1
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
1.1 Sistem Pembiakan 1.1.1 Menyatakan maksud sistem pembiakan.
1.1.2 Menamakan organ pembiakan:
i) Lelaki
ii) Perempuan
1.1.3 Menyatakan fungsi organ pembiakan.
1.1.4 Menjelaskan proses persenyawaan dalam asas
kejadian manusia.
NOTA RINGKAS
Sistem Pembiakan
Pembiakan bermaksud proses membiak untuk menghasilkan anak bagi
memastikan sesuatu spesies tidak pupus. Kaedah pembiakan manusia ialah
pembiakan seks. Proses ini melibatkan percantuman dua sel pembiakan yang
setiap satunya berasal daripada satu induk jantan dan satu induk betina.
Sistem Pembiakan Manusia
1) Sel pembiakan perempuan
2) Sel pembiakan lelaki
2
Organ Pembiakan Manusia
1) Organ pembiakan lelaki
Organ pembiakan lelaki terdiri daripada skrotum dan zakar (bahagian luar) dan
testis, uretra, kelenjar prostat, duktus sperma dan vesikel semen (bahagian dalam).
2) Organ pembiakan perempuan
Organ pembiakan perempuan terdiri daripada faraj (bahagian luar) dan uterus,
serviks, ovari dan tiub Fallopio (bahagian dalam).
3
Fungsi Organ Pembiakan
Sistem pembiakan lelaki berfungsi untuk menghasilkan, menyimpan dan
menyalurkan sperma keluar daripada badan. Sperma akan dikeluarkan melalui air
mani.
1) Fungsi organ pembiakan lelaki
2) Fungsi organ pembiakan perempuan
Sistem pembiakan perempuan berfungsi untuk menghasilkan ovum dan
menyediakan tempat fetus berkembang.
4
Proses Persenyawaan dalam Asas Kejadian Manusia
Proses persenyawaan manusia berlaku apabila bercantumnya gamet jantan dan
gamet betina untuk menghasilkan zigot.
5
LATIHAN
1) Padankan struktur organ pembiakan berikut dengan induknya.
Testis Zakar
Kelenjar prostat lelaki Skrotum
Uretra Perempuan Uterus
Serviks
Tiub fallopio
Faraj Ovari
2) Tuliskan fungsi organ pembiakan yang berikut.
ORGAN PEMBIAKAN FUNGSI
1. Testis _________________________________________________________
2. Vesikel semen _________________________________________________________
3. Ovari _________________________________________________________
4. Uterus _________________________________________________________
6
3) Labelkan proses persenyawaan asas kejadian manusia di dalam kotak yang
disediakan di bawah.
12
3
4
5
6
7
SKEMA JAWAPAN
SOALAN 1
Organ pembiakan lelaki
Testis
Kelenjar prostat
Uretra
Zakar
Skrotum
Organ pembiakan perempuan
Tiub fallopio
Uterus
Faraj
Serviks
Ovari
SOALAN 2
Testis : menghasilkan sperma
Vesikel semen : menghasilkan cecair semen bagi mengaktifkan sperma
Ovari : tempat menghasilkan ovum
Uterus : tempat perkembangan fetus jika persenyawaan ovum berlaku
dan tempat melindungi fetus.
SOALAN 3
1. sperma
2. ovum
3. zigot
4. embrio
5. fetus
6. bayi
8
9
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
2.1 Penjagaan Haiwan 2.1.1 Menyatakan cara menjaga haiwan ternakan.
Ternakan
2.1.2 Menjaga haiwan ternakan dari aspek:
i) Tempat tinggal
ii) Pemakanan
iii) Kesihatan
iv) Rawatan
2.1.3 Menjelaskan kepentingan penjagaan haiwan
ternakan.
NOTA RINGKAS
Penjagaan Haiwan Ternakan
Haiwan ternakan boleh dibahagikan kepada ternakan ruminan seperti kambing,
lembu dan kerbau.
Manakala ternakan bukan ruminan adalah seperti ayam, itik dan angsa.
Cara Menjaga Haiwan Ternakan
Penjagaan haiwan ternakan bermula dengan:
1. Penyediaan tempat tinggal haiwan ternakan.
2. Pengurusan pemakanan.
3. Menguruskan penyakit haiwan.
4. Menjaga kebajikan haiwan dari segi kesihatan.
Aspek Penjagaan Haiwan Ternakan
A. Tempat Tinggal
Haiwan ternakan memerlukan tempat tinggal yang sesuai.
Haiwan ternakan memerlukan tempat tinggal untuk membiak dan
berlindung daripada bahaya.
Contohnya:
i. Reban ayam
ii. Reban puyuh
iii. Kandang kambing
iv.Kandang lembu
v. Kolam ternakan ikan
B. Pemakanan
Pemakanan seimbang perlu diberikan kepada haiwan ternakan untuk
keperluan tenaga dan fisiologi tubuh haiwan ternakan.
Pemakanan seimbang penting bagi memastikan haiwan ternakan
dapat mengekalkan kesihatan, pertumbuhan dan pembiakan.
10
C. Kesihatan
Penjagaan kesihatan sangat penting untuk haiwan ternakan bagi proses
tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan.
Kesihatan haiwan ternakan yang baik dapat mengurangkan kadar
kematian haiwan dan mencapai keupayaan tumbesaran yang maksimum.
Hasilnya, pengeluaran dapat dipertingkatkan.
D. Rawatan
Rawatan perlu diberikan kepada haiwan ternakan bagi memastikan
penyakit yang dihidapinya tidak berjangkit kepada haiwan ternakan yang
lain.
Pemberian vaksin, antiseptik dan antibiotik perlu bagi memastikan
haiwan ternakan tidak mudah mendapat penyakit.
Pencegahan dan pengawalan penyakit penting bagi haiwan ternakan
seperti penggunaan baka yang tahan penyakit, kuarantin dan menjaga
kebersihan tempat tinggal haiwan untuk memastikan haiwan ternakan tidak
mudah mendapat penyakit.
Kepentingan Penjagaan Haiwan Ternakan
1. Sumber makanan
2. Sumber pendapatan
3. Keseimbangan ekosistem: pemuliharaan alam
4. Menggalakkan penyelidikan berkaitan haiwan ternakan
5. Sumber pakaian: bulu dan kulit haiwan ternakan
6. Sumber produk : kosmetik dan sabun
11
LATIHAN
1) Berdasarkan nama haiwan ternakan berikut, tuliskan haiwan ruminan atau
bukan ruminan.
NAMA HAIWAN TERNAKAN RUMINAN / BUKAN RUMINAN
1. Ayam ____________________________
2. Angsa ____________________________
3. Lembu ____________________________
4. Kambing ____________________________
2) Senaraikan haiwan yang tinggal berdasarkan gambar A dan gambar B.
GAMBAR A GAMBAR B
1.______________________________________ 4._____________________________________
2.______________________________________ 5._____________________________________
3.______________________________________ 6._____________________________________
12
3) Bulatkan jawapan yang betul berdasarkan aspek penjagaan haiwan ternakan.
1. Pemberian antiseptik, ______ dan vaksin
antibodi adalah perlu untuk haiwan ubat pelali
ternakan. tempat tinggal
penyakit
2. Tempat tinggal yang bersih dan seimbang
kuarantin merupakan satu proses berlemak
pencegahan _____________.
api
3. Pengekalan kesihatan yang sihat bagi bahaya
haiwan ternakan adalah dengan
pengambilan makanan ___________.
4. Haiwan ternakan berlindung
daripada ___________ dan membiak di
dalam reban atau kandang.
4) Senaraikan kepentingan penjagaan haiwan ternakan.
I. _________________________________________________________________
II. _________________________________________________________________
III. _________________________________________________________________
13
SKEMA JAWAPAN
SOALAN 1 : bukan ruminan
1. ayam : bukan ruminan
: ruminan
2. angsa : ruminan
3. lembu
4. kambing
SOALAN 2
Gambar A : ayam / itik/ burung puyuh/ angsa
Gambar B : lembu / kambing/ kerbau
SOALAN 3
1. vaksin
2. penyakit
3. seimbang
4. bahaya
SOALAN 4
Sumber makanan
Sumber pendapatan
Keseimbangan ekosistem: pemuliharaan alam
Menggalakkan penyelidikan berkaitan haiwan ternakan
Sumber pakaian: bulu dan kulit haiwan ternakan
Sumber produk : kosmetik dan sabun
14
15
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
3.1 Penjagaan 3.1.1 Menyatakan cara menjaga tumbuhan.
Tumbuhan
3.1.2 Menjelaskan langkah-langkah keselamatan ketika
menjaga tumbuhan.
3.1.3 Menjaga tumbuhan.
3.1.4 Menyatakan kepentingan penjagaan tumbuhan.
NOTA RINGKAS
Penjagaan Tumbuhan
Penjagaan tumbuhan penting untuk memastikan tanaman dapat hidup segar dan
selamat daripada serangga perosak.
Cara Menjaga Tumbuhan
Terdapat beberapa cara menjaga tanaman iaitu:
1. Menyiram
2. Merumput
3. Membaja
4. Menggembur tanah
5. Mengawal perosak dan penyakit
6. Memberi sokongan
7. Memberi naungan (jaring hitam sebagai bumbung)
8. Sungkupan (Bahan daripada tumbuhan atau bahan lain yang digunakan untuk menutupi
permukaan tanah, biasanya dibuat daripada bahan buangan kelapa sawit, sabut kelapa dan
plastik)
Keselamatan Ketika Menjaga Tumbuhan
Terdapat beberapa langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa
menjaga tumbuhan atau tanaman.
Langkah-langkah Keselamatan Ketika Menjaga Tumbuhan
1. Keselamatan diri
Ketika menjaga tumbuhan atau tanaman, kita perlulah memakai:
• baju kemeja-T berlengan panjang
• seluar panjang
• kasut but getah
• sarung tangan
• topi
16
2. Keselamatan semasa menjaga tumbuhan atau tanaman
• Kita perlu menjalankan aktiviti bersama dengan orang dewasa.
• Kita juga perlu membaca arahan pada label peralatan yang digunakan atau
pada label racun perosak sebelum melakukan aktiviti berkebun.
• Jangan berlari ketika melakukan aktiviti penjagaan tumbuhan atau tanaman.
• Menggunakan peralatan yang bersesuaian semasa melakukan aktiviti berkebun.
• Jangan menggunakan peralatan yang rosak.
• Memakai sarung tangan dan topeng muka semasa menyembur racun serangga
perosak dengan pengawasan orang dewasa.
3. Keselamatan selepas menjaga tumbuhan atau tanaman
• Bersihkan peralatan yang telah digunakan.
• Simpan semua peralatan di dalam stor.
• Pastikan semua peralatan yang tajam dan bahaya seperti cangkul, pencakar,
sudip tangan dan serampang tidak bertaburan di kebun.
• Pastikan kawasan kebun berada dalam keadaan bersih dan selamat.
• Bersihkan tangan dengan membuang kotoran dan cuci tangan dengan sabun
di bahagian celah jari dan kuku.
• Bilas tangan dengan air bersih.
Menjaga Tumbuhan
Tumbuhan perlu dijaga dengan baik supaya selamat daripada serangan serangga
perosak atau penyakit.
Kepentingan Penjagaan Tumbuhan
Berikut ialah kepentingan penjagaan tumbuhan:
1) Memerangkap air dan mengelakkan berlakunya banjir.
2) Sumber vitamin, mineral dan makanan.
3) Menyimpan air di dalam tanah.
4) Menstabilkan ekosistem.
5) Menapis gas karbon dioksida dan melepaskan oksigen semasa fotosintesis.
17
LATIHAN
1. Jawab soalan dengan menyusun huruf yang diberi.
a. Digunakan untuk mengawal hakisan. S N G P A K N U U ____________
b. Dapat mengekalkan kelembapan tanah dengan menggunakan
air. M E N Y M A I R _____________
c. Membekalkan nutrien kepada tumbuhan dalam bentuk organik atau bahan
kimia. M E M A A J B _____________
d. Cara ini dilakukan bagi mengelakkan persaingan mendapatkan cahaya, air dan
ruang. M E U P U T R M _____________
2. Nyatakan TIGA perkara yang perlu dilakukan bagi keselamatan semasa dan
selepas menjaga tumbuhan.
Semasa menjaga tumbuhan
I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________
Selepas menjaga tumbuhan
I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________
3. Senaraikan kepentingan menjaga tumbuhan
I. __________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________
IV. __________________________________________________________________
18
SKEMA JAWAPAN
SOALAN 1
a. Sungkupan
b. Menyiram
c. Membaja
d. Merumput
SOALAN 2
Semasa menjaga tumbuhan
• Kita perlu menjalankan aktiviti bersama dengan orang dewasa.
• Kita juga perlu membaca arahan pada label peralatan yang digunakan atau
pada label racun perosak sebelum melakukan aktiviti berkebun.
• Jangan berlari ketika melakukan aktiviti penjagaan tumbuhan atau tanaman.
• Menggunakan peralatan yang bersesuaian semasa melakukan aktiviti berkebun.
• Jangan menggunakan peralatan yang rosak.
• Memakai sarung tangan dan topeng muka semasa menyembur racun serangga
perosak dengan pengawasan orang dewasa.
Selepas menjaga tumbuhan
• Bersihkan peralatan yang telah digunakan.
• Simpan semua peralatan di dalam stor.
• Pastikan semua peralatan yang tajam dan bahaya seperti cangkul, pencakar,
sudip tangan dan serampang tidak bertaburan di kebun.
• Pastikan kawasan kebun berada dalam keadaan bersih dan selamat.
• Bersihkan tangan dengan membuang kotoran dan cuci tangan dengan sabun
di bahagian celah jari dan kuku.
• Bilas tangan dengan air bersih.
SOALAN 3
Memerangkap air dan mengelakkan berlakunya banjir.
Sumber vitamin, mineral dan makanan.
Menyimpan air di dalam tanah.
Menstabilkan ekosistem.
Menapis gas karbon dioksida dan melepaskan oksigen semasa fotosintesis.
19
20
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
4.1 Pengetinan dan 4.1.1 Mengenal pasti makanan yang boleh:
Pembotolan i) ditinkan
ii) dibotolkan
4.1.2 Menyatakan mengenai proses pengawetan
makanan secara:
i) pengetinan
ii) pembotolan
4.1.3 Menjelaskan kepentingan pengawetan makanan.
4.1.4 Mengetin atau membotolkan bahan makanan
NOTA RINGKAS
Pengetinan dan Pembotolan
Pengawetan makanan ialah satu kaedah pemprosesan makanan.
Kaedah ini mampu menghalang atau memperlahankan pertumbuhan
mikroorganisma. Contoh pengawetan makanan melalui kaedah
pengetinan dan pembotolan.
Makanan yang Melalui Proses:
A. Pengetinan
Contoh makanan yang ditinkan:
21
B. Pembotolan
Contoh makanan yang dibotolkan:
22
Proses Pengawetan Makanan Secara:
A. Pengetinan
Kaedah pengetinan merupakan cara mengawet makanan seperti ikan, ayam,
daging, produk tenusu dan buah-buahan di dalam tin. Makanan tersebut perlu
dimasak dan dikeluarkan semua udara sebelum ditinkan.
B. Pembotolan
Kaedah pembotolan juga merupakan salah satu cara pengawetan makanan.
Contoh makanan yang dibotolkan seperti sos cili, tomato, jus buah, kicap, pes
makanan dan buah-buahan. Makanan tersebut akan tahan lama jika disimpan di
dalam botol yang kedap udara.
23
Kepentingan Pengawetan Makanan
Berikut merupakan kepentingan pengawetan makanan kepada manusia.
I. Makanan tahan lebih lama.
II. Makanan mudah disimpan.
III. Mikroorganisma tidak dapat membiak dalam makanan yang tiada udara.
IV. Mengurangkan pembaziran makanan.
V. Memastikan sumber makanan berterusan.
VI. Memudahkan penghantaran makanan.
VII. Dapat merasai makanan dari negara lain.
Mengetin atau Membotolkan Bahan Makanan
Pemilihan kaedah pengetinan dan pembotolan makanan.
Pengetinan makanan
Sebab-sebab pemilihan:
• Penggunaan tin boleh menjadikan makanan tahan lasak.
• Makanan tidak mudah dijangkiti mikroorganisma.
• Sesuai untuk makanan berbentuk pepejal.
• Contoh, ikan sardin, jagung, jenis kekacang dan sebagainya.
Pembotolan makanan
Sebab-sebab pemilihan:
• Makanan nampak lebih menarik di dalam botol.
• Makanan tahan lebih lama.
• Sesuai untuk makanan dalam bentuk cecair.
• Contoh, jem buah-buahan, madu, pes, sos dan sebagainya.
24
LATIHAN
1. Isikan ruangan kosong dengan cara yang sesuai untuk mengawet bahan
makanan di bawah:
1.________________________ 2.________________________ 3.________________________
4.________________________ 5.________________________ 6.________________________
2. Tandakan (/) pada pernyataan yang betul, dan tandakan (x) pada pernyataan
yang salah.
Tujuan utama kaedah pengetinan dan pembotolan dilakukan pada makanan
adalah untuk:
a. Makanan lebih tahan lama.
b. Makanan cepat rosak.
c. Melambatkan proses pembiakan mikroorganisma.
d. Makanan lambat rosak.
e. Kualiti makanan tetap sama.
25
3. Berdasarkan pernyataan di bawah, tuliskan nombor 1 hingga 6 pada ruangan
kosong mengikut turutan proses pembotolan makanan yang betul.
NOMBOR PROSES
a) Makanan dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk mengeluarkan
udara.
b) Makanan disediakan dan dibasuh bersih.
c) Botol makanan dilabelkan dan disimpan.
d) Botol dipanaskan sekali lagi untuk membunuh mikroorganisma.
e) Makanan dimasak dan dimasukkan ke dalam botol.
f) Kemudian, botol dipaterikan dengan segera untuk menjadikannya
kedap udara.
4. Senaraikan kepentingan pengawetan makanan
I. __________________________________________________________________________
II. __________________________________________________________________________
III. __________________________________________________________________________
IV. __________________________________________________________________________
26
SKEMA JAWAPAN
SOALAN 1
1.pengetinan
2.pembotolan
3.pengetinan
4.pembotolan
5.pengetinan
6.pembotolan
SOALAN 2
a. /
b. X
c. /
d. /
e. x
SOALAN 3
a. 3
b. 1
c. 6
d. 5
e. 2
f. 4
SOALAN 4
Makanan tahan lebih lama.
Makanan mudah disimpan.
Mikroorganisma tidak dapat membiak dalam makanan yang tiada udara.
Mengurangkan pembaziran makanan.
Memastikan sumber makanan berterusan.
Memudahkan penghantaran makanan.
Dapat merasai makanan dari negara lain.
27
28
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
5.1 Pengangkutan. 5.1.1 Mengenal pasti jenis pengangkutan:
5.2 Telekomunikasi. i) air
ii) darat
iii) udara
5.1.2 Menyatakan kepentingan pengangkutan dalam
kehidupan harian.
5.2.1 Mengenal pasti alat telekomunikasi:
i) telefon
ii) mesin faksmili
iii) komputer
iv) televisyen
v) radio
5.2.2 Menyatakan kepentingan alat telekomunikasi
dalam kehidupan harian.
NOTA RINGKAS
Pengangkutan dan telekomunikasi di Malaysia semakin berkembang maju.
Kedua-duanya menjadi keperluan kepada semua manusia bagi memudahkan
perjalanan kehidupan seharian.
5.1 PENGANGKUTAN
Pengangkutan membolehkan sesuatu barang atau perkhidmatan dibawa dari satu
tempat ke tempat yang lain.
Jenis Pengangkutan
1) Pengangkutan Air
Pengangkutan air digunakan di sungai, tasik, pesisir pantai dan laut.
a) Kapal kontena
b) Perahu
c) Feri
d) Kapal persiaran
e) Bot
f) Rakit
29
2) Pengangkutan Darat
Pengangkutan darat digunakan di atas jalan raya, lebuh raya dan landasan bagi
kereta api.
a) Kereta
b) Motosikal
c) Beca
d) Basikal
e) Lori
f) Kereta api
g) Bas
3) Pengangkutan Udara
Pengangkutan udara dikendalikan di atas udara untuk mengangkut manusia atau
barangan dalam waktu yang cepat. Pengangkutan udara juga dapat
mempercepat perjalanan ke sesebuah tempat yang jauh.
a) Helikopter
b) Kapal terbang
Kepentingan Pengangkutan dalam Kehidupan Harian
Pengangkutan memudahkan urusan harian manusia. Pengangkutan penting untuk
memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain, ataupun
mengangkut barangan.
Kepentingan pengangkutan air:
1. Boleh mengangkut muatan dalam kuantiti yang banyak ke tempat yang jauh.
2. Mudah mengangkut manusia dan barangan dari kawasan pedalaman ke
kawasan bandar.
3. Kos pengangkutan lebih murah.
4. Sangat penting dalam urusan perdagangan antarabangsa.
5. Meningkatkan sektor pelancongan negara.
6. Menjana peluang pekerjaan kepada orang ramai.
Kepentingan pengangkutan darat:
1. Mengangkut barangan dan penumpang.
2. Memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
3. Menggalakkan pelaburan asing kerana mempunyai pengangkutan darat yang
moden dan lengkap.
4. Meningkatkan perkembangan sektor pelancongan di sesebuah kawasan.
5. Memodenkan sektor pengangkutan awam.
6. Meningkatkan sektor perniagaan seperti perkhidmatan bas dan kereta api.
30
Kepentingan pengangkutan udara:
1. Memudahkan pergerakan untuk jarak yang jauh.
2. Menjimatkan masa.
3. Memudahkan perjalanan ke kawasan terpencil atau pedalaman.
4. Keselamatan barangan lebih terjamin.
5. Kualiti barangan terjamin kerana dapat menghantar dalam waktu yang singkat.
6. Meningkatkan sektor pelancongan
TELEKOMUNIKASI
Telekomunikasi bermaksud sains yang berkaitan dengan penghantaran maklumat
melalui talian telefon, mikrogelombang, gentian optik dan satelit.
Alat Telekomunikasi
Alat telekomunikasi ialah alat perantaraan yang digunakan untuk berhubung.
Penggunaannya melibatkan jarak yang jauh antara penyampai dan penerima
maklumat. Perkembangan kemajuan alat telekomunikasi berlaku mengikut
peredaran zaman.
1. Telefon
Digunakan untuk berhubung dengan individu yang berada di tempat lain.
Telefon bimbit
Telefon gagang
Telefon pintar
2. Mesin Faksimile
Menyalin dan menghantar imej cetak ke satu tempat yang lain melalui talian
telefon.
Mesin teleks
Mesin faksimilie
3. Komputer
Menerima, memproses, menyimpan dan menyampaikan maklumat.
Komputer riba
Komputer peribadi
Komputer tablet
4. Televisyen
Penyiaran gambar hidup atau bergerak berserta bunyi di skrin atau kaca televisyen.
Televisyen hitam putih
Televisyen warna
Televisyen plasma
Televisyen LED/LCD
31
5. Radio
Penghantaran dan pengiriman maklumat berbentuk bunyi menerusi pembesar
suara.
Radio piring hitam
Radio klasik
Radio kaset
Radio digital
Kepentingan Alat Telekomunikasi dalam Kehidupan Harian
i. Meningkatkan urusan pentadbiran negara.
ii. Maklumat boleh diperoleh dengan cepat.
iii. Memudahkan urusan pekerjaan.
iv. Menjimatkan tenaga dan kos operasi.
v. Mencepatkan urusan pembayaran bil dan perbankan.
vi. Merapatkan hubungan antara keluarga, rakan dan masyarakat.
vii. Mewujudkan pembelajaran secara maya atau e-pembelajaran.
viii. Memudahkan proses komunikasi dijalankan.
32
LATIHAN
A) Tuliskan nama-nama kenderaan berdasarkan jenis.
KENDERAAN AIR
1.____________________________
2.____________________________
3.____________________________
4.____________________________
33
KENDERAAN DARAT
1.____________________________
2.____________________________
3.____________________________
4.____________________________
34
KENDERAAN UDARA
1.____________________________
2.____________________________
B) Gariskan jawapan yang betul.
1. Bas dan kereta api ialah contoh pengangkutan (udara / darat).
2. Pengangkutan air sangat penting dalam urusan (perdagangan / percukaian)
luar negara.
3. Pengangkutan udara dan air mampu (menurunkan / meningkatkan) sektor
pelancongan negara.
4. Kos pengangkutan kenderaan darat lebih (mahal / murah) berbanding
pengangkutan udara.
5. Pengangkutan udara dapat menjimatkan (masa / kos) .
6. (Doktor / Jurutera) Udara ialah perkhidmatan rawatan kesihatan melalui
pengangkutan udara kepada penduduk kawasan pedalaman Sabah dan
Sarawak.
35
C)Nyatakan kepentingan pengangkutan berikut dalam ruang yang disediakan.
JENIS PENGANGKUTAN KEPENTINGAN
1. ___________________________________________
2. ____________________________________________
3. ____________________________________________
D)Namakan alat telekomunikasi yang berikut.
1.____________________________
2.____________________________
3.____________________________
4.____________________________
36
E) Senaraikan kepentingan alat telekomunikasi dalam kehidupan seharian.
I. _______________________________________________
II. _______________________________________________
III. ______________________________________________
37
SKEMA JAWAPAN
SOALAN A
KENDERAAN AIR
1. Rakit
2. Feri
3. Bot
4. Kapal persiaran
KENDERAAN DARAT
1. Kereta
2. Motosikal
3. Beca
4. Kereta api
KENDERAAN UDARA
1. Helikopter
2. Kapal terbang
SOALAN B
1. Darat
2. Perdagangan
3. Meningkatkan
4. Murah
5. Masa
6. Doktor
SOALAN C
KERETA
1. Mengangkut barangan dan penumpang.
2. Memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
3. Menggalakkan pelaburan asing kerana mempunyai pengangkutan darat yang
moden dan lengkap.
4. Meningkatkan perkembangan sektor pelancongan di sesebuah kawasan.
5. Memodenkan sektor pengangkutan awam.
6. Meningkatkan sektor perniagaan seperti perkhidmatan bas dan kereta api.
KAPAL TERBANG
1. Memudahkan pergerakan untuk jarak yang jauh.
2. Menjimatkan masa.
3. Memudahkan perjalanan ke kawasan terpencil atau pedalaman.
4. Keselamatan barangan lebih terjamin.
5. Kualiti barangan terjamin kerana dapat menghantar dalam waktu yang singkat.
6. Meningkatkan sektor pelancongan
38
FERI
1. Boleh mengangkut muatan dalam kuantiti yang banyak ke tempat yang jauh.
2. Mudah mengangkut manusia dan barangan dari kawasan pedalaman ke
kawasan bandar.
3. Kos pengangkutan lebih murah.
4. Sangat penting dalam urusan perdagangan antarabangsa.
5. Meningkatkan sektor pelancongan negara.
6. Menjana peluang pekerjaan kepada orang ramai.
SOALAN D
1. Telefon gagang
2. Radio piring hitam
3. Mesin faksimile
4. Komputer tablet
SOALAN E
1. Meningkatkan urusan pentadbiran negara.
2. Maklumat boleh diperoleh dengan cepat.
3. Memudahkan urusan pekerjaan.
4. Menjimatkan tenaga dan kos operasi.
5. Mencepatkan urusan pembayaran bil dan perbankan.
6. Merapatkan hubungan antara keluarga, rakan dan masyarakat.
7. Mewujudkan pembelajaran secara maya atau e-pembelajaran.
8. Memudahkan proses komunikasi dijalankan.
39