SFP 10023
PEMBUATAN SAMPEL
N A M A P E N S YA R A H :
NUR SUZANA BINTI MOHD LELA
1.0 JENIS-JENIS MESIN JAHIT
Mesin jahit merupakan alat yang paling penting bagi seseorang tukang jahit. Terdapat
pelbagai jenis mesin jahit yang ada di pasaran. Setiap jenis mesin mempunyai fungsi
tertentu. Oleh itu pembuat pakaian hendaklah memilih mesin jahit yang sesuai dengan
fungsi yang diperlukan bagi menghasilkan pakaian keluarannya.
MESIN JAHIT
• Mesin jahit banyak digunakan oleh surirumah untuk menjahit
pakaian atau kelengkapan rumahtangga secara kecil-kecilan. Ia
dikendalikan secara manual atau dengan kuasa elektrik. Mesin ini
mudah digunakan dan kelajuannya mudah dikawal. Contoh
mesin jahit ialah mesin jahit tangan , mesin jahit kaki dan mesin
jahit mudah alih yang mempunyai pelbagai fungsi. Mesin jahit
hanya boleh menjahit pakaian yang menggunakan fabrik nipis
dan sederhana tebal.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
1. MESIN JAHIT KAKI
Mesin ini terletak pada rangka keluli. Ia
digerakkan dengan kaki menerusi
pengayuhnya. Badan mesin boleh disimpan
di dalam tempat penyimpan yang dikhaskan
selepas digunakan.
• Kegunaan mesin jahit kaki
menjahit jahitan lurus
sekiranya menggunakan tapak khas,
mesin ini boleh digunakan untuk
menjahit kelepet gulung, ropol dan
zip.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
1. MESIN JAHIT KAKI
• Cara memilih mesin jahit kaki
Pilih mesin yang mempunyai kaki yang
tegap supaya ia tidak bergoncang
ketika menjahit.
Pilihlah jenama yang menawarkan
perkhidmatan selepas membeli
Pilih jenis mesin yang mudah mendapat
alat ganti.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
1. MESIN JAHIT KAKI
• Cara menjaga mesin jahit kaki
Selepas menggunakan mesin, ia
hendaklah dibersihkan dengan berus
lembut.
Minyakkan mesin mengikut keperluan.
Elakkan dari menitiskan minyak mesin
terlalu banyak kerana ia boleh
mengotorkan mata jahitan mesin dan
artikel yang dijahit.
Jangan jalankan mesin yang dipasang
benang sekiranya tiada fabrik yang dijahit
kerana benang boleh tersimpul.
Simpan mesin dengan melonggarkan tali
mesin terlebih dahulu.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
2. MESIN JAHIT MUDAH-ALIH PELBAGAI GUNA / PORTABLE MULTI-PURPOSE
MACHINE
• Mesin jahit mudah alih pelbagai guna
adalah mesin yang dijalankan dengan
kuasa elektrik. Ia lebih ringan dari mesin
jahit kaki dan mudah dibawa ke lain
tempat kerana ia mempunyai tangkai /
tempat pemegang.
• Mesin ini perlu diletak di atas meja
apabila hendak menjahit. Kelebihan
mesin ini ialah ia boleh berfungsi untuk
menjahit beberapa jenis matajahitan
hiasan selain dari menjahit jahitan lurus.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
2. MESIN JAHIT MUDAH-ALIH PELBAGAI GUNA / PORTABLE MULTI-PURPOSE
MACHINE
• Kegunaan mesin jahit mudah alih
Mesin mudah alih mempunyai
berbagai fungsi selain dari menjahit
lurus.
Dengan menukarkan laras
matajahitan atau ‘piring’ matajahitan
yang dibekalkan, mesin ini boleh
menghasilkan:
i. jahitan sulam,
ii. jahit lubang butang,
iii. jahit ropol,
iv. jahit kelepet gulung,
v. jahit zip
vi. jahit butang.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
2. MESIN JAHIT MUDAH-ALIH PELBAGAI GUNA / PORTABLE MULTI-PURPOSE
MACHINE
• Cara memilih mesin jahit mudah alih. Mesin
ini membekalkan banyak pilihan mata jahitan
hiasan. Semakin banyak pilihan mata jahitan,
semakin mahal harganya. Oleh itu pilih:
mesin mengikut keperluan tukang jahit.
sekiranya ia dijual pada harga yang sama,
pilih mesin yang banyak fungsi.
Walaubagaimanapun, pilihlah jenama yang
mudah mendapat alat ganti dan yang
mempunyai perkhidmatan selepas
pembelian.
Di samping itu, pilih mesin yang
mempunyai penutup dan yang dibekalkan
buku panduan.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
2. MESIN JAHIT MUDAH-ALIH PELBAGAI GUNA / PORTABLE MULTI-PURPOSE
MACHINE
• Cara menjaga mesin jahit mudah alih
Letak di atas meja yang sesuai
ketinggiannya dan jauh dari pancaran
matahari.
Pusingkan tombol pengawal ke kedudukan
‘O’ , turunkan tapak penekan jahitan,
pusing roda imbang hingga jarum berada di
kedudukan paling rendah ;
tutup suis dan cabut palam selepas
menggunakan mesin.
Simpan mesin dalam bekasnya atau tutup
dengan penutup mesin.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRI
• Mesin jahit industri lebih berat dari mesin jahit mudahalih. Ia dijalankan
dengan kuasa motor elektrik dan berupaya menjahit pakaian dalam
kuantiti yang banyak. Ia boleh menjahit berbagai jenis ketebalan fabrik.
• Kilang membuat pakaian menggunakan mesin jahit industri kerana
pakaian boleh dihasilkan dengan cepat. Setiap jenis mesin hanya boleh
melakukan satu fungsi sahaja seperti berikut :
Mesin jahit lurus (lockstitch machine)
Mesin Jahit Tepi ( overlock machine )
Mesin Jahit Lubang Butang ( buttonhole machine )
Mesin Jahit Sulam
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRY : MESIN JAHIT LURUS (LOCKSTITCH MACHINE)
• Ia mempunyai mekanisma yang baik untuk
menghasilkan mata jahitan yang elok, tepat,
mengikut saiz dan tidak melangkau.
• Kegunaan mesin jahit lurus :
untuk menjahit pakaian dari pelbagai jenis
ketebalan fabrik seperti fabrik lawn, poplin, satin,
drill, korduroi, linen, poliester dan lain-lain.
Fabrik berkait juga boleh dijahit menggunakan
mesin ini dengan menukar tapak gigi penolaknya
terlebih dahulu.
Gelendong boleh diisi ketika mesin sedang
diguna.
Mesin ini mampu menghasilkan jahitan dalam
kuantiti yang banyak dan berterusan dengan
cepat.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRY : MESIN JAHIT LURUS (LOCKSTITCH MACHINE)
• Cara memilih mesin jahit lurus
Pilih yang dibekalkan dengan buku panduan
pengguna dan mempunyai perkhidmatan
selepas membeli.
Pilih jenis motor yang mempunyai kuasa
tahan lama iaitu yang tidak mudah terbakar.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRY : MESIN JAHIT LURUS (LOCKSTITCH MACHINE)
• Cara menjaga mesin jahit lurus
Pasang suis mesin terlebih dahulu sebelum
meletakkan kaki di atas pedal untuk
mengelakkan motornya terbakar
Bersihkan mesin setiap kali selepas
menggunakannya terutama di bahagian tapak
gigi penolak, bahagian gelendong supaya tidak
melekat habuk / reja benang.
Minyakkan mesin mengikut keperluan dan
pastikan minyak mesin sentiasa cukup untuk
perjalanan mesin.
Sentiasa ikut arahan cara mengguna mesin
dengan betul supaya tidak berlaku kemalangan
atau kerosakan mesin. Mesin hendaklah
disenggara sekurang-kurangnya sekali setahun.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRI : MESIN JAHIT TEPI ( OVERLOCK MACHINE )
• Ada dua jenis mesin jahit tepi iaitu:
a) Mesin jahit tepi 3 benang
b) Mesin jahit tepi 5 benang
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRI : MESIN JAHIT TEPI ( OVERLOCK MACHINE )
• Kegunaan mesin jahit tepi
Mesin jahit tepi 1 benang digunakan
untuk mengemaskan tepi kelepet halus
dan pada masa yang sama ia menjadi
hiasan pada tepi tudung dan tepi ropol .
Mesin jahit tepi 3 benang digunakan
untuk mengemaskan tepi kelim dan tepi
kelepet pakaian.
Mesin jahit tepi 5 benang pula
digunakan untuk menjahit lurus kelim
pakaian seperti kemeja T dan sekaligus
mengemaskan tepi kelim pakaian itu. Ini
boleh menjimatkan masa kerana proses
itu berlaku serentak.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRI : MESIN JAHIT TEPI ( OVERLOCK MACHINE )
• Cara memilih mesin jahit tepi
Pilihlah mesin yang alat gantinya mudah
didapati dan dibekalkan dengan buku
panduan pengguna
Pilih mesin dari pembekal yang memberi
perkhidmatan selepas membeli.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRI : MESIN JAHIT TEPI ( OVERLOCK MACHINE )
• Cara menjaga mesin jahit tepi
Pasangkan suis mesin terlebih dahulu sebelum meletakkan kaki di
atas pedal untuk mengelakkan motornya terbakar
Bersihkan mesin setiap kali selepas menggunakannya terutama di
bahagian tapak gigi penolak, bahagian gelendong supaya tidak
melekat habuk / reja benang.
Minyakkan mesin mengikut keperluan dan pastikan minyak mesin
sentiasa cukup untuk perjalanan mesin.
Sentiasa ikut arahan cara mengguna mesin dengan betul supaya tidak
berlaku kemalangan atau kerosakan mesin.
Mesin hendaklah disenggara sekurang-kurangnya sekali setahun.
Tutup kepala mesin setiap kali selepas menggunanya.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRY :MESIN JAHIT LUBANG BUTANG ( BUTTONHOLE
MACHINE )
• Kegunaan mesin jahit lubang butang
membuat lubang butang secara
automatik.
Di samping menjahit lubang butang , ia
juga boleh menebuk lubang butang
berkenaan dan ini menjimatkan masa.
Mesin ini boleh membuat lubang butang
berbagai saiz dengan mengubah laras
ukuran.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRY :MESIN JAHIT LUBANG BUTANG ( BUTTONHOLE
MACHINE )
• Cara memilih dan menjaga mesin jahit
lubang butang
Pasangkan suis mesin terlebih dahulu
sebelum meletakkan kaki di atas pedal
untuk mengelakkan motornya terbakar
Cara memilih dan cara menjaga mesin ini
adalah sama seperti mesin jahit lain.
Habuk yang melekat di sekitar tapak
mesin hendaklah dibersihkan dengan
berus lembut. Servis mesin setiap enam
bulan.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRY : MESIN JAHIT SULAM
• Terdapat dua kategori mesin jahit sulam
a) Mesin jahit sulam manual.
Ia lebih dikenali sebagai mesin jahit sulam
goyang kerana cara penggunaan nya ialah
dengan menggerakkan bahagian yang
hendak disulam secara manual. Mesin ini
tiada tapak penekan jahitan.
b) Mesin jahit sulam berkomputer
Mesin jahit ini dijalankan secara automatik
setelah diprogramkan melalui sistem
komputer. Ia menghasilkan motif sulaman
yang sama sekata .
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRY : MESIN JAHIT SULAM
• Kegunaan mesin sulam
Kedua-dua jenis mesin jahit ini digunakan untuk menghasilkan hiasan
sulaman pada pakaian sama ada secara manual atau automatik.
• Cara memilih mesin sulam
Ia bergantung kepada jenis produk yang hendak disulam , kuantiti
pengeluaran dan tempoh masa sulaman disiapkan. Jika pelanggan
mahukan kelainan corak rekaan dan pengeluaran tidak banyak,
pilihlah mesin jahit sulam industri manual.
Sekiranya produk seperti logo, label dan motif perlu dihasilkan
dalam kuantiti yang banyak, mesin jahit sulam berkomputer adalah
pilihan yang tepat.
Pilihlah mesin yang mudah dikendalikan
Pilihlah mesin yang mudah mendapat bimbingan dan ada kemudahan
perkhidmatan selepas jualan.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
3. MESIN JAHIT INDUSTRY : MESIN JAHIT SULAM
• Cara menjaga mesin sulam
Minyakkan mesin mengikut tempohnya.
Bersihkan habuk-habuk yang melekat
pada tapak gigi penolak dan pada
bahagian tempat sekoci & gelendong.
Tutup permukaan mesin jika tidak
menggunakannya.
2.0 MENGENALI MESIN JAHIT
BAHAGIAN MESIN JAHIT
Bahagian Fungsi
Tiang Benang Untuk meletak benang atas
Roda Imbangan Untuk memulakan dan memberhentikan jahitan dan mengenakan
jahitan
Pelaras Jahitan Untuk melaraskan mata jahitan halus dan kasar
Lubang Minyak Masukkan minyak di lubang utama dan minyak akan meresap ke
semua bahagian
Tuas Penegang Untuk Mengangkat dan menurunkan benang
Benang
Ceper Pemegang Untuk Mengendur dan menegangkan benang
Benang
Tiang Pemegang Untuk meletakkan Jarum
Jarum
Jarum jahit mesin Bahagian cakuk jarum diletakkan di sebelah kiri badan mesin
Kawalan Lutut Untuk mengawal lebar sulaman
Suis On dan Off Untuk membuka dan menutup arus elektrik ke mesin
3.0 ARAHAN KESELAMATAN
Apabila anda menggunakan mesin jahit, langkah-langkah keselamatan
mestilah diutamakan bagi mengelakkan kemalangan dan kerosakan
peralatan serta bahan yang digunakan. Berikut adalah sebahagian
langkah-langkah keselamatan yang boleh diikuti bagi mengurangkan
risiko kecederaan :
1. Jangan biarkan mesin jahit bersambung dengan punca elektrik tanpa
digunakan. Pastikan plag mesin dicabut dari punca elektrik selepas
digunakan atau sebelum membersihkan dan membaiki sebarang
kerosakannya.
2. Awasi pergerakan kanak-kanak daripada menghampiri mesin jahit dan
menjadikannya sebagai bahan mainan.
3. Jangan menggunakan mesin jahit jika kabel atau plag rosak. Jika mesin
jahit tidak berfungsi dengan sempurna atau telah terjatuh dan rosak
serta dibasahi air sama ada akibat bencana alam dan sebagainya, sila
ke pusat servis yang bertauliah untuk diperiksa, diperbaiki atau
dilakukan pelarasan secara elektronik atau mekanik.
4. Pastikan debu atau cebisan kain tidak terkumpul di lubang peredaran
udara dan kawalan kaki. Jika ada pastikan ia telah dibersihkan dahulu.
3.0 ARAHAN KESELAMATAN
4. Jangan menjatuhkan atau memasukkan apa-apa benda ke dalam mana-
mana lubang di mesin jahit.
5. Jangan menggunakan mesin jahit ketika produk berasaskan aerosol
dan oksigen sedang digunakan.
6. Jangan mengeluarkan plag dari punca elektrik dengan menarik kabel
sebaliknya peganglah plag dengan kemas dan cabut dengan cermat.
7. Jauhi jari dari segala bahagian bergerak dan berikan perhatian
sewajarnya kepada bahagian di sekeliling jarum mesin jahit.
8. Jangan menggunakan jarum yang bengkok.
9. Jangan menolak atau menarik fabrik apabila menjahit kerana ia boleh
membelokkan jarum dan menyebabkannya patah.
10. Pastikan suis dalam keadaan OFF apabila menyelaras bahagian jarum,
memasang benang, menukar jarum, memasang benang gelendong atau
menukar tapak penekan dan sebagainya.
4.0 PUNCA DAN MASALAH
JAHITAN
• Mesin jahit yang berada dalam keadaan baik membantu melancarkan
kerja menjahit dan menghasilkan produk yang berkualiti. Kualiti
pembuatan pakaian akan terjejas sekiranya mata jahitan pakaian yang
dijahit tidak kemas. Pengguna adalah digalakkan untuk mengetahui cara
menyelenggara mesin yang mudah supaya sebarang masalah yang
timbul dapat dikenalpasti puncanya dan dapat diatasi dengan segera.
• Di antara kecacatan mata jahitan yang sering berlaku ialah :
Mata jahitan melompat
Mata jahitan atas / bawah timbul
Mata jahitan longgar
Jarum mesin patah
Benang putus
4.0 PUNCA DAN MASALAH
JAHITAN
MATA JAHITAN MELOMPAT
• Puncanya:
a) Jarum tidak dipasang dengan betul
b) Jarum bengkok atau tumpul
c) Fabrik yang dijahit berlapis-lapis
d) Fabrik terlalu tebal
e) Fabrik ditarik semasa menjahit
• Cara mengatasi:
a) Betulkan kedudukan jarum
b) Tukar kepada jarum baru
c) Ratakan fabrik semasa menjahit
d) Gunakan saiz jarum yang sesuai dengan ketebalan fabrik
e) Jangan tarik fabrik semasa menjahit
4.0 PUNCA DAN MASALAH
JAHITAN
MATA JAHITAN ATAS / BAWAH TIMBUL
• Puncanya:
a) Pemegang benang atas atau benang bawah terlalu longgar
b) Pemegang benang atas atau benang bawah terlalu ketat
c) Benang atas dan benang bawah tidak sama kasar
• Cara mengatasi:
a) Ketatkan pemegang benang atas atau skru gelendung benang
bawah.
b) Longgarkan pemegang benang atas dan bawah supaya ia
seimbang.
c) Gunakan benang yang sama jenis
4.0 PUNCA DAN MASALAH
JAHITAN
MATA JAHITAN LONGGAR
• Puncanya:
a) Jarum tidak dipasang dengan betul
b) Benang tidak dipasang dengan betul
c) Benang bawah dan atas tidak sama tebal
d) Gelendong tidak dimasukkan ke skoci dengan betul
e) Tegangan benang atas longgar
f) Tegangan benang bawah terlalu ketat
g) Mesin kotor
• Cara mengatasi:
a) Betulkan pemasangan jarum
b) Betulkan cara pemasangan benang
c) Gunakan benang yang sama untuk atas dan bawah
d) Masukkan skoci dengan betul
4.0 PUNCA DAN MASALAH
JAHITAN
MATA JAHITAN LONGGAR • Cara mengatasi:
a) Betulkan pemasangan jarum
• Puncanya: b) Betulkan cara pemasangan
a) Jarum tidak dipasang dengan benang
betul c) Gunakan benang yang sama untuk
b) Benang tidak dipasang dengan atas dan bawah
betul d) Masukkan sekoci dengan betul
c) Benang bawah dan atas tidak e) Ketatkan tegangan benang di
sama tebal ceper penegang benang
d) Gelendong tidak dimasukkan ke f) Longgarkan skru pada skoci
skoci dengan betul g) Bersihkan mesin dan minyakkan
e) Tegangan benang atas longgar
f) Tegangan benang bawah terlalu
ketat
g) Mesin kotor
4.0 PUNCA DAN MASALAH
JAHITAN
JARUM MESIN PATAH • Cara mengatasi:
a) Betulkan pemasangan jarum
• Puncanya: b) Gunakan saiz jarum yang sesuai
dengan fabrik
a) Jarum tidak dipasang dengan c) Pilih jarum yang bermutu dan
betul jenis yang tepat
d) Ketatkan skru pemegang jarum
b) Saiz jarum tidak sesuai dengan e) Cabut peniti sebelum menjahit
fabrik yang dijahit f) Tolak fabrik ke belakang
g) Sesuaikan jenis kelim dengan
c) Jarum kurang bermutu fabrik
d) Jarum tidak diskru dengan ketat h) Betulkan kedudukan tapak
e) Jarum terkena pada jarum peniti penekan dan skrukan dengan
f) Fabrik ditarik dengan kuat ketat
g) Fabrik yang dijahit terlalu tebal i) Pasang tapak zip pada kedudukan
h) Tapak penekan jahitan longgar yang betul
i) Tapak zip tidak dipasang dengan
betul
4.0 PUNCA DAN MASALAH
JAHITAN
BENANG PUTUS • Cara mengatasi:
• Puncanya: a) Gunakan benang yang teguh
a) Mutu benang kurang baik b) Tukat kepada jarum yang baru
b) Jarum bengkok
c) Jarum salah pasang c) Pasang jarum dengan betul
d) Jarum pendek
e) Jarum terlalu halus untuk d) Tukar saiz jarum
benang e) Tukar saiz jarum atau saiz benang
f) Benang atas terlalu ketat
g) Gelendong terlalu penuh atau f) Longgarkan skru pengawal kendur
benang atas
benang tidak digulung rata
h) Skoci kotor g) Gulung benang ke dalam
i) Gelendong salah masuk ke dalam gelendong dengan rata
sekoci h) Bersihkan skoci dengan berus
i) Masukkan gelendong dengan
betul supaya benang dililit
mengikut arah pusingan jam