The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Irfa Nabila, 2024-03-25 13:03:58

Pandu puteri

Pandu puteri

Visi Pandu Puteri Visi Pandu Puteri "Persatuan Pandu Puteri Malaysia menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadikan pemimpin berwibawa hari esok." 51


Misi Pandu Puteri Misi Pandu Puteri "Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. " 52


Persetiaan Pandu Puteri Persetiaan Pandu Puteri Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajiban saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang kepanduan. 53


Undang-Undang Pandu Puteri Undang-Undang Pandu Puteri Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. Seorang Pandu Puteri sentiasa sopan santun. 54


Undang-Undang Pandu Puteri Undang-Undang Pandu Puteri Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. 55


Cogan Kata Pandu Puteri Cogan Kata Pandu Puteri “SELALU SEDIA” Merupakan cogan kata Pandu Puteri.Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puterihendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarangimbuhan dan balasan. 56


Lambang Pandu Puteri Lambang Pandu Puteri Logo Pandu Puteri Malaysia Trefoil: Tiga bahagian ikrar pandu puteri Bintang Pecah 14: 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunjuk jalan yang benar Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri danPengakap Puteri Sedunia (WAGGGS - World Association of Girl Guides and Girl Scouts) pada tahun 1928, semua negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana ikrar, sebagai lambang cita-cita Pandu Puteri. Rekabentuk lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962.la dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latian, Ibu Pejabat. Semasa berkhemah dengan pasukannya, beliau telah memungut sehelai daun yang jatuh ke tanah. Daun itu menarik perhatian beliau kerana bentukya. Berikutan satu perbincangan sesama ahli-ahli kadenya, mereka telah mencapai kata puts untuk memohon kepada Ibu Pejabat supaya rekabentuk daun tadi digunakan sebagai rekabentuk trefoil. In meggantikan lencana trefoil Inggeris yang telah digunakan sebelum tahun 1962. Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada tiga rangkaian daun atau cantuman dan yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Pemimpin akan menyemat lencana ini pada ska ahli semasa UpacaraPelantikan yang diadakan setelah lulus Ujian Pra Persetiaan. Jadi lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan. 57


Lambang Pandu Puteri Lambang Pandu Puteri Lencana Pandu Puteri Dunia Lencana Trefoil Dunia (World Badge) ialah lambang WAGGGS. Lencana ini hanya bole digunakan oleh ahli Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot atau ahli penuh yang telah melafazkan ikrar. Di peringkat dunia, Lencana ini merupakan simbol perpaduan di kalangan Pandu Puteri sedunia. Warna emas pada lambang in membawa maksud sinaran matahari yang memancar ke atas semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. Tiga bentuk daun bercabang melambangkan Persetiaan Pandu Puteri yang asalnya telah diperkenalkan oleh Lord Baden Powell. Bentuk segiempat bujur ke atas di tengah-tengah daun adalah jarum kompas yang menunjuk ke arah utara, laitu arah yang menjadi matlamat Pandu Puteri. Manakala dua bintang di sebelah kiri dan kanan menandakan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini. 58


Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Isyarat dan Hormat Pandu Puteri ISYARAT PANDU PUTERI Isyarat Pandu Puteri Digunakan Semasa: Isyarat Pandu Puteri Digunakan Semasa: (i) seseorang itu diterima sebagai ahli Pandu Puteri (i) semasa ahli Pandu Puteri membaharui ikrar. Cara Membuat Isyarat Pandu Puteri: Cara Membuat Isyarat Pandu Puteri: (I) Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. (il) Tangan kanan dinaikkan ke aras bahu dan tangan kiri (di sisi) dirapatkan lurus ke badan. (iii) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25cm dari telinga kanan. (iv) Kira masa 1, 2, 3 dan turn 3, 2, 1. 59


Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Isyarat dan Hormat Pandu Puteri To do my duty to God, King and Country To do my duty to God, King and Country And to obey the Guide Law And to obey the Guide Law Elder help younger HORMAT PANDU PUTERI HORMAT PANDU PUTERI ialah tabik Pandu Puteri yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua dan juga sesama ahli kumpulan. la juga diberi kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. To help other people at all time To help other people at all time Younger respect elder Younger respect elder Always smile UNITY Silence Doing one good turn a day Doing one good turn a day 60


Berjabat Tangan Dan Khidmat Pandu Puteri Berjabat Tangan Dan Khidmat Pandu Puteri BERJABAT TANGAN (HANDSHAKE)- TANGAN KIRI BERJABAT TANGAN (HANDSHAKE)- TANGAN KIRI Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tanga apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Berjabat tangan dengan tangan kiri ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden Powell melawat Kenya. Kaum in sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk beriabat tangan. Lantaran itu, Lord Baden Powell terus mengambil perlakuan in sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri. 61


Isyarat Wisel ISYARAT MAKSUD SATU TIUPAN PENDEK JAGA SEDIA SATU TIUPAN PANJANG BERDIAM DIRI PENDEK,PANJANG,PENDEK,PANJANG AMARAN/BAHAYA BANYAK TIUPAN PENDEK SEMUA DATANG CEPAT PENDEK, PENDEK, PENDEK, PANJANG KETUA, DATANG KE SINI PANJANG,PANJANG,PANJANG JAUHKAN DIRI DARI SINI 5 PENDEK, 1 PANJANG, 1 PENDEK, (BERHENTI SEKETIKA), 6 PENDEK DATANG KE DAPUR JURUMASAK 62


Isyarat Tangan 63


Isyarat Tangan 64


Isyarat Tangan 65


Lagu Pandu Puteri Arah kita jelas ke depan Bendera berkibar, Tidak berlipat di dunia, Harapan abadi. Bersatu untuk kebenaran , Persahabatan kukuh Selagi dunia mash ada, Akan nyanyi lagu ini. Our Way is clear as we march on, And see our flag on high; 'Its never furled throughout the world, For hope shall never die. We must unit for what is right, In friendship true and strong, Until the earth in its re-birth, Shall sing our song. Lagu Dunia/World Song 66 TEKAN UNTUK DENGAR LAGU


Lagu Pandu Puteri Puteri tunas bertujuan, Menolong dan berkawan LAGU AHLI BAHARU LAGU PANDU PUTERI TUNAS 2X Ahli baharu suka hati, Menjadi Puteri tunas. 2X 67


Lagu Pandu Puteri Oh, Tuhanku, Seruan hambamu, Beri kami nikmat, Sepanjang hayat, Selamat tinggal LOCENG PANDU PUTERI 68


LAGU KUMPULAN BERENAM SIANTAN MELUR Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Melur taat dan setia Berusaha setiap masa 69


LAGU KUMPULAN BERENAM CEMPAKA KENANGA Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Kami bernama kenanga Berjasa dan bertenaga 70


LAGU KUMPULAN BERENAM TERATAI KESIDANG Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami kesidang datang Menolong pagi dan petang 71


Bendera Malaysia, JALUR GEMILANG LAMBANG & WARNA JALUR GEMILANGAN MAKSUD Anak bulan dan bintang Membawa maksud Islam sebagai agama rasmi Negara Bintang pecah 14 Menuniukkan perpaduan 13 bah negeri dan kerajaan persekutuan 14 jalur Merah dan putih (melintang) yang sama lebar, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan. warna biru Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum Warna kuning Bermaksud Warna Diraja bagi Duli Yang Mala Mulia Raja-raja. Warna merah Melambangkan keberanian dan bersedia dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta Warna putih Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam mengangkat nama negara ke perada dunia 72


Bendera Persatuan Pandu Puteri, Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. 73


Bendera Dunia, Tiga blok atau petak jingga menerong sederet di bahagian kana bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkanmatahari menyinari kanak-kanak di dunia. 74


Sejarah Perkembangan Dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Sejarah Perkembangan Dan Struktur Organisasi Pandu Puteri TOPIK 3


Riwayat Hidup Pengasas Olave St Clair Soames (Lady Baden Powell) Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert BadenPowell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesurujaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun. 76


Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman. World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 77


SEJARAH PERKEMBANGAN WAGGS 1909 Muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace bag menjadi pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari tersebut. Pengasas pergerakan Pengakap telah tertarik dengan "pengakap perempuan" tersebut dan seterusnya memilih nama "Girl guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di India 1910 Agens iaitu adik Baden-Powell telah mengadaptasikan buku "Scouting for Bovs" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya melahirkan pergerakan Pandu Puteri 1918 Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom setelah berkahwin dengan Sir Robert lalu meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia 1919 Olave Baden-Powell telah membentuk Malis Antarabangsa (International Council), perintis kepada Wagggs bagi menyatukan semua ahli. Pada Ketika itu, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave dilantik sebagia Ketua Pandu Puteri Sedunia. 1920 Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan setelah majlis itu mendapat sambutan yang sangat baik. Persidangan ini diadakan bagi bertujuan untuk Pandu Puteri dan pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran serta pengalaman Hal ini telah menyebabkan mereka telah mula merancang lawatan ke luar negara buat kali pertama kali. 1924 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan yang kini dikenali sebagai "Our World News". 78


SEJARAH PERKEMBANGAN WAGGS 1926 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat, wakil dari beberapa negara telah berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. 1928 Baden-Powell tela mendapatkan pendapat daripada semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri sebelum mengadakan Persidangan Antarabangsa kelima di Hungary. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara telah membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia di London yang berfungsi sebagai urus setia. 1930 Bendera dunia telah dikibarkan untuk kali pertama di persidangan Dunia di United Kingdom. 1931 Keahlian persatuan ini tela melebihi satu juta setelah pergerkana ini terus berkembang dengan pesat. 1932 Pusat Dunia vang pertama dibuka 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri diadakan di Hungary. 1945 Pergerakan ini telah dihidupkan semula dan terus berkembang setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan. Lord Bawell-Powell telah meninggal dunia pada waktu itu. 1957 Pembukaan Our Cabana. 1966 Pembukaan Sangam pada tahun 1966. 79


SEJARAH PERKEMBANGAN WAGGS 1977 Olave Baden-Pawell telah meninggal dunia pada waktu itu. WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urus setia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge) sempena mengingati beliau. 1985 70 tahuan Kepanduan disambut seluruh dunia 1988 Sambutan 60 tahun WAGGGS 80


Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia. Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif. Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 75,00 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia. Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). 81


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALASYSIA 1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan ole Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu olen tiga orang pemimin berpangkat Lettenan laitu GIKFord, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan in telah didaftarkan di Ibu Peiabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1920 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak 1921 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang 1924 Pasukan Pandu Puteri Neger Sembilan ditubuhkan 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah member pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. 82


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALASYSIA 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah menaadakan lawatan ke Malava. 1937- 1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya 1948 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di selurun negara 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan ruman Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 83


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALASYSIA 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia tela memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti - aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1977- 1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987- 1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. 84


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALASYSIA 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM '98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel 98 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 8 - 15 Febuari - Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia ole Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang - Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Keriasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia' (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 - 26 November - Aktiviti Antarabangsa Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers' (Program Pertukaran Malaysia - China) 2001 7-12 September - Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai ole peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM - Fiji GGA: Lend A Hand 85


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALASYSIA 2002 April - Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malavsia 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanakkanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" tela diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai sala satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri | Terengganu bagi menjana dana untuk kanakkanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pula Pinang (Oktober 2004) beriaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALASYSIA 2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirIGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat ole Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai ole Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan keriasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J.sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. 2006 Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renier Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 peserta. 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan ole Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan ole Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALASYSIA 2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan bar Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking"diadakan untuk ahli leasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke- 90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia 88


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALASYSIA 2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah 2008 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan in dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom SEHINGGA KINI Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru Kecemerlangan PPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhiava dan pemimpinpemimpin yang berpengalaman dan gigih. Dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak. sama ada secara lanasung atau bun tidak, PPPM akan terus memaiukan serta meningkatkan kepimpinan dan penglibatan gadis dan wanita dalam aktiviti-aktiviti tempatan dan antarabangsa. 90


Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia jatuh pada 22 Februari pada setiap tahun dan tibalah masa untuk keluarga kepanduan menyambut hari peringatan ini. Hari peringatan disambut untuk mengingati jasa Pengasas Pandu Puteri iaitu isteri kepada Lord Baden-Powell, pengasas pasukan Pengakap. Hari Peringatan Sedunia Sejarah sambutan Hari Peringatan ini bermula seiak tahun 1932 di Poland. Dan pada setiap tahun kita menyambut dan meraikan hari in mengikut tema yang telah ditetapkan oleh WAGGGS (World Association of Girl Guides and Girl Scouts) iatu Persatuan Pandu Puteri Pengakap Puteri Sedunia. 2011 - "Meningkatkan Kesaksamaan Gender dan Memperkasakan Wanita" 2010 - "Bersama kita membasmi Kemiskinan dan Kelaparan." 2009 - " Kita boleh mencegah AIDS, malaria dan penyakit lain daripada berleluasa". 2008 - "Fikirkan Tentang Air". 2007- "Kenali Potensi Anda dengan mengambil peluang memimpin, mengembangkan persahabatan dan berani bersuara" 91


Struktur Organisasi 92


Persatuan Pandu Puteri MALAYSIA 93


Persatuan Pandu Puteri CAWANGAN PENASIHAT Ketua Pesuruhjaya Cawangan SETIAUSAHA BENDAHARI PEN. SETIAUSAHA ( Dilantik dari PJ PPT Daerah) PEN. BENDAHARI AHLI EX OFFICIO: AHLI JAWATANKUASA PJ Latihan Cawangan; PJ Program Cawangan; PJ Struktur & Pengurusan Cawangan. 1. PJ PPT Daerah Kuala lipis 2. PJ PPT Daerah Maran 3. PJ PPT Daerah Jengka dan seterusnya (Terdiri daripada semua PJ PPT Daerah) Pesuruhjaya PPT Cawangan PENGERUSI NAIB PENGERUSI (Dilantik dari PJ PPT Daerah) ( Dilantik dari PJ PPT Daerah) ( Dilantik dari PJ PPT Daerah) ( Dilantik dari PJ PPT Daerah) 94


Pasukan Pandu Puteri Kadet bertapak di institusi-institusi pendidikan guru dan ditadbir oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Institut Pendidikan Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah cawangan ini. Bilangan ahli yang minimum dalam satu Pasukan Pandu Puteri Kadet ialah lapan (8) orang dan maksimum 50 orang. Sesebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh mempunyai lebih daripada satu Pasukan Pandu Puteri Kadet. Pasukan Pandu Puteri Kadet dikendalikan oleh Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Kadet yang terdiri daripada: Ketua Pasukan Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa PANDU PUTERI KADET Program Pandu Puteri Kadet bertujuan menghasilkanpemimpin muda yang memahami dan menguasai kemahiran asas Pandu Puteri serta konsep dan peranankepemimpinan dalam pergerakan Pandu Puteri. 95


Persatuan Pandu Puteri KADET 96


Persatuan Pandu Puteri TUNAS 97


Persatuan Pandu Puteri KELIP-KELIP KEBANGSAAN PENGERUSI Nama PJ PP Kelip-Kelip Kebangsaan NAIB PENGERUSI Nama PJ PP Kelip-Kelip Caw. yg dilantik SETIAUSAHA BENDAHARI PEN. SETIAUSAHA PEN. BENDAHARI AHLI EX OFFICIO: AHLI JAWATANKUASA PJ Latihan Kebangsaan PJ Program Kebangsaan PJ Struktur dan Pengurusan Kebangsaan 1. PJ PP Kelip-Kelip Caw. Perak (Nama) 2. PJ PP Kelip-Kelip Caw. Sabah (Nama) 3. PJ PP Kelip-Kelip Caw. Kedah 4. (Nama) 5. (Terdiri daripada semua PJ PP KelipKelip Caw.) Nama PJ PP Kelip-Kelip Caw. yg dilantik Nama PJ PP Kelip-Kelip Caw. yg dilantik Nama PJ PP Kelip-Kelip Caw. yg dilantik Nama PJ PP Kelip-Kelip Caw. yg dilantik 98


Persatuan Pandu Puteri KELIP-KELIP CAWANGAN PENGERUSI (Nama PJ Kelip-kelip Cawangan) NAIB PENGERUSI (Nama PJ Kelip-kelip Daerah yang dilantik) SETIAUSAHA BENDAHARI PEN. SETIAUSAHA PEN. BENDAHARI AHLI EX OFFICIO: AHLI JAWATANKUASA PJ Latihan Cawangan PJ Program Cawangan PJ Struktur & Pengurusan Cawangan PJ PP Kelip-kelip Daerah Lipis (Nama) PJ PP Kelip-kelip Daerah Bentong PJ PP Kelip-kelip Daerah Maran ( Terdiri daripada semua PJ PP Kelip-Kelip Daerah) (Nama PJ PP Kelip-Kelip Daerah yang Dilantik) (Nama PJ PP Kelip-Kelip Daerah yang Dilantik) (Nama PJ PP Kelip-Kelip Daerah yang Dilantik) (Nama PJ PP Kelip-Kelip Daerah yang Dilantik) 99


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform Di Sekolah Rendah TOPIK 4


Program PanduPuteri Tunas 1.Prinsip Asas PPT 2.Anugerah TOPAZZ I, II, III 3.Skim Lencana Kecekapan 4.Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya Cawangan 5.Anugerah PPT Ketua Pesuruhjaya 101


Click to View FlipBook Version