CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYATContoh Karangan Beluncas 10 ayat disambung untuk menjadi sebuah karanganNAMA : SEKOLAH :
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYATDiri saya Lawatan ke zoo Bagai aur dengan tebingCita-cita saya Lawatan ke kilang kasut Faedah bersenamAktiviti hujung minggu Berkelah di tepi Faedah berkebun Keluarga saya Pergi ke pasar malam Faedah hidup berjiranIbu saya / bapa saya Berkebun Cara menjaga kesihatanMimpi saya Melawat datuk di hospital Cara menjaga kebersihanJiran saya Berhari taya Kemalangan jalan raya Sekolah saya Minggu bahasa banjir Hari Ibu Menyelamatkan budak Gotong -royong Hari jadi saya Memancing ikan Majlis perkahwinanHari kantin Budak yang nakal Sukaneka Hari Guru Aku sepasang kasut Pameran buku Hari Kebangsaan Aku sebuah basikal Pameran Sains Hari sukan Aku seekor kucing KemMotivasi Perkhemahan pengakap Kereta idaman saya Pertandingan bola Hari kanak-kanak Rumah idaman saya Hari penyampaian hadiahPergi ke dusun Aku sebuah telefon awam Ucapan perpisahanBerkelad si air terjun Aku sebuah perpustakaan Menyambut Tahun BaharuCina pantaiLawatan ke rumah warga tua Seperti kacang lupakkan kulit Mematuhi peraturansekolah Bercuti di kawasan peranginan Melentur buluh biarlah dari rebungnya Persiapan menghadapi peperiksaan
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYATKarangan 1 : Diri saya 1. Nama saya Ali. 2. Saya berumur 12 tahun. 3. Saya belajar di SK Taman Melati. 4. Saya belajar dalam Tahun 6 Berani. 5. Ayah saya bernama Rahmat. 6. Beliau bekerja seabagi seorang guru. 7. Ibu saya bernama Siti. 8. Ibu saya seorang jururawat. 9. Saya merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. 10. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru. (50 patah perkataan) Karangan 2 : Cita-cita saya 1. Setiap orang mempunyai cita-cita. 2. Begitu juga dengan saya. 3. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. 4. Sejak kecil, saya suka mengajar adik saya di rumah. 5. Saya ingin menjadi seorang guru Muzik. 6. Saya mahu mengajar murid menyanyi dan menari. 7. Saya ingin menabur jasa kepada masyarakat. 8. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya. 9. Apabila saya menjadi guru, saya akan membalas jasa ibu bapa. 10. Saya berharap agar cita-cita saya akan tercapai. (67 patah perkataan) Karangan 3 : Aktiviti hujung minggu saya 1. Setiap orang melakukan pelbagai aktiviti pada hujung minggu. 2. Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga berkumpul di halaman rumah. 3. Kami bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. 4. Saya menyapu sampah. 5. Kakak mengelap tingkap. 6. Abang menyapu daun kering. 7. Bapa mencuci longkang.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT8. Emak menyediakan makanan dan minuman. 9. Selepas itu, kami pun makan dan minum. 10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat bekerjasama membersihkan kawasan rumah. (58 patah perkataan) Karangan 4 : Keluarga saya 1. Keluarga saya terdiri daripada enam orang ahli keluarga. 2. Mereka ialahi bapa, emak, kakak, abang, adik dan saya. 3. Bapa saya seorang guru. 4. Emak saya seorang jururawat. 5. Kakak dan abang belajar di SMK Taman Melati. 6. Saya belajar di SK Taman Melati. 7. Adik belajar di Tadika Taman Melati. 8. Kami suka menonton televisyen. 9. Bapa dan emak sayang akan kami. 10. Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai keluarga yang bahagia. (64 patah perkataan) Karangan 5 : Ibu saya / Bapa saya 1. Setiap orang mempunyai ibu yang disayangi. 2. Begitu juga dengan saya. 3. Ibu saya bernama ______________. 4. Beliau berusia ___________ tahun. 5. Ibu suka memasak. 6. Masakan ibu sangat sedap. 7. Ibu sangat menyayangi saya. 8. Apabila saya jatuh sakit, ibu akan sentiasa berada di sisi saya. 9. Saya berdoa agar ibu sihat selalu. 10. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu.(54 patah perkataan)
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYATKarangan 6 : Mimpi saya 1. Pasa suatu malam, saya membaca buku di dalam bilik tidur. 2. Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. 3. Tiba-tiba, saya terdengar bunyi ketukan pintu. 4. Saya cepat bangun. 5. Saya membuka pintu. 6. Saya nampak satu raksasa yang besar berdiri di depan pintu. 7. Saya berasa takut. 8. Saya melarikan diri 9. Saya berasa badan saya digoncang-goncang. 10. Rupa-rupanya saya bermimpi. (53 patah perkataan) Karangan 7 : Jiran saya 1. Saya mempunyai seorang jiran yang baik. 2. Jiran saya bernama Abu. 3. Abu suka memberi buah-buahan kepada saya. 4. Bapa Abu seorang guru. 5. Ibu Abu seorang jururawat. 6. Pada masa lapang, kami pergi berjoging dan berbasikal di taman permainan. 7. Abu juga suka bermain badminton dengan saya. 8. Kami juga akan pergi ke perpustakaan untuk membaca buku. 9. Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai seorang jiran yang baik. 10. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-kamanya. (68 patah perkataan) Karangan 8 : Sekolah saya 1. Nama Sekolah saya ialah SK Melati. 2. Sekolah saya terletak di Taman Melati. 3. Sekolah saya sangat besar dan cantik. 4. Sekolah saya mempunyai sebuah padanga yang luas dan besar. 5. Sekolah saya mempunyai kantin yang bersih. 6. Sekolah saya mempunyai 12 orang guru.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT7. Semua guru sangat baik dan penyayang. 8. Sekolah saya mempunyai 120 orang murid. 9. Semua murid rajin belajar. 10. Saya sayang akan sekolah saya. (60 patah perkataan) Karangan 9 : Hari Ibu 1. Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga menyambut Hari Ibu. 2. Pada petang itu ,bapa membeli sebiji kek yang besar untuk ibu. 3. Kek itu sangat cantik. 4. Kakak menggoreng ayam. 5. Kami menyanyikan lagu Selamat Hari Ibu. 6. Selepas itu, ibu meniup api lilin pada kek itu. 7. Saya dan kakak memberikan hadiah kepada ibu. 8. Ibu berasa sangat gembira. 9. Kami sangat sayang akan ibu. 10. Kami berjanji akan membalas jasa ibu. (65 patah perkataan) Karangan 10 : Hari jadi saya 1. Hari ini merupakan hari jadi saya. 2. Saya menjemput jiran dan kawan-kawan datang ke rumah 3. Ibu membeli sebiji kek untuk saya. 4. Kakak menghias ruang tamu. 5. Pada pukul 7:00 malam,semua kawan dan jiran sudah datang. 6. Mereka membawa hadiah untuk saya. 7. Mereka menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi. 8. Saya meniup api lilin lalu mereka bertepuk tangan. 9. Kami makan sambil bermain. 10. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah. (64 patah perkataan)
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYATKarangan 11 : Hari Kantin 1. Pada hari Isnin yang lalu, sekolah Abu mengadakan Hari Kantin. 2. Guru-guru dan murid-murid menghias kantin dengan menggunakan belon. 3. Pada pukul 7:00 pagi, semua murid menyediakan makanan dan minuman dan berkumpul di kantin. 4. Murid-murid menyusun makanan dan minuman di gerai masing-masing. 5. Abu menjual Milo di gerai minuman. 6. Terdapat beberapa kumpulan murid yang menjual mi goreng, ayam goreng, nasi lemak dan sebagainya. 7. Ramai ibu bapa datang ke sekolah. 8. Ibu bapa dan murid membeli makanan dan minuman dengan menggunakan kupon. 9. Mereka makan di meja yang disediakan oleh pihak sekolah. 10. Guru-guru dan murid-murid berasa sangat gembira. (92 patah perkataan) Karangan 12 : Hari Guru 1. Pada hari Isnin yang lalu, sekolah Abu menyambut Hari Guru. 2. Murid-murid menghias dewan dengan menggunakan belon yang berwarna-warni. 3. Pada pukul 7:00 pagi, semua murid berkumpul di dewan sekolah. 4. Murid berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku. 5. Selepas itu, semua guru menyanyikan lagu Hari Guru. 6. Guru Besar memberikan ucapan. 7. Murid membuat persembahan di atas pentas. 8. Murid-murid memberikan hadiah kepada guru. 9. Selepas itu, semua murid dan guru menjamu selera di kantin. 10. Guru-guru dan murid-murid berasa sangat gembira. (74 patah perkataan) Karangan 13 : Hari Kebangsaan / Kemerdekaan 1. Pada hari Isnin yang lalu, sekolah Abu menyambut Hari Kebangsaan. 2. Semua murid menghias dewan dengan menggunakan bendera. 3. Pada pukul 7:00 pagi,semua murid berkumpul di dewan. 4. Mereka menyanyikan lagu Negaraku dan lagu patriotik sambil mengibarkan bendera.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT5. Selepas itu, Guru Besar memberikan ucapan. 6. Pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan bermula pada pukul 9:00 pagi. 7. Murid-murid mewarna gambar patriotik. 8. Majlis penyampaian hadiah bermula pada pukul 11:00 pagi. 9. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 10. Abu berasa sangat gembira kerana berpeluang menyambut Hari Kebangsaan di sekolah. (81 patah perkataan) Karangan 14 : Hari Sukan 1. Pada hari Isnin yang lalu, sekolah Abu mengadakan Hari Sukan. 2. Hari Sukan diadakan di padang sekolah. 3. Guru-guru dan murid menghias padang dengan menggunakan belon. 4. Pada pukul 7:00 pagi, semua murid berkumpul di padang. 5. Guru Besar memberikan ucapan. 6. Selepas itu, murid-murid mula bertanding dalam pelbagai acara. 7. Abu mengambil bahagian dalam lompat tinggi. 8. Ali mengambil bahagian dalam larian 100 meter. 9. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 10. Abu berasa sangat gembira kerana berpeluang mengambil bahagian dalamacara Hari Sukan. (77 patah perkataan) Karangan 15 : Perkhemahan Pengakap 1. Pada hujung minggu yang lalu, SK Taman Melati mengadakan Perkhemahan Pengakap di hutan. 2. Seramai 5 orang guru dan 40 murid yang terlibat dalam perkhemahan itu. 3. Pada pukul 7:00 pagi, semua murid dan guru berkumpul di dewan. 4. Selepas taklimat, mereka pun bertolak dengan menaiki bas. 5. Sesampai di tapak perkhemahan, murid pun mendirikan khemah. 6. Kumpulan Abu mencari kayu api. 7. Kumpulan Ali memasak. 8. Pada pukul 8:00 malam, murid duduk mengelilingi unggun api.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT9. Mereka menyanyi dan menari. 10. Semua murid berasa sangat gembira kerana berpeluang mengikuti perkhemahan. (82 patah perkataan) Karangan 16 : Hari Kanak-kanak 1. Pada hari Isnin yang lalu, sekolah Abu menyambut Hari Kanak-kanak. 2. Murid-murid menghias dewan dengan menggunakan belon yang berwarna-warni. 3. Pada pukul 7:00 pagi, semua murid berkumpul di dewan sekolah. 4. Murid berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku. 5. Selepas itu, semua murid menyanyikan lagu Hari Kanak-kanak. 6. Guru Besar memberikan ucapan. 7. Murid membuat persembahan di atas pentas. 8. Guru menyampaikan hadiah kepada murid. 9. Selepas itu, semua murid dan guru menjamu selera di kantin. 10. Guru-guru dan murid-murid berasa sangat gembira. (74 patah perkataan) Karangan 17: Pergi ke dusun buah-buahan 1. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pulang ke kampung. 2. Datuk membawa saya melawat dusunnya. 3. Ketika itu musim buah rambutan. 4. Terdapat banyak pokok buah dalam dusun datuk. 5. Saya membantu datuk mengait buah rambutan. 6. Saya memasukkan rambutan ke dalam bakul. 7. Kami berehat di pondok. 8. Saya dan datuk berbual-bual sambil makan rambutan. 9. Rambutan itu sangat manis. 10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat bercuti di kampung. (63 patah perkataan) Karangan 18 : Berkelah di air terjun 1. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi berkelah di air terjun. 2. Bapa menyediakan barang keperluan. 3. Ibu menyediakan makanan dan minuman.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT4. Kami pergi dengan menaiki kereta bapa. 5. Ibu membentangkan tikar di bawah pokok besar. 6. Saya dan adik bermandi-manda di air terjun. 7. Bapa membaca surat khabar. 8. Ibu mendengar radio. 9. Kami mengemas barang sebelum pulang. 10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkelah bersama keluarga. (62 patah perkataan) Karangan 19 : Berkelah di tepi pantai 1. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi berkelah di Pantai Damai. 2. Kami pergi dengan menaiki kereta bapa. 3. Tidak lama kemudian, kami pun tiba di Pantai Damai. 4. Ibu membentangkan tikar di bawah pokok besar. 5. Saya pergi berenang. 6. Adik membina istana pasir. 7. Bapa membaca surat khabar. 8. Ibu mendengar radio. 9. Kami mengemas barang sebelum pulang. 10. Saya berharap dapat berkelah di tepi pantai lagi. (61 patah perkataan) Karangan 20 : Bercuti di kawasan peranginan 1. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di Cameron Highlands. 2. Kami pergi dengan menaiki kereta. 3. Tidak lama kemudian, kami pun tiba di Cameron Highlands. 4. Kami melihat ramai pelancong yang bercuti di sana. 5. Kami melawat ladang teh dan strawberi. 6. Saya membeli sekotak strawberi. 7. Kami mengambil gambar sebagai kenangan. 8. Kami pulang pada pukul 5:00 petang. 9. Saya berasa sangat gembira kerana dapat bercuti di Cameron Highlands 10. Saya berharap dapat bercuti di Cameron Highlands lagi.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT(72 patah perkataan) Karangan 21 : Lawatan ke Zoo Negara 1. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Zoo Negara. 2. Kami pergi dengan menaiki kereta bapa. 3. Tidak lama kemudian, kami tiba di Zoo Negara. 4. Bapa pergi ke kaunter untuk membeli tiket. 5. Kami melihat harimau, singa, monyet dan lain-lain lagi. 6. Kami juga menyaksikan pertunjukan haiwan. 7. Selepas itu, kami makan tengah hari di gerai. 8. Kami pulang pada pukul 5:00 petang. 9. Saya berasa sangat gembira kerana dapat melawat ke zoo. 10. Saya berharap dapat melawat ke zoo lagi. (75 patah perkataan) Karangan 22 : Lawatan ke kilang kasut 1. Pada hari Isnin yang lalu, sekolah Abu mengadakan lawatan ke kilang kasut Bata. 2. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru yang mengikuti lawatan itu. 3. Pada pukul 7:00 pagi, semua murid dan guru berkumpul di sekolah. 4. Selepas taklimat, mereka pun bertolak dengan menaiki bas sekolah. 5. Sesampai di kilang kasut, kedatangan mereka disambut oleh pengurus kilang. 6. Pekerja kilang membawa mereka melawat kawasan kilang. 7. Pekerja kilang menerangkan proses pembuatan kasut. 8. Mereka mengambil gambar sebagai kenangan. 9. Pada pukul 2:00 petang, mereka pun bertolak pulang ke sekolah. 10. Murid-murid berasa sangat gembira kerana dapat menimba ilmu pengetahuan tentang proses pembuatan kasut. (96 patah perkataan) Karangan 23 : Lawatan ke rumah warga tua / rumah anak yatim1. Pada hari Isnin yang lalu, sekolah Abu mengadakan lawatan ke rumah warga tua. 2. Seramai 40 orang murid dan 5 orang guru yang mengikuti lawatan itu. 3. Pada pukul 7:00 pagi, semua murid dan guru berkumpul di sekolah. 4. Selepas taklimat, mereka pun bertolak dengan menaiki bas.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT5. Sesampai di rumah warga tua, kedatangan mereka disambut oleh pengurus. 6. Seramai 40 orang warga tua yang tinggal di situ. 7. Mereka memberikan buah tangan kepada warga tua. 8. Selepas itu, mereka mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah warga tua. 9. Pada pukul 3:00 petang, mereka pun bertolak pulang ke sekolah. 10. Semua murid dan guru mengucapkan selamat tinggal dengan warga tua. (101 patah perkataan) Karangan 24 : Pergi ke pasar malam 1. Pada hujung minggu yang lalu, saya mengikuti ibu pergi ke pasar malam. 2. Kami pergi dengan menaiki teksi. 3. Suasana di pasar malam riuh-rendah. 4. Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barang. 5. Terdapat juga pelanggan yang tawar-menawar dengan penjual. 6. Saya membeli makanan dan sehelai baju.. 7. Ibu pula membeli ikan, ayam dan buah-buahan. 8. Kami juga membeli lauk untuk makan malam. 9. Pada pukul 8:00 malam, kami pun pulang ke rumah. 10. Saya berharap dapat membeli-belah di pasar malam lagi. (73 patah perkataan) Karangan 25 : Berkebun 1. Saya dan ibu suka berkebun. 2. Kami menanam sayur-sayuran di kebun. 3. Kami menanam sayur cangkuk dan cili. 4. Setiap petang, ibu akan menyiram sayur-sayuran. 5. Saya akan mencabut rumput di atas batas. 6. Saya juga menolong ibu memetik sayur-sayuran. 7. Bapa akan menjual sayur-sayuran itu di pasar malam. 8. Bapa mendapat banyak duit. 9. Bapa menyimpan duit ke dalam bank. 10. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menolong ibu bapa.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT(62 patah perkataan) Karangan 26 : Melawat datuk / nenek di hospital 1. Pada hari Ahad yang lalu, kami sekeluarga pergi ke hospital. 2. Kami melawat datuk yang sakit. 3. Datuk batuk dan demam panas sejak pagi tadi. 4. Saya bersalam-salaman dengan datuk. 5. Saya memberi buah-buahan kepada datuk.. 6. Datuk mengucapkan terima kasih. 7. Seorang doktor memberikan ubat kepada datuk. 8. Ibu bapa berbual-bual dengan datuk. 9. Pada pukul 8:00 malam, kami pun pulang ke rumah. 10. Saya berdoa agar datuk cepat sembuh. (62 patah perkataan) Karangan 27 : Berhari raya di rumah kawan 1. Saya mempunyai seorang kawan baik yang bernama Abu. 2. Abu merayakan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya. 3. Abu menjemput kami sekeluarga pergi ke rumahnya. 4. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Abu. 5. Ibu Abu menghidangkan kuih raya, ketupat dan lemang. 6. Kami makan sambil berbual-bual dengan Abu. 7. Bapa Abu memberi duit raya kepada saya. 8. Saya mengucapkan terima kasih. 9. Pada pukul 7:00 malam, kami pun pulang ke rumah. 10. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya. (70 patah perkataan) Karangan 28 : Menyambut Tahun Baharu Cina 1. Saya mempunyai seorang kawan baik yang bernama Mei Mei. 2. Mei Mei menyambut Tahun Baaharu Cina bersama keluarganya. 3. Mei Mei menjemput kami sekeluarga pergi ke rumahnya. 4. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada Mei Mei. 5. Ibu Mei Mei menghidangkan kuih-muih, biskut dan limau.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT6. Kami makan sambil berbual-bual dengan Mei Mei. 7. Bapa Mei Mei memberi angpau kepada saya. 8. Saya mengucapkan terima kasih. 9. Pada pukul 7:00 malam, kami pun pulang ke rumah. 10. Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya. (76 patah perkataan) Karangan 29 : Menyelamatkan budak lemas 1. Pada hari Ahad yang lalu, saya dan Ali pergi memancing ikan di tepi sungai. 2. Tiba-tiba, kami terdengar tangisan orang meminta tolong. 3. Kami ternampak seorang budak lemas. 4. Ali segera terjun ke dalam sungai. 5. Dia berenang ke arah budak itu. 6. Ali menarik tangan budak itu dan berenang ke tepi sungai. 7. Saya membantu Ali untuk mengangkat budak itu. 8. Tidak lama kemudian, budak itu pun sedar. 9. Kami membawa budak itu balik ke rumah. 10. Bapanya mengucapkan terima kasih kepada kami. (75 patah perkataan) Karangan 30 : Memancing ikan 1. Pagi ini cuaca cerah. 2. Saya mengikuti bapa pergi memancing ikan. 3. Kami memancing di tepi sungai. 4. Kami membawa joran, umpan, mata kail dan baldi. 5. Kami duduk di bawah pokok yang berdekatan dengan sungai. 6. Tiba-tiba, umpan saya dimakan oleh ikan. 7. Saya mendapat dua ekor ikan. 8. Pada pukul 7:00 malam, kami pun pulang ke rumah. 9. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat ikan. 10. Saya berharap dapat pergi memancing ikan lagi. (66 patah perkataan)
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYATKarangan 31 : Budak yang nakal 1. Abu seorang budak yang sangat nakal. 2. Dia selalu memanjat pokok mangga jiran. 3. Dia mencuri buah mangga. 4. Ibu bapa selalu memarahi dan menasihatinya. 5. Abu tidak mendengar nasihat ibu bapanya. 6. Pada suatu hari, Abu terjatuh dari pokok semasa mencuri buah mangga. 7. Kakinya patah. 8. Jiran menghantar Abu ke hospital. 9. Abu berasa insaf dan meminta maaf. 10. Dia berjanji akan menjadi budak yang baik. (59 patah perkataan) Karangan 32 : Aku sepasang kasut 1. Aku sepasang kasut sekolah. 2. Namaku Bata. 3. Warna aku putih. 4. Aku diperbuat daripada kain yang bermutu. 5. Aku dilahirkan di sebuah kilang kasut di Kuala Lumpur. 6. Setelah siap diproses, aku dibawa ke sebuah kedai. 7. Aku dipamerkan di atas rak kasut. 8. Pada suatu hari, seorang budak yang bernama Lily membeli aku. 9. Dia memakai aku ke sekolah. 10. Aku berasa sangat gembira kerana mempunyai tuan yang baik. (62 patah perkataan) Karangan 33 : Aku sebuah basikal 1. Aku sebuah basikal. 2. Namaku BMX. 3. Warna aku kuning. 4. Aku diperbuat daripada besi dan keluli. 5. Aku dilahirkan di sebuah kilang basikal di Melaka. 6. Setelah siap diproses, aku dibawa ke sebuah kedai.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT7. Aku dipamerkan di hadapan kedai. 8. Pada suatu hari, seorang budak perempuan membeli aku. 9. Dia menjaga aku dengan baik.. 10. Aku berasa sangat gembira kerana mempunyai tuan yang baik. (57 patah perkataan) Karangan 34 : Aku seekor kucing 1. Aku seekor kucing. 2. Nama aku Cici. 3. Aku berusia 3 tahun. 4. Warna badanku putih. 5. Aku dijual di sebuah kedai haiwan. 6. Pada suatu hari, seorang wanita yang bernama Siti membeli aku. 7. Siri memberi aku makan ikan dan minum susu. 8. Dia juga memandikan aku dengan menggunakan syampu khas. 9. Siti sangat sayang akan aku. 10. Aku berasa sangat gembira kerana mempunyai tuan yang baik. (59 patah perkataan) Karangan 35 : Kereta Idaman saya 1. Setiap orang mempunyai kereta idaman. 2. Begitu juga dengan saya, 3. Kereta idaman saya berwarna merah jambu. 4. Kereta idaman saya ada katil. 5. Penumpang boleh berehat dan tidur dalam kereta. 6. Selain itu, kereta idaman saya juga mempunyai komputer. 7. Saya boleh melayari internet dalam kereta jika berasa bosan. 8. Bumbung kereta idaman saya boleh dibuka. 9. Saya dan keluarga dapat menikmati pemandangan yang indah. 10. Saya berharap agar saya dapat memiliki kereta idaman saya pada suatu hari nanti. (70 patah perkataan)
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYATKarangan 36 : Rumah Idaman saya 1. Setiap orang mempunyai rumah idaman. 2. Begitu juga dengan saya. 3. Rumah idaman saya berwarna pelangi. 4. Rumah idaman saya terletak di atas bukit. 5. Saya dapat menikmati pemandangan bandar atau kampung dari atas bukit. 6. Di dalam rumah idaman saya akan perpustakaan mini. 7. Perpustakaan mini penuh dengan buku cerita dan komik. 8. Rumah saya juga mempunyai taman permainan. 9. Saya boleh berjoging dan bermain di taman permainan. 10. Saya berharap agar saya dapat memiliki rumah idaman saya pada suatu hari nanti. (74 patah perkataan) Karangan 37 : Aku sebuah telefon awam 1. Aku sebuah telefon awam. 2. Warna badan aku oren dan biru. 3. Badan aku diperbuat daripada besi. 4. Badan aku ada tempat untuk masukkan duit syiling. 5. Dada aku dipenuhi dengan butang bombor 0-9. 6. Aku dilahirkan di sebuah kilang elektronik di Selangor. 7. Aku diletakkan di hadapan kedai. 8. Orang ramai menggunakan aku untuk menghubungi kawan dan keluarga. 9. Aku amat berguna ketika masa kecemasan. 10. Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk orang ramai. (68 patah perkataan) Karangan 38 : Aku sebuah perpustakaan 1. Aku sebuah perpustakaan. 2. Nama aku Perpustakaan SK Taman Melati. 3. Saya bertempat di sebuah sekolah yang besar. 4. Badan aku mengandungi banyak bahan bacaan seperti majalah, buku cerita dan komik. 5. Murid-murid selalu menggunakan aku untuk belajar.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT6. Mereka juga selalu membaca dan meminjam buku dalam badan aku. 7. Aku dujaga oleh pustakawan. 8. Pustakawan akan memastikan aku sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dantersusun. 9. Aku berterima kasih kepada semua murid kerana dapat menjaga aku dengan baik. 10. Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat kepada semua murid. (82 patah perkataan) Karangan 39 : Bagai aur dengan tebing 1. Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga berkumpul di halaman rumah. 2. Kami bergotong-royong untuk membersihkan kawasan rumah. 3. Saya menyapu sampah di sekeliling rumah. 4. Kakak mengelap tingkap. 5. Abang pula menyapu daun kering. 6. Emak menyediakan makanan dan minuman. 7. Pada pukul 1:00 petang, kami pun berehat. 8. Kami makan dan minum. 9. Kami berasa sangat gembira kerana kawasan rumah menjadi bersih dan cantik. 10. Kerjasama kami bagai aur dengan tebing. (64 patah perkataan) Karangan 40 : Melentur buluh biarlah dari rebungnya 1. Mak Cik Siti seorang ibu tunggal. 2. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Abu. 3. Kehidupan mereka sangat miskin. 4. Namum, Mak Cik Siti tidak berputus asa. 5. Mak Cik Siti membuat nasi lemak dan kuih-muih untuk dijual. 6. Setiap hujung minggu, Abu akan menolong ibunya menjual nasi lemak. 7. Ibu sentiasa mengingati Abu agar rajin belajar supaya dapat menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan. 8. Kini, Abu menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat. 9. Mak Cik Siti berasa bersyukur dan bangga dengan anaknya. 10. Benarlah peribahasa ‘”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT(88 patah perkataan) Karangan 41 : Seperti kacang lupakan kulit 1. Pak Cik Rosdi dan Mak Cik Ainul tinggal di sebuah kampung. 2. Mereka hidup miskin. 3. Pak Cik Rosdi seorang nelayan. 4. Mak Cik Ainul seorang petani. 5. Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Tenggang. 6. Mereka sangat sayang akan Tenggang. 7. Selepas tamat persekolahan, Tenggang bekerja sebagai pegawai bank di bandar. 8. Tenggang tidak mahu balik ke kampung lagi. 9. Dia berasa sangat malu kerana ibu bapanya sangat miskin. 10. Sikap Tenggang “seperti kacang lupakan kulit”. (72 patah perkataan) Karangan 42 : Faedah bersenam / bersukan 1. Bersukan mempunyai banyak faedah. 2. Aktiviti bersukan adalah seperti berjoging, bermain bola, berenang dan sebagainya. 3. Bersukan dapat menyihatkan badan. 4. Ini kerana kita akan berpeluh semasa bersukan. 5. Badan yang sihat akan kurangkan risiko jatuh sakit. 6. Selain itu, bersukan juga dapat mengelakkan masalah obesiti. 7. Badan sihat otak cergas. 8. Bersukan juga dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. 9. Kita dapat berkenalan denga kawan baru melalui aktiviti bersukan. 10. Kesimpulannya, bersukan dapat menjamin kehidupan yang sihat.(69 patah perkataan) Karangan 43 : Faedah berkebun di halaman rumah 1. Berkebun di halaman rumah mempunyai banyak faedah. 2. Berkebun dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. 3. Udara akan menjadi segar sekiranya kita menanam di halaman rumah. 4. Berkebun dapat menyihatkan badan. 5. Ini kerana kita akan berpeluh semasa berkebun.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT6. Selain itu, tanaman selamat dimakan kerana tidak disembur racun. 7. Oleh itu, ia dapat menjamin kesihatan badan. 8. Di samping itu, hasil tanaman juga boleh dijual. 9. Ia dapat menambahkan pendapatan keluarga. 10. Kesimpulannya, berkebun mempunyai banyak faedah. (69 patah perkataan) Karangan 44 : Faedah hidup berjiran 1. Jiran merupakan orang yang tinggal setaman dengan kita. 2. Setiap orang mempunyai jiran. 3. Begitu juga dengan saya. 4. Hidup berjiran amat penting. 5. Terdapat beberapa faedah hidup berjiran. 6. Pertama, kita dapat tolong-menolong antara satu sama lain. 7. Kedua, kita dapat berkongsi pengalaman dan masalah bersama jiran. 8. Ketiga, kita dapat memupuk sikap bekerjasama melalui aktiviti bergotong-royongbersama jiran. 9. Keempat, kita dapat bermain bersama jiran. 10. Kesimpulannya, kita mesti menghormati jiran. (64 patah perkataan) Karangan 45 : Cara-cara menjaga kebersihan diri 1. Kita mesti menjaga kebersihan diri. 2. Terdapat beberapa cara menjaga kebersihan diri. 3. Kita mesti mandi dengan sabun dan air yang bersih. 4. Kita mesti mencuci rambut dengan syampu. 5. Kita juga mesti menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. 6. Kita mesti memakai pakaian yang bersih. 7. Kita mesti mencuci tangan sebelum makan. 8. Kita mesti memotong kuku yang panjang. 9. Badan yang bersih akan menjamin kesihatan badan. 10. Marilah utamakan kebersihan badan. (64 patah perkataan)
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYATKarangan 46 : Cara-cara menjaga kesihatan diri 1. Kita mesti menjaga kesihatan diri. 2. Terdapat beberapa cara menjaga kesihatan diri. 3. Kita mesti selalu bersukan seperti berjoging, bermain bola dan sebagainya. 4. Kita mesti makan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan. 5. Kita mesti makan buah-buahan seperti epal, oren dan sebagainya. 6. Kita mesti kurangkan pengambilan minuman dan makanan manis. 7. Kita mesti tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. 8. Kita mesti kurangkan pengambilan makanan berlemak seperti makanan bergoreng. 9. Badan sihat otak cergas. 10. Marilah utamakan kesihatan badan. (71 patah perkataan) Karangan 47 : Kemalangan jalan raya 1. Pada suatu petang, saya berjalan kaki pergi ke perpustakaan. 2. Dalam perjalanan, saya terdengar bunyi yang kuat. 3. Rupa-rupanya, satu kemalangan jalan raya berlaku di simpang jalan. 4. Sebuah kereta terlanggar seorang pejalan kaki. 5. Pejalan kaki cedera dan pengsan di tengah jalan.. 6. Saya cepat menelefon ambulans dan balai polis. 7. Tidak lama kemudian, polis dan ambulans datang. 8. Polis mengawal lalu lintas. 9. Ambulans membawa pejalan kaki itu ke hospital. 10. Selepas itu, saya pun meneruskan perjalanan ke perpustakaan. (75 patah perkataan) Karangan 48 : Banjir 1. Hujan turun dengan lebat selama empat hari. 2. Air sungai naik dan banjir berlaku di Kampung Melati. 3. Penduduk kampung meletakkan barang di tempat yang tinggi. 4. Penduduk dipindah ke dewan sekolah dengan menaiki bot. 5. Banyak haiwan ternakan mati. 6. Semua penduduk berasa sangat sedih.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT7. Pihak kebajikan menghulurkan bantuan makanan, minuman dan pakaian. 8. Selepas beberapa hari, banjir pun surut. 9. Penduduk pulang ke kampung. 10. Mereka bergotong-royong untuk membersihkan kawasan kampung. (65 patah perkataan) Karangan 49 : Gotong-royong 1. Pada hari Ahad yang lau, Taman Melati mengadakan gotong-royong. 2. Semua penduduk berkumpul di Dewan Masyarakat. 3. Gotong-royong bermula pada pukul 7 pagi. 4. Penduduk dibahagikan kepada 4 kumpulan. 5. Kumpulan pertama bertanggungjawab untuk membersihkan longkang. 6. Kumpulan kedua bertugas untuk mengecat taman. 7. Kumpulan ketiga bertugas untuk menebas lalang. 8. Kumpulan keempat bertugas mengutip sampah. 9. Pada pukul 12:00 tengahari, mereka berehat untuk makan dan minum. 10. Semua penduduk berasa sangat gembira kerana kawasan kampung menjadi bersihdan cantik. (71 patah perkataan) Karangan 50 : Majlis perkahwinan 1. Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan saudaradi kampung. 2. Kami pergi ke kampung dengan menaiki kereta bapa. 3. Kedatangan kami disambut oleh saudara. 4. Kami bersalam-salaman dengan mereka. 5. Kami sekeluarga makan nasi minyak dan rendang ayam. 6. Saya membantu saudara memberikan bunga telur kepada tetamu. 7. Pengantin sangat cantik. 8. Terdapat beberapa orang pemuda bermain kompang. 9. Pengantin bersanding di atas pelamin. 10. Saya berasa sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya menghadiri majlis perkahwinan.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT(73 patah perkataan) Karangan 51 : Sukaneka 1. Pada hujung minggu yang lalu, Kampung Melati mengadakan sukaneka. 2. Terdapat banyak acara yang dipertandingkan. 3. Acara pertama ialah acara meniup belon. 4. Acara kedua ialah acara tatik tali. 5. Acara ketiga ialah lari dalam guni. 6. Acara keempat ialah mencari gula batu dalam tepung. 7. Bapa mengambil bahagian dalam acara tarik tali dan lari dalam guni. 8. Abu dan ibunya mengambil bahagian dalam acara meniup belon. 9. Kumpulan bapa mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. 10. Semua penduduk berasa sangat gembira kerana dapat menyertai sukaneka. (77 patah perkataan) Karangan 52 : Pameran buku 1. Pada hari Isnin yang lalu, sekolah Abu mengadakan pameran buku. 2. Pameran buku diadakan di dewan sekolah. 3. Pameran buku bermula pada pukul 8:00 pagi. 4. Ramai ibu bapa hadir ke sekolah untuk membeli buku. 5. Terdapat banyak buku yang dipamerkan seperti buku cerita, buku kerja, komik dansebagainya. 6. Semua buku berharga RM4.00. 7. Murid-murid berdiri sambil membaca buku. 8. Ibu Abu membelikannya sebuah buku cerita yang bertajuk “ Si Tudung Merah”. 9. Bapa Ali membelikannya Ali sebuah komik. 10. Mereka berasa sangat gembira. (78 patah perkataan) Karangan 53 : Pameran Sains 1. Pada hari Isnin yang lalu, sekolah Abu mengadakan pameran Sains. 2. Pameran Sains diadakan di dewan sekolah. 3. Pameran tersebut bermula pada pukul 8:00 pagi. 4. Ramai ibu bapa turut melawat pameran Sains.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT5. Terdapat banyak maklumat, bahan serta bahan bacaan Sains dipamerkan di atas meja. 6. Semua murid tertarik hari dengan bahan pameran tentang haiwan yang pupus. 7. Ibu Abu membelikannya sebuah komik tentang haiwan. 8. Bapa Ali membelikannya komik tentang planet. 9. Murid-murid berasa sangat gembira kerana berpeluang melawat pameran Sains. 10. Mereka bergarap agar pameran Sains akan diadakan di sekolah lagi. (85 patah perkataan) Karangan 54 : Kem Motivasi 1. Pada hujung minggu yang lalu, SK Taman Melati mengadakan KemMotivasi untukmurid Tahun 6. 2. Kem Motivasi diadakan di dewan sekolah. 3. Pada pukul 7:00 pagi, semua murid Tahun 6 berkumpul di dewan untuk pendaftaran. 4. Guru Besar memberikan ucapan. 5. Kem Motivasi bermula dengan aktiviti menyanyi dan menari. 6. Selepas itu, penceramah jemputan mula mengajar murid tentang teknik menjawabsoalan UPSR. 7. Murid menyiapkan latihan yang disediakan oleh penceramah. 8. Murid juga menonton tayangan video. 9. Pada pukul 12:00 tengahari, Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada penceramah. 10. Murid balik ke rumah dengan hati yang riang. (88 patah perkataan) Karangan 55 : Pertandingan Bola 1. Pada hari Isnin yang lalu, SK Taman Melati mengadakan pertandingan bola sepak. 2. Pertandingan bola sepak diadakan di padang sekolah. 3. Sebanyak 9 pasukan yang menyertai pertandingan itu. 4. Pada pukul 7:00 pagi, semua murid dan peserta berkumpul di padang. 5. Pemain bermain dengan bersunguh-sungguh. 6. Terdapat beberapa orang peserta yang cedera. 7. Pada pusingan terakhir, Pasukan Abu menjadi johan.
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT8. Guru besar menyampaikan piala dan pingat kepada semua pemenang. 9. Para pemenang berasa sangat gembira. 10. Semua murid berharap agar pertandingan bola sepak akan diadakan pada tahun depan. (80 patah perkataan) Karangan 56 : Hari Penyampaian Hadiah 1. Pada hari Isnin yang lalu, SK Taman Melati mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. 2. Majlis tersebut bermula pada pukul 8:00 pagi. 3. Semua murid, guru dan ibu bapa berkumpul di dewan sekolah. 4. Mereka berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku. 5. Selepas itu, Guru Besar memberikan ucapan. 6. Murid membuat persembahan di atas pentas. 7. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada penerima hadiah. 8. Guru Besar juga menyampaikan anugerah murid contoh kepada Lily. 9. Ibu bapa Lily berasa sangat gembira dan bangga. 10. Pada pukul 12:00 tengahari, semua murid, guru dan ibu bapa pun bersurai. (84 patah perkataan) Karangan 57 : Ucapan perpisahan 1. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru danrakan-rakan sekalian. 2. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru. 3. Saya akan selalu mengingati jasa dan nasihat guru. 4. Saya mewakili semua murid Tahun 6 meminta maaf. 5. Kami ingin meminta maaf sekiranya pernah melakukan kesilapan dan kesalahan. 6. Kami akan menjaga nama baik sekolah. 7. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita. 8. Kami berharap agar guru doakan kejayaan kami. 9. Selamat tinggal. 10. Sekian, terima kasih. (74 patah perkataan)
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYATKarangan 58 : Minggu bahasa 1. Pada minggu yang lepas, SJK Taman Melati mengadakan Minggu Bahasa Cina. 2. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Bahasa Cina. 3. Aktiviti pertama ialah Pertandingan Bercerita. 4. Ramai murid yang menyertai pertandingan bercerita. 5. Mereka bercerita dengan penuh yakin dan aksi. 6. Selain itu, Pertandingan Menulis Karangan juga diadakan di perpustakaan sekolah. 7. Seramai 20 orang murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu. 8. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 9. Para pemenang berasa sangat gembira. 10. Murid berasa sangat gembira kerana berpeluang menyertai Minggu Bahasa Cina. (79 patah perkataan) Karangan 59 : Mematuhi peraturan sekolah 1. Murid-murid harus mengikuti serta mematuhi peraturan sekolah. 2. Peraturan sekolah dapat membentuk murid yang berdisiplin. 3. Peraturan sekolah juga dapat membentuk murid yang bertanggungjawab. 4. Antara peraturan sekolah adalah seperti murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. 5. Murid-murid juga tidak dibenarkan ponteng sekolah. 6. Selain itu, murid juga tidak boleh berkuku panjang. 7. Murid tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah. 8. Murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah akan dikenakan hukuman. 9. Perjumpaan dengan ibu bapa juga akan diadakan untuk menyelesaikan masalah disiplin murid. 10. Kesimpulannya, murid wajib mematuhi peraturan sekolah. (81 patah perkataan)
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYATKarangan 60 : Persiapan menghadapi peperiksaan 1. Peperiksaan amat penting dalam sistem pendidikan.. 2. Sebagai persiapan peperiksaan, saya akan mengulangkaji pelajaran pada setiap malam. 3. Saya juga belajar secara berkumpulan bersama kawan-kawan di perpustakaan. 4. Selain itu, saya mengikuti kelas tuisyen. 5. Sekiranya menghadapi masalah dalam pembelajaran, saya akan bertanya kepada kawan atau guru. 6. Saya akan mencari makna perkataan yang tidak faham dengan menggunakan kamus. 7. Saya juga rajin membaca buku untuk menimba ilmu. 8. Di samping itu, saya juga mencari maklumat dengan melayari laman web. 9. Ibu baa juga memberikan sokongan kepada saya dalam menghadapi peperiksaan. 10. Saya berharap agar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. (91 patah perkataan)
CIKGUABEELEECONTOH KARANGAN10 AYAT