PENULIS:
NUR AMIRAH BT KAMSEN
FARZANA IZZATI BT AB KHALID
SYASYA UMAIRAH BT NORZAINI
NUR FATIMAH BT MOHD YUSRI
JAYASREE A/P MANIAM
SUNTINGAN OLEH:
NUR AMIRAH BT KAMSEN
DITERBITKAN OLEH:
POLITEKNIK PORT
DICKSON, KM 14, JALAN
PANTAI 710150,
PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-6622000
FAX: 06-6622026
HAK CIPTA ©2020- POLITEKNIK
PORT DICKSON CETAKAN
PERTAMA: 2020
HAK CIPTA TERPELIHARA. TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN ISI
KANDUNGAN DAN KONSEP BUKU INI DALAM APA JUA BENTUK,
CETAKAN DAN ELETRONIK, TERMASUKLAH TELEVISYEN, RADIO DAN
SEGALA JENIS PLATFORM TANPA IZIN DARIPADA PIHAK POLITEKNIK
PORT DICKSON.
I.S.I
K.A.N.D.U.N.G.A.N
DEFINISI KEJIRANAN…………………………………………………………………………….. 1
ADAB HIDUPBERJIRAN………………………………………………………………………… 2
KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN………………………………………………………….. 3
CIRI-CIRI JIRAN YANG BAIK…………………………………………………………………… 4
HIKMAH MEMELIHARA ADABBERJIRAN………………………………………………. 5
HAK-HAK BERJIRAN.................................................................................. 6
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN……………………. 7
IMPLIKASI TERHADAPJIRAN………………………………………………………………… 8
KESIMPULAN……………………………………………………………………………………….. 9
NILAI-NILAI POSITIF…………………………………………………………………………….. 10
SUMBER RUJUKAN…………………………………………………………………………….. 11
IKLAN KEJIRANAN……………………………………………………………………………….. 12
DEFINISI KEJIRANAN
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa
Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan
atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan
dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar
daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga
bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi
rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah
bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak
daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran
tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian
hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai
apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran
dengan rumah yang dihuni oleh kita
1
• Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui
usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati
antara satu sama lain. Antara caranya dengan
memulakan salam jika bertemu dengan sesama
Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika
bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi
samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat
resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi
• Tidak menyakiti mereka samada melalui
perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan
buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak
digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah
dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan
kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan
ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
• Sentiasa berusaha mewujudkan suasana
aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria
dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga
yang menyebabkan Rasulullah SAW
menyatakan bahawa antara rukun-rukun
kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.
• Meyayangi mereka seperti mana kita
menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang
demikian kita hendaklah sentiasa berusaha
untuk melakukan perkara yang menjadi
kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan
dengan syariat agama dan sama-sama
berusaha menghindarkan perkara-perkara
yang mereka tidak sukai.
2
Kepentingan hidup
berjiran
Jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan
pertolongan pada saat kita ditimpa bencana.
Pertolongan seperti ini amat diperlukan pada masa
kecemasan sementara menunggu bantuan pihak
berwajib atau sanak-saudara.
Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan,
pendidikan, agama dan budaya akan memberikan
manfaat yang besar kepada ita. Hal ini kerana mereka
memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita
kongsi bersama-sama.
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu
menjamin keselamatan setempat daripada sebarang
ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan
budaya samseng. Hidup berjiran dalam kalangan
masyarakat akan membawa impak yang positif kepada
masyarakat itu sendiri iaitu kesedaran hidup berjiran
mampu membawa kepada jaminan keselamatan
penduduk setempat.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan
semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran.
Masyarakat juga boleh memupuk semangat
perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan
perpaduan yang teguh.
3
CIRI-CIRI JIRAN YANG BAIK
• Bertanggungjawab dan sentiasa prihatin dengan jiran
lain.
• Kita wajib menolong jiran yang dalam kesusahan
walaupun mereka bukan beragama Islam. Hal ini
kerana kita hidup dalam satu kelompok yang sama
jadi kita mestilah sentiasa tolong menolong apabila
jiran memerlukan pertolongan. Janganlah kerana
berbeza agama dan bangsa, kita tidak menolong jiran
kita kerana suatu hari nanti kita juga memerlukan
pertolongan mereka.
• Islam menyuruh kita memuliakan dan
menghormati jiran tetangga. Tidak kira berbeza agama,
bangsa atau kaum, kita mestilah menghormati mereka
kerana mereka mempunyai pendirian tersendiri dalam
agama mereka dan kita mestilah memahami mereka.
• Hidup aman damai jika wujud persafahaman dan
kerjasama antara jiran tetangga.
• Jiran adalah orang terdekat yang boleh kita
meminta pertolongan jika menghadapi kesusahan.
Apabila berlaku kecurian atau kemalangan, jiran kita
dapat membantu kita kerana mereka berada
berdekatan dengan rumah kita. Oleh itu kita jangan
bersifat sombong kepada mereka.
4
1. Kehidupan dipenuhi kedamaian dan
keharmonian
2. Kehidupan bermasyarakat diberkati
Allah SWT
3. Bersatu kearah kemajuan dan
kehidupan lebih berkualiti
4. Sentiasa selesa dan mendapat
pembelaan
5. Lebih mudah basmi kemungkaran.
hikmah beradab dengan jiran.mp4
5
Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini
adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan
seringkali memelihara keamanan dengan jiran.
Hal ini sebagaimana dalam sabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya.”
Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak
membawa mudarat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam
maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan
mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang
dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar
rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya
dan mudarat.
Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami
hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik
hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa
mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan
manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya
agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.
Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan
peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.
Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa
memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam
muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan
layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak panduan
daripada hadith baginda.
Antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah
bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq
(sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya
dan berikan kepada jiran engkau.
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadith, jelas
menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru
umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran tetangga dan
memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan
Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.
6
LANGAKAH- LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
MENYERTAI AKTIVIT KEMASYARAKATAN
Sebagai seoang jiran yang baik kita boleh menyertai
aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong atau
hari keluaga. Aktiviti sebigini dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara jiran dan saling dapat
mengenali antara satu sama lain. Bak kata pepatah
tak kenal maka tak cinta, kenalilah jiran dan fahami
budSiApLeINkGerKtUi mNJeUrNeGk-aM. ENGUNJUNG SESAMA JIRAN
Apabila jiran jatuh sakit atau baru berpindah kita
digalakkan bekunjung ke rumah jiran dan mengambil
berat tentang perihal mereka. Perkara ini akan
berbalik kepada kita semula jika kita jatuh sakit pada
masa akan datang.
MENUMBUHKAN RUKUN TETANGGA
Dengan menubuhkan rukun tetangga kita
dapat menjaga keselamtan jiran dengan
melakukan rondaan pada waktu malam bagi
memastikan tiada apa-apa perkara yang
berlaku.
MENGADAKAN RUMAH TERBUKA
Mengadakah rumah terbuka
dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dan dapat mengenali
jiran kita dengan lebih baik. Pada
masa yang sama kita dapat
menjemput jiran yang berlainan
bangsa dan dapat mengukuhkan
perpaduan kaum sesama jiran.
7
IMPLIKASI TERHADAP JIRAN
Dapat mewujudkan
kejiranan yang amandan
harmoni tanpa isu
pergaduhan
Kejiranan yang
berbudi pekerti dan
saling mengambil berat
antara satu sama lain
Mewujudkan jiran yang
tolong menolong antara satu
sama lain jika berlaku
kesusahan
8
Daripada isi yang dijelaskan dalam majalah ini, hidup berjiran adalah amat penting
dalam kehidupan kita seharian. Oleh itu, kita metilah menjadi jiran yang baik dan
bertanggungjawab antara satu sama lain...
Selain itu juga, kita perlu memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
setempat supaya kita boleh hidup harmoni dan
sejahtera bersama jiran kita. Jika kita bersikap
mementingkan diri sendiri dan bersikap tidak
mempedulikan orang lain terutamanya jiran
kita, sikap seperti itu akan semakin menebal
seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu
“bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing”.
Jika hal ini dibiarkan,silaturrahim antara jiran akan terputus dan seterusnya akan
menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita
teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu kita mestilah mengamalkan hidup berjiran supaya
kita dapat bersama-sama memajukan ekonomi dan perpaduan Negara
9
NILAI-NILAI POSITIF
Untuk memelihara keharmornian dan perpaduan
hidup bermasyarakat, maka Islam mengambil berat
amaln kejiranan yang sihat. Hak-hak jiran mesti
ditunaikan sebaik mungkin. Terlalu banyak peranan
jiran yang boleh kita sebutkan. Ketika kita tiada di
rumah atau meninggalkan rumah untuk tempoh
yang lama seperti balik kampong atau pergi
melancong, maka jiranlah yang kita harapkan untuk
memerhati dan memantau rumah kita daripada
perkara yang tidak diingini.
10
RUJUKAN
• https://www.scribd.com/document/360989594/Kep
entingan-hidup- berjiran
• http://keharmonianhidupberjiran.blogspot.com/2
017/03/ciri-ciri-jiran-yang- baik.html
11
12