KERTAS KONSEP SYARAHAN DAN BERCERITA SJKC/SJKT PERRINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2023 1.0 PENGENALAN Hasrat untuk mengadakan Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu ini datangnya daripada segolongan warga pendidik sekolah jenis kebangsaan yang merasakan bahawa penggunaan dan penguasaan bahasa Malaysia pada dulunya dan kini ialah bahasa Melayu dalam kalangan murid kaum bukan Melayu yang bersekolah di SJK (Cina) dan SJK (Tamil) masih cuba untuk dikuasai dengan sebaik mungkin. Oleh itu, pada tahun 1983 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memenuhi hasrat ini yang diberi nama Jawatankuasa Kempen Bahasa Melayu atau singkatannya KBM dan peringkat Kebangsaan Piala Perpaduan kali yang pertama telah berjaya diadakan pada 17 November 1983, bertempat di SJKC Kuen Cheng, Kuala Lumpur. Upacara perasmian itu telah dilakukan oleh Yang Berhormat Dr. Tan Tiong Hong, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu. Penaung pertandingan ini ialah Perdana Menteri Malaysia yang turut menghadiahkan sebuah piala pusingan. Bermula 2023, Ujian Bertulis dimansuhkan dan digantikan dengan Pertandingan Bercerita bagi memastikan kemenjadian murid lebih bermakna dalam pengucapan awam. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Menggalakkan murid-murid SJK Cina dan SJK Tamil bertutur, menguasai serta mempertingkatkan taraf penggunaan Bahasa Melayu. 2.2 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK Cina dan SJK Tamil di Malaysia. 2.3 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah serta ‘‘Cintailah Bahasa Melayu’’. 2.4 Membiasakan murid-murid SJK Cina dan SJK Tamil menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian mereka. 2.5 Membina elemen kebudayaan masyarakat Malaysia melalui pertandingan syarahan dan bercerita. 2.6 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan, yakin dan berani.
PERTANDINGAN SYARAHAN 1.0 PENGENALAN Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik. Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tegas dan bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan memujuk. Selain itu, gaya persembahan yang matang, bersantun, bersahaja dan gaya bahasa yang menarik, dapat difahami, memberikan kesan dan mampu menghuraikan dengan baik. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SYARAHAN 2.1 Pertandingan syarahan dijalankan secara bersemuka dan setiap peserta dibenarkan menyertai SATU JENIS pertandingan dalam PSB. 2.2 Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan Melayu tahap dua, warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh Malaysia dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. 2.3 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar dua (2) penyertaan terbaik daripada pertandingan bermula pada peringkat sekolah sehinggalah negeri yang merupakan aktiviti sokongan kepada pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dan kemenjadian murid. 2.4 Setiap peserta dikehendaki menghantar butiran kepada penganjur seperti berikut: 2.4.1 Satu salinan sijil lahir. 2.4.2 Skrip syarahan mestilah ditaip dalam format Microsoft Word, Arial 11 dan jarak 1.5. 2.4.3 Skrip syarahan yang dihantar mestilah tertera nama penuh peserta dan tajuk syarahan. 2.4.4 Skrip syarahan yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan skrip MUKTAMAD. 2.5 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua tuntutan berkaitan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak. 2.6 Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penyertaan yang telah ditetapkan oleh pihak pegelola pertandingan.
2.7 Peserta tidak boleh menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif. 2.8 Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks. 2.9 Peserta syarahan dan pengacara majlis TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, dan sekolah masing-masing. 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan syarahan dilaksanakan dalam satu pusingan pada peringkat daerah iaitu syarahan bahagian pertama tidak melebihi lima (5) minit. 3.2 Syarahan bahagian pertama yang dipersembahkan mestilah berdasarkan tema perpaduan dan diperluas kepada isu-isu semasa tetapi masih mempunyai nilainilai yang berkaitan dengan: 3.2.1 Perpaduan dan muhibah 3.2.2 Kesopanan dan kesusilaan 3.2.3 Integrasi kaum 3.2.4 Patriotisme 3.2.5 Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia 4.0 FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Bahagian syarahan pertama 4.1.1 Persembahan syarahan tidak melebihi LIMA (5) minit. 4.1.2 Peserta yang mengambil masa melebihi lima minit, markah akan ditolak. Setiap 30 saat selepas minit yang diperuntukan, SATU (1) MARKAH akan DITOLAK daripada markah yang diperoleh. 4.1.3 Loceng akan dibunyikan SEKALI seminit sebelum masa sebenar tamat iaitu pada minit keempat dan loceng akan dibunyikan DUA kali apabila masa sebenar tamat iaitu pada minit kelima. 4.1.4 Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan TIGA idea / isi. yang bernas dan disokong dengan data/bahan yang tepat/logik sebagai peneguh huraiannya. 4.1.5 Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa jelas, BAKU (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
4.1.6 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan meyakinkan, gaya yang menarik, matang, bersederhana, bersahaja, santun dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan akan MENJEJASKAN markah persembahan). 4.1.7 Intonasi dan nada yang sesuai. Nada suara yang tinggi, menjerit, tempik, menyanyi, berlakon, dialog, bersyair, atau bercerita tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah persembahan. 4.1.8 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alualuan sebelum memulakan syarahan bahagian pertama dan bahagian kedua. 4.1.9 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan TIDAK LAYAK untuk diumumkan sebagai pemenang pertama, kedua, dan ketiga pada semua peringkat pertandingan. 4.1.10 Lima markah maksimum AKAN DIPOTONG jika peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan. 5.0 PROSES PENILAIAN 5.1 Penilaian pada peringkat daerah sistem markah. 5.2 Penilaian akan dilaksanakan oleh tiga (3) hakim yang dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah. 6.0 KRITERIA PENILAIAN 6.1 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu-aluan sebelum memulakan syarahan. Markah keseluruhan akan terjejas sekiranya peserta tidak memberikan ucap selamat terlebih dahulu. 6.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak kepada peserta yang menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif. 6.3 Peserta yang membaca nota atau teks jumlah markah maksimum yang boleh diberikan ialah 5 markah sahaja.
6.4 Syarahan bahagian pertama, peserta akan dinilai berdasarkan kriteria yang berikut; i. Idea/Isi : 20 markah ii. Bahasa : 30 markah iii. Penyampaian : 50 markah iv Jumlah : 100 markah 6.5 Syarahan bahagian kedua (spontan), setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria yang berikut; i. Idea/Isi : 40 markah ii. Bahasa : 30 markah iii. Penyampaian : 30 markah iv Jumlah : 100 markah
Borang pemarkahan pertandingan syarahan bahagian pertama BORANG PEMARKAHAN SYARAHAN PIALA PERPADUAN SJKC & SJKT 2023 Bahagian Pertama: 5 minit Peserta : .................. Idea/Isi (20 markah) Bilangan Idea/Isi Idea/Isi (2 markah) Huraian (3 markah) Contoh/Data (1 markah) Jumlah Peserta akan diadili dari segi: -idea/ isi yang bernas -huraian yang jelas -data / contoh yang tepat/logik -maksimum 3 idea/isi Idea/ Isi 1 Idea/Isi 2 Idea/Isi 3 Takrifan tajuk Markah maksimum (2 markah) Jumlah markah idea/isi dan takrifan Bahasa (30 markah) Peserta akan diadili dari segi; -bahasa yang jelas & kemas -sebutan baku -gaya bahasa yang berkesan/ tepat Tatabahasa (10 markah) Gaya bahasa yang berkesan (10 markah) Sebutan baku (10 markah) Jumlah markah bahasa Penyampaian, persembahan, adab dan bonus (50 markah) Peserta akan diadili dari segi; -kepetahan -kelancaran -intonasi suara -gaya yang menarik/berkeyakinan -dapat mempengaruhi/menarik perhatian audiens -susunan idea/isi Adab Peserta akan dipotong 5 markah maksimum jika; -menyentuh isu sensitif -menggunakan bahasa yang kurang sopan -tidak sempat membuat kesimpulan Bonus: Keterampilan imej Peserta akan diadili dari segi nilai budaya dan keterampilan imej (busana tradisional) Kepetahan, kelancaran, dan intonasi suara (13 markah) Penyampaian/persembahan yang menarik (12 markah) Susunan idea/isi (10 markah) Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan menarik perhatian audiens (10 markah) Adab (5 markah) Keterampilan imej & nilai budaya (5 markah) Jumlah markah penyampaian, persembahan, adab dan keterampilan imej Jumlah Markah Keseluruhan: 100 % Disahkan oleh, Tandatangan :………………………………………. Nama Hakim :………………………………………. Tarikh :..........................
Rubrik Syarahan Bahagian Pertama KRITERIA PENILAIAN CEMERLANG BAIK SEDERHANA LEMAH IDEA/ISI 20 MARKAH 20-15 markah -Menyampaikan 3 isi -Pengutaraan isi sangat bernas. -Mengemukakan data dan bahan yang sangat tepat, terkini, tersusun serta sangat logik termasuk huraiannya. 14-10 markah -Menyampaikan 3 isi -Pengutaraan isi yang bernas. -Mengemukakan data dan bahan yang tepat, tersusun serta logik termasuk huraiannya. 9-5 markah -Menyampaikan 3 isi -Pengutaraan isi yang kurang tepat. -Mengemukakan data dan bahan serta huraiannya kurang tepat dan kurang terkini. 4-1 markah -Menyampaikan 3 isi -Pengutaraan isi yang tidak tepat. -Mengemukakan data dan bahan serta huraiannya tidak tepat dan tidak terkini. BAHASA 30 MARKAH 30-25 markah -Tatabahasa sangat tepat. - Penguasaan bahasa sangat baik, sangat jelas, dan sangat tepat serta sangat baku. -Gaya bahasa yang sangat berkesan (sangat menepati maksud yang hendak disampaikan). 24-19 markah -Tatabahasa tepat. - Penguasaan bahasa baik, jelas, dan tepat serta baku. - Gaya bahasa yang berkesan (menepati maksud yang hendak disampaikan). 18-10markah -Tatabahasa kurang tepat. - Penguasaan bahasa kurang baik, kurang jelas, dan kurang tepat serta kurang baku. - Gaya bahasa yang kurang berkesan (kurang menepati maksud yang hendak disampaikan). 9-1 markah -Tatabahasa tidak tepat. - Penguasaan bahasa tidak baik, tidak jelas, dan tidak tepat serta tidak baku. - Gaya bahasa yang tidak berkesan (tidak menepati maksud yang hendak disampaikan). PENYAMPAIAN (50 MARKAH) 50-35 markah -Sangat petah dan penyampaian persembahan yang sangat lancar secara keseluruhan. -Persembahan sangat meyakinkan penonton. -Gaya penyampaian (Body Language) yang sangat menarik. -Intonasi suara sangat menarik dan pelbagai. - Susunan idea yang sangat tertib. - Sangat berketerampilan imej dan sangat beradab. 34-20 markah -Petah dan penyampaian persembahan yang lancar secara keseluruhan. -Persembahan meyakinkan penonton. -Gaya penyampaian (Body Language) yang menarik. -Intonasi suara yang menarik dan pelbagai. - Susunan idea yang tertib. - Berketerampilan imej dan beradab. 19-10 markah -Kurang petah dan penyampaian persembahan yang kurang lancar secara keseluruhan. -Persembahan kurang meyakinkan penonton. -Gaya penyampaian (Body Language) yang kurang menarik. -Intonasi suara kurang menarik dan pelbagai. - Susunan idea yang kurang tertib. - Kurang berketerampilan imej dan kurang beradab. 9-1 markah -Tidak petah dan penyampaian persembahan yang tidak lancar secara keseluruhan. -Persembahan tidak meyakinkan penonton. -Gaya penyampaian (Body Language) yang tidak menarik. -Intonasi suara tidak menarik dan tidak pelbagai. - Susunan idea yang tidak tertib. - Tidak berketerampilan imej dan tidak beradab.
PERTANDINGAN BERCERITA 1.0 PENDAHULUAN Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberikan pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens. Aktiviti bercerita penting dalam kalangan murid sekolah rendah jenis kebangsaan untuk mempertingkatkan kualiti kemahiran psikomotor dan membina kecekapan berbahasa iaitu bercerita dengan sebutan yang betul, intonasi, gaya serta ekspresi yang sesuai. Secara tidak langsung dapat memperkayakan kemahiran bertutur dalam kalangan murid bagi meletakkan bahasa Melayu yang sepatutnya, seiring dengan kedudukan sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Oleh demikian, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan bagi murid tahap 2 sangat sesuai dijadikan aktiviti pertandingan pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan. 2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulispenulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri. 2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan. 2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah jenis kebangsaan. 2.5 Menggalakkan murid menggunakan bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKC dan SJKT serta memupuk perpaduan kaum antara murid. 2.6 Pertandingan ini merupakan aktiviti sokongan dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA 3.1 Pertandingan bercerita dijalankan secara bersemuka dan setiap murid dibenarkan menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja. 3.2 Penyertaan terbuka kepada semua murid bukan Melayu tahap dua, warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh Malaysia serta bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. 3.3 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar dua orang peserta pertandingan bercerita. 3.4 Setiap negeri dikehendaki menghantar butiran setiap peserta kepada pihak penganjur seperti berikut: 3.4.1 Satu salinan sijil lahir. 3.4.2 Skrip cerita mestilah ditaip dalam format Microsoft Word, Arial 11dan jarak 1.5. 3.4.3 Skrip cerita yang dihantar mestilah tertera nama penuh peserta dan tajuk cerita. 3.4.4 Skrip cerita yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan skrip MUKTAMAD. 3.5 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua tuntutan daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan plagiarisme. 3.6 Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penyertaan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengelola pertandingan. 3.7 Peserta tidak boleh menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif. 3.8 Peserta tidak dibenarkan membaca nota atau teks semasa menyampaikan cerita. 3.9 Para peserta dibenarkan memakai kostum mengikut kesesuaian cerita yang disampaikan. Kostum dan persembahan tidak boleh menyentuh sentiviti kaum, agama, negeri atau negara. Markah bonus diperuntukan kepada peserta yang memakai kostum. 3.10 Peserta tidak dibenarkan memperkenalkan diri, sekolah dan negeri masingmasing semasa menyampaikan cerita. 3.11 Pengacara majlis tidak dibenarkan memperkenalkan nama sekolah setiap peserta semasa pertandingan dijalankan.
4.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan bercerita dilaksanakan dalam satu pusingan sahaja. 4.2 Masa penyampaian cerita antara 6 minit hingga 8 minit sahaja. 4.3 Markah keseluruhan akan dipotong jika penyampaian cerita kurang 6 minit atau melebihi 8 minit. SATU (1) MARKAH akan DITOLAK daripada markah keseluruhan iaitu setiap 30 saat sebelum atau selepas minit yang diperuntukan . 4.4 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-6. Pada minit ke-8 loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali menandakan masa persembahan telah tamat. 4.5 Kualiti cerita yang dipersembahkan mestilah berdasarkan tema perpaduan dan patriotik seperti kisah pahlawan, tokoh negara, haiwan dan lain-lain yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama. 4.6 Sumber bahan cerita boleh dipilih daripada medium berikut: 4.6.1 Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran. 4.6.2 Cerita daripada hasil karya sendiri, majalah, media massa atau Internet. 4.7 Peserta boleh menggunakan teknik main peranan bagi menghidupkan watak penceritaan berkonsepkan teater. 4.8 Peserta boleh bergerak di atas pentas semasa menyampaikan cerita tetapi tidak keterlaluan. 4.9 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. 4.10 TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN PROP, MUZIK dan KESAN BUNYI semasa menyampaikan cerita. 5.0 PROSES PENILAIAN 5.1 Sistem markah akan digunakan pada peringkat daerah. 5.2 Tiga orang hakim yang dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah akan bertanggungjawab untuk proses penilaian dan pemarkahan. 6.0 KRITERIA PENILAIAN 6.1 Peserta akan dinilai berdasarkan kreativiti persembahan berdasarkan tema perpaduan dan patriotik serta menepati kriteria yang telah ditetapkan.
6.2 Lima markah maksimum akan ditolak kepada peserta yang menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif. 6.3 Sepuluh markah maksimum sahaja akan diberikan kepada peserta yang membaca nota atau teks. 6.4 Peserta bercerita akan dinilai berdasarkan kriteria seperti berikut; i. Isi Cerita : 20 markah ii. Bahasa : 30 markah iii. Persembahan : 30 markah iv Kawalan suara dan Mesej/Nilai Dalam Cerita: 20 markah Jumlah : 100 markah 6.5 Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD. 6.6 Pihak penganjur pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan hendaklah merujuk kepada Pegawai Teknik Negeri atau Pegawai Teknik Kebangsaan yang telah dilantik oleh pihak BSKK, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam urusan teknikal pertandingan bercerita bagi membantu pihak penganjur pertandingan dalam aspek teknikal dan lain-lain. 7.0 PANEL TEKNIKAL DAERAH Pegawai Teknikal Daerah atau Pegawai Teknikal Negeri bertanggungjawab membuat penilaian dan keputusan berhubung keperluan teknikal dan sebarang keraguan yang timbul semasa pertandingan. Keanggotaan Panel Teknika lDaerah adalah seperti berikut; 7.1 Penolong Pegawai Unit Bakat Murid Pejabat Pendidikan Daerah 7.2 Pegawai Teknikal Daerah / Negeri Pertandingan Syarahan dan Bercerita. 8.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN 8.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh Pegawai Unit Bakat Murid Pejabat Pendidikan Daerah. 8.2 Sebarang pindaan berkaitan kertas konsep dan pertandingan adalah tertakluk kepada BSKK, KPM.
Borang pemarkahan pertandingan bercerita BORANG PEMARKAHAN BERCERITA PIALA PERPADUAN SJKC & SJKT 2023 Masa: 8 minit Peserta : .................. Disahkan oleh, Tandatangan :………………………………………. Nama Hakim :………………………………………. Tarikh :........................... Isi Cerita (20 markah) Kriteria Jumlah Markah Peserta akan diadili dari segi: -Permulaan isi cerita yang kemas dan menarik -Penyusunan isi cerita yang kemas menarik -Pengakhiran isi cerita yang kemas dan menarik -Isi cerita menepati tema perpaduan/patriotik Permulaan isi cerita yang menarik (5 markah) Pernyusunan isi cerita yang kemas dan menarik (5 markah) Pengakhiran isi cerita yang kemas dan menarik (5 markah) Isi cerita menepati tema perpaduan/patriotik (5 markah) Jumlah markah isi cerita Bahasa (30 markah) Peserta akan diadili dari segi: -Sebutan baku, -Struktur bahasa yang betul -Petah dan bahasa yang jelas dan tepat -Pengolahan bahasa yang indah dan gramatis Sebutan baku (5 markah) Struktur bahasa yang betul (5 markah) Petah dan bahasa yang jelas dan tepat (10 markah) Pengolahan bahasa yang indah dan gramatis (10 markah) Jumlah markah bahasa Persembahan (30 markah) Peserta akan diadili dari segi: -Kelancaran bercerita -Keyakinan bercerita -Gaya bercerita manarik dan kemas -Penghayatan watak -Tenang dan gerak badan menepati cerita -Penguasaan pentas dan mempengaruhi/menarik perhatian audiens Kelancaran bercerita (5 markah) Keyakinan bercerita (5 markah) Gaya bercerita manarik dan kemas (5 markah) Penghayatan watak (5 markah) Tenang dan gerak badan menepati cerita (5 markah) Penguasaan pentas dan menarik perhatian audiens (5 markah) Jumlah markah Persembahan Kawalan suara dan Mesej/ Nilai Dalam Cerita (20 markah) Peserta akan diadili dari segi: -Kawalan suara yang baik -Pelbagai intonasi yang menarik -Unsur perpaduan patriotik dan nilai murni yang menarik Kawalan suara yang baik (5 markah) Pelbagai intonasi yang menarik (5 markah) Ada unsur nilai perpaduan/patriotik dalam cerita (10 markah) Jumlah markah kawalan suara dan mesej dalam cerita Jumlah markah keseluruhan: 100 %
RUBRIK BERCERITA 2023 KRITERIA CEMERLANG 30-29 markah BAIK 28-20 markah SEDERHANA 19-10 markah LEMAH 9-1 markah ISI CERITA DAN NILAI CERITA 30 MARKAH -Permulaan isi cerita sangat kemas dan menarik. -Isi cerita dan plot cerita sangat kemas dan menarik (keseluruhan) -Pengolahan isi cerita sangat kemas dan menepati tema. -Pengakhiran isi cerita sangat kemas dan menarik. -Tema perpaduan / patriotik jelas dan berkesan. -Permulaan isi cerita kemas dan menarik. -Isi cerita dan plot cerita kemas dan menarik (keseluruhan) -Pengolahan isi cerita kemas dan menepati tema. -Pengakhiran isi cerita kemas dan menarik. -Tema perpaduan / patriotik jelas. -Permulaan isi cerita kurang kemas dan menarik. -Isi cerita dan plot cerita kurang kemas (keseluruhan) -Pengolahan isi cerita kurang kemas dan kurang menepati tema. -Pengakhiran isi cerita kurang kemas. -Tema perpaduan / patriotik kurang jelas. -Permulaan isi cerita tidak kemas. -Isi cerita dan plot cerita tidak kemas (keseluruhan) -Pengolahan isi cerita tidak kemas dan tidak menepati tema. -Pengakhiran isi cerita tidak kemas. -Tema perpaduan / patriotik tidak jelas. KRITERIA 20-19 markah 18-15 markah 14-10 markah 9-1 markah BAHASA 20 MARKAH -Sebutan sangat baku, -Struktur bahasa sangat betul. -Sangat petah dan bahasa yang sangat jelas dan tepat. -Pengolahan bahasa yang sangat indah dan gramatis. -Sebutan baku, -Struktur bahasa betul. -Petah dan bahasa yang jelas. -Pengolahan bahasa yang indah. -Sebutan kurang baku, -Struktur bahasa kurang betul. -Kurang petah dan bahasa yang kurang tepat. -Pengolahan bahasa yang kurang indah. -Sebutan tidak baku. -Struktur bahasa tidak betul. -Kurang petah dan bahasa yang tidak tepat. - Pengolahan bahasa yang tidak indah. KRITERIA 35-30 markah 29-15 markah 14-10 markah 9-1 markah PERSEMBAHAN 35 MARKAH -Sangat lancar bercerita. -Sangat yakin bercerita. -Gaya bercerita sangat menarik dan kemas semasa bercerita. -Sangat menghayati watak dalam cerita. -Sangat tenang dan gerak badan sangat menepati dengan cerita. -Sangat berjaya menguasai pentas dan berjaya mempengaruhi /menarik perhatian audiens. -Lancar bercerita. -Yakin bercerita. -Gaya bercerita menarik semasa bercerita. -Menghayati watak dalam cerita. -Tenang dan gerak badan menepati dengan cerita. -Berjaya menguasai pentas dan mempengaruhi audiens. -Kurang lancar semasa bercerita. -Kurang yakin semasa bercerita. -Gaya bercerita kurang menarik. -Kurang menghayati watak dalam cerita.. -Kurang tenang dan gerak badan kurang menepati dengan cerita. -Kurang berjaya menguasai pentas dan kurang mempengaruhi audiens. -Tidak lancar bercerita. -Tidak yakin semasa bercerita. -Gaya bercerita tidak menarik. -Tidak menghayati watak dalam cerita.. -Tidak tenang dan gerak badan tidak menepati dengan cerita. -Tidak berjaya menguasai pentas dan tidak mempengaruhi audiens. KRITERIA CEMERLANG 15-14 markah BAIK 13-10 markah SEDERHANA 9-5 markah LEMAH 4-1 markah KAWALAN SUARA & KOSTUM 15 -Kawalan suara sangat baik. -Pelbagai intonasi suara yang sangat menarik. -Kawalan suara baik. -Pelbagai intonasi suara. -Kawalan suara kurang baik. -Kurang pelbagai intonasi suara. -Kawalan suara tidak baik. -Tiada pelbagai intonasi suara.