The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aciquezieladeco, 2024-05-11 03:22:23

BUKU PROGRAM

BUKU PROGRAM

PENGETUA SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku program ini sempena Program Bengkel Genta Puisi dan Lagu sekolah Menengah 2024 peringkat Negeri Johor. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) kerana sudi bekerjasama dalam menjayakan Genta Puisi dan Lagu ini. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk meraikan pemerkasaan seni dan sastera serta memperkukuh elemen semangat Kerjasama dalam kalangan murid yang merupakan teras modal insan negara. Diharapkan program seumpama ini akan dapat menjadi wadah dalam memperkasa kesusasteraan dan mempamerkan jati diri serta menyuburkan salah satu bidang seni dalam diri kita semua. Pemupukan budaya kebanyakannya dikembang dan diperkukuh melalui seni dan sastera. Masyarakat kita sememangnya memberi perhatian kepada seni dan sastera seperti pantun, sajak, gurindam dan seumpamanya untuk menanam elemen jati diri yang dapat melahirkan budaya. Budi dan Bahasa bukan hanya menyentuh pada sistem linguistik malah merangkumi sistem budaya dan adat sesuatu bangsa. Cara kita menggunakan Bahasa akan mempamerkan kelaku budaya dan ia juga mencerminkan taraf sosial Masyarakat. Maka tidak hairanlah, di negaranegara maju, misalnya seni sastera menjadi satu komponen penting untuk mengimbangi tuntutan mental dan fizikal pembangunan fizikal, pembangunan pemikiran, nilai insaniah dan pembentukan sahsiah. Dalam dunia yang mengalami perubahan yang dinamik, kita tidak boleh membiarkan seni dan kesusasteraan tenggelam dalam arus kemajuan teknologi. Seni sastera perlu diperhebatkan kerana inilah faktor yang menyuntik nilai-nilai peradaban serta elemen yang dapat mengembangkan nilai-nilai budaya. Akhir kata saya bagi pihak seluruh kepimpinan jawatankuasa pengelola Program Bengkel Genta Puisi dan Lagu Sekolah Menengah 2024 peringkat Negeri Johor sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan semua peserta yang terlibat. Saya mendoakan semoga perjuangan memartabatkan seni sastera negara dapat mencapai kejayaan yang bermakna bagi kita semua. Saya juga ingin mencadangkan agar program seperti ini diadakan pada setiap tahun agar lebih ramai murid dapat menyertainya. Sekian, Terima Kasih. HAJI AMDAN BIN EMBONG PENGETUA SMK TAN SRI JAAFAR ALBAR


Bengkel Genta Puisi dan Lagu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 ini bertujuan untuk membangun dan mengembangkan potensi murid dalam bidang muzik dan memartabatkan Bahasa melayu dalam seni berbahasa serta memperkuatkan sikap perpaduan antara pelbagai kaum di Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025; Anjakan ke 10: Memaksimumkan Keberhasilan Murid Setiap Ringgit; program pembangunan ini dilihat sebagai satu platform untuk murid mengaplikasikan kebolehan mengarang pantun dan memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid KPM. Program luar bilik darjah ini menyokong kepada kurikulum matapelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Muzik. Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan (PPSK) 2021 – 2023; Teras 1: Seni Untuk Semua; bermatlamat untuk menggalakkan pelibatan murid dalam aktiviti kesenian secara menyeluruh. Sehubungan dengan itu, program Bengkel Dondang Sayang ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran teknik penulisan dan pemerkasaan penggunaan Bahasa Melayu dikalangan murid dan guru yang berkebolehan dalam subjek Pendidikan Muzik. Justeru, kumpulan murid dan guru ini disaran untuk mengadakan bengkel tersebut di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing agar penyertaan murid dalam pertandingan yang akan datang akan lebih menggalakan dan berkualiti. Bengkel Genta Puisi dan Lagu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 mempunyai objektif seperti yang berikut : 1. Meningkatkan kemahiran bermain muzik sambil kemahiran berbahasa dalam kalangan murid; 2. Meningkatkan kemahiran menulis skrip dalam memartabatkan Bahasa Melayu di dalam penulisan; 3. Melatih pemikiran yang kreatif dan kritis dalam ciptaan puisi, lontaran vocal dan pembinaan lagu puisi. Bengkel ini ditawarkan kepada murid sekolah menengah di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Mod pelaksanaan bengkel ini adalah secara bersemuka.


( ) MASA AKTIVITI 3.00 PM - Pendaftaran peserta masuk - Ice Breaking / Pecahan kumpulan - Solat Asar 6.00 PM - Rehat - Makan Malam - Solat Maghrib 8.00 PM - Perasmian pembukaan Bengkel Puisi dan Lagu Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 - Taklimat House Keeping 10.00 PM - Minum Malam - Rehat / Solat Isyak / Tidur ( ) MASA AKTIVITI 6.00 AM - Solat Subuh - Sarapan 8.00 AM - Bengkel 1 : Olah Suara 10.00 AM - Bengkel 2 : Pembinaan Puisi 1. Pengenalan Jenis - Jenis Puisi 2. Teori Asas penulisan puisi 3. Tugasan Menulis Puisi 12.30 PM - Rehat - Makan Tengah hari - Solat Zohor 2.00 PM - Bengkel 3 : Pembinaan Puisi (sambungan) 1. Pembentangan Hasil Kerja Puisi 2. Pemurnian Puisi 3. Pemilihan Puisi untuk Penciptaan Lagu. 4.30 PM - Bengkel 4 : Gubahan muzik 1. Penciptaan Lagu Puisi 2. Gubahan Muzik dan Latihan Nyanyian Lagu Puisi 3. Pemurniaan Lagu dan Gubahan Muzik. - Solat Asar 6.30 PM - Rehat - Makan Malam - Solat Maghrib 8.00 PM - Latihan dalam kumpulan - Pembentangan dan Penilaian Persembahan Kumpulan 1. Penilaian dalam Kumpulan 2. Pemurniaan Nyanyian dan lagu 3. Pemantapan Persembahan 10.00 PM - Rehat - Minum Malam - Solat Isyak


( ) MASA AKTIVITI 6.00 AM - Solat Subuh - Sarapan 8.00 AM - Persiapan Akhir Majlis Penutup Bengkel Puisi dan Lagu Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 9.30 10.00 - Majlis Penutup Bengkel Genta Puisi dan Lagu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 - Para peserta mengambil tempat duduk - Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia : Nyanyian Lagu Bangsa Johor : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Ikrar : Bacaan Doa - Ucapan Aluan oleh Tuan Haji Mohd Hanafi bin Haji Samad Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor - Persembahan Peserta Perkampungan Santai Teater MBMMBI Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 - Ucapan Perasmian Penutup oleh Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia : - Penyampaian Sijil dan Cenderamata • Penceramah • Ketua Teknikal • Ketua Kontinjen Jabatan Pendidikan Negeri • Peserta Perkampungan Santai Teater MBMMBI Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 • Kumpulan dan Peserta Terbaik 12.30 AM - Sesi bergambar - Jamuan / bersurai


Penasihat : Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad Pengarah Pendidikan Negeri Johor Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengerusi : Tuan Mohd Rosli bin Mohd Othman Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Timb. Pengerusi : Tuan Haji Mohamad Fadil bin Ishak Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Naib Pengerusi : Encik Musa bin Atan Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Penyelaras : Encik Mohd Azhar bin Mohtar Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor Tuan Haji Ishak bin Ismail Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Kota Tinggi Setiausaha : Encik Amdan bin Embong Pengetua SMK Tan Sri Jaafar Albar, Kota Tinggi Bendahari : Encik Roduan bin Husain GPK Kokurikulum SMK Tan Sri Jaafar Albar, Kota Tinggi BIL . NAMA PEGAWAI ALAMAT BERTUGAS DAERAH 1. MOHD HAZLIE BIN MOHD RISLAN SMK MUTIARA RINI JOHOR BAHRU 2. SAIFUDDIN BIN SALIM SK MEDINI JOHOR BAHRU 3. MOHD SAIFULL BIN MUHD POZI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR JOHOR BAHRU 4. ZAFIRAH BAHIAH BINTI HASSAN SK BUKIT MUTIARA JOHOR BAHRU 5. ARMAN BAKTI BIN OMAR BAKI SK KAMPONG PASIR JOHOR BAHRU 6. MUHAMMAD RIDHUAN BIN NASIR@ABDUL GHANI SK TAMAN PERMAS JAYA 3 PASIR GUDANG 7. NUR ELIZA BINTI ABU TALIB SMK IMPIAN EMAS JOHOR BAHRU 8. MUHAMAD ARIF ZAHARIEN BIN KHAIRUL ANUAR SMK PARIT BUNGA TANGKAK 9. MARIA BINTI MOHD HATAR SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1 JOHOR BAHRU


BIL. NAMA GURU SEKOLAH PERANAN 1 Pengetua SMK Tan Sri Jaafar Albar Pengerusi 2 GPK Kokurikulum SMK Tan Sri Jaafar Albar Penolong Penyelaras 3 Maifuzah Binti Ibrahim SMK Tan Sri Jaafar Albar Jawatankuasa Pendaftaran / Penginapan 4 Siti Nurul Husna Binti Ahmad SMK Tan Sri Jaafar Albar Cenderahati & Sijil 6 Hj. Khairu Rasid bin Mohamad SMK Tan Sri Jaafar Albar Jawatankuasa Slot Bengkel / Malam Persembahan 7 Hjh. Hazilah Binti Ramli SMK Tan Sri Jaafar Albar Jawatankuasa Buku Program 8 Mohamad Radzi bin Amir SMK Tan Sri Jaafar Albar Jawatankuasa Seranta / Teknikal & Siaraya 9 Luqmanul Hakim bin Mohamed SMK Tan Sri Jaafar Albar 10 Hjh. Arnie Yusdita Binti Tohijah SMK Tan Sri Jaafar Albar Jawatankuasa Makanan / Pentas Utama 11 Mohamad Sabri Bin Jalil SMK Tan Sri Jaafar Albar Jawatankuasa Pengurus Peserta dan penyediaan tempat. 12 Noorhayati Binti Mohd Ghazali 13 Norain bt. Rahmat SMK Tan Sri Jaafar Albar Jawatankuasa Dokumentasi dan Laporan 14 Afitri Murkandi SMK Tan Sri Jaafar Albar Pengacara Majlis/Kecemas an 15 Pazarina Binti Musa SMK Tan Sri Jaafar Albar Makan/Minum/ Kebajikan 16 Mohd Yazid Adhar b. Che Bae Kecemasan 17 Mohd Khairudin Bin Hussain SMK Tan Sri Jaafar Albar Montaj Majlis Penutupan


Click to View FlipBook Version