The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farahjasmine2018, 2022-09-26 22:01:35

Buku Program Kolokium KT 2022

Buku Program Kolokium KT 2022

27SEPTEMBER2022(SELASA)

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT DAERAH PEKAN
TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN

Diterbitkan oleh:

Pejabat Pendidikan Daerah Pekan,
Peramu Jaya,

26600 Pekan, Pahang.

Hak cipta @ PPD Pekan 2022

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk
dan dengan apa-apa juga cara secara elektronik, fotostat, mekanik, rakaman
atau cara lain, mana-mana bahagian kandungan buku ini
sebelum mendapat izin bertulis daripada
Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Pekan, Pahang Darul Makmur.

Sebarang penulisan termasuk sebarang pendapat, perbincangan, pandangan
dan rekomendasi yang dilaporkan dalam buku ini sepenuhnya

daripada penulis artikel berkenaan dan bukannya daripada penganjur.
Pihak penganjur, editor dan penerbit tidak akan bertanggungjawab
atas sebarang ganti rugi secara langsung atau tidak langsung
atau lain-lain yang timbul berkaitan artikel tersebut.

Alamat surat-menyurat:

Pejabat Pendidikan Daerah Pekan,
Peramu Jaya,

26600 Pekan, Pahang.
Tel : 094264441, 094264442, 094264444

Fax : 094264443
e-Mel: [email protected]

Dicetak oleh:

P&C Pekan Centre (Ca0182533-U)
No. 2, Tingkat Bawah,

Taman Peramu Makmur,
26600 Pekan, Pahang.
e-Mel: [email protected]

IV

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

Kata Alu – Aluan

Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Daerah
Pekan Tahun 2022 Kolaboratif Strategik bersama-sama Universiti Malaysia Pahang
(UMP) dengan tema "Transformasi Pendidikan Melalui Kajian Tindakan” dapat
direalisasikan. Penganjuran kolokium ini adalah selaras dengan Transformasi Pendidikan
Pahang yang bertunjangkan CITra Pahang (Change, Innovation, Transformation) melalui
Inisiatif #2: Pemantapan Kebitaraan Guru, di mana salah satu strateginya adalah
membudayakan Kajian Tindakan dalam kalangan guru-guru di daerah Pekan.
Amalan terbaik pembelajaran adalah indikator kepada potensi guru untuk cenderung
menghasilkan Kajian Pembelajaran bersifat emprical study dalam mempertingkatkan kualiti
pedagogi, membentuk budaya kolaboratif ilmu bersama ahli akademik dan seterusnya
menguji kemahiran guru di bilik darjah berdasarkan bidang kepakaran.
Pejabat Pendidikan Daerah Pekan amat yakin melalui perkongsian pintar di antara guru
adalah landasan memastikan warga Pendidikan Pekan bukan sahaja mempunyai
pengetahuan bidang teori dan praktikal dalam penyelidikan tetapi berupaya menyesuaikan diri
dengan perubahan teknologi semasa untuk memantapkan kualiti Kajian Pembelajaran ke arah
penambahbaikan pembelajaran di bilik darjah. Seiring dengan slogan PPD Pekan iaitu “Pekan
Tetap Mendahului”. Maka wadah kajian tindakan ini dihasratkan akan menjadi budaya dalam
kalangan warga Pendidikan Pekan.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Kolokium
Kajian Tindakan, khususnya kepada Jawatankuasa Kolokium Pejabat Pendidikan Daerah
Pekan dan Universiti Malaysia Pahang yang telah bekerja keras memastikan kolokium ini
dijalankan dengan sempurna. Semoga segala usaha murni kita memperoleh rahmat dan
berkat daripada Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.

HAJI MOHD RAZALI BIN MUSTAFAR, SMP., AMP.
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

III

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

JAWATANKUASA PELAKSANA
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT DAERAH PEKAN

2022
PENAUNG
Haji Mohd Razali bin Mustafar, SMP., AMP.
Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, PPD Pekan
PENASIHAT
Encik Kamarul Zaman bin Mohd Ali
Timbalan PPD (Perancangan), PPD Pekan
PENYELARAS
Encik Mohd Zaini bin Mohd Zin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Perancangan), PPD Pekan
KETUA EDITOR
Puan Nor Haslinda binti Dato’ Haji Burhanuddin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Khas), PPD Pekan

EDITOR
Puan Farah Jasmine Hui binti Abdullah
School Improvement Specialist Coach+, PPD Pekan

IV

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

JURULATIH UTAMA
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT DAERAH PEKAN

2022

Nama Jawatan
Encik Osmera bin Mat School Improvement Partner+

Haji Azaman bin Ahmad School Improvement Partner+

Haji Adon bin Saryon School Improvement Specialist Coach+

Puan Farah Jasmine Hui binti Abdullah School Improvement Specialist Coach+

Encik Mohd Hamzah bin Haliman School Improvement Specialist Coach+

Encik Norazizi bin Fain School Improvement Specialist Coach+

Encik Shaari bin Saman School Improvement Specialist Coach+

Encik Shahrizan bin Shahidan School Improvement Specialist Coach+

Puan Shamilah binti Haji Mohd Ali School Improvement Specialist Coach+

Puan Normah binti Musa Penolong PPD (Perancangan)

Encik Mohd Zaini bin Mohd Zin Penolong PPD (Perancangan)

Puan Nurul Khairani binti Nashruddin Penolong PPD (Pemulihan Khas)

Encik Mohd Basri bin Md Salim Penolong PPD (Pemulihan Khas)

Puan Nor Haslinda binti Dato’ Burhanuddin Penolong PPD (Pendidikan Khas)

Puan Noor Azlina binti Abdul Malek Penolong PPD (Pendidikan Khas)

Puan Intan Khairani binti Ismail Penolong PPD (Pengurusan Sekolah)

Encik Mohd Hafiz Heikal bin Mohd Annuar Penolong PPD (Pembangunan Bakat Murid)

Encik Mohd Hafiz bin Ab.Rahman Penolong PPD (Hal Ehwal Murid)

V

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

PANEL PENILAI
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT DAERAH PEKAN

2022
Ybrs Dr Hajah Rogayah binti Osman
Mantan School Improvement Specialist Coaches (SISC+), PPD Pekan
Profesor Madya Dr Hasan bin Ahmad
Dekan Kanan Kolej Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang
Profesor Madya Dr Zuraina binti Ali
Pensyarah Kanan Pusat Bahasa Moden, Universiti Malaysia Pahang

Dr Mohamad Hilmi bin Mat Said
Dekan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang

Dr Abd. Shatar bin Che Abd Rahman, AAP.
Mantan Timbalan Pengarah, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Dr Umi Kalsom binti Masrom
Pensyarah Kanan Pusat Bahasa Moden, Universiti Malaysia Pahang

En Saiful Adli bin Ab.Rahim
Guru Penolong, SMK Tengku Abdullah, Pekan

Cik Annzuleedia binti Mohamad
Mantan School Improvement Specialist Coaches (SISC+), PPD Pekan

VI

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

ATUR CARA
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT DAERAH PEKAN

2022

8.00 PAGI PENDAFTARAN DAN MINUM PAGI
8.30 PAGI TAKLIMAT PESERTA DAN TAKLIMAT JURI
9.00 PAGI PEMBENTANGAN SELARI
12.30 TENGAH HARI REHAT
1.30 TENGAH HARI PERKONGSIAN UMP
2.00 PETANG MAJLIS PENUTUP

4.30 PETANG  KETIBAAN DIF JEMPUTAN
 UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
 BACAAN DOA
 RUMUSAN KETUA PANEL JURI:

Dr Hajah Rogayah binti Osman
 UCAPAN OLEH WAKIL UMP
 UCAPAN OLEH KPPD PPD PEKAN:

Hj Mohd Razali bin Mustafar, SMP., AMP.
 PENYAMPAIAN CENDERAHATI

BERSURAI

VII

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

JADUAL PEMBENTANGAN SELARI
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT DAERAH PEKAN
2022

Catatan : Pembentangan 15 minit, 5 minit soal dan jawab

BILIK 1 (KATEGORI KEPIMPINAN)

Panel : i. Dr Hajah Rogayah binti Osman
ii. Prof. Madya Dr Hasan bin Ahmad

Moderator : Rohaiza binti Hamzah

Urusetia : i. Yusnita binti Mohamed Yusof (Penjaga masa)
ii. Mohd Hafizul bin Ibrahim (Teknikal/Jurufoto)

Pembentang Sekolah

En Nazli bin Mahmud SMK Dato’ Mahmud Mat
Pn Zahamana binti Zainuddin SMK Seri Pekan
Pn Junaidah binti Abu Samah SK Serambi
En Mohamad Halim bin Mawi SK Seri Makmur
Pn Mazni Binti Mohamed @ Ibrahim SK Pelak
En Ahmad Zaki bin Zainudin SK Tanjung Batu

Pn Nur Farhana Binti Abu Bakar SK Tanah Puteh
Pn Nor Hasnaziah Binti Mohd Zaini
Pn Noraslezai Binti Muhamed
Pn Nor Azlin Binti Abd Rashid
En Zulkifli bin Muda

Pn Rosse Anita binti Zahari SK Seri Biram

BILIK 2 (KATEGORI KEMENJADIAN MURID)

Panel : i. Prof. Madya Dr Zuraina binti Ali
ii. Dr Mohamad Hilmi bin Mat Said

Moderator : Noor Armila binti Mohd Masrom

Urusetia : i. Nurul Wahidah binti Mohd Nor (Penjaga Masa)
ii. Muhamad Izzudin bin Ismail (Teknikal/Jurufoto)

Pembentang Sekolah

Pn Roszana binti Zakaria SBPI Tun Abdul Razak
Pn Nor Izzah binti Md Nadzar
Pn Norazila binti Mohd Zaki

Cik Che Wan Nor Fazila binti Che Wan Dollah SMK Chini 2
En Muhammad Nur Aiman bin Shu’aibon SK Lepar
SK Peramu Jaya
Pn Nornazamzira binti Abdul Halim SK Merchong Jaya
SK Seri Biram
Pn Fatin Nasuha binti Mohd Rawi

Pn Rozemah binti Mohamad

VIII

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

BILIK 3 (KATEGORI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN)

Panel : i. Dr Abd.Shatar bin Che Abd Rahman, AAP
ii. Cik Annzuleedia binti Mohamad

Moderator : Jalalilah binti Mauluddin

Urusetia : i. Nurmaisarah binti Kamarizatul Azira (Penjaga Masa)
ii. Mohd Hazrimi bin Mohd Mahat (Teknikal/Jurufoto)

Pembentang Sekolah

Pn Hasnita binti Mamat SMK Indera Shahbandar
Pn Siti Nordiana binti Abdul Rani SMK Chini Timur
Pn Nor Sumaiyah binti Muhamad SMK Sultan Ahmad

En Mohd Zahid bin Zulkefly Sekolah Sains Sultan Haji
En Hasan bin Musa Ahmad Shah, Pekan
Pn Azalia binti Rozali
En Amir Musaddiq bin Ismail

Pn Anisah binti Mat Soh SMK Lepar
Pn Nursalawati binti Mohamed Taib SMK Pekan
En Mohamad bin Ismail SK Langgar
En Shafezan Hamidi bin Abd Hamid SMK Tengku Abdullah
Pn Mawarni binti Othman SMK Peramu Jaya

Pn Mariaulfa binti Hassan SK Mambang
Pn Norma binti Kamil

BILIK 4 (KATEGORI PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN)

Panel : i. Dr Umi Kalsom binti Masrom
ii. En Saiful Ali bin Ab.Rahim

Moderator : Erny Yusnira binti Mohd Yusoff

Urusetia : i. Rikasa Fira binti Mukelis (Penjaga Masa)

ii. Wan Nurmalazaima binti Wan Mansor (Teknikal/ Jurufoto)

Pembentang Sekolah

Pn Khadijah Nor Azlina binti Mohd Saleh SK Peramu Jaya
En Muhamad Khairil Affendey bin Khaidzir
En Ahmad Baktiar bin Abdul Rahman

Pn Maryam Madhiah binti Ahmad SK Sinar Mutiara
En Mohd Izham bin Mahmad Redzuan SK Sinar Mutiara

Pn Noor Najihah binti Dzafaruddin SK Sinar Mutiara
Pn Zaidah binti Ali
Pn Zahratul Nadia Binti Sahran
Pn Mariani binti Ismail

Pn Suhaili binti Samsudin SK Seri Biram
Pn Nur Azura binti Mohamad Yusop SK Lepar
Pn Maisarah binti Mazlan SK Permatang Keledang
Pn Siti Nor Saadah binti Satar SK Kinchir
Pn Noor Sabariyah binti Embong SK Kota Perdana

IX

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN MURID TINGKATAN 5
MELALUI PROGRAM GEGAR PONTENG 94

Nazli bin Mahmud
SMK Dato’ Mahmud Mat

Pembimbing
Osmera bin Mat

PPD PEKAN

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid tingkatan 5 bagi tahun
2022 di SMK Dato’ Mahmud Mat, Pekan, Pahang. Peningkatan peratus kehadiran ini diyakini
akan meningkatkan peratus Layak Sijil (LS) SPM bagi tahun 2022. Hal ini kerana peratus
lulus untuk Layak Sijil (LS) SPM dalam kalangan murid sekolah ini tidak memberangsangkan
berbanding Gred Purata Sekolah (GPS) yang telah meningkat dengan baiknya selama
empat tahun berturut turut. Bagi mencapai matlamat dan tujuan ini, saya memberikan fokus
kepada aspek kehadiran untuk mengatasi masalah Layak Sijil SPM ini melalui program
sekolah iaitu “Program Gegar Ponteng 94”. Berdasarkan tinjauan awal didapati murid-murid
yang gagal mendapatkan sijil berpunca daripada kerap tidak hadir ke sekolah. Sehubungan
itu, lapan orang responden telah dipilih dari tiga kelas terakhir iaitu daripada kelas Al-
Kawthar, Ar-Rahman dan Al-Ikhlas berdasarkan kepelbagaian jantina, sosioekonomi dan
latar belakang keluarga untuk menjawab soalan kaji selidik ini secara atas talian bagi
mengenal pasti punca ketidakhadiran ke sekolah. Data diperolehi dianalisis dengan
menggunakan perisian “Statistical Packages for the School Science’ (SPSS) versi 6.0 dan
diterangkan dalam bentuk peratus, kekerapan dan min. Dapatan kajian menunjukkan faktor
sikap, keluarga dan pengaruh rakan sebaya banyak mempengaruhi murid terlibat dengan
gejala ponteng sekolah. Hasil kajian pada bulan Julai menunjukkan peningkatan peratus
kehadiran murid bagi dua kelas terakhir iaitu kelas Al-Kawthar dan kelas Ar-Rahman dan
diikuti oleh kelas-kelas lain bagi tingkatan 5. Diharapkan kajian ini dapat membantu sekolah
untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah sekali gus meningkatkan peratus
layak mendapat sijil bagi calon SPM melebihi 90 peratus.

Kata Kunci : Gegar ponteng, punca ponteng, peratus kehadiran, peratus layak sijil

1

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

INTERAKSI TEMAN AKTIF KREATIF (I.T.i.K)

Zahamana binti Zainuddin
SMK Seri Pekan

[email protected]

Pembimbing
Osmera bin Mat

PPD Pekan

Abstrak

Interaksi, Teman, Aktif, Kreatif (I.T.i.K) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan
dilaksanakan berfokuskan khusus kepada murid-murid di asrama. Usaha ini merupakan
inisiatif pihak sekolah selaras dengan pelaksanaan Sekolahku Sejahtera yang menerapkan
14 elemen yang perlu ada pada murid-murid. Hal ini juga bagi menyokong kelestarian
kebitaraan sekolah. Projek ini merupakan cetusan idea daripada sesi sumbang saran
pengetua bersama warden-warden di asrama. Ini adalah ekoran daripada keadaan murid-
murid yang tidak melibatkan diri pada waktu riadah (jam 5.00-6.00 petang). Pengurusan
masa riadah tidak bermanfaat. Soal selidik yang dijalankan ke atas 515 orang murid di
asrama mendapati bahawa mereka tidak mengisi masa berkenaan dengan sihat dan
produktif. Tidak cergas, berjalan seperti itik pulang petang, tidur, berbual kosong, rehat dikatil
dan keadaan bilik/dorm tidak kemas merupakan antara scenario yang berlaku. Hasil dapatan
soal selidik ini, menjadi asas untuk tindakan pihak sekolah. Guru (Setiausaha Sukan
Sekolah), Guru Muzik, Guru Bahasa Inggeris dan Guru Praktikum digerakkan untuk
merancang program bagi murid-murid. Murid-murid yang terlibat seramai 120 orang. 18
orang murid lelaki dan 102 murid perempuan dibahagikan kepada kumpulan aktiviti untuk
jangka masa satu jam. Aktiviti dilaksanakan 3 kali seminggu. Coral Speaking, Koir sekolah,
Futsal/Senam robik dan kriket. Murid-murid Tingkatan 4 menjadi pemimpin untuk
menggerakkan aktiviti. Mereka dilatih oleh guru terlebih dahulu.

Kata Kunci : masa riadah/lapang, kebitaraan, sekolahku/asramaku sejahtera

2

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

KEFUNGSIAN KANTIN

Junaidah binti Abu Samah
SK Serambi

[email protected]

Pembimbing
Osmera bin Mat

PPD Pekan

Abstrak

Sekolah Kebangsan Serambi adalah sebuah sekolah kurang murid (SKM) yang berada di
bawah Pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pekan. Aspek persekitaran selesa dan
penambahbaikan sekolah merupakan perkara yang ditekan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Ianya juga selari dengan 11 elemen yang terkandung
dalam “Sekolahku Sejahtera”. Justeru itu, SK Serambi tidak ketinggalan dalam memelihara
dan meningkatkan tahap “Kefungsian Kantin” secara optimum dan berkesan ke arah
kemenjadian murid. Kondisi yang lebih selesa juga dapat memainkan peranan yang penting
dalam mensejahterakan warga sekolah. Kaedah penyelidikan dalam Kajian Tindakan ini
ialah mengumpulkan maklumat dan data bagi mencapai matalamat kajian. Kajian
merangkumi reka bentuk kajian kualitatif, kajian kuantitatif, justifikasi pemilihan kualitatif,
strategi pendekatan pengumpulan data dan strategi analisis data. Dalam hal ini, reka bentuk
kajian kualitatif sesuai dengan kajian yang bersifat penerokaan (Crawford & Irving 2009).
Bersesuaian dengan kajian kes bersifat penerokaan, kajian kes dipilih sebagai strategi
kajian, manakala temubual dan analisis data dan dokumen sebagai teknik kajian (Ahmad
Naqiyuddin 2008; Neuman 2010). Selari dengan bidang yang masih belum matang dari segi
teori dan amalan, kajian ini medapati pendekatan, teknik, kaedah, isu awal, maklumatnya
masih relevan untuk saya meneruskan kajian dan mencapai matlamatnya. Bagi
mengadatasi kerangka kajian, saya menggunakan rekabentuk penyelidikan adalah jenis
kualitatif. Strategi pula adalah kajian kes. Manakala teknik kajian meliputi kombinasi
temubual dan analisis data. Rentetan itu, pihak sekolah mengambil inisiatif melestarikan
kantin agar ia dapat beroperasi seoptimum, sekaligus memberi pendedahan suasana dan
informasi pelbagai sumber. Kefungsian ini dirancang berdasarkan keperluan sekolah
membentuk budaya seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelektual serta saling
membantu. Justeru, kejelikitan dapat diterapkan melalui kerja berpasukan dan kolaboratif
pelbagai pihak.

Kata Kunci : Kefungsian kantin pemacu keunggulan murid

3

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJANA IDEA DAN
MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN PENULISAN

BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
MENGGUNAKAN PENDEKATAN LIHAT DAN TULIS (L&T)

Mohamad Halim bin Mawi
SK Seri Makmur

Pembimbing
Azaman bin Ahmad

PPD Pekan

Abstrak

Kajian ini merupakan kajian tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
menjana dan mengembangkan idea murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Seri Makmur,
26030 Kuantan, Pahang dalam menulis karangan dengan menggunakan teknik Lihat & Tulis
(L&T). Responden kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 4 yang diwakili oleh dua
orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam buku latihan. Saya dapati
terdapat murid tidak dapat mencari isi dalam menulis karangan. Untuk mengatasi masalah
ini, saya telah menyediakan formula yang mudah untuk murid ini memperbaiki kemahiran
menjana idea iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Data dikumpulkan melalui
analisis dokumen sebelum dan selepas intervensi dijalankan, pemerhatian semasa proses
L&T dijalankan dan disokong data penulisan sebelum dan selepas aktiviti. Data dianalisis
secara kualitatif untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan teknik L&T
bersama kad imbas mampu meningkatkan kemahiran menjana idea murid Tahun 4 dalam
mengembangkan idea penulisan karangan. Murid bermotivasi mempelajari karangan,
menjana imaginasi dan kreativiti murid, memperbaiki amalan pengajaran guru, meningkatkan
prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu serta membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) di sekolah. Hasilnya saya dapati, terdapat peningkatan dalam menjana idea dan
mencari isi dalam penulisan karangan.

Kata Kunci : Lihat dan Tulis, benda maujud, Kad Imbas kata tanya

4

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN PEMBANGUNAN MURID BERDASARKAN
PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KEMAHIRAN MELALUI
PENDEKATAN SAINS TEKNOLOGI ENGINEERING DAN
MATEMATIK (STEM)

Mazni binti Mohamed@Ibrahim
SK Pelak

Pembimbing
Osmera bin Mat

PPD Pekan

Abstrak

SK Pelak dalam usaha untuk membentuk satu budaya baru dalam sistem Pendidikan yang
disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu STEM. Pendidikan STEM merujuk
kepada Science, Technology, Engineering, Mathematics menjadi satu budaya pembelajaran
yang penting pada zaman sekarang. Pendidikan STEM bukan hanya difokuskan untuk
matapelajaran sains dan Teknologi sahaja tetapi juga boleh diterapkan dalam matapelajaran
lain. Cara dan kaedah STEM boleh diperluaskan untuk mewujudkan rasa kesenangan
belajar dalam diri murid dan guru. Kajian ini melibatkan 89 orang murid dan 12 orang guru
SK Pelak bertujuan untuk mengatasi masalah budaya kerja guru dan pemebelajaran murid
dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian. Antara Pendidikan STEM di SK Pelak
seperti Pembelajaran secara Interaktif di mana semua kelas di SK Pelak mempunyai
kemudahan seperti Smart TV, Internet, laptop, tablet dan set permainan lego di dalam kelas.
Selain itu Program Training of trainers (TOT) kejurulatihan robotik, inovasi dan rekacipta turut
diperkenalkan di SK Pelak dengan Kerjasama Bersama Universiti Malaysia Pahang sebagai
rakan teknikal. Seterusnya penglibatan murid dalam aktiviti dan pertandingan STEM dan
penganjuran program STEM bermula daerah sehinggalah peringkat Kebangsaan akan
diadakan. Studio Green skrin bagi program buletin SK Pelak pembikinan video. Untuk
pendokumentasian pula SK Pelak berkolaborasi dengan UNITEN untuk menggunakan
sistem PADLET dalam mendokumentasi. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh
mana murid dan guru bersedia menhadapi cabaran dunia hari ini ke arah Industry Revolusy
(IR 4.0) dan sistem Pendidikan yang terkini serta merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin
menjadikan Malaysia sebuah negara antara teratas dalam sistem pendidikan dunia.
Dapatan kajian mendapati kemahiran STEM dan penggunaaan peralatan STEM dapat
membantu meningkatkan pencapaian murid SK Pelak seterusnya membangunkan SK Pelak
ke arah Sekolah STEM pertama di Pekan Pahang.

Kata Kunci : STEM, teknikal, intenet of thing, Revolusi Industri 4.0, kemenjadian murid

5

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN, KESIHATAN DAN
KEBERSIHAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU,

PEKAN, PAHANG

Ahmad Zaki bin Zainudin
SK Tanjung Batu

Pembimbing
Osmera bin Mat

PPD Pekan

Abstrak

Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program
Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). Antara program tersebut ialah Program Sekolah Bersih,
Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut
maka terhasil Program 3K yang membawa maksud: Kebersihan, Kesihatan dan
Keselamatan. Keselamatan sekolah adalah satu isu penting dalam pengurusan sekolah kerana
ia boleh mencegah kemalangan di kawasan sekolah, mencegah kebakaran, menghindari
jenayah dan gangguan, mengawal salah laku pelajar, dan mengurangkan liabiliti sekolah
terhadap tindakan saman dan tuntutan ganti rugi yang mungkin berlaku. Definisi dan konsep
Sekolah Selamat dan pelaksanaan sekolah selamat ialah mewujudkan persekitaran
sekolah yang aman, tenterarn dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi
terkini dan masa hadapan. lni adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar
berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa
ke sekolah daripada masyarakatdan keluarga mereka sendiri.

Kata Kunci : Program 3K, Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan, Program Bersepadu
Sekolah Sihat (PBSS)

6

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KONSTRUK 1 DAN 2
MURID TAHUN 1 SK TANAH PUTEH DENGAN PENGGUNAAN
KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA BERDASARKAN
MODUL BACALAH SAYANG

Nur Farhana binti Abu Bakar
Zulkifli bin Muda

Nor Hasnaziah binti Mohd Zaini
Noraslezai binti Muhamed
Nor Azlin binti Abd Rashid
SK Tanah Puteh

Pembimbing
Osmera bin Mat

PPD Pekan

Abstrak

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan membaca
murid tahun 1 dan kesan Kaedah Gabungan Bunyi Kata terhadap penguasaan kemahiran
membaca Bahasa Melayu. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah
penyelidikan jenis kualitatif melibatkan enam orang responden yang mempunyai tahap
ketidakupayaan yang berbeza. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah daerah Pekan
dan mengambil masa selama dua belas minggu. Instrumen yang digunakan dalam kajian
adalah senarai semak, ujian pra dan pos menerusi konstruk LINUS (Konstruk Satu Hingga
Dua) serta rekod anekdot dan refleksi pengajaran guru. Data yang diperoleh dianalisis
menggunakan kaedah triangulasi data. Dapatan kajian menunjukkan Responden A dan
Responden B mempunyai progress positif konstruk LINUS daripada konstruk 0 ke konstruk
1. Manakala, Responden E dan Responden F juga mempunyai progress positif dari
penguasaan Konstruk 1 ke konstruk 2. Responden C dan Responden D masih tidak
menguasai konstruk 1. Kesimpulan daripada kajian yang dijalankan, KGBK telah
menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam
kalangan murid tahun 1 serta dapat meningkatkan motivasi diri untuk belajar. Impak positif
daripada kajian yang dijalankan adalah murid dapat menguasai abjad dengan baik dan
cekap selain daripada dapat membantu murid untuk memperkuatkan asas membaca dalam
Bahasa Melayu. Guru-guru di Malaysia dicadangkan untuk mengimplementasikan kaedah
KGBK dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk mengurangkan masalah membaca dalam
kalangan murid.

Kata Kunci : Kemahiran membaca, Tahun 1, Kaedah Gabungan Bunyi Kata, Bahasa
Melayu, Konstruk Linus, Konstruk 1 dan 2

7

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN GURU DALAM
PEMBINAAN BAHAN PEMBELAJARAN DIGITAL DENGAN

MENGGUNAKAN PENDEKATAN MODULAR DALAM
KALANGAN GURU PEMIMPIN KOKURIKULUM

Rosse Anita binti Zahari
SK Seri Biram

Pembimbing
Normah binti Musa

PPD Pekan

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc dan pengurusan pentadbiran dalam
projek Modul Perkhemahan Siber menggunakan pendekatan modular. Kajian ini dijalankan
dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran
seramai 30 orang guru di SBT SK Seri Biram pada tahun 2021. Dapatan kajian mendapati
aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah membantu para guru menghasilkan
sebuah modul pembelajaran kendiri yang boleh digunakan secara dalam talian atau secara
bersemuka. Kajian ini juga dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian
tindakan secara keseluruhannya. Pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran Unit
Beruniform secara modular dirancang bagi memantapkan pencapaian kokurikulum di
peringkat kebangsaan diharap dapat membantu kepada pengajaran dan pembelajaran guru
Unit Beruniform mengurus aktiviti mereka. Penyampaian kandungan melalui pendekatan
modular adalah bersifat fleksibel dengan objektif pembelajaran yang jelas dan mudah
difahami oleh murid. Menurut Marian (2005), kandungan modul direka untuk menghubung
jalinkan antara keperluan belajar, tujuan, hasil, sumber pembelajaran, teknik dan strategi
PdPc serta kriteria pentaksiran. Ciri-ciri tersebut menyebabkan tajuk yang hendak
disampaikan dapat diterima oleh murid dengan lebih efisien dan berkesan mengikut
keupayaan dan kebolehan murid. Modul yang dibina dapat membantu murid menjalani
aktiviti perkhemahan secara kendiri berpandukan panduan lengkap yang diberikan dalam
modul tersebut. Penglibatan murid yang menggalakkan menunjukkan impak positif daripada
penyediaan modul pengajaran ini.

Kata Kunci : Pengurusan pentadbiran, projek Modul Perkhemahan Siber, pendekatan
modular, modul pembelajaran kendiri, Unit Beruniform

8

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DI

SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
DALAM MENANGANI ISU ADAPTASI DIRI MURID

Roszana binti Zakaria
Nor Izzah binti Md Nadzar
Norazila binti Mohd Zaki
SBP Integrasi Tun Abdul Razak

Pembimbing
Mohd Hamzah bin Haliman

PPD Pekan

Abstrak

Dalam mengharungi kehidupan di Sekolah Berasrama Penuh murid akan menghadapi
perasaan yang bercampur baur seperti gelisah, gusar, takut, gembira, teruja dan lain-lain
khususnya murid tingkatan satu dan tingkatan empat. Kajian ini bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran komunikasi Pembimbing Rakan Sebaya di SBP Integrasi Tun
Abdul Razak dalam menangani isu adaptasi diri murid. Ketika ini kemahiran Komunikasi
digunakan untuk terus bertahan dan membiasakan diri dengan persekitaran baharu. Kajian
ini dijalankan dengan menggunakan kemahiran komunikasi dalam bentuk inventori soal
selidik yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 36 orang Pembimbing Rakan Sebaya
tahun semasa. Dapatan kajian ini, akan menggambarkan tahap penguasaan Komunikasi
Pembimbing Rakan Sebaya SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan. Pelaksanaan kajian
adalah melalui perjumpaan berkala dan kursus kepimpinan. Kajian ini diharapkan dapat
membantu dan meningkatkan kemahiran sedia ada Pembimbing Rakan Sebaya dalam
menangani isu adaptasi diri murid tingkatan satu dan empat baharu.

Kata Kunci : Adaptasi diri, Pelaksanaan kajian (Google Form), Pembimbing Rakan Sebaya,
Inventori

9

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN KEHADIRAN 10 ORANG MURID BERFOKUS
PONTENG MENGGUNAKAN KAEDAH CAKNA PERMATA DI
SMK CHINI 2, PEKAN, PAHANG

Che Wan Nor Fazila binti C.W. Dollah
SMK Chini 2

Pembimbing
Mohd Zaini bin Mohd Zin

PPD Pekan

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid dan
mengenalpasti punca punca-punca murid kerap ponteng sekolah. Sejauh manakah faktor
akademik, diri pelajar, keluarga, sosial dan kerjaya mempengaruhi gejala ponteng dalam
kalangan murid. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan
yang melibatkan murid berfokus ponteng seramai 10 orang di SMK Chini 2 pada tahun 2022.
Data yang dikumpul dalam kajian ini menggunakan kaedah soal selidik dengan
menggunakan senarai semak kendiri murid serta data peratus kehadiran murid melalui
aplikasi APDM. Hasil kajian mendapati pengaruh sosial menunjukkan faktor utama yang
mendorong murid untuk ponteng. Faktor lain yang mendorong ketidakhadiran murid ke
sekolah adalah masalah sikap atau diri murid. Hasil kajian mencadangkan beberapa langkah
perlu diambil oleh kesemua pihak yang terlibat iaitu ibu bapa, sekolah dan juga masyarakat
setempat dalam usaha menangani gejala ponteng yang akan menjadi semakin serius jika
tidak dibendung. Justeru itu amat diharapkan murid dapat menyedari kepentingan hadir ke
sekolah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan demi masa depan mereka. Ibu bapa juga
perlu lebih prihatin dalam memastikan anak-anak hadir ke sekolah supaya tidak terlibat
dengan gejala sosial yang lain. Manakala sekolah perlu lebih prihatin dalam isu ponteng
murid ini supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius pada masa akan datang.

Kata Kunci : Murid Fokus, Senarai Semak Kendiri Murid

10

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

THE F1 RALLY : MEMPERBAIKI PENAMPILAN DIRI
MURID TAHUN 5 YANG TIDAK KEMAS

Muhammad Nur Aiman bin Shu’aibon
SK Lepar

[email protected]

Pembimbing
Shamilah binti Mohd Ali

PPD Pekan

Abstrak

Penampilan diri merupakan asas dalam individu lain untuk dapat mentafsir bagaimana
personaliti yang ada dalam diri kita. Penampilan diri menurut Sharifa Akmam (2005) adalah
saranan komunikasi yang paling efektif berbentuk verbal dan non verbal serta boleh dilihat
melalui wujud diri daripada penampilan individu secara lahiriah. Oleh itu, penampilan diri
merupakan apa yang ditunjukkan oleh seseorang individu dalam kehidupan seharian.
Kajian ini dilaksanakan untuk memperbaiki penampilan diri murid tahun 5 agar menjadi
lebih kemas dengan mengaplikasikan model Kemmis & Mc Taggat (1988). Hasil daripada
pengumpulan data awal, membuktikan seorang ahli dalam kaunseling kelompok mempunyai
masalah dalam penampilan diri yang tidak kemas. Tindakan yang telah digunakan untuk
memperbaiki penampilan diri klien yang tidak kemas adalah menggunakan kit The F1 Rally
yang mana dalam kit ini mengandungi 3 aktiviti yang berlainan iaitu “Terokai Caranya”,
“Bagaimana Gunakan Saya?” dan“Bicarakan Gambar Ini”. Instrumen utama yang digunakan
dalam kajian ini ialahpemerhatian menggunakan senarai semak, temu bual (transkipsi) dan
analisis dokumen menggunakan soal selidik. Dapatan kajian ini telah menunjukkan
peningkatan dalam penampilan diri klien berdasarkan kepada data yang telah dianalisis.
Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa klien menunjukkan perubahan yang positif dan
menunjukkan penampilan diri yang semakin kemas. Kesimpulannya, hasil kajian
menunjukkan penampilan diri klien yang tidak kemas dapat diperbaiki.

Kata Kunci : Penampilan diri, Kit The F1 Rally

11

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN KE SEKOLAH
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENEGUHAN POSITIF

“BAUCER A.D.A.B”

Nornazamzira binti Abdul Halim
SK Peramu Jaya

Pembimbing
Adon bin Saryon

PPD Pekan

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke
sekolah. Kajian ini mensasarkan seramai 14 orang murid yang terdiri 9 orang murid lelaki
dan 4 orang murid perempuan Tahun 2 Ibnu Syathir dari SK Peramu Jaya, Pekan, Pahang.
Fokus kajian adalah untuk mengenalpasti kelebihan pendekatan ganjaran dalam
meningkatkan kehadiran murid yang disasarkan dan membantu meningkatkan peratus
kehadiran murid dalam kelas tersebut secara khasnya dan sekolah amnya melalui kaedah
GANJARAN BAUCER A.D.A.B. Kajian ini menggunakan teori B.F Skinner iaitu konsep
peneguhan di mana sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh
peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif akan
mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Selain
GANJARAN BAUCER A.D.A.B., Sesi Kelompok dan Carta Kehadiran A.D.A.B juga
dilaksanakan sebagai intervensi sokongan untuk mencapai tujuan kajian tindakan ini.
Instrumen utama yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah soal selidik
dan analisis dokumen digunakan bagi menyokong data utama kajian ini. Hasil kajian
menunjukkan terdapat sedikit peningkatan jumlah peratus kehadiran ke sekolah yang
signifikan dalam kalangan murid sasaran melalui tindakan-tindakan yang dijalankan. Walau
bagaimanapun, pengkaji menyedari bahawa untuk meningkatkan kehadiran murid ke
sekolah tidak boleh diperolehi dalam tempoh yang singkat bergantung semata-mata kepada
penggunaan ganjaran baucer. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan supaya
menggunakan kaedah motivasi kejayaan rakan untuk meningkatkan kehadiran murid ke
sekolah dilaksanakan untuk cadangan kajian seterusnya.

Kata Kunci : Peratus kehadiran murid, pendekatan gajaran, Ganjaran Baucer A.D.A.B.,
Carta Keharian A.D.A.B.

12

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN KEHADIRAN MURID TAHUN ENAM
MELALUI PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Fatin Nasuha binti Mohd Rawi
SK Merchong Jaya

Pembimbing
Mohd Hafiz bin Ab Rahman

PPD Pekan

Abstrak

Peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid merupakan fokus utama Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Namun masalah ketidakhadiran
ke sekolah memberi impak kepada kedua-dua fokus ini. Maka, kajian ini dijalankan untuk
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah melalui pelaksanaan Program Jom Ke
Sekolah kerana hubungan ponteng sekolah dengan pencapaian akademik atau
pembentukan sahsiah sangat signifikan dan berkait di antara satu sama lain. Kajian
dilakukan ke atas murid tahun enam SK Merchong Jaya. Dari segi kepentingan, masalah
ponteng merupakan aspek urgency dan seriousness yang perlu ditangani oleh pengurus
sekolah dengan berkesan. Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk menilai bagaimana
kaedah sistem ganjaran dapat membantu pengkaji dalam meningkatkan kehadiran murid ke
sekolah. Kajian ini menggunakan model Kemmis & Taggart (1982). Instrumen utama yang
digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah temu bual tidak berstruktur dan
analisis dokumen. Hasil analisis telah menunjukkan bahawa kaedah sistem ganjaran telah
berjaya meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Oleh itu, sistem ganjaran ini dapat
diaplikasikan kepada murid lain dalam usaha pihak sekolah mencapai KPI kehadiran yang
telah ditetapkan oleh kementerian. Peningkatan peratus kehadiran murid membuktikan
program ini berjaya menyelesaikan masalah ponteng dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid.

Kata Kunci : Ketidakhadiran, sistem ganjaran, meningkatkan kehadiran murid

13

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI DALAM

KALANGAN PENGAWAS SEKOLAH TAHAP 2

Rozemah binti Mohamad
SK Seri Biram

Pembimbing
Mohd Hafiz bin Ab Rahman

PPD Pekan

Abstrak
Kajian ini dibuat berdasarkan keperluan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
kebanyakan murid-murid yang telah dilantik menjadi pengawas sekolah tahap 2 yang terdiri
daripada murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Kebanyakan daripada mereka, kurang
berkeyakinan untuk menampilkan gaya kepimpinan yang berketrampilan. Kelemahan utama
dalam bidang kepimpinan dalam kalangan pengawas yang dilantik adalah kurang yakin diri
dan tidak berani untuk berucap dikhalayak ramai. Meraka merasa gugup dan tidak ada
keberanian untuk menunjukkan bakat kepimpinan yang ada dalam diri mereka. Pengawas
yang dilantik biasanya akan diminta untuk menjalankan tugas sebagai pengacara majlis
sekolah dan perhimpunan rasmi sekolah. Walaubagaimanapun, pihak sekolah sering
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pengawas yang berani untuk menjalankan
tanggungjawab tersebut. Saya selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah, merasa
bertanggungjawab untuk memikirkan cara penyelesaian bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi jalan
penyelesaian kepada permasalahan yang timbul. Bilangan responden yang terlibat dalam
kajian ini adalah seramai 20 orang pengawas yang telah dilantik oleh guru kelas. Dapatan
kajian diperolehi hasil tindakan beberapa aktiviti yang dijalankan bagi memantapkan gaya
kepimpinan dan kebolehan memberikan ucapan dan menjadi pengacara majlis perhimpunan
rasmi sekolah.
Kata Kunci : Pengawas sekolah tahap 2, kepimpinan, kemahiran berkomunikasi

14

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TINGKATAN 4:
KEMAHIRAN MENGAPLIKASI KATA TUGAS DALAM

TAJUK TUJUAN DAN BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN
DENGAN MENGGUNAKAN MODUL SET SOALAN

Hasnita binti Mamat
SMK Indera Shahbandar

Siti Nordiana binti Abdul Rani
SMK Chini Timur

Nor Sumaiyah binti Muhamad
SMK Sultan Ahmad

Pembimbing
Mohd Hamzah bin Haliman

PPD Pekan

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc kami dalam pengajaran Perniagaan
tajuk Tujuan dan Bentuk Pemilikan Perniagaan dengan menggunakan modul set soalan.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan
kumpulan sasaran seramai 20 orang murid iaitu 10 orang murid SMK Indera Shahbandar,
Pekan, Pahang, 5 orang murid SMK Chini Timur dan 5 orang murid SMK Sultan Ahmad pada
tahun 2022. Data yang dikumpul dalam kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data
dan pemerhatian yang dianalisis melalui semakan buku latihan murid. Dapatan kajian
mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah membantu meningkatkan
pemahaman murid, bagaimana untuk menjawab soalan semasa latihan, ujian dan
peperiksaan dijalankan. Kajian ini juga dapat membantu kami memahami proses
pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.

Kata Kunci : Matapelajaran Perniagaan, Tujuan dan Bentuk Pemilikan Perniagaan, modul
set soalan, Tingkatan 4, meningkatkan pemahaman murid

15

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN
DALAM MENGENALPASTI PEMBOLEHUBAH DAN
MEMBUAT HIPOTESIS (KEMAHIRAN PROSES SAINS)
MENGGUNAKAN TEKNIK LATUSE BAGI MURID TINGKATAN 5

Mawarni binti Othman
SMK Peramu Jaya

Pembimbing
Norazizi bin Fain

PPD Pekan

Abstrak

Kajian tindakan yang saya jalankan ini bertujuan untuk menambahbaik amalan PdPc saya
dalam meningkatkan tahap penguasaan murid dalam mengenalpasti pembolehubah dan
membuat hipotesis (Kemahiran Proses Sains) menggunakan teknik yang diberi nama
LATUSE. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang
melibatkan kumpulan sasaran seramai 10 orang murid yang terdiri daripada lima orang murid
kelas 5 Al Idrisi dan lima orang murid kelas 5 Al Jazari di SMK Peramu Jaya pada tahun
2022. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, membuat
pemerhatian dan berdasarkan ujian bulanan. Hasil daripada tinjauan, saya mendapati
mereka belum menguasai teknik menjawab bagi soalan mengenalpasti pembolehubah dan
membuat hipotesis. Begitu juga dari soalan latihan yang diberi, mereka tidak cuba menjawab
malah menunggu jawapan perbincangan guru. Untuk mengatasi masalah ini saya
menjalankan kajian dengan melakukan beberapa aktiviti iaitu pendedahan teknik menjawab
soalan sains, murid dibekalkan modul latihan dan menjawab soalan modul menggunakan
Teknik LATUSE (Latih, Tulis, Sebut). Perbandingan keputusan Ujian Penilaian 1 sebelum
aktiviti dijalankan dengan Ujian Pasca selepas aktiviti dijalankan menunjukkan peningkatan
walau sedikit. Kajian ini juga dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian
tindakan secara keseluruhan.

Kata Kunci : Tahap penguasaan murid, mengenalpasti pembolehubah dan membuat
hipotesis (Kemahiran Proses Sains), Teknik LATUSE (Latih, Tulis, Sebut), Tingkatan 5

16

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN PEMBELAJARAN SIRAH
DENGAN MENGGUNAKAN PERMAINAN U-CROSS DALAM
KALANGAN MURID TINGKATAN LIMA

Mohd Zahid bin Zulkefly
Hasan bin Musa
Azalia binti Rozali

Amir Musaddiq bin Ismail
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan

[email protected]

Pembimbing
Shahrizan bin Shahidan

PPD Pekan
Abstrak

Pembelajaran sirah merupakan salah satu bidang yang memerlukan ketekunan murid untuk
menghafal banyak fakta, nama-nama tokoh, nama tempat, istilah, dan sebagainya. Kajian
ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam pembelajaran sirah yang
berkaitan tajuk Sejarah Kerajaan Uthmaniyah menggunakan permainan U-Cross. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan
sasaran seramai 15 orang murid di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan pada
tahun 2022. Data yang dikumpul dalam kajian ini menggunakan kaedah ujian yang dianalisis
secara jadual markah ujian pra dan pasca. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah
dirancang dalam kajian ini telah berjaya mencapai objektif kajian. Kajian ini juga dapat
membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.
Kata Kunci : Sirah, fakta, permainan

17

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

PENGGUNAAN KAEDAH ‘KAKURAMA’ DALAM MENARIK MINAT
MENGINGAT FAKTA AKIDAH PENDIDIKAN ISLAM SPM BAGI
MURID TINGKATAN 5 BIJAKSANA

Anisah binti Mat Soh
SMK Lepar

Pembimbing
Shahrizan bin Shahidan

PPD Pekan

Abstrak

Kemahiran mengingat merupakan salah satu kemahiran yang memerlukan tumpuan murid
untuk menghafal banyak fakta khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Murid
biasanya kurang berminat untuk memberi tumpuan, membaca, apatah lagi menghafal fakta
yang melibatkan maksud perkataan, sejarah, prinsip dan nama-nama tokoh yang sering
ditanya di dalam ujian. Menyedari akan hakikat bahawa masalah utama murid adalah kurang
memberi tumpuan di dalam kelas semasa guru mengajar, maka pengkaji telah menggunakan
kaedah “KaKuRAMA’ sebagai satu intervensi dalam kajian. KaKuRAMA merupakan
singkatan bagi “Kata Kunci Berirama”. Di sini murid tidak dibebankan dengan ayat atau
tulisan yang panjang berjela sehingga membebankan mereka, sekaligus menghilangkan
daya tumpuan, sebaliknya mereka hanya perlu mengingat perkataan utama sahaja. Bagi
mengukuhkan lagi ingatan, di samping menghilangkan kebosanan, pengkaji telah
menghasilkan lirik lagu berkaitan dengan fakta dan dijelmakan di dalam bentuk video. Kajian
tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mencari kaedah yang paling sesuai untuk menarik
minat murid dalam memberi tumpuan di dalam kelas serta mendorong mereka untuk
berusaha mengingat dan menghafaz fakta Pendidikan Islam dengan mudah dan cepat.
Seramai 20 orang murid Tingkatan 5 Bijaksana telah dipilih sebagai responden dalam kajian
ini. Instrumen yang digunakan ialah set soal selidik sebelum kaedah ini digunakan dan
selepas ianya digunakan serta pemerhatian guru. Hasil analisis data menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah KaKuRAMA berupaya meningkatkan minat dan tumpuan murid untuk
belajar dan seterusnya memudahkan guru untuk membimbing murid mengingat fakta dalam
bidang akidah tingkatan 5 dengan mudah dan cepat.

Kata Kunci : Kemahiran mengingat, Pendidikan Islam, kaedah “KaKuRAMA”, Kata Kunci
Berirama

18

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS
KARANGAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK PEAH DALAM

KALANGAN MURID KELAS 4 DEDIKASI

Nursalawati binti Mohamed Taib
SMK Pekan
Pembimbing

Shamilah binti Mohd Ali
PPD Pekan
Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah tidak boleh menghurai karangan yang
dihadapi oleh murid 4 Dedikasi Tahun 2022. 11 murid telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui kaedah penilaian dalam Ujian Pengesanan 1 Tahun 2022.
Hasil tinjauan menunjukkan 55% daripada 20 orang murid 4 Dedikasi telah gagal dalam ujian
dan lemah dalam menulis karangan. Perancangan tindakan difokuskan kepada Teknik
PEAH untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam karangan dan kajian ini telah
diselesaikan dalam tempoh tiga bulan. Keputusan pascaujian telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid. Dapatan dari Peperiksaan Pertengahan Tahun pula
menunjukkan murid seramai tiga belas orang lulus.
Kata Kunci : Menghurai karangan, Teknik PEAH

19

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENGINGATI
KOSA KATA BAHASA ARAB BERDASARKAN DSKP TAHUN 4

Mohamad bin Ismail
SK Langgar
Pembimbing

Adon Bin Saryon
PPD Pekan
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid tahun 4 Iltizam, yang lemah dalam
mengingati kosa kata Bahasa Arab mengikut kandungan DSKP. Murid-murid yang terlibat
adalah seramai 10 0rang yang juga merupakan murid-murid tahap sederhana. Tujuan kajian
ini dijalankan adalah untuk mengesan dan membimbing murid-murid ini agar dapat
menguasai kosa kata dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Kajian ini berkaitan kaedah untuk
mengingati kosa kata Bahasa Arab mengunakan keadah “Pengecaman objek di sekeliling
kita”. Tinjauan awal yang telah dilakukan ialah mengenal pasti masalah murid melalui
semakan latihan murid, latihan lisan, pemerhatian dan temu bual. Pengesanan awal
terhadap masalah ini telah mendorong saya memikirkan kaedah yang sesuai dan ringkas
yang boleh dipraktikkan oleh murid pada masa akan datang.
Kata Kunci : Kota kata, Bahasa Arab, kaedah mengingat, pengecaman objek di sekeliling
kita

20

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGENALI HURUF
DIKALANGAN MURID TAHUN 1 MELALUI

KAEDAH LOKET HURUF DEKAT DIHATI INGAT DIMINDA

Mariaulfa binti Hassan
Norma binti Kamil
SK Mambang

Pembimbing
Farah Jasmine Hui binti Abdullah

PPD Pekan

Abstrak

Sistem pendidikan masa kini telah menetapkan bahawa semua murid perlu menguasai
kemahiran 2M iaitu membaca dan menulis apabila murid menjejakkan langkah ke alam
persekolahan. Namun, disebabkan beberapa kekangan seperti ketidakhadiran yang kerap
di kalangan murid tersebut dan tiada aktiviti pengukuhan di rumah menjadi punca murid tidak
dapat menguasai kemahiran yang dipelajari. Keadaan ini pastilah menimbulkan kegusaran
di kalangan pendidik kerana murid yang terlibat perlu mengikuti silibus yang agak tinggi yang
tidak selaras dengan tahap kemampuan mereka. Lebih malang lagi murid berkenaan terdiri
di kalangan murid asli yang tidak pernah menerima pendidikan awal di Tadika atau
Prasekolah. Sedangkan apabila mereka terus mendaftar kemasukan ke sekolah Tahun 1,
mereka perlu bermula dari peringkat awal proses mengenali huruf, suku kata, perkataan,
frasa dan ayat. Pengesanan awal yang diperolehi penyelidik mendapati seramai 17 orang
murid tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Mambang tidak boleh membaca. Mereka juga tidak
mengenal huruf sepenuhnya kerana tidak mengikuti pendidikan awal di Tadika atau
Prasekolah. Keadaan ini menimbulkan masalah apabila murid yang tidak boleh membaca
ini tidak mampu mengikuti proses pembelajaran dengan baik dan tidak dapat mencapai
objektif pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru yang mengajar kelas berkenaan.
Beberapa aktiviti telah dirancang bagi memastikan murid seramai 17 orang ini dapat
menguasai kemahiran membaca bermula daripada mengenal huruf yang penyelidik
namakan sebagai ‘Loket Huruf Dekat Dihati Ingat Diminda’. Pada minggu pertama ia
dijalankan, sebahagian murid daripada 17 murid berkenaan berjaya mengingati huruf yang
dikalungkan di leher mereka sepanjang hari persekolahan. Ini menunjukkan apabila huruf
berada dekat dengan mereka setiap hari pasti tiada masalah untuk murid mengingati huruf
dan seterusnya mampu menguasai suku kata dan perkataan. Loket yang mengandungi satu
huruf dipakai oleh murid sepanjang hari disekolah dan dibawa kemana sahaja murid pergi
ibarat sahabat yang akrab. Murid perlu mengenali dan menyebut huruf berkenaan dengan
betul apabila ditanya oleh mana-mana guru atau rakan yang lain. Apabila huruf diletak dekat
pada hati maka mudahlah mereka untuk mengingati.

Kata Kunci : Kemahiran 2M, Loket Huruf Dekat Dihati Ingat Diminda, mengenal huruf

21

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

KAEDAH ‘PASTO’ MEMBANTU MENGINGAT NAMA-NAMA
OTOT DALAM SUBJEK SAINS SUKAN SEMESTER 2 STPM

Shafezan Hamidi bin Abd Hamid
SMK Tengku Abdullah
Pembimbing

Nor Haslinda binti Burhanuddin
PPD Pekan
Abstrak

Kajian Tindakan ini bertujuan untuk membantu pelajar tingkatan enam di SMK Tengku
Abdullah, Pekan, Pahang menjawab soalan subjek Sains Sukan topik anatomi dan
fisiologi. Masalah kajian ialah pelajar gagal mengingat dan menghafal nama-nama otot
yang pelbagai dalam tubuh badan manusia. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji
menggunakan kaedah “PasTo” (Paste To) dan mengambil sampel kajian melibatkan
enam orang responden dari kelas 6 Atas 3 iaitu, pelajar yang gagal dalam subjek ini pada
semester 2. Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian awal dan ujian
selepas kaedah PasTo digunakan. Objektif kajian adalah untuk membantu pelajar dapat
mengingat nama dan lokasi otot-otot dalam badan manusia dan seterusnya membantu
menjawab soalan sains sukan semester 2. Hasil kajian menunjukkan tahap ingatan
pelajar sebelum ujian berbeza dari selepas ujian di mana pelajar lebih mudah mengingat
nama-nama otot berbanding dengan cara menghafal dari buku sahaja.
Kata Kunci : Tingkatan enam, Semester 2, STPM, Sains Sukan, topik anatomi dan
fisiologi, nama-nama otot, PasTo (Paste To)

22

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

PENINGKATAN PENGUASAAN MURID TAHUN 1
DARIPADA KONSTRUK 3 KE KONSTRUK 4
MENGGUNAKAN MODUL ANAKKU SAYANG

Khadijah Nor Azlina binti Mohd Saleh
Muhamad Khairil Affendey bin Khaidzir

Ahmad Baktiar bin Abdul Rahman
SK Peramu Jaya

Pembimbing
Adon bin Saryon

PPD Pekan

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk menambah baik program BCK menggunakan pendekatan
pengajaran secara individu dan latih tubi dengan menggunakan Modul Anakku Sayang
di SK Peramu Jaya, Pekan. Kajian ini dijalankan kepada murid-murid BCK Tahun 1
menggunakan kaedah bimbingan individu yang melibatkan seramai 13 orang guru yang
akan membimbing 13 orang murid BCK Tahun 1 yang tidak menguasai K3. Objektif
kajian dan fokus kajian ini bagi memastikan murid tersebut menguasai kemahiran
membaca sehingga K4. Fokus kajian adalah, guru yang terlibat perlu membimbing murid
membaca bahan bacaan yang sesuai dengan tahap penguasaan murid. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui pengumpulan data bacaan murid, pemerhatian terhadap
murid dan guru terlibat serta maklum balas daripada guru mata pelajaran tentang tahap
penguasaan murid tersebut. Pemerhatian daripada program intervensi yang dijalankan
menunjukkan murid tersebut memerlukan latihan intensif dan latih tubi yang berterusan
untuk meningkatkan penguasaan mereka dengan lebih cepat dan berkesan.
Pelaksanaan kajian adalah merupakan dapatan program yang dijalankan. Dapatan
kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini dapat meningkatkan
penguasaan murid.

Kata Kunci : Program BCK, Modul Anakku Sayang, Tahun 1, bimbingan individu,
kemahiran membaca

23

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN INTELEK MURID DENGAN MENGGUNAKAN
DADU PEMIKIR SEJARAH (DAPS) SEBAGAI ALAT BANTU
BAGI MELAHIRKAN PEMIKIR SEJARAH CILIK

Maryam Madhiah binti Ahmad
SK Sinar Mutiara

[email protected]

Pembimbing
Shamilah binti Mohd Ali

PPD Pekan

Abstrak

Kegagalan 29 daripada 31 orang murid tahun 4 Arif menzahirkan persoalan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah menunjukkan murid
belum mencapai tahap pemikiran ahli pemikir sejarah sebagaimana yang dikehendaki oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kemahiran Pemikir Sejarah ini hanya akan berjaya
dicapai apabila murid berjaya untuk bertanyakan soalan setiap kali mereka mempelajari
ilmu Sejarah. Maka tujuan kajian adalah untuk menambah baik amalan PdPc dalam
menyediakan murid menjadi Ahli Pemikir Sejarah ke arah penguasaan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) agar murid bersedia dengan konsep Pembelajaran Berasaskan
Inkuiri. Konsep ini merupakan salah satu strategi pembelajaran abad ke-21 bagi mata
pelajaran Sejarah sekolah rendah. Kaedah kajian berbentuk deskriptif dipilih bagi melihat
pembolehubah yang mampu mengubah kesediaan murid untuk mencapai kriteria
seorang Pemikir Sejarah. Antara kaedah yang digunakan adalah Ujian Pra Lisan, Ujian
Pos Lisan dan borang soal selidik minat murid terhadap Mata Pelajaran Sejarah. Tinjauan
awal mendapati 29 orang murid gagal dalam Ujian Pra Lisan kerana tidak berjaya
menyatakan sebarang bentuk soalan semasa sesi pembelajaran. Borang soal selidik
mengukur minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah juga telah menunjukkan skor di
bawah 3 yang membuktikan kurangnya minat terhadap mata pelajaran yang menjadi
faktor penyumbang murid mempunyai perasaan ingin tahu yang rendah. Setelah
penggunaan Dadu Pemikir Sejarah, dapatan bagi Ujian Pos Lisan yang dijalankan
menunjukkan 100% murid lulus apabila berjaya menyatakan sekurangnya 1 persoalan
menerusi sesi pembelajaran malahan menerusi borang soal selidik minat, majoriti murid
memilih skor antara 4 dan 5.
Kata Kunci : Dadu Pemikir Sejarah, DAPS, Pemikir Sejarah, perasaan ingin tahu

24

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

KAJIAN TINDAKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENGENAL PASTI PEMBOLEHUBAH DAN MENULIS HIPOTESIS

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 ARIF MENGGUNAKAN
MODUL ‘VARYTHESIS’

Mohd Izham bin Mahmad Redzuan
SK Sinar Mutiara

Pembimbing
Norazizi bin Fain

PPD Pekan

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengenalpasti
pembolehubah dan menulis hipotesis dalam kalangan murid SK Sinar Mutiara, Pekan,
Pahang. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 24 orang murid Tahun 4 Arif, iaitu
seramai 10 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan. Tinjauan awal yang dibuat
dalam semakan kerja rumah yang diberikan, kira-kira 24 daripada 30 orang murid tidak
dapat mengenalpasti ketiga-tiga pembolehubah serta tidak mampu menulis hipotesis
dengan tepat. Ujian pra serta soal selidik yang telah dilakukan membuktikan murid tidak
menguasai kedua-dua kemahiran penting ini. Untuk mengatasi masalah yang berlaku,
pengkaji telah mengambil inisiatif dengan melakukan pengajaran semula dengan
menggunakan modul ’Varythesis’. ’Varythesis’ merupakan gabungan singkatan antara
perkataan ’Variable’ dan ’Hipotesis’ yang dilihat bersesuaian dengan objektif kajian ini.
Berdasarkan analisis data ujian pra dan ujian pasca, gred pencapaian ‘sangat baik’
meningkat dengan sangat ketara iaitu kira-kira 45.8 peratus. Berdasarkan analisis purata
soal selidik pula, jelas menunjukkan purata selepas intervensi diperkenalkan adalah lebih
baik berbanding sebelumnya bagi kesemua 9 item soal selidik. Data temu bual pula
menunjukkan murid lebih berkeyakinan serta dapat menjawab soalan berkaitan hipotesis
dengan lebih tepat. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa setiap murid
mampu menguasai sesuatu kemahiran jika tindakan serta kaedah pengajaran yang guru
sediakan berfokus dan bermatlamat. Guru perlu kreatif dalam menghasilkan
pembelajaran yang bermakna agar murid dapat menggarap kemahiran yang perlu
dikuasai dalam satu-satu pembelajaran.

Kata Kunci : meningkatkan kemahiran, mengenalpasti pembolehubah, menulis
hipotesis, modul ’Varythesis’

25

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN KVKV
DENGAN MENGGUNAKANTEKNIK “TNB”

Noor Najihah binti Dzafaruddin
Zaidah binti Mohamed Ali
Zahratul Nadia binti Sahran
Mariani binti Ismail
SK Sinar Mutiara

Pembimbing
Shamilah binti Mohd Ali

PPD Pekan

Abstrak

Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan penguasaan membaca bagi murid-murid
BCK Tahun 1. Murid yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 21 orang. Berkisar
daripada masalah buta 2M yang terlalu ramai bagi murid Tahun 1, penyelidik telah
melaksanakan tinjauan awal melalui senarai semak, temubual, ujian dan soal selidik.
Hasil daripada tinjauan tersebut didapati murid tidak mengenal abjad, tidak boleh
membaca sukukata terbuka dan tertutup apatah lagi membaca perkataan. Bagi
memudahkan kajian dilaksanakan, kelas telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil.
Teknik yang penyelidik gunakan ialah “TEKNIK NYANYIAN DAN BERMAIN” (TNB) iaitu
semua sukukata dieja dengan teknik nyanyian. Aplikasi “TEKNIK NYANYIAN DAN
BERMAIN” (TNB) sebagai alternatif dalam menghafal sukukata telah banyak membantu
murid-murid tersebut dalam mengatasi masalah buta 3M. Murid-murid menunjukkan
peningkatan yang lebih baik setelah diberi beberapa latihan bacaan cepat. Teknik
belajar melalui nyanyian dapat menarik minat murid serta mengukuhkan ingatan dan
sebutan di kalangan murid-murid Pemulihan. Sesi pengajaran bermula pada jam 7.40
pagi sehingga 12.40 tengah hari. Murid akan mengikuti sesi pengajaran secara penuh
bersama guru yang terlibat dengan menggunakan Teknik didik hibur dan Teknik
permainan. Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh seminggu dengan
menggunakan“TEKNIK NYANYIAN” (TNB) ini telah membantu mengatasi masalah buta
2M di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara.

Kata Kunci : Penguasaan membaca, BCK, Tahun 1, buta 2M, Teknik Nyanyian dan
Bermain (TNB), teknik nyanyian, latihan bacaan cepat, murid Pemulihan

26

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

PENDEKATAN PENGGUNAAN KIT NiM DALAM
MENINGKATKAN PENGUASAAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP

DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS

Suhaili binti Samsudin
SK Seri Biram

Pembimbing
Noor Azlina binti Abdul Malek

PPD Pekan

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran Kemahiran Hidup
Masakan penulis dengan menggunakan Kit NiM. Kajian ini dilaksanakan menggunakan
reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai tujuh orang
murid Pendidikan Khas kelas Al Biruni. Kajian melibatkan tujuh orang MBK yang terdiri
daripada enam murid kurang upaya intelektual dan satu murid kurang pendengaran,
selain daripada itu murid ini juga mempunyai masalah daya ingatan, tumpuan yang
singkat dan kurang berkeyakinan sosial. Data dikumpul melalui senarai semak kriteria
kompetensi. Kajian dilakukan untuk melihat kemenjadian MBK dari peringkat sebelum
dan selepas dalam keberkesanan penggunaan Kit NiM dalam pengajaran dan
pembelajaran oleh guru pendidikan khas kepada MBK. Dapatan kajian menunjukkan
penggunaan Kit NiM dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam subjek
Kemahiran Hidup (Masakan) serta tumpuan mereka di dalam kelas semasa sesi
pembelajaran. Peratus kenaikan pencapaian senarai semak kriteria kompetensi melebihi
30% bagi kesemua murid. Manakala, berdasarkan rekod kumpulan tanding Kit NiM
menunjukkan penglibatan subjek kajian semasa pembelajaran juga turut meningkat iaitu
sebanyak 70 markah berbanding hanya 26 markah sebelum penggunaan Kit NiM dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kata Kunci : Kit NiM, Kemahiran Hidup Masakan, Murid Pendidikan Khas

27

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

KEPENTINGAN SENSORI MEMBANTU PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

DENGAN LEBIH BAIK

Nur Azura binti Mohamad Yusop
SK Lepar

Pembimbing
Noor Azlina binti Abdul Malek

PPD Pekan

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pembelajaran dan pemudahcaraan
dalam pengajaran saya dengan menggunakan teknik pendekatan sensori untuk menarik
perhatian murid pendidikan khas berkefungsian rendah (Low Function). Saya perlu
memikirkan satu alternatif terbaik bagaimana saya dapat membantu anak pendidikan
khas yang berketegori kefungsian rendah ini supaya minat dalam aktiviti pembelajaran.
Selain dari tidak boleh bertutur dan tiada fokus, murid pendidikan khas berkefungsian
rendah sekolah saya juga mempunyai ciri suka mengamuk, mengganggu pembelajaran
rakan lain, pukul rakan, menggigit, menjerit, menangis, baling barang dalam kelas dan
lari sekitar sekolah. Sekiranya saya tidak menjalankan satu sesi pembelajaran yang
dapat menarik minat mereka bermakna saya seorang guru yang gagal dan kehadiran
murid ini ke sekolah hanya sia-sia. Justeru, saya memikirkan satu kaedah iaitu
mewujudkan “sensory room”. Pembelajaran melalui sensori dapat mengatasi masalah
murid pendidikan khas berkefungsian rendah ini. Anak-anak ini perlu dibantu secara
berfokus. Kognitifnya tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Seluruh sarafnya sedang
sakit dan perlukan rawatan pemulihan. Jiwanya yang kosong perlu dipadatkan dengan
keseronokan belajar supaya mereka faham fungsi ke sekolah. Saya ingin mereka
merasakan sekolah adalah satu medan ilmu yang sangat menyeronokkan dan bukannya
dunia menakutkan buat mereka. Sensori mereka perlu dipulihkan terlebih dahulu
sebelum mereka boleh menguasai semua aktiviti guru dengan baik. Input sensori anak-
anak berkefungsian rendah perlu dipenuhi terlebih dahulu diawal usia untuk
perkembangan pembelajaran yang lebih baik.

Kata Kunci : Pendekatan sensori, murid pendidikan khas berkefungsian rendah (Low
Function), “sensory room”, sensori

28

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN FAKTA ASAS
TAMBAH DENGAN MENGGUNAKAN KIT PEMBELAJARAN
NUMERASI LEGO DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN

Maisarah binti Mazlan
SK Permatang Keledang

Pembimbing
Nurul Khairani binti Nashruddin

PPD Pekan
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam mata pelajaran
matematik pemulihan bagi tajuk operasi tambah dengan menggunakan Kit Pembelajaran
Numerasi Lego. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan
yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 6 orang murid pemulihan di SK Permatang
Keledang pada tahun 2022. Data yang dikumpul dalam kajian ini menggunakan kaedah
kuantitatif yang dianalisis secara pemerhatian, temu bual dan ujian. Dapatan kajian
mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah berjaya meningkatkan
penguasaan kemahiran fakta asas tambah dalam kalangan murid pemulihan. Kajian ini
juga dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya.
Kata Kunci : Matematik pemulihan, operasi tambah, Kit Pembelajaran Numerasi Lego,
murid pemulihan

29

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN
MEMBACA DAN MENULIS SUKU KATA TERBUKA (KV)
MENGGUNAKAN TEKNIK JARIKV DALAM KALANGAN

MURID PEMULIHAN KHAS TAHUN 2

Siti Nor Saadah binti Satar
SK Kinchir

Pembimbing
Nurul Khairani binti Nashruddin

PPD Pekan

Abstrak

Kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) merupakan perkara asas yang
paling penting dalam kehidupan manusia. Sejak umur 5 tahun, kanak-kanak
sudah mula bersekolah dan belajar kemahiran asas ini. Murid-murid yang belum
menguasai asas 3M ini merupakan murid yang belajar di kelas pemulihan khas.
Kesukaran murid pemulihan khas untuk mengingat, menyebut abjad dan mengeja
bagi membunyikan sukukata terbuka (KV) menyebabkan mereka ketinggalan
dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Kajian ini bertujuan untuk
menambah baik amalan PdP guru Pemulihan Khas dalam pengajaran kemahiran
4 pemulihan khas bahasa melayu iaitu membaca dan menulis sukukata terbuka
(KV). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan
yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 3 orang murid pemulihan khas tahun
2 pada tahun 2022. Data yang dikumpul dalam kajian ini menggunakan kaedah
ujian, pemerhatian dan temubual yang dianalisis secara berstruktur. Melalui
kaedah ini, murid-murid dapat menggabung jalinkan kemahiran kognitif, afektif
dan psikomotor mereka dengan menggarap kemahiran belajar melalui deria
penglihatan (visual) dan psikomotor jari. Diharapkan kaedah JariKV ini berupaya
meningkatkan pencapaian pelajar dalam kemahiran membaca sukukata terbuka
(KV).

Kata Kunci : JariKV, Pemulihan khas, membaca suku kata terbuka KV, menulis
suku kata terbukaKV, Konstruk 2

30

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022
“TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN”

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGEJA
PERKATAAN KVKVK DALAM KALANGAN
MURID PEMULIHAN KHAS MENGGUNAKAN
TEKNIK PERMAINAN PANSU

Noor Sabariyah binti Embong
SK Kota Perdana
Pembimbing

Intan Khairani binti Ismail
PPD Pekan
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya
menggunakan teknik permainan PANSU. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka
bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai dua orang murid
Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Kota Perdana. Data yang dikumpul dalam kajian ini
menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
teknik permainan PANSU dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam
mengeja perkataan KVKVK. Responden juga berasa seronok dan yakin pada diri dalam
mengeja perkataan KVKVK menggunakan teknik permainan PANSU.
Kata Kunci : Permainan PANSU, Pemulihan Khas, murid Orang Asli, mengeja perkataan
KVKVK, pemerhatian dan temubual

31

SEKALUNG PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera

Pertamanya, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Pekan ingin merakamkan ucapan Terima Kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai rakan kolaboratif
strategik kami. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung serta sokongan, komitmen dan kerjasama bagi menjayakan Kolokium Kajian Tindakan
Peringkat Daerah Pekan 2022 “Transformasi Pendidikan Melalui Kajian Tindakan”.

Di kesempatan ini juga, pihak kami ingin mengucapkan syabas kepada semua jurulatih utama,
jawatankuasa serta pembentang kerana Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Daerah Pekan 2022
“Transformasi Pendidikan Melalui Kajian Tindakan” telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27
September 2022.

Pihak kami juga amat menghargai kerjasama yang diberikan dan berharap ia dapat dikekalkan dan
diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
PERINGKAT DAERAH PEKAN 2022
TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELALUI KAJIAN TINDAKAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PEKAN
Jalan Pekan-Kuantan

Kampung Peramu Permai
26600 Pekan, Pahang

Hak cipta @ PPD Pekan 2022


Click to View FlipBook Version