The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN 2 (KELAS 2, SJHK3223)

AHLI KUMPULAN:
1. NURASMA SYAMIMI IZZATI BINTI MUHAMMAD YUSNI
2. KAUTHAR BINTI NOOR AZLIE
3. NG MENG TING

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM60621 Nurasma Syamimi Izzati Binti Muhammad Yusni, 2023-03-04 20:20:52

PENTAKSIRAN BERTERUSAN SJHK3223 : TUGASAN 2

KUMPULAN 2 (KELAS 2, SJHK3223)

AHLI KUMPULAN:
1. NURASMA SYAMIMI IZZATI BINTI MUHAMMAD YUSNI
2. KAUTHAR BINTI NOOR AZLIE
3. NG MENG TING

M A S J I D RAJA NAZRIN SHAH Kampung Rapat Jaya Tambahan, 31350 Ipoh, Perak Sejarah TUGASAN 2 SEJARAH LISAN & PENDOKUMENTASIAN SJHK3223


PENSYARAH DR MOHAMED JEFFERI BIN HJ MAT LAZIM AHL I KUMPULAN KAUTHAR BINTI NOOR AZLIE NG MENG TING NURASMA SYAMIMI IZZATI BINTI MUHAMMAD YUSNI


SOALAN TUGASAN : i


Kami memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang dalam melengkapkan tugasan Pentaksiran Berterusan, Tugasan 2 bagi subjek Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (SJHK3223 ) dengan jayanya. Ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada semua individu yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam membantu kami menghasilkan sebuah tugasan yang mantap dan sarat dengan ilmu pengetahuan. Sekalung budi penghargaan ini kami tujukan khas kepada pendidik kami iaitu Dr Mohamed Jefferi B Hj.Mat Lazim yang banyak memberikan bimbingan da n tunjuk ajar kepada kami dan rakan rakan sewaktu proses penghasilan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat sahabat terdekat kerana sudi menghulurkan tangan sewaktu kami memerlukan tunjuk ajar dalam memantapkan lagi penulisan ini. Segala bimbingan dan bantuan yang dihulurkan amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih. PENGHARGAAN ii


ISI KANDUNGAN Pengenalan Sejarah Penubuhan Masjid Raja Nazrin Shah Perkembangan Masjid Raja Nazrin Shah Peranan Masjid Raja Nazrin Shah Pencapaian dan Kejayaan Masjid Raja Nazrin Shah Rumusan Rujukan Lampiran 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. iii 1 3 6 14 22 32 33 34


P E N G E N A L A N Masjid merupakan rumah Allah yang melambangkan keagungan agama Islam sebagai satu syiar agama yang kukuh di seluruh dunia. Tambahan pula, masjid berperanan dalam melahirkan umat Islam yang beriman dan bertakwa untuk menjalani kehidupan dunia dan akhirat berpaksikan kepada Allah S.W.T. (Ridhuwan Remly, 2019). Menurut Azarudin Awang (2021), perkataan masjid telah disebut sebanyak 26 kali, dan membuktikan peranan besar sesebuah masjid itu dalam masyarakat Islam. Masjid pertama yang dibina ialah Masjid at-Taqwa yang terletak di Quba' pada tahun 622 M oleh Rasulullah SAW. Terdapat tiga rumah ibadah utama bagi umat Islam iaitu Masjid al-Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram yang telah menjadi tempat peribadatan khusus sewaktu zaman Rasulullah SAW. Menurut Ahmad Rijal (2019), masjid ialah institusi penting bagi masyarakat Muslim dan semakin berkembang baik di Malaysia. Masjid bukan sahaja menjadi tempat melaksanakan ibadah solat semata-mata, namun pelbagai aktiviti dan program pengimarahan boleh dilaksanakan di masjid. Hal ini dapat dibuktikan melalui usaha Rasulullah yang bukan sahaja menjadikan Masjid Nabawi sebagai tempat ibadah namun, turut melaksanakan pelbagai aktiviti sosial yang boleh menghubungkan manusia bersama manusia. MIsalnya, masjid-masjid di Malaysia dijadikan sebagai tempat ibadah, tempat perlaksanaan kegiatan kemasyarakatan dan tempat perlindungan yang akan diuruskan oleh organisasi khas masjid dalam memastikan kelancaran pentadbiran masjid tersebut. Menurut Ahmad Rijal (2019) lagi, pengimarahan masjid perlulah diterukan bagi memastikan masyarakat Islam dapat meneruskan usaha Rasulullah SAW dalam menjadikan masjid sebagai pusat kemajuan untuk seluruh umat Islam. Bukan itu sahaja, masjid berupaya dalam menjalinkan hubungan yang erat antara sesama umat Islam dari segi kesepaduan, kesefahaman, kerjasama dalam mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan, disamping meningkatkan ketakwaan dan keimanan dalam diri seorang Muslim. 1


P E N G E N A L A N Melalui melengkapkan Tugasan 2 bagi subjek Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (SJHK3223), pengkaji diminta untuk menggunakan kaedah sumber lisan sebagai kaedah untuk mendokumentasikan maklumat dan fakta mengenai masjid-masjid yang terdapat di sekitar negeri Perak. Proses temu bual dan rakaman merupakan kaedah utama kami untuk mengumpulkan maklumat melalui orang-orang sumber yang kami temui supaya maklumat yang diperoleh tersebut dapat direkodkan bagi tujuan pendokumentasian. Masjid Raja Nazrin Shah telah dipilih sebagai lokasi kajian lapangan bagi pihak kami. Kami telah menemubual beberapa orang sumber bagi memastikan kelangsungan maklumat yang berkualiti dan terperinci mengenai masjid tersebut. Antara maklumat utama yang diperlukan adalah dari segi sejarah penubuhan masjid, peranan masjid terhadap masyarakat setempat, pencapaian yang telah berjaya dicapai sepanjang penubuhan masjid dan organisasi pentadbiran yang terlibat dalam memastikan urusan pentadbiran masjid tersebut ditadbir dengan baik. Maklumat yang diperoleh melalui rakaman audio oleh orang sumber telah ditranskripsi bagi tujuan penulisan berfakta. Kaedah menulis semula maklumat adalah proses penting bagi mendokumentasikan semula dalam sumber dokumen sebagai bukti pengumpulan maklumat mengenai Masjid Raja Nazrin Shah. Gambar-gambar daripada lokasi juga turut direkodkan bagi mengukuhkan lagi pengumpulan fakta yang dilaksanakan. Pelaksanaan kaedah sejarah lisan dalam tugasan ini sangat penting kerana maklumat yang diperoleh merupakan maklumat tambahan yang belum berjaya didokumentasikan dalam sumber dokumen seperti surat-menyurat, surat khabar dan sebagainya. Bukan itu sahaja, sumber lisan yang diperoleh merupakan sumber yang dilihat dari segi perspektif golongan sosial sebagai saksi mata, golongan proto dan saksi kata dengar. Namun demikian, dalam pelaksanaan tugasan ini, saksi mata memainkan peranan penting dalam menceritakan sendiri pengalaman dan peristiwa yang mereka alami sendiri sepanjang penubuhan masjid tersebut sehinggalah kini. 2


Masjid Raja Nazrin Shah


SEJARAH PENUBUHAN MASJID RAJA NAZRIN SHAH Masjid Raja Nazrin Shah ialah sebuah masjid yang terletak di Kampung Rapat Jaya Tambahan, 31350 Ipoh, Perak. Masjid ini merupakan tempat ibadah utama bagi peduduk yang tinggal di kawasan perumahan sekitarnya iaitu Kampung Rapat Jaya Tambahan, Taman Lapangan Jaya dan Taman Sri Perkasa. Masjid ini telah mula dibina pada tahun 1996. Nama Masjid Raja Nazrin Shah diberikan bersempena Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang merupakan penyumbang terbesar dalam pembinaan masjid tersebut dan turut memegang gelaran Raja Muda pada ketika itu (Wawancara dengan Tuan Haji Azlan Mohamad Azlan bin Jamaludin). Perasmian pembukaan masjid tersebut telah dilaksanakan pada 12 Jun 1998 bersamaan dengan 17 Rabiulawal 1419H yang dirasmikan oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah yang memangku gelaran Sultan Perak pada ketika itu dan merupakan ayahanda kepada Sultan Nazrin Shah. Masjid yang berkeluasan kira-kira 3 ekar ini telah dibina di atas tanah yang telah diwartakan khas oleh kerajaan Malaysia sebagai salah satu tapak khusus bagi pembinaan masjid di sekitar Ipoh (Wawancara dengan Tuan Haji Azlan Mohamad Azlan bin Jamaludin). 3


SEJARAH PENUBUHAN Persekitaran masjid pada sekitar tahun 2000 masih dikelilingi oleh hutan-hutan yang belum diteroka dan Jalan Jerat Cina iaitu Leong Sin Nam Tomb telah menjadi laluan utama bagi para jemaah yang tinggal di kawasan sekitarnya untuk pergi ke masjid (Wawancara dengan Tuan Haji Azlan Mohamad Azlan bin Jamaludin). Namun demikian, berikutan pembangunan yang pesat di Kampung Rapat Jaya Tambahan dari segi penambahan jalan raya, bangunan-bangunan dan pembinaan kawasan perumahan rumah teres telah menjadi asbab kepada kemeriahan Masjid Raja Nazrin Shah. Hal ini disebabkan faktor kepadatan penduduk telah berjaya menambahkan bilangan jemaah untuk beribadah di masjid tersebut. Masjid Raja Nazrin Shah masih kekal menggunakan nama tersebut sehingga kini walaupun Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Shah mendapat gelaran Doktor Falsafah setelah berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan di Universiti Harvard. Pertukaran nama tidak berlaku disebabkan pihak masjid tersebut tidak mendapat arahan rasmi daripada Majlis Agama Islam dan “Adat Melayu Perak (MAIPK) untuk mewartakan Masjid Raja Nazrin Shah kepada Masjid Raja Dr Nazrin Shah walaupun nama baru tersebut telah digunakan secara meluas dalam sumber Internet (Wawancara dengan Tuan Haji Azlan Mohamad Azlan bin Jamaludin). Pihak masjid tidak boleh menukar nama masjid sesuka hati berikutan proses tersebut melibatkan prosedur yang rumit oleh MAIPK. Masjid Raja Nazrin Shah 4


SEJARAH PENUBUHAN Kisah pembinaan Masjid Raja Nazrin Shah bermula apabila Almarhun Sultan Azlan Shah bersama putera sulungnya iaitu Sultan Nazrin Shah menunaikan solat fardu di sebuah surau di Kampung Rapat Jaya Tambahan (Wawancara dengan Haji Haris bin Husan). Surau tersebut telah dinaiktaraf sebagai Sekolah Agama Rakyat Al-Islamiah yang masih terletak di lokasi yang sama (Wawancara dengan Tuan Haji Azlan Mohamad Azlan bin Jamaludin). Selesai menunaikan solat bersama penduduk kampung, Sultan Nazrin Shah menyatakan hasrat untuk mencari kawasan tanah yang bersesuaian untuk membina sebuah masjid bagi penduduk kampung itu. Pada ketika itu, surau tersebut juga telah mula mengutip dana dan sumbangan untuk menaiktarafkan surau mereka yang daif (Wawancara dengan Haji Haris bin Husan). Hasrat baginda telah ditunaikan oleh Mufti Perak pada waktu itu iaitu Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria apabila beliau mencadangkan beberapa kawasan tanah yang bersesuaian kepada baginda. Pembinaan Masjid Raja Nazrin Shah telah memakan kos sebanyak RM900 000 yang sepenuhnya disumbangkan oleh Raja Nazrin Shah (Wawancara dengan Tuan Haji Azlan Mohamad Azlan bin Jamaludin). Gambar bersama Tuan Haji Mohamad Azlan bin Jamaludin dan Tuan Haji Haris bin Husan. Masjid Raja Nazrin Shah 5


C A R T A O R G A N I S A S I J A W A T A N K U A S A M A S J I D Penubuhan jawatakuasa amat penting kepada sesuatu organisasi bagi melicinkan pentadbiran dan menjadikan organisasi tersebut tersusun. Ahi jawatankuasa masjid ini memegang jawatan tersebuat selama dua penggal iaitu dua tahun dan selepas itu berlakunya penukaran ahli. 6


ORANG SUMBER Bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan terperinci berkenaan masjid ini kumpulan kami telah menemu bual tiga orang sumber iaitu Haji Mohamad Azlan bin Jamaludin yang berumur 65 tahun dan merupakan bendahari masjid. Beliau seorang yang peramah yang banyak memberi maklumat berkaitan masjid Raja Nazrin Shah. Selain itu, bilal masjid iaitu Abdul Aziz bin Bahari turut membantu kami mencari orang sumber. Orang sumber seterusnya adalah Tuan Haji Haris bin Husan yang berumur 73 tahun dan merupakan ahli kariah masjid terawal. Beliau telah tinggal di kawasan tersebut sejak sebelum masjid ini didirikan lagi. Beliau masih mempunyai ingatan yang kuat tentang faktor masjid ini dibina dan hal-hal seperti dana yang diperlukan bagi pembinaan masjid. 7


P E N D A P A T A N M A S J I D Hasil pendapatan masjid berpunca daripada pelbagai sumber seperti kutipan derma harian masjid terutamanya derma pada hari Jumaat serta tabung yang dibina diluar pagar. Tabung akan dipecah atau dikira seminggu sekali. Menurut Haji Muhammad Azlan, tabung ini dibina di luar pagar sebagai inisiatif bagi memudahkan orang ramai untuk bersedekah kepada masjid. 8


P E N D A P A T A N M A S J I D Selain itu, masjid turut menerima sumbangan yang berbentuk pemberian wang secara atas talian. Setiap aktiviti yang hendak diajalankan di masjid seperti hari kebesaran Islam, Maulidur Rasul dan Israk Mikraj telah diperuntukkan tabung tertentu untuk sumbangan khas. Tambahan lagi, Majlis Agama Islam Perak (MAIP) juga ada memberi dana dengan jumlah tertentu sebagai elaun kepada ahli organisasi masjid. Pengumpulan dana dan sumbangan tidak menjadi satu kerisauan untuk pihak masjid kerana sumbangan tidak lenkang sama ada dari sumbangan atau tabung masjid 9


Setiap masjid mempunyai perancangan tersendiri termasuklah Masjid Raja Nazrin Shah yang merangkumi perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Jangka pendek adalah aktiviti atau penambah baikkan yang dilakukan dalam kadar yang cepat seperti penambahan penyaman udara dan meja bagi kegunaan penceramah. Jangka panjang pula adalah pembinaan dewan serbaguna. Dewan serbaguna yang akan dibina bertujuan untuk kegunaan pihak masjid dan juga penduduk setempat. Bajet bagi membina dewan serbaguna masih belum diketahui secara keseluruhan kerana masih dalam proses pengutipan dana yang diperoleh setakat ini adalah sebanyak RM100 ribu. P E R A N C A N G A N M A S J I D 10


P E R A N C A N G A N M A S J I D Antara projek jangka pendek yang dilaksanakan adalah pintu automatik, bilik jenazah dan tempat mengambil wuduk bagi jemaah lelaki. Selain itu, masjid turut kreatif dalam menukarkan tempat mengambil wuduk yang lama kepada "photobooth" agar kawasan sekitar masjid nampak lebih cantik. 11


Bagi perancangan masa panjang pula, pihak masjid merancang untuk mendirikan sebuah dewan serbaguna di kawasan persekitaran masjid yang luas. Dewan itu dibina bagi memudahkan pihak masjid dan masyarakat sekitar melakukan apa-apa aktiviti. Pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat dapat dilakukan di dewan itu seperti bersukan, kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, ceramah, sambutan dan banyak lagi. Bagi mengumpul dana yang secukupnya untuk membina dewan ini, pihak masjid menyediakan tabung di sekitar kawasan masjid. P E R A N C A N G A N M A S J I D 12


S U M B A N G A N P I H A K L U A R Pihak masjid turut menerima sumbangan daripada pelbagai pihak bagi menjadikan masjid sebuah institusi yang lengkap dengan kemudahan. Sebagai contoh, masjid menerima sumbangan kereta jenazah daripada pihak kastam Teluk Intan. Beliau turut menambah bahawa penduduk di kawasan ini sangat pemurah. Hal ini kerana, ketika masjid memerlukan kerusi dan meja baru untuk penceramah terdapat hamba Allah yang pemurah mendermakan separuh daripada jumlah yang diperlukan untuk membeli perabot tersebut. 13


Masjid adalah sebuah institusi yang dapat berfungsi untuk pelbagai kegunaan yang dapat mendatangkan manfaat kepada masyarakat sekeliling. Fungsi atau peranan masjid yang utama adalah sebagai tempat beribadah. Walaubagaimanapun, peranan masjid ini tidak terhad kepada tujuan beribadah semata-mata tetapi boleh juga digunakan sebagai pusat pembangunan islam, pusat penyebaran ilmu, pusat santapan rohani, pusat penjagaan ayat-ayat suci, pusat penyelesaian masalah dan pusat penyatuan ummah. Peranan masjid ini adalah pelbagai yang mampu membantu dan memberi kebaikan kepada komuniti setempat. Masjid yang benar-benar berfungsi akan memberikan banyak faedah dan manfaat kepada masyarakat di sekitarnya seperti dalam aspek pembentukan kerohanian, keilmuan dan juga sebagai pusat rujukan dan khidmat kepada masyarakat. Bahkan fungsinya boleh dikembangkan sehingga kepada pengislahan ekonomi dan sosial. Oleh itu, pihak masjid iaitu ahli jawatankuasa perlu mengambil inisiatif yang mantap dalam mempelbagaikan aktiviti yang boleh dilaksanakan di masjid lalu mampu memeriahkan suasana serta menarik orang ramai untuk meluangkan masa mereka di masjid. PERANAN MASJID KEPADA KOMUNITI 14


KULIAH AKTIVITI Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di masjid ini adalah kuliah yang dilakukan selepas waktu subuh dan maghrib. Menurut Haji Mohamad Azlan, pihak masjid akan menjemput penceramah dari luar bagi mengajar dan memberi ceramah tentang sirah, tafsir Alquran, ilmu fiqh dan sebagainya. Hal ini kerana, sebahagian daripada perubahan cara hidup dan kefahaman tentang Islam dalam kalangan masyarakat Islam tentunya berpunca daripada program-program masjid ini. Acaraacara ini telah berjaya mendekatkan lagi masyarakat dengan agama. Aktiviti ini dapat mengoptimumkan fungsi masjid sebagai pusat percambahan ilmu dalam erti kata yang lebih luas dalam masyarakat. 15


MAJLIS KORBAN Ibadah korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada 10, 11, 12 dan 13 Zullhijjah dengan matlamat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke-2 hijrah bersamaan dengan perintah sembahyang sunat Aidiladha dan zakat. Haji Mohammad Azlan selaku bendahari masjid menyatakan bahawa Masjid Raja Nazrin Shah ini banyak menerima sumbangan daripada orang ramai semasa hari Raya Aidiladha. Beliau turut menambah, masjid menerima sekurang-kurangnya sembilan sehinggan 11 ekor lembu yang mengambil masa hampir selama tiga hari untuk selesai disembelih. Kemudiannya, dagingdaging itu dibahagikan kepada penyembelih, fakir dan orang ramai. 16


K E L A S M E N G A J I Tambahan lagi, Haji Muhammad Azlan juga berkata antara usaha menyemarakkan rasa cinta umat Islam terhadap kitab suci al-Quran, Masjid Raja Nazrin Shah telah mengambil inisiatif menawarkan Kelas Talaqi alQuran. Kelas agama di masjid lebih bersifat sebagai pusat pendidikan orang dewasa, kerana kebanyakan mereka yang menghadirinya terdiri daripada golongan dewasa dan mereka yang telah bersara. Beliau turut menyatakan bagi menarik lagi masyarakat untuk menghadiri kelas mengaji ini, pihak masjid telah menyediakan peruntukan makanan kepada individu yang menghadiri kelas tersebut. Langkah ini diambil bagi menarik minat orang ramai untuk libatkan diri dalam menuntut ilmu Al-Quran. 17


K U R S U S H A J I Ibadah haji ialah rukun Islam yang kelima. Kewajipannya dinyatakan di dalam al-Quran, As-Sunnah. Oleh itu, mempunyai ilmu asas berkaitan kaedah dan langkah menunaikan kewajipan ini wajib dipelajari bagi mencapai martabat haji yang mabrur. Justeru, menjadi kewajipan kepada setiap jemaah untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan berkaitan. Pihak masjid telah mengambil inisatif untuk membantu mempersiapkan diri jemaah yang telah terpilih bagi memudahkan urusan di tanah suci. 18


K E R J A S A M A B E R S A M A P I H A K L U A R Kursus pengurusan jenazah Kursus memanah dan berkuda Haji Muhammad Azlan berkata aktiviti ini dijalankan secara kolaboratif dengan pihak sekolah. Hal ini untuk mendidik murid-murid terutamanya dari zaman sekolah rendah lagi akan langkah dan cara mengurus serta memandikan jenazah. Bagi program ini pula, beliau menyatakan aktiviti ini dijalankan secaradengan kerjasama daripada pihak badan bukan kerajaan. Aktiviti ini dijalankan di kawasan perkarangan masjid. Antara keistimewaan masjid ini adalah ianya mempunyai kawasan terbuka yang berukuran lebih kurang tiga ekar memudahkan untuk menanjurkan pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat dan faedah kepada orang lain 19


Kaedah penyebaran maklumat dan menarik minat masyarakat Kaedah yang digunakan oleh pihak mas jid bagi menguar -uarkan aktiviti yang dilaksanakan adalah melalui media mas sa dan banner . Media mas sa sememangnya diunakan pada masa kini sebagai medium utama masyarakat memperoleh sumber dan maklumat tentang sesuatu perkara. Bagi member itahu orang ramai tentang aktiviti yang dilakukan, Haji Muhammad Azlan menyatakan pihak mas jid menyebarkan info melalui aplikas i seper ti Facebook dan What sApp. Tambahan lagi, sepanduk turut dipasang di sekitar kawasan taman. Di samping itu, makanan turut disediakan di ruang masjid kepada mereka yang hadir turut serta dalam aktiviti. 20


SUMBANGAN KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN FOODBANK Menurut Haji Muhammad Azlan, masjid memperuntukkan barangan-barangan keperluan seperti beras, minyak dan perencah makanan. Pendapatan masjid hasil daripada derma dan tabung masjid telah digunakan untuk membeli barangan keperluan ini. Perlaksanaan foodbank ini merupakan salah satu langkah proaktif pihak masjid dalam usaha membantu golongan fakir dan miskin mendapat bantuan bekalan yang secukupnya. Inisiatif yang diambil oleh pihak masjid ini adalah bagi membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan. 21


& Kebersihan Pertandingan Landskap 22


Reka Bentuk Landskap Penyelenggaraan Landskap Penggunaan Jalur Gemilang Kebersihan Dan Keindahan Kriteria Penilaian Tujuan : Menyedari akan kepentingan pemuliharaan dan pengekalan karakter landskap dan kualiti visual dalam persekitaran bandar dan kawasan semulajadi 23


Pertandingan Landskap Peringkat Negeri Perak Tempat Kedua 2000 BERSEMPENA DENGAN HARI KEBANGSAAN 24


Tempat Pertama Pertandingan Landskap Peringkat Negeri Perak Pertandingan Kebersihan Peringkat Negeri Perak BBeerrsseemmppeennaa Hari Kebangsaan 2001 25


Pertandingan Landskap Peringkat Negeri Perak Tahun 2003 Kategori Masjid Tempat Kedua 26


Penilaian ini mengukur lima komponen yang digariskan iaitu iaitu Pengurusandan Pentadbiran, Persekitaran dan Penghijauan, Prasarana dan Teknologi Mesra Alam, Program Kelestarian dan Elemen Khas. Pecahan pemarkahan adalah 40o/o kepada penilaian dokumentasi dan 60 % penilaian lapangan. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasaman Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan rakan strategik pengajur iaitu syarikat Central Medicare Sdn. Bhd. telah merasmikan pelancaran program Anugerah Masjid Lestari - Anugerah Alam Sekitar sempena Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak pada Sabtu 23 Julai 2022 jam di Dewan Saidina Omar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Ipoh. Sebanyak 18 buah Masjid Daerah dan 18 buah Masjid Kariah di seluruh negeri Perak telah dicalonkan oleh Jabatan Agama lslam Negeri Perak dan pemenang anugerah akan diumumkan semasa Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 peringkal Negeri Perak Matlamat program ini diadakan adalah seperti berikut: a. Mengiktiraf peranan institusi masjid dalam melaksanakan programprogram kesedaran alam sekitar ; b. Mengiktiraf institusi masjid dalam penggunaan teknologi mesra alam dan penjimatan tenaga;dan c. Menggalakkan penyertaan awam dalam aktiviti kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat; d. Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat. Program Masjid Lestari-Anugerah Alam Sekitar 27


Program Masjid LestariAnugerah Alam Sekitar Kategori Masjid Daerah Sempena Hari Alam Sekitar Negara(HASN) Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2022 Tempat Ketiga 28


Sijil Penyertaan Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2022 29


Anugerah Pendeposit Tertinggi 2022 30


KOLEKSIPENCAPAIAN SIJIL 3 1


RUMUSAN Bagi melengkapkan Tugasan 2 Sejarah Lisan dan Pendokumentasi (SJHK3223), kami telah menggunakan kaedah sumber lisan untuk mengumpul maklumat mengenai latar belakang dan fakta Masjid Raja Nazrin Shah. Setelah menjalankan aktiviti temubual dengan 3 orang sumber di masjid, kami menyedari sejarah lisan adalah amat penting dan diperlukan dalam penyelidikan mengenai maklumat Masjid Raja Nazrin Shah. Menurut Nadzan (1979), sejarah lisan ini dapat menambah fakta atau bukti yang tiada dalam sumber bertulis bagi melindungi sejarah yang mungkin hilang. Oleh itu, rakaman temubual telah disimpan untuk kegunaan penambahan maklumat mengenai masjid. Semasa menjalankan tugasan 2, kami telah mengalami masalah dalam pengumpulan maklumat awal kerana kekurangan sumber bertulis tentang Masjid Raja Nazrin di laman sosial. Tambahan pula, nombor telefon yang dinyatakan di laman web untuk dihubungi adalah salah. Oleh itu, kami terpaksa pergi ke tempat kajian dan menunggu pihak jawatankuasa masjid di sana. Akhirnya, kami berjaya menemu bual dengan tiga orang sumber dan memperolehi maklumat yang mendalam berkenaan sejarah masjid. 32


RUJUKAN


RUJUKAN 33


LAMPIRAN


LAMPIRAN Rakaman video (YouTube) : Temubual bersama orang sumber di Masjid Nazrin Shah Rakaman audio : Temubual bersama orang sumber di Masjid Nazrin Shah 34


LAMPIRAN Sesi bergambar bersama dua orang sumber. Sesi temu bual bersama Tuan Haji Mohamad Azlan bin Jamaludin (berbaju biru) dan Tuan Haji Haris bin Husan (berbaju putih). 35


LAMPIRAN Masjid Nazrin Shah yang berkeluasan sekurang-kurangnya 3 ekar. Masjid Raja Nazrin Shah 36


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version