DISEDIAKAN OLEH : PUTRI NUR BALQIS BINTI MOHD FAIRUZ FAZLI NAMA PENSYARAH: PUAN VIJAYALETCMY A/P MUNIYANDY BMMB1084 ASAS TATABAHASA BAHASA MELAYU Celik Bahasa Memperkaya Bahasa Melayu
1.0 PENGENALAN 2.0 SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU 3.0 KEGRAMATISAN TATABAHASA BAHASA MELAYU 4.0 ANALISIS KESALAHAN PAPAN TANDA DAN IKLAN 6.0 KESIMPULAN ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang kaya dengan nilai ketatabahasaan, nuansa dan kesantunan. Dalam bahasa Melayu, pelbagai aspek dititikberatkan dalam penghasilan satu bentuk penulisan termasuklah ejaan dan tatabahasa bahasa Melayu itu sendiri. Sistem ejaan bahasa Melayu kini menggunakan sistem ejaan yang telah dikemas kini dan diselaraskan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan Sistem Ejaan Rumi 1972. PENGENALAN Tatabahasa pula didefinisikan sebagai peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa yang tepat (Awang Sariyan, 2002). Dalam tatabahasa bahasa Melayu terdapat sintaksis yang menekankan cara menggunakan ayat dengan frasa yang sesuai dan tepat dan morfologi menekankan penggunaan kata atau penggolongan kata yang membolehkan ayat dibentuk dengan perkataan-perkataan yang betul. Morfologi juga didefinisikan sebagai cara kata-kata dibentuk dan dikatakan sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem (Asmah, 2009). Aspek tatabahasa ini diberikan penekanan supaya dapat menghasilkan satu bentuk penulisan yang gramatis dan bebas daripada kesalahan-kesalahan bahasa.
SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU
Ejaan merupakan perkara asas yang perlu dimahiri oleh setiap penutur bahasa Melayu bagi tujuan melafazkan perkataan dengan sebutan yang betul mahupun menulis perkataan dengan tepat. Sistem ejaan dalam bahasa Melayu telah bermula sejak berabad lalu lagi iaitu pada abad ke-7 ketika zaman Melayu Kuno. Evolusi tulisan telah menyebabkan berlakunya perubahan dari sudut tulisan dan sebutan seterusnya mengubah sistem ejaan. Pengaruh negara Nusantara khususnya menyebabkan berlakunya perubahan dalam sistem ejaan ini. Sistem ejaan ini kemudiannya ditambah baik mengikut kesesuaian peredaran masa. Kini, sistem ejaan bahasa Melayu menggunakan Sistem Ejaan Rumi 1972. Dalam sistem tersebut, pelbagai aspek diambil kira termasuklah penggunaan huruf, sistem pola keselarasan huruf vokal dan juga ejaan bagi kata pinjaman. SISTEM EJAAN
HURUF DALAM BAHASA SISTEM POLA KESELARASAN HURUF VOKAL EJAAN KATA PINJAMAN SISTEM EJAAN RUMI 1972 Huruf vokal Huruf konsonan Diftong Syarat penyelarasan huruf vokal Contoh-contoh penyelarasan huruf vokal Pengekalan huruf Penggantian huruf Pengguguran huruf Sistem ejaan tersebut wujud pada tahun 1904 tetapi digunakan secara rasmi pada tahun 1972 atas persetujuan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia.
HURUF DALAM BAHASA Huruf vokal Kedudukan huruf vokal boleh berada di hadapan, tengah dan belakang kata Huruf vokal: a,e,i,o,u a e i o u a e i o u hadapan hadapan belakang tengah hadapan yam mak kan r tan gur HURUF VOKAL CONTOH PERKATAAN KEDUDUKAN HURUF
HURUF DALAM BAHASA Huruf konsonan Huruf-huruf selain lima huruf vokal Boleh berdiri dengan sendiri atau dibentuk menjadi konsonan gabung yang boleh berada di tengah, hadapan atau belakang kata Konsonan Gabung gh ghaib kh akhir ng tenang ny nyata sy isyarat
HURUF DALAM BAHASA Diftong Berlaku apabila dua huruf vokal duduk bersebelahan yang menyebabkan dua huruf itu disebut dengan satu bunyi atau satu suku kata HURUF-HURUF DIFTONG ai hairan oi au amboi aurat
SISTEM POLA KESELARASAN HURUF VOKAL Keselarasan huruf vokal mengambil kira kesesuaian dua huruf vokal bagi membentuk dua suku kata pada perkataan dasar. Prinsip keselarasan vokal terbentuk apabila: Terdapat dua huruf vokal dalam kata dasar. Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup. Sistem keselarasan vokal melibatkan dua suku kata terakhir sahaja jika mengandungi lebih daripada dua suku kata. Tidak digunakan dalam perkataan pinjaman dari Indonesia dan Inggeris. 1. 2. 3. POLA PERKATAAN POLA PERKATAAN a..e -> a..i aleh -> alih i..e -> i..i pileh -> pilih e..e -> e..a serem -> seram u..e -> u..i usek -> usik e..o -> e..u tempoh -> tempuh i..o -> i..u tidor -> tidur a..o -> a..u batok -> batuk u..o -> u..u untong -> untung Berikut merupakan pola suku kata vokal lama yang telah diselaraskan mengikut kesesuaian dan digunakan dalam Sistem Ejaan Rumi 1972 sehingga kini.
9. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Bil. Keselarasan vokal Perkataan Dalam Sistem Ejaan Rumi 1972, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang diguna pakai sehingga kini. Huruf vokal yang terlibat termasuklah huruf a, e(pepet), e(taling), i, o dan u. SISTEM POLA KESELARASAN HURUF VOKAL 18. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. e(taling)..o a..a a..i a..u e(pepet)..a e(pepet)..i e(pepet)..u e(taling)..a e(taling)..e u..u i..a i..i i..u o..a o..e o..o u..a u..i esok lapar gadis halus ketam sembelih telur dewan leceh tunduk kilang intip tidur otak soleh obor ubat kuih Bil. Keselarasan vokal Perkataan
Pengekalan huruf Penggantian huruf EJAAN KATA PINJAMAN Sistem ejaan dalam bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada negara luar termasuklah Inggeris, Indonesia dan Arab.Pengaruh Inggeris dalam sistem ejaan ini berlaku kerana penjajahan negara tersebut di Tanah Melayu. Tambahan pula, Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu yang strategik bagi menjalankan perdagangan khususnya di Selat Melaka telah membawa masuk pengaruh bahasa pedagang-pedang yang kebanyakannya dari Nusantara. Pengaruh Arab pula diterima dengan adanya penyebaran agama Islam di Tanah Melayu. Pengguguran huruf Terdapat tiga jenis keselarasan bagi kata pinjaman ini iaitu pengekalan huruf, penggantian huruf dan pengguguran huruf.
PENGEKALAN KATA PENGGANTIAN KATA PENGGUGURAN KATA EJAAN KATA PINJAMAN Mengekalkan ejaan asal daripada kata pinjaman. Contoh: atom bank zoo status hotel 1. 2. 3. 4. 5. Menggantikan beberapa huruf dalam kata pinjaman supaya sebutannya selari dalam bahasa Melayu. Contoh: criteria = kriteria January = Januari graph = graf pound = paun magistrate = majistret television = televisyen 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menggugurkan huruf daripada kata pinjaman. Contoh: vacuum = vakum ambulance = ambulans cholera = kolera 1. 2. 3.
KEGRAMATISAN TATABAHASA BAHASA MELAYU
KEGRAMATISAN TATABAHASA BAHASA MELAYU Tatabahasa merupakan perkara penting untuk diteliti dan dinilai terlebih dahulu sebelum sebuah karya penulisan diterbitkan atau disebarkan kepada umum. Aspek kegramatisan tatabahasa bagi bahasa Melayu ini memfokuskan aspek kesalahan ejaan, kesalahan kata dan kesalahan ayat. KEGRAMATISAN TATABAHASA kesalahan ejaan kesalahan kata kesalahan ayat
Mee = Mi Nenas = Nanas Garpu = Garfu Kecik = Kecil KESALAHAN HURUF Tanda tanya: ? Tanda noktah: . Tanda koma: , Tanda seru: ! KESALAHAN TANDA BACA PERKATAAN YANG MENGIKUTI IMBUHAN PINJAMAN KATA NAMA AM YANG MENGIKUTI IMBUHAN PINJAMAN Kata Majmuk Berjarak: -ibubapa = ibu bapa -urusetia = urus setia Kata Majmuk Bercantum: -mata hari = matahari -beri tahu = beritahu KESALAHAN KATA MAJMUK KESALAHAN EJAAN eko sistem = ekosistem poli gon = poligon panca indera = pancaindera Juru: Juru jual = Jurujual Maha: Maha raja = Maharaja Tata: Tata cara = Tatacara
Penuh Separa Berentak Kata Nama Majmuk Setengah orang Sesetengah orang KATA BILANGAN Gabungan: maka, atau, tetapi Pancangan: -Relatif: yang -Komplemen: bahawa -Keterangan: agar KATA HUBUNG telalu benar sungguh amat nian KATA PENGUAT ialah adalah KATA PEMERI Kata ganti nama diri Kata ganti tanya Kata ganti tempat Kata ganti tak tentu KATA GANTI KESALAHAN KATA tentang ke oleh dari pada dalam demi KATA SENDI NAMA KATA GANDA bukan tidak KATA NAFI
Penuh Separa Berentak Kata Nama Majmuk Setengah orang Sesetengah orang KATA BILANGAN Gabungan: maka, atau, tetapi Pancangan: -Relatif: yang -Komplemen: bahawa -Keterangan: agar KATA HUBUNG ialah adalah KATA PEMERI Kata ganti nama diri Kata ganti tanya Kata ganti tempat Kata ganti tak tentu KATA GANTI KESALAHAN KATA tentang ke oleh dari pada dalam demi KATA SENDI NAMA KATA GANDA bukan tidak KATA NAFI FRASA/AYAT CONTOH AYAT YANG SALAH CONTOH AYAT YANG BETUL Frasa Nama Alat tulis-alat tulis itu sangat murah. Mesyuarat kali ini akan membincangkan lainlain hal mengenai Hari Sukan akan datang. 1. 2. Alat-alat tulis itu sangat murah. Mesyuarat kali ini akan membincangkan hal-hal lain mengenai Hari Sukan akan datang. 1. 2. Ayat Pasif Lukisan itu dilukis oleh saya. Buku sains itu cikgu beli. 1. 2. Lukisan itu saya lukis. Buku sains itu dibeli oleh cikgu. 1. 2. Frasa Adjektif Adam ialah pelajar yang tertinggi sekali di dalam kelas saya. Dia menggayakan pakaian yang begitu mahal benar ke majlis itu. 1. 2. Adam ialah pelajar yang tertinggi di dalam kelas saya. Dia menggayakan pakaian yang begitu mahal ke majlis itu 1. 2. KESALAHAN AYAT Kesalahan ayat ini boleh dilihat dalam penggunaan frasa dalam pembinaan ayat serta boleh dilihat juga dari segi kesalahan semantik. Kesalahan semantik merupakan kesalahan dari segi makna yang mana ayat yang dihasilkan membawa makna yang kurang tepat dan sukar difahami. Berikut merupakan contoh-contoh kesalahan dari segi penggunaan frasa dalam ayat:
ANALISIS KESALAHAN PAPAN TANDA DAN IKLAN
PASTI KAN = PASTIKAN DI TUTUP = DITUTUP ANALISIS KESALAHAN Kesalahan papan tanda ini terdapat pada peti sejuk di sebuah kedai makan. PINGTU = PINTU Perkataan pastikan perlu dieja secara rapat kerana perkataan ‘kan’ merupakan morfem terikat atau lebih dikenali sebagai imbuhan yang tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Kata dasar pasti yang menerima imbuhan akhiran kan membentuk kata terbitan iaitu pastikan. Perkataan ‘pintu’ dieja tanpa huruf g. Jika dapat diteliti, ejaan pingtu itu merupakan sebutan pintu dalam dialek Terengganu yang menambahkan huruf g selepas huruf n. Oleh itu, kesalahan ejaan ini juga dikira walaupun menggunakan bahasa dialek kerana jika disebut dalam sebutan baku perkataan itu akan salah. Perkataan ditutup perlu dieja secara rapat kerana perkataan ini merujuk kepada kata kerja tutup yang menerima imbuhan awalan ‘di’. Jika perkataan ‘di’ dieja secara berasingan, perkataan ini akan merujuk kepada tempat seperti di Kuala Lumpur. Oleh itu, perkataan ini haruslah dieja secara tepat dengan merapatkannya supaya dapat menunjukkan perkataan ini satu perbuatan.
PEMBEKAL JENIS BUAH-BUAHAN = PEMBEKAL BUAH-BUAHAN PEMBEKAL JENIS BUAH-BUAHAN = PEMBEKAL PELBAGAI JENIS BUAH ANALISIS KESALAHAN Kesalahan papan tanda ini terdapat di sebuah kedai makan. Perkatan pembekal jenis buah-buahan merupakan frasa nama yang tidak lengkap. Dengan penambahan pelbagai dapat melengkapkan frasa tersebut dan menunjukkan bahawa kedai itu menjual buahyang terdiri daripada jenis yang pelbagai. Namun apabila ditambahkan perkataan pelbagai, kata ganda buah-buahan haruslah digugurkan menjadi kata nama buah. Tiada unsur lewah yang berlaku dalam frasa ini. Pengguguran perkataan ‘jenis’ daripada buahbuahan boleh dilakukan bagi membetulkan kesalahan ini. Perkataan buah-buahan telah menunjukkan bahawa buah yang dijual disitu dalam kuantiti yang banyak dan berbeza-beza seperti, mangga, epal dan nanas.
TOLONG JANGAN = JANGAN PUMP = PAM ANALISIS KESALAHAN Kesalahan papan tanda ini terdapat di tempat parkir di sebuah masjid. Perkatan ‘pump’ merupakan perkataan yang dieja dalam bahasa Inggeris. Dalam Sistem Ejaan Rumi 1972, ejaan bagi kata pinjaman telah dimurnikan. Perkataan ‘pump’ dikategorikan sebagai perkataan yang hurufnya mengalami proses penggantian. Huruf um dalam perkataan ‘pump’ diganti dengan huruf a menjadikannya pam. Ejaan pam juga sama dengan sebutan dalam bahasa baku. Pengguguran perkataan ‘tolong’ perlu dilakukan bagi membetulkan kesalahan tatabahasa ini. Kata perintah bagi permintaan dan larangan tidak boleh berada dalam ayat yang sama. Perkataan jangan sahaja telah menunjukkan bahawa perbuatan ini dilarang sama sekali untuk dilakukan.
GORENG PISANG = PISANG GORENG GORENG KELEDEK = KELEDEK GORENG ANALISIS KESALAHAN Kesalahan papan tanda ini terdapat di sebuah gerai yang terletak di tepi jalan. Perkataan ‘goreng’ yang berada di hadapan sesuatu objek menunjukkan perbuatan sementara perkataan ‘goreng’ yang berada di belakang menunjukkan satu bentuk frasa nama. Oleh itu, bagi tujuan menjual pisang dan keledek ini, perkataan goreng perlulah diletakkan di belakang perkataan pisang dan keledek itu menunjukkan penjual itu menjual pisang dan keledek yang telah digoreng.
PEGUAMBELA = PEGUAM BELA ANALISIS KESALAHAN Kesalahan papan tanda ini terdapat di tangga untuk menunjuk arah ke sebuah firma guaman. Perkataan peguam bela dan peguam cara merupakan kata majmuk yang dieja secara terpisah. Perkataan ini juga tidak boleh dieja secara rapat memandangkan perkataan ini bukan kata majmuk jenis mantap seperti perkataan warganegara dan setiausaha. PEGUAMCARA = PEGUAM CARA
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap tulisan yang dihasilkan haruslah dinilai dan dikaji terlebih dahulu kegramatisannya supaya dapat memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan indah secara menyeluruh. Pihak pengusaha kedai makan dan pihak yang terlibat dalam pembuatan papan tanda hendaklah memandang serius isu penggunaan kata dalam papan iklan dan papan tanda supaya dapat menormalisasikan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan rakyat Malaysia. Aspek kegramatisan tatabahasa bahasa Melayu ini penting supaya dapat menjaga martabat bahasa yang telah dipelihara berabad lamanya untuk diturunkan kepada generasi pewaris bangsa yang seterusnya. Oleh itu, masyarakat haruslah sentiasa merujuk kepada Sistem Ejaan Rumi 1972 serta Dewan Bahasa dan Pustaka bagi tujuan memelihara keindahan bahasa Melayu ini. KESIMPULAN