The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azminias, 2021-04-27 20:53:11

V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

V1I1 Accounting & Law 15 Sept 2015

 1 

MENARIK Accounting & Law
KELUARAN INI

Keperluan 2
kelulusan
profesional VOLUME 1, ISSUE 1 15 SEPTEMBER 2015

Bengkel FBT 4 Sekapur sirih : Edisi pengenalan

Program 6
pembangunan
insan Assalammualaikum wbt dan salam khazanah alam
kepada semua warga UiTM Pahang.
Why graduate 7
unemployed 10 Alhamdullilah, saya ingin merakamkan ucapan
tahniah kepada ahli-ahli Sidang Redaksi
Undang- “Accounting & Law” kerana berjaya menerbitkan
undang tubuh buletin ini yang diterbitkan juga secara atas talian
Pahang di laman sesawang www.accandlaw.blogspot.my

Berita palsu 11 “Accounting & Law” adalah majalah Pusat
Pengajian Perakaunan dan Undang-undang yang
Memori yang 14 diterbitkan secara dwi tahunan bagi membuka ru-
baik 16 ang dan peluang kepada seluruh warga UiTM Pahang untuk menyemarakkan lagi aktiviti
penulisan dan sebagai wadah bagi pensyarah-pensyarah muda dan para pelajar, khususnya
Guru pelajar perakaunan untuk mengasah kemahiran menulis mereka. Penggunaan dwi-bahasa
diharapkan dapat meningkatkan sumbangan penulisan kepada majalah ini.
Pencapaian IID 18
Saya percaya, skop penulisan “Accounting & Law” tidak terbatas kepada isu-isu teknikal
1000 Pitching 21 yang berkaitan dengan bidang pusat pengajian ini sahaja, tetapi ia merangkumi setiap
26 aspek berkaitan kehidupan seharian kita seperti isu-isu semasa di kampus dan kawasan
Aktiviti PPPU 22 persekitaran, tip-tip pembelajaran dan pengajaran, perkongsian ilmu dan berita-berita se-
masa penglibatan pensyarah dan pelajar di dalam pelbagai aktiviti. Justeru itu, saya me-
MASUM 2015 nyeru warga UiTM Pahang mengambil peluang untuk mengembangkan kesarjanaan dan
(Memanah) menyumbang artikel-artikel berbentuk ilmiah ataupun santai yang dapat membuka minda
kita semua.
Gambar Aktiviti 26 -

PPPU 37

Sidang Redaksi 37

Akhir kata sekalung penghargaan serta ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang
terlibat dalam penerbitan majalah ini. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t. Sehingga
bertemu kembali di keluaran yang akan datanag. Wassalam.

Prof Dr Hj Jamaludin Kasim
Rektor UiTM Cawangan Pahang

ISSN : 0127‐5542 

 2 

PAGE 2

Kenapa perlu saya memiliki kelulusan
profesional dalam bidang perakaunan

Oleh : Prof Madya Dr Halil Paino akauntan profesional atau bertauliah dimonopoli
kaum bukan Bumiputera. Berdasarkan data keahl-
Timbalan Rektor HEA UiTM Pahang ian terkini MIA yang berjumlah kira-kira 30,000
Phd (Auditing) (2010), CIMA (UK) Strategic terdapat lebih 7,000 graduan perakaunan dari
(2006), M.Acc (Finance) (2001), ADIA (1998), universiti awam terdiri daripada kaum Bumi-
DIA (1992), Chartered Accountant (Registered putera manakala hanya sekitar 4,000 graduan
with Malaysian Institute of Accountants, 2002). perakaunan bukan Bumiputera daripada universiti
awam. Tetapi, jurang itu melebar dengan begitu
Kelayakan Professional : ACCA, CIMA, ketara apabila hanya terdapat sejumlah 1,554
MICPA, AICPA, Australia CPA, NZICA, akauntan profesional Bumiputera atau hanya 8%
ICAEW dan sebagainya….mana satukah berbanding 92% atau 16,878 akauntan profesional
pilihan hati saya untuk MESTI memilikinya. bukan Bumiputera di negara ini.

Lihat sahaja mereka yang bergelar ketua Saya tidak pasti sama ada fakulti perakaunan uni-
pegawai eksekutif (CEO) daripada kalangan versiti awam mempunyai data ini, atau tidak teta-
Bumiputera yang majoritinya berbangsa pi ia seharusnya dijadikan kayu pengukur
Melayu; Kelayakan akademik membolehkan bagaimana untuk melahirkan lebih ramai
mereka menjadi ahli persatuan akauntan akauntan profesional Bumiputera, senario yang
bertauliah antarabangsa sama ada ACCA, terus gagal dilaksanakan. Apa yang berlaku kini,
CIMA atau sebagainya. Nama-nama seperti majoriti graduan perakaunan Bumiputera memilih
Tan Sri Ismee Ismail, CEO Tabung Haji jalan mudah menjadi ahli Institut Akauntan Ma-
atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri laysia (MIA) dengan bekerja dan menjadikan
yang pernah memegang jawatan CEO TM seorang ahli MIA sebagai mentor mereka selama
Bhd dan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid tiga tahun, sebelum mencadangkan nama mereka
Omar mempunyai kelayakan profesional sebagai ahli MIA. Sedangkan graduan pe-
sebagai akauntan bertauliah. rakaunan ini, seharusnya meneruskan pengajian
mereka dengan menduduki peperiksaan akauntan
Walaupun universiti awam di negara ini, bertauliah seperti ACCA yang hanya membabit-
yang menawarkan jurusan perakaunan di- kan lima kertas peperiksaan lagi sebelum layak
monopoli kaum Bumiputera yang me- bergelar akauntan profesional bertaraf dunia.
lahirkan ramai graduan perakauanan tetapi
hakikat menyedihkan mereka yang bergelar

ACCOUNTING & LAW

VOLUME 1, ISSUE 1  3 

PAGE 3

Inilah yang sepatutnya menjadi matlamat graduan pe- profesional Bumiputera daripada 8% kepada 25% men-
rakaunan Bumiputera untuk membolehkan mereka bersaing jelang 2020. Antara langkah yang telah diumumkan
di peringkat antarabangsa serta menerima gaji lebih lumayan Datuk Seri Najib adalah dengan mewujudkan sebuah
apabila bekerja di sektor korporat. Saya ingin memberikan pusat profesional akaun di Universiti Teknologi Mara
satu lagi statistik mengapa kelayakan sebagai akauntan ber- (UiTM) yang akan menawarkan empat bidang pengajian
tauliah amat penting untuk menaiki tangga pengurusan da- profesional perakaunan. Bidang-bidang berkenaan ada-
lam sektor korporat kerana berdasarkan kajian membabitkan lah Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah Malaysia
Ahli Lembaga Pengarah (BOD) di 100 GLC terkemuka (CIMA), Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun
negara, sebanyak 24% BOD mempunyai kelayakan sebagai (ACCA), Institut Akauntan Bertauliah England dan
akauntan profesional manakala hanya 1% sahaja BOD yang Wales (ICAEW) dan Persatuan Akauntan Awam Ber-
hanya mempunyai kelayakan sebagai graduan perakaunan tauliah Malaysia (MICPA).
biasa. Graduan perakaunan negara terutama sekali kaum
Bumiputera perlu sedar industri perakaunan dunia kini se- Layari laman sesawang berikut untuk maklumat
makin berubah dengan begitu dinamik sekali dan perubahan tambahan:
dalam Akta Akauntan 1967 amat perlu dalam menjadikan http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-
industri berkenaan sentiasa berdaya saing di peringkat an- jazlan/article/universiti-awam-jangan-jadi-penghalang-
tarabangsa. lahir-akauntan-profesional

Jika universiti awam menyedari hal ini, sudah pasti mereka
mahu mengubah sukatan pelajaran mereka dengan me-
wajibkan semua lepasan graduan mereka mempunyai ke-
layakan professional, tetapi sikap ini langsung tidak dapat
dilihat di kalangan universiti awam. Sebaliknya, universiti
awam terus mengamalkan sikap tertutup dan tidak mahu
turut sama berubah dalam membantu graduan mereka sekali
gus menyebabkan ramai lepasan ijazah mereka tidak
mempunyai kelayakan profesional. Akibatnya, graduan-
graduan ini, terutama sekali di kalangan kaum Bumiputera
tidak mampu bersaing dalam pasaran kerja dan tidak
mendapat gaji lumayan berbanding graduan perakaunan
bukan Bumiputera. Atas sebab itu, saya menyokong usaha
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang
menetapkan sasaran untuk meningkatkan jumlah akauntan

 4 

P A G E 4 PPPU adakan bengkel Frame-Based Teaching

Oleh Azizi@Hamizi Hashim (IFRS) Foundation bagi pengajaran kursus
pelaporan kewangan yang melibatkan
Baru-baru ini Pusat Pengajian Pe- piawaian perakaunan. Matlamat dasarnya
rakaunan dan Undang-undang telah adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan
mengadakan satu bengkel bertajuk kemahiran di dalam mengaplikasi dan mem-
Framework Based Teaching(FBT) of buat pertimbangan terhadap penggunaan
Financial Reporting Standard (FRS) piawaian perakaunan.
kepada para pensyarah. Bengkel yang
bertempat di bilik mesyuarat Per- Pensyarah yang hadir rata-rata berharap agar
pustakaan Al-Bukhari UiTM Pahang ini program ini diadakan lagi secara bersiri pada
telah dihadiri oleh pensyarah yang masa akan datang kerana ia amat bermanfaat
mengajar kursus-kursus perakaunan kepada pensyarah dan juga para pelajar.
seramai 18 orang dan dikendalikan oleh
Dr Radziah Mahmud, Ketua Kursus “Saya rasa bengkel ini sangat bagus untuk
Pelaporan Kewangan, UiTM Puncak meningkatkan kemahiran pensyarah khu-
Alam. Ia telah dirasmikan oleh En. susnya dalam mengaplikasikan FRS dan
Aripin Amat selaku Ketua Pusat menerapkannya di dalam P&P”, ujar Pn.
Pengajian Perakaunan dan Undang- Norlaila Mohd Din, peserta dan juga pen-
undang dengan objektif untuk memberi syarah kursus Financial Reporting. Manakala
pendedahan berkenaan kaedah baru di En Azmi Nias pula berharap pada masa akan
dalam pengajaran kursus-kursus yang datang bengkel ini diadakan lebih khusus
melibatkan elemen piawaian pelaporan membincangkan aplikasi bagi setiap
kewangan (Financial Reporting Stand- piawaian perakaunan sebagaimana yang
ard). Di dalam ucapan perasmiannya, En diterbitkan oleh IFRS.
Aripin menyatakan hasrat agar semua
pensyarah yang hadir menggunakan Sekian.
sebaik mungkin peluang ini agar mereka
semua sentiasa bersedia
dengan perkembangan
semasa di dalam bidang
pelaporan kewangan dan
seterusnya menyam-
paikan pula kepada pela-
jar-pelajar melalui proses
pengajaran dan pembela-
jaran (P & P) di dalam
bilik kuliah.

Secara umumnya, FBT
adalah satu kaedah baru
yang diperkenalkan oleh
International Financial
Reporting Standard

ACCOUNTING & LAW

VOLUME 1, ISSUE 1  5 

Jengka oleh Effi Amira Sahferi (Pelajar AC220) PAGE 5

Mencari melati di pohon cemara, Singgah di pekan membeli betik,
Biar luka jangan di lengan, Betik dibeli dari Pak Dota,
Salam diberi pembuka bicara, Ku sangka buruk rupanya cantik,
Moga terhibur derita jangan. Kalau tak kenal maka tak cinta.

Siapa si dia cubalah teka, Bunga Jepun cantik rupanya,
Menangkap haiwan mudah terjerat, Apatah lagi bunga tahi ayam,
Jauh merantau hingga ke Jengka, Lama merantau tiba penghujungnya,
Ilmu dicari dunia akhirat. Semakin dikenang rindu semacam.

Fatimah pergi menjual keli, Anak dara pergi Melaka,
Mencari duit bukan nak kaya, Pergi Melaka membeli tali,
Tempat di pergi jauh sekali, Salam perpisahan untuk Jengka,
Apakan daya tak hendak seribu daya. Andai berjodoh bersua kembali.

 

My Everything oleh Effi Amira Sahferi & Syafiqah Sulaiman (Pelajar AC220)

Hot and cold,
Always comfort me, always secure me,
You light me with love that no one ever gives that,
Your hug is the best medicine ever.

Day and night,
Tired and burdensome still you always there,
Accompany us without any single complain,
Just only to ensure the best for me.

Years by years passed, everything changed,
Environment changed so does me,
But mom, you still the same person,
Sacrify everything just only for me.

Even the clock stop, the weather changed,
Day and night switches, years by years passes,
You still my best mother, you are everything for me,
Happy mother’s day mom,
Thanks for being beside me.

AC220 representative in action

 6 

PAGE 6 Program Pembangunan Insan

Oleh:Yuzainizam Yusop & mentor (pensyarah) masing-masing.

Mohd Aripin Amat 3. Sukaneka (kumpul air hujan)

Kemahiran Insaniah (soft-skills) meru- 4. Perlawanan Dogdeball
pakan kemahiran peribadi seseorang,
yang merentasi pelbagai bidang pem- 5. Public Speaking
belajaran yang merangkumi aspek
keperibadian dan kerja berkumpulan. 6. Perkongsian Ilmu bersama Encik Mo-
Selaras dengan kepentingannya, Ke- hamad Azmi Nias Ahmad
menterian Pengajian Tinggi telah mem-
perkenalkan program kemahiran insani- Secara umumnya, aktiviti yang dijalankan
ah untuk diterapkan kepada para pelajar dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi
di Institusi Pengajian Tinggi. Mendala- di kalangan pelajar, terutamanya pelajar sen-
mi usaha tersebut, Fakulti Perakaunan ior dengan pelajar junior. Selain daripada
UiTM Pahang telah mengambil inisiatif itu, ianya berupaya untuk mengalakkan
sendiri untuk membentuk kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran mereka da-
insaniah ini (soft skill) dikalangan pela- lam menyelesaikan masalah. Ini terbukti
jar-pelajar mereka. Mulai semester apabila mereka diberi tugasan yang tidak di-
Disember 2014 – Mac 2015, pihak jangka, mereka mampu menyelesaikannya
fakulti telah menetapkan pada setiap dengan menggunakan sumber yang tersedia
hari khamis sekitar jam 4 petang adalah sahaja. Kemahiran kerja secara berpasukan
waktu untuk perjumpaan semua pelajar juga mampu diterapkan dimana setiap pelajar
perakaunan bersama pensyarah- dibahagikan kepada empat kumpulan secara
pensyarah perakaunan dan undang- rawak. Mereka harus berkerjasama dengan
undang. Aktiviti ini dijalankan secara ahli kumpulan yang mereka tidak kenali un-
tetap pada setiap minggu atau dua tuk mencapai objektif aktiviti tersebut.
minggu sekali mengikut kesesuaian.
Aktiviti yang berlangsung sepanjang semes-
Antara aktiviti yang telah dijalankan ter ini juga telah berjaya membentuk hub-
sepanjang semester Disember – Mac ungan silaturahim yang tinggi di antara pela-
2015 adalah: jar dan pensyarah. Pada awalnya terdapat
pelajar yang tidak mengenali pensyarah pe-
1. My SLT – aktiviti bersama Cik As- rakaunan atas sebab pensyarah tersebut tidak
midar Alias dari Fakulti Kejuruter- mengajar mereka. Tetapi hasil dari per-
aan Awam. Beliau telah mengajar jumpaan yang berterusan ini hubungan
pelajar kaedah untuk menyediakan ukhwah di antara pelajar-pelajar dengan pen-
Student Learning Time (SLT) syarah perakaunan dan undang-undang ber-
tambah erat. Malahan, kerjasama yang
2. Perjumpaan mentor-mentee – Majlis diberikan oleh para pensyarah sepanjang ak-
penyerahan para pelajar kepada tiviti berlangsung juga adalah sangat mem-
banggakan.

ACCOUNTING & LAW

 7 

VOLUME 1, ISSUE 1 PAGE 7

REASONS WHY THE FRESH GRADUATES UNEMPLOYED

By : Siti Rohani Shuib & Ester Saran Yahya Last but not least, economic downturn con-
(ACC220) tributes to increased unemployment rate as well.
Most organizations refrain hiring new employee in
Employment rate has increased year by year this dec- order to avoid spending on training cost due to the
ade. It is a global problem, not just a domestic one. strict budget. Therefore, they tend to offer contract to
As the population increases the demand for employ- the retired employee rather than hiring the fresh grad-
ment also increases and the competition among grad- uates. Besides, the organization needs the experienc-
uates become intense. The job qualifications and re- es and knowledge that the old employees possessed.
quirements has change to higher level. Furthermore, Due to the inflation, most of the organisation prefers
employers nowadays seek for better quality of soft to cut down their training cost and development
skills and capabilities rather than academic perfor- costs. Thus, this situation contributes to increased
mance solely. Hence, it leads to this problem. unemployment rate.

One of the reason of unemployment among In a nutshell, fresh graduates are encouraged
graduates in Malaysia is they are fussy and selective to improve their skills and explore their capabilities
in finding job. It is because they are looking forward to meet the qualification and requirements demanded
for a job that offers high remuneration in line with by the employers. Besides, they should train them-
their academic qualification. Somehow, the graduates selves to sharpen their creative and critical thinking
become choosy, the employers become choosy as in solving problems that might arise. On the other
well! As there are plenty of graduates available, the hand, employers should give chances to fresh gradu-
employers set more requirements to employ the best ate to gain working experience and apply their
candidates during interview. For example, they want knowledge. They should hire the fresh graduates ra-
an employee with working experience. Most of the ther than offering contracts to the retired employees.
fresh graduates did not have the working experience Unemployment rate can be reduced if all the related
to fulfil the requirement. This phenomenon also con- parties consider the interests of those invloved.
tributes to the increased unemployment rate.
“One of the reason of unemployment among
Next, lack of soft skills of the graduates also graduates in Malaysia is they are fussy and selec-
contributes to unemployment. Globalisation and in- tive in finding job.”
tense competition among rival corporations force the
corporations to create and sustain competitive ad-
vantages. Thus, the needs for graduates with creative
ideas and better communication skills increase as
well. However, graduates in Malaysia still did not
take this requirement as priority especially the com-
munication skill. Besides, they also lack the confi-
dence to explore their capabilities beyond their com-
fort zone. For example, during lecture, students are
usually required to make presentation in front of their
classmates. Hence, they are not exposed to present in
front of large and outside audiences.

 8 

PAGE 8 Selamat kembali bertugas

Oleh: Junaidah Jamaluddin

Seluruh warga Pusat Pengajian Perakaunan dan Undang-undang (PPPU) ingin mengucap-
kan selamat kembali bertugas kepada Encik Mohamad Azmi Nias Ahmad dan Encik
Azlan Md Thani yang telah menamatkan tempoh cuti belajar program PhD baru-baru ini.
Encik Mohamad Azmi telah melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Edith Cowan
University, Perth, Australia telah melapor diri semula di UiTM Pahang pada 19 January
2015. Manakala, Encik Azlan telah memulakan semula tugas beliau di UiTM Pahang
pada 2 Februari 2015 setelah mengikuti pengajian PhD selama 3 tahun di Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.

Semoga kedua-dua mereka dapat menyumbangkan tenaga dan usaha yang berterusan
demi mengharumkan lagi nama PPPU dan UiTM Pahang di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

ACCOUNTING & LAW

 9 

VOLUME 1, ISSUE 1 PAGE 9

Erti sebuah pemberian

By : Junaidah Jamaluddin & Mahathir Mahali Bagi yang berkemampuan, tiada salahnya untuk
memberi lebih, asalkan ianya lahir dari rasa ikhlas
Setiap insan adalah berbeza. Ada yang suka mem- sebagai symbol terima kasih dan terima kasih.
beri. Ada yang suka berdiam diri. Yang suka mem-
beri pula ada yang memegang konsep bahawa sesuatu Apa pun, dalam setiap amalan ikhlaskan kerana Al-
pemberian itu mestilah bermanfaat, boleh digunakan lah s.w.t. Memberi dengan ikhlas dan menerima
di kemudian hari dan berkualiti. Tidak kurang juga dengan ikhlas. Tanpa keihlasan, semuanya umpama
yang memberi cenderahati yang penuh dengan krea- debu-debu yang berterbangan. Memberi dan
tiviti sebagai tanda ingatan di sanubari. menghadiahkan sesuatu kepada orang dengan penuh
keikhlasan merupakan satu kepuasan di samping
Konsepnya adalah sama; tidak kira di majlis kenduri diluaskan rezeki oleh Allah s.w.t. buat si pemberi.
kahwin atau di mana-mana majlis. Di kenduri
kahwin ada yang suka memberi kudapan kepada para Mudah-mudahan Allah s.w.t. mengurniakan kita sifat
tetamu sebagai door gift. Tidak kurang juga yang mahmudah dan merahmati hidup kita semua.
memberi sesuatu sebagai kenangan. Begitu juga di
majlis harijadi anak-anak yang diadakan oleh seseten-
gah ibu bapa. Ada yang meletakkan di dalam goodie
bag kecil itu makanan kegemaran kanak-kanak. Ada
yang mengisi dalam goodie bag tersebut permainan
kesukaan kanak-kanak walaupun ia memakan kos
yang agak tinggi.

Bertitik tolak daripada perbezaan konsep itulah yang
menjadikan pemberian setiap daripada kita berbeza.
Tidak kira majlis kenduri kahwin, majlis hari jadi
atau apa-apa majlis, tidak semua orang sukakan
perhiasan sebagai cenderahati. Ada yang menga-
baikannya atas sebab-sebab tertentu. Tidak kurang
juga yang sangat menyukainya dan menyimpan pem-
berian tersebut kerana mempunyai nilai sentimental.

Mungkin sekiranya kita telah mengenalpasti insan
yang tidak menyukai perhiasan itu, tidak perlulah lagi
kita memberinya hadiah sebagai kenangan. Daripada
hati menjeruk duka, apalah gunanya memberi kerana
terpaksa, tanpa ada rasa ikhlas. Sesungguhnya Allah
s.w.t. lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati
setiap daripada kita.

Bagi yang kurang menggemari perhiasan, sungguh-
pun ia berunsur barang-barang yang dipamerkan di
rak, tiada salahnya menyimpan pemberian ikhlas dari
hati anak-anak sebagai tanda penghargaan dan in-
gatan daripada mereka.

 10 

PAGE 10 UNDANG-UNDANG TUBUH PAHANG SEBAGAI SUMBER KEDAULATAN

PEMERINTAHAN BERAJA PAHANG Pahang sebagai pemerintah Pahang
yang baru.

Pemerintahan Beraja Pahang melalui Ke-
turunan Kesultanan Melaka berakhir apa-
bila berlaku perebutan kuasa antara Sul-
tan Abdul Ghafur dengan anggota
keluarganya baginda yang berakhir
dengan satu pembunuhan.

1617-Acheh telah menyerang Pahang dan
pemerintahnya menjadi tawanan dan
dibawa pulang ke Acheh.

OLEH : Suria Fadhillah Md Pauzi Seterusnya Pahang diletakkan di bawah
Kesultanan yang berpusat di Johor.
Pahang bukan sahaja cukup sinonim dengan warna hitam
dan putih malah simbol gajah atau gading tidak mungkin Di bawah Kesultanan tersebut, pemerintah
dapat dipisahkan. Namun, adakah kita sebagai warganega- Pahang diletakkan dibawah pemerinta-
ra UiTM Pahang mengetahui atau menyedari kemasyhuran han seorang Bendahara sehinggalah
Pahang satu ketika dulu? Adakah kita menyedari kewujudan kepada pemerintahan Sultan Mahmud
Undang-undang Tubuh Pahang sebagai sumber kedaulatan Shah II(Marhum Mangkat dijulang).
pemerintahan Beraja Pahang?
Oleh kerana Baginda tidak meninggalkan
Pahang atau lebih dikenali sebagai ‘Pan-Pan’ dan ‘Peng zuriat, maka pemerintahan telah berpin-
Keng’ oleh pengarang-pengarang dari China mempunyai dah kepada Bendahara iaitu Bendahara
susur galur sejarah pemerintahan negeri yang gemilang dan Paduka Raja.
menarik. Pahang adalah sebuah negeri yang sudah terna-
ma sejak dahulu lagi dan dikenali dengan pelbagai nama Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai
seperti ‘Pam’, ‘Pan’, ‘Paam’, ‘Paon’, ‘Phaan’, dan ‘Phang’ pemerintah baru Johor-Pahang yang
oleh orang Eropah atau ‘Mahang’ oleh orang-orang Jakun bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah
keturunan Melayu Purba. Dalam bahasa Khmer perkataan IV. Putera baginda, Tun Abbas dilantik
Pahang itu adalah bahasa Siam-Asli yang bererti ‘timah’ menjadi Bendahara yang memerintah
Selain itu, dalam Hikayat Hang Tuah dan lain-lain catatan Pahang.
lama, Pahang dirujuk sebagai ‘Inderapura’ dan disebut
‘Pahang Inderapura’. Bermula keturunan Tun Abbas, lahirlah
pemerintahan Raja Pahang daripada
kalangan Bendahara sehinggalah Ben-
dahara Siwa Raja, Wan Ahmad.

Kesultanan Pahang adalah daripada keturunan Raja- 12 Disember 1884- Bendahara Ahmad mula
raja dan Bendahara Melaka. digelar dengan gelaran Sultan Ahmad Al
Muadzam Shah oleh pembesar-
Ia wujud sejak zaman Kesultanan Melaka apabila Sul- pembesarnya. Pengiktirafan gelaran Sul-
tan Muhammad Shah (1470-1475) putera kepada tan ke atas Bendahara Ahmad telah
Sultan Mansur Shah yang ditabalkan sebagai Sul- dibuat oleh Kerajaan British pada tahun
tan Pahang. 1887.

Sebelum itu Pahang di bawah penguasaan Kerajaan Kesultanan Pahang yang wujud pada hari ini
Siam. telah bermula dengan Sultan Ahmad Al
Muadzam Shah (1882) dan daripada
Bermula pemerintahan Sultan Muhammad Shah se- zuriat Bagindalah kekalnya Raja
hinggalah kepada pengganti-penggantinya, negeri Pemerintah Pahang sehingga kini iaitu
Pahang sering terancam. Sultan Al Haji Ahmad Shah Al Mustain
Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar
Pahang telah diterajui beberapa dekad oleh keturunan Riayatuddin Al Muadzam Shah.
Kesultanan Melaka sehinggalah kepada Raja
Bersambung…………………………
A C C O U N T I N G Jamil, putera Sultan Muhammad Shah I dari

& LAW

 11 

VOLUME 1, ISSUE 1 PAGE 11

Lambakan berita palsu Modus operandi untuk meyakinkan pembaca bagi si
penyebar berita palsu cukup mudah. Mereka guna
Oleh : Mohamad Azmi Nias Ahmad ungkapan seperti “dilaporkan oleh Awani”, “menurut
pihak berkuasa” dan lain-lain.

Seorang wartawan perlu melalui proses yang amat ketat. Seperti kata orang kampung saya, “Udah-udah la
Bila terlalu ramai menjadi wartawan tak bertauliah inilah sebarkan berita palsu”. Gunakan media sosial dengan
jadinya. Lambakan berita yang sukar untuk kita sahkan bertanggungjawab. Kebaikan yang kita nikmati me-
kesahihannya. lalui media sosial janganlah kita lacurkan dengan in-
formasi-informasi “sampah”. Kebaikan media sosial
ada banyak seperti yang berikut.

Tak salah berkongsi maklumat, tetapi semak maklumat da- 1.) Dapat melihat gambaran sesuatu peristiwa me-
hulu sekurang-kurangnya. Paling tidak, semak dengan rangkumi sudut yang tidak dilaporkan oleh media
maklumat rasmi atau daripada orang yang boleh dipercayai. arus perdana

Ingin saya senaraikan berita tak masuk akal yang saya baca 2.) Mendapat maklumat lebih awal. Terutama ketika

sepanjang tahun lepas. berlaku kehilangan, kecelakaan yang bakal dating.

1.) Berita MH370 dijumpai! Penulis membawa gambar- Sebagai penutup, sewaktu kecil (80an) pernah saya
gambar yang tak masuk akal.... Saya rasa sudah banyak bertanya kepada beberapa orang Ustaz, bagaimana
posting yang menerangkan pembohongan individu tersebut seluruh dunia tahu akan turunnya nabi Isa dan adanya
Imam Mahdi? Mengikut zaman, jawapannya ber-
2.) Taufan Jangmi - tekanan tinggi, tekanan rendah,.. Itu beza, ketika era 80an, jawapannya akbar ataupun
saya belajar dahulu... Agak kurang masuk akal Jangmi boleh berita jam 8; jawapan ketika era 90an adalah CNN;
sekuat tu hingga 90% Malaysia bakal terlibat jawapan dekad lepas, pastinya SMS dan sekarang
pastinya kita setuju media sosial akan menjadi medi-
3.) Berita banjir - terlalu banyak um penyebaran maklumat ini.

4.) Sekolah tutup sebulan..... Dah takda kerja sipembuat fit-
nah ni.

Sebelum ianya berlaku, pasti akan muncul ramai nabi
-nabi Isa palsu, Imam-Imam Mahdi celup dan peristi-
wa-peristiwa yang menyelewengkan yang juga
memutar belit dan tidak masuk akal.

IMPERFECTIONS by Raja Rasydan & Mohd Iqbal (ACC220)

There is no need to be a billionaire The world is unique with all kinds of people
There is no need to be a supermodel Everybody has their own uniqueness
There is no need to be a hero Strength and weakness are born together
There is no need to be a genius You have your own strengths and weaknesses
Because no one is perfect Accept and rejoice with an open mind

You do not have to be Bill Gates We have our own visions and missions
You do not have to be Naomi Campbell All of us want to achieve something in our lives
You do not have to be Clark Kent But as a human, we have limitations
You do not have to be Einstein Embrace what we have now
All you have to be is you What we have is what we need

IMPERFECTIONS ARE PERFECT

 12 

PAGE 12 WANITA

Jangan kau tertipu... Kerana aku adalah wanita!

Tertipu dengan keindahan wajahku.. Yang mampu mengoncang dunia!

Jangan kau tertipu.. Nukilan : Aina Afirah Mohammad &
Bazilah Suhaimi
Tertipu dengan kelunakkan suara
ku..

Jangan kau tertipu..

Tertipu dengan kelembutan perilaku
ku..

Jangan kau tertipu..

Tertipu dengan mudahnya jatuh air
mataku..

Kerna...

Disebalik keindahan wajahku ter-
dapat ketabahan..

Kerna...

Disebalik kelunakkan suaraku ter-
dapat ketegasan..

Kerna..

Disebalik kelembutan perilaku ter-
dapat kegagahan..

Kerna...

Disebalik air mataku yang mengalir
terdapat kematangan..

ACCOUNTING & LAW

VOLUME 1, ISSUE 1  13 

BOOK REVIEW : Alien Menchari Chinta PAGE 13

Book’s Title : Alien MenchariChinta

Author : Ramzah Dambul

Analysed by : Nur Rasyidah Joibi (ACC220)

“Alien Menchari Chinta” I bet the first impression people might have in their mind about the book’s title is
all about romance and so do I. But it is actually not. Throughout my reading and my understanding about
the book, what the author probably trying to convey is that the wide definition of ‘Love’ and the situation
in which the atmosphere of ‘Love’ may exist. It is not necessarily ‘Love’ towards human being. The posi-
tion or concept of ‘Love’ can be everything, depends on the person on where, when, and how they lay
down the feeling with their surroundings. Besides, each poem has its own arrangement, illustration and
tone which shows the implied meaning of love is universal, can be seek in any situation and of course to
earn it, is one of the major missions in life.

CINTA

Oleh : Sharifah Aainaa Syed Ahmad Al- Kini,
Habshi Kerana dirimu, maruah melayang,
Kerana dirimu, manusia alpa,
Cinta, Kerana dirimu jualah, Islam kian pupus .
Kau sungguh murni,
Kerna kau ciptaan Illahi, Kini,
Namun , sayang seribu kali sayang , Tiada lagi cinta nan suci,
Kesucianmu telah pun dinodai, Cinta hakiki ciptaan Maha Penyayang,
Kau telah dinodai, Hanya yang tinggal cinta duniawi,
Kau telah dinodai oleh sikap manusia. Cinta yang asyik mengejar fatamorgana.

 14 

PAGE 14

Memori yang baik: Kaedah dan petua (Bahagian 1)

Oleh : Mohamad Azmi Nias Ahmad dan yang paling penting beliau mengajar kum-
pulan yang sedang belajar sambil mendengar
Kebanyakan pelajar mengambil pendeka- ahli kumpulan tersebut berbincang. Beliau
tan untuk menghafal fakta sebagai perse- secara tidak sedar telah mempraktikkan,
diaan untuk menghadapi peperiksaan. Wa- mendengar dan melihat 50%, berbincang 70%,
laupun kaedah ini tidak dicadangkan me- mengalami 80% dan mengajar 95%. Maka tid-
mandangkan ianya tidak akan memberi ak hairanlah beliau berjaya mendapat Anugerah
faedah jangka panjang namun ianya mem- Naib Canselor.
bantu pelajar untuk lulus dengan cemer-
lang di dalam matapelajaran seperti Se- Berbalik kepada tajuk yang ingin dibincangkan,
jarah dan Geografi. penulis ingin berpesan bahawa tiada yang
dikatakan pil ingatan ataupun air jampi untuk
Kaedah yang terbaik ialah dengan me- mendapatkan kejayaan segera. Allah inginkan
mahami matapelajaran tersebut dengan kita berusaha bersungguh-sungguh hingga kita
sepenuhnya. Sebagai contoh untuk menja- berjaya. Tajuk ini akan membincangkan kaedah
wap soalan Sejarah mengenai rentetan -kaedah dan petua-petua yang diamalkan oleh
proses kemerdekaan, pelajar perlu faham Rasullullah s.a.w. dan juga beberapa larangan
akan peristiwa-peristiwa yang berlaku baginda untuk mengelakkan pelajar dari lupa.
sehingga adanya usaha untuk menuntut Keberkesanan daripada segala kaedah dan ca-
kemerdekaan. dangan di dalam penulisan ini adalah berbeza
dengan setiap individu. Oleh yang demikian,
Menurut pakar motivasi, Steven Covey, pembaca perlu bijak untuk menilainya.
beliau mencadangkan kaedah berikut un-
tuk meningkatkan peratusan pemahamam Sebagai manusia biasa kita sering kali lupa.
seseorang pelajar itu dimana jika hanya Lupa letak barang, lupa ambil anak disekolah,
membaca 10%, mendengar 20%, melihat lupa ayat Al-Quran yang telah dihafal, lupa
30%, mendengar dan melihat 50%, temujanji, lupa nama rakan dan lain-lain. Se-
berbincang 70%, mengalami 80% dan setengah orang berpendapat usia ada kaitan
mengajar 95%. dengan lupa. Mungkin ada kebenarannya, na-
mun simpton lupa ini tidak terhad kepada julat
Jelas sekali kaedah ini dipraktikkan oleh umur tertentu. Faktor pemakanan dan cara
pelajar yang pintar samada mereka sedar hidup mungkin ada kaitan, namun penyakit
ataupun tidak. Penulis telah menemurah lupa ini tidak mengenal mangsa. Wa-
seorang pelajar Diploma Perakaunan di laubagaimanapun, jika pembaca menghadapi
UiTM Pahang, Nur Shahriz binti Imran masalah lupa yang kronik seperti lupa nama,
yang mendapat CGPA 3.88. Uniknya anda dinasihatkan pergi berjumpa pakar dan
pelajar ini ialah beliau dikatakan tidak penulisan ini tidak akan menyelesaikan masa-
pernah dilihat oleh rakan-rakannya men- lah anda.
gulangkaji pelajaran secara serius. Setelah
menemurah beliau penulis mendapati Fakta 1: Kita lupa disebabkan fikiran kita tidak
pelajar ini mempunyai matlamat, ber- fokus ke atas perkara yang sedang kita buat.
fikiran positif, tidak endah langsung
perkara remeh-temeh seperti gossip, tidak Pernahkah anda mengalami pengalaman seperti
bersangka buruk, baca sebelum datang tidak ingat samada telah mengunci pintu kereta
kelas (walau tak faham), duduk di depan, ataupun belum setelah berjalan masuk ke pusat
dengar pensyarah mengajar sepenuhnya membeli belah? Jika ia, "welcome to the club."
Menurut Dr John B. Arden, lupa yang

ACCOUNTING & LAW

 15 

VOLUME 1, ISSUE 1 PAGE 15

diketegori sebagai absentminded ini adalah disebabkan Khazanah Alam MTB Jamboree 2014
oleh fikiran tidak fokus ketika melaku activiti yang kita
lupa itu. Dengan kata lain, sewaktu mengunci pintu kere- Oleh : Nurul Syahidah Ainual Azhar & Nor Najlaa Na-
ta tersebut, fikiran kita sedang memikirkan perkara yang sarudin
lain. Amat tidak produktifnya lupa ini disebabkan kita
perlu pergi semula ke kereta untuk memeriksa kereta ter- Pada 30 Mac 2014, seramai 19 orang pelajar jurusan Sar-
sebut. Dalam situasi lain, ada seorang rakan yang jana Muda Perakaunan telah menjadi sukarelawan
mengambil wuduk beberapa kali kerana terlupa. Ianya “Khazanah Alam MTB Jamboree yang telah diadakan di
biasanya berlaku kepada golongan yang telah berusia Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang. En Mohd Soffi
sekitar 35-50 tahun kerana memikirkan tanggungjawab bin Puteh telah menjadi pensyarah pengiring sepanjang
kerja, keluarga dan masyarakat. keberadaan sukarelawan di situ.

Untuk mencegah lupa kategori ini, adalah dicadangkan Sukarelawan telah tiba di Tekam pada pukul 7.30am dan
supaya, kita memberi tumpuan sepenuhnya ketika kita seterusnya telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu
melakukan sesuatu perkara. Lupa ini boleh mengancam menjaga check point di pertengahan dan pengakhiran trek.
nyawa. Bagaimana? Bayangkan jika kita lupa yang kita Perasaan teruja timbul di dalam hati apabila melihat para
sedang memanaskan lauk atau menjerang air. peserta membuat persediaan sebelum aktiviti bermula.
Para peserta perlu mendapatkan ‘sticker biru’ di setiap
Kepada yang lebih berusia, sebagai contoh berumur 60 check point yang telah ditetapkan sebagai bukti bahawa
tahun, lupa bagi kategori ini adalah lebih kerap. Menurut mereka telah melintasi kawasan tersebut.
pakar, lupa "short term memory" lost ini juga diakibatkan
perkara serupa. Maka penulis ingin mencadangkan Aktiviti telah bermula pada pukul 8.30am yang disertai
kaedah berikut untuk mengatasinya: lebih 100 orang peserta di peringkat dewasa dan kanak-
kanak. Kami berasa sangat seronok diberi tugas di perten-
1. Fokus sepenuhnya ketika melakukan aktiviti gahan trek di ladang kelapa sawit. Peristiwa yang tidak
2. Buat perancangan dapat kami lupakan dan seronok apabila memberi sticker,
3. Senaraikan aktiviti yang dilakukan mineral water dan pisang kepada para peserta dalam
4. Sentiasa semak aktiviti yang telah dilakukan dan be- keadaan kelam kabut dan pantas melintasi kami. Sebaha-
lum dilakukan gian peserta telah mengambil peluang untuk berehat sam-
5. Buat poster peringatan, contohnya, “Adakah anda telah bil menikmati makanan yang disediakan sebelum mene-
melakukan solat?” ruskan perkayuhan mereka.
6. Menggunakan aplikasi reminder dalam telefon bimbit
7. Berdoa pada Allah (Perkara paling penting). Aktiviti telah tamat pada pukul 1.30pm setelah selesai pen-
yampaian hadiah kepada para peserta. Kami telah
Cara Rasullulah s.a.w mendapat banyak pengalaman dan melihat pelbagai
Sudah menjadi kebiasaan, rasullullah memakai cincin ragam yang menghiburkan hati melalui aktiviti sukarela-
bila keluar ke rumah. Untuk mengingatkan sesuatu, bag- wan ini. Selain itu, kami dapat melihat kesungguhan para
inda mengikat benang pada cincin tersebut. peserta untuk menamatkan acara itu walaupun menghada-
pi pelbagai rintangan dan cabaran dari pelbagai aspek
Mengaplikasikan cara rasullah dengan zaman moden : seperti kerosakan basikal dan kecederaan sepanjang me-
Boleh dikatakan hampir semua pembaca mempunyai te- lalui trek tersebut.
lefon bimbit. Kesemua telefon bimbit telah dilengkapkan
dengan aplikasi "reminder". Manfaatkan sepenuhnya ap- Aktiviti ini juga telah mengeratkan hubungan sillaturrahim
likasi ini. Insyallah, jika kita lakukannya secara konsisten antara kami. Di samping itu juga, melalui aktiviti ini juga
(istiqomah) dan dengan niat mengikut cara rasullullah, dapat menghilangkan tekanan dan dapat mengisi masa
kita akan dapat pahala mulakukan sunnah. Wallahualam. lapang daripada membuang masa dengan perkara yang
tidak berfaedah seperti melepak tidak tentu hala. Perkara
paling mencuit hati apabila para peserta memberi nama
kepada kumpulan kami “banana girl dan gadis litar”, oleh
kerana kesungguhan yang telah kami tonjolkan sepanjang
aktiviti tersebut. Kami berharap supaya berpeluang meli-
batkan diri dengan aktiviti luar yang melibatkan masyara-
kat pada masa akan datang.

PAGE 16  16 

“GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK”

Oleh : Siti Nafisah Wahab (AC220) ingkat diploma dan ijazah, 16 Mei seakan
terpadam daripada ingatan saya. Hakikatnya
Slogan di atas merupakan tema hari saya alpa, pensyarah juga seorang guru!
guru pada tahun2015 yang telah di-
persetujui oleh YAB Timbalan Perdana Baru-baru ini, setelah hampir 12 tahun
Menteri merangkap Menteri Pendidikan meninggalkan alam sekolah rendah, seorang
Malaysia. guru yang begitu rapat dengan saya suatu
ketika dahulu telah memberikan ucapan
Masih saya ingat ketika di sekolah ren- selamat ketika hari lahir saya serta men-
dah, menjelang 16 Mei setiap tahun, doakan saya menjadi seorang insan yang ber-
saya begitu bersemangat memberi had- jaya dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. In-
iah kepada guru-guru saya. Disebabkan gatan saya mula terimbau ke beberapa tahun
tidak mahu meminta wang daripada ibu kebelakangan. Sering kali saya terserempak
bapa, saya mengambil pen milik abang dengan guru dan pensyarah saya di jalanan
atau kakak saya, kotak pula hanya atau sekadar bertegur sapa di media sosial.
menggunakan kotak ubat gigi Colgate, Ironinya, mereka yang memulakan langkah
dan dibalut dengan kertas minyak untuk menyapa anak murid mereka sendiri.
diberikan kepada guru saya. Saya mera-
sa begitu bangga apabila mereka Ya, saya merasa terpukul! Seorang guru yang
tersenyum ketika membuka hadiah saya mempunyai begitu ramai anak murid masih
walaupun tidak seberapa. Hakikatnya, mengingati saya yang bukannya seorang
guru-guru saya bukanlah seorang yang yang dapat membanggakan mereka ketika
materialistik. menjadi anak murid mereka. Siapa saya un-
tuk melupakan mereka setelah begitu banyak
Namun begitu, seiring peningkatan usia
remaja, semasa di sekolah menengah
saya sudah tidak lagi mempraktikkan
amalan memberi hadiah pada hari guru.
Oleh kerana saya seorang setiausaha
kelab pengawas, maka saya menjadi
antara orang yang bertanggungjawab
dalam membuat persediaan sambutan
hari guru setiap tahun. Ini membuatkan
saya merasa memberi hadiah secara per-
sendirian tidak lagi relevan kerana kelab
pengawas pastinya menyediakan pe-
runtukan untuk membeli hadiah buat
setiap guru.

Apabila menyambung pelajaran ke per-

ACCOUNTING & LAW

 17 

VOLUME 1, ISSUE 1 PAGE 17

ilmu yang mereka curahkan untuk menjadikan saya Kami rindu mak
seorang insan yang berguna. Maka di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada Oleh : Nurul Ain & Nadia (AC220)
semua guru dan pensyarah yang saya sayangi. Jutaan
terima kasih buat guru-guru dan pensyarah-pensyarah Mak,
saya yang mengajar saya menjadi seorang manusia Siapalah kami tanpa mu,
berguna. Kau yang melahirkan kami ke dunia,
Kau juga yang besarkan kami hingga siapa kami sekarang,
Kau lakukan apa sahaja untuk besarkan kami,

Mak,
Kami terlalu rindukan mak,
Kau segalanya bagi kami di dunia ini,

Mak,
Begitu cepat masa berlalu,
Belum sempat kami membalas jasamu, mak
Belum sempat kami memberi kesenangan kepada mu,
Belum sempat kau merasa kejayaan kami,
Tapi kau terlebih dahulu mengadap Ilahi,

Mak,
Maafkan segala silap kami semasa kau di dunia,
Terlalu banyak salah kami,mak,

Ya Allah,
Kami terlalu sayangkan mak,
Engkau tempatkan mak dikalangan soleh solehah, Amin.
Al –Fatihah..

**hargailah ibu bapa mu sementara mereka masih ada**
**siapalah kita tanpa mereka**

 18 

 19 

 20 

 21 

 

Pelajar perakaunan johan 1000 Pitching anjuran Masmed UiTM Pahang

Pertandingan 1000 pitching peringkat UiTM Cawangan Pahang telah diadakan pada suku per-
tama tahun 2015. Pertandingan ini telah mendapat penyertaan seramai 146 kumpulan.

Pemenang pertandingan 1000 pitching ini dibuat berdasarkan kriteria berikut:

1. Penyata masalah yang kukuh
2. Idea yang bernas
3. Keboleh pasaran produk
4. Impak kepada masyarakat dan ekonomi
5. 3 minit padat dengan informasi
6. Penyampaian yang baik dan jelas
7. Kualiti Video yang jelas dan menarik

Berikut adalah keputusan bagi 1000pitching peringkat UiTM Cawangan Pahang: -

1. AC110 Gazebo for Asnaf Mohd Haniff Hanafiah
2. AC220 Drive Thru Malaysian Food Mohd Iqbal Mohd Azami
3. AS117 Key Rack Khairul Izzuddin

Seluruh warga Pusat Pengajian Perakaunan dan Undang-udang (PPPU) mengucapkan jutaan
tahniah kepada pelajar AC110 dan AC220 yang telah sudi mengambil bahagian dalam pertand-
ingan ini serta mengharumkan nama Pusat Pengajian Perakaunan dan undang-undang.

 22 

Laporan Kejohanan Memanah Karnival Sukan MASUM 2015

Oleh : Mohamad Azmi Nias Ahmad (Pengurus Pasukan)
Mukhriz Mohamed (Jurulatih Pasukan)

Bermula 19 July hingga 7 Ogos 2015, pasukan memanah UiTM telah menyertai Kejohanan
Memanah Karnival Sukan MASUM 2015 bertempat di UTM Skudai, Johor. Pasukan
memanah dianggotai oleh 3 pegawai dan 16 atlet.

Alhamdulillah, UiTM telah memenangi 8 pingat emas, 7 pingat perak dan 7 pingat gangsa da-
ripada 24 pingat emas yang dipertandingkan. Berada ditempat kedua, selepas UPM, diharap
agar pasukan memanah UiTM dapat mengembalikan kegemilangan sukan memanah UiTM
yang pernah dikecapi pada tahun-tahun terdahulu di persada sukan tanahair dan antarabangsa.

Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua atlet UiTM yang telah berjuang habis
-habisan di kejohanan ini demi memastikan UiTM menjadi juara dan kepada wira yang tidak
didendangkan daripada kalangan staf UiTM yang sentiasa berkerja keras dan bersiap siaga da-
lam apa keadaan sekali pun.
 

 23 

 

Cerita pendek

Oleh : Norlaila Md Din

CERITA 1

my girl: umi...kakak tension la buat kerja dalam group nih...
me: kenapa pulak?
my girl: bila kakak buat silap sikit budak-budak dalam group tu suka sakat, gelak-gelakkan ka-
kak...sakit hati kakak
me: biasalah kakak...manusia biasa semuanya buat silap
kakak: habis kalau sehari tak kisah la...kakak pun gelak jugak...tapi kalau 5 hari berturut-turut,
diungkit digelak beramai-ramai...tiang lampu pun boleh rasa marah
me: habis,kawan kakak tu tak da buat silap ke? Sempurna sangat ke?
my girl: adalah juga silapnya
me: kenapa kakak tak ungkit pulak kesilapan dia, gelak-gelakkan dia balik....baru dia tau!
my girl: tapi kan umi tu kan perangai tak elok, cari kesalahan orang, mengata kelemahan orang,
kawan yang baik akan tolong perbaiki kelemahan kawan...
me: alahai la anak.......doa je la kakak.....

CERITA 2

Suratkhabar berturut-turut menyiarkan cerita perempuan dibunuh oleh kekasih mereka....samada
cerita itu benar atau tak....Tuhan sahaja yang tahu......yang pasti...cerita demikian sungguh mer-
obek hati....
kepada kaum hawa di sana....berhati-hatilah...kita kaum yang lemah secara fizikal....demi Tu-
han....peliharalah nyawa dan kehormatan kita serta maruah.....kita boleh mulakan dengan tidak
keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim...walaupun sidia tu tunang atau sahabat lelaki
sejak kecil......jikalau nak keluar rumah...pastikan ada yang meneman.....abang atau ayah atau sua-
mi.......atau anak lelaki......InshaAllah....

CERITA 3

My girl: umi...kakak rasa muka kakak buruk la kalau pakai cermin mata....
Me: jadi kalau tak pakai... kira cantik la?
My girl: Iya la kakak sedar la kakak ni buruk! (mood merajuk)
Me: Eh! kalau kakak buruk..umi pun buruk juga la...kakak kan anak umi
My girl: hmmmm (terus masuk bilik)
Me: hmmm dilema si kaca mata...

 24 

CERITA 4
Once upon a time (20 years ago: location:England)
medic student(a lady): Ustaz....kami tak dibenarkan memakai tudung semasa didalam bilik operation...boleh
tak kami pakai scarf je?
Ustaz: Siapalah saya.....nak bagi kebenaran....dah Allah suruh tutup aurat semua kecuali muka dan tapak
tangan....maaflah bukan hak saya tu ...hak Allah tu....
10 years ago: In Malaysia
Penonton: Ustaz...saya ni bersolat semua waktu kecuali subuh...selalu tak terbangun.....boleh ke saya solat 4
waktu je?
Ustaz: Maaflah...Allah dah kata 5 waktu, saya tak berhak nak bagi 4 pula...hak Allah semua tu.....
moral: Dari Allah kita datang...kepadaNya kita pulang....hidup penuh dugaan....

CERITA 5
My girl: Umi,kakak nak keluar gi taman
Me: Ok kakak,tapi kakak dah besar...kena tutup aurat ya...pergi pakai tudung.
My girl: baik umi...
My girl keluar dengan bertudung diikuti adiknya juga bertudung.
Me : alahai...comel...moga anak-anak umi jadi anak-anak solehah
Me: Hah??????? eh harith... Boy tak pakai tudung!!!!
Harith: Nak jugak!!!!
Me: Aduh!!!!

CERITA 6
my son: Salam umi...(nak gi sekolah) ….. (berhenti sebentar bermain facebook)
me: ...(sambil salam).....ingat Allah,ingat Rasulullah...belajar kerana Allah ya long.....
my son: ya......kurangkan bermain facebook umi....
me: hah????hmmm sesama kita berpesan-pesan ya long....

CERITA 7
Issue monday blues! Haish tak habis - Dear students...everytime you all miss my class...I feel being
stabbed....and when you tell me you are overslept.. The stab is becoming deeper..believe me! You are not
stabbing me alone...you stab your parent too!

CERITA 8
hubby: Pelik la...lepas banjir ni ikan macam tak ada langsung dalam sungai tu.pergi memancing asyik mem-
bangau je...
wife: Tak mengapa...jom kita balik kampung jumpa emak dan bawak emak jalan-jalan dan makan-makan....
after jalan-jalan dan makan dengan emak....
hubby: Alhamdulillah...baru dapat udang galah tadi masa memancing...
pelik la....dah 2 tahun memancing...tak pernah dapat udang pun!
wife: Itu pun pelik???(hmm another power of sedeqah)

 25 

CERITA 9
Hari ni nak buat hati kering, siapa yang ponteng hari ini kena masuk kelas lecturer lain untuk habiskan
chapter.jangan masuk kelas saya dah...I have enough with these nonsence!!!
sekali masuk message bertalu-talu....minta maaf madam, kami tak sengaja tertidur, kami tak sengaja, kami
minta madam halalkan segala ilmu madam bagi selama ini.
me: Huhuhu sedih la pulak.....OK la you all masuk la kelas macam biasa...
(payah kalau hati lembik seperti sekeping kertas ni ....) ceq dah kalah.

CERITA 10
A friend: Tidak sangka sungguh dapat cabutan bertuah kali ini! Selama 40 tahun ni tak pernah dapat!
Me: Ada buat apa-apa sebelum dapat hadiah tadi tak?
Friend: Biasa je....sebelum datang sini ambik wudhuk dulu..lepas tu ada bagi roti kat budak sebelah...
Me: Hmmm the power of sedeqah.....

CERITA 11
A very touchy....to me.
Student: Puan.....kenapa topik publish ni rasa macam berat sangat?
me: Mudah...kalau kamu ikut step...
Student: Iya ke?
me: Biar saya tunjuk....mula-mula format-lepas tu posting-lepas tu adjusting- then finalising...tadaaa.....see
dah siap....
Student: macam tu je puan?????? waaaaaa!!!!!(menangis sungguh-sungguh)
me:....Pulak.....(kesian....begitulah pressure dekat nak exam)

CERITA 12
Umi...ni handbag saya buat untuk umi.....alahai anakku...mentang-mentang handbag Umi dah bertahun tak
berganti,suruh umi pakai handbag kotak koko diikat dengan getah....hmmmm

CERITA 13

Macam-macam isu berkenaan facebook ni ya:
Sahabat A : Boleh dia paparkan kat facebook gambar budak malas belajar dalam kelas dia....kesian kat fami-
ly budak tu...mesti terasa
Sahabat B: Dia tulis kat facebook ....sindir-sindir saya
Sahabat C: Setiap kali status dia tunjuk gambar suami sakit ke, anak sakit ke,emak masuk hospital ke...saya
doakan agar family dia tu cepat sembuh tapi dia buat ‘dek’ je, like tidak, respond tidak, orang lain boleh pu-
lak dia respond.....
Sahabat D: Saya tak percaya apa sahaja yg ditulis di facebook!!! sebab itukan medan sosial....mana boleh
kita percaya!!!
Aku: hmmmmmmm

Jamuan Hari Raya 1/2 13 Ogos 2015  26 
 

Bahagian 1 AC110  Bahagian 2 AC110 

Bahagian 3 AC110  Pelajar tahun akhir AC110 

 27 

Jamuan Hari Raya 2/2 13 Ogos 2015

 28 

Pelancaran Kolokium 27 Mac 2015

 29 

Program pemantapan penyelidikan 01 APRIL 2015

 30 

FUNancial.S.Battle recording session 14 April 2015

 31 

Accounting on the Block recording session 22 April 2015

 32 

IIDEX 29-30 April 2015

 33 

E-ConDev 11 Jun 2015

 34 

Bike Cross 21 Mac 2015

 35 

Lawatan AC220 ke Tadika Naluri bestari 14 Mei 2015

 36 

SUKANEKA Kelab Akademik 23 April 2015

 37 

SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM PERSIDA 19 MAC 2015

KARYA PENSYARAH DAN PELAJAR

Pihak redaksi Accounting & Law amat mengalu-alukan segala
bentuk karya dari pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar
untuk dimuatkan didalam E-majalah “Accounting & Law” ini.

E-majalah ini akan diterbitkan dua kali setahun
(Mac & Sept). Sila hantar karya tersebut di alamat email:
[email protected].

SIDANG REDAKSI

Penaung : Prof Dr Jamaludin Kasim

Penasihat : Prof Madya Dr Halil Paino

Tuan Hj Mustafa Kamal Mat

Prof Madya Dr Azhan Hashim

Mohd Aripin Amat

Ketua Pengarang : Mohamad Azmi Nias Ahmad Editor : 5 Noor Hasimah M. Yacob
1 Zuhariah Husin 6 Sabariah Jamaluddin
Ketua Editor : Ahmad Mazlan Ahmad Shamshudin 2 Azlan Md Thani 7. Syahida Md Zeni
3 Lily Mazlifa Mustafa 8. Faizah Azam Ahmad Azam
4 Nor Hawani Wan Abdul Rahman


Click to View FlipBook Version