NOTA PENGAJIAN AM SEMESTER 1
TOPIK 1
KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT
NEGARA
Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang
mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan.
NEGARA YANG BERDAULAT
Negara yang mempunyai penduduk yang menetap di satu wilayah
mempunyai sempadan yang jelas dan mempunyai kerajaan yang berupaya
untuk mengawal hal ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan
mengadakan hubungan dengan negara - negara lain.
KERAJAAN
Badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi - fungsi
pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.
Merangkumi membuat, mentafsir dan melaksanakan dasar negara tersebut.
PERANAN KERAJAAN
Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan kesejahteraan warga
negara
Menyediakan Kemudahan Ekonomi
Memastikan Keamanan dan Ketenteraman
Menstabilkan Persaingan
Perlindungan Alam Sekitar
Penyediaan Keperluan Asasi
Memastikan kestabilan ekonomi
SISTEM KERAJAAN
i). KESATUAN
Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan
negeri.
Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.
ii). PERSEKUTUAN
Gabungan beberapa buah negeri membentuk kerajaan pusat dan kerajaan
negeri.
Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan
negeri.
PENGAJIAN AM MESTI ‘A’
NOTA PENGAJIAN AM SEMESTER 1
PEMBENTUKAN MALAYSIA
KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Tunku Abdul Rahman telah membentuk parti perikatan.
Perpaduan antara 3 kaum menghasilkan Perjanjian London pada 8 Februari
1956 dan seterusnya merdeka Tanah Melayu pada 31 ogos 1957
PENUBUHAN MALAYSIA
Pembentukan persekutuan dirangka pada 1 Jun 1963.
Beberapa isu bantahan Indonesia dan Filipina melambatkan
pengisytiharansehingga 16 September 1963.
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatauan
Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.
Singapura berpisah dengan Malaysia pada tahun 1956.
SEBAB PEMBENTUKAN MALAYSIA
Keselamatan
Mengimbangi penduduk
Kemajuan ekonomi bersama
Mempercepat proses kemerdekaan
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) memberi peluang
kepada pemimpin Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan
mengenai gagasan Malaysia.
Satu memorandum telah disususn semula dan dihantar kepada Suruhanjaya
Cobbold pada 23 Februari 1962.
PENENTANGAN GAGASAN MALAYSIA
Filipina menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Abu. Filipina juga mengiktiraf
Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.
Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia dan
bersetuju meminta PBB meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan
Sarawak mengenai Malaysia.
Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia
tetapi Indonesia enggai mengakuinya.
PENGAJIAN AM MESTI ‘A’