The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by havinesh.dls21f1028, 2022-05-18 11:46:22

MASALAH GEJALA SOSIAL YANG SEMAKIN MELUASA DALAM KALANGAN REMAJA

MPU234042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA E Folio

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

MPU234042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

E FOLIO No. MATRIKS KELAS

NAMA 23DLS21F1028 DLS2B
23DLS21F1082 DLS2B
HAVINESH PANDIAN 23DLS21F1060 DLS2B
RUBAN A/L KARUPAYAH 23DLS21F1070 DLS2B
PREAVIN NAIDU A/L S MURUGAYAH 23DLS21F1058 DLS2B
ANVITHA A/P SUBRAMANIAM
SATHIYA SRII GANESAN

TAJUK E FOLIO : MASALAH GEJALA SOSIAL YANG
MELUASA DALAM KALANGAN REMAJA

NAMA PENSYARAH : ENCIK YUSRI BIN YUSOFF

1

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN ........................................................................................................................... 3
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL .............................................................. 4
KESAN-KESAN MASALAH GEJALA SOSIAL ...................................................................... 6
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH GEJALA SOSIAL.................. 8
KESIMPULAN............................................................................................................................ 9
LAMPIRAN............................................................................................................................... 10
RUJUKAN ................................................................................................................................. 12

2

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

PENGENALAN

Remaja merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara.
Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberi kesan kepada pembangunan
sosial dan insaniah remaja. Kerajaan dan juga pelbagai pihak lain berusaha untuk mendidik
remaja di dalam membentuk remaja yang berkualiti untuk memimpin negara dari peringkat
sekolah rendah hinggalah ke peringkat institut pengajian tinggi.

Namun ,Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing hingga menimbulkan kebimbangan
dalam kalangan masyarakat. Jika dahulu, masalah sosial hanya berlaku di kawasan bandar
yang membangun dan bandar besar. Namun kini, masalah sosial ini turut menular ke kawasan
luar bandar. Kini , remaja berusia seawal usia 11 tahun telah pun terjebak di dalam masalah
ini. Banyak pihak pening kepala dengan berfikir mencari jalan keluar terhadap permasalahan
ini. Jadi,e-Folio ini akan menbentangkan punca dan kesan kepada masalah gejala sosial ini.
Tambahan pula, akan dapat mengekalkan langkah – langkah yang sesuai untuk mengatasi
masalah gejala sosial dalam masyarakat kini.

3

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL

Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa khususnya.
Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya semakin hangat
diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang serius dipaparkan didada-
dada akhbar kebelakangan ini. Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan
yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil
seseorang remaja boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan mendalam
terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial.

MEDIA MASSA
Pengaruh modenisasi dan globalisasi ini lebih terasa dan ketara dengan bantuan

berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan wahana yang efektif
berlakunya gejala sosial. Marcapada, media massa sering menyiarkan program hiburan yang
melalaikan secara konsisten. Contohnya, filem-filem seperti ‘Tokyo Drift’ dan ‘Initial-D’
harus ditegah tayangannya. Ini menjadi maslah kerana lazimnya golongan belia mudah
meniru dan mengikut hal yang mereka melihat disekeliling. Paparan adegan-adegan negatif
dari film barat menimbulkan perasan ingin tahu dan ingin cuba sndiri mengikut apa yang
ditonton. Jelaslan, tidak harus dipandang enteng bahawa media massa adalah penyebab
berlakunya gejala sosial.

SIKAP INDIVIDUALISTIK MASYARAKAT
Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga

menjadi faktor penyebab. Anggota masyarakat tidak menunjukkan teladan yang baik dan
mengamalkan sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, khususnya
kepada golongan remaja. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah
berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat
kerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Jika
masyarakat tidak mengambil berat tentang perlakuan para remaja, pasti para remaja terasa
tidak dihargai dan terjebak gejala sosial.

4

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

TERIKUT-IKUT DENGAN SIKAP NEGATIF REKAN SEBAYA
Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial.

Rakan sebaya sering kali menjadi tempat meluahkan perasaan kerana hubungan yang
renggang dengan ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan mereka mudah mengikut kata rakan
sebaya mereka berbanding ibu bapa. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah
mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remajabegitu mudah terikut-ikut dengan
sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk
melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan
mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan. Jelaslah, pengaruh rakan sebaya juga menjadi
salah satu penyebab remaja terlibat dengan gejala sosial.

SIKAP TIDAK MENGAMBIL BERAT OLEH IBU BAPA
Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial.

Dalam era globalisasi ini, ibu bapa asyik sibuk dengan pekerjaan sendiri sahaja. Sikap ibu
bapa yang mementingkan material telah mengabaikan kepentingan dan keperluan anak-anak
yang berada di rumah. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja siang malam semata-mata
untuk mengejar harta kekayaan. Pada hujung minggu, ibu bapa masih sibuk dengan kerjaya
masing-masing dan ini menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi tegang.Sikap ibu bapa
ini menyebabkan anak¬-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka
melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak
kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian
daripada ibu bapa mereka. Tegasnya, sikap ibu bapa adalah punca yang perdana berlakunya
gejala sosial.

KELEMAHAN DIDIKAN AGAMA DAN MORAL DIRI REMAJA
Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan

remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang
kuat. Disebabkan tiadanya didikan agama yang kuat, remaja hanya inginkan keseronokan
tanpa memikirkan dosa atau kesan negatif atas perbuatan mereka. Kebanyakan remaja masa
kini juga tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dan mereka tidak
mempunyai cita-cita dan matalamat yang jelas dalam hidup mereka.Mereka berpendapat
bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.
Jelaslah bahawa , sikap remaja sendiri yang acuh tak acuh telah menyebabkan berlakunya
gejala sosial.

5

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

KESAN-KESAN MASALAH GEJALA SOSIAL

Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini mempunyai pelbagai kesan dan
impak yang begitu besar dari segi diri individu, masyarakat dan negara. Belia hari ini adalah
aset utama dan amat penting kepada negara pada masa hadapan. Kesan jangka panjang dan
jangka pendek sudah pasti akan berlaku sekiranya golongan belia dan masyarakat hari ini
tidak tahu menangani masalah yang semakin meruncing ini, ini menjadikan pembentukan jati
diri dan maruah akhlak rapuh dari kaca mata masyarakat kita sendiri. Akhlak adalah
keperibadian dan cermin diri seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu
mempunyai akhlak yang buruk, maka keperibadian individu tersebut juga akan menjadi
buruk. Remaja yang buruk akhlaknya boleh menjejaskan diri, keluarga, dan negara.

Kesan Ke atas Individu :

Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tida
kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan
kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang
mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara
negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Penglibatan remaja
di dalam kancah sosial boleh merosakkan disiplin mereka. Mereka tidak mahu dikongkong
dan inginkan kebebasan dengan menginginkan telefon bimbit dengan pelan data yang tidak
dikawal. Kebebasan yang diterima mereka menyebabkan ibu bapa tidak lagi mengetahui di
mana anak mereka berada, akibatnya mereka tidak dapat lagi memantau keberadaan anak
mereka. Anak-anak yang berbohong tentang keberadaan mereka menjadi terbiasa untuk terus
berbohong agar mereka mendapatkan kebebasan mereka. Perlahan-lahan ibu bapa tidak sedar
bahawa anak-anak mereka semakin jauh dan rosak, terjerumus dengan pelbagai perkara
negatif. Pada ketika itu, anak-anak yang bermasalah tidak akan menerima sebarang nasihat
lagi kerana mereka terlalu jauh daripada hubungan akrab yang sepatutnya terbina di antara
ibu bapa dan anak. Tiada lagi disiplin di dalam diri mereka disebabkan mereka tidak dipupuk
dengan sikap disiplin terutama disiplin diri sejak awal lagi.

Berbeza dengan masa kini, ibu bapa dan guru-guru di sekolah di pandang tinggi dan
dihormati pada zaman dahulu. Mereka akan bercakap sopan dan lemah lembut sebagai tanda
adab dan hormat. Tidak sama seperti remaja masa kini yang biadap dan tidak menghormati
ibu bapa dan guru-guru. Terdedah kepada gejala sosial yang buruk membuatkan mereka tidak
lagi mengetahui adab dan cara menghormati. Ibu bapa hanya membekalkan harta benda serta
wang ringgit yang mereka rasakan penting bagi anak mereka sebagai tanda kasih sayang.
Tetapi mereka silap bahawa ia memberikan anak-anak mereka peluang untuk melayari
sesuatu yang tidak sepatutnya Anak-anak yang tidak mendapatkan kasih sayang dan
perhatian tidak lagi merasakan ibu bapa penting di dalam hidup mereka kerana terlalu
dimanjakan dan dibiarkan tanpa pantauan. Akibatnya anak-anak jadi hilang hormat pada guru
kerana tiada kerjasama di antara ibu bapa dan sekolah dalam memastikan anak mereka tidak
terpengaruh kepada gejala sosial.Mereka hanya menunding jari pada sekolah dan meletakkan
sekolah sebagai punca masalah yang berlaku pada anak-anak mereka Walhal. tiada didikan
ibu bapa tentang moral dan adab kerana semua itu patutnya bermula di institut keluarga.

6

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

Kesan Ke atas Keluarga :
Keluarga memainkan tanggungjawab yang penting kerana daripada institusi keluarga
terbentuklah kebahagiaan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Runtuhnya sesebuah
institusi keluarga akan menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan keharmonian yang dialami
oleh sesebuah masyarakat. Akhlak individu remaja yang baik dan buruk datang daripada
institusi keluarga yang harmoni dan bahagia. Oleh itu, keruntuhan akhlak dalam institusi
kekeluargaan akan memberi impak yang besar kepada kebahagiaan dan keharmonian
sesebuah institusi keluarga. Akibat daripada wujudnya ketidakharmonian dalam keluarga,
sesebuah keluarga itu pasti akan bercerai-berai. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak
akan terbiar dan tidak terbela, sekali gus kehilangan tempat bergantung daripada sejahtera.
Kesannya ialah berlakunya masalah sosial yang lain seperti budaya melepak, penagihan
dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sejenis dan lain-lain masalah bermasalah.
Kesan Ke atas Negara :
Implikasi utama kepada negara jika masalah sosial tidak ditangani segera akan menyebabkan
negara kehilangan kepimpinan pada generasi akan datang. Ini akan menjadikan kepesatan
pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosio-ekonomi negara akan lembap kerana
wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Ini
menjadikan kadar jenayah di negara ini juga akan meningkat seiring dengan peningkatan
gejala sosial, ia juga meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan kadar
jenayah. Seterusnya, anasir luar akan meresap ke dalam negara sekiranya generasi muda hari
ini tidak tahu menjaga akhlak. Dan, kesan utama remaja hari ini khususnya akhlak remaja
Islam rosak dan rosak, maka pandangan kaum lain terhadap agama yang kita anuti hari ini
sudah tentu serong dan buruk.

7

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH GEJALA SOSIAL

Ibu bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak-anak mereka agar
anak-anak mereka tidak merasa diri mereka keseorangan dan sentiasa mempunyai individu
yang menyokong dan mampu memberi motivasi kepada mereka tatkala mereka mempunyai
masalah. Tamsilnya, pada hujung minggu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak mereka
untuk menghadiri tazkirah-tazkirah di masjid dan kempen-kempen kesedaran mengenai
padah gejala sosial.
pihak sekolah juga haruslah mengambil inisiatif yang kukuh untuk mengelakkan golongan
remaja daripada terlibat dalam gejala gejala sosial yang makin menular di Malaysia. Pihak
sekolah haruslah mempergiatkan kelab yang boleh membawa golongan remaja kepada jalan
yang benar, misalnya kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Seperti yang kita sedia
maklum, setiap sekolah telah diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan
kelab PRS yang disertai oleh pelajar sekolah masing-masing.
Pihak kerajaan sebagai penggubal undang-undang juga memainkan peranan yang penting
dalam membantutkan penularan gejala sosial dalam kalangan remaja. Pihak kerajaan haruslah
menguatkuasakan undang-undang yang melibatkan remaja bawah umur. Misalnya,
meningkatkan denda dan memberikan hukuman yang lebih berat kepada pesalah.
Pihak kerajaan boleh meningkatkan disiplin diri remaja dengan mewajibkan semua remaja
untuk mengikuti program berbentuk kenegaraan seperti Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) di mana salah satu objektif pelaksanaannya adalah untuk membentuk perwatakan
positif menerusi nilai-nilai murni. Pelbagai modul akan diperkenalkan sepanjang PLKN yang
boleh membentukan nilai luhur dalam diri remaja dan meningkatkan perasaan sayang
terhadap diri sendiri supaya lebih menghargai diri sekaligus mengelakkan daripada
melakukan gejala negatif.
pihak media massa juga memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala sosial dalam
kalangan remaja terutamanya dalam zaman yang semuanya terletak di hujung jari. Tidak
dapat disangkalkan lagi bahawa pengguna media massa seperti media cetak dan media
elektronik di Malaysia telah meningkat saban tahun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan
terutamanya media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram. Oleh yang demikian
saluran media massa haruslah dimanfaatkan untuk menjadi penyebar ajaran yang positif..
Media sosial juga seharusnya meningkatkan had umur masyarakat untuk menggunakan media
sosial.

8

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

KESIMPULAN

Dari penelitian yang dilakukan, kebanyakan gejala sosial dalam masyarakat mula berlaku di
peringkat usia remaja dan juga semasa anak-anak di bangku persekolahan. Masalah ini perlu
dilihat dalam konteks mata rantai. Dimana ia tidak akan terjadi sekiranya golongan dewasa
tidak memulakannya. Perlakuan orang dewasa atau ibubapa kepada anak-anak akan mudah
dicontohi oleh anak-anak. Pengawasan yang tidak berlaku di peringkat orang dewasa
menjadikan anak-anak terjebak ke kancah maksiat. Pemantauan di peringkat pusat kuasa
yang tidak berlaku secara serius telah menjadi pemangkin kepada permasalahan sosial tidak
berpenghujung dengan noktah penurunan, bahkan geraf terus meningkat naik setiap tahun.
Seandainya anak-anak yang baru lahir, tumbuh membesar dalam kelompok yang sihat, maka
akan baiklah anak-anak itu. Demikian pula sebaliknya. Oleh itu dalam menangani masalah
ini, agama Islam telah menitik beratkan kepada penyelesaian di peringkat akar umbi iaitu
manusia itu sendiri. Berjaya atau tidak pembangunan di dunia, adalah bergantung kepada
manusia. Oleh kerana itu, pembangunan sumber manusia menjadi fokus utama
pembangunan. Sumber manusia menjadi penentu dan kayu ukur kepada keupayaan satu-satu
pembangunan yang dibina. Hanya manusia yang mempunyai syakhsiyah tinggi yang mampu
menjamin pembangunan fizikal terus mantap. Pembangunan sumber manusia mestilah
menyediakan tenaga manusia dan barisan pelapis yang baik bagi mengisi tamadun alaf baru
dan mencukupi syarat untuk melaksanakan pembangunan yang cemerlang serta seimbang.
Justeru itu semua pihak haruslah bekerjasama untuk menghapuskan masalah gejala sosial
yang semakin berleluasa ini. Remaja pada masa kini seharusnya lebih kuat dan mempunyai
jati diri yang mantap supaya dapat mengawal diri dari gejala-gejala sosial. Sesungguhnya,
remaja yang unggul dan berkualiti adalah remaja yang dapat membangunkan negara supaya
lebih setanding dan maju dengan negara-negara lain.

9

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

LAMPIRAN
Statistik tentang masalah gejala sosial di Malaysia :

10

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

11

NILAI MASYARAKAT: E FOLIO

RUJUKAN

https://eseistpm.blogspot.com/2018/08/punca-gejala-sosial-dalam-kalangan.html

http://muhammadnaquibajmal.blogspot.com/2017/08/5-punca-berlaku-gejala-sosial-masa-
kini.html

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/11/18569/remaja-samseng-kes-buli-
makin-membarah

https://www.google.com/search?q=punca+gejala+sosial+newspaper&tbm=isch&chips=q:pun
ca+gejala+sosial+newspaper,online_chips:akhbar:HPGLMcTyj0A%3D&authuser=1&hl=en
&sa=X&ved=2ahUKEwi0ypeq--
X3AhUmk9gFHbkPCzkQ4lYoAnoECAEQIg&biw=1519&bih=746#imgrc=fqVI-
tj_Nw_YrM

https://karanganpanas.blogspot.com/2019/05/langkah-mengatasi-gejala-sosial-dalam.html

12


Click to View FlipBook Version