MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN
RAJA BERPERLEMBAGAAN SIMBOL PERPADUAN
NAMA PENSYARAH
EN. MOHD ASRI BIN ABD GHANI
NAMA PELAJAR
NAMA NOMBOR MATRIK
AIN NUR SEFRINA BINTI MUHAMAD FAUZI 23DIB21F2002
MUHAMMAD DANIAL HAKIM BIN NORIZLAN 23DIB21F2005
23DIB21F2006
NURULATIRA BINTI YASRIL
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
UNIT ISI KANDUNG
1
1.0 PENGHARGAAN 2
2.0 PENGENALAN 3
3.0 OBJEKTIF TUGASAN 4-5
4.0 MAKSUD RAJA BERPERLEMBAGAAN 6
5.0 KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN
6.0 PERANAN AGONG , SULTAN
7.0 SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN
8.0 SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
9.0 SISTEM PERSEKUTUAN
10.0 DEFINISI PERPADUAN
11.0 KEPENTINGAN PERPADUAN
KESIMPULAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
1.0 PENGHARGAAN
Assalammualaikum dan Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan E-Folio ini dengan
penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada En.Mohd Asri Bin
Abd Ghani iaitu pensyarah kami bagi subjek Peghayatan Etika dan Peradaban
(MPU21302) , di atas kesudian dan tunjuk ajar beliau memberi tugasan E-Folio ini
kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan
tugasan ini.Tanpa dorongan dan tunjuk ajar , tidak dapatlah kami menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa
kami yang memberi sokongan dan dan dorongan sepanjang penghasilan tugasan
ini.Akhir kata , kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkaikan
sepanjang tempoh kami menyiapkan tugasan E-Folio ini.. Ribuan terima kasih juga
kepada rakan sepasukan atas sikap Kerjasama dan komitmen yang diberikan dan
semangat berpasukan yang tinggi untuk kita bersama-sama menyiapkan tugasan
yang berikan ini. Tanpa bantuan dari semua pihak , tidak mungkin kami dapat
menyiapkan kerja tugasan E-Folio ini dengan sempurna.
1
2.0 PENGENALAN
Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja
berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau
politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam
rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila
seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki
mutlak atau absolute monarchy.
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan
demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai
peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri,
iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya
Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang
tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia Kedua, raja Jepun bergabung
dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau
mewarisi takhta , manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di
Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap
lima tahun.
2
3.0 OBJEKTIF TUGASAN
4.0 MAKSUD RAJA BERPERLEMBAGAAN
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak
berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Bidang kuasa
yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia ialah sebagai ketua
negara. Yang di-Pertuan agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan
Perundangan,Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda
mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga
merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.Yang di-Pertuan Agong berkuasa
mengampunkan dan menanggguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
4
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa
orang Melayu . Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan ,kedudukan,kehormatan,dan
kemuliaan Raja-Raja Melayu.Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam
bagi negeri baginda sendiri , Pulau Pinang , Melaka , Wilayah Persekutuan ,
Sarawak dan Sabah . Baginda juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik
Perdana Menteri , berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan
Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
5
6