MASYARAKAT
FEUDAL DI
JEPUN PADA
ABAD KE 16 & 17
ISI KANDUNGAN
1.LATAR BELAKANG MASYARAKAT
FEUDAL DI JEPUN
2. STRUKTUR MASYARAKAT
FEUDAL DI JEPUN
3.CIRI-CIRI MASYARAKAT
FEUDAL DI JEPUN
1: LATAR BELAKANG MASYARAKAT FEUDAL
DI JEPUN
> Konsep feudal boleh dimaksudkan dengan kuasa
politik yang dikuatkuasakan secara tempatan oleh
individu tertentu atau kerajaan pusat.
> Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan
istilah feudal digunakan bagi menerangkan
seluruh kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada
ketika itu serta organisasi kelas atasan yang
meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi
kekuasaan golongan atasan.
> Sistem beraja di bantu oleh
pembesar dalam
menjalankan urusan
pemerintahan dan
pentadbiran.
> Masyarakat feudal
terbahagi kepada dua
lapisan masyarakat iaitu
golongan pemerintah &
diperintah.
> Golongan pemerintah terdiri
daripada maharaja,
pembesar, dan daimyo.
> Manakala golongan
diperintah terdiri daripada
samurai, petani, tukang mahir
dan saudagar.
2: STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL
DI JEPUN
GOLONGAN RAJA ATAU SHOGUN
TOKUGAWA
> Sistem pemerintah diketuai oleh maharaja.
secara teorinya maharaja dianggap sebagai
pemerintahan
keduniaan dan kerohanian.
> maharaja jepun dikaitkan dengan unsur
ketuhanan yg bertujuan meningkatkan dan
menguatkan
kedudukan maharaja serta menanam kesetiaan
rakyat kepada maharaja.
> Maharaja berperanan sebagai ketua agama
dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada kuasa
pemerintahan di bawah shogun Tokugawa.
Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto
yang dikeliling oleh pengawal istana.
GOLONGAN DAIMYO
> Daimyo terbahagi kepada 3
kumpulan utama iaitu, Daimyo fudai ,
Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama.
> Daimyo fudai merupakan ahli
keluarga tokugawa dan sekutunya.
Mereka menbantu tokugawa
menguasai pemerintahan dan
diberikan tanah di bahagian tengah
dan utara Honshu.
> Daimyo shimpan dikenali
sebagai rumah persaudaraan
yang terdiri daripada saudara
mara keluarga
tokugawa.
> Keluarga tokugawa yang
utama dikenali sebagai Go-sanke
milik anak Leyasu yang terletak
di daerah Owari, kii dan mito.
> Daimyo tozama pula dikenali sebagai
daimyo luar di mana mereka
merupakan musuh shogun tokugawa
yang terdiri daripada suku-suku barat
seperti kato,ikeda,asano,shimazu.
> Tindak tanduk mereka sentiasa di
awasi oleh shogun tokugawa.
> Selain itu, mereka juga dilarang
mengumpul kekayaan demi
mengelakkan mereka menjadi terlalu
kuat dan mengancam kedudukan
shogun.
GOLONGAN SAMURAI
> Samurai merupakan kelas panglima. Mereka
mempunyai kedudukan istimewa.
> Mereka berfungsi menjaga keamanaan negara dan
daimyo.
> Mereka tidak diberikan tanah dan tidak dibenarkan
melakukan kerja lain
GOLONGAN PETANI (NOMIN)
> Petani mendapatkan kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat
biasa.
>Amalan dasar tutup pintu yang
dilakukan oleh Jepun menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan
dengan negara luar.
>Oleh itu, petani mengeluarkan beras untuk rakyat jepun dan membayar
sebahagian besar cukai.
>Mereka hanya diberikan
secukup makan sebagai balasan kerana hasil yang dikeluarkan untuk
negara.
GOLONGAN PEDAGANG (CHONIN)
GOLONGAN ARTISAN ATAU
TUKANG MAHIR
> pedagang di bawah tukang mahir.
> Mengikut tradisi jepun, golongan
pedagang dipandang rendah oleh
masyarakat feudal kerana mempunyai > Artisan adalah dibawah golongan
pekerjaan yang hina dan tidak petani dimana mereka akan membuat
menguntungkan. pedang serta peralatan yang
berguna.
> Namun begitu,
keadaan yang aman menjadikan > Mereka diberi penghormatan dan
ekonomi semakin berkembang dan sumbangan masyarakat & diberi gaji
para pedagang berjaya mengumpul serta rumah yang baik.
wang dan harta dengan banyak.
> Tukang kayu juga turut diberi
> Mereka berjaya memperbaiki status layanan yang sama serta diberi gaji
diri dan mengikat ramai bangsawan sebanyak 500 koku dan dibenarkan
melalui hutang. memakai sebilah pedang.
> Mereka telah memperkenalkan cara
pengurusan baru yang akhirnya
diwarisi oleh syarikat moden jepun.
> Antara keluarga saudagar terkenal
termasuklah mitsui dan Noraya
Mozaemon.
KESIMPULAN
> masyarakat feudal jepun lebih ketat
kerana pembahagian golongan masyarakat
dibuat berdasarkan
pekerjaan yang diwarisi
> kedudukan maharaja jepun diperkukuhkan
semasa pemerintahan meiji dan dianggap
sebagai raja perlembagaan.
3.CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN
> Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan
tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan
wakil oleh kerajaan pusat.
> Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu
adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut
hierarki.
> Sistem feudal dapat dilihat dengan jelas, iaitu Maharaja
yang berada dikemuncak struktur pemerintahan
mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala
aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah.
> Dalam sistem feudal di Jepun
terdapat beberapa ciri-ciri
masyarakat feudal di Jepun.
Antaranya ialah :
-Kedudukan Maharaja
-Kedudukan Shogun
-Kedudukan Samurai
-Pemilikan Tanah
-Kewajipan Peribadi
-Mobiliti Sosial.
KEDUDUKAN MAHARAJA
> Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan
kerohanian.
> Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan
yang bertujuan meningkatkan dan menguatkan
kedudukan maharaja serta menanam kesetiaan rakyat
kepada maharaja.
> Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua
negara akan tetapi, Maharaja tidak mempunyai kuasa
pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa.
> Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan
di kelilingi oleh pegawai istana ( kuge ).
KEDUDUKAN SHOGUN.
> Shogun merupakan golongan bangsawan.
Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan
Shogun Tokugawa.
> Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui
dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan
Shogun terjamin.
> Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan
berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang
menyokong dan menentangnya.
> Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah
manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di
kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.
>Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu
(ketenteraan) yang berpusat di Edo.
KEDUDUKAN SAMURAI
> Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera) dan mereka
mempunyai kedudukan yang istemewa iaitu mempunyai nama
keluarga dan mempunyai dua bilah pedang.
> Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan negara dan
keselamatan Shogun serta daimyo dan mereka tidak dibenarkan
melakukan kerja lain.
> Jumlah golongan samurai kira-kira 400, 000 orang iaitu kira-
kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai
terbahagi kepada taraf tinggi, sederhana dan rendah.
> Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan
memiliki tanah, manakala Samurai bersederhana merupakan
samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan
kaki.
PEMILIKAN TANAH.
> Zaman keshogunan Tokugawa, wilayah di serahkan kepada
vassal yang setia kepada shogun.
> Selain itu, shogun memberikan tanah kepada tuan tanah ( daimyo
) yang setia kepadanya. Daimyo yang setia akan mengawasi gerak
geri daimyo yang di ragui kesetiannya.
> Tokugawa Leyasu mengambil langkah untuk merampas tanah
daripada daimyo yang menentang pemerintahannya.
> Tanah-tanah yang di rampas diserahkan kepada tentera serta
tuan tanah yang setia kepadanya.
> Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir dan
menguruskan tanah miliknya manakala pegawai yang
menguruskan tanah itu dikenali sebagai Gundai dan Daskan.
KEWAJIPAN PERIBADI
> Dalam masyarakat feudal, wujud
hubungan peribadi antara
Shogun dan Daimyo.
> Shogun menyerahkan tanah kepada
golongan daimyo yang setia kepadanya.
Sebagai balasan, daimyo akan membantu
shogun dalam pentadbiran dan
ketenteraan.
> Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling
bertanggungjawab terhadap
kepentingan bersama.
> Iaitu satu pihak memberikan perlindungan
manakala satu pihak lagi menawarkan
perkhidmatan dalam pentadbiran
dan ketenteraan.
MOBILITI SOSIAL
> Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 &
17 terdiri daripada beberapa lapisan.
>Setiap lapisan dalam masyarakat feudal
mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan
politik yang berlainan.
> Kedudukan dan status masyarakat ditentukan
berdasarkan keturunan dan sistem berkelas.
> Dalam hal ini, perubahan status dan mobiliti sosial
dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku.
>Umpamanya, golongan pedagang merupakan golongan
yang di pandang rendah dan tak berlaku mobiliti sosial.
KESIMPULAN
> Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana
pembahagian golongan masyarakat dibuat
berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.
> Selain itu, kedudukan masyarakat Jepun
diperkukuhkan semasa pemerintahan meiji dan
dianggap sebagai raja berpelembagaan.
> Maharaja dihormati dan kedudukan
tertinggi ini kekal sehingga kini.