Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara: Lebih Baik Cegah. 1
Biodata Diri. Nama murid: 1)Muhammad Adam Faris Bin Mohd Hatta (5UM) 2)Aqiel Iskandar Bin Mohd Rizal (6UM) Nama sekolah : Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (1) Kod sekolah : JBA1066 Nama guru pembimbing : Cikgu Norliana - Guru Kaunseling dan Guru Penyelaras Student Leader Board (SLB) Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (1) 2
3 Isi kandungan . • Biodata diri . (m/s 2) • Isi kandungan . (m/s 3) • Vape dan maksudnya . (m/s 4) • Kandungan utama yang terdapat di dalam vape. (m/s 4) • Keburukan vape. (m/s 5 - 6) • Sebab mengapa remaja sekolah mudah terlibat dengan penggunaan vape. (m/s 7) • Langkah pencegahan diri. (m/s 7) • Cadangan pencegahan untuk sekolah. (m/s 7) • Penutup dan penghargaan . (m/s 8)
VAPE Apa itu vape? - Vape ialah peranti elektronik yang disedut dalam cara yang sama seperti merokok oleh pengguna. Apabila pengguna menghembus (vaping), wap yang mengandungi propylene glycol (PG) kelihatan seperti asap dari rokok yang bersifat racun. - Mengikut data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2016, seramai 300,000 orang pelajar sekolah di Malaysia telah terlibat didalam penggunaan vape. Ia merupakan suatu jumlah yang amat besar dan perlu dicegah sebelum kes menjadi semakin tinggi. Apakah kandungan utama yang terdapat di dalam vape? Kandungan utama yang terdapat di dalam vape ialah: 1) Nikotin . 2) Propylene Glycol (PG). 3) Vegetable Glycerin (VG). 4) Bahan perisa dan pewarna . 4
Apakah keburukan vape kepada kesihatan ? 1) Nikotin . - Nikotin adalah dari hasil tembakau dan ia menyebabkan ketagihan kepada pengguna. Penggunaan berpanjangan akan mempengaruhi prestasi pembelajaran, daya fokus, mood serta memori seseorang pelajar. - Pendedahan kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah. 5 2) Propylene Glycol (PG). - Propylene Glycol (PG) ialah merupakan bahan daripada sisa petroleum dan berfungsi untuk menukar cecair kepada wap. Ia boleh menyebabkan iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan. - Kesan berbahaya Propylene Glycol (PG) pada jangka masa panjang pula boleh menyebabkan penyakit asma kepada anak remaja dan penyebab kepada penyakit kanser.
Apakah keburukan vape kepada kesihatan ? 4) Bahan Perisa Dan Pewarna . - Kajian in -vitro yang dijalankan oleh Bahl et al pada tahun 2012 mendapati cecair di dalam vape mampu membunuh sel iaitu sel paru -paru, sel otak dan lapisan kulit. Kajan ini mengira paras yang mampu membunuh sel -sel ini yang di kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair vape yang mengandungi pelbagai bahan perisa ini telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi. 6 3) Vegetable Glycerin (VG). - Vegetable Glycerin (VG) merupakan bahan yang diekstrak daripada minyak sayuran yang berfungsi untuk memberikan ketebalan pada wap vape. Ia boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Namun, penggunaan Vegetable Glycerin (VG) dalam tempoh yang panjang boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman seperti paru -paru dan juga jantung .
Apakah langkah pencegahan diri daripada terjebak didalam penggunaan vape? 1) Tidak sesekali mencuba sebarang jenis rokok. Kerana penggunaan vape biasanya bermula dari tabiat merokok. 2) Jauhi diri daripada perokok atau mereka yang menghisap rokok elektronik/vape. 3) Amalkan aktiviti berfaedah dan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan beriadah. 7 - Antara jawapan mereka adalah kerana vape mengandungi pelbagai perisa dan berasa manis, tidak berbau busuk seperti rokok, produk yang kecil, mudah untuk disimpan dan dibawa ke mana -mana, mudah didapati di kedai berdekatan sekolah serta lebih jimat dan boleh dipakai lama. Mengapa remaja sekolah mudah terlibat dengan penggunaan vape? Cadangan tindakan pencegahan untuk pihak sekolah. Antaranya ialah : Kerap mengadakan ‘spot check’ mengejut kepada pelajar sekolah sewaktu perhimpunan pagi dan mengadakan minggu kesedaran tentang “Bahaya Vape Kepada Remaja”.
Penutup Dan Penghargaan . • Sekalung ucapan terima kasih dan penghargaan kami tujukan kepada guru pembimbing kami iaitu Cikgu Norliana selaku guru kaunseling dan Guru Penyelaras Student Leader Board (SLB) Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (1). • Ucapan terima kasih ini juga kami tujukan kepada Cikgu Syahirah yang memberi tunjuk ajar kepada kami didalam menyiapkan buku skrap digital ini. • Yang terakhir sekali, nasihat kami kepada semua: Sayangi diri anda. Jangan sesekali terlibat didalam penggunaan vape yang merosakkan minda dan kesihatan anda. Amalkan gaya hidup yang sihat agar sentiasa ceria. Guru tentu bahagia melihat pelajarnya sentiasa aktif, tiada bermasalah dan cemerlang didalam pelajaran. Sekolah juga pasti bitara dengan kejayaan pelajar didalam akademik mahupun sukan diperingkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Ingatlah, tanpa vape: Murid Ceria, Guru Bahagia Dan Sekolah Bitara – Lebih Baik Cegah . 8