The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Abdul Hafiz Seman@Kamaruzzaman, 2021-02-15 00:05:27

01-Autobiografi_1

01-Autobiografi_1

012 TOPIK PENULISAN IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG

Sesuai Baik Cemerlang 1 Karangan Jenis Autobiografi

Tuliskan suatu karangan autobiografi yang bertajuk “Aku Sebuah Televisyen”. IK - 15
PK - 03
ISI-ISI KARANGAN SA - 03
9 tempat kelahiran – bertubuh sasa, berwarna “silver” – lahir dalam keluarga mewah PI - 03
9 terkenal di antero dunia – Sony, nama komersialku – kualiti, pilihan pertama pengguna TB - 03
9 dilamar, sepasang suami isteri – setuju membeli aku – harga RM2200.00, secara tunai SE - 03
9 menemani mereka – berkhidmat, menyampaikan maklumat – banyak siaran, rasa letih
9 disambar petir – jantung meletup dan badan terbakar – terkulai layu, tidak bermaya
9 kecederaan terlalu parah – kos rawatan tinggi – diganti dengan televisyen yang baru

* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

AKU SEBUAH TELEVISYEN CETUSAN IDEA

Shah Alam ialah tempat kelahiranku. Tubuhku agak tegap dan sasa, badanku SEBELUM
berukuran 29 inci. Kulitku pula berwarna “silver”. Aku lahir dalam keluarga yang agak
mewah dan mementingkan kualiti. Baca soalan
Fahami soalan
Namaku terkenal di antero dunia. Jenama komersialku menjadi pilihan global Pilih nombor soalan
seluruh pengguna masa kini. Aku bangga dengan namaku, Sony. Gambarku yang Analisis soalan
cerah dan berkualiti menyebabkan aku menjadi pilihan pertama pengguna. Cari kunci soalan
Tentukan tajuk
Pada suatu hari, aku telah dilamar oleh sepasang suami isteri. Mereka bersetuju Tulis tajuk cerita*
membeli aku dengan harga RM2200.00 secara tunai. Harga tersebut tidaklah terlalu
mahal bagi mereka. Aku pun dibawa pulang. SEMASA

Setiap hari aku menemani mereka. Aku berkhidmat menyampaikan berita dan Rangka/peta minda
maklumat terkini lagi sensasi. Pada hujung minggu pula, aku sibuk melayan kerenah Cetusan idea
mereka. Mereka memilih siaran Astro mengikut selera mereka, letihnya badanku. Menyusun idea
Membina perenggan
Pada suatu hari aku disambar petir. Jantungku tiba-tiba meletup, sebahagian Intro mengancam*
badanku terbakar. Aku terkulai layu, tidak bermaya lagi. Sungguh malang nasibku. Aku Contoh universal*
dihantar ke satu tempat untuk menerima rawatan. Bahasa bombastik*
Ayat memukau*
Kecederaan yang kualami terlalu parah. Aku memerlukan kos rawatan yang agak Pendapat rasional*
tinggi. Tuan aku membuat keputusan untuk menggantikan aku dengan rakanku yang
baru. Nampaknya, sampai di sini sahajalah khidmatku, selamat tinggal. SELEPAS

Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
Menyemak ejaan*

MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Budak-budak itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (salah)
Budak-budak itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul)

{Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling}

2. Penduduk kampung saling bantu-membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (salah)
Penduduk kampung saling membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (betul)

{Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling}

MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

CARTA MINI : KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI 1 IDEA CEMERLANG CITRA GEMILANG


Click to View FlipBook Version