The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiirzaki.hz, 2023-01-13 03:41:08

awal muharram

awal muharram

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM “CERAMAH SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1444H” KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN Hari : Selasa Tarikh : 09 Ogos 2022 /11 Muharam 1444H Tempat : Gelanggang Juara Smes Penceramah : Ustaz Mohd Hafidz bin Mohamad Suhaile (Timbalan Qadhi/Imam Besar Daerah Kuantan) ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & UNIT BINA INSAN SMK SEMAMBU


MATLAMAT: Melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri generasi yang mencintai hari kebesaran Islam dengan menghayati nilai-nilai murni, berakhlak mulia serta bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan keluarga serta bersedia mendepani kehidupan yang lebih mencabar. OBJEKTIF : Mengenang kembali peristiwa hijrah Rasulullah dan mengambil ibrah daripadanya. Mendedahkan pelajar peristiwa yang membawa kepada penghijrahan Rasulullah. Membuka minda pelajar betapa perlunya hijrah dan kebaikan daripadanya . AKTIVITI : AKTIVITI PENYELARAS Ceramah Maal Hijrah Ustaz Mohd Ghazali bin Omar Kuiz Maal Hijrah Ustazah Maizam Zura bt Yacob


JAWATANKUASA PROGRAM: Bil J/Kuasa AJK Bidang Tugas 1 Jemputan En Mohd Ghazali bin Omar - Menghubungi penceramah dan memastikan kehadiran penceramah. - Menyerahkan cenderahati kepada penceramah. 2 Pengacara En Sayed Norazizan - Mengacarakan majlis - Memastikan semua hadirin dalam keadaan bersedia sebelum majlis bermula 3 Siaraya /PA sistem En Mohd Abdah En Mohd.Shamsul - Memastikan PA sistem di Dewan Terbuka berfungsi dengan baik 4 Jamuan Pn. Maziah - Menyediakan makanan penceramah 5 Kertas Kerja Program Pn Maizam Zura - Menyediakan kertas kerja program dan peruntukan 6 Broser Pn Zanariah bt Md Ali - Menyediakan broser untuk diedarkan kepada pentadbir dan semua guru 7 Dokumentasi dan LADAP Pn. Nor Laila bt Omar - Mengambil gambar yang sesuai semasa program - Membuat laporan selepas program. - Membuat link kehadiran untuk LADAP


TENTATIF PROGRAM 7.40 Pagi – Pelajar dan guru bergerak ke tempat aktiviti 8.00 Pagi – Ceramah Sambutan Maal Hijrah 9.10 Pagi – Kuiz Maal Hijrah 9.30 Pagi – Bersurai.


INFO BULAN MUHARRAM Bulan Muharam adalah permulaan bagi kalendar Umat Islam mengikut kalendar hijrah. Awal Muharram atau Maal Hijrah amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi takwim hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. TEMA MAAL HIJRAH 1444H/2022M “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”


LOGO MAAL HIJRAH


PERISTIWA HIJRAH


PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARAM & HARI ASYURA Pada 10 Muharam juga telah berlaku peristiwa-peristiwa berikut : 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.


SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA AL-FADHIL USTAZ MOHD HAFIDZ BIN MOHAMAD SUHAILE (TIMBALAN QADHI/IMAM BESAR DAERAH KUANTAN) DI ATAS KESUDIAN MENERIMA JEMPUTAN KAMI.


Click to View FlipBook Version