DISEDIAKAN OLEH ,
MUHAMMAD IRHAM BIN MOHD HANAFI
TAHUN 5
Pejuang – pejuang kemerdekaan merupakan mereka yang berjuang kearah
membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah oleh kuasa penjajah. Didalam buku
skrap ini saya akan kongsikan tentang tokoh sejarah yang bernama Mat Kilau. Melalui
buku skrap ini pembaca boleh menimba ilmu, mempelajari sejarah tentang latar belakang
tokoh serta perjuangan Mat Kilau sehingga beliau digelar Tokoh Kemerdekaan. Meskipun
terdapat banyak halangan dan rintangan, Mat Kilau tidak berputus asa malah
bersemangat memperjuangkan hak orang melayu di tanah melayu. Semangat dan usaha
Mat Kilau wajar dijadikan contoh dan tauladan generasi muda kini dalam menongkah
arus kemodenan demi negara tercinta. Sikap dan sifat Mat Kilau wajar dicontohi kerana
pada masa kini lebih banyak penjajahan yang tidak disedari masyarakat kini, contohnya
penjajahan minda yang lebih sofistikated sehingga generasi kini lalai dan leka dengan
kemodenan berbanding memperjuangkan hak dan negara sendiri. Keberanian Mat Kilau
sebagai pahlawan terbilang sentiasa diingati hingga ke hari ini. Beliau tidak sedikitpun
gentar menentang penjajah di Pahang. Semangat cintakan tanah melayu menjadikan
beliau sanggup mempertaruhkan nyawa membantu rakan pejuang di Kelantan dan
Terengganu untuk menentang penjajah. Meskipun beliau digelar penderhaka namun
beliau tetap berani menunjukkan betapa beliau mencintai tanah tumpah darah beliau.
Pengorbanan beliau wajib dihargai dan dicontohi oleh semua generasi pada masa kini
dan akan datang. Semoga dengan adanya perkongsian buku skrap saya ini dapatlah
ianya menjadi bahan rujukan dan menambah ilmu para pembaca serta mewujudkan
semangat cintakan negara dikalangan generasi muda kini.
Nama : Muhammad Irham bin Mohd Hanafi
Umur 11 tahun
Tempat lahir : Hospital Muar, Johor
Anak ke : 3 daripada 3 adik beradik
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar
Hobi : Membaca buku, bermain basikal dan belajar.
Cita-cita : Juruterbang
Nama bapa : Mohd Hanafi bin Tasinu
Nama Ibu : Rashidah binti Mohd Aris
Matlamat : Ingin menjadi yang terbaik untuk kedua ibu bapa, cemerlang
dalam apa jua bidang yang diceburi serta berjaya mengejar
Motivasi diri : impian hidup serta cita-cita.
Sumbangan : Usaha tangga kejayaan.
Pengawas sekolah , ahli jawatankuasa kelab dan persatuan
sekolah, peserta daie cilik peringat daerah Muar dan
peringkat negeri Johor, peserta mengarang sajak Bahasa
Melayu peringkat daerah Muar, Peserta pertandingan
bercerita Bahasa Inggeris peringkat daerah Muar dan peserta
kuiz matematik peringkat negeri Johor.
Nama pertama : Mat Kilau bin Imam Rasu
Nama kedua selepas Muhammad bin Imam Rasu
menukar nama :
Nama Gelaran : Mat Kilau
Asal : Pulau Tawar, Jerantut, Pahang
Tahun Riwayat : 1865/1866 -1970
Nama bapa : Imam Rasu ( Tok Gajah )
Nama Ibu : Teh Mehdah
Hobi : Bermain gasing dan berlaga buah keras
Bakat : Mengaji, berzanzi,berdikir maulad serta pandai
bersilat.
Pasangan hidup : Yang Chik Binti Imam Daud
Jumlah Anak : 3 orang
Terkenal kerana : Penentangan terhadap campur tangan British di
Pahang.
Mempunyai sifat Pemuda yang disegani dan
pemimpin serta matang dihormati oleh setiap
golongan masyarakat.
Mempunyai sikap yang
jujur dan tegas. Seorang yang dipercayai
dan mempunyai
Pejuang yang tidak gentar
dengan penjajah serta pandangan yang luas.
sanggup berkorban nyawa Mahir dalam ilmu
demi memperjuangkan persilatan serta
hak. mempunyai ilmu agama
yang tinggi.
Pandai mengaji dan berzanzi .
Pandai bermain keris dan parang
Tidak jemu menuntut ilmu daripada bapanya
Tok Gajah, malah menuntut ilmu kebatinan
dan imu agama dari orang yang tinggi
ilmunya.
Mempertahankan Dipecayai oleh Rajin menuntut
tanah Melayu semua golongan imu agama dan
semasa ilmu kebatinan.
pemerintahan masyarakat.
Inggeris Mempunyai
BUKTI sifat kepimpinan
Merupakan KREDIBILITI
seorang yang
jujur dan tegas. TOKOH
Matang dalam
membuat
keputusan .
Disebabkan pungutan cukai yang menindas rakyat Pahang, beliau
dan beberapa orang rakan memulakan pemberontakan keatas
British.
Penentangan berlaku disebabkan Sultan dan pihak British
sanggup menindas bangsa sendiri.
Idea-idea yang diberikan kepada Hugh Clifford semasa rundingan
telah diterima.
Pada kesimpulannya, Mat Kilau menunjukkan semangat yang
kental semasa beliau menentang British .Prinsip Mat Kilau yang tidak
tunduk kepada kuasa asing di zaman pemerintahan British wajar menjadi
ikutan anak muda untuk lebih cintakan negara.
Sifat beliau yang jujur, setia pada perjuangan dan tegas ,
menjadikan beliau sangat disegani dan dikasihi pengikutnya. Generasi kini
wajar membuka mata dan minda dalam mengekalkan kemerdekaan
negara kita. Nilai patriotisme perlu diterapkan dan disemai didalam jiwa
generasi kini. Mempertahankan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan
yang telah berkorban jiwa dan raga demi keselesaan semua rakyat
Malaysia kini.
Akhir sekali, semoga buku skrap ini dapat membantu pembaca
menambah ilmu pengetahuan serta menjadi salah satu daripada daripada
penyebar ilmu tentang salah satu tokoh kemerdekaan di Malaysia. Sekian ,
terima kasih.