Siri Bacaan Kanak - Kanak
Raja Misai
Yang Angkuh
Oleh: Mohamad Saddiq Aisharif (283211)
P
ada zaman dahulu, terdapat sebuah negeri
di atas gunung yang dikenali sebagai
Angkoria. Kerajaan Angkoria ini dipimpin
oleh seorang raja yang dikenali sebagai Raja
Misai. Raja Misai merupakan seorang raja
yang sangat angkuh dengan kerajaan, takhta
dan harta yang dimilikinya. Baginda sering
berteriak-teriak dengan mengatakan ‘‘tidak
ada raja sehebat beta, tidak ada kerajaan
sebesar beta, dan tidak ada sesiapa sekaya
beta’’. Baginda merasakan bahawa baginda
adalah raja yang paling sempurna.
1
Keangkuhan Raja Misai tidak disenangi oleh
rakyat jelata. Masakan tidak, Raja Misai tidak
pernah mengambil tahu akan hal ehwal
rakyatnya. Dipingir-pinggir kota sering
terdengar keluh-kesah rakyat Angkoria yang
terpaksa membanting tulang empat kerat
semata-mata untuk membayar cukai yang
tinggi kepada raja. ‘‘Jangan diharap raja akan
bantu kita’’ keluh si tukang kayu kepada
pembantunya. Pembantu si tukang kayu
mengangguk tanda setuju dengan kata-kata
si tukang kayu.
2
Sementara di istana, Raja Misai
mengarahkan tukang masak istana untuk
menyajikan juadah yang mewah-mewah dan
berlebihan untuk santapannya. Raja Misai
juga terkenal dengan sikap pelahap dan suka
membazir. Makanan yang tidak habis perlu
dibuang sementara sesiapa yang ditangkap
kerana cuba makan daripada sisa santapan
baginda pasti akan dihukum. Pekerja-pekerja
istana memang takut sekiranya Raja Misai
murka.
3
Pada suatu malam ketika Raja Misai sedang
beradu, baginda bermimpi didatangi
seseorang yang lengkap berpakaian seperti
maharaja. Maharaja tersebut mengarahkan
Raja Misai untuk pergi ke sepohon pokok tua
yang besar di hujung kota Angkoria.
‘‘Sekiranya tuanku pergi berteduh di bawah
pohon tersebut, maka tuanku pasti akan
bertambah kaya, kerajaan tuanku akan
bertambah besar dan tuanku akan menjadi
maharaja yang hebat’’ pesan maharaja
didalam mimpi Raja Misai.
4
Setelah menjelang pagi, Raja Misai
mengarahkan ketua laksamana
mempersiapkan hulubalang-hulubalang
untuk membawa baginda ke pohon tersebut.
Ketamakan semakin membuak-buak didalam
diri Raja Misai. Sudah lama Raja Misai
mengimpikan untuk bergelar maharaja dan
memerintah seluruh negara. Baginda dapat
merasakan angan-angannya selama ini bakal
menjadi kenyataan. Sementara di luar istana,
hulubalang-hulubalang baginda telah
bersedia bersama pedati dan kuda Raja
Misai.
5
Pedati Raja Misai meluncur laju di tengah-
tengah kota Angkoria. Rakyat Angkoria
berdiri di tepi-tepi jalan dan menundukkan
kepala tanda memberi hormat kepada Raja
Misai. Sepuluh minit berlalu, Raja Misai pun
sampai ke destinasi yang dituju. Raja Misai
mengeluarkan perintah kepada ketua
laksamana ‘‘kamu semua berkawal disini,
beta ingin berehat dibawah pohon itu’’. Ketua
laksamana menganggukkan kepala tanda
memahami perintah raja. Raja Misai
tertanya-tanya apakah yang bakal ditemui di
bawah pohon itu.
6
Hampir sejam Raja Misai berehat dibawah
pohon tua itu namun masih belum menemui
apa-apa. Tanpa baginda sedar, seekor Ular
Hijau berbisa menghampiri baginda. Ular
Hijau ingin kembali ke sarangnya yang
terletak dibawah pohon itu. Raja Misai tidak
menyedari baginda duduk betul-betul diatas
sarang Ular Hijau. Merasakan terancam, Ular
Hijau terus mematuk kaki Raja Misai. Raja
Misai terkejut dengan patukan Ular Hijau dan
menahan kesakitan sehingga lidahnya kelu
untuk meminta bantuan. Baginda terus
bersandar di pohon itu sehingga tubuhnya
kaku tidak bernyawa.
7
Hari semakin gelap, ketua laksamana
mundar-mandir ditempat kawalannya. Beliau
serba salah, hendak kejutkan Raja Misai
nanti dimarahinya pula. Ketua laksamana
akhirnya memberanikan diri untuk
mengejutkan Raja Misai. Beliau terkejut
apabila mendapati Raja Misai sudah terbujur
kaku tidak bernyawa. Keadaan menjadi
kelam kabut apabila ketua laksamana
memberitahu hal tersebut kepada semua
hulubalang-hulubalang Raja Misai. Perkara
kemangkatan Raja Misai tersebar sekelip
mata di kota Angkoria. Ada rakyat yang
gembira dan ada yang berdukacita.
8
Pengajaran daripada kisah ini adalah sikap
angkuh kelak akan membinasakan diri dan
jangan merasakan diri terlalu hebat kerana
pasti ada yang lebih baik daripada kita.
9