The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

T2-BM1-NUR ATHIRAH BINTI MAHASSAN copy copy

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1552-17-bazilah, 2022-09-17 20:43:32

T2-BM1-NUR ATHIRAH BINTI MAHASSAN

T2-BM1-NUR ATHIRAH BINTI MAHASSAN copy copy

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS TERENGGANU



PERSEDIAAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2022
SEMESTER 1 TAHUN 1

TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO



NAMA PELAJAR : NUR ATHIRAH BINTI MAHASSAN
ANGKA GILIRAN : 2022092310013

NO KAD PENGENALAN : 040412 - 03 - 0692

KUMPULAN/UNIT : BM1

KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 / SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN

TARIKH HANTAR : 17 / 09 / 2022

NO. TEL : 01117858599

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :








Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :


Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

PENGHARGAAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh. Segala pujian hanyalah milik Allah SWT.
Tuhan yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya , saya dapat menyempurnakan tugasan 2 E-
portfolio bagi kod subjek BMMB1074 iaitu Perkembangan Sejarah Bahasa Melayu dengan
jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Dr. Mohd Fadzil bin Baharudin, selaku Pensyarah Sejarah
Perkembangan Bahasa Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Jutaan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang membantu saya menyempurnakan
tugasan ini terutamanya kepada Dr. Mohd Fadzil , atas budi bicara beliau dalam memberi
tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Nasihat dan tunjuk ajar yang sangat
berguna dari beliau amat saya hargai. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada kedua-
dua ibubapa atas sokongan dan doa yang berterusan serta rakan seperjuangan saya kerana
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Semoga kebaikan dan keikhlasan kalian
dibalas oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

….……………………………………….
NUR ATHIRAH BINTI MAHASSAN
Siswi Guru
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu.

i

ISI KANDUNGAN

TUGASAN 1

Bil. Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi 1

2.1 SIstem Ejaan Rumi sebelum merdeka 2-5

2.2 Sistem Ejaan Rumi selepas merdeka 5-6

2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam 7-8

menyeragamkan sistem ejaan rumi

2.4 Cabaran sistem ejaan rumi masa kini 9

3.0 Kesimpulan 10

Rujukan
Lampiran

ii

1.0 Pengenalan

Tulisan merupakan lambang berbentuk coretan kepada bahasa . Ia ialah alat untuk
menzahirkan perasaan dan pemikiran . Jika tulisan tersebut dibunyikan semula ia
dikatakan bahasa . Pada asasnya , bahasa ialah bunyi yang dikeluarkan oleh organ
pertuturan manusia . Bunyi-bunyi tersebut digunakan oleh satu masyarakat untuk
tujuan perhubungan . Menurut kamus Wilkinson (1932) , perkataan tulis adalah
perkataan melayu asli yang bermaksud mewarnai . Misalnya , melahirkan perasaan
dengan cat , pewarna atau dakwat .

2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi

2.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka

Menurut Hashim (2006) , beliau menyatakan kemunculan ejaan Rumi berkait
rapat dengan kedatangan orang Eropah ke Kepulauan Melayu . Pada ketika itu , orang
Portugis sudah mula bertapak dan berkuasa di kepulauan tersebut setelah berjaya
mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487 M . Selepas itu , Portugis berjaya
menawan kota Melaka dibawah pimpinan Alfonso d’ Albuquerque pada tahun 1511 M .
Namun , kuasa dan pengaruh Portugis mula merosot kesan daripada kedatangan
bangsa-bangsa Eropah lain seperti Sepanyol , Belanda dan Inggeris . Orang
Sepanyol mula sampai ke Kepulauan Melayu dengan kemunculan Ferdinand
Magellan dan Antonio Pigafetta berserta lima buah kapal dari Sevilla pada tahun 1921
M . Magellan merupakan seorang pelaut mahir dan pengawai tentera laut manakala
Pigafetta ialah seorang Itali yang turut serta berlayar bersama Magellan ., Ketika
pelayaran , Pigafetta telah menghasilkan sebuah buku catatan pertama tentang
bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dan beberapa kosa kata bahasa telah ditulis .
Sebanyak lebih kurang 426 perkataan melayu yang tercatat oleh Pigafetta serta
beberapa perkataan bahasa tempatan yang lain . Menurut Muhammed Salehudin
(2016) pula , sejarah perkembangan ejaan Rumi bermula dengan para pengembara
iaitu penjelajah dan pedagang dari Eropah ke Kepulauan Melayu . Pengembara lain
dari Inggeris dan Belanda juga turut menulis perkataan dengan menggunakan ejaan
Rumi . Selepas beberapa dekad , sistem ejaan Rumi menjadi satu kepentingan pada
awal abad ke 20 . Hal ini kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi
bahasa Melayu yang sebenar bagi segelintir masyarakat yang tidak dapat
memahaminya .Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menulis kata kata Melayu dalam
ejaan Rumi dan menukarkan tulisan Jawi kepada Rumi tanpa mengetahui sistem

1

bunyi bahasa Melayu yang sebenar . Kesannya , pengetahuan dan pemahaman yang
berbeza-beza dalam kalangan mereka yang terlibat menimbulkan pelbagai jenis
peraturan perumian bahasa Melayu Maka , wujudlah beberapa peringkat sistem ejaan
Rumi sebelum merdeka dan selepas merdeka .

2.1.1 Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1902)

Pada bulan Oktober 1904 , sebuah buku yang bertajuk Romanised Malay Spelling
atau dikenali sebagai ejaan Wilkinson telah diterbitkan sempena nama R.J.Wilkinson .
Buku ini dihasilkan dibawah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri
Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1902 dengan tujuan menyeragamkan tulisan .
Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti Selangor , Perak dan Pahang
mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa ejaan kerana ia
merupakan satu perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu . Ketika itu ,
Wilkinson yang bertugas sebagai Nazir Sekolah-sekolah mengetuai jawatankuasa
tersebut . Selain itu , jawatankuasa ini telah menganjurkan enam peraturan utama
untuk merumikan ejaan bahasa Melayu . Antaranya ialah semua perkataan Inggeris
yang dipinjam oleh bahasa Melayu dieja mengikut sebutan Melayu dan kata terbitan
yang mengandungi imbuhan , kata dasarnya dieja menyamai bentuk asalnya
walaupun terdapat perubahan bunyi . Hasilnya , Ejaan Wilkinson digunakan secara
rasmi di sekolah dan di dalam semua kamus serta penerbitan karya Wilkinson sendiri
dari tahun 1901 hingga 1940 . Hal ini demikian kerana sistem ini telah menjadi rujukan
dalam pengajaran dan penulisan buku-buku teks di sekolah . Secara umumnya ,
sistem ejaan Rumi Wilkinson ini mempraktikkan huruf – huruf vokal seperti a , e –
tailing , e-pepet , i , o dan u serta menerapkan rangkap konsonan seperti ch disebut
sebagai c .

2

2.1.2 Sistem Ejaan Rumi Za’ba (1940)
Sistem ejaan Rumi Za’ba dikenali sebagai sistem ejaan yang terkenal pada

suatu ketika dahulu . Ejaan ini diambil sempena nama Za’ba atau nama penuhnya
Zainal Abidin bin Ahmad . Beliau merupakan orang Melayu pertama di Malaysia yang
telah menyusun sistem ejaan Rumi bahasa Melayu pada tahun 1933 . Beliau
menghasilkan ejaan ini di Maktab Perguruan Sultan Idris , Tanjung Malim ( SITC )
pada tahun 1924 . Sistem ejaan ini disusun dan diperkemas dalam beberapa tahun
kemudian . Antara beberapa buku yang menggunakan ejaan ini ialah buku Ilmu
Bahasa Melayu Penggal 1 ( 1926 ) , Pelita Bahasa Melayu Penggal 2 ( 1941 ) dan
buku Daftar Ejaan Melayu ( Jawi-Rumi ) ( 1949 ) yang berada dibawah penerbitan
Pejabat Karang Mengarang SITC . Selain berfungsi sebagai ejaan sekolah yang
sebenar , sistem ini juga berperanan sebagai ejaan rasmi kerajaan sejak tahun 1940
sebelum digantikan dengan sistem ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang
dirasmikan pada 16 ogos 1972 . Sistem ejaan ini sedikit berbeza dengan sistem ejaan
Wilkinson kerana ia merupakan penambahbaikan dari sistem ejaan Rumi Wilkinson.

3

2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia ( 1943 )
Pada zaman penduduk Jepun tahun 1942 , penggunaan sistem ejaan Fajar Asia

mula berkuatkuasa dan digunakan dalam majalah dwimingguan Fajar Asia . Majalah
ini diterbitkan di Singapura dibawah pimpinan Zainal Abidin bin Ahmad pada tahun
1943 . Ejaan ini bertujuan untuk propaganda pemerintah Jepun di Tanah Melayu .
Dalam pada itu , Angkatan Sasterawan 50 menjadikan ejaan Fajar Asia ini sebagai
ejaan rasmi mereka Ejaan ini dikatakan sebagai langkah penyatuan ejaan Rumi
bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia .Kemudian , pengggunaan
ejaan ini diberhentikan selepas berakhirnya pendudukan Jepun pada tahun 1945 dan
Ejaan Za’ba digunakan semula .

4

2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres (1956)

Kongres Bahasa dan Persuratan berlaku sebanyak tiga kali iaitu yang pertama
pada tahun 1952 di Singapura , diikuti kongres yang kedua pada tahun 1954 di
Seremban manakala Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga berlaku pada 16
hingga 21 September 1956 di Singapura . Kongres ini berlangsung berikutan adanya
ketidakpuasan pengguna terhadap sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu dan Singapura
serta membincangkan isu isu berkaitan pelajaran Melayu , perkembangan bahasa
dan kesusteraan Melayu . Beberapa cadangan telah dikemukakan oleh para cerdik
pandai Melayu untuk melihat penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa
Indonesia . Hasilnya , sistem ejaan yang sedang digunakan iaitu Za’ba diperbaiki
dengan tujuan menyatukannya dengan bahasa Indonesia . Dalam pada itu , sistem
ejaan baru yang dikenali sebagai Ejaan Kongres turut diperkenalkan melalui
persetujuan yang dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga .
Sebuah jawatankuasa ejaan ditubuhkan dengan tujuan meneroka usaha kerjasama
dalam penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia dari tahun
1957 hingga tahun 1972 .

2.2 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi selepas Merdeka

2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya , PBMUM
(1959)

Terdapat satu kaedah ejaan baru digunakan selepas Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu ketiga tahun 1956 iaitu ejaan Rumi PBMUM . Sistem ini digunakan
dalam penerbitan jurnal Bahasa oleh Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
bermula pada tahun 1959 . Sistem ini diperakui sebagai langkah dalam menyatukan
ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia walaupun ia bukanlah satu
kaedah ejaan yang rasmi .

5

2.2.2 Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia ( 1972 )
Selepas tamat konfronsi Indonesia – Malaysia ( 1963-1966 ) , berlaku

perbincangan tentang isu ejaan bersama antara kerajaan Malaysia dengan Indonesia
pada 27 Jun 1967 . Hasilnya , wujudnya sistem ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia
manakala di Indonesia dikenali sebagai Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan.
Hal ini termaktub dalam Pedomen Umum Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 .
Pada tarikh 16 Ogos 1972 , berlaku pelancaran rasmi secara serentak di Kuala Lumpur
oleh Perdana Menteri , Tun Abdul Razak dan di Jakarta oleh Presiden Soeharto .
Ejaan rumi baru ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi tujuan
penggunaan umum .
.

6

2.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan
sistem ejaan rumi

Pertubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai
Pustaka mula dibina pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru , Johor . Pertubuhan ini
bertujuan untuk menggerak , mengembangkan dan memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan , bahasa rasmi dan bahasa ilmu negara yang akan
merdeka ketika itu . Kini , DBP telah beroperasi di Menara BDP yang mula dibina pada
tahun 1977 dan siap pada tahun 2002.

Antara peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan
sistem ejaan rumi adalah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
yang cekap dan berkesan dalam semua bidang . Menurut Abdullah Hassan (2004) ,
beberapa langkah perlu diambil kira dalam membina kepustakaan Melayu , iaitu
dengan meningkatkan kemenjadian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa
pengantar secara menyeluruh dalam semua bidang . Bidang yang dimaksudkan ialah
bidang pengajian tinggi , bidang pentadbiran negara , bidang ekonomi dan
perdagangan serta bidang kebudayaan.

Selain itu , DBP turut berperanan dalam membina dan memperkaya bahasa
kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi . Dalam pendidikan
dan penyelidikan umum , kebanyakkan penemuan dan penciptaan baru terutamanya
dalam bidang perubatan menggunakan bahasa Inggeris dalam membentuk perkataan .
Tambahan , pelajar aliran sains di sekolah juga mempelajari mata pelajaran dalam
bahasa Inggeris sehingga ada yang tidak mengetahui maksud perkataan tersebut
dalam bahasa Melayu . Hal ini demikian telah menarik perhatian pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka dalam mengembangkan dan memperkaya bahasa Melayu dalam
kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat . Oleh itu , pihak DBP telah mengorak
langkah dalam menghasilkan lebih banyak perkataan Bahasa Melayu dalam bidang
yang berkembang pesat termasuk sains dan teknologi .

Sudah terang lagi bersuluh , penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa
Melayu semakin pudar pada zaman kini . Kebanyakkan masyarakat sudah tidak lagi
menggunakan bahasa Melayu dengan betul malah mereka lebih memilih untuk
bercakap menggunakan bahasa pasar dalam kehidupan seharian . Jika ditelusuri lebih
jauh , poster dan risalah yang disebar untuk mempromosikan sesuatu produk di jalan
raya mahupun di media massa juga kebanyakkannya tidak menggunakan bahasa

7

Melayu dengan betul . Hal ini dipandang remeh oleh masyarakat sedangkan ia ibarat
proses mencemarkan bahasa Melayu . Oleh sebab itu , pihak DBP perlulah
memandang serius isu ini dengan mengambil beberapa langkah dalam menggalakkan
penggunaan bahasa Melayu dengan betul . Antara langkah yang diambil adalah
melancarkan kursus bahasa Melayu dalam kalangan para peniaga , memperluaskan
pembacaan buku dan mengalakkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan rakyat
Malaysia dalam perbualan harian .

8

2.4 Cabaran sistem ejaan rumi masa kini

Pada zaman kini , sistem ejaan Rumi telah menerima beberapa cabaran
dalam memperkasa dan mengukuhkan kedudukan agar tidak ditelan zaman .
Antaranya ialah penggunaan bahasa rojak yang semakin berleluasa terutamanya
dalam media sosial . Menurut pandangan Prof Dr. Hashim Hj. Musa , keracunan
bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut sistem yang betul dari segi
morfologi , kosa kata , istilah , fonologi dan sebagainya yang menjadi punca
kekacauan dan ketidaktekalan dari segi makna , ejaan , sebutan dan pembentukan
ayat . Golongan masyarakat lebih mengutamakan bahasa rojak untuk berkomunikasi
dalam perbualan seharian kerana berfikiran bahasa rojak lebih mudah digunakan
berbanding bahasa Melayu . Kesannya , sistem ejaan Rumi terpinggir tanpa disedari .

Rohaidah Mashusi dan J. Sham ( 2005 ) mengatakan , kecanggihan dalam
penggunaan telefon pintar juga mendatangkan kegoyahan kepada bahasa Melayu
sebagai bahasa komunikasi . Penggunaan aplikasi seperti whatsapp dan sistem
mesej singkat ( sms ) yang berfungsi menghantar pesanan dengan pantas memberi
impak yang besar kepada bahasa Melayu . Hal ini demikian kerana golongan
masyarakat banyak mengubai suai dan meringkaskan sesuatu perkataan
terutamanya dalam berkomunikasi dengan teman rapat untuk tujuan meringkaskan
dan mempercepatkan penghantaran maklumat . Dengan ini , ejaan rumi banyak
terhakis dan diabaikan oleh sejenak masyarakat di negara kita .

9

3.0 Kesimpulan
Konklusinya , dapatlah kita membincangkan secara ringkas tentang perkembangan
sistem ejaan Rumi sebelum dan selepas merdeka serta cabaran masa kini . Sistem
ejaan Rumi telah mengalami beberapa peringkat untuk sampai ke tahap sistem ejaan
Rumi kini . Pelbagai usaha telah giat dijalankan oleh pendeta dahulu untuk
mewujudkan sistem ejaan ini . Justeru , semua pihak mestilah berjuang untuk
memartabatkan ejaan Rumi agar tidak ditelan zaman .Walapun wujudnya Dewan
Bahasa dan Pustaka yang berfungsi untuk memartabatkan ejaan Rumi yang betul , ia
tidak akan berkesan jika masyarakat memandang rendah tentang perkara tersebut .
Sebagai rakyat Malaysia , kita mestilah mencintai dan berbangga dengan bahasa kita
sendiri iaitu bahasa ibunda kerana bahasa jiwa bangsa . Saya yakin dengan adanya
gerak langkah daripada semua pihak , sistem ejaan Rumi di Malaysia dapat
diperkukuh dan kembali ke landasan yang diinginkan seiring dengan perkembangan
teknologi kini .

10

Rujukan

Abdullah Hassan (2004). Menghayati Kepustakaan Berbahasa Melayu. Tanjung
Malim : UPSI

Asas 50 (1987). Memoranda Angkatan Sasterawan 50. Edisi 2. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar (1991). Bahasa Melayu Abad ke-16. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Bausani A (1960). The First Italian-Malay Vocabulary by Antonio Pigafetta. East and
West New Series II,hlm. 229-248.

Ismail bin Dahaman(2007). Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka

Ahmad Albab(2012). Definisi Tulisan.
https://www.scribd.com/doc/86523504/1-DEFINISI-TULISAN

Institusi Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. (n.d)
https://www.coursehero.com/file/p6sunhs/70-Sejarah-Perkembangan-Sistem-Ejaan-
Rumi-Sebelum-Merdeka-71-Sistem-Ejaan-Rumi/

Nurlidyawati Jasmin. (2017) Sejarah Perkembangan Ejaan Jawi dan Rumi
https://www.slideshare.net/NurLidyawatiJasmin/sejarah-perkembangan-ejaan-rumi-
dan-jawi

Syahir Harith. (2012) Sejarah Perkembagan Sistem Ejaan Rumi di Malaysia
http://bolehsayatahu.blogspot.com/2011/01/sejarah-perkembangan-sisten-ejaan-
rumi.html

Muhammed Salehuddin Aman. (n.d.) Sinopsis Sistem Ejaan Bahasa Melayu
http://klikweb.dbp.my/?p=6003

11

Zahid bin Bakar. (2014). Sistem Ejaan Rumi Baharu.
http://bahasaku-zahid.blogspot.com/2014/12/sistem-ejaan-rumi-baharu.html
Muhammad Ariff Ahmad. (n.d.) Ejaan Rumi Bahasa Melayu
https://www.languagecouncils.sg/mbms/my/-
/media/mlc/documents/penerbitan_ejaan-rumi-bahasa-melayu_muhammad-ariff-
ahmad.pdf
Aram. (2013). Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia.
http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-baharu-bahasa-malaysia.html

12

Lampiran


13

14


Click to View FlipBook Version