The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA NUR AMIRAH ATHIRAH BINTI MOHD YUSOF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirahathirah1704, 2021-12-03 07:48:05

KERTAS KERJA NUR AMIRAH ATHIRAH BINTI MOHD YUSOF

KERTAS KERJA NUR AMIRAH ATHIRAH BINTI MOHD YUSOF

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2018 SEMESTER 8)

___________________________________________________________________________

GAYA HIDUP SIHAT (GHSS 3013)
___________________________________________________________________________

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR THIVAGARAN A/L POOBALLAN
ANGKA GILIRAN NUR AMIRAH ATHIRAH BINTI MOHD YUSOF
NOMBOR KAD PENGENALAN NURUL NAJIHAH BINTI NUSRI
2018192340124
2018192340114
2018192340120
990828-07-5295
990417-01-5044
990226-03-5042

KUMPULAN PISMP D6

KOD / NAMA KURSUS GAYA HIDUP SIHAT

NAMA PENSYARAH EN. KAMARUZAMAN BIN BAKAR

TAJUK TUGASAN PERANCANGAN PROGRAM
TARIKH HANTAR 4 DISEMBER 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

_____________________________________________________________________________________

PROGRAM TEKNIK SENAMAN DAN KAEDAH
LATIHAN KECERGASAN

_________________________________________

ANJURAN:
PELAJAR KURSUS GAYA HIDUP SIHAT

(GHSS3013)

TAHUN 2021

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah IPG Kampus
Bahasa Melayu bagi melaksanakan Program Teknik Senaman dan Kaedah Latihan Kecergasan
2021 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Program ini dianjurkan atas dasar untuk
memberi pendedahan kepada pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu berkaitan teknik senaman
dan kaedah latihan kecergasaan yang betul supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian bagi membantu mendapatkan tubuh badan yang sihat serta cergas.
2.0 LATAR BELAKANG
Malaysia sebuah negara yang pesat berkembang. Taraf kesihatan dan amalan aktiviti harian
masyarakat perlu diberi penekanan yang sewajarnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
kurangnya penghayatan dalam pengamalan gaya hidup sihat mampu menyumbang kepada
kesan negatif. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (2017), gaya hidup sihat ialah
aktiviti, pendekatan atau amalan sama ada secara fizikal ataupun spiritual yang merangsang diri
secara fizikal ataupun secara kerohanian yang menyumbang kepada kestabilan fizikal dan
mental. Irwan (2020) pula menjelaskan gaya hidup sihat ialah keprihatinan kecergasan fizikal,
kawalan emosi secara efektif, pengambilan makanan dan tidak berpenyakit. Gaya Hidup Sihat
adalah kunci kepada kehidupan insan yang sejahtera. Kesejahteraan tersebut harus mencakupi
dalam aspek mental, emosi, sosial dan rohani. Kesihatan peribadi seseorang itu adalah
tanggungjawab masing-masing namun sebilangan besar masyarakat Malaysia kurang
pendedahan tentang amalan gaya hidup sihat yang betul. Antara amalan gaya hidup sihat ialah
pemakanan, senaman atau aktiviti-aktiviti fizikal, pengurusan stres, kesihatan diri dan lain-lain
lagi. Program Teknik Senaman dan Kaedah Latihan Kecergasan ini merupakan sebahagian
daripada tugasan kursus elektif Gaya Hidup Sihat. Selain melatih para guru pelatih dalam bidang
pengurusan kesihatan diri, program ini juga bertujuan memberi pendedahan dan panduan kepada
guru pelatih, pensyarah dan staf mengenai amalan gaya hidup sihat. Pengalaman ini dapat
dijadikan panduan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

2

3.0 MATLAMAT
Matlamat Program Teknik Senaman dan Kaedah Latihan Kecergasan ini adalah untuk
membolehkan semua warga IPGKBM menjadi sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan
nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan serta kecergasan dalam kehidupan sehari-hari
ke arah “Rakyat yang Sihat, Melahirkan Negara Maju”. Selain itu, Program Teknik Senaman dan
Kaedah Latihan Kecergasan ini juga dilaksanakan untuk membentuk amalan gaya hidup sihat
dalam kalangan warga IPGKBM dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas latihan
kecergasan serta mewujudkan suasana budi bahasa dan membangkitkan semangat kerjasama
dalam kalangan guru pelatih yang bakal menempuh cabaran pengurusan suatu hari nanti.
4.0 OBJEKTIF
Program Teknik Senaman dan Kaedah Latihan Kecergasan ini diadakan berlandaskan beberapa
objektif utama. Antaranya adalah untuk:
1. Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk mempertingkatkan tahap kesihatan dan

kecergasan diri.
2. Memperoleh pengetahuan asas tentang teknik senaman dan aktiviti kecergasan yang

betul dan selamat.
3. Memahami amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian, konsep kecergasan,

prinsip latihan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
4. Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan kardio vaskular, kekuatan daya

tahan otot serta meningkatkan kelenturan badan, ketangkasan dan kelajuan.
5. Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan kecergasan

jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi, kepimpinan dan
disiplin.
5.0 TEMA
Jom! Amalan Gaya Hidup Sihat

3

6.0 IMPLIKASI

Selepas program ini dijalankan, diharapkan semua peserta yang turut serta dapat
mengaplikasikan segala pengetahuan atau ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian. Hal
ini bertujuan untuk memastikan kita berpeluang untuk memiliki tubuh badan yang sihat, cergas
dan cerdas.

7.0 CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

7.1 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 5 Disember 2021
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Pelantar Google Sites
Tajuk : Program Teknik Senaman dan Kaedah Latihan Kecergasan

7.2 PENYERTAAN

Semua pelajar semester 8 : 144 orang

Pensyarah yang terlibat : 10 orang

Staf sokongan yang terlibat : 5 orang

7.3 JAWATANKUASA

7.3.1 JAWATANKUASA INDUK

Pengarah : Pn. Nor Asilah binti Osman

Timbalan Pengarah : Dr. Nirwana binti Mohd Rashid

Ketua Hal Ehwal Pelajar : En. Shamsul Bahri bin Ismail

Ketua Unit Kokurikulum : Pn. Punithavathy A/P Sinapoo

Pensyarah Kursus GHSS3013 : En Kamaruzaman bin Bakar

Pengerusi Kursus GHSS3013 (Pakej A) : Kumaraa Murugesan A/L Sithirai Selvan

Penolong Pengerusi : Hanis Syazwani Binti Mohd Rodzi

Setiausaha : Nur Amirah Athirah binti Mohd Yusof

Naib Setiausaha : Farah Alya Binti Mohd Azahar

4

Bendahari : Noramira Suhada Binti Zainudin
Naib Bendahari : Ily Khaliesah Binti Jamaludin

7.3.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

Ajk Multimedia : Nik Nur Hanini Binti Nik Mohd Arif
Nurliyana Binti Mohd Ara
Ajk Pendaftaran Nabilah Binti Hasnizul
Ajk Sijil, Hadiah dan Nik Nur Kamilia Binti Nik Mawardi
Cenderahati Nuranis Aliah Binti Samin
Ajk Pengacara Majlis
Ajk Teknikal : Nurul Husna Binti Rosli
Ajk Disiplin Nur Izzati Binti Eziz
Ajk Jemputan
: Nurul Najah Binti Teruna @ Mohd Shukri
Sofea Erni Binti Mohd Shafari
Thivagaran A/L Pooballan
Nursyifa Adiba Binti Ramli

: Siti Nurul Hanani Binti Mazlan
Nur Syahirah Binti Mohamed Razali
Nur Syamimi Binti Ros Azlan

: Saranya A/P Sivam
Nanthini A/P Kajentheran
Shaleni A/P Paandiyan

: Muhammad Afiq Hakimi Bin Muhamad Azhar
Nurul Najihah binti Nusri

: Nurul Ain Binti Khairi
Maisarah Binti Sabri
Nur Dalila Binti Mohd Rosdi

5

8.0 ATURCARA PROGRAM

HARI/TARIKH AKTIVITI

Ahad 7.30 pagi – Pendaftaran peserta
5 Disember 2021
8.00 pagi – Majlis Perasmian

9.00 pagi – Ceramah Teknik Senaman dan Kaedah Latihan Kecergasan

10.00 pagi – Rehat

10.30 pagi – Cabaran Senaman 100 kali Squad

11.30 pagi – Majlis Penutup dan penyampaian hadiah

12.30 tengah hari – Bersurai

9.0 BELANJAWAN JUMLAH
9.1 Anggaran Pendapatan RM 150.00
RM 150.00
BIL PERKARA
1. Peruntukan Unit Kokurikulum IPGKBM

JUMLAH KESELURUHAN

9.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Perbelanjaan
1. Cenderahati RM 30.00 X 2 = RM60.00

JUMLAH = RM60.00
2. Hadiah (Cabaran Senaman 100 Kali Squad) Tempat Pertama

RM 20.00 × 1 = RM 20.00
Tempat Kedua
RM 15.00 × 1 = RM 15.00
Tempat Ketiga
RM 10.00 × 1 = RM 10.00

3. Sijil penghargaan (digital) JUMLAH = RM 45.00
RM0.00 X 159 = RM0.00
4. Hal-hal lain
JUMLAH KESELURUHAN JUMLAH = RM0.00
RM45.00
RM150.00

6

10.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua
peserta untuk sentiasa mempunyai kehidupan yang sihat, cergas dan produktif bukan hanya dari
aspek rohani malah turut dari aspek fizikal. Menurut Hasnidar et al. (2020), kesihatan merupakan
kunci utama kepada kesejahteraan insan yang memainkan peranan aktif terhadap
pembangunan agama, bangsa dan negara. Di samping itu, diharapkan melalui program ini turut
membantu memupuk nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam
kehidupan sehari-hari. Selain itu, Program Teknik Senaman dan Kaedah Latihan Kecergasan ini
juga dilaksanakan untuk membentuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga IPGKBM
dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas latihan kecergasan. Kerjasama
daripada pensyarah penyelaras elektif Gaya Hidup Sihat dan semua pihak yang terlibat amat
diperlukan untuk menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program seperti ini matlamat
yang diinginkan akan tercapai.

11.0 SYOR
Pihak kami amat berharap agak pihak tuan dapat memberi kelulusan terhadap permohonan kami
untuk melaksanakan program ini. Segala sokongan dan pertimbangan daripada pihak tuan, saya
dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ ______________________
(NUR AMIRAH ATHIRAH BINTI MOHD YUSOF) (ENCIK KAMARUZAMAN BIN BAKAR)
Setiausaha, Pensyarah Penyelaras,
Program Teknik Senaman dan Latihan Kecergasan, Kursus Gaya Hidup Sihat,
IPG Kampus Bahasa Melayu. IPG Kampus Bahasa Melayu.

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

___________________________ _________________________
(EN. ROSLAN BIN KHALID) (PUAN NOR ASILAH BINTI OSMAN)
Ketua Unit Kokurikulum, Pengarah,
IPG Kampus Bahasa Melayu. IPG Kampus Bahasa Melayu.
7

RUJUKAN
Ariff Mu’azzam & Mohd Mokhtar Tahar. (2021). Parents 'Perspectives On Healthy Lifestyle

Practices For Special Need Students. Southeast Asia Journal of Special Education
Research, 1(1), 1-4.
H. Hasnidar, T. Tasnim, S. Sitorus, W. Hidayati, M. Mustar, F. Fhirawati, M. Yuliani, I. Marzuki,
A. Yunianto, A. Susilawaty, R. Puspita, P. Pattola, E. Sianturi, & Su. Sulfianti. (2020). Ilmu
Kesehatan Masyarakat. Yayasan Kita Menulis.
Irwan. (2020). “Ilmu Kesehatan Masyarakat” Yogyakarta. CV. Absolut Media.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2016). Petunjuk Masalah Kesihatan Khusus. Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Norsa’adah Bachok .(2014). Gaya Hidup Sihat Mengatasi Obesiti. Dewan bahasa dan pustaka.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). (2017). Promoting health in the SDGs. World Health
Organization.

8


Click to View FlipBook Version