e-MAJALAH TABAH EDISI 48 SESI 2023/2024 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI TAPAH #SEKOLAHAMANAH2.0
1. Sepatah Kata Secangkir Bicara (kata alu-aluan) 2. Sidang Redaksi TABAH 3. Badan Kepimpinan 4. Laporan Kokurikulum 5. Laporan Kurikulum 4. Album Kelas & Kokurikulum 7. Laporan Hal Ehwal Murid 8. Peristiwa Khas & Asrama 9. Lakaran Peristiwa (PPKI) 10. Karya Kreatif
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi TABAH kerana berjaya menghasilkan majalah tahun ini. Kejayaan menghasilkan majalah ini adalah hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang dijalinkan di antara guru-guru dan murid-murid serta komitmen semua pihak di sekolah ini. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya memberi sepatah dua kata. Cabaran untuk mengukuhkan dan meningkatkan kualiti pendidikan adalah tanggungjawab semua pihak. Untuk merealisasikan hasrat ini kita semua perlu mengamalkan profesionalisme yang tinggi. Dalam era globalisasi, tentunya banyak cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani. Untuk menyahut cabaran ini, para pelajar harus melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran. Gejala sosial yang melanda remaja juga merupakan ancaman kepada kecemerlangan pelajarpelajar kita. Lantaran itu, para pelajar perlu memperkasakan diri dan mempunyai kekuatan daya saing untuk memajukan negara dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang pantas berkembang ini. Saya berharap warga SMK Sri Tapah dapat mengekalkan kerjasama dan komitmen agar arena penerbitan majalah ini dapat berfungsi sebagai penyambung dan penyebar maklumat berkaitan kegiatan sama ada akademik atau kokurikulum yang dijalankan oleh warga sekolah. Kata alu-aluan YANG DIPERTUA PIBG SMK SRI TAPAH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada sidang redaksi Majalah TABAH tahun 2023 dan panel guru penasihat, serta terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan sehingga memungkinkan majalah ini berada dalam tangan pembaca, bukan sekadar catatan kenangan indah zaman persekolahan, bahkan suatu rujukan tentang kemajuan SMK Sri Tapah yang autentik dan rasmi. SMK Sri Tapah menjelmakan segala dasar dan pendekatan bagi menambah baik dan melestarikan sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2023 menerusi semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan seluruh warga sekolah diperkukuhkan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025, petunjuk keberhasilan utama Negara (NKRA) dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), Program Sekolah Amanah 2.0 merupakan kerangka asas pelaksanaan transformasi pendidikan diperingkat sekolah. Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dan PIBG atas kepercayaan dan sokongan kepada pihak sekolah. Harapan saya kepada warga sekolah dan pembaca, selamat maju jaya. Kata alu-aluan PENGETUA SMK SRI TAPAH
2023/2024
2023/2024
2023/2024