The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ANIS BINTI SHAARI IPG-Pelajar, 2024-04-02 01:17:11

BUKU LOG PANDU PUTERI

Tugasan 2 MPU3441a

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH BUKU LOG PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Nama: Nur Anis bt Shaari Unit: X2 Angka Giliran: 2021242340379


BIODATADIRI Nama: Nur Anis bt Shaari No. Kad Pengenalan: 031110-06-0314 Unit: X2 Program: PISMP Semester: Tahun 2 Semester 2 Angka Giliran: 2021242340379 Kumpulan Berenam: Teratai Nama Pensyarah: Pn. Shahaliza bt Halim Tarikh hantar: 8 Mac 2024


ISIKANDUNGAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN Pendaftaran ahli Folio/buku log/ laporan aktiviti Pembentukan jawatankuasa Pakaian seragam Takwim dan perancangan aktiviti pasukan Peranan dan tanggungjawab pemimpin Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik dan terancang PRINSIP ASAS PANDU PUTERI Dasar Pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin Persetiaan dan undangundang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Isyarat wisel serta isyarat tangan Lagu Pandu Puteri Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI Sejarah Perkembangan Struktur Organisasi ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Program Pandu Puteri Tunas (PPT) Merancang program/ aktiviti BAHAGIANA BAHAGIANB BAHAGIANC BAHAGIAND


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN BAHAGIAN A


PENDAFTARAN AHLI PENDAFTARAN AHLI BARU Melalui sistem e-Daftar di Sekolah/ Daerah/ Cawangan masing-masing Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja. Kelayakan: a) Ahli PPPM yang berumur 35 tahun. b) Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 Contoh: Jika umur 30 tahun Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00 Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayar atau bukti pembayaran. AHLI SEUMUR HIDUP


PENDAFTARAN PASUKAN BARU / SEMULA Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang PPPM Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran YURAN KEAHLIAN KEBANGSAAN TAHUNAN RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer). RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa Pemimpin / Guild Trefoil). Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula. Dibayar sebelum 31 April setiap tahun.


CARA PEMBAYARAN Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank : CIMB Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Nombor Akaun : 1426-0006320-004 (Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia). Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran. UNTUK PENDAFTARAN Bagi urusan pendaftaran boleh layari laman web : https://www.panduputeri.org.my Segala urusan pendaftaran boleh melalui online sahaja menggunakan pautan tersebut dan boleh dilakukan oleh pemimpin Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan.


UNTUK KETERANGAN LANJUT Sila hubungi Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia di alamat berikut: Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu. 59700 Kuala Lumpur. No. Tel: 03-22827776 / 03-22840229 SMS : 012-2646820 / 012-2646850 Faks : 03-22826579 Link : https://www.panduputeri.org.my


FOLIO/BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI FOLIO/BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI BIL PROGRAM LAMA BIL PROGRAM BAHARU 1. Buku Log Kemajuan 1. Jurnal Progresif Jurnal Progresif Pandu Puteri Tunas 2. Buku Log Lencana Kecekapan 2. Buku Log Lencana Kecekapan Modul Prinsip Pandu Puteri Tunas Modul Lencana Kawad Istiadat Modul Lencana Kecekapan Bercerita Modul Lencana Kecekapan Lagu Pandu Puteri Skim Lencana Kecekapan 3. Buku Log Peribadi 3. Buku Log Peribadi


Objektif Program Kelip-kelip menawarkan pelbagai aktivtiti Pandu Puteri yang membolehkan warga pra sekolah: Memupuk kemahiran melahirkan perasaan; Menguasai kemahiran menyanyi, bercerita, melengkapi dan mewarnakan gambar Mengukuhkan kemahiran sosial. Matlamat Program Pra Tunas mempunyai matlamat mencungkil serta mengambangkan potensi setiap warga Pra Sekolah untuk memperkayakan lagi suasana pembelajarannya. Ikrar Saya berjanji akan menjalankan kewajiban saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia dan menolong orang setiap masa.


Pakaian Seragam Ahli Pandu Puteri Tunas yang telah dilantik Skaf Pandu Puteri Kelip-kelip berwarna jingga dan dipakai dengan ikatan atau wogel. Ahli memakai baju TPPPM dan seluar sukan. Kasut sekolah/sukan PAKAIAN SERAGAM 1.PANDU PUTERI KELIP-KELIP 2. PANDU PUTERI TUNAS (9-12 TAHUN) ETIKA PEMAKAIAN SERAGAM


Lambang Kumpulan Pandu Puteri Tunas Dari atas kanan mengikut pusingan jam: Bunga Cempaka, Bunga Kesidang, Bunga Siantan Bunga Melur, Bunga Teratai, dan Bunga Kenanga


KEDUDUKAN LENCANA PADA SELEMPANG PANDU PUTERI TUNAS JAWATAN DI DALAM PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS Catatan: Ahli PP Tunas yang berjawatan tidak perlu memakai lanyard dan wisel, hanya jalur putih pada poket kiri sahaja BAJU PERKHEMAHAN/ AKTIVITI 1.Baju T PPPM bewarna biru. Ianaya perlu dibeli dari Kedai Ibu Pejabat PPPM. 2. Bagi mereka yang bertudung: tudung hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju 3. Seluar sukan bewarna biru tua atau hitam 4. Kasut hitam 5. Stokin hitam 6. Baju ini diguna pakai untuk semua peringkat ahli Pandu Puteri 7. Vest hanya boleh dipakai bersama dengan baju T PPPM


LAMBANG KUMPULAN PANDU PUTERI REMAJA themes & characteristics PAKAIAN SERAGAM AHLI PANDU PUTERI REMAJA YANG BELUM DILANTIK UKURAN TAG NAMA AHLI PANDU PUTERI TUNAS, REMAJA & RENJER 3. PANDU PUTERI REMAJA (13- 15 TAHUN ) Dari atas kanan mengikut pusingan jam : Bunga Matahari, Bunga Kertas, Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga Raya dan Bunga Lili


JAWATAN DI DALAM PASUKAN PANDU PUTERI REMAJA Sources: Luebering, J. E. “Periods of American Literature.” Encyclopedia Britannica, www.britannica.com/list/periods-of-american-literature.


PANDUAN KEDUDUKAN LENCANA PADA SELEMPANG PENERIMA ANUGERAH PANDU PUTERI REMAJA 4. PANDU PUTERI RENJER (16-17 TAHUN )


KEDUDUKAN LENCANA & TAG NAMA JIKA AHLI LULUS UJIAN KELAS SATU UNIFORM PANDU PUTERI RENJER


JAWATAN DI DALAM PASUKAN PANDU PUTERI RENJER PANDUAN KEDUDUKAN LENCANA PADA SELEMPANG PANDU PUTERI RAJA


Mempunyai pasukan Pandu Puteri untuk diuruskan 5 Jenis baju pemimpin baju kurung berpesak baju kebaya baju perjalanan/ aktiviti baju batik PPPM baju perkhemahan / aktiviti Baju rasmi adalah baju kurung berpesak biru dan baju kebaya berwarna biru. Baju kurung mestilah berpesak buluh/tradisional Kain polos biru perlu di beli dari Kedai Ibu Pejabat PPPM Tudung PPPM: >Penampang di pakai atas tudung sebelah kiri dada Tudung sutera segiempat PPPM: >Penampang di pakai pada baju sebelah dada kiri >Klip emas di kenakan pada tudung > Tudung tidak boleh digayakan seperti shawl iaitu dililit ke atas kepala Kedua-dua jenis tudung boleh dipakai untuk baju kurung berpesak dan baju kebaya ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Labuh baju kurung 5 cm bawah paras lutut Kocek tersembunyi adalah pilihan sendiri Lisu kain baju kurung disusun sebelah kiri Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah Beg hitam kosong iaitu tidak bercorak 5. pemimpin (i) Baju kurung berpesak


Kebaya rasmi adalah kebaya kelepet pendek. Bajunya mempunyai potongan puteri (princess cut) dari bahu hingga hujung baju Labuh baju sama paras genggaman tangan Tudung PPPM: >Penampang dipakai atas tudung sebelah kiri dada Tudung sutera segiempat PPPM: > Penampang di pakai pada baju sebelah dada kiri > Klip emas dikenakan pada tudung >Tudung tidak boleh digayakan seperti shawl iaitu dililit ke atas kepala Kedua-dua jenis tudung boleh dipakai untuk baju kurung berpesak dan baju kebaya ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Kain baju kebaya di lipat depan sebelah kiri tanpa belah. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah Beg hitam kosong iaitu tidak bercorak (ii) Baju kebaya


Blaus berlogo berpoket dua dan berpotongan ‘princess cut’ dipakai ketika perjalanan dan aktiviti. 1 ‘slit’ belakang baju di bahagian punggung adalah belah bertindih. Topi ‘bowler’ pemimpin: > Tali warna emas-pemimpin > Tali warna perak- pesuruhjaya Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju Klip PPPM berwarna emas dipakai bersama skaf pemimpin. ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak ketat. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah. Beg hitam kosong (iii) Baju perjalanan/ aktiviti


Penampang (iv) Baju batik PPPM Baju ini adalah baju kasual yang boleh dipakai ketika majlis tidak rasmi


Ahli Kadet memakai skaf berwarna ‘royal blue’ yang dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali. Lencana pelantikan untuk kadet berwarna putih. Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan berpotongan ‘princess cut’ . ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Lencana dunia dipakai disebelah kanan dada Seluar berwarna biru gelap yang berpotongan lurus dan tidak ketat. Kasut bertutup, berwarna hitam dan bertumit rendah. Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju 5. pakaian seragam kadet (ipg)


Ahli klover memakai skaf berwarna maroon yang di lipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali dan di pakai bersama wogel Lencana pelantikan Klover berwarna merah jambu Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan berpotongan ‘princess cut’ . Lencana Dunia dipakai pada bahagian dada sebelah kanan Jata mengikut cawangan dan di jahit 3 jari (5cm) dari puncak skaf. ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Seluar berwarna biru gelap, berpotongan lurus dan tidak ketat Kasut berwarna hitam, bertutup dan bertumit rendah Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju 7. Pakaian Seragam Klover ( 18-30 tahun termasuk Tingkatan 6, IPTA dan IPTS)


3 jenis baju ahli guild i.Baju Batik PPPM ii. Baju Perjalanan/Aktiviti iii.Baju Perkhemahan/ Aktiviti 8. Pakaian Seragam Guild (30 tahun ke atas) i. Baju batik PPPM & tudung putih/selendang putih (bagi yang tidak bertudung) ii.Baju perjalanan/ aktiviti Blaus berlogo berpoket dua dan berpotongan ‘princess cut’ dipakai ketika dalam perjalanan dan aktiviti. 1 ‘slit’ belakang baju di bahagian punggung adalah jenis belah bertindih. Topi ‘bowler’ pemimpin. Klip PPPM berwarna emas atau wogel dipakai bersama skaf Guild berwarna hijau dan lencana pelantikan ahli Guild yang juga berwarna hijau diletakkan diatasnya Skaf dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali. ‘Shoulder flashes’ dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak ketat. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah. Beg hitam kosong


iii. Baju perkhemahan Vest biru gelap di pakai bersama baju T PPPM Seluar berwarna biru gelap, berpotongan longgar. Kasut berwarna hitam, bertutup dan bertumit rendah. Jika bertudung : Tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju


TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI PASUKAN


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN 1.Syarat utama: Fahami dan patuhi Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri 2. Sifat seorang pemimpin Patuh kepada tujuan kepimpinan, membentuk generasi akan datang. Berminat, sabar, tabah, berkeyakinan serta jujur. Ikhlas, berfikiran terbuka, sedia memberi dan menerima teguran. Sentiasa menambah pengetahuan Tidak berkepentingan diri. Berkemampuan & berwibawa 3.Tugas awal pemimpin Menubuhkan kumpulan berenam Memilih, melantik dan membentuk Ketua Pasukan, Ketua Berenam dan Pen. Ketua Berenam. Menasihati Majlis Ketua Berenam. Merujuk kepada Pesuruhjaya Daerah, Negeri bagi mendapat nasihat serta pandangan. Mendaftarkan kumpulan dan keahlian setiap tahun. Menubuhkan jawatankuasa bagi pengendalian kumpulan dan berkerjasama dengan pemimpin lain. Merapatkan hubungan antara pemimpin. Merancang aktiviti tahunan, semester, mingguan. Menyediakan bilik untuk kumpulan / latihan / menyimpan alatan latihan kumpulan. Merancang aktiviti bersama JK kumpulan bagi mendapatkan sumber kewangan. Merancang bersama JK kumpulan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti - kemasyarakatan / berkhemah / mengembara serta lainlain. Merekodkan semua aktiviti / perkara di dalam Buku Log.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN 4. Penyesuaian: Hendaklah bijak menyesuaikan diri dan mempunyai kemahiran hubungan awam (PRO) yang baik. Bersifat ramah mesra, berfikiran terbuka, menerima buah fikiran daripada pihak lain seperti daripada pemimpin-pemimpin lain. Tidak sombong, bersifat berwaspada, tenang serta sabar. 5. Pemimpin menjadi teladan Tunaikan kewajipan diri, keluarga dan masyarakat. Berbudi pekerti sempurna, berhemah tinggi, baik tutur kata serta bersopan. Sentiasa berpakaian kemas dan sopan. Memiliki perwatakan yang baik dan menawan Amanah, jujur dan bertanggungjawab. 6. Matlamat Melahirkan generasi akan datang sebagai warganegara yang berguna. Membentuk disiplin yang baik Membentuk pelajar sebagai warganegara yang patriotis dan faham dasar-dasar negara. PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Pengurusan yang sistematik: Mewujudkan unit beruniform dengan kertas kerja penubuhan (bagi yang baharu) Mencari ahli baharu. Mengemaskini pendaftaran, mendaftar ahli baharu dan membuat bayaran keahlian. Melaksanakan aktiviti mengikut takwim yang ditetapkan Menyediakan fail dan merekod semua pelaksanaan aktiviti


Dasar Pertubuhan dan undangundang am dan pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulen melalui Program Pandu Puteri Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran PIAGAM Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan VISI PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. MISI PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Integriti Kejujuran Hormat-menghormati Tolerasi Kasih Sayang Bantu-membantu NILAI-NILAI TERAS


Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain OBJEKTIF AM Perkembangan diri, sahsiah dan intelek Minat dan hobi Gaya Hidup Sihat Khidmat ASAS PROGRAM Perkembangan Jasmani Perkembangan Emosi Perkembangan Kerohanian Perkembangan Kogniti ELEMEN PROGRAM Komitmen melalui Persetiaan & Undang-Undang (Commitment Through Promise & Law) Perkembangan Kendiri Berterusan (Progressive Self Development) Pembelajaran melalui Pengalaman (Learning by Doing) Sistem Berkumpulan (Through The Patrol System) Khidmat Masyarakat (Service in The Community) Aktiviti Luar (Outdoor Activities) Kerjasama Aktif antara ahli dewasa dan remaja (Active Cooperation Between Young and The adults) Simbolisme (Symbolism) KAEDAH PROGRAM


PERSETIAAN PANDU PUTERI PERSETIAAN DAN UNDANGUNDANG PANDU PUTERI Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda yang hidup. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran,perkataan dan perbuatan.


COGAN KATA DAN LAMBANG "Selalu Sedia" merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan. PANDU PUTERI TUNAS Tolong Orang Selalu (TOS) PANDU PUTERI REMAJA Selalu Sedia PANDU PUTERI RENJER Selalu Sedia – Terus Berkhidmat


LAMBANG PANDU PUTERI LENCANAPANDUPUTERIMALAYSIA


LAMBANG PANDU PUTERI LENCANAPANDUPUTERIDUNIA


LAMBANG PANDU PUTERI LENCANAPERLANTIKANPANDUPUTERI LENCANA PERLANTIKAN PANDU PUTERI TUNAS, REMAJA, RENJER DAN PANDU PUTERI KADET Lencana perlantikan disematkan pada skaf ahli Pandu Puteri semasa istiadat perlantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri


ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama seperti dalam gambar di atas. Semasa memberi hormat ini, tangan kanandinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus ke badan. Tiga jari kanan ditegakkan. Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri MAKSUDISYARATDAN HORMATPANDUPUTERI PENGGUNAANHORMAT PANDUPUTERI Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri,raja-raja,pembesar-pembesar negara dan negeri,pemimpin Pandu Puteri negara,negeri,daerahdan kumpulan Semasa menerima hadiah dan kurniaan Semasa istiadat mengibar bendera Semasa memberi penghormatan kepada jenazah


Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan: (i) tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain; dan (ii) kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan dengan orang yang tidak berpakaian seragam. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Pandu Puteri menggunakan kedua-dua tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam. Cara berjabat tangan dengan tangan kiri ini berkaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika. Lord Baden Powell yang banyak berhubung dengan puak ini semasa di Kenya telah memerhatikan bahawa mereka sering memegang senjata pada tangan kanan, manakala tangan kiri memegang perisai. Sebagai tanda persahabatan, mereka melepaskan perisai dan berjabat tangan dengan tangan kiri. BERJABATTANGANDANKHIDMAT BERJABATTANGAN


ISYARAT WISEL SERTA ISYARAT TANGAN ISYARATWISEL


Click to View FlipBook Version