The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

eBook show a simple tutorial making a batik tie and dye

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ba19161091, 2021-07-18 05:29:00

Tutorial Of Making Batik Tie and Dye

eBook show a simple tutorial making a batik tie and dye

Keywords: #eBook #tutorial #batik

TUTORIAL OF
MAKING BATIK TIE

AND DYE

By
ROZI SUHARTO

PROSES PENGHASILAN BATIK TIE & DYE PORTFOLIO

1) Proses penghasilan batik tie & dye memerlukan bahan seperti yang terdapat dalam
gambar. Antaranya ialah tawas, bahan pewarna getah dan kain putih berukuran
setengah meter serta sesuatu benda bulat seperti penutup botol dan duit syiling
supaya hasil batik kelihatan lebih kreatif.

2) Langkah pertama penghasilan batik tie & dye ialah letakkan air ke dalam besen dan
campurkan serbuk tawas dan larutkan di dalam air. Setelah itu, masukkan kain putih
kedalam besen berisi larutan tawas dan rendamkan kain tersebut selama 30 minit.
Proses merendamkan kain di dalam larutan air tawas berfungsi untuk mengekalkan
dan mematikan warna stelah melalukan proses mewarna pada kain dan keringkan
kain di bawah cahaya matahari.

3) Gambar di atas ialah menunjukkan kain yang telah kering dan melakukan proses
mengikat kain mengikut kreativiti sendiri. Proses mengikat perlu dilakukan dengan
teliti dan diikat secara ketat agar warna tidak merebak keseluruh tempat. Gambar di
sebelah adalah bahan yang diperlukan semasa proses mewarna kain batik tie & dye.
Dalam proses penghasilan batik tie & dye bukan sahaja pewarna kain industry yang
boleh digunakan malah pewarna makanan boleh digunakan kerana mudah didapati
dan serta mesra alam.

4) Proses yang terakhir ialah mewarnakan kain pada kain. Sebelum itu, bahan pewarna
perlu dilarutkan dengan air dengan secukupnya bagi menghasilkan kepekatan yang
baik. Hal ini kerana larutan pewarna perlu dikawal kepekatan di mana jika larutan
pewarna terlalu cair dan terlalu pekat menyebabkan hasil kain tidak memuaskan di

akhir proses. Gambar di atas sebelah kanan adalah hasil kain batik tie & dye yang
telah siap diwarnakan dan kain tersebut perlu dikeringkan sehingga warna pada kain
menjadi kering dan menyerap ke seluruh kain. Kain batik tie & dye pun telah siap
dan boleh dibentangkan sebagai pameran.

Kesimpulannya, proses penghasilan batik tie & dye semakin popular dalam bidang
peridustrian dan perniagaan kerana penghasilan dilakukan dalam skala yang besar dan lebih
banyak produk dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti t-shirt kemeja, beg tangan, bantal
dan lain-lain.






Click to View FlipBook Version