The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tinazaidi93, 2022-06-23 01:35:31

2. PDF FINAL-MPK BKP 2017

2. PDF FINAL-MPK BKP 2017

KANDUNGAN

Pendahuluan MUKASURAT

4

Bab 1: Pengenalan Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) 5
1.1 Kriteria Kelayakan 6
1.2 Kadar BKP 7
1.3 Jawatan kuasa Biasiswa
i) Jawatan kuasa Biasiswa Peringkat KPM 9
ii) Jawatan kuasa Biasiswa Peringkat JPN
/BPSBPSK

iii) Jawatan kuasa Biasiswa Peringkat
Sekolah

1.4 Peraturan Umum

Bab 2: Permohonan BKP 10

2.1 Tatacara Permohonan BKP 11
2.2 Proses Kerja Permohonan BKP di Sekolah 13
2.3 Proses Kerja Permohonan BKP di JPN / 16

BPSBPSK 17
2.4 Proses Kerja Permohonan BKP di KPM

Bab 3: Rayuan Permohonan BKP 18

3.1 Tatacara Rayuan Permohonan BKP 19
20
3.2 Proses Kerja bagi Kes Rayuan Permohonan
BKP

Bab 4: Pemilihan dan Tawaran BKP 22

Bab 5: 4.1 Tatacara Pemilihan dan Tawaran BKP 23
25
4.2 Proses Kerja Pemilihan Penerima BKP di
JPN / BPSBPSK 27

Pembayaran BKP

5.1 Tatacara Pembayaran kepada Penerima 28
BKP
30
5.2 Proses Kerja Pembayaran BKP 32
5.3 Proses Kerja Kes Tercicir Pembayaran BKP

2

Bab 6: Penggunaan Wang BKP 34
35
6.1 Tatacara Penggunaan Wang BKP 36
6.2 Proses Kerja Pengeluaran Wang BKP 38
39
Bab 7: Penarikan Balik BKP 40
42
7.1 Tatacara Penarikan Balik BKP
7.2 Proses Kerja Penarikan Balik BKP Kerana 44
45
Pelanggaran Disiplin 46
7.3 Proses Kerja Pertindihan Penganugerahan 48
49
BKP dengan Bantuan Kewangan Lain.
51
Bab 8: Pemantauan Pelaksanaan BKP 52

8.1 Tatacara Pemantauan Pengurusan BKP 54
8.2 Proses Kerja Pemantauan Pengurusan BKP 58
61
Bab 9: Pertukaran Guru Biasiswa 62
63
9.1 Tatacara Penyerahan Tugas Guru Biasiswa 64
9.2 Proses Kerja Penyerahan Tugas Guru
65
Biasiswa yang Bertukar 66
69
Bab 10: Borang permohonan dan Lampiran: 70

Lampiran A- Borang Permohonan/Tercicir/ Rayuan 71
Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan
Universiti
Lampiran B- Asas Pengiraan Merit BKP (Tingkatan 1 – 5)
Lampiran C- Asas Pengiraan Merit BKP (Tingkatan 6)
Lampiran D- Surat Tawaran Biasiswa
Lampiran E- Surat Persetujuan Menerima/Menolak Tawaran
Biasiswa
Lampiran F- Permohonan Untuk Mengeluarkan Wang
Biasiswa
Lampiran G- Melanggar Syarat – Syarat Tawaran Biasiswa
(Amaran Terakhir)
Lampiran H- Penarikan Penganugerahan Biasiswa Murid
Lampiran I- Instrumen Pemantauan BKP
Lampiran J- Nota Serah Tugas
Lampiran K- Penentuan Status Kewarganegaraan
Murid

Penutup

3

PENDAHULUAN

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) merupakan anugerah kecemerlangan bagi
murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang mencapai
kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Objektif pemberian BKP
adalah sebagai satu bentuk motivasi dan perangsang kepada murid dalam golongan
berpendapatan rendah supaya mengekalkan kecemerlangan dalam bidang
akademik dan kokurikulum serta mengekalkan tahap disiplin yang tinggi sepanjang
tempoh persekolahan, di samping untuk mengurangkan kadar keciciran di peringkat
menengah. BKP hanya diberikan kepada murid yang bersekolah di sekolah
menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan mengikut
Surat Pekeliling Kewangan yang berkuatkuasa.

Pengurusan BKP di semua sekolah di bawah KPM dipertanggungjawabkan
kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Bahagian Pengurusan Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) pula
dipertanggungjawabkan dalam menguruskan BKP bagi murid di Sekolah Berasrama
Penuh (SBP). Proses permohonan, pemilihan dan penawaran BKP dilaksanakan
melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) di laman sesawang
https://apb1.moe.gov.my/.

Mulai tahun 2017, KPM telah menguatkuasakan pelaksanaan tawaran BKP
secara tahunan. Penganugerahan BKP kepada murid yang terpilih hanya sah untuk
tahun semasa sahaja dan permohonan bagi murid yang layak perlu dikemukakan
semula melalui sekolah untuk tahun yang seterusnya. Penambahbaikan ini
dilaksanakan bagi memastikan hanya murid yang memenuhi kriteria kelayakan
dianugerahkan BKP pada setiap tahun. Di samping itu, kaedah baharu ini
diharapkan dapat meningkatkan kesungguhan murid dalam mengekalkan
kecemerlangan akademik dan kokurikulum serta disiplin yang baik kerana penilaian
semula akan dilaksanakan pada setiap tahun.

Manual Prosedur Kerja (MPK) ini adalah berdasarkan Surat Pekeliling
Kewangan Bil. 1 Tahun 2017 yang membatalkan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 9
Tahun 2010. Oleh yang demikian, MPK ini membatalkan MPK BKP dan BKPU
Tahun 2012.

4

Pengenalan Pengurusan
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)

5

1.1 KRITERIA KELAYAKAN

Kriteria kelayakan permohonan BKP adalah seperti berikut :

a) Murid warganegara Malaysia. Penentuan taraf warganegara Malaysia
adalah berdasarkan Kad Pengenalan dan Lampiran Status Penentuan
Kewarganegaraan Murid seperti di Lampiran K atau dokumen-
dokumen rasmi lain yang mengesahkan kewarganegaraan murid yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

b) Murid Tingkatan 1 hingga 6 di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum berdasarkan merit tahun semasa; dan

c) Jumlah pendapatan kasar sebelum ditolak tanggungan ibu bapa/
penjaga murid mestilah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.

1.2 KADAR BKP
Kadar bagi BKP adalah seperti jadual di bawah:

Tingkatan Kadar Biasiswa Bilangan
( RM sebulan ) Bulan
1 hingga 4 12
5 70.00 11
70.00
6 Bawah 90.00 (Aliran Sastera) 7
110.00 (Aliran Sains)
6 Atas 90.00 (Aliran Sastera) 11
110.00 (Aliran Sains)

6

1.3 JAWATAN KUASA BIASISWA DAN FUNGSI

Secara umumnya, pemilihan murid penerima BKP bermula di peringkat
sekolah dan perlu diputuskan dalam mesyuarat Jawatan kuasa Biasiswa
Peringkat Sekolah. Seterusnya permohonan yang dikunci masuk oleh pihak
sekolah akan dipanjangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan (BPSBPSK) secara dalam talian untuk perakuan oleh
Jawatankuasa Biasiswa. Minit mesyuarat/ pengesahan oleh Jawatankuasa-
jawatankuasa berkenaan perlu difailkan untuk tujuan rekod, pemantauan dan
pengauditan. Jawatankuasa yang terlibat dan peranannya adalah seperti
berikut:

1.3.1. Jawatan kuasa Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
a) Keahlian :

i. Pengerusi : Setiausaha Bahagian Kewangan
ii. Timbalan
Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan
Pengerusi : Cawangan Bantuan
Ketua Penolong Setiausaha Unit Bantuan
iii. Setiausaha :
iv. Ahli : 1. Timbalan Setiausaha Bahagian
Kewangan Cawangan Pentadbiran dan
Kewangan/ Ketua Penolong Setiausaha
Kanan Pentadbiran dan Kewangan

2. Wakil BPSBPSK

b) Fungsi :

i. Menentukan jumlah agihan peruntukan bagi tujuan penentuan
jumlah permohonan yang boleh diperakukan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN)/ BPSBPSK;

ii. Mempertimbangkan kes-kes terpencil/ luar biasa berkaitan
permohonan murid/ rayuan/ penarikan balik; dan

iii. Memutuskan dasar mengenai pengurusan BKP.

7

1.3.2. Jawatan kuasa Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan (BPSBPSK)

a) Keahlian :

i. Pengerusi : Pengarah JPN / BPSBPSK

ii. Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pembangunan

Kemanusiaan dan Kepimpinan (SPK)/

BPSBPSK

iii. Setiausaha : Pegawai Biasiswa

iv. Ahli : 1. Ketua Unit (KU) SPK

2. Ketua Unit (KU) Kokurikulum /

Penolong KU

3. Pembantu Tadbir

b) Fungsi Jawatankuasa peringkat JPN / BPSBPSK:

i. Memperakukan dan mengesahkan permohonan yang berjaya
berdasarkan jumlah peruntukan secara dalam talian.
Pengesahan permohonan yang diperaku oleh jawatan kuasa
perlu difailkan untuk tujuan rekod;

ii. Keputusan penawaran BKP serta analisis/ rumusan hendaklah
dibentangkan di dalam mesyuarat dan minit mesyuarat
hendaklah difailkan untuk tujuan rekod;

iii. Memberikan kerjasama kepada Bahagian Kewangan (BKew)
dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dengan
memberikan maklumat-maklumat yang dikehendaki; dan

iv. Mengesahkan/ menyokong rayuan/ penarikan balik biasiswa
dan memanjangkan kepada KPM.

1.3.3. Jawatankuasa Peringkat Sekolah

a) Keahlian :

i. Pengerusi : Pengetua
ii. Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
iii. Setiausaha : Guru Biasiswa
iv. Ahli :
1. Penolong Kanan Kokurikulum
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling

3. Guru Aplikasi Pangkalan Data
Murid ( APDM )/ Guru Tingkatan

8

b) Fungsi:
i. Menyaring dan mengemukakan permohonan BKP melalui
sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) setelah dipersetujui
oleh Jawatankuasa. Senarai Pendek Murid yang diputuskan
hendaklah diminitkan dan difailkan untuk tujuan rekod;
ii. Mengesyorkan kes rayuan/ penarikan balik BKP; dan
iii. Menyediakan maklumat yang dikehendaki oleh Bahagian / JPN.

1.4 PERATURAN UMUM
Peraturan-peraturan umum yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

a) Pemilihan penerima BKP dibuat berdasarkan merit yang berasaskan
pendapatan ibu bapa / penjaga, pencapaian akademik murid dan
penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum serta tertakluk kepada
peruntukan tahun semasa. Keputusan Jawatankuasa pemilihan
adalah muktamad;

b) Bayaran kepada penerima BKP dibuat sekali untuk tempoh setahun
tertakluk kepada kedudukan peruntukan yang mengizinkan atau
arahan terkini dari semasa ke semasa;

c) Penerima BKP perlu menggunakan wang BKP dengan bijak untuk
menampung keperluan persekolahan sepanjang tahun;

d) Penerima BKP perlu memastikan pencapaian akademik dan
kokurikulum sentiasa berada di tahap yang cemerlang dan mematuhi
peraturan-peraturan sekolah dengan tahap disiplin yang baik; dan

e) Surat Persetujuan/ Aku Janji/ Surat Penolakan BKP seperti di
Lampiran E hendaklah diisi dan ditandatangani oleh ibu bapa
/penjaga penerima BKP untuk simpanan sekolah.

9

Permohonan BKP

10

2.1 TATACARA PERMOHONAN

BKP ditawarkan kepada murid yang layak berdasarkan kriteria yang telah
ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Kewangan (SPK) yang sedang
berkuatkuasa. Bagi melancarkan proses permohonan BKP, setiap peringkat
perlu memainkan peranan tertentu seperti berikut:

2.1.1. Tanggungjawab Murid

Murid yang layak perlu mengisi borang permohonan BKP seperti di
Lampiran A yang boleh diperoleh di sekolah masing-masing. Borang
yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan yang disahkan perlu
diserahkan kepada Guru Biasiswa Sekolah selewat-lewatnya pada
bulan Januari tahun semasa (Takwim pelaksanaan BKP akan
dikeluarkan oleh BKew pada setiap tahun).

2.1.2. Tanggungjawab Guru Biasiswa

a) Mengedarkan Borang Permohonan kepada murid yang memenuhi
kriteria kelayakan dan membuat semakan terhadap kesahihan
maklumat;

b) Guru Biasiswa bertanggungjawab mengemas kini dan memastikan
ketepatan data dalam Modul Pengurusan Murid sebelum 31 Januari
tahun semasa bagi penyediaan permohonan biasiswa secara atas
talian (melainkan sekiranya terdapat perubahan tarikh melalui
takwim yang diedarkan oleh KPM);

c) Guru Biasiswa hendaklah mengemas kini permohonan atas talian
berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa peringkat
sekolah melalui laman sesawang https://apb1.moe.gov.my/ dalam
tempoh yang ditetapkan oleh KPM;

d) Melaksanakan pengurusan BKP mengikut peraturan; dan

e) Guru Biasiswa perlu menyimpan/ memfailkan senarai murid yang
disenarai pendek (beserta justifikasi kepada keputusan yang telah
dibuat) dan semua Borang Permohonan beserta dokumen
sokongan sekurang- kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun bagi
tujuan rekod, pemantauan dan pengauditan yang akan dijalankan
dari masa ke semasa.

2.1.3. Tanggungjawab JPN / BPSBPSK

a) JPN/ BPSBPSK perlu memastikan semua sekolah di bawah
pentadbirannya membuat permohonan mengikut tatacara yang
ditetapkan di dalam Manual Prosedur Kerja (MPK) dan dalam
tempoh yang telah ditetapkan;

11

b) Membantu BKew dan BPM, KPM di dalam mendapatkan
maklumat yang diperlukan dan menjadi penghubung di antara
pihak KPM dengan sekolah; dan

c) Menyelaras sebarang isu/ persoalan yang timbul di dalam
pengurusan BKP sebelum dipanjangkan ke KPM.

2.1.4 Tanggungjawab BPM
a) Menasihati BKew dari aspek sistem APB dan sistem lain yang
terlibat di dalam pengurusan BKP;
b) Menyelenggara/ menambah baik sistem APB seperti yang dimohon
oleh BKew;
c) Memastikan keberkesanan sistem APB dan menyelesaikan
masalah yang melibatkan sistem APB; dan
d) Menyediakan semua maklumat/ data yang diperlukan oleh BKew/
JPN/ BPSBPSK.

12

2.2 PROSES KERJA PERMOHONAN BKP DI PERINGKAT SEKOLAH

Proses kerja bagi permohonan BKP di peringkat sekolah adalah seperti jadual di

bawah:

PEGAWAI YANG UNDANG-

BIL. PROSES KERJA MELULUSKAN / UNDANG
DIRUJUK PERATURAN

1. Terima surat siaran biasiswa dari PK HEM/ Guru Surat Siaran KPM/
BPSBPSK / JPN Biasiswa BPSBPSK/ JPN

2. Taklimat pengurusan biasiswa JPN/ PPD/ BPSBPSK
dari BPSBPSK / JPN/ PPD.

3. Taklimat kepada guru tingkatan PK HEM/ Guru SPK 1/2017 dan
Biasiswa MPK
4. Kemas kini data Modul
Pengurusan Murid (MPM) Guru tingkatan
secara atas talian dalam
tempoh yang ditetapkan. Guru Biasiswa

5. Edar, kumpul dan semak Jawatankuasa
borang permohonan (Lampiran Biasiswa
A) murid yang layak memohon
BKP.

6. Mesyuarat Jawatan kuasa
Biasiswa untuk membuat
tapisan permohonan.

13

7. Key-in data permohonan Guru Biasiswa
secara atas talian dalam Guru Biasiswa
tempoh yang ditetapkan Guru Biasiswa

8. Cetak Senarai Permohonan
BKP atas talian.

9. Failkan borang permohonan
biasiswa (Lampiran A) dan
senarai permohonan BKP
mengikut susunan
kategori/aliran selama tiga
(3) tahun dan simpan fail.

14

2.2.1 CARTA ALIRAN KERJA PERMOHONAN BIASISWA
DI PERINGKAT SEKOLAH

Mula

Terima surat siaran biasiswa dari
JPN/ PPD/ BPSBPSK

Taklimat pengurusan biasiswa dari
JPN/ PPD/ BPSBPSK

Taklimat kepada guru tingkatan

Kemas kini data MPM secara atas talian dalam
tempoh ditetapkan

Edar borang permohonan kepada murid yang layak

Kembalikan Kumpul borang permohonan
borang untuk
pembetulan Tak lengkap Semak borang permohonan
Lengkap
Maklumkan
kepada BPM, Mesyuarat Jawatan Kuasa Biasiswa
KPM untuk membuat tapisan permohonan

Tiada Proses Key-in permohonan
Ada

Cetak dan fail senarai permohonan dan borang
permohonan

Tamat

15

2.3 PROSES KERJA PERMOHONAN BIASISWA DI PERINGKAT JPN/ BPSBPSK

BIL. PROSES KERJA PEGAWAI YANG UNDANG-
MELULUSKAN / UNDANG
PERATURAN
DIRUJUK

1. Edar surat siaran biasiswa ke sekolah. Pegawai Biasiswa Surat Pekeliling
JPN/BPSBPSK Kewangan/ Surat
Siaran KPM/ MPK
2. Taklimat pengurusan biasiswa kepada
guru biasiswa

3. Mengesahkan data permohonan di Pegawai Biasiswa

dalam sistem APB dan

memperakukan permohonan

berdasarkan kuota peruntukan yang

ditetapkan. Jawatankuasa
4. Biasiswa
Peringkat
Mencetak dan mengesahkan senarai
permohonan JPN/BPSBPSK
diperakukan.

2.3.1 CARTA ALIRAN KERJA PERMOHONAN BIASISWA
DI PERINGKAT JPN/ BPSBPSK
Mula
Edar surat siaran pelaksanaan biasiswa ke sekolah

Taklimat pengurusan biasiswa kepada guru biasiswa

Mengesahkan data permohonan di dalam sistem APB
dan memperakukan permohonan berdasarkan kuota
peruntukan
Mencetak dan mengesahkan senarai permohonan oleh
Jawatankuasa JPN/ BPSBPS

Tamat

16

2.4 PROSES KERJA PERMOHONAN BIASISWA DI PERINGKAT KPM

PEGAWAI SESI
UNDANG
BIL. PROSES KERJA YANG
-
MELULUSKAN / UNDANG

1. Keluarkan surat siaran / takwim BKew
berkaitan pengurusan biasiswa.

2. Taklimat/ mesyuarat pengurusan BKew
biasiswa kepada Pegawai Biasiswa
JPN /BPSBPSK dan BPM

3. Buka dan pantau sistem Aplikasi Bkew/ BPM
Pengurusan Bantuan (APB) untuk
permohonan dan pemilihan

4. Ekstrak maklumat murid berjaya untuk Bkew/ BPM
pembukaan akaun kelompok BSN

2.4.1 CARTA ALIRAN KERJA PERMOHONAN BIASISWA
DI PERINGKAT KPM

Mula

Keluarkan surat siaran / takwim berkaitan pengurusan
biasiswa.

Taklimat/ mesyuarat pengurusan biasiswa kepada
JPN/ BPSBPSK dan BPM

Buka dan pantau sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan
(APB) untuk permohonan dan pemilihan

Ekstrak maklumat murid berjaya untuk
pembukaan akaun kelompok BSN

Tamat

17

Rayuan Permohonan BKP

18

3.1 TATACARA RAYUAN PERMOHONAN BKP
Permohonan BKP perlu dibuat secara dalam talian dalam tempoh yang telah
ditetapkan dan tiada rayuan untuk kes-kes keciciran di atas sebab kecuaian.
Rayuan hanya dibenarkan bagi kes-kes terpencil yang mempunyai rasional
untuk dipertimbangkan. Bagi kes-kes terpencil tersebut, pihak sekolah boleh
mengemukakan rayuan manual secara rasmi melalui surat/ e-mel kepada
JPN/BPSBPSK beserta justifikasi/ alasan yang kukuh mengikut peraturan
yang ditetapkan di dalam SPK yang berkuatkuasa. JPN/BPSBPSK hendaklah
meneliti kes-kes rayuan tersebut seterusnya memanjangkan perkara tersebut
kepada BKew, KPM beserta ulasan/ syor untuk pertimbangan Jawatan kuasa
Peringkat KPM.
Keputusan kes rayuan permohonan akan diputuskan di peringkat KPM dan
keputusan Jawatan kuasa adalah muktamad.

19

3.2 PROSES KERJA RAYUAN PERMOHONAN BKP

BIL. PROSES KERJA PEGAWAI YANG SESI
MELULUSKAN / UNDANG-
UNDANG
DIRUJUK PERATURAN

1. Mengumpul borang permohonan Guru Biasiswa SPK 1/2017
rayuan. MPK

2. Jawatan kuasa Biasiswa membuat Jawatan kuasa

siasatan, menyediakan laporan dan Biasiswa

mengesahkan permohonan rayuan. Peringkat Sekolah

3. Panjangkan kes rayuan ke JPN/
BPSBPSK beserta dokumen Pengetua / PK HEM
sokongan dan justifikasi permohonan.

4. JPN / BPSBSK kumpul dan teliti kes Jawatan kuasa
rayuan dari sekolah untuk dihantar ke Biasiswa
Bahagian Kewangan KPM.
Peringkat JPN /
BPSBSK

5. Jawatan kuasa Biasiswa KPM Jawatan kuasa

bermesyuarat dan keputusan rayuan Biasiswa Peringkat

akan dihantar ke JPN / BPSBPSK KPM/ BPM

untuk dipanjangkan ke sekolah yang

berkaitan.

6. JPN / BPSBSK / Sekolah mengambil JPN / BPSBSK /
tindakan lanjut bagi murid yang telah Guru Biasiswa

dipertimbangkan dalam proses

rayuan.

20

3.2.1 CARTA ALIRAN KERJA RAYUAN

Mula
Mengumpul borang permohonan rayuan

Failkan untuk rekod Mesyuarat Jawatan kuasa Biasiswa
Tidak Peringkat Sekolah
Disokong
Rayuan permohonan disokong/ tidak
Failkan untuk rekod disokong oleh Jawatan kuasa
Tidak Disokong
disahkan
Panjangkan kes rayuan ke JPN/
BPSBPSK

Jawatan kuasa Peringkat JPN/
BPSBPSK kumpul dan teliti kes rayuan

Rayuan permohonan disahkan/ tidak disahkan

Disahkan

Panjangkan ke KPM

Failkan untuk rekod Jawatan kuasa Peringkat KPM bermesyuarat
Tidak Lulus dan keputusan rayuan

Rayuan permohonan diluluskan/ tidak
diluluskan
Diluluskan

Kelulusan Rayuan dimaklumkan ke JPN/
BPSBPSK

Tamat

21

Pemilihan dan Tawaran BKP

22

4.1 TATACARA PEMILIHAN DAN TAWARAN BKP

4.1.1 Kriteria Pemilihan

Pemilihan penerima BKP dilaksanakan di peringkat JPN / BPSBPSK melalui
sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) berdasarkan merit yang
berasaskan pendapatan kasar ibu bapa / penjaga, pencapaian akademik dan
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang telah ditetapkan berdasarkan
kepada jumlah peruntukan yang diagihkan pada tahun semasa.

Pecahan kriteria dan peratusan dalam pengiraan merit untuk pemilihan
penerima BKP adalah seperti berikut:

Faktor Peratus
(%)
Prestasi Akademik 50
Pendapatan ibu bapa / penjaga dan
40
latar belakang keluarga 10
Penglibatan aktiviti

Perincian pemarkahan bagi BKP (Tingkatan 1 hingga 5) disertakan di
Lampiran B, manakala bagi BKP (Tingkatan 6) seperti di Lampiran C.

4.1.2 Merit Pemilihan

Merit Minimum bagi melayakkan murid memohon BKP telah ditetapkan seperti
jadual berikut :

AKADEMIK KESELURUHAN

PEMOHON SKOR PERATUS PERATUS
(%)
Tingkatan 1 20 40 65
Tingkatan 2 – 4 24 34
41 33 65
Tingkatan 5 41 33
Tingkatan 6 65

Rendah 65
Tingkatan 6 Atas
26 33 65

23

4.1.3 Perakuan Tawaran
Senarai pemohon berjaya ditawarkan BKP yang dijana oleh sistem APB perlu
dicetak dan disahkan (endorsed) oleh Jawatan Kuasa Biasiswa Peringkat JPN
/ BPSBPSK bagi memastikan pemilihan penerima BKP yang berjaya adalah
telus dan berdasarkan merit tahun semasa. Hanya penerima yang telah
diperakukan dan ditekan setuju terima dalam sistem atas talian APB sahaja
akan diberikan Surat Tawaran penganugerahan BKP. Surat Tawaran hanya
sah untuk tahun semasa dan tidak perlu ditandatangan kerana dijana oleh
sistem berkomputer.

24

4.2 PROSES PEMILIHAN DI PERINGKAT JPN / BPSBPSK

BIL. PROSES KERJA PEGAWAI YANG SESI
MELULUSKAN / UNDANG
1. Menentukan agihan peruntukan di
dalam sistem APB. DIRUJUK -
UNDANG
Bkew
SPK 1/2017, Surat
Siaran KPM dan MPK
BKP

2. Memilih murid yang berjaya di dalam Ketua Sektor
sistem APB daripada senarai murid Pembangunan
yang telah diperaku di peringkat Kemanusiaan /
sekolah yang telah disenaraikan
mengikut turutan merit. Pemilihan Pegawai
adalah berdasarkan merit tertinggi Biasiswa
dan peruntukan yang diterima.

3. Membuat pemilihan penerima
berdasarkan peruntukan yang Pegawai Biasiswa
diterima.

4. Menyemak dan mencetak senarai/

analisis murid yang berjaya / gagal Jawatan kuasa

untuk dibentangkan di dalam Peringkat JPN/

mesyuarat Jawatan kuasa Biasiswa BPSBPSK/

peringkat JPN/ BPSBPSK. Minit Pegawai Biasiswa

mesyuarat hendaklah difailkan untuk

tujuan rekod.

5. Mengekstrak maklumat murid

berjaya untuk pembukaan akaun

kelompok (bagi murid yang belum BPM

mempunyai akaun BSN)

25

4.2.1 CARTA ALIRAN KERJA PEMILIHAN DI PERINGKAT JPN /
BPSBPSK

Mula
Bahagian Kewangan menentukan agihan peruntukan di
dalam sistem APB.
Membuat pemilihan penerima berdasarkan peruntukan
yang diterima.
Memilih murid yang berjaya di dalam sistem APB
daripada senarai murid yang telah diperaku di
peringkat sekolah yang telah disenaraikan mengikut
turutan merit. Pemilihan adalah berdasarkan merit
tertinggi dan peruntukan yang diterima.
Mencetak dan menyemak analisis murid yang berjaya /
gagal dan mendapatkan pengesahan di dalam
mesyuarat Jawatan kuasa Biasiswa peringkat JPN/
BPSBPSK.
Mengekstrak maklumat murid berjaya untuk
pembukaan akaun kelompok (bagi murid yang belum
ada akaun BSN)

Tamat

26

Pembayaran BKP

27

5.1 TATACARA PEMBAYARAN

Pembayaran BKP dikreditkan terus ke akaun penerima yang berjaya dengan
menggunakan khidmat Bank Simpanan Nasional (BSN). Dalam usaha
mempercepatkan bayaran, akaun murid dijana secara automatik oleh pihak
BSN berdasarkan data yang dihantar oleh JPN / BPSBPSK.

Bagi penerima BKP yang telah dijana akaun kelompok, mereka perlu ke BSN
untuk mendapatkan kad ATM dengan menyertakan surat tawaran biasiswa
seperti di Lampiran D dan membawa bersama Kad Pengenalan.

Pembayaran kepada murid yang berjaya akan dibuat untuk tahun semasa
sahaja kerana sah laku tawaran adalah untuk setahun sahaja. Murid yang
masih memenuhi kriteria kelayakan dikehendaki membuat permohonan
semula melalui sekolah untuk tahun yang seterusnya. Murid yang telah
mempunyai akaun BSN untuk pembayaran BKP tidak perlu menutup akaun
walaupun tidak ditawarkan BKP kerana peluang memohon BKP diberikan
setiap tahun selagi mana masih memenuhi kriteria kelayakan.

Sekiranya murid yang berjaya didapati melanggar kriteria, berhenti/
diberhentikan sekolah, menerima biasiswa atau bantuan kewangan lain,
mengemukakan maklumat palsu di dalam borang permohonan atau
dikenakan tindakan disiplin kerana kesalahan-kesalahan berat, pemberian
BKP hendaklah ditarik balik. Murid yang ditarik balik biasiswa kerana
dikenakan tindakan disiplin atau kesalahan berat yang diputuskan oleh
Jawatan kuasa Disiplin sekolah, akan dikenakan sekatan permohonan bagi
tempoh satu (1) tahun untuk permohonan berikutnya.

Setiap peringkat memainkan peranan yang penting dalam proses pembayaran
bagi mengelakkan pertindihan dan keciciran bayaran kepada penerima BKP.
Peranan setiap peringkat dalam proses pembayaran adalah seperti berikut:

5.1.1 Tanggungjawab Sekolah

a) Sebelum pembayaran dibuat, pihak sekolah bertanggungjawab
dalam memastikan murid yang berjaya, membuka akaun kelompok
agar pembayaran dapat dibuat dalam tempoh yang ditetapkan;

b) Setelah pemakluman pembayaran diterima, sekolah perlu membuat
semakan di BSN untuk memastikan tiada keciciran dan pertindihan
bayaran. Keciciran dan pertindihan bayaran perlu dilaporkan
segera ke JPN / BPSBPSK; dan

28

c) Sebarang lebihan bayaran hendaklah dikutip dan
dikembalikan kepada akaun korporat Bahagian Kewangan, KPM.
Salinan asal slip bayaran perlu dikemukakan ke Bahagian
Kewangan dan sesalinan untuk simpanan fail JPN / BPSBSPK dan
sekolah.
5.1.2 Tanggungjawab JPN / BPSBPSK

a) JPN / BPSBPSK bertanggungjawab dalam menguruskan akaun
kelompok murid dan memastikan data penerima BKP lengkap
untuk dibuat bayaran dalam masa yang ditetapkan;

b) Setelah pemakluman bayaran diterima, sekiranya didapati terdapat
kes keciciran pembayaran, JPN / BPSBPSK perlu menghantar
laporan keciciran yang diterima daripada sekolah atau laporan
pertindihan bayaran kepada Bahagian Kewangan untuk tindakan
lanjut; dan

c) JPN/ BPSBPSK bertanggungjawab mendapatkan maklumat yang
diperlukan oleh BKew/ BPM dari pihak sekolah.

5.1.3 Tanggungjawab Bahagian Kewangan / BPSBPSK

a) BKew bertanggungjawab menghantar data pembayaran BKP
kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam tempoh 7 hari
bekerja selepas JPN selesai mengemas kini data penerima. Bagi
murid di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), pembayaran diuruskan
oleh BPSBPSK;

b) Setelah pembayaran dikreditkan ke akaun murid, BKew akan
memaklumkan kepada JPN tarikh pembayaran dikreditkan untuk
makluman dan tindakan negeri; dan

c) BKew perlu membuat bayaran setelah menerima laporan keciciran
daripada JPN.

Semua pembayaran mesti dilaksanakan dalam tahun semasa.
Jadual pembayaran BKP adalah seperti di jadual di bawah:-

JENIS BIASISWA PEMBAYARAN**

BKP (Tingkatan 1 hingga 5) April hingga Mei

BKP (Tingkatan 6 Atas) April hingga Mei

BKP (Tingkatan 6 Bawah) Ogos hingga

September

** tertakluk kepada tempoh yang diambil oleh proses-proses yang berkaitan adalah seperti

perancangan di dalam Takwim pelaksanaan

29

5.2 PROSES KERJA PEMBAYARAN BKP

BIL PROSES KERJA PEGAWAI SESI
1. Menyemak dan menyediakan YANG UNDANG-
UNDANG
statistik bayaran MELULUSKAN / PERATURAN
DIRUJUK

Ketua Penolong
Setiausaha,
BKew

2. Menghantar memo arahan bayaran Ketua Penolong
ke Unit Bayaran Kewangan Setiausaha
BKew
/ BPSBPSK

3. Membuat bayaran secara Ketua Penolong
File Transfer Protocol (FTP) Setiausaha
BKew
4. Mengkreditkan wang ke akaun
murid Pegawai Bank

5. Memaklumkan ke JPN Ketua Penolong
Setiausaha
BKew

30

5.2.1 CARTA ALIRAN KERJA PEMBAYARAN BIASISWA

Mula
Menyemak dan menyediakan statistik bayaran
Menghantar memo arahan bayaran ke Unit
Bayaran Kewangan
Membuat bayaran secara File Transfer Protocol
(FTP)
Mengkreditkan wang ke akaun murid
Memaklumkan ke JPN
Tamat

31

5.3 PROSES KERJA PEMBAYARAN BKP (KES KECICIRAN BAYARAN
DALAM TAHUN SEMASA)

BIL PROSES KERJA PEGAWAI UNDANG-
. YANG UNDANG
PERATURAN
MELULUSKAN
/ DIRUJUK

1. Menerima aduan keciciran Pegawai
bayaran penerima BKP daripada Biasiswa JPN /
pihak sekolah.
BPSBPSK

Menyemak butiran murid dalam Pegawai
2. APB dan menghantar laporan Biasiswa JPN /

berserta salinan butiran murid BPSBPSK

3. Menyemak butiran murid dan Ketua Penolong
memproses data keciciran. Setiausaha
BKew

Mengeluarkan memo arahan bayaran BKew
4. kepada Unit Bayaran, BKew.

5. Membuat bayaran secara File Ketua Penolong
Transfer Protokol (FTP) Setiausaha
BKew /

Pegawai Bank

6. Mengkreditkan wang ke akaun murid. Pegawai Bank

7. Memaklumkan pembayaran Ketua Penolong
kepada JPN. Setiausaha
BKew

32

5.3.1 CARTA ALIRAN KERJA KECICIRAN BAYARAN BKP
(TAHUN SEMASA)

Mula
Menerima aduan keciciran bayaran penerima
BKP dari pihak sekolah.
Menyemak butiran murid dalam APB dan
menghantar laporan/ rumusan berserta salinan
butiran murid kepada Bahagian Kewangan.
Menyemak butiran murid dan memproses data
keciciran.
Mengeluarkan memo arahan bayaran kepada Unit
Bayaran, Bahagian Kewangan.
Membuat bayaran secara File Transfer Protocol
(FTP)
Mengkreditkan wang ke akaun murid.
Memaklumkan pembayaran kepada JPN.
Tamat

33

Penggunaan Wang BKP

34

6.1 TATACARA PENGGUNAAN WANG BKP
Sekolah perlu memastikan wang BKP digunakan untuk tujuan pembelajaran
dan perkara yang berkaitan dengan aktiviti persekolahan sahaja. Sekiranya
didapati murid menggunakan wang yang diberikan untuk tujuan lain dan
mengabaikan keperluan persekolahan, surat amaran perlu dikeluarkan dan
tindakan tarik balik penganugerahan boleh dibuat jika penyalahgunaan wang
biasiswa dilakukan secara berterusan. Murid juga boleh disekat daripada
mengemukakan permohonan pada tahun berikutnya oleh Jawatan kuasa
Biasiswa Peringkat Sekolah.
Pengeluaran wang biasiswa dihadkan kepada RM150.00 bagi setiap murid
dalam tempoh 2 bulan. Sekiranya murid perlu mengeluarkan wang melebihi
had yang dibenarkan, murid perlu mengisi Borang Permohonan Pengeluaran
Wang di Lampiran F dan mengemukakan borang tersebut di mana-mana
kaunter BSN. Guru Biasiswa tidak perlu menyimpan Kad ATM murid di
sekolah.
Sekiranya Guru Biasiswa mendapati murid mengeluarkan wang biasiswa
melebihi had tanpa pengetahuan, Guru Biasiswa hendaklah membuat
semakan dengan pihak bank untuk mengesahkannya. Sekiranya perkara
tersebut disahkan oleh pihak bank, Guru Biasiswa hendaklah memberi
peringatan/ amaran kepada murid supaya mematuhi had pengeluaran dan
tidak mengulangi kesalahan tersebut.

35

6.2 PROSES KERJA PENGELUARAN WANG BIASISWA MELEBIHI HAD

BIL. PROSES KERJA PEGAWAI SESI
YANG UNDANG-
UNDANG
MELULUSKAN / PERATURAN
DIRUJUK

1. Menerima permohonan murid Guru
untuk membuat pengeluaran Biasiswa
wang biasiswa melebihi had.
Guru Biasiswa
2. Menyemak amaun yang
diperlukan Guru
Tingkatan
3. Memastikan pengeluaran wang
biasiswa untuk tujuan Guru Biasiswa
persekolahan Lampiran F diisi
serta disokong oleh Guru
Tingkatan.

4. Melulus dan
mengesahkan
permohonan.

5. Semakan pada penyata/slip
pengeluaran kedudukan terkini
akaun murid

36

6.2.1 CARTA ALIRAN KERJA PENGELUARAN WANG
BIASISWA MURID MELEBIHI HAD
Mula
Menerima permohonan murid untuk membuat
pengeluaran wang biasiswa melebihi had .
Menyemak amaun yang diperlukan.
Memastikan murid mengisi Lampiran F dan
disokong oleh Guru Tingkatan.
Meluluskan dan mengesahkan permohonan
Semakan penyata bank/ slip pengeluaran
kedudukan terkini akaun murid
Tamat

37

Penarikan Balik BKP

38

7.1 TATACARA PENARIKAN BALIK BKP
7.1.1 Penarikan Balik BKP
Penganugerahan BKP adalah sah untuk tahun semasa sahaja. Walau
bagaimanapun, tindakan penarikan balik BKP perlu dilaksanakan oleh pihak
sekolah dan dimaklumkan kepada BKew melalui JPN/ BPSBPSK sekiranya
dalam tempoh setahun itu berlaku perkara-perkara berikut:
a) Murid menerima biasiswa atau bantuan kewangan lain;
b) Murid didapati telah mengemukakan maklumat palsu di dalam Borang
Permohonan BKP; dan
c) Murid telah dikenakan tindakan disiplin kerana melakukan kesalahan
berat yang diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa Peringkat Sekolah.
7.1.2 Penalti Tambahan
Bagi kes di perenggan 7.1.1 (b) dan 7.1.1 (c), Jawatan kuasa Biasiswa
Peringkat Sekolah boleh mengenakan sekatan daripada memohon BKP untuk
tahun berikutnya.

39

7.2 PROSES KERJA PENARIKAN BALIK BKP KERANA
PELANGGARAN DISIPLIN

BIL. PROSES KERJA PEGAWAI YANG SESI
MELULUSKAN / UNDANG-
1. Membuat dan menerima UNDANG
laporan dan aduan bertulis DIRUJUK
daripada Jawatan kuasa PK HEM
Disiplin
Pengetua
2. / PK HEM
Jawatan kuasa Biasiswa Sekolah
bermesyuarat untuk menentukan /
tindakan yang perlu diambil Guru Biasiswa
berdasarkan Lampiran G (Surat
Amaran Salah Laku) J/Kuasa Biasiswa

3. Pegawai Biasiswa
Menyediakan dan menghantar JPN
laporan salah laku berserta surat
penahanan permohonan / BPSBPSK
Lampiran H untuk tahun
berikutnya.

4.
Menerima dan membuat tindakan
serta menghantar kembali
kelulusan kepada pihak sekolah.

5. Guru Biasiswa
Memaklumkan kepada guru
tingkatan dan waris murid tentang
penarikan balik biasiswa secara
bertulis (Lampiran H)

40

7.2.1 CARTA ALIRAN KERJA PENARIKAN BALIK BKP KERANA
PELANGGARAN DISIPLIN

Mula

Membuat dan menerima laporan dan aduan
bertulis dari Jawatan kuasa Disiplin

Jawatan kuasa Biasiswa bermesyuarat untuk
menentukan tindakan yang perlu diambil berdasarkan
Lampiran G (Surat Amaran Salah Laku)

Ada Kes

Tiada Menyediakan dan menghantar laporan salah laku dan
kes Lampiran H (surat penahanan biasiswa) berserta surat
iringan untuk kelulusan JPN

Menerima dan membuat tindakan serta menghantar
kembali kelulusan kepada pihak sekolah.

Memaklumkan kepada guru tingkatan dan waris
murid tentang penarikan balik biasiswa secara
bertulis (Lampiran H)

Tamat

41

7.3 PROSES KERJA PENARIKAN BALIK BKP KERANA
PERTINDIHAN PENGANUGERAHAN BKP DENGAN BANTUAN
KEWANGAN LAIN

BIL. PROSES KERJA PEGAWAI SESI
YANG UNDANG-
UNDANG
MELULUSKAN /

1. Menerima laporan dan aduan PK HEM
berkaitan pertindihan
penganugerahan bantuan Guru Biasiswa
kewangan kepada murid. Guru Biasiswa
Guru Biasiswa
2. Menyemak dan menyiasat Guru Biasiswa
aduan yang diterima.

3. Menyemak tawaran dan surat
setuju terima bantuan lain dan
BKP kepada murid.

4. Menyemak bayaran Bantuan lain
dan BKP kepada murid.

5. Mengeluarkan surat kepada murid
meminta supaya memilih, sama
ada untuk menerima BKP atau
sebaliknya dan memulangkan
wang BKP, sekiranya memilih
bantuan kewangan yang lain.

42

7.3.1 CARTA ALIRAN KERJA PENARIKAN BALIK BKP KERANA
PERTINDIHAN PENGANUGERAHAN BKP / BKPU DENGAN BANTUAN

KEWANGAN LAIN

Mula

Menerima laporan dan aduan pertindihan
penganugerahan BKP dan bantuan
kewangan lain.

Menyemak dan menyiasat aduan yang diterima.

Tidak Menyemak tawaran dan surat setuju terima bantuan
kewangan lain dan BKP kepada murid.

Menyemak bayaran bantuan kewangan lain dan BKP
kepada murid.

Bayaran telah diterima?
Ya

Memastikan murid mengembalikan bantuan lain
yang telah diterima setelah menerima bayaran
BKP.

Tamat

43

Pemantauan Pelaksanaan BKP

44

8.1 TATACARA PEMANTAUAN
Pemantauan pengurusan BKP perlu dilaksanakan bagi memastikan semua
prosedur dan peraturan pengurusan BKP dilaksanakan dengan teratur dan
mematuhi SPK serta semua peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Perancangan untuk melaksanakan pemantauan perlu dibuat dengan teliti,
bagi memastikan pemantauan yang akan dijalankan berjalan lancar serta
mencapai matlamat yang disasarkan. Takwim dan jadual pemantauan perlu
disediakan lebih awal bagi mengelakkan berlaku pertindihan tugas.
Semasa pemantauan dijalankan, setiap proses dalam pengurusan BKP perlu
disemak dan setiap penemuan perlu dicatat serta dilaporkan agar pihak yang
berkenaan dapat mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan.
Kaedah yang digunakan semasa pemantauan dilaksanakan termasuklah :
i) Penyemakan fail – fail pengurusan BKP;
ii) Semakan terhadap borang permohonan BKP dan dokumen yang
berkaitan;
iii) Mengadakan perbincangan dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Biasiswa; dan
iv) Menemu bual murid penerima BKP
Laporan Pemantauan yang dilaksanakan oleh PPD/ JPN perlu dikemukakan
kepada BKew/ BPSBPSK setiap suku tahun sebelum berakhir bulan
berikutnya.

45

8.2 PROSES KERJA PEMANTAUAN PENGURUSAN BKP

BIL. PROSES KERJA PEGAWAI SESI
YANG UNDANG-
UNDANG
MELULUSKAN / PERATURAN

DIRUJUK

1. Menyediakan perancangan dan takwim
bagi melaksanakan program pemantauan.

2. Mengadakan mesyuarat/ JPN/ PPD
perbincangan / taklimat persediaan
pelaksanaan pemantauan.

3. Menyediakan instrumen pemantauan
seperti di Lampiran I

4. Meluluskan arahan bertugas rasmi
sebelum pemantauan dilaksanakan yang
ditandatangani oleh Pengarah/ Ketua
Sektor.

5.
Melaksanakan pemantauan
menggunakan instrumen yang telah

6. disediakan.

Menyediakan laporan pemantauan
program dan mengemukakan kepada
7. Bahagian Kewangan, KPM pada setiap
suku tahun.

Mengambil tindakan susulan.

46

8.2.1 CARTA ALIRAN KERJA PEMANTAUAN
PENGURUSAN BKP
Mula

Menyediakan perancangan dan takwim bagi
melaksanakan pemantauan program.
Mengadakan mesyuarat/ perbincangan / taklimat
persediaan pelaksanaan pemantauan.
Menyediakan instrumen pemantauan seperti di
Lampiran I
Meluluskan arahan bertugas rasmi sebelum
pemantauan dilaksanakan yang ditandatangani
oleh Pengarah/ Ketua Sektor.
Melaksanakan pemantauan menggunakan
instrumen yang telah disediakan.
Menyediakan laporan pemantauan program dan
mengemukakan kepada Bahagian Kewangan,
KPM pada setiap suku tahun.
Mengambil tindakan susulan.

Tamat

47

Pertukaran Guru Biasiswa

48

9.1 TATACARA PENYERAHAN TUGAS GURU BIASISWA

Setiap Guru Biasiswa yang akan bertukar ataupun melepaskan jawatan
sebagai Guru Biasiswa perlu membuat Nota Serah Tugas untuk diserahkan
kepada guru baharu yang akan mengambil alih tugas beliau. Nota Serah
Tugas diperlukan bagi memastikan pelaksanaan pengurusan biasiswa di
sekolah masih dapat berjalan dengan baik, walaupun Guru Biasiswa bertukar.

Sebagai panduan dan rujukan dalam menyediakan Nota Serah Tugas, sila
rujuk contoh di Lampiran J.

Pihak pengurusan sekolah perlu melantik Guru Biasiswa baharu di dalam
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)-Modul Pengurusan Guru (e-Operasi) dan
Guru Data perlu mengemaskini maklumat tersebut di dalam Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM).

9.2 PROSES KERJA PERTUKARAN GURU BIASISWA

PEGAWAI SESI
UNDANG-
BIL. PROSES KERJA YANG UNDANG
PERATURAN
MELULUSKAN /

DIRUJUK

1. Mendapat surat kelulusan / arahan Guru Biasiswa
bertukar/
Guru Biasiswa
2. Menyediakan Nota Serah Tugas. PK HEM

3. Menerima dan menyemak Nota PK HEM
Serah Tugas
Guru Biasiswa
4. Menyerahkan Nota Serah Tugas
kepada Guru Biasiswa yang baharu. Pengetua/ Guru
Besar
5. Mengambil tindakan berdasarkan
Nota Serah Tugas yang diterima. Guru Data

6. Melantik Guru Biasiswa baharu di
dalam Modul Pengurusan Guru (e-
Operasi)

7.
Mengemaskini maklumat pelantikan/
pertukaran Guru Biasiswa baharu di
dalam Modul Pengurusan Murid, Sistem
Pengurusan Sekolah (SPS).

49

9.2.1 CARTA ALIRAN KERJA PERTUKARAN
GURU BIASISWA

Mula

Terima surat kelulusan / arahan bertukar
Sediakan Nota Serah Tugas
Terima dan semak Nota Serah Tugas

Serah Nota Serah Tugas
Terima dan ambil tindakan berdasarkan Nota
Serah Tugas
Lantik Guru Biasiswa baharu dalam e-
Operasi
Kemaskini maklumat di dalam Modul
Pengurusan Murid, Sistem
Pengurusan Sekolah (SPS)
Tamat

50


Click to View FlipBook Version