Kata Sendi Nama Disediakan oleh: Cikgu Yanie & Cikgu Amira
BAHAN BANTU MENGAJAR (KATA SENDI NAMA) TAHUN 3
Kata Sendi Nama Kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
di dari daripada hingga Contoh Kata Sendi Nama dalam pada kepada untuk sejak akan tentang demi bagi ke oleh terhadap antara
Sendi nama 'di' atau 'ke' , 'dalam' berfungsi untuk menunjukkan arah atau tempat. Hong Sin berada di dalam bilik bacaan. Danial masuk ke dalam rumahnya. Kata Sendi Nama 1. Di 2. Dalam 3. Dari Menunjukkan tempat. Tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa. Ah Kiong tinggal di Pahang. Menunjukkan tempat atau masa. David berasal dari Pulau Pinang. Ahmad menunggu kawannya dari pukul tiga petang tadi.
Menunjukkan peringkat masa, tempat dan had tertentu. Amin bekerja dari pagi hingga petang. Kata Sendi Nama 4. Daripada 5. Hingga 6. Pada Tempat datangnya sesuatu. Anisa menerima surat itu daripada abangnya. Perbandingan Bangunan Maybank lebih tinggi daripada bangunan itu. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Lukisan itu digantung pada dinding. Menerangkan waktu Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.
Maksud perkara atau hal yang dilakukan Encik Ahmad memberitahu pelajarnya tentang latihan bola sepak yang akan diadakan pada hari Selasa. Kata Sendi Nama 7. Demi 8. Tentang 9. Oleh Menunjukkan maksud tujuan. Kita mesti sanggup berkorban demi negara yang kita cintai. Maksud sebab Murid-murid yang ponteng sekolah itu berjaya ditangkap oleh guru disiplin.
Digunakan di depan kata nama yang membawa maksud. Antara makanan yang dihidangkan ialah sate. Kata Sendi Nama 10. Terhadap 11. Antara 12. Akan Merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu. Setiap pemuda mestilah menanam rasa hormat terhadap orang yang lebih tua. Menunjukkan maksud "kepada" atau "terhadap". Menunjukkan emosi atau sikap. Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.
Menunjukkan tempat, arah dan masa Dia hendak pergi ke Kedah pada bulan hadapan. Ekspo Kerjaya dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga ke pukul 5.00 petang. Kata Sendi Nama 13. Sejak 14. Ke 15. Dengan Menunjukkan waktu/masa Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja. Maksud bersamasama Ayah pergi ke pasar dengan ibu.
Kata Sendi Nama 16. Kepada 17. Bagi / Untuk Menunjukkan arah, tempat orang yang ditujui. Surat jemputan itu ditujukan kepada Pengerusi Persatuan. Menunjukkan tujuan sesuatu itu dilakukan Hari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi tabung kewangan sekolah.
LATIHAN PENGUKUHAN
Isi tempat kosong dengan kata sendi nama yang betul. Pertandingan bola sepak itu diadakan _____________ stadium. Farah sangat gembira kerana mendapat hadiah _____________ ayahnya. Sambutan Hari Raya akan diadakan_____________ hari Khamis. Ayah baru pulang _____________ pejabat. Kakak mengambil lidi itu lalu mengikatnya ______________ kemas. Puan Hazima hendak mengirimkan bungkusan hadiah itu 1. 2. 3. 4. 5. 6. ___________ ibunya. 7. Makanan itu dimasak _____________ nenek. oleh di dari daripada kepada dengan pada
Bina ayat dengan menggunakan kata sendi nama. 1. di 2. dari 3. ke 4. daripada 5. pada ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
Latihan kata Sendi Nama 1.Pasar raya itu akan dibuka _____________ hari Sabtu. A. di B. dari C. pada D. ke 2. Cikgu Nadiyah menerima hadiah _______________ Farzana. A. daripada B. dari C. ke D. kepada
Latihan kata Sendi Nama 3. Sambutan hari jadi itu diadakan_________________. A. ke B. dari C. pada D. di 4. Puan Zara pergi________________ pasar menaiki kereta. A. kepada B. ke C. dari D. di
Latihan kata Sendi Nama 5. Nasi Lemak yang terhidang di atas meja itu dimasak________________ nenek. A. kepada B. oleh C. terhadap D. ke 6. Ayah Nasrul bekerja________________ Kuala Lumpur. A. di B. pada C. ke D. terhadap
SEKIAN TERIMA KASIH