The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan projek-projek sekolah hijau SMK Jelutong 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-02529048, 2022-11-29 16:21:13

LAPORAN ASH SMK JELUTONG 2022

Laporan projek-projek sekolah hijau SMK Jelutong 2022

Keywords: ASH,projekhijau

Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

3. Faedah Projek :

 Dapat menggalakan murid menggunakan bahan kitar semula yang dalam menjadi bahan
dalam penanaman sayur-sayuran.

 Dapat menjaga kualiti sayur-sayuran supaya lebih organik dan lebih berkhasiat
 Dapat menjana pendapatan berterusan kepada sekolah yang mana melibatkan kos yang

rendah.

4. Pelaksana :

Cik Mageswari A/P Suthagaran, En Tang Weng Lee, guru subjek Asas tanaman dan Murid
PPKI

5. Tarikh Pelaksanaan :

Waktu pembelajaran Subjek Asas Tanaman

6. Perancangan Seterusnya :

Menanam lebih banyak sayur-sayuran dengan menggunakan lebih banyak bahan kitar
semula.

7. Lampiran :

Labu Air Bendi

Cili Padi Kacang Panjang
LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!
4.8 Projek Nursery
1. Pengenalan Projek :

Projek Nursery merupakan satu projek yang dijalankan dengan menanam beberapa jenis
pokok bunga seperti pokok bunga butang, pokok bunga jarum, wedelia sp dan juga pokok
keladi. Penanaman pokok bunga tersebut bertujuan untuk menceriakan kawasan nursery
serta membantu dalam meningkatkan pendapatan projek nursery.
2. Objektif Projek :
 Mewujudkan semangat menyayangi alam sekitar dalam kalangan murid SMK Jelutong.
 Melatih warga SMK Jelutong untuk menjaga ciptaan alam semula jadi
 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan alam semula jadi di kawasan sekolah.
 Membantu dalam menceriakan kawasan sekolah dengan adanya pokok bunga.
3. Faedah Projek :
 Pendedahan kepada kehijauan adalah bermanfaat untuk emosi dan perasaan setiap individu.
 Melestarikan alam sekitar.
4. Pelaksana :

Pn. Fauzelien, Cik Azliyana, Cik Umadevi, Pn. Nurul Hidayah dan semua murid dan guru
SMK Jelutong.
5. Perancangan seterusnya :

Usaha ini akan dijalankan secara berterusan.
6. Lampiran :

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

4.9 Projek Buah-buahan
1. Pengenalan Projek :

Projek penanaman buah-buahan merupakan salah satu daripada projek-projek tanaman
yang dibentuk dan disenggara oleh PPKI, SMK Jelutong. Tujuan utama projek ini merupakan
sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk anak-anak istimewa ini
bagi memperkenalkan salah satu daripada pelbagai bidang tanaman yang ada pada masa
kini iaitu tanaman buah-buahan.

Melalui projek ini maka kami ingin memperkenalkan dan promosikan buah-buahan
tempatan yang terdapat dalam rangkaian makanan di negara kita. Pokok pisang dipilih
sebagai tanaman utama dalam Taman Buah-buahan PPKI kerana kami ingin
memperkenalkan sejenis pokok buah-buahan yang mempunyai pelbagai kegunaan selain
daripada buahnya (pisang) sahaja.
2. Objektif Projek :
 Merupakan salah satu Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang menekankan
Pembelajaran melalui Pengalaman Kerja (Hand On).
 Memperkenalkan kitaran hidup bagi tanaman buah buahan yang merangkumi jenis
pembiakan tanaman dan jangka hayat tanaman.
 Mendedahkan kaedah untuk penanaman penjagaan tanaman dan penuaian hasil tanaman.
 Mendedahkan prospek keusahawanan dalam tanaman buah-buahan.
3. Faedah Projek :
 Dapat memperkenalkan kemahiran asas dalam penanaman tanaman buah-buahan.
 Dapat memupuk minat murid dalam penanaman tanaman buah-buahan.
 Dapat mendedahkan prospek keusahawanan dalam tanaman buah-buahan.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

4. Pelaksana :
En Tang Wang Lee, Pn Fauzelien, En. Ahmad Shairozi, Pn. Rohayu dan Guru dan Murid

PPKI
5. Tarikh Pelaksanaan :

Sepanjang tempoh persekolahan
6. Pencapaian :

Kebun Buah-buahan PPKI diuruskan dengan keadaan baik.
7. Lampiran :

Kebun
Buah-
buahan
PPKI
Pelajar
menabur
serbuk kulit
telur dalam
lubang
tanaman

Penanaman
anak pokok

pisang
Pelajar
menjalankan
aktiviti
menyiram

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

4.10 Projek Taman Dapur
1. Pengenalan Projek :

Projek Taman Dapur merupakan satu projek yang dijalankan sepenuhnya oleh warga
PPKI yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid PPKI. Taman Dapur berunsurkan
tanaman hijau yang dapat memberikan kesan terapi baik pada jiwa. Suasana hijau yang
tercipta dapat menawarkan suasana harmoni dapat membantu mengurangkan tekanan serta
dapat merehatkan minda dan fizikal.
2. Objektif Projek :
 Agar suasana sekolah kelihatan ceria dan bersih.
 Mengeratkan perhubungan antara insan di sekolah.
 Membantu murid mengenali nama dan pelbagai jenis tanaman sayur.
3. Faedah Projek :
 Menjadikan persekitaran sekolah bermanfaat untuk emosi dan perasaan setiap individu.
 Melestarikan alam sekitar.
4. Pelaksana :

Pn. Siti Nabila, Pn. Nurul Hidayah, Pn. Rohayu dan semua guru PPKI dan murid PPKI
SMK Jelutong.
5. Status Pelaksanaan Projek :

Guru telah dimaklumkan mengenai Projek Taman Dapur. Guru bersama murid PPKI
telah bergotong-royong membersihkan dan mencantikkan kawasan projek tersebut.
Penyediaan tanaman dan proses penanaman telah dilakukan oleh murid PPKI dan guru
PPKI.
6. Perancangan Seterusnya :

Projek Taman Dapur akan diteruskan sehingga akhir tahun sebagai manfaat kepada
individu dan menghargai alam sekitar. Ia juga dapat mewujudkan iklim pembelajaran di
sekitar taman ini.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

7. Lampiran
Projek Taman Dapur

4.11 Projek Penghijauan Tandas
1. Pengenalan Projek :

Projek. penghijauan tandas melibatkan guru, murid dan pekeerja kebersihan. Projek ini
bertujuan untuk melatih murid menjaga kebersihan tandas.
2. Objektif Projek :
• Melatih pelajar menjaga kebersihan tandas
• Mengurangkan pembaziran air dan elektrik.
• Memastikan tandas sentiasa bersih dan berbau harum
3. Faedah Projek :
 Menjadikan keadaan tandas bersih dan berbau harum
 Melestarikan alam sekitar.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!
4. Pelaksana :

Pn. Nur Syakirah, Cik Vinothini dan semua guru, murid, dan pekerja kebersihan SMK
Jelutong.
5. Status Pelaksanaan Projek :

Guru bersama murid dan pekerja kebersihan membersihkan dan mencantikkan tandas.
Guru menyediakan bunga hiasan dan jadual pembersihan, murid menampal label
penjimatan air dan elektrik.
6. Perancangan Seterusnya :

Projek ini akan diteruskan melatih pelajar menjaga kebersihan tandas bagi memastikan
keselesaan kegunaan bersama.
7. Lampiran
Projek Penghijauan Tandas

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

KREATIVITI
DAN

INOVASI

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

5.0 KREATIVITI DAN INOVASI

Elemen khas dalam Sekolah Hijau SMK Jelutong adalah 3 Projek inovasi dan kreativiti yang
unik. Elemen ini dapat mempromosikan dan membudayakan kehidupan lestari kepada warga
sekolah dan masyarakat sekitar.

5.1 Projek Kraf DIY (KDIY)

1. Pengenalan Projek :

Projek ini merupakan projek penghasilan jambangan atau bouquet daripada bahan
terbuang seperti menggunakan kertas surat khabar lama, kotak terbuang dan plastic
pembalut komputer riba(labtop). Projek ini diketuai oleh Puan Masliah binti Mohd Mustapha
dan dibantu oleh guru pelatih USM iaitu Cik Nur Hazurah binti Abd. Rahim dan Cik Asyikin
Adyana binti Mohd Razali, Cik Izatul Qistina binti Rokbi dan Puan Nazatul Akmar binti Daud.

Selain itu projek ini juga melibatkan murid-murid daripada badan beruniform dan
kelab/persatuan seperti Kadet Pertahanan Awam Sekolah(Kaspa) dan KARATE.
Penglibatan kelab/persatuan pula ialah murid dari Kelab Rukun Negara, Kelab Pembimbing
Rakan Sebaya, dan Kelab Buku Teks (SPBT).

2. Objektif Projek :

 Melahirkan warga sekolah yang kreatif dalam menghasilkan produk daripada bahan
terbuang.

 Mengoptimumkan pembuangan bahan terbuang dengan penghasilan produk lain yang boleh
diguna pakai semula.

 Menghasilkan jambangan (bouquet) sebagai tanda penghargaan kepada murid bagi
kehadiran penuh untuk persekolahan penggal pertama 2022.

3. Faedah Projek:

 Mewujudkan idea yang kreatif dalam menghasilkan jambangan (bouquet) yang boleh di
jadikan sebagai cenderahati.

 Menerapkan nilai SEJAHTERA iaitu nilai Seronok dikalangan murid semasa melaksanakan
projek ini.

4. Pelaksana :

Puan Masliah binti Mohd Mustapha, Cik Nur Hazurah binti Abd. Rahim dan Cik Asyikin
Adyana binti Mohd Razali, Cik Izatul Qistina binti Rokbi serta Puan Nazatul Akmar
binti Daud, Kelab Bimbingan Kerjaya, Kelab Rukun Negara, Kelab SPBT, KASPA dan
KARATE.

5. Status Pelaksanaan Projek :

Projek berjalan lancar walaupun mempunyai kekangan masa dalam menghasilkan 70
unit jambangan (bouquet).

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

6. Perancangan Seterusnya :
Menghasilkan lebih banyak produk yang kreatif berasaskan bahan terbuang. Menjual

hasil jambangan (bouquet) sebagai hadiah atau cenderahati. Selain dapat menjana
pendapatan ianya juga dapat memupuk nilai keusahawanan dalam diri murid. Bouquet ini
akan diberikan kepada murid yang hadir penuh penggal pertama.

7. Lampiran :

Demonstrasi daripada guru Murid menghasilkan bouqet

Guru memberi tunjuk ajar dan bimbingan Penerangan selepas penghasilan bouquet

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Hasil bouquet daripada murid Hasil bouquet daripada murid

Murid bersama hasil bouquet masing-masing Fasa terakhir proses menyiapkan bouquet
LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Sesi penyerahan bouquet kepada murid hadir Murid hadir penuh penggal pertama
penuh penggal pertama

5.2 Projek 1 Kelas 1 Inovasi (1K1I) Paparan Info Grafik Sekolahku Sejahtera

1. Pengenalan Projek :

Projek 1 Kelas 1 Inovasi ini dilakasanakan sepanjang bulan Julai 2022. Setiap kelas
diminta membuat satu Inovasi paparan maklumat infografik bertemakan sekolahku
SEJAHTERA. Paparan berbentuk infografik sekolahku SEJAHTERA ini juga menggunakan
bahan buangan iaitu Kotak air dan kotak notebook. Murid memotong dan menulis 14 item
sekolahku SEJAHTERA dan menampal /menggantung di kelas masing-masing. Jika kelas
berkongsi, hanya satu paparan infografik diperlukan dalam kelas.

2. Objektif Projek :

 Mencungkil bakat warga sekolah yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk
daripada bahan terbuang.

 Mengoptimumkan penggunaan semula bahan terbuang (reuse) dengan penghasilan produk
lain yang boleh diguna pakai semula.

 Memberi pendidikan kepada warga sekolah untuk mengitar semula barang bagi tujuan
upcycle.

 Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti kitar semula secara hands on.

3. Faedah Projek :

Dengan terciptanya bahan ini, suasana kelas lebih ceria dan menarik serta lebih
kondusif. Bahan inovasi dan bahan bantu mengajar ini dapat digunakan untuk menarik
perhatian murid sewaktu pembelajaran dalam kelas dengan pembelajaran yang menarik dan
berkesan. Penerapan elemen nilai seronok dalam Sekolahku Sejahtera di kalangan murid
semasa melaksanakan projek ini.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

4. Pelaksana :

En. Chen Choo Keong, Puan Nazatul Akmar binti Daud, dibantu Cik Nurhazurah binti
Abd. Rahim (guru pelatih USM), Cik Asyikin Adyana binti Mohd Razali (guru pelatih USM),
Cik Izatul Qistina binti Rokbi, Pembimbing Rakan Sebaya, Kelab Bimbingan Kerjaya, Kelab
Rukun Negara,Kelab SPBT, KASPA dan KARATE.

5. Status Pelaksanaan Projek :

Inovasi paparan maklumat infografik sekolahku SEJAHTERA telah siap dipasang dalam
setiap kelas aliran perdana SMKJ.

6. Perancangan Seterusnya :

Inovasi paparan maklumat infografik bertemakan sekolahku SEJAHTERA ini akan
diperluaskan dalam kelas-kelas aliran PPKI yang bersesuaian kelak.

7. Lampiran :

Poster kempen 1 Kelas 1 Inovasi. Poster ini Murid dan guru mengutip kotak di kantin
dihasilkan oleh murid. sekolah.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Murid dan guru mengutip kotak di kantin Murid membantu guru mengangkat kotak air.
sekolah.

Pengusaha kantin turut memberi sokongan. Murid dan guru mengambil kotak notebook
untuk digunakan sebagai bahan infogragik.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Antara Kotak air yang sempat diambil Murid mulakan proses memotong kotak air.
gambar.

Murid memulakan proses memotong kotak Proses menghasilkan papan infografik

air daripada bahan kotak notebook dan kotak air.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Hasil Murid. Tahniah! Hasil Murid. Tahniah!

Hasil yang telah disiapkan oleh murid. Hasil yang telah disiapkan oleh murid.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Hasil yang telah disiapkan oleh murid. Hasil yang telah disiapkan oleh murid.

Hasil semua papan infografik yang telah Ahli Kelab Bimbingan Kerjaya dan PRS
Berjaya disiapkan oleh murid. membantu mempamerkan infografik 1 Kelas 1

Inovasi sekolahku SEJAHTERA dalam kelas.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Ahli Kelab Bimbingan Kerjaya dan PRS Ahli Kelab Bimbingan Kerjaya dan PRS

membantu mempamerkan infografik 1 Kelas 1 membantu mempamerkan infografik 1 Kelas 1

Inovasi sekolahku SEJAHTERA dalam kelas. Inovasi sekolahku SEJAHTERA dalam kelas.

Ahli Kelab Bimbingan Kerjaya dan PRS Ahli Kelab Bimbingan Kerjaya dan PRS

membantu mempamerkan infografik 1 Kelas 1 membantu mempamerkan infografik 1 Kelas 1

Inovasi sekolahku SEJAHTERA dalam kelas Inovasi sekolahku SEJAHTERA dalam kelas

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Guru turut membantu dalam proses Guru turut membantu dalam proses
mempamerkan papan infografik 1 Kelas 1 mempamerkan papan infografik 1 Kelas 1

Inovasi dalam kelas. Inovasi dalam kelas.

5.3 Projek Buy Back Oil Centre (Bboc)@ Pusat Belian Minyak Terpakai

1. Pengenalan Projek :

Projek ini mula dipromosikan kepada warga SMK Jelutong pada 20 Jun 2022.
Penyebaran maklumat melalui kelas dan perhimpunan turut dilaksanakan oleh guru-guru
serta Pembimbing Rakan Sebaya. Selain itu, penyebaran pantas maklumat turut
dilaksanakan melalui medium whatsapp , telegram kelas dan telegram guru SMK Jelutong.

2. Objektif Projek :

 Melahirkan warga sekolah yang peka pada kelestarian alam sekitar.
 Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.
 Melatih murid memperoleh kemahiran pravokasional.
 Menghayati nilai-nilai sekolahku SEJAHTERA iaitu mempunyai nilai seronok dan sihat.

Murid dapat merasai keseronokan semasa proses mengumpul minyak masak terpakai,
menapis, dan mendapat duit hasil jualan tersebut. Seterusnya dapat membudayakan aktiviti
keusahawanan seterusnya persekitaran sekolah menjadi sihat.
 Sebagai aktiviti mengisi masa lapang.
 Untuk perniagaan (komersial).

3. Faedah Projek :

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Mewujudkan idea baru kepada murid sekolah bahawa minyak terpakai mampu
menjana hasil pendapat kecil-kecilan. Nilai keusahawanan dapat diterapkan dalam diri
murid. Selain itu, hasil jualan ini dapat digunakan untuk menampung aktiviti murid.
4. Pelaksana :

Puan Nazatul Akmar binti Daud, Pembimbing Rakan Sebaya dan Kelab Bimbingan
Kerjaya

5. Status Pelaksanaan Projek :

Guru,murid dan pengusaha kantin turut menyertai kempen belian minyak terpakai ini.
Kedai berhampiran sekolah juga turut diajak bersama menyertai kempen ini. Hasil
pengumpulan pertama yang diperoleh iaitu sebanyak 15 kilo telah dapat dijual dengan
jayanya kepada vendor.

6. Perancangan Seterusnya :

Perlu ada satu bilik khas untuk mengumpul minyak terpakai ini sebelum dijual kepada
pihak vendor. Pengumpulan minyak terpakai ini juga akan dilaksanakan secara berkala
sepanjang tahun. Selain itu, projek ini akan dijadikan aktiviti tahunan oleh Kelab Bimbingan
Kerjaya dan Pembimbing Rakan Sebaya.

7. Lampiran:

Poster kempen belian minyak masak terpakai. Sokongan daripada pengusaha kantin.

Poster ini dihasilkan oleh murid. #support!

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Sokongan daripada murid. #support! Sokongan daripada murid. #support!

Sokongan daripada murid. #support! Sokongan daripada murid. #support!

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Sokongan daripada murid. #support! Hasil Jualan minyak terpakai. Tahniah!

Hasil Jualan minyak terpakai. Tahniah! Hasil Jualan minyak terpakai. Tahniah!

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Hasil Jualan minyak terpakai. Tahniah! Hasil Jualan minyak terpakai. Tahniah!

Sokongan daripada guru. #support! Sokongan daripada guru. #support!

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Sokongan daripada guru. #support! Ahli Kelab Bimbingan Kerjaya dan PRS
membantu menimbang minyak serta membuat

catatan untuk proses bayaran.

Ahli Kelab Bimbingan Kerjaya dan PRS Ahli Kelab Bimbingan Kerjaya dan PRS
membantu menimbang minyak serta membantu menimbang minyak serta
membuat catatan untuk proses bayaran. membuat catatan untuk proses bayaran.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Ahli Kelab Bimbingan Kerjaya dan PRS Ahli Kelab Bimbingan Kerjaya dan PRS
membantu menimbang minyak serta membantu menimbang minyak serta
membuat catatan untuk proses bayaran. membuat catatan untuk proses bayaran.

Hasil pengumpulan untuk jualan. Hasil pengumpulan untuk jualan.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Hasil pengumpulan untuk jualan Hasil pengumpulan untuk jualan kepada
vendor

5.4 Projek Penghasilan Bahan Pembersih Mesra Alam BIM/EM

1. Pengenalan Projek :

Projek ini dijalankan setiap tahun untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam
kehidupan seharian yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Di samping itu,
dapat mengurangkan kos untuk membersih dan menyelenggara sekolah dengan
menggunakan bahan pencuci yang dihasilkan sendiri.

2. Objektif Projek :

 Projek ini bertujuan memberi peluang kepada murid untuk membuat enzyme mesra alam
sebagai pengganti kepada bahan pencuci kimia .

 Murid dapat mengurangkan pembuangan sisa organik dan seterusnya dapat mengekalkan
keindahan dan kecantikan alam sekitar.

 Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan memelihara dan
memulihara alam sekitar.

 Mewujudkan kesedaran di kalangan guru dan murid tentang pentingnya menguruskan
bahan buangan untuk menjadi bahan yang berguna.

3. Faedah Projek :

Melalui projek ini penggunaan pencuci berasaskan kimia dapat di kurangkan. Murid
dapat memmuridi cara menghasilkan enzyme dan menyebarkan maklumat tersebut kepada
ahli keluarga dan seterusnya mempengaruhi mereka untuk menghasilkan bahan pencuci
sendiri yang mesra alam. Enzyme ini boleh digunakan untuk:

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!
 Membersihkan dinding dan lantai bilik air (tanpa larutkan dengan air)
 Rendam sayur berdaun (campur 1/2 cap dengan air yang cukup)
 Mop lantai (campur 1 cap ke dalam 1 baldi air)
 Cuci longkang (tanpa campur dengan air jika longkang sangat kotor)
4. Pelaksana :

Pn. Lily Tan Poay Ling, Pn. Ummul Saadah bt Abdul Malik, Ahli Kelab Leo dan Ahli
Petanque
5. Status Kemajuan Pelaksanaan Projek :
 3 kg bahan-bahan kulit nenas dijadikan sebagai bahan asas.
 1 kg gula merah dilarutkan dalam 10 liter air.
 Seterusnya dimasukkan kulit buah-buahan ke dalamnya.
 Bekas berisi bahan campuran itu ditutup rapat.
 Penutup bekas tersebut dibuka secara setiap hari selama dua minggu untuk melepaskan
gas yang terbentuk ketika pemerosesan enzim.
 Bekas itu dibiarkan selama lebih kurang tiga bulan sebelum air enzim ditapis dan dibotolkan.
 Enzim yang dihasilkan sesuai digunakan sebagai pencuci tandas atau pencuci lantai.
6. Pencapaian :

Enzyme yang telah dihasilkan kemudian dibotolkan untuk memudahkan penggunaan.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

5.5 Projek Membaiki Dan Mengguna Semula Perabot Sekolah (Upcycle)
1. Pengenalan Projek :

Projek ini merupakan satu lagi inisiatif yang telah diambil oleh pihak
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di mana botol air yang telah digunakan telah
diberi nafas baru dalam mengaplikasikan aktiviti kitar semula bagi membantu perkembangan
aktiviti hijau dalam kehidupan seharian kita. Botol air ini diberi nafas baru dan digunakan
dengan pelbagai kreativiti seperti dijadikan kotak pensil dan bekas tanaman. Penggunaan
botol air yang dikitar semula ini memberi pelbagai manfaat kepada kehidupan kita.
2. Objektif Projek :
 Menggalakkan warga sekolah recycle dan upcycle barangan yang boleh dikitar semula.
 Menggalakkan warga sekolah menghargai kemudahan yang telah dibekalkan.
 Meningkatkan kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan harta benda
sekolah.
 Melatih murid memperoleh kemahiran pravokasional dengan mengguna semula botol air
yang telah terpakai.
 Memupuk nilai murni jimat cermat dan tidak membazir .
 Mengurangkan timbunan sampah di sekitar sekolah.
 Mempraktikan konsep 5R dengan berkesan.
 Guru sebagai “role model‟ mendidik murid supaya dapat berjimat-cermat.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

3. Faedah Projek :

Memberi kesedaran kepada murid bahawa kita boleh berjimat-cermat dengan
mengamalkan konsep 5R. Adalah merupakan suatu pembaziran sekiranya botol air yang
telah terpakai dibuang begitu sahaja. Dengan sedikit masa dan usaha murid ianya dapat
diguna semula tanpa melibatkan kos yang tinggi. Manakala botol air terpakai direkacipta
untuk dijadikan bekas pensel dan pasu bunga yang boleh meningkatkan nilai tambah botol
air tersebut.

4. Pelaksana :

Guru dan murid.

5. Perancangan seterusnya :

Usaha ini akan dijalankan secara berterusan.

6. Lampiran :

Murid sedang Botol terpakai
mengecat yang telah

botol terpakai. dicat dijadikan
pasu bunga.

Botol terpakai yang telah dicat dijadikan kotak
pensel.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

5.6 Projek Rumah Cendawan

1. Pengenalan Projek :

Projek ini merupakan aktiviti pendidikan yang berunsur latihan pra vokasional dimana,
membimbing murid ke arah vokasinal, pertanian dan perniagaan. Ia menitikberatkan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek kokurikulum dan seterusnya
meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.

2. Objektif Projek :

 Melahirkan warga sekolah yang peka pada kelestarian alam sekitar.
 Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.
 Melatih murid memperoleh kemahiran pravokasional.
 Menghayati nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berdikari, cintai alam sekitar dan

sabar dalam menghadapi cabaran hidup.
 Sebagai aktiviti mengisi masa lapang.
 Untuk perniagaan (komersial).

3. Faedah Projek :

Projek penanaman cendawan ini telah melatih dan membimbing murid ke arah
vokasional, pertanian dan perniagaan yang menitikberatkan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Di samping itu, penglibatan guru dan murid dalam
menyelenggara ini telah berjaya memupuk nilai murni ‘cintai alam sekitar’, memupuk sikap
bertanggungjawab murid dalam menjaga dan mengendalikan tanaman cendawan,
menggalakkan kerjasama dan dapat meningkatkan pengetahuan murid dan warga sekolah
tentang bidang keusahawanan dan kepentingan tanaman dalam kehidupan seharian.

4. Pelaksana :

Cik P.Krishnakumari A/P Ponnusamy (Trainer), Pn. Nuruzwana Bt Che Maghtar , Cik.
Ooi Jia Wei, Pn. Nurul Hidayah Bt Mohamad Radzi dan murid PPKI.

5. Status Pelaksanaan Projek :

Sebanyak 300 bongkah cendawan telah dibeli dan diterima daripada Hana Marzuq Rizq
Enterprise, Balik Pulau. Guru dan murid yang bertanggungjawab akan melaksanakan kerja-
kerja berikut sepanjang proses projek penanaman cendawan ini berlangsung:
a. Mengurus dan menyelenggara rumah cendawan.
b. Memeriksa bongkah cendawan.
c. Menyiram bongkah cendawan.
d. Proses pengawalan suhu rumah cendawan.
e. Menuai hasil cendawan.
f. Menjual dan merekod hasil cendawan.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!
6. Perancangan Seterusnya :

Projek ini akan dipantau dan diselenggara sepanjang tahun. Bongkah cendawan juga
akan ditambah dari semasa ke semasa untuk meningkatkan hasil tuaian dan jualan.
7. Lampiran :

Penerimaan Bongkah Cendawan Dari Pembekal.

Proses Penyusunan Bongkah Cendawan Dalam Rumah Cendawan.

Bongkah Cendawan Yang Telah Disusun.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

5.7 Projek R&R- Laman Minda Sihat (LMS)

1. Pengenalan Projek :

Projek R&R - Laman Minda Sihat (LMS) ini merupakan projek yang akan memberikan
murid dan guru satu suasana ceria dengan warna warni barang terpakai iaitu botol minuman
air dan beberapa barangan lain seperti kotak yang diinovasikan semula.

2. Objektif Projek :

 Mencungkil bakat warga sekolah yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk
daripada bahan terbuang.

 Mengoptimumkan penggunaan semula bahan terbuang (reuse) dengan penghasilan produk
lain yang boleh diguna pakai semula.

 Memberi pendidikan kepada warga sekolah untuk mengitar semula barang bagi tujuan
upcycle.

 Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti kitar semula secara hands on.

3. Faedah Projek :

Dengan terhasilnya projek ini, diharapkan dapat membantu murid dan guru untuk rasa
lebih ceria dan bersemangat. Selain itu, murid yang terlibat dengan projek ini juga dapat
menunjukkan bakat mereka menghasilkan bunga daripada bahan terbuang.

4. Pelaksana :

Puan Nazatul Akmar binti Daud, En. Muhamad Safuan bin Mat Yusoff, En. Chen Choo
Keong, Pembimbing Rakan Sebaya ,Kelab Bimbingan Kerjaya, Kadet Pertahanan Awam,
Kelab Bola Sepak dan Pengakap.

5. Status Pelaksanaan Projek :

Inovasi pelaksanaan projek ini ialah berada dalam proses penambahan menghasilkan
bunga daripada botol terpakai. Lokasi projek adalah di hadapan Unit Bimbingan dan
Kaunseling. Bunga juga digunakan untuk menghias papan pameran sekolah hijau.

6. Perancangan Seterusnya :

Menggantung hasil bunga yang telah dibuat di sekitar hadapan Unit Bimbingan dan
Kaunseling. Menghasilkan bendera kecil segi tiga daripada kain terpakai untuk
menambahkan lagi keceriaan hiasan bunga.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

7. Lampiran :

Poster kempen 1 Botol 1 Murid, 1 Botol 1 Murid menyerahkan botol minuman.
Cikgu. Poster ini dihasilkan oleh murid.

Murid menyerahkan botol minuman. Hasil botol yang terkumpul.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Hasil botol yang terkumpul. Guru menyerahkan botol.

Murid menyumbangkan botol minuman. Murid mulakan proses memotong botol.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Murid memulakan proses memotong botol. Murid memulakan proses memotong botol.

Murid memulakan proses memotong botol. Murid menghasilkan pelekat untuk
dilekatkan pada papan sekolah hijau.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Hasil yang telah disiapkan oleh murid. Hasil yang telah disiapkan oleh guru.

Hasil yang telah disiapkan oleh guru. Hasil yang telah disiapkan oleh murid.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Hasil yang telah disiapkan oleh murid. Hasil yang telah disiapkan oleh murid.

Hasil yang telah disiapkan oleh guru dan Antara bunga yang ditampal di papan
murid. sekolah hijau.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

PENGLIBATAN

KOMUNITI /
DIGITAL

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

6.0 PENGLIBATAN KOMUNITI / DIGITAL
Penglibatan Komuniti adalah antara objektif dan matlamat Program Sekolah Hijau SMK

Jelutong. Sepanjang hampir 5 bulan program ini dijalankan. Pihak sekolah telah mendapat
sokongan padu daripada komuniti, dan PIBG.
6.1 Kempen Matikan Enjin Kereta di Kawasan Sekolah (e-Risalah)
1. Pengenalan Projek :

Bagi mengurangkan pembebasan karbon monoksida, SMK Jelutong menggalakkan
semua warga staf dan guru serta Ibu bapa untuk mematikan enjin semasa berada di
Kawasan sekolah.
2. Objektif Projek :
 Mengurangkan pencemaran udara
 Mengurangkan pennghasilan karbon monoksida di Kawasan sekolah
3. Pelaksana :
Pn. Siti Nur Azila Bt Shafie, Pn. Nurnadia Bt Md Iqbal dan En. Lee Teng Kwan
4. Status Pelaksanaan Projek :
 Poster telah direka diedarkan dalam semua group berkaitan sekolah untuk sebaran
maklumat kepada warga sekolah mulai 20 Jun 2022.
 Poster telah diedarkan secara digital dalam group rasmi sekolah dan waris.
 Poster juga telah diprint dan diedarkan kepada warga sekolah dan waris.
5. Perancangan Seterusnya :
Mengedarkan e-Risalah secara berkala
6. Lampiran :

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Sokongan
daripada guru-

guru dan
warga SMK

Jelutong

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

6.2 Projek Penghasilan Eko-Enzim

1. Pengenalan Projek :

Projek ini merupakan satu konsep teknologi hijau yang berupaya untuk menguruskan
sisa makanan dengan lebih efektif dan mesra alam. Sumber sisa yang boleh dikitar semula
adalah bahan buangan yang terhasil daripada isi rumah dan operasi ladang termasuklah
sisa tanaman pertanian dan sisa pembersihan kawasan. Bahan buangan ini boleh dikitar
semula untuk menghasilan bahan berfaedah seperti eko-enzim. Penggunaan eko-enzim
bagi meningkatkan pengurusan sisa makanan yang efektif boleh menyumbang kepada
persekitaran yang sihat dan bersih.

2. Objektif Projek :

 Mendedahkan warga sekolah tentang konsep enzim teknologi hijau.
 Membina pengetahuan warga sekolah tentang penghasilkan larutan eko-enzim daripada

sisa makanan bagi mengurangkan dan meminimumkan sisa.
 Penerapan salah satu elemen Sekolahku SEJAHTERA iaitu eksplorasi dalam bidang sains

dan teknologi dalam kalangan warga sekolah.
 Mengalakkan warga sekolah untuk bersama-sama menyumbang kepada kelestarian alam

sekitar.
 Membangunkan produk yang boleh dijual secara komersial.

3. Faedah Projek :

Projek penghasilan larutan eko-enzim ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada
sumber pembersih komersial di samping menjadi pembersih semula jadi yang mesra alam.
Ini dapat menjurus kepada penjimatan kos kehidupan kerana kurangnya keperluan untuk
membeli pencuci komersial di pasaran. Larutan eko-enzim yang diolah daripada sisa buah-
buahan mengandungi enzim yang boleh digunakan sebagai larutan pembersih. Pendedahan
semua maklumat ini kepada warga sekolah bukan sahaja memberi manfaat kepada warga
sekolah semata-mata tetapi juga kepada komuniti apabila larutan eko-enzim yang dihasilkan
ini dijual kepada komuniti. Komuniti dapat melihat sendiri keberkesanan larutan eko-enzim
sebagai larutan pembersih.

4. Pelaksana

Cik Shirly George Jon, Pn. Nooridayu Bt. Mohamed, Pn. Anichamalar A/P Shanmugam
dan murid 4 STEM.

5. Status Pelaksanaan Projek :

Larutan eko-enzim yang telah dihasilkan dimasukkan ke dalam botol 500 ml. Sebanyak
20 botol larutan enzim telah dihasilkan dan larutan berkenaan telah dijual kepada komuniti
dengan harga RM 1 sebotol. Murid yang terlibat perlu membuka penutup botol setiap hari
pada 2 minggu pertama untuk pelepasan gas. Selepas 2 minggu, penutup botol hanya perlu
dibuka seminggu sekali sehingga 3 bulan.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!
6. Perancangan Seterusnya :

Projek ini akan diteruskan kerana penghasilan eko-enzim ini juga merupakan salah
satu teknologi hijau yang dititikberatkan dalam mata muridan Sains dan Biologi.
7. Lampiran :

Gula merah digaulkan bersama air dalam botol plastik.

Sisa-sisa buah-buahan dimasukkan ke dalam botol plastik berkenaan.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Botol berisi larutan gula dan sisa-sisa buah- Pelepasan gas dibuat setiap hari pada 2 minggu

buahan perlu disimpan selama 3 bulan. pertama dan sekali seminggu selepas itu

selama 3 bulan.

Selepas 3 bulan, murid menyediakan botol 500 ml untuk mengisi larutan eko-enzim.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

Murid menuangkan larutan eko-enzim ke dalam setiap botol 500 ml.

Murid memastikan pengisian larutan yang seragam pada setiap botol. Botol-botol yang
telah diisi dengan larutan eko-enzim dijual kepada komuniti dengan harga RM1 sebotol.

6.3 Program Tanaman Herba bersama PIBG SMKJ
1. Pengenalan Projek :

Projek pada awalnya dicadangkan untuk kolaborasi bersama Tropical Garden namun
ditukar kepada program aktiviti Kelab SPBT dan Kelab Rukun Negara bersama PIBG SMKJ.
2. Objektif Projek :
 Menggalakkan murid bercucuk tanam sendiri untuk mendapatkan bahan makanan yang
melibatkan sayur-sayuran.
3. Pelaksana :
Pn. Siti Nur Azila Bt Shafie, Cik Nur Izatul Qistina dan En. Joseph Teoh Sin Wei, ahli Kelab
Rukun Negara dan Kelab SPBT, PIBG SMK Jelutong

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

4. Status Pelaksanaan Projek :

Masih dalam fasa perancangan.

5. Perancangan seterusnya :

 Aktiviti pertama akan dijalankan bersama Kelab Rukun Negara dan Kelab SPBT untuk
mengemas dan membersihkan tapak Kebun Tanaman Herba semasa perjumpaan kelab
pada tarikh 10 Ogos 2022.

 Murid akan dibahagikan tugas untuk memilih jenis herba yang ingin ditanam dan mencari
benih herba atau anak pokok yang mereka hendak tanam di kebun mereka di rumah dengan
bantuan ibu bapa.

 Pada perjumpaan yang seterusnya, murid akan ditugaskan untuk menanam herba tersebut
di kebun dan melabel pokok herba yang ditanam mereka.

 Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk bertugas secara harian
untuk menyiram dan memastikan tanaman mereka dapat tumbuh dengan baik.

6.4 Gotong-royong Perdana

1. Pengenalan Projek :

“Kebersihan melambangkan peribadi” adalah kata-kata pepatah melayu. Oleh itu, SMK
Jelutong amat mengambil berat akan kebersihan kawasan sekolah. Selain dari penularan
wabak, kebersihan juga penting dalam mencegah pembiakan nyamuk aedes.

2. Objektif Projek :

 Menggalakkan murid menjaga kebersihan di kawasan sekolah atau di tempat awam
 Memupuk bekerja secara berkumpulan dan membentuk kerjasama.
 Mengeratkan silaturahim antara murid, guru, kakitangan sekolah dan komuniti.

3. Pelaksana :

Semua guru, murid dan staf warga SMK Jelutong

4. Status Pelaksanaan Projek :

 Senarai AJK telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan telah dimuat naik di dalam group rasmi
sekolah.

 Gotong-royong ini adalah kerjasama antara semua warga SMK Jelutong.

5. Perancangan seterusnya :

Gotong-royong masih dijalankan secara berkala bagi unit beruniform, kelab dan persatuan
dan sukan dan permainan bagi memastikan persekitaran sekolah bersih dan tiada
pembiakan nyamuk aedes.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

6. Lampiran :

Gotong rotong
perdana

melibatkan
semua warga

SMKJ

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!
6.5 Program Sekolah Bersama CAPP
1. Pengenalan Projek :

Program ceramah Bersama CAPP
2. Objektif Projek :
3. Pelaksana :

Pn. Shirley Anak George Jon, Pn. Teo Ham, En. Muhd Zaifullah B. Mustapha, Semua guru,
murid dan staf warga SMK Jelutong
4. Status Pelaksanaan Projek :
 Telah di jalankan pada bulan september

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

7.0 KESIMPULAN

Pada masa kini, pembangunan sedang kian pesat, jumlah kenderaan kian bertambah di jalan raya.
Namun, dunia kita sedang mengalami pelbagai bencana alam akibat daripada kegiatan manusia.
Oleh itu, penilaian kritikal perlu dibuat semula terhadap alam sekitar kita. Setiap tindakan yang kita
ambil pada hari ini boleh mempengaruhi kehidupan anak-anak kita dan generasi yang akan datang.

Sikap cintakan alam sekitar harus dipupuk dan dibudayakan dalam kehidupan kita sepanjang
masa supaya pemeliharaan dan pemuliharaan alam dapat dilakukan dari generasi ke generasi.
Namun ada sesetengah masyarakat atau individu hari
ini yang bersikap “Hulu malang pangkal celaka” iaitu
menjadi pemula segala bencana. Bumi serta seluruh
alam flora dan fauna ini adalah pinjaman sementara
kepada masyarakat yang hidup pada masa sekarang
yang akan diwariskan kepada anak cucu mereka.
Tetapi mereka membiarkan nafsu menguasai diri dan
wang ringgit menjadi raja, lalu mengorbankan flora dan
fauna.

Oleh yang demikian pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar amat penting dan wajib dititik
beratkan khususnya kepada golongan murid-murid kini. Justeru, pihak SMK Jelutong telah
mengadakan dan menjalankan pelbagai projek-projek yang mampu untuk memelihara alam sekitar
di sekolah selaras dengan objektif Sekolah Hijau. Persekitaran sekolah yang dipenuhi dengan
tumbuhan hijau dan terjaga akan mewujudkan Sekolah yang sihat dan Sejahtera bertepatan dengan
visi sekolah SMK Jelutong Hijau dan Sejahtera.

Pendedahan tentang pembersihan, pemeliharaan dan pemuliharaan telah di sebarkan dari
semasa ke semasa kepada semua kakitangan sekolah bukan sahaja tertumpu kepada murid-murid
malah keseluruhan warga sekolah. Kami berharap usaha kecil ini akan membuahkan impak yang
positif kepada semua warga sekolah untuk bersikap lebih proaktif dalam usaha memelihara dan
memulihara alam sekitar.

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Pelihara bumi, uruskan sumber alam dengan bijak!

SEKIAN…

LAPORAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU | SMK JELUTONG


Click to View FlipBook Version