INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB 1053)
NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
ANGKA GILIRAN AINNUR MARDHEEAH MASHITAH BINTI MOHD
ZAMZURI
2020192310123
NOMBOR KAD PENGENALAN 020510-01-0718
KUMPULAN PPISMP JUN 2020 (G7)
NAMA KURSUS KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS GKB 1053
NAMA PENSYARAH CIK HASLINDA BINTI MOHAMAD SAAD
TARIKH HANTAR 2 NOVEMBER 2020
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
1
Penghargaan.
Alhamdulillah pertama sekali saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurniaan Nya, saya telah diberikan kesihatan yang berpanjangan sehingga
mampu untuk menyiapkan tugasan kerja khusus ini. Seterusnya, selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad SAW.
Di samping itu, saya ingin mendedikasikan beribu- ribu penghargaan dan terima kasih
khususnya kepada pensyarah yang saya hormati, Cik Haslinda binti Mohamad Saad kerana telah
banyak membantu saya, melayan karenah saya dengan penuh kesabaran sehingga saya mampu
untuk menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya. Semoga Allah merahmati dan memurahkan
rezeki beliau. Aamiin.
Tidak lupa juga kepada buah hati pengarang jantung saya, tidak lain dan tidak bukan
kedua ibu bapa saya Azizah binti Jaafar dan Mohd Zamzuri bin M.Razalee kerana telah banyak
membantu saya dari segi sokongan moral yang tidak pernah putus dan kewangan sehingga saya
mampu untuk menyiapkan kerja khusus yang sempurna pada hari ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada
rakan –rakan dan kakak senior yang banyak memberi peringatan dan tunjuk ajar kepada saya
dengan menjawab segala pertanyaan berkaitan kerja khusus dan sentiasa berada di sisi saya
ketika saya memerlukan bantuan. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
Akhirulkalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secra
langsung atau tidak langsung.Terimalah hasil kerja khusus saya dengan hati yang
terbuka.Sekian,terima kasih.
2
Isi kandungan 4
1.0 Pengenalan 5
6
2.0 Alat –alat berfikir CoRT 1 6
2.1 PMI 7
2.2 CAF 7
2.3 C&S 8
2.4 AGO 8
2.5 FIP
2.6 APC 9
2.7 OPV 10
3.0 Kesimpulan
Rujukan
3
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan (1984), belajar adalah usaha mendapatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran melalui perubahan tingkah laku manakala kemahiran pula merujuk kepada kecekapan
dan kepandaian seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Sehubungan dengan itu,
kemahiran belajar dapat ditakrifkan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang
mendapatkan ilmu pengetahuan serta berlakunya perubahan tingkah laku dalam dirinya. Alat
berfikir CoRT (Cognitive Research Trust) atau Amanah Penyelidikan Kognitif adalah istilah yang
diperkenalkan oleh Professor Dr, Edward de Bono pada tahun 1972 bagi meningkatkan
penguasaan kemahiran belajar bagi setiap individu. Terdapat enam jenis alat CoRT, antaranya
ialah CoRT 1, CoRT 2, CoRT 3, CoRT 4, CoRT 5 dan CoRT 6. Kesemua penggunaan alat CoRT
berkenaan telah diperkenalkan di beberapa sekolah luar negara seperti USA, United Kingdom,
Australia, New Zealand dan Malaysia pada tahun 1972. Pelaksanaan Alat CoRT ini diaplikasikan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang rata-ratanya terdiri dengan pelajar
sekolah bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing serta memiliki keupayaan berfikir yang kreatif
dan inovatif. Menurut Mohd Azhar, CoRT 1 merupakan salah satu daripada enam alat berfikir
yang kritis dan lateral. CoRT1 dicipta untuk menilai keluasan persepsi terhadap sesuatu yang
difikirkan supaya apa jua yang dibuat akan menjadi lebih berkesan.
4
2.0 Alat –Alat CoRT 1.
2.1 PMI ( Plus, Minus,Interesting)
Alat PMI digunakan untuk mempertimbangkan kebaikan, keburukan dan menarik sesuatu
pemilihan dalam membuat keputusan supaya perkara tersebut benar-benar memberi manfaat
kepada individu berkenaan. Setiap perkara yang difikirkan perlu mengambil kira aspek plus,
minus dan interesting agar masing-masing dapat menimbang baik sesuatu perkara tanpa ada
masalah yang membebani pemikiran pada masa yang akan datang. Situasi yang hampir dengan
jiwa setiap pelajar ialah apabila membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam, kolej
komuniti, IPG, Politeknik dan sebagainya menerusi UPUOnline. Justeru itu, kaedah PMI ini amat
membantu pelajar dalam membuat keputusan dengan tepat dan sudah pastinya memberi
manfaat kepada mereka.
Sebagai contoh, situasinya ialah memilih tempat belajar di IPG atau IPTA. Kebaikan
belajar di IPTA ialah dapat memenuhi cita-cita yang diidamkan sejak kecil. Keburukan IPTA pula
ialah tiada jaminan pekerjaan, belum pasti mendapat pinjaman untuk membiayai kos pengajian,
kurang mendapat sokongan daripada keluarga dan kawasan IPTA tersebut jauh daripada rumah.
Perkara menarik yang terdapat di IPTA ialah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara, ramai kenalan sewaktu sekolah dan dapat meneroka ilmu pelbagai bidang kerana kos
pengajian di IPTA lebih banyak dan meluas. Manakala kebaikan di IPG pula ialah berpeluang
untuk membantu keluarga dari segi kewangan, mendapat sokongan dan restu keluarga serta
dilengkapi dengan jaminan pekerjaan. Keburukan IPG ialah banyak latihan kerja khusus, kerjaya
yang agak memenatkan dan kurang glamour berbanding universiti lain. Perkara yang menarik di
IPG ialah mendapat elaun bulanan, terletak berhampiran dengan rumah serta banyak
kemudahan infrastruktur yang membantu kehidupan pelajar. Secara kesimpulannya, IPG lebih
banyak memberi peluang yang menarik dan sedikit keburukannya. Jelaslah bahawa, kaedah PMI
banyak membantu pelajar untuk membuat keputusan dengan tepat.
5
2.2 CAF (Considers all Factor)
Alat berfikir CAF berfungsi dengan mengambil kira faktor-faktor lain yang berkaitan. Antara aspek
yang turut dipertimbangkan ialah pegangan agama, kepercayaan, etika, nilai individu dan
keluarga, ekonomi, poltik sosiobudaya dan sains teknologi. Pandangan ahli keluarga dan
masyarakat sekeliling juga perlu dititikberatkan kerana mereka lebih berpengalaman dan sudah
bijak untuk menimbang baik buruk sesuatu perkara.
Sebagai evidensinya, situasinya ialah ketika mencadangkan profesian seorang guru
sebagai pekerjaan. Pelajar perlu menyenaraikan semua faktor dengan mengambil kira kesemua
aspek di atas. Antara kebaikan yang menolak pelajar untuk memilih karier seorang guru ialah
mendapat elaun bulanan yang membantu untuk menampung kehidupan seharian sepanjang
tempoh pengajian. Ini dapat membantu meringankan beban ibu dan bapa yang perlu
menanggung kos pembelajaran adik beradik yang lain. Tambahan pula, yuran asrama di IPG
adalah percuma. Selain itu, memilih karier sebagai seorang guru amat disanjungi dalam agama
kerana menyamai tugas ulamak yang meyampaikan ilmu kepada umat islam serta mendidik umat
islam untuk menjadi orang yang berakhlak mulia. Seterusnya, mendapat sokongan dan restu
daripada keluarga menyebabkan proses pembelajaran sentiasa menjadi mudah untuk
mendapatkan keputusan yang cemerlang. Akhir sekali, jaminan pekerjaan dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk menampung diri sendiri dan ahli keluarga yang kurang
berkemampuan. Dengan ini, masalah kewangan tidak lagi menjadi beban sebaliknya dapat
membantu orang yang memerlukan.
2.3 C&S (Consequence and Sequal)
Alat berfikir C&S ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memikirkan kesan dan akibat
mengikut tempoh masa. Kaedah ini dapat melatih pelajar untuk berfikir dengan baik serta
bersedia daripada segala kemungkinan yang akan berlaku supaya tidak mudah melatah dengan
bebanan yang mendatang. Tempoh jangka masa pendek merangkumi 1 hari sehingga 12 bulan.
Tempoh jangka masa panjang pula sebanyak 1 tahun sehingga 100 tahun. Beberapa situasi yang
perlu diambil kira ialah kesan dan akibat yang positif dalam jangka masa pendek tetapi negatif
dalam jangka panjang, kesan dan akibat yang negatif dalam jangka masa pendek tetapi positif
dalam jangka masa panjang, kesan dan akibat yang positif dalam jangka masa pendek dan
jangka masa panjang serta kesan dan akibat yang negatif dalam jangka masa pendek dan jangka
masa panjang.
6
Sebagai contoh, situasinya ialah ketika belajar di IPGK dan memilih kerjaya sebagai
seorang guru. Kesan dan akibat yang positif dalam jangka masa pendek ialah mendapat elaun
bulanan. Dalam jangka masa panjang pula ialah sentiasa menjadi kebanggaan masyarakat
kerana kerjaya seorang guru amat disanjungi dan dihormati. Manakala, kesan dan akibat yang
negatif dalam jangka masa pendek ialah kurang berminat dengan kos yang ditawarkan. Dalam
jangka masa panjang pula ialah kerjaya seorang guru agak meletihkan kerana perlu mengendali
karenah anak-anak kecil. Secara kesimpulannya, minat mengajar dapat dipupuk ketika belajar di
IPGK dan mendapatkan bimbingan daripada pensyarah.
2.4 AGO (Aims,Goals,Objectives)
Alat berfikir AGO membantu individu untuk berfikir dengan menyatakan tujuan, matlamat dan
objektif terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Segala faktor dalaman seperti fizikal, psikologi
dan spiritual serta faktor luaran perlu diambil kira supaya pelajar sentiasa bersemangat untuk
melaksanakan pemilihan yang telah dibuat. Tujuan, matlamat dan objektif juga perlu memberi
impak positif terhadap masyarakat sekeliling seperti keluarga supaya mereka sentiasa
berkeinginan untuk memberi sokongan moral yang tidak putus. Sebagai contoh, tujuan kita untuk
belajar di IPGK ialah untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Matlamat kita adalah
untuk menjadi seorang guru yang cemerlang serta sentiasa terbaik dalam setiap aspek. Objektif
seorang guru pula ialah supaya dapat melahirkan pelajar yang berilmu serta memiliki
kemenjadian murid. Dengan menyenaraikan segala maklumat di atas, pelajar akan sentiasa
bersemangat untuk menimba ilmu bagi memenuhi tujuan, matlamat serta objektif yang telah
disenaraikan.
2.5 FIP (First, Important, Priorities)
Alat berfikir FIP dapat membantu pelajar untuk mengenal pasti keutamaan yang paling penting
ketika membuat keputusan, rancangan atau peraturan. Tujuannya adalah supaya pelajar
memberi keutamaan kepada perkara yang paling penting dan mengurangkan tumpuan kepada
perkara yang kurang mendatangkan kebaikan kepada pelajar. Hakikatnya, penggunaan alat
berfikir FIP turut diaplikasikan dalam AGO, CAF dan C&S. Sebagai contoh, belajar di IPGK lebih
utama berbanding IPTA kerana IPGK lebih banyak mendatangkan kebaikan berbanding IPTA.
7
2.6 APC ( Alternatives, Possibilities, Choices )
Alat berfikir APC memberi peluang kepada individu untuk menyenaraikan beberapa alternatif,
kemungkinan serta pilihan yang ada dalam membuat sesuatu keputusan, peraturan dan
rancangan. Alternatif bermaksud mempunyai pilihan lain sekiranya pilihan pertama tidak berjaya
dilaksanakan. Kemungkinan pula ialah kebarangkalian bahawa perkara tersebut akan berlaku
atau sebaliknya. Manakala pilihan yang terbaik dilakukan setelah melihat dari sudut alternative
dan kemungkinan tadi.
Sebagai contoh, situasinya ialah memilih untuk mengikuti pengajian di IPGK. Alternatif
yang pertama ialah memohon kemasukan ke IPG, IPTA dan IPTS. Kemungkinan yang akan
berlaku ialah bimbang tidak mendapat tawaran IPGK sekiranya menolak tawaran IPTA. Alternatif
yang kedua ialah menerima tawaran ke IPTA terlebih dahulu. Kemungkinan yang berlaku ialah
yuran di IPTA lebih mahal untuk membiayai pengajian sekiranya tidak mendapat tawaran ke
IPGK. Tetapi, sekiranya memang tidak mendapat tawaran, pelajar boleh memohon sekali lagi
dengan syarat perlu memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan. Pilihan yang terbaik adalah
sentiasa menjadikan IPGK sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran kerana minat yang
mendalam dalam bidang pendidikan.
2.7 OPV ( Other point of view )
Alat berfikir OPV membantu individu untuk mendapatkan banyak pandangan daripada beberapa
pihak yang berautoriti yang pernah melalui situasi, keadaan atau perkara yang berkenaan. Setiap
individu tersebut dapat memberi pandangan yang berbeza kerana mereka memiliki cara
pemikiran yang berbeza. Namun, pelajar dapat menimbang baik buruk setiap idea yang telah
dikongsikan dan membuat pemilihan dengan tepat. Perkongsian daripada beberapa individu ini
dapat membantu minda kita untuk melihat situasi berkenaan daripada pelbagai aspek. Perbezaan
pendidikan, lokasi, taraf kehidupan, jenis pekerjaan, kawan-kawan, dan minat mempengaruhi
pandangan dan idea yang telah dikemukakan.
Sebagai contoh, pelajar boleh menyenaraikan kesemua individu berkenaan beserta
pandangan yang telah dilontarkan. Majoriti pendapat akan dijadikan keputusan akhir dan
menganggap bahawa keputusan tersebut adalah paling tepat.
8
3.0 RUMUSAN
Secara rumusannya, cetusan idea Professor Edward de Bono tentang alat berfikir CoRT 1 ini
amat membantu pelajar untuk berfikir secara matang, kreatif dan mendatangkan manfaat bukan
hanya pada diri mereka malah turut mempengaruhi orang di sekeliling. Alat berfikir CoRT 1 ini
ternyata mampu membina pelajar yang berpandangan jauh serta bijak untuk menyelesaikan
masalah. Kemahiran ini diperlukan dalam setiap fasa kehidupan manusia. Tidak dapat disangkal
bahawa pada waktu individu melalui fasa kehidupan sebagai pelajar dan murid, kemahiran berfikir
dan serta kemahiran belajar menjadi semakin penting.Hal ini demikian kerana, mereka kin berada
dalam fasa untuk meningkatkanilmu pengetahuan dan kemahiran supaya kesemua maklumat
yang diperoleh dapat digunakan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan seterusnya
berjaya menghadapi kehidupan seharian dengan jayanya. Alat berfikir CoRT 1 ini sewajarnya
digunakan dengan lebih meluas di seluruh pelosok dunia demi melahirkan individu yang kreatif,
kritis dan ideal pemikirannya.
9
Rujukan
Edinin,R.(2014)Kemahiran Belajar.Freemind. Horizons Sdn.Bhd.
Azhar,M(2001)Pengenalan pemikiran kritis dan kreatif.Universiti Teknologi Malaysia.
Kamus Dewan,(1984),Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Sarudin,A.(2017 Ogos)Strategi Efektif Peranti Berfikir CoRT dalam Pendidikan Bahasa Melayu,
sumber dari https://www.researchgate.net
10