The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rancangan Pengajaran Harian .
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun : 2
Tajuk : Indahnya Persahabatan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPP51022 Mohamad Syukri Latifi Bin Mohamed@Md Nawi, 2023-03-17 04:03:56

RPH PENDIDIKAN ISLAM (INDAHNYA PERSAHABATAN)

Rancangan Pengajaran Harian .
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tahun : 2
Tajuk : Indahnya Persahabatan

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun 2 1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Adab) 2. Kelas 2 Toleransi 3. Tarikh / Hari 27.2.2023 4. Masa 2.30-3.30 petang 5. Bilangan Murid 25 Orang 6. Tajuk Indahnya Persahabatan 7. Pengetahuan Sedia Ada Murid-murid telah belajar dan mengenali apa itu sahabat sewaktu di sekolah. 8. Standard Kandungan 5.2 Menaakul dan mengamalkan adab bersahabat dalam kehidupan bermasyarakat mengikut sunnah Rasulullah. 9. Standard Pembelajaran 5.2.1 Menerangkan maksud sahabat. 5.2.2 Membaca dalil naqli yang berkaitan adab bersahabat. 5.2.3 Mengaplikasi adab-adab bersahabat mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian. 5.2.4 Merumus kepentingan mengamalkan adab-adab bersahabat mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian. 10. Objektif Pembelajaran Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, Murid dapat : 1. Menyatakan maksud sahabat dengan betul setelah mendengar penerangan guru. 2. Membaca dalil naqli yang berkaitan adab bersahabat dengan tepat selepas aktiviti latih tubi dan bimbingan guru. 3. Menganalisis adab-adab bersahabat mengikut sunnah Rasulullah dengan betul selepas aktiviti perbincangan dan pengukuhan interaktif. 4. Merumus kepentingan mengamalkan adab-adab bersahabat mengikut sunnah Rasulullah dalam


kehidupan harian dengan jelas selepas aktiviti perbincangan. 11. Kemahiran Berfikir Membuat pertimbangan dan wajaran yang betul menggunakan peta i-THINK. 12. Gabung Jalin Sirah : Adab Bersahabat mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w 13. Penyerapan Pendidikan Moral : Terima Kasih, Kawan-Kawan 14. Penerapan Nilai Kasih Sayang, Prihatin, Hormat-menghormati, Kerjasama 15. Amalan Pedagogi Masa Kini Pembelajaran Koperatif 16. Kemahiran Insaniah Kemahiran Sosial : Kerja Berpasukan 17. EMK 1. Keusahawanan : Murid bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja berkumpulan. 2. Teknologi Maklumat : Menarik minat menggunakan aplikasi interaktif . 3. Kreativiti : Membina peta i-THINK . 18. Penilaian P&P 1. Lisan 2. Tulis 3. Pemerhatian 19. Bahan Bantu Mengajar 1. Video 2. Google Site 3. Slaid 4. Peta i-THINK 5. Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 2


Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Mukaddimah (3 Minit) Bacaan doa sebelum belajar: Bacaan Syahadah: - Seorang murid diminta oleh guru mengetuai bacaan doa. - Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa Bersama-sama / mengaminkan bacaan-doasemua murid melafaz kalimah syahadah bersama-sama. Penerapan Nilai : - Khusyuk - Tawakal - Adab Berdoa Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Set Induksi (5 Minit) Tayangan Video : Soalan : 1. Apakah situasi yang kamu lihat dalam video ini? 2. Siapakah yang sering membantu kamu di sekolah? 3. Adakah kamu mempunyai sahabat? Sebutkan nama sahabat yang paling rapat. 1. Murid melihat tayangan video mengenai situasi di sekolah. 2. Soal jawab guru dan murid berdasarkan video yang ditayangkan. 3. Rumusan dibuat oleh guru dan mengaitkan dengan adab-adab bersahabat. Kaedah : Soal Jawab Bahan Bantu Mengajar : Video Nilai : Berani Kemahiran : Menjana idea KPPB : Pemikiran Kritis, Komunikasi, Sahsiah Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 1 (10 Minit) Tayangan ”Google Slide” mengenai pengertian sahabat serta dalil naqli adab bersahabat : 1. Sumbang saran tentang pengertian sahabat mengikut perspektif Islam. 2. Murid mendengar penerangan guru mengenai pengertian sahabat . 3. Murid diperdengarkan Kaedah: Sumbangsaran, Latih-tubi. E.M.K : Teknologi Maklumat dan komunikasi Gabung jalin : Hadis (Dalil Naqli Adab


bacaan dalil naqli adab bersahabat dan pengertiaannya melalui audio. 4. Murid diminta untuk membacanya secara talaqqi musyafahah dan latih tubi dengan bimbingan guru. 5. Murid menjawab soalan guru. Bersahabat) Kemahiran : Menjana Idea. Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 2 (15 minit) Adab-Adab Bersahabat : 1. Murid dalam kumpulan diminta untuk membaca mengikut potongan kisah sahabat yang diberikan guru. 2. Murid dalam kumpulan diminta untuk menganalisis adab-adab bersahabat berdasarkan potongan kisah yang diberi. 3. Murid mendengar penjelasan dan rumusan guru. 4. Wakil murid menceritakan adab bersahabat yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Kaedah : Perbincangan Nilai : Bekerjasama Kompetensi Pembelajaran bermakna : - Kolaboratif - Pemikiran Kritis - Komunikasi


Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 3 (15 minit) Kepentingan mengamalkan adab bersahabat mengikut sunnah Nabi Muhammad 1. Tayangan video mengenai adab bersahabat yang diamalkan Nabi Muhammad pada google site. 2. Murid melakukan aktiviti sumbang saran bersama guru mengenai kepentingan mengamalkan adab bersahabat . 3. Murid dalam kumpulan diminta untuk memilih kad yang menunjukkan kepentingan mengamalkan adab bersahabat melalui peta i-THINK. 4. Hasil tugasan dipamerkan dihadapan kelas dan diberi peneguhan. Teknologi Maklumat : Aplikasi Google Site Nilai : Yakin, Bersungguhsungguh Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 4 (10 minit) Permainan Saya Sahabat yang Baik 1. Sumbang saran murid dalam kumpulan mengenai amalan sahabat yang baik menggunakan aplikasi ”Jam Board”. 2. Peneguhan diberikan kepada murid yang memberikan jawapan. 3. Rumusan guru terhadap amalan yang perlu diamalkan murid sebagai sahabat. BBM : Aplikasi Jam Board Nilai : Kasihsayang Pembelahjaran kolaboratif


Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Penutup (2 minit) Penutup Kognitif : Google Slide berkaitan adab sahabat Penutup Sosial : Sentiasa mencontohi dan mengamalkan adab bersahabat mengikut Rasulullah kerana sahabat adalah cerminan diri kita. 1. Murid diminta mengingat kembali isi pelajaran. 2. Murid diingatkan agar sentiasa mencontohi dan mengamalkan adab bersahabat mengikut sunnah. 3. Lembaran kerja dan pengukuhan secara interaktif diberi kepada murid untuk dilaksanakan sebagai kerja lanjutan di aplikasi google site. Penerapan Nilai : Meneladani sifat mahmudah Rasulullah


Click to View FlipBook Version