MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN
RAJA BERPERLEMBAGAAN SIMBOL PERPADUAN
NAMA PENSYARAH
EN. MOHD ASRI BIN ABD GHANI
NAMA PELAJAR
NAMA NOMBOR MATRIK
AIN NUR SEFRINA BINTI MUHAMAD FAUZI 23DIB21F2002
MUHAMMAD DANIAL HAKIM BIN NORIZLAN 23DIB21F2005
23DIB21F2006
NURULATIRA BINTI YASRIL
ISI KANDUNGAN
UNIT ISI KANDUNG MUKA
SURAT
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENGENALAN 1
3.0 MAKSUD RAJA BERPERLEMBAGAAN 2
4.0 KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN 3-4
5.0 PERANAN YANG DI-PERTUAN AGONG , SULTAN 5-6
6.0 SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN 7-8
7.0 SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN 9-10
8.0 SISTEM PERSEKUTUAN 11
9.0 DEFINISI PERPADUAN 12
10.0 KEPENTINGAN PERPADUAN 13
14-17
KESIMPULAN 18
RUJUKAN 19
1.0 PENGHARGAAN
Assalammualaikum dan Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana
dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan E-Folio ini dengan
penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada En.Mohd Asri Bin
Abd Ghani iaitu pensyarah kami bagi subjek Peghayatan Etika dan Peradaban
(MPU21302) , di atas kesudian dan tunjuk ajar beliau memberi tugasan E-Folio ini
kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan
tugasan ini.Tanpa dorongan dan tunjuk ajar , tidak dapatlah kami menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa
kami yang memberi sokongan dan dan dorongan sepanjang penghasilan tugasan
ini.Akhir kata , kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkaikan
sepanjang tempoh kami menyiapkan tugasan E-Folio ini.. Ribuan terima kasih juga
kepada rakan sepasukan atas sikap Kerjasama dan komitmen yang diberikan dan
semangat berpasukan yang tinggi untuk kita bersama-sama menyiapkan tugasan
yang berikan ini. Tanpa bantuan dari semua pihak , tidak mungkin kami dapat
menyiapkan kerja tugasan E-Folio ini dengan sempurna.
1
2.0 PENGENALAN
Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja
berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau
politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam
rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila
seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki
mutlak atau absolute monarchy.
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan
demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai
peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri,
iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya
Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang
tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia Kedua, raja Jepun bergabung
dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau
mewarisi takhta , manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di
Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap
lima tahun.
2
3.0 MAKSUD RAJA BERPERLEMBAGAAN
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak
berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Bidang kuasa
yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia ialah sebagai ketua
negara. Yang di-Pertuan agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan
Perundangan,Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda
mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga
merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.Yang di-Pertuan Agong berkuasa
mengampunkan dan menanggguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang
dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
3
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa
orang Melayu . Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan
mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan ,kedudukan,kehormatan,dan
kemuliaan Raja-Raja Melayu.Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam
bagi negeri baginda sendiri , Pulau Pinang , Melaka , Wilayah Persekutuan ,
Sarawak dan Sabah . Baginda juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik
Perdana Menteri , berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan
Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
4
4.0 KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN
Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem
pemerintahan Raja Berperlembagaan. Ia merupakan warisan sistem politik yang
masih kekal sehingga ke hari ini. Institusi Raja di Malaysia adalah satu institusi
traditional yang sedia ada sebagai teras sistem pemerintah dan pentadbiran
sesebuah kerajaan Melayu yang telah muncul berabad-abad lamanya.Institusi Raja
yang bertapak di negara Malaysia ini telah mengalami pengubahan daripada system
Beraja Mutlak kepada Sistem Raja Berpelembagaan. Dalam sistem Beraja Mutlak,
Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri
dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnya sebelum
penjajahan Inggeris. Raja adalah tonggak berpusatnya segala kuasa dan arahan
perundangan. Raja juga adalah penyusun adat istiadat negara.
5
Raja berperlembagaan adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara .Raja
berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica , atau
politik tiga serangkai. trias politica,Ini ni bermaksud adalah hanya ketua simbolik di
dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara.
Apabila seorang 8aja mempunyai kuasa pemerintahan yang dipanggil monarki
mutlak .
Raja perlembagaan lazimnya digabungkan sebagai perwakilan demokrasi .Oleh itu ,
kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di
dalam sesebuah negara .Pada hakikatnya Perdana Menteri iaitu pemimpin yang
dipilih oleh rakyat , yang memerintah bukan negara dan bukannya Sultan .Raja
perlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta
manakala yang lain adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana
Yang di-Pertuan Agong adalah yang dipilih oleh Raja Raja Melayu selepas
bersepakat Majlis Raja-Raja Melayu setiap lima tahun .
6
5.0 PERANAN YANG DI-PERTUAN AGONG , SULTAN
- Yang di-Pertuan Agong
Malaysia adalah antara negara di dunia yang masih mengamalkan sistem
pemerintahan Raja Berperlembagaan . Yang di-Pertuan Agong adalah gelaran rasmi
bagi Ketua Negara Malaysia dengan gelaran rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebagai negara yang mengamalkan
sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas
tetapi dalam masa yang masa masih lagi tertakluk kepada Perlembagaan
Persekutuan. Jawatan Yang di-Pertuan agung digilirkan setiap lima tahun di antara
sembilan Pemerintah Negeri Melayu iaitu sultan-sultan bagi negeri di Malaysia.
Apabila sultan sesebuah negeri menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang
kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut sepanjang
tenpoh perlantikan. PemilihanYang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-raja haruslah
mengikut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan dan
Peraturan-peraturan Majlis Raja-raja.
7
Yang di-Pertuan Agong mempunyai pelbagai kuasa yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan antaranya kuasa untuk memelihara kedudukan
isitimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak dan menjaga
kepentingan kaum-kaum lain .Selain itu ,ketua agama Islam bagi negeri baginda
sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara . Yang di-Pertuan Agong juga
berkuasa untuk melakukan tugas-tugas iaitu melantik Perdana Menteri Malaysia
yang mempunyai majoriti dalam pilihan raya yang diadakan dan Yang di-Pertuan
Agong boleh menangguhkan pembubaran parlimen.
- SULTAN
Negara Malaysia mempunyai 9 Raja-Raja Melayu yang masih kekal sehingga kini
.Raja-Raja Melayu mempunyai peranan yang tersendiri daripada Yang di-Pertuan
Agong iaitu menjadi ketua agama Islam negeri masing masing yang
diperintah.Selain itu , Sultan juga bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan
undang undang perlembagaan negeri masing masing .Apa juga keputusan yang
dinyatakan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) mestilah
memmpunyai persetujuaan Sultan .Peranan Sultan juga penting untuk perlantikan
Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri .Sultan juga mempunyai kuasa
untukmembubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atas sesuatu sebab yang tidak
boleh dielakkan .
8
6.0 SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN
Apakah yang dikatakan raja berperlembagaan itu? Umumnya ia merujuk kepada raja
atau sistem beraja yang kuasa dan autoritinya terbatas . Batasan ini boleh
bersumberkan peruntukan di dalam perlembagaan, tradisi serta nilai yang tertentu di
dalam negara atau masyarakat berkenaan. Meskipun demikian, dalam dunia moden
konsep atau definisi raja berperlembagaan sering dilihat sebagai raja yang dibatasi
oleh peruntukan-peruntukan tertentu di dalam perlembagaan. Selain itu kuasa atau
sistem pemerintahan di dalam negara berkenaan dipilih melalui pilihan raya yang
adil dan bebas. Mungkin inilah bentuk batasan yang paling penting dan efektif dalam
dunia moden. Sebab itulah negara-negara seperti Arab Saudi, Brunei dan Nepal
tidak digolongkan sebagai negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan
walaupun kita maklum bahawa raja-raja di negara-negera berkenaan masih tertakluk
kepada batasan tertentu seperti agama dan tradisi. Menyedari hakikat itulah maka
ada sarjana yang mengemukakan pendapat bahawa pada hakikatnya tidak ada raja
yang boleh dikatakan raja berkuasa mutlak5 . Ini kerana meskipun negara atau
sistem berkenaan tidak mempunyai batasan dalam bentuk kanun atau
perlembagaan bertulis sudah tentu ada nilai dan norma yang membatasi kuasa dan
peranan raja berkenaan.
9
Meskipun negara-negara yang mengamalkan konsep raja berperlembagaan hari ini
mempunyai bentuk dan peruntukan yang berbeza di dalam perlembagaan mereka
umumnya ada beberapa persamaan di antara mereka. Selain batasan tertentu di
dalam perlembagaan atau sistem politik berkenaan, kebanyakan raja mempunyai
kedudukan atau peranan tertentu di dalam agama rasmi negara mereka . Raja-Raja
juga sering dianggap simbol buat autoriti awam negara berkenaan .
10
7.0 SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat.
Melalui sistem ini rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih
perwakilan melalui pilihan raya. Dalam pilihan raya, rakyat berhak menyokong,
mengekal atau menukarkan kerajaan yang sedia ada dalam proses pengundian
semasa pilihan raya. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Selaras dengan peredaran masa,
beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran
dengan perkembangan politik semasa. Sistem demokrasi berparlimen di negara kita
berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera, dan stabil..
11
8.0 SISTEM PERSEKUTUAN
sistem persekutuan bermaksud pemerintahan negara dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu
• Kerajaan persekutuan
• Kerajaan negeri
Kerajaan persekutuan
o Gabungan kerajaan pusat dan kerajaan negeri
o Tidak mempunyai kuasa mutlak
o Setiap perigkat kerajaaan mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam bidan
perundangantertentu
o Setiap peringkat mempunyaikedudukan yang seimbang
o Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh kepadahal ehwal luar negara dan
hal umum
Kerajaan negeri
o Merupakan pusat pentadbiran sesebuah
o Kerajaan ini lazimnya mempunyai kuasa yang agak terhad seperti kuasa untuk
menentukan undang undang negeri , Pendidikan ,budaya dan sebagainya
o Biasanya kerajaan pusat tidak alkan bercampur tangan dalam urusan urusan
negeri melainkan ia bertentangan dengan undang undang persekutuan
o Oleh itu kerajaan negeri biasanya mempunyai pengaruh yang besar terhadap
rakyatnya,
o Di Malaysia pegawai tertinggi sesebuah negeri ialah Menteri Besar
12
9.0 DEFINISI PERPADUAN
Perpaduan ialah satu hubungan yang erat dan bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah
satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama
di Malaysia Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan
tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan
menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.
13
10.0 KEPENTINGAN PERPADUAN
melahirkan
generasi muda
yang
bertangunggjawab
Mengekalkan mengenali budaya
warisan budaya dan adat resam
negara setiap kaum
sesama masyarakat
menjadikan kepentingan masyarakat dapat
malaysia sebagai perpaduan hidup dengan
sebuah negara yang
Dapat menarik harmoni walaupun
merdeka lebih ramai berbeza agama
pelancong
14
o Masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni walaupun berbeza
agama
kepelbagaian Agama Di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi
mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan
semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi
sesama rakyat Malaysia.Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk
mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi
menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.Kesefahaman ini
dapat membuat masyarakat hidup dengan harmoni.
15
o Menarik lebih ramai pelancong
Kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat menarik lebih
ramai pelancong. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia
akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat
lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi
dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu,
ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing.
Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam
membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk
melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu
meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
16
o Mengekalkan warisan budaya negara setiap kaum
Rasa hormat yang ada dalam diri setiap individu walaupun berbeza kaum dapat
membuatkan setiap kaum faham akan kepentingan menjaga budaya warisan
mereka. Jadi, setiap kaum tidak akan merosakkan atau menganggu dan
mempersoalkan warisan budaya yang berlainan kaum.
17
KESIMPULAN
o Setiap individu haruslah mengenang Kembali sejarah negara kita sebelum
untuk cuba mempertikaikan perjanjian yang telah dipersetujui oleh nenek
moyang kita terdahulu.
o Oleh itu, jika kita memahami sejarah dengan lebih mendalam kita dapat
merasai konsep perlembagaan dengan lebih mendalam.
o Keadaan ini dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara yang kita
cintai.
o Kita perlu mengenal dan menerokai negara kita dengan lebih mendalam
supaya kita dapat melihat perubahan yang berlaku dan menilai pencapaian
negara yang rakyatnya mendapat manfaat untuk berkongsi Bersama dengan
menjadikan perlembagaan persekutuan sebagai etos nasional iaitu sifat ciri
bangsa Malaysia.
18
RUJUKAN
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Konsep_Raja_Berperlembagaan_di_Malaysia
• https://youtu.be/3Wy30udE5Kg
• file:///C:/Users/ainnu/Downloads/6.%20Perlembagaan%20Malaysia%20(5).pd
f
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_berperlembagaan
• file:///C:/Users/ainnu/Downloads/3.rekayasa-2006-abdul%20aziz-ed%20pz-
1.pdf
• https://ilabur.com/tugas-ydpa/
19