Ahli Kumpulan: Mohamad Haniff Muhammad Ammar Haazim Muhammad Haziq Syazani Nor Zahra Auni Putri Nur Balqis Tutorial Minggu 2 BMMB1124: Literasi Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa
Isi Kandungan 1 Pengenalan 2 Teori Behaviorisme 3 4 Teori Mentalis Teori Kognitif
Pemerolehan bahasa ialah proses manusia memperoleh keupayaan mengamati dan memahami bahasa serta menghasilkan dan menggunakan perkataan dan ayat untuk berkomunikasi. Dikuasai secara semula jadi oleh setiap individu PENGENALAN Terhasil daripada pengaruh persekitaran Berlaku secara berperingkat seiring dengan perkembangan otak manusia Terdiri daripada beberapa teori : 1.Behaviorisme 2.Kognitif 3.Mentalis KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA
Teori Behaviourisme Ia mengkaji tingkah laku individu yang boleh diperhatikan atau diukur, bukan kejadian andaian yang berlaku dalam diri individu. Ia mengkaji tingkah laku yang diulang sehingga menjadi tingkah laku yang lazim Antara tokoh yang mempelopori dan mengkaji teori Skinner, Thorndike dan Pavlov. CIRI - CIRI TEORI BEHAVIOURISME 1. Gerak balas diulangi beserta ganjaran 2. Gerak balas diikuti oleh peneguhan positif yang sering diulangi 3. Gerak balas yang diulangi membentuk kebiasaan
Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menjadi pelopor konsep pelaziman klasik dalam teori ini. Ia melibatkan gerak balas antara rangsangan sehingga berupaya menghasilkan tindak balas. Pelaziman Operan Skinner telah mempelori teori ini dengan menekankan aspek peneguhan . Malah, dalam proses teori ini, wujudnya prinsip penghapusan yang digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini. Hukum Kesan Edward Thorndike telah wujudkan hukum kesan ini. Antara implikasi teori ini dalam pembelajaran ialah meningkatkan tahap kesediaan belajar.
KEKUATAN 1 Pembelajaran berlaku apabila murid menerima rangsangan 2 3 Pembelajaran kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri Proses pemerolehan ini memerlukan latihan berulang - ulang 1 Ia menekankan aspek peneguhan. Ia mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran 2 3 KELEMAHAN Pembelajaran bahasa hanya diperoleh melalui ganjaran dan hukuman
https://youtu.be/7FC4qRD1vn8?si=AN_QKoguE4XrEtwz Contoh Teori Behaviourisme
https://vt.tiktok.com/ZSNKe1cFX/ Contoh Teori Behaviourisme
Peringkat deria motor (umur 0-2 tahun) Peringkat praoperasi (umur 2-7 tahun) Peringkat operasi formal (11 tahun ke atas) EMPAT PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK OLEH PIAGET Peringkat operasi konkrit (umur 7-11 tahun)
Implikasi Teori Kognitif piaget dalam pembelajaran a)Setiap kanak kanak mempunyai kemampuan untuk meningkatkan keupayaan kognitif atau pengetahuannya pada tahap yang lebih tinggi yang dikembangkan melalui interaksi secara aktif dan persekitarannya. b)Kesesuaian tahap pembelajaran bergantung pada tahap kemampuan individu. Pembelajaran akan lebih berjaya jika disesuaikan dengan peringkat perkembangan kognitif.
Menurut Bruner, pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku melalui proses penemuan. Guru sebagai pengantara merangsang murid dengan soalan, mencari jawapan sendiri dan melakukan eksperimen.Kaedah pembelajaran penemuan sememangnya dapat meningkatkan motivasi intrinsik dan minat murid. Bruner berpendapat bahawa pembelajaran penemuan merupakan suatu pencarian pengetahuan yang aktif dan menggalakkan murid-murid menggunakan kebolehan memahami, berimaginasi dan lebih kreatif. Bruner menyatakan, pembelajaran ialah satu proses aktif yang membolehkan manusia menemui perkara baharu di luat maklumat yang diberikan kepadanya. Terdapat tiga peringkat perkembang kognitif kanak-kanak Teori pembelajaran penemuan oleh J.S Brunner Peringkat enektif Peringkat ikonik Peringkat simbolik
Teori bermakna oleh Ausubel Menurut Ausubel pembelajaran mestilah bermakna dan bahan yang digunakan harus berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid. konsep mengira boleh menjadi tidak bermakna sekiranya murid hanya disuruh menghafal konsep tanpa menjelaskan maksud dan fungsi konsep tersebut. Implikasi dalam pembelajaran Pembelajaran yang bermakna akan berjaya jika ada motivasi intrinsik dalam diri murid. Pembelajaran yang bermakna akan berlaku apabila murid mempunyai minat dan kesediaan untuk belajar Proses pembelajaran guru mestilah mampu memberikan sesuatu yang bermakna kepada murid. Belajar secara hafalan dan kuliah juga dapat menemukan sesuatu yang bermakna, yang penting dilaksanakan secara sistematik, menjelaskan dan menghubungkan antara suatu konsep dengan konsep yang lain
Belajar menurut Gestalt pelopor: Max Wertheimer (1880-1943) pengamatan dan pemecahan masalah pelopor: Kurt Koffka (1886-1941) Hukum-hukum pengamatan pelopor: Wolfgang Kohler (1887-1959) meneliti tentang celik akal Proses pengembangan yang didasarkan tentang kefahaman atau insight perkaitan yang jelas dan kukuh Prinsip-prinsip: antara berfikir dan persepsi. Hukum kedekatan, hukum persamaan ,hukum keseimbangan, penutup, hukum pregnanz dan celik akal
Seekor cimpanzi yang kelaparan dimasukkan ke dalam sebuah sangkar.Di luar sangkar diletakkan beberapa batang buluh yang berbeza panjangnya dan sebiji pisang yang tidak boleh dicapai oleh cimpanzi. 1. Seekor cimpanzi dimasukkan ke dalam kandang dan pisang digantung diatas bumbung kandang yang tinggi.Beberapa buah kotak diletakkan di atas lantai kandang tersebut untuk di uji cuba kepintaran cipanzi tersebut. 2. Celik akal oleh Kohler Wolfgang Kohler ahli kognitif telah menjalankan dua eksperimen terhadap cimpanzi dalam membentuk Teori Gestalt. Rumusan Eksperimen Kohler ini telah menerangkan bahawa cimpanzi telah berjaya melihat masalah sebagai satu keseluruhan yang bersatu menurut Kohler cerdik akal atau fenomena 'a-ha' Ilham / idea tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan bukan sebagai pemindahan khas. Teori ini melihat kebolehan individu mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang relevan dalamnya.
Kefahaman muncul apabila seseorang telah mengenal pasti sesuatu masalah atau maklumat dengan jelas Implikasi dalam pembelajaran Pembelajaran bukan sahaja berkaitan tentang rangsangan dan gerak balas tetapi lebih tentang pemahaman masalah dan mampu membuat kesimpulan baharu yang bernas. Pembelajaran akan berlaku apabila ada kefahaman atau pandangan. Individu memahami sesuatu dengan cara mengatur dan menyusun semula pengalaman mereka menjadi struktur yang mempunyai bermakna dan boleh difahami.
https://vt.tiktok.com/ZSNKekAXY/ Contoh Teori Kognitif
TEORI MENTALIS Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. Noam Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa. Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; 1.Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. 2.Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak. 3. 4. Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama..
TEORI MENTALIS Menumpukan pada peringkat perkembangan pemikiran kanak-kanak dengan Pdp dijalankan secara berasingan mengikut tahap kematangan pelajar Menumpukan pada pembelajaran berdasarkan kadar kendiri, dimana pelajar mempunyai peluang untuk memperoleh maklumat atau kemahiran yang didasarkan pada minat, kemahiran dan tahap kognitif diri mereka sendiri. Menunjukkan kepentingan pedagogi berpusatkan pelajar yang bermakna pelajar aktif dalam aktiviti pembelajaran dan mengambil bahagian dalam penggunaan bahan pembelajaran lebih daripada guru. Kekuatan Kelemahan Mementingkan kemahiran tulisan dan kemahiran membaca manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).
Peranti Pemerolehan Bahasa (LAD) alat hipotesis dalam otak yang dicadangkan oleh ahli bahasa Noam Chomsky yang membolehkan manusia mempelajari bahasa. Menurut Chomsky, LAD adalah aspek yang wujud dalam otak manusia yang telah diprogramkan dengan struktur tatabahasa tertentu yang boleh digunakan oleh semua bahasa. Chomsky berpendapat, peranti inilah yang menjelaskan mengapa kanak-kanak dapat mempelajari bahasa dengan begitu cepat walaupun dengan sedikit arahan formal.
https://youtu.be/q2sn8Bcm5EE?si=orEaApVZ-Mi-TdjY Contoh Teori Mentalis
Sekian Terima Kasih