirindir School).

1916 (13 tahun) Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Seorang

yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.

1919 (16 tahun) Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di

Kolej St Catherine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima
pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak
dibenarkan tinggal di asrama kerana Dasar Aparteid (kulit berwarna) masih diamalkan, beliau
membantah sehingga akhirnya pengetua sekolah itu meminta maaf.

1927 (24 tahun) Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti

Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.

1930(27 tahun) Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple.
1931(28 tahun) Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-undang

Kedah dengan gaji RM300 sebulan dan seterusnya dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala
Nerang.

1938 (37 tahun) Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung

pelajaran undang-undangnya. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita
bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

1957 Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar “Pesta Bola Sepak”.

Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia
(AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

KERJAYA

1946 (43 tahun) - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah)
Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong
Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor. Beliau juga menyertai
UMNO.
1951(48 tahun) – Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di
Kedah.
1956(53 tahun) – England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu.
1957(54 tahun) – Persekutuan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Menjadi
Perdana Menteri pertama. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang
merupakan pertandingan bola sepak antarabangsa.
1958 (55 tahun) – Presiden pertama Asian Football Confederation(AFC)
1960(57 tahun) – Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM).
1961(58 tahun) – Menubuhkan Association of Southeast Asia(ASA). Menjadi tuan
rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
1963(60 tahun) – Membentuk Malaysia pada 16 September.
1969(66 tahun) – Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) dan
dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971(68 tahun) – Bersara dari politik.
06 Disember 1990 Tunku Kembali ke rahmatullah. Seluruh negara berkabung atas
pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar ucap takziah. Atas wasiat
almarhum, jenazah disemadikan di Makam Diraja. Langgar.

LALUAN KEMERDEKAAN

Tunku Abdul Rahman Putra, putera raja dari Kedah yang
menjadi Perdana Menteri pertama negara kita. Putera
berjiwa rakyat ini digelar Bapa Kemerdekaan kerana
tanpa usaha beliau, belum tentu kemerdekaan milik Tanah

Melayu pada 31 Ogos 1957. Jerih perih pengorbanan Almarhum Tunku
bersama para pejuang kemerdekaan harus kita hargai dengan
mengekalkan kemerdekaan yang sudah kita kecapi ini.

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke
London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun,
percubaan sulung itu tidak Berjaya. Pada tahun yang berikutnya, pilihan
raya persekutuan yang pertama diadakan. Tunku dilantik sebagai Ketua
Menteri Malaya yang pertama.

Pada tahun 1955, Tunku membuat sekali lagi perjalanan ke London
untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau
berjaya dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh
kemerdekaan.

Sewaktu bendera British diturunkan di Kuala
Lumpur pada hari kemerdekaan. Tunku mengetuai
orang ramai untuk melaungkan “Merdeka”.

MANGKATNYA SEORANG
PEJUANG

Tunku telah mangkat pada tanggal 6
Disember 1990 pada usia 87 tahun , setelah
20 tahun bersara sebagai Perdana
Menteri.Kemangkatan Tunku diumumkan
oleh Ketua Setiausaha Negara pada ketika
itu,Tan Sri Ahmad Sarji. Jenazah Almarhum Tunku diletakkan di
Banggunan Parlimen untuk istiadat penghormatan terakhir untuk
rakyat jelata.
Seterusnya jenazah Almarhum Tunku diterbangkan ke Alor Setar
untuk dimakamkan di Makam Diraja Langgar , Kedah.Baginda telah
berwasiat untuk dimakamkan Bersama nenek moyang beliau di
Makam Diraja Langgar sebulan sebelum kemangkatan beliau iaitu
pada 5 November 1990.
AL FATIHAH untuk ALMARHUM TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA ALHAJ. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh
beliau.

INFO MENARIK

Anak lelaki yang ke-14 dan anak yang ke-20 kepada Sultan Kedah, Sultan
Abdul Hamid Halim Shah.
Pelajar pertama menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan
pelajaran di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge , England.
Memohon untuk tinggal di kolej tetapi ditolak kerana warna kulitnya. Pihak
universiti akhirnya manawarkan tempat tinggal di kolej hanya menyedari
beliau merupakan anak Sultan Kedah.
Menduduki peperiksaan bar pada tahun 1930 tetapi gagal. Hanya selepas 9
tahun beliau akhirnya lulus.
Dipercayai mempunyai sekurang-kurangnya empat perkahwinan di mana
hanya tiga sahaja yang disahkan secara rasmi.
Dilantik menjadi Presiden Gabungan Bola Sepak Asia (Asian Football
Confederation , AFC) yang pertama pada tahun 1958.
Pengerusi akhbar The Star pada tahun1977.
Mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan lumba kuda.
Malaysia adalah tiga kali ganda lebih berbanding Korea Selatan dan tidak
jauh di belakang Jepun , Singapura dan Hong Kong di bawah
pemerintahannya.
Dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1963 , 16 tahun selepas
Merdeka. Sebelum itu , jawatan beliau ialah Ketua Menteri Malaya.
Meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun.

MUTIARA KATA


Click to View FlipBook Version