Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 1
Bidang : Psikososial.
Tajuk : ‘Ice Breaking’ – Suai Kenal
Masa : 30 minit
Sasaran : Semua ahli kumpulan
Bahan : Borang Biodata Mentee
Objektif : Setelah menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar akan dapat:
1. Mewujudkan suasana mesra dan jelekit.
2. Bekerjasama dan rasa kekitaan.
3. Menghilangkan perasaan malu.
4. Mengenali rakan lama dan baru dalam kumpulan
Prosedur :
1. Set induksi.
Ucapan selamat, meluah perasaan, berkongsi
biodata, kegemaran dan lain-lain.
2. Mentor mengedarkan borang biodata kepada murid-
murid.
3. Mentor memilih beberapa orang murid untuk
memperkenalkan diri dan perkongsian pengalaman.
4. Mentor mengumpulkan semua Borang Biodata
pelajar.
Penilaian : Dapat mengenali guru mentor dan rakan-rakan lain dalam
Rumusan : satu kumpulan dengan lebih rapat.
Falsafah :
Setiap diri individu adalah unik dan kita hendaklah menerima
semua rakan kita dengan hati yang terbuka.
Muafakat membawa berkat.
1
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 2
Bidang : Psikososial.
Tajuk : KOMUNIKASI SEHALA DAN DUA HALA
Masa : 30 minit
Sasaran : Semua ahli kumpulan
Bahan : Kertas A4, pensil & lampiran rajah
Objektif : Setelah menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar akan dapat:
Menguasai kemahiran komunikasi berkesan yang bermula dengan
mendengar dengan aktif.
Memupuk komunikasi dua hala yang berkesan bagi meningkatkan
kualiti kerja.
Komunikasi dua hala mengelakkan salah faham.
Prosedur :
1. Mentor mengedar dua keping kertas A4 kepada semua mentee dan
diminta duduk dalam satu bulatan.
2. Mentor memberikan arahan berikut supaya dilukis oleh mentee. Mentee
tidak dibenarkan bertanya. Arahan diulang dua kali sahaja.
Lukis satu bulatan
Dalam bulatan itu, lukis tiga bulatan kecil.
Di atas bulatan lukis sebuah segitiga.
Di bawah bulatan pula, lukis sebuah segi empat tepat secara
menegak.
Di kiri dan kanan segi empat tepat menegak itu, buat satu segi
empat tepat secara melintang.
Di bawah segi empat tepat menegak tadi, lukis dua segi empat
tepat menegak sekali lagi dengan hujungnya dilukis satu
bulatan.
2
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
3. Di atas kertas lain, mentee diminta melukis kali kedua dengan arahan
yang sama tetapi kali ini dibenarkan bertanya.
4. Mentee diminta membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan
lukisan contoh.
Penilaian : Dapat membandingkan keberkesanan komunikasi dua hala
berbanding dengan komunikasi sehala.
Rumusan :
a. Mentor meminta mentee memberikan maklum balas berkenaan perasaan
mereka semasa melukis kali pertama dan kedua.
b. Mentor berbincang bagi mendapatkan maklum balas dengan memberi
fokus kepada:
Kepentingan kemahiran mendengar dalam mewujudkan
komunikasi berkesan
Komunikasi satu hala sering menimbulkan masalah salah faham
dan menghalang pencapaian matlamat.
c. Kaitkan masalah komunikasi sehala dan komunikasi dua hala ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan kepentingan bertanya dalam
kelas semasa guru mengajar.
Falsafah : Malu bertanya sesat jalan.
3
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
Lampiran
4
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 3
Bidang : Psikososial /Akademik
Tajuk :
Masa : Semangat Tekad dan Azam
Sasaran :
Bahan : 30 minit
Objektif : Semua ahli kumpulan
Prosedur : Borang Target PMR/SPM (rekod 1b) dan borang pencapaian
semasa (Rekod 4)
Penilaian :
Rumusan : Setelah menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar akan dapat:
1 Membuat jangkaan/target markah mata pelajaran
Falsafah :
tertentu
2 Menyedari kekuatan dan kelemahan diri dalam mata
pelajaran yang dipelajarinya
3 Meningkatkan motivasi untuk meningkatkan pencapaian
akademik.
1. Set induksi
Mentor menerangkan tentang kepentingan membuat
perancangan dan mempunyai target pencapaian
akademik.
2. Mentor mengedarkan borang pencapaian semasa dan
meminta murid mencatat markah sebenar yang
diperolehinya dalam ujian lalu seterusnya
membandingkannya dengan target PMR/SPM yang telah
mereka catatkan dalam rekod 1b.
3. Mentee diminta menceritakan tentang keputusan
peperiksaan mereka dan menyatakan sebab tentang
kejayaaan/kegagalan mereka
4. Mentor memberi pujian kepada yang berjaya dan
memberi dorongan kepada murid yang gagal
Mentor melihat pencapaian semasa setiap menteenya.
Menyedari kekuatan dan kelemahan diri adalah langkah
utama untuk bertindak ke arah kecemerlangan.
“Di mana usaha di situ ada kejayaan”
5
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 4
Bidang : Psikososial
Tajuk : Audit Diri
Objektif : Setelah menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar akan dapat:
Masa : Membina senarai semak muhasabah diri.
Sasaran : Menilai baik, buruk, kesan dan akibat mengamalkan tabiat
Bahan :
buruk.
Membina strategi membersihkan jiwa dengan mengenal pasti
sifat-sifat yang tidak baik.
Membina keyakinan diri dan membina kemahiran menguasai
30 msinifiat.t-sifat terpuji.
Semua ahli kumpulan
Kertas A4 & pen
Langkah-langkah:
1. Mentor meminta mentee menyenaraikan sebanyak mungkin perkara baik
yang mereka telah lakukan pada masa seminggu lepas.
2. Seterusnya mentor meminta mentee menyenaraikan sebanyak mungkin
perkara buruk yang mereka telah lakukan pada masa seminggu lepas
3. Mentee diminta menyatakan perkara baik dan buruk yang telah mereka
senaraikan.
4. Mentor menerangkan perkara yang dilakukan oleh mentee ada yang
termasuk dalam kategori akhlak yang baik, sifat terpuji dan ada juga
dalam kategori yang buruk iaitu sifat yang tidak baik.
5. Mentee berbincang berkenaan strategi mengubah sifat tidak baik kepada
sifat-sifat terpuji melalui tingkah laku berakhlak.
Penilaian : Mentee mampu membuat penilaian tentang perlakuan yang
Falsafah : baik dan buruk.
6
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 5
Bidang : Disiplin
Tajuk : Kekemasan Diri
Objektif : Setelah menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar akan dapat:
1. Memperbaiki penampilan diri
2. Mematuhi peraturan disiplin sekolah
3. Menjadi contoh kepada pelajar lain.
Masa : 30 minit
Sasaran : Semua ahli kumpulan
Bahan : Buku peraturan sekolah
Langkah-langkah:
1.Set induksi.
Mentor memberikan panduan tatacara berpakaian mengikut
peraturan sekolah
2. Mentor memeriksa pakaian setiap ahli kumpulan
3. Mentor memberi teguran dan nasihat kepada mentee yang tidak
berpakaian mengikut peraturan.
4. Mentor memberikan peneguhan positif/kata-kata pujian kepada
mentee yang berpakaian lengkap dan kemas.
Penilaian : Pelajar menunjukkan sikap positif dan sedia untuk berubah
ke arah yang lebih baik.
Rumusan : Personaliti setiap insan adalah berbeza tetapi kita mesti
mematuhi peraturan dan norma yang telah ditetapkan.
Falsafah : Disiplin membentuk jati diri.
7
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 6
Bidang : Akademik
Tajuk : Pemantauan Buku Latihan Pelajar
Objektif : Setelah menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar akan dapat:
1. Menyiapkan semua tugasan dan latihan yang
diberikan oleh guru.
2. Lebih memberi perhatian kepada tugasan atau latihan
yang diberikan.
3. Mengambil berat terhadap kemajuan akademik
Masa : 30 minit
Sasaran : Semua ahli kumpulan
Bahan : Buku Latihan Pelajar
Langkah-langkah:
1. Set induksi.
Mentor menerangkan faedah dan kepentingan
menyiapkan latihan atau tugasan yang diberikan oleh
guru-guru.
2. Mentor memeriksa buku latihan/buku kerja setiap ahli
dari mana-mana mata pelajaran.
3. Mentor memberi teguran dan nasihat kepada ahli
mentee yang gagal menyiapkan tugasan/latihan yang
diberi.
4. Mentor memberikan peneguhan positif/kata-kata
pujian kepada ahli mentee yang melaksanakan
tugasan/latihan dengan lengkap dan kemas.
Penilaian : Pelajar menunjukkan sikap positif dan sedia untuk berubah
ke arah yang lebih baik.
Rumusan : Setiap tugas yang diberikan ádalah satu amanah dan kita
bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah dengan
penuh dedikasi.
Falsafah : Diri kita tanggungjawab kita
8
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 7
Bidang : Akademik.
Tajuk : Kemahiran Pengurusan Masa.
Objektif : Pada akhir sesi, murid :-
1. Dapat mengenal pasti jenis aktiviti yang dilakukan
sebagai seorang pelajar.
2. Dapat menentukan bagaimana mengurus masa
dengan berkesan.
3. Menyedari kepentingan pengurusan masa dengan
berkesan.
Masa : 40 minit
Sasaran :
Bahan : Semua ahli kumpulan
Lampiran – contoh jadual pengurusan masa
Langkah-langkah: Set induksi
1. Guru membuka perbincangan mengenai cara dan
2. amalan murid membahagikan masa.
3. Guru menerangkan tentang kepentingan pengurusan
4. masa kepada murid.
5. Guru mengedarkan bahan bercetak kepada semua
murid.
6. Guru memberi panduan dan meminta murid mengisi
7. jadual waktu persendirian pada hari persekolahan
dan waktu cuti sekolah.
Guru meminta murid memasukkan nama mata
pelajaran pada hari dan masa yang sesuai dan
mengagihkan mengikut kepentingan mata pelajaran
tersebut. Antara cadangan aktiviti yang boleh
dilaksanakan ialah seperti kerja rumah, ulangkaji,
menjawab soalan latihan dan menjawab soalan-
soalan lepas.
Guru meminta murid membentangkan hasil aktiviti.
Guru membuat rumusan dan kesimpulan.
Penilaian : Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk
Rumusan : dijadikan panduan bagaimana mengurus masa dengan baik.
Falsafah : Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan
baik.
Masa itu emas.
9
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
Lampiran
PANDUAN MEMBAHAGIKAN MASA
1. Lakukan perkara yang memerlukan tindakan segera berbanding dengan
perkara yang tidak dikehendaki dilakukan dengan segera.
2. Lakukan perkara yang lebih cepat untuk disiapkan berbanding dengan
perkara yang menggunakan masa yang banyak.
3. Lakukan perkara yang sudah dirancang terlebih dahulu berbanding yang
belum dirancang.
4. Lakukan perkara yang kita tahu dahulu berbanding perkara yang kita tidak
tahu.
5. Lakukan perkara yang mudah dahulu berbanding yang susah.
CONTOH JADUAL PENGURUSAN MASA CONTOH JADUAL PENGURUSAN MASA
HARIAN HARI CUTI
Masa Aktiviti Masa Aktiviti
5.00 pagi Bangun tidur 6.00 pagi Bangun tidur/Bersih
6.00 pagi Bersih Diri/Solat/Sarapan diri/Solat
7.00 pagi 7.00 pagi Sarapan
8.00 pagi 8.00 pagi Ulangkaji pelajaran
9.00 pagi 9.00 pagi Ulangkaji pelajaran
10.00 pagi Berada di sekolah, 10.00 pagi Ulangkaji pelajaran
11.00 pagi P&P
11.00 pagi Bantu Ibubapa/Kemaskini
12.00 tgh peralatan sekolah
1.00 ptg Solat Zohor/ Makan 12.00 tgh Makan Tgh/Rehat
2.00 ptg tengah hari 1.00 ptg Solat Zohor
3.00 ptg 2.00 ptg Rehat
3.30 ptg Prep / K. Tamb 3.00 ptg K.Rumah
5.30 ptg Aktiviti Riadah 4.00 ptg K.Rumah
6.00 ptg Makan malam/Urus diri 5.00 ptg Aktiviti Riadah
7.00 mlm Persiapan Diri/Solat 6.00 ptg Aktiviti Riadah
8.00 mlm 7.00 mlm Bersih Diri/Solat/Rehat
9.00 mlm Prep/Ulangkaji pelajaran 8.00 mlm Rehat
10.30 mlm Minum malam / Urus diri 9.00 mlm Ulangkaji pelajaran
11.30 mlm Tidur 10.00 mlm Ulangkaji pelajaran
12.00 mlm Tidur 11.00 mlm Tidur
1.00 pagi Tidur 12.00 mlm Tidur
2.00 pagi Tidur 1.00 pagi Tidur
3.00 pagi Tidur 2.00 pagi Tidur
4.00 pagi Tidur 3.00 pagi Tidur
4.00 pagi Tidur
10
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 8
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Belajar Berkumpulan
Objektif : Setelah menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar akan dapat:
1. Memberi teknik kemahiran belajar berkumpulan.
2. Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan mentee
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik
mentee
Masa : 30 minit
Sasaran : Semua ahli kumpulan
Bahan : Kertas A4, kertas sebak, alat tulis.
Langkah-langkah
1. Set Induksi
Guru mentor membuka perbincangan mengenai
teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.
2. Guru mentor berbincang tentang kepentingan belajar.
3. Mentee menyenaraikan kepentingan belajar
berkumpulan.
4. Guru mentor menjelaskan syarat-syarat belajar
berkumpulan.
i. Bilangan ahli antara 3 – 5 orang
ii. Mempunyai jadual waktu belajar
iii. Mempunyai seorang ketua dan penolong ketua
Kumpulan
iv. Setiap kumpulan digalakkan mempunyai nama
kumpulan, etika kumpulan dan moto kumpulan.
5. Guru mentor membentuk kumpulan belajar.
6. Mentee dikehendaki :-
i. Memilih ahli kumpulan
ii. Duduk dalam kumpulan
iii. Melantik ketua dan penolong kumpulan
iv. Menentukan nama, etika dan moto kumpulan.
Penilaian : Guru mentor membuat pemerhatian.
Rumusan : Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi
meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik mentee.
Falsafah : 1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
Muafakat
11
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 9
Bidang : Akademik
Tajuk :
Objektif : Kemahiran Mengingat ( Neumonik )
Masa : Setelah menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar akan dapat:
1. Mengetahui beberapa teknik mengingat neumonik
Sasaran : 2. Menggunakan teknik mengingat dalam pembelajaran.
3. Mengingat pelajaran dengan cepat.
Bahan :
30 minit
Semua ahli kumpulan
Kertas A4
Langkah- 1. Set induksi
Langkah : Guru mentor menarik perhatian mentee
menyebut beberapa benda dan meminta
mengulang semula perkataan tersebut. dengan
mentee
2. Teknik Mengingat Akronim.
Guru mentor menerangkan teknik neumonik dengan
memberi contoh : Sains – Pengkelasan Haiwan
RIMBA
R – Reptilia
I – Ikan
M – Mamalia
B – Burung
A – Amfibia
3. Teknik Mengingat Jalan Cerita.
Contoh :-
a. Geografi – Arah Mata Angin
b. Utara Timur Selatan Barat
Belacan
c. Ulam Timun Sambal
12
Penilaian : Modul Program Mentor Mentee
Rumusan : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
Falsafah :
4. Teknik Bunyi Seakan
Contoh :- Sains – Kelas Makanan
Lemak, Vitamin, Pelawas, Air, Garam Mineral,
Protein, Karbohidrat.
Mak ( Lemak ) Amin ( Vitamin ) Tak Lawas ( Pelawas )
bila minum Air ( Air ) Mineral ( garam Mineral ) dalam
Tin (Protein) Karat ( Karbohidrat )
5. Guru mentor mengedarkan bahan cetakan dan mentee
mengulang semula tanpa melihat bahan cetakan
tersebut dengan menggunakan teknik yang diberi.
Mentor membuat pemerhatian semasa pembentangan hasil
kerja mentee.
Teknik mengingat ini amat perlu bagi meningkatkan
pembelajaran mentee.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
13
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 10
Bidang : Akademik.
Tajuk : Tabiat belajar
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:-
1. Menguasai teknik belajar yang betul.
2. Meningkatkan keyakinan diri.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.
Masa : 40 minit
Sasaran : Semua ahli kumpulan
Bahan : Inventori Belajar - lampiran
Langkah-langkah:
1. Set induksi
Guru membuka perbincangan teknik-teknik belajar yang
diamalkan oleh mereka.
2. Guru mengedar inventori belajar kepada murid-murid.
3. Murid mengira skor berdasarkan skor yang diberi oleh
guru (Sila lihat lampiran).
4. Guru menjelaskan teknik-teknik belajar
yang betul kepada murid-murid
Penilaian : Pemerhatian ke atas skor yang diperolehi oleh murid
Rumusan : Tabiat belajar yang betul perlu diamalkan untuk mendapat
Falsafah : keberkesanannya.
`Study smart.’
14
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
Lampiran
INVENTORI BELAJAR
Berikut senarai 25 item yang berkaitan dengan tabiat belajar. Fikirkan dengan mendalam
bagi seriap item. Jika item itu tidak amat tidak bertepatan dengan diri anda, bulatkan
nombor di ruangan sebelah kiri (A). Jika item itu amat bertepatan dengan diri anda,
bulatkan nombor di sebelah kanan (C). Sekiranya tabiat belajar anda antara dua pilihan
tersebut, bulatkan nombor di tengah (B). Jumlahkan semua nombor yang sudah
dibulatkan bagi mendapat skor anda.
Bil Item ABC
Amat tidak Amat
bertepatan bertepatan
dengan saya dengan saya
Tabiat umum belajar
1 Oleh kerana saya tidak suka kepada mata pelajaran 123
tertentu, saya tidak akan mempelajarinya
2 Saya cuba gunakan apa yang sudah dipelajari 123
daripada suatu mata pelajaran bagi mata pelajaran
yang lain
3 Saya lebih suka menonton televisyen walaupun saya 1 2 3
tahu saya sepatutnya belajar
4 Saya dapati sukar untuk belajar dengan baik 123
5 Saya akan mencari beberapa orang kawan apabila 123
tiba waktu belajar
Konsentrasi/ Tumpuan
6 Saya suka belajar di tempat sunyi 123
7 Saya suka berkhayal apabila hendak memulakan 123
pelajaran.
8 Saya mengambil masa yang lama untuk memulakan 1 2 3
pelajaran
9 Saya dapati sukar memberikan tumpuan semasa 123
belajar 123
10 Saya memerlukan ’mood’ yang baik unruk belajar
Pengurusan masa
11 Saya tidak dapat belajar jika terikat dengan masa 123
yang sudah ditetapkan bagi menyiapkan tugasan
12 Saya banyak menghabiskan masa pada perkara- 123
perkara yang tidak penting
13 Saya selalu dapati masa belajar tidak mencukupi 123
14 Saya pastikan saya tahu masa tugasan perlu dihantar 1 2 3
15 Saya menyiapkan tugasan yang penting terlebih 123
dahulu
15
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
Membaca dan mengambil nota 123
16 Saya cuba menyimpulkan apa yang sudah saya
pelajari
17 Saya menghadapi masalah semasa membaca sumua 1 2 3
bahan pelajaran
18 Saya menyusun nota-nota dengan rapi 123
19 Saya dapati sukar mencatat nota dalam kelas 123
20 Saya cuba membaca semua isi pelajaran dengan 123
seberapa segera yang boleh
Peperiksaan
21 Saya berasa takut dan sering tidak dapat menjawab 123
soalan dengan baik
22 Saya fikirkan dan merancang sebelum menjawab 123
soalan
23 Saya menyiapkan lebih awal dan menghantar kertas 1 2 3
jawapan sebelum menjawab soalan
24 Saya merancang pembahagian masa bagi setiap 123
soalan sebelum saya mula menjawab
25 Saya cuba menjawab setiap soalan berdasarkan nota- 1 2 3
nota yang saya sediakan
Jumlah skor
TAHAP BELAJAR SAYA : ________________________________________________
****************************
INTERPRETASI
Skor Tahap belajar
25- 30 Tabiat belajar cemerlang. Anda pasti memperolehi keputusan peperiksaan
yang cemerlang, Insyaallah. Kekalkan tabiat anda.
31 – 40 Tabiat belajar baik. Tumpukan pada mana-mana aspek yang lemah
40- 50 Tabiat belajar sederhana. Masih ada ruang dan masa untuk memperbaiki
tabiat belajar anda.
51- 75 Tabiat belajar lemah. Perlu berusaha dengan lebih gigih untuk memperbaiki
dan mempertingkatkan tabiat belajar supaya anda tidak kecewa.
16
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 11
Bidang : Akademik.
Tajuk : Cita-citaku dan potensi diriku
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:-
Mengenal pasti potensi diri bagi merealisasikan cita-cita.
Mengenal pasti halangan yang mungkin dihadapi dalam mencapai
cita-cita.
Menggunakan sumber yang ada dengan berhemah bagi mencapai
cita-cita.
Masa : 40 minit
Sasaran : Semua ahli kumpulan
Langkah-langkah:
1. Setiap mentee diminta menulis cita-cita hidup iaitu jangka pendek dan
jangka panjang.
2. Senaraikan langkah yang perlu diambil bagi mencapai cita-cita itu.
3. Senaraikan perkara-perkara yang menghalang cita-cita itu.
4. Fikirkan sumber dan peluang membolehkan cita-cita itu menjadi nyata.
5. Setiap ahli diberi peluang menyatakan bagaimana mereka boleh
menjadikan cita-cita itu bukan sekadar mimpi.
6. Ahli yang lain boleh memberi maklum balas dan pandangan membina
Penilaian : Kemampuan mentee melaksanakan semua arahan yang
Rumusan : diberi.
Bagi mencapai kejayaan, perlu berbekalkan semangat yang
kuat, kegigihan, usaha yang berterusan disamping iringan
doa.
Falsafah : Tanpa usaha, mimpi tidak bermakna
17
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
Lampiran
CITA-CITA HIDUP DAN POTENSI DIRI
“Cita-cita tanpa usaha satu pembohongan
Dan usaha tanpa doa satu kesombongan”
1. Apakah cita-cita kamu?
i. Jangka pendek:
--------------------------------------------------------------------------------
ii. Jangka panjang:
--------------------------------------------------------------------------------
2. Perkara-perkara yang menghalang cita-cita itu tercapai.
i. --------------------------------------------------------------------------------
ii. --------------------------------------------------------------------------------
iii. --------------------------------------------------------------------------------
iv. --------------------------------------------------------------------------------
v. --------------------------------------------------------------------------------
3. Langkah-langkah yang diambil bagi mencapai cita-cita itu.
i. --------------------------------------------------------------------------------
ii. --------------------------------------------------------------------------------
iii. --------------------------------------------------------------------------------
iv. --------------------------------------------------------------------------------
v. --------------------------------------------------------------------------------
4. Adakah anda yakin dapat mencapai cita-cita itu? Berikan alasannya.
--------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------
18
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 12
Bidang : Akademik.
Tajuk : CIRI-CIRI ORANG CEMERLANG
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:-
Dapat mengenal pasti ciri-ciri orang yang berjaya.
Membina semangat bagi memupuk tabiat orang cemerlang.
Menguasai kemahiran dan mengamalkan akhlak mulia dalam
mencapai matlamat hidup.
Masa : 30 minit
Sasaran : Semua ahli kumpulan
Langkah-langkah:
1. Mentor mengemukakan persoalan ”Mengapa kita perlu makan?”
Tujuannya menjuruskan perbincangan kepada mewujudkan kefahaman
berkenaan pentingnya ada keperluan memberik semangat ataupun
motivasi.
2. Fokus perbincangan kepada ;
”Jangan berikan ikan tetapi berikan pancing
supaya orang lebih berjaya”.
3. Kaitkan dengan kemahiran seseorang.
4. Apakah perbezaan orang memancing boleh dapat ikan dengan orang
yang memancing tidak mendapat ikan? Bezanya adalah orang yang ada
ilmu pengetahuan dapat menguasai kemahiran yang betul.
5. Tranparensi tiga bulatan menunjukkan tiga elemen penting sebagai
prinsip asas mewujudkan ciri-ciri orang berjaya.
6. Tiga elemen tersebut ialah kehendak, azam dan cita. Semua mentee
diminta mengenal pasti pelan tindakan bagi mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang sesuai bagi mencapai cita-cita.
Penilaian :Perubahan mentee ke arah sikap yang positif dan cemerlang.
Rumusan : Mentor menghuraikan tabiat orang cemerlang.
Falsafah : Belajar dari mereka yang berjaya.
19
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
Lampiran
TABIAT ORANG CEMERLANG
1 Meyakini kuasa tuhan
2 Menghormati kedua ibu bapa, semua guru. adik beradik serta rakan.
3 Jelas dengan matlamat hendak hidup bahagia di dunia dan di akhirat.
4 Tidak putus asa atau patah semangat.
5 Sentiasa berusaha bersunggu-sungguh tanpa jemu dan bosan.
6 Sentiasa membersihkan jiwa dan membetulkan niat
7 Berprasangka baik kepada semua orang
8 Sentiasa memantapkan keyakinan diri
9 Sentiasa berusaha menguasai sebanyak mana ilmu pengetahuan.
10 Sentiasa berusaha menguasai sebanyak mana ilmu kemahiran.
11 Mengamalkan nilai-nilai murni
12 Menjaga hubungan kemanusiaan yang harmoni.
13 Mewujudkan persaingan yang sihat
14 Mencipta kejayaan-kejayaan kecil
15 Memotivasikan diri
16 Sentiasa bertolong bantu dengan rakan-rakan
20
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 13
Bidang : Psikososial
Tajuk : Mengenali Tahap Stres
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:-
Mengenal pasti tahap stress yang dialami.
Mencari alternatif mengurangkan stres.
Menangani stres secara positif
Masa : 40 minit
Sasaran : Semua ahli kumpulan
Bahan : Kertas A4 & Soal selidik tahap stres - lampiran
Langkah-langkah:
1. Mentor mengedarkan kertas A4 dan meminta semua mentee memberi
perhatian sepenuhnya kepada soalan yang akan di baca oleh mentor.
2. Mentee diminta menandakan ‘ / ‘ sekiranya setuju dengan kenyataan yang
dibaca dan menandakan ‘ X ‘ apabila tidak setuju.
3. Selepas selesai, mentee diminta mengira skor masing-masing. Mentor
meminta mentee mengumpulkan semua skor.
4. Mentor meminta mentee menyenaraikan apa yang menyebabkan
seseorang mengalami stres melalui sumbang saran.
5. Mentor membuat graf stres hasil analisis yang dibuat kepada skor yang
dikumpul. Maklum balas diperoleh bagi mengenal pasti punca stres yang
dialami oleh ahli kumpulan.
6. Mentor menjelaskan tahap stres yang positif dan negatif. Tahap stres
yang terlalu tinggi ataupun rendah melemahkan semangat dan
menjejaskan prestasi.
Penilaian : Mentor memberi fokus perbincangan kepada pengalaman sedia
ada ahli dalam menangani stres. Contoh :
Sembahyang dan berzikir: Pendekatan spiritual.
Rekreasi : pendekatan fizikal.
Muzik : Terapi muzik
Melukis: Terapi seni dan kreativiti.
Rumusan : Tabiat belajar yang betul perlu diamalkan untuk mendapat
Falsafah : keberkesanannya.
Alah bisa tegal biasa
21
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
Lampiran
SOAL SELIDIK TAHAP STRES
Nyatakan ’Ya’ atau ’Tidak’ kepada kenyataan-kenyataan berikut.
1. Saya sentiasa berasa bimbang.__________________
2. Saya sentiasa berasa gelisah.__________________
3. Saya sentiasa memikirkan sesuatu yang menyusahkan.________________
4. Saya sentiasa terfikir sesuatu yang menakutkan.________________
5. Saya tidak dapat memberikan tumpuan dengan baik.___________________
6. Hati saya sentiasa berdebar-debar.__________________________
7. Saya pernah mengalami kesakitan pada bahagian dada.________________
8. Perut saya berasa tegang.__________________
9. Saya muntah tanpa sebab-sebab tertentu.________________________
10. Saya biasa terkena cirit –birit._________________
11. Saya susah bernafas._____________________
12. Saya sentiasa mengeluh. ___________________________
13. Saya berasa pening tanpa sebab. _____________________
14. Saya sentiasa menahan marah. ___________________________
15. Apabila sedih, saya berasa akan pitam. ________________________
16. Saya kerap sakit kepala. ____________________________
17. Saya kerap berpeluh. ________________________
18. Saya sentiasa berasa takut.___________________
19. Saya sentiasa menilai diri sendiri. ______________________
20. Saya memerlukan banyak masa apabila hendak membuat keputusan.
_______________________
22
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
21. Saya sukar memegang apa-apa jawatan bagi tempoh yang lama._________
22. Saya tidak berasa gembira. _______________________
23. Saya kerap berasa malu. _____________________
24. Saya menangis walaupun perkara yang berlaku itu tidak serius. __________
25. Saya sukar hendak bertindak balas. ____________________
26. Saya sentiasa berasa cemas. __________________
27. Badan saya kerap gementar.____________________
28. Saya berjalan mundar mandir. ___________________
29. Saya kerap tidak bertenaga. _____________________
30. Saya cepat letih. ____________________
31. Saya sukar hendak tidur. _______________________
32. Selera makan saya berkurangan. ____________________
33. Saya gagap. _________________________
PENGIRAAN / INTERPRETASI
Pemarkahan: Sekiranya menjawab ’Ya’ kepada:
0–8 Kenyataan menunjukkan tahap kecemasan rendah.
9 – 16 Kenyataan menunjukkan tahap kecemasan sederhana.
16 – 24 Kenyataan menunjukkan tahap kecemasan tinggi
25 – 33 Kenyataan menunjukkan tahap kecemasan amat tinggi
(Sumber: Morse dan Trust. Stress for Success)
23
Modul Program Mentor Mentee
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera
MODUL PROGRAM MENTOR MENTEE
AKTIVITI 14
Bidang : Psikososial
Tajuk : Teknik Pengurusan Stres : Latihan Bertenang
Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:-
Dapat meringankan kepenatan mental disebabkan stress.
Masa :
Memberikan ketenangan fikiran melalui latihan fizikal yang ringan.
30 minit
Sasaran : Semua ahli kumpulan
Langkah-langkah:
1. Duduk dalam keadaan selesa.
Pastikan kedua-dua kaki dan tangan lurus ke bawah.
Tanggalkan kasut.
Pandang lurus ke hadapan
Apabila rasa tidak selesa, pejamkan mata.
2. Kini......
Tarik nafas ke dalam perlahan-lahan sehingga anda rasa pernafasan
secara automatik dan normal.
Fokus kepada pernafasan di bahagian abdomen. Rasakan abdomen
anda setiap kali menarik nafas.
Fokus kepada perut dan tenangkan fikiran.
Senangkan leher kamu.
Fokus kepada setiap bahagian tubuh. Mulakan dengan jari-jari dan
perlahan bawa perhatian ke bahagian atas.
Pada masa yang sama tenangkan fikiran. Bayangkan suasana yang
tenang, pemandangan yang indah, burung-burung bersiul dan rama-
rama berterbangan, bunga-bunga yang kembang mengharum dan
menyegarkan, anak sungai mengalir dengan dedaunan gugur hanyut
bersama buih-buih.
Teruskan, pejamkan mata. Sekarang anda melihat dedaunan
terapung-apung di permukaan air bersama buih-buih dan mengambil
masa lima minit untuk sampai ke destinasi anda.
Penilaian : Mentee mampu melakukan latihan bertenang
Rumusan : Mentor memberi fokus kepada kepentingan:
Tahap stres dikurangkan atau dikawal agar pelajar tidak membuat sesuatu
tindakan yang di luar kawalannya.
Falsafah : Fikiran positif akan menghasilkan tindakan positif
24