The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama Ahli Kumpulan:
Nur Syakirah binti Ab llah
Nur Aini Anisatirah binti Mohamad Azam
Muhammad Yusri bin Ahmad

Nama Pensyarah:
En. Selvaratnam a/l Navaratnam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusri09-697, 2021-12-05 22:16:19

Perancangan Program GHSS3013

Nama Ahli Kumpulan:
Nur Syakirah binti Ab llah
Nur Aini Anisatirah binti Mohamad Azam
Muhammad Yusri bin Ahmad

Nama Pensyarah:
En. Selvaratnam a/l Navaratnam

Keywords: GHSS3013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 )

GAYA HIDUP SIHAT
(GHSS 3013)

DISEDIAKAN OLEH:

NUR AINI MUHAMMAD
YUSRI BIN
NUR SYAKIRAH ANISATIRAH AHMAD

NAMA PELAJAR BINTI AB LLAH BINTI MOHAMAD

NO. KAD PENGENALAN NOOR AZAM
ANGKA GILIRAN
KUMPULAN 990921-03-5992 991017-03-6270 980603-10-6311
NAMA PENSYARAH
TAJUK TUGASAN 2018192340080 2018192340035 2018192340031
PISMP D4 PISMP D2 PISMP D2

SIR SELVARATNAM A/L NAVARATNAM

PERANCANGAN PROGRAM (BERKUMPULAN)

TARIKH HANTAR 4 DISEMBER 2021

TARIKH TERIMA
MAKLUM BALAS
PENSYARAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA: GAYA HIDUP SIHAT

PROGRAM CAKNA KESIHATAN MENTAL: ALWAYS BE AWARE

TARIKH/HARI:
07 DISEMBER 2021/SELASA

TEMPAT:
KEDIAMAN PELAJAR DAN PESERTA

PELANTAR:
APLIKASI GOOGLE SITES & GOOGLE MEET

ANJURAN:
PELAJAR ELEKTIF TERBUKA GAYA HIDUP SIHAT (PAKEJ C)

PISMP AMBILAN JUN 2018

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan persetujuan daripada
Puan Hajah Asilah binti Osman, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu bagi
menganjurkan program Cakna Kesihatan Mental: Always Be Aware anjuran pelajar elektif terbuka
Gaya Hidup Sihat PISMP ambilan Jun 2018 bagi memenuhi Ringkasan Maklumat Kursus (RMK)
Gaya Hidup Sihat (GHSS3013) pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

2.0 LATAR BELAKANG
Kesihatan mental merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu tanpa
mengira umur, bangsa dan agama. Hal ini demikian kerana aspek mental boleh mempengaruhi
produktiviti harian seseorang. Mental yang sihat dapat memberikan kesejahteraan dan
kelancaran kepada seseorang individu dalam menjalani kehidupan sehariannya. Tanpa mental
yang sihat, rakyat Malaysia akan hidup dalam ketakutan disebabkan oleh keganasan atau tingkah
laku tidak sedar oleh pesakit mental.

Dalam pada itu, penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas dari tahun 2019
sehingga hari ini telah banyak memberikan impak yang buruk kepada kesihatan mental
seseorang. Adam Zulkarnain dan Ruzilah Ehsan (2020) menyatakan bahawa penyebaran wabak
Covid-19 yang serius secara meluas di seluruh dunia telah mendorong Pertubuhan Kesihatan
Dunia (WHO) mengistiharkan bahawa wabak Covid-19 ini sebagai pandemik. Keadaan ini
membuktikan bahawa wabak penyakit ini telah melanda seluruh negara yang bukan sahaja
merencatkan perkembangan ekonomi malah menganggu pelbagai aspek dalam kehidupan
manusia lebih-lebih lagi emosi.

Oleh itu, pihak kerajaan telah merancang pelbagai pelan dan strategi tindakan bagi
membendung wabak ini daripada terus merebak dan meragut nyawa-nyawa insan tersayang di
sekeliling. Justeru itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia telah
membawa kepada langkah yang diambil oleh Malaysia untuk memutuskan rantaian wabak Covid-
19 daripada terus menular dalam komuniti. Hal ini telah mengubah gaya hidup masyarakat
Malaysia sekaligus menjejaskan kesihatan mental. Rohana Hamzah et al. (2021) mengatakan
perubahan ini juga telah memberikan kesan kepada semua mahasiswa kerana masa mereka
banyak dihabiskan di hadapan ‘skrin bercahaya’ sahaja akibat daripada pengajaran dan
pembelajaran dalam talian atau online distance learning.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, golongan mahasiswa menghadapi kesukaran
dalam menyesuaikan diri dengan tekanan dan cabaran pada masa kini sehingga menyebabkan
ada sesetengah mahasiswa mengalami perasaan takut atau bimbang tanpa sebab, mudah
marah, kerap terperanjat serta sering mengalami masalah sukar tidur, hilang selera makan dan
hilang fokus dalam pembelajaran. Keadaan ini akan menjejaskan keupayaan mereka untuk
menyelesaikan tekanan dan tuntutan hidup lebih-lebih lagi ketika menyiapkan kerja kursus,
projek, pembentangan dan kerja berkumpulan. Mereka tidak akan pulih daripada isu kesihatan
mental jika tiada sokongan yang padu daripada komuniti dan ahli keluarga.Bukan itu sahaja,
menurut Soon Mui Peng & Shahlan Surat (2021), pembelajaran di rumah dalam tempoh PKP
yang dilaksanakan tanpa bersemuka secara fizikal telah menyebabkan pelajar mengalami
kesunyian. Kurangnya interaksi dengan rakan sebaya menyebabkan sokongan sosial dan emosi
mereka semakin berkurang dan menyebabkan kesihatan mental mereka terkesan.

Oleh hal yang demikian, stigma buruk terhadap mahasiswa yang mempunyai masalah
kesihatan mental harus dihentikan kerana stigma ini memperlihatkan mereka ini mengada-ngada
dan lemah apabila kesihatan mental mereka menurun (Rafidah Mat Ruzki, 2021). Keadaan ini
akan menyebabkan mereka kehilangan keyakinan diri dan tiada matlamat untuk meneruskan
kehidupan justeru perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana golongan mahasiswa merupakan
pewaris dan aset berharga negara bagi memacu kemajuan dan kejayaan sesebuah negara.
Jelaslah bahawa, tahap kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia tentang kesihatan mental
dan emosi berada dalam keadaan rendah dan membimbangkan kerana boleh mempengaruhi
gaya hidup seseorang individu.

3.0 RASIONAL
Program Cakna Kesihatan Mental: Always Be Aware yang akan dianjurkan ini merupakan suatu
alternatif dalam memupuk kesedaran siswa pendidik IPGKBM untuk menjaga kesihatan mental
lebih-lebih lagi dalam menghadapi norma baharu kehidupan sebagai seorang pelajar. Tambahan
pula, program ini dapat menambah pengetahuan peserta mengenai masalah mental dan kesan
buruk yang boleh menimpa individu sekiranya tidak diberikan rawatan pemulihan dari awal. Oleh
hal yang demikian, pelajar elektif Gaya Hidup Sihat merasa terpanggil untuk mengadakan
program seperti ini.

4.0 MATLAMAT PROGRAM
Matlamat utama penganjuran program Cakna Kesedaran Mental: Always Be Aware ini adalah
untuk memberikan kesedaran dan maklumat kepada peserta melalui pemahaman yang jitu
tentang masalah kesihatan mental yang berlaku dewasa ini sekaligus menjadi agen perintis
kepada penyebaran ilmu pengetahuan berkaitan penyakit mental kepada orang terdekat.
Seterusnya, program ini membudayakan amalan penjagaan kesihatan mental dalam kalangan
siswa pendidik IPGKBM. Selain itu, program ini dilaksanakan untuk menepis tanggapan negatif
berkaitan penyakit mental dalam masyarakat umum.

5.0 OBJEKTIF PROGRAM
Objektif menjadi pemangkin utama dalam mencapai matlamat yang dinyatakan sebelum ini.
Antara objektif utama bagi pelaksanaan program ini adalah:
i. Memberikan pendidikan kepada peserta tentang aspek-aspek penjagaan kesihatan mental

dan kepentingannya.
ii. Memantapkan pengetahuan tentang pencegahan dan pengesanan awal penyakit mental

dalam kalangan peserta.
iii. Mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental siswa pendidik dalam

menghadapi norma baharu dalam sistem pendidikan.
iv. Mengurangkan stigma negatif berkaitan penyakit mental dalam kalangan masyarakat.

6.0 BUTIRAN PROGRAM

Nama Program : Program Cakna Kesedaran Kesihatan Mental: Always
Be Aware.

Tarikh Program : 07 Disember 2021
Hari Program : Selasa
Tentatif program : (Rujuk Lampiran 1)
Lokasi/Tempat program : Kediaman rumah peserta masing-masing

7.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA
Terbuka kepada semua pelajar semester 8 IPG Kampus Bahasa Melayu.

8.0 AHLI JAWATANKUASA DAN SENARAI TUGAS
8.1 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA PROGRAM

Penasihat Program : En. Selvaratnam a/l Navaratnam

Pengarah Program : Nur Syakirah Binti Ab Llah

Penyelaras Program : Nur Aini Anisatirah Binti Mohamad Noor Azam

Setiausaha : Muhammad Yusri Bin Ahmad

Bendahari : Hanie Karmila Binti Shohaimi

AJK Pendaftaran : Atiqah Qurratu Ain Binti Ibrahim

AJK Publisiti : Abdul Muhaimin Bin Mohd Fazil

AJK Cenderamata : Nik Muhamad Nor Syazanis Bin Nik Syarman
AJK Jemputan : Liyana Dalila Binti Ghafar
AJK Teknikal : Nurul Syafiqah Binti Ahmad Shuhaimi

8.2 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA
Senarai tugas bagi jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam mengurus dan
melancarkan program ini dapat dirujuk pada bahagian Lampiran 2.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 PENDAPATAN

Sumber kewangan diperoleh daripada sumber-sumber berikut:

Pendapatan Jumlah

Sumbangan Peribadi RM 30.00

Sumbangan Rakan Pelajar RM 50.00

JUMLAH PENDAPATAN RM 80.00

9.2 ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran belanjawan yang diperlukan untuk pelaksanaan adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Butiran Jumlah

1. Cenderamata Penghargaan 1 RM 60.00
(Penceramah Jemputan)

JUMLAH PERBELANJAAN RM 60.00

10.0 IMPLIKASI
Bagi menjayakan program ini, peserta yang terdiri daripada siswa pendidik program PISMP
ambilan Jun 2018 IPG Kampus Bahasa Melayu tidak perlu menggantikan kuliah kerana program
ini dilaksanakan di luar waktu kuliah. Bukan itu sahaja, cadangan untuk melaksanakan program
Cakna Kesedaran mental: Always be Aware ini tidak memerlukan peruntukan kewangan yang
besar memandangkan pelaksanaan program ini sepenuhnya secara atas talian.

11.0 SYOR
Program ini akan banyak memberikan input yang bermanfaat kepada peserta. Oleh hal yang
demikian, kami memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan program yang
telah dinyatakan seterusnya meluluskan cadangan untuk melangsungkan program Kesedaran
Kesihatan Mental: Are You Aware. Diharap dengan terlaksananya program ini dapat memberi
banyak manfaat dan kesan kepada para peserta. Segala sokongan daripada pihak tuan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................ ...................................
(Muhammad Yusri Bin Ahmad) (EN. SELVARATNAM a/l NAVARATNAM)
Setiausaha Program , Pensyarah kursus MPU3112,
PISMP ambilan Jun 2018, IPG Kampus Bahasa Melayu,
IPG Kampus Bahasa Melayu. 59990 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

Disokong oleh, Diluluskan oleh,

........................ ...............................
(ENCIK SHAMSUL BAHARI BINTI ISMAIL) (PN. HAJAH ASILAH BINTI OSMAN)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Pengarah,
IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu,
59990 Lembah Pantai, 59990 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

RUJUKAN

Adam Zulkarnain Saleng & Ruzilah Ehsan. (2020). Perkhidmatan digital PNM semasa pandemik
Covid-19. Perpustakaan Negara Malaysia.

Rafidah Mat Ruzki. (2021, Mei 25). Stigma halangan utama isu kesihatan mental. Berita Harian

Online. https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2021/05/820479/stigma-

halangan-utama-isu-kesihatan-mental

Rohana Hamzah, Hafiz Salehan, Ahmad Muhaimin, Hadijah Ahmad, Mohd. Suhardi Mad Jusoh
dan Fatmawati Latada. (2021). Kesihatan mental dan kecerdasan spiritual mahasiswa di
universiti; satu perbandingan antara tahun pengajian dan agama. International Journal of
Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 10(3), 18-35.

Soon Mui Peng & Shahlan Surat. (2021). Kajian Tinjauan Sistematik:Pandemik Covid-19: Impak
Terhadap Kesihatan Mental Pelajar. International Journal of Advanced Research in
Islamic Studies and Education (ARISE), 1(2), 98-109.
https://myedujournal.com/index.php/arise/article/view/76/77

LAMPIRAN 1
TENTATIF PROGRAM
NAMA PROGRAM: PROGRAM CAKNA KESIHATAN MENTAL: ALWAYS BE AWARE
TEMPAT: KEDIAMAN PELAJAR DAN PESERTA
TARIKH: 07 DISEMBER 2021

MASA AKTIVITI CATATAN

8.00 malam - 8.30 malam Pendaftaran Peserta Link pendaftaran
diberikan di dalam
WhatsApp/Google
Meet

8.30 malam - 9.45 malam Program Cakna Kesihatan Mental:  Platform: Google
9.45 malam – 10.00 malam
Always Be Aware Meet

 Perkongsian oleh tetamu  Kata Alu-Aluan

jemputan: Cik Fatiha Binti Shuib daripada pengerusi

(Founder of 1Moment4Them) Majlis

 Sesi soal jawab bersama peserta

 Sesi bergambar secara atas talian

bersama peserta

 Ujian Saringan Minda Sihat DASS  Platform: Google

(Depression Anxiety Stress Sites

Scales)

 Colour your Life

 Maklum Balas Program

10.00 malam Bersurai -

LAMPIRAN 2
BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PROGRAM CAKNA KESEDARAN KESIHATAN

MENTAL ALWAYS BE AWARE 2021

Jawatan Bidang Tugas
Penasihat
● Pensyarah penasihat adalah terdiri daripada pensyarah kerja
Pengarah kursus Gaya Hidup Sihat.

● Pensyarah penasihat hendaklah memberi nasihat dalam
perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang sesuai
dilakukan dalam keadaan norma baharu.

● Bertanggungjawab menentukan hala tuju program.
● Mengarah semua mesyuarat serta bertanggungjawab ke atas

pentadbiran, kewangan dan kesempurnaan semua aktiviti.
● Memastikan arahan daripada penasihat program dapat

dijalankan.
● Memberi arahan tugas dengan jelas dan tepat kepada

jawatankuasa.

Penyelaras ● Menyelaras tentatif program dari semasa ke semasa.
Setiausaha ● Memberi notis dan taklimat kepada ahli jawatankuasa, pelajar

yang mengikuti program dan ajk yang berkaitan.

● Menguruskan hal-hal surat menyurat.
● Mencatat, dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan

kegiatan-kegiatan berkaitan program. dengan
● Mencatat kehadiran ahli.
● Menyimpan dokumen yang berkaitan

program.
● Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat.

Bendahari ● Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan program
seperti keluar masuk duit.

AJK Pendaftaran ● Menyediakan dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
AJK Publisiti perkara kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.

AJK Cenderamata ● Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam
AJK Jemputan mesyuarat ahli jawatankuasa.
AJK Teknikal
● Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan selepas program.

● Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh penasihat
dari semasa ke semasa.

● Menyediakan segala keperluan pendaftaran seperti pautan
kehadiran peserta dalam Google Form.

● Menghebahkan pautan pendaftaran kepada peserta.
● Menyerahkan senarai kehadiran kepada Setiausaha.

● Membantu mengurus dan mengatur platform media yang
digunakan.

● Merancang bentuk dan konsep hebahan yang boleh menarik
minat pelajar.

● Membuat liputan video dan fotografi semasa pelaksanaan
program.

● Melaksanakan lain-lain tugas yang berkaitan.

● Menyediakan bajet dan jenis hadiah yang perlu disediakan.
● Memastikan semua pihak yang terlibat menerima hadiah.
● Memastikan bilangan hadiah mencukupi.

● Menghubungi penceramah jemputan untuk memaklumkan
tarikh dan hari program dilaksanakan.

● Menjemput penceramah sebelum program berlangsung.
● Perbincangan mengenai slot yang perlu dilaksanakan.

● Memastikan platform yang digunakan berfungsi dan berjalan
dengan baik.


Click to View FlipBook Version