BUKU PANDUAN S E K O L A H K E B A N G S A A N K I N G E D W A R D V I I ( 2 ) J A L A N L U M B A K U D A , 3 4 0 0 0 T A I P I N G P E R A K 0 5 - 8 0 7 3 7 1 1 A B B 6 0 6 3 @ m o e . e d u . m y
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 1 Sekapur Sirih Seulas Pinang Assalamualaikum wbt. Dan Salam Sejahtera Syukur kehadrat Illahi kerana atas limpah perkenan dan kurnia-Nya, dapat kita bersama lagi dalam satu organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap bidang tugas yang telah diamanahkan perlu kita laksanakan secara sistematik supaya kecemerlangan, ketelusan dan kesempurnaannya dapat kita perolehi. Proses dan prosedur pengurusan tugas ini pula perlu kita sempurnakan secara berperingkat, dengan mengambil kira kajian latar belakang, analisis situasi terkini, nilai mulia, hasrat dan sasaran, strategi serta kajian masa depan agar segala yang kita rencanakan membuahkan hasil atau pulangan yang lumayan. Setiap kesempatan, kelebihan dan kekuatan perlu kita gemblengkan secara positif dalam usaha menjana perkhidmatan bertaraf dunia bagi mencapai wawasan “PERAK EXCELLENT SKKE VII-2 EXCELLENT”, di samping memastikan kecemerlangan, kegemilangan serta keterbilangan Sekolah Kebangsaan King Edward VII-2 sentiasa terpelihara. Sekian Terima Kasih. AHMAD ZAMRI BIN ABDUL RAHIM Guru Besar Sekolah Kebangsaan King Edward VII-2
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 2 LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan Raja kita selamat bertahta Rahmat bahagia Tuhan Kurniakan Raja kita selamat bertahta LAGU NEGERI PERAK Dilanjutkan Allah usianya Sultan Adil dan murah Memerintah watan Ditaati rakyat Kiri dan Kanan Iman yang soleh Allah kurniakan Allah berkati Perak Darul Ridzuan Allah selamatkan Negeri dan Sultan LAGU SEKOLAH King Edward will live forever As long as the Taiping hills stand King Edward will shine forever For the glory of this land In the years of our victory We are proudof days of yore King Edward VII school we hail thee You’ll be greater than before The tigers roar lound and full Magni Nominis Umbra Edwardians old and young tigers Let’s unite in asong of gle King Edward VII school forever In Malaysia of the free
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 3 Ruj. Kami: Kepada: Tarikh : 06 MAC 2024 __________________________________ SK King Edward VII-2, Jalan Lumba Kuda, 34000 Taiping. Perak Darul Ridzuan. Tuan/Puan, PERLANTIKAN MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS RASMI SESI PERSEKOLAHAN 2024/25 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pada sesi persekolahan 2024/25, tuan/puan dilantik dan diamanahkan untuk melaksanakan tugas-tugas sebagaimana yang terkandung dalam Buku Takwim 2024/25 ini. 2. Senarai tugas yang disediakan tertakluk kepada perubahan dan pindaan selaras dengan keperluan dan kepentingan sekolah. Sebarang perubahan dan pindaan akan dimaklumkan kemudian secara rasmi melalui surat pemberitahuan dan perlantikan. 3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar tuan/puan dapat melaksanakan semua tugas dengan rasa penuh tanggungjawab bagi mencapai matlamat untuk menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang efektif,cemerlang dan ‘Excellent’ dalam semua aspek pendidikan. Sekian, terima kasih. ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, .................................................................. (AHMAD ZAMRI BIN ABDUL RAHIM) Guru Besar, SK King Edward VII-2, Taiping.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 4 AKUAN PENERIMAAN TUGAS, MAKLUMAT DAN ARAHAN-ARAHAN PENTADBIRAN Saya ................................................................................................No. KP.................................. bertugas di SK King Edward VII-2 , mengaku telah menerima taklimat berkaitan dengan maklumat dan arahan-arahan tentang tugas dan tanggungjawab saya serta semua arahan-arahan berkaitan pentadbiran dan pengurusan sekolah daripada Guru Besar SK King Edward VII-2 2. Bahawasannya saya juga mengaku memahami segala maklumat yang disampaikan serta menerima perlantikan jawatan-jawatan sebagaimana yang terkandung dalam Buku Takwim 2024/25 ini. Saya berjanji akan mematuhi dan akan melaksanakan semua arahan yang telah diberikan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab. Tandatangan :...................................................................... No. Kad Pengenalan :..................................................................... Tarikh :.............................................
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 5 Jika hari ini… Perdana Menteri Berkuasa, Jika hari ini…. Seorang raja naik takhta, Jikahari ini…. Seorang presiden sebuah Negara, Jika hari ini…. Seorang ulama mulia, Jika hari ini…. Seorang peguam menang bicara, Jika hari ini…. Seorang penulis terkemuka, Jika hari ini…. Sesiapa saja menjadi dewasa, Sejarahnya dimulakan oleh SEORANG GURU BIASA Yang dengan lembut sabarnya Mengajar…. Menulis….Membaca ~~ Usman Awang
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 6 Berdisplin, Berusaha Dan Berbudaya (3 Tonggak Utama Dalam Melahirkan Insan Cemerlang Dalam Segala Aspek) VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara MOTO SEKOLAH ILMU SULUH HIDUP PIAGAM PELANGGAN SK KING EDWARD VII-2 PIAGAM PELANGGAN CLIENT’S CHARTER KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN NGAH IBRAHIM DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK: 1. Memastikan semua murid sekolah ini mendapat pendidikan yang sempurna selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan: 2. Memastikan sekolah ini sentiasa peka dan responsive kepada kehendak-kehendak dan keperluan pelanggan, murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara: 3. Mengurus kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana; 4. Memberikan peluang yang sama kepada setiap murid sekolah ini tanpa mengira latar belakang dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya; dan 5. Meningkatkan dan meneruskan usaha membudayakan kualiti di kalangan semua warga sekolah ini
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 7 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025 Gelombang Pertama mulai 2013 hingga 2015 Peningkatan dalam kemahiran guru Kualiti pengajaran Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah Mutu kepimpinan sekolah Gelombang Kedua dari 2016 hingga 2020 Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu. Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia. Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025 Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan. 11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM 1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa; 2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris; 3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni; 4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan; 5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah; 6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan; 7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia; 8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian; 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta; 10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja; 11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 8 ETIKA KERJA ISLAM Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Allah Bekerja Dengan Ikhlas Dan Amanah Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG Berazam meninggikan perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sikap mementingkan diri Berkhidmat dengan muhibah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara Berpegang teguh kepada ajaran agama Pendidikan Di Malaysia Adalah Suatu Usaha Berterusan Ke Arah Lebih Memperkembangkan Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Melahirkan Insan Yang Seimbang Dan Harmonis Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani, Berdasarkan Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bertujuan Untuk Melahirkan Warganegara Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab Dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat Dan Negara. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 9 SEBELAS (11) FAKTOR KE ARAH SEKOLAH BERKESAN DAN CEMERLANG 1. KEPIMPINAN Berwawasan Tegas dan Bematlamat Proaktif Menangani masalah 2. WAWASAN DAN MATLAMAT DIPERSETUJUI Kata Sepakat: Matlamat Dan Nilai Hala Tuju Sama Bagi Semua Penglibatan Guru Dalam Membuat Keputusan Kerjasama Erat Di Antara Staf 3. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANAG MENGGALAKKAN Pengurusan Bilik Darjah Cekap Suasana Kelas Teratur Penjadualan Waktu Berkesan Pelajar Sentiasa ”Task-Oriented” Seronok Belajar Atau Bertugas Penyelenggaraan Fizikal yang Baik Aspek Keceriaan Sekolah 4. PENGAJARAN YANG BERMAKNA Pengelolaan Isi Kandungan Tujuan Pengajaran Kelas Pengajaran Berstruktur Fleksibiliti Dalam Pengajaran Prihatin Terhadap Pelajar 5. ORGANISASI YANG MEMBENTUK BUDAYA ILMU Budaya Ilmu Yang Menyeluruh Guru Besar Model Kepada Murid Program Perkembangan Staf Berkesan Perkembangan Diri Digalakkan Usaha Perbaiki Diri Diiktiraf Pembelajaran Sepanjang Hayat 6. EKSPEKTASI YANG TINGGI Ekspektasi Guru Yang Tinggi Guru Sentiasa Memberi Perangsang
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 10 7. PENGUKUHAN POSITIF Prinsip ”Belonging and Participating” Pengukuhan Bukan Hukuman Maklum Balas Yang Kerap Pengiktirafan Diamalkan 8. PEMANTAUAN KEMAJUAN Kekurangan Diperbaiki Segera Hala Tuju Sekolah Diawasi Pencapaian Sekolah Dinilai Berterusan Matlamat Sekolah Dikawalselia 9. PERMUAFAKATAN SEKOLAH-RUMAH Hubungan Sekolah-Rumah Mesra Penglibatan Ibubapa Dalam Aktiviti Sekolah Kerjasama Dalam Aspek Persekolahan 10. PEMANTAUAN BERTERUSAN Pemantauan Berterusan Pelajar Dipertanggungjawabkan Penglibatan Pelajar Dalam Aspek Pentadbiran 11. TUMPUAN KEPADA PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PDP) Waktu Belajar Dimaksimumkan Gangguan Dikurangkan Fokus Kepada Pencapaian Ketepatan Waktu Kelas
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 11 PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH 1 ARAHAN AM 1.1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata. 1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Sentiasa bertanggungjawab menjaga dan mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.8 Menjadi ”role model”. 1.9 Tunjukkan kepimpinan melalui teladan. 1.10 Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan – TEAM (Together Everyone Achieve Much) 2 KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah. 2.3 Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 3 KELUAR WAKTU MENGAJAR 3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari JPN / PPD dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan. 3.2 Sebelum meninggalkan sekolah, guru dikehendaki mengisi Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar / Penolong Kanan sebelum keluar. 3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru juga diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Penolong Kanan. 3.4 Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan atau telah mendapat kebenaran daripada Guru Besar. 4 CUTI 4.1 Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. 4.2.1 Cuti Sakit 4.2.2 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 4.2.3 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. 4.2.4 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menentukan pembayaran gaji.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 12 4.3.1 Cuti Tanpa Gaji 4.3.2 Mengikut Perintah Am, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 4.3.3 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. 4.3.4 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 4.3.5 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun 4.3.6 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh bercuti. 4.4.1 Cuti Rehat 4.4.2 Cuti Rehat ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja bagi menggantikan Cuti Sambilan. 4.4.3 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar bagi tempoh 10 hari dalam setahun. 4.5.1 Cuti Keluar Negara 4.5.2 Semua guru yang hendak bercuti keluar negeri mestilah mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 4.6 Cuti Kuarantin 4.6.1 Guru layak memohon cuti kuarantin jika anak jagaan (kandung/tiri/ angkat) di bawah umur 18 atau 21 tahun (jika masih belajar) diperakukan oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta menghidap penyakit berjangkit. 5 PAKAIAN 5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 5.3 Guru lelaki hendaklah mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai. 5.4 Guru yang mengajar Pendikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 5.4.1 Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit 5.4.2 Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau getah tanpa tumit. 6 HUBUNGAN SESAMA GURU 6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharap akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. 6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 6.4 Guru mengamalkan `esprit de corp`. 6.5 Guru bekerjasama sebagai satu pasukan/TEAM (Together everyone achieves much)
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 13 7 BILIK GURU 7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 7.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak. 8 PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar. 8.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Penolong Kanan atau Guru Besar. 9 TUGAS 9.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, pentadbiran dan tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya, menghadiri mesyuarat, pergi ke jabatan pelajaran atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri.Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakan tanpa kebenaran Guru Besar. 10 BUKU REKOD MENGAJAR 10.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar / Penolong Kanan. 10.2 Jika seseorang guru bercuti , buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan. 10.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. Pastikan segala butiran / maklumat disempurnakan dengan lengkap. 11 JADUAL WAKTU 11.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 11.3 Guru mesti mematuhi masa jadual waktu. Jangan keluar dari kelas lebih awal atau masuk ke kelas lewat. 12 JADUAL KEDATANGAN 12.1 Setiap guru kelas akan diberi sebuah Buku Kedatangan Pelajar. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 12.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru kelas pada waktu pertama. Sekiranya guru kelas tidak hadir, Guru bertugas adalah bertanggungjawab menandanya. 12.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. 12.4 Pelajar yang tidak hadir 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 12.5 Analisa kedatangan mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab. 12.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar. 12.7 Alamat pelajar perlu sentiasa dikemaskini. 12.8 Buku Jadual Kedatangan perlulah sentiasa berada di pejabat sekolah. Jika diambil pada waktu pagi perlulah dipulangkan semula selewat-lewatnya pukul 8.30 pagi.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 14 13 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 13.1 Semua guru hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan guru disiplin/ Penolong Kanan HEM atau Guru Besar. 13.2 Ketua panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. Setiap penggunaan perlulah direkod. 14 KEBERSIHAN 14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 14.2 Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas\tempat khas (bengkel, pusat sumber, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 15 SURAT-MENYURAT 15.1 Semua surat hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 15.2 ’Letter-head’ sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Guru Besar. 16 SURAT YANG DITERIMA 16.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. 16.2 Jika surat itu dituju kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan. 16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan diedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah: 17.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya. 17.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan. 17.3.3 Menyimpan semula fail itu ke pejabat. 17 PERGI KE JABATAN PELAJARAN/JABATAN PELAJARAN DAERAH 17.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi pada masa sekolah. 17.2 Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di PPD/JPN. 18 PELAWAT 18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan pihak-pihak tertentu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 18.2 Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat. 19 MEMBELI BARANG 19.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dan berbincang dengan Guru Besar dan Pembantu Tadbir. 19.2 Semua pesanan yang lebih RM50.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. 19.3 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 19.4 Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Guru Besar, Pembekal dan Penerima. 20 KEGIATAN KOKURIKULUM 20.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 15 20.2 Kecederaan pelajar yang bahaya mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan Guru Besar selepas dihantar ke hospital. 21 PERHIMPUNAN SEKOLAH 21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan. 21.2 Guru lelaki hendaklah berpakaian kemas dan memakai tali leher 21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyampaikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. 22 MESYUARAT GURU 22.1 Dari semasa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan. 22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Penolong Kanan/Ketua Panitia. 22.3 Setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan Guru Besar, guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi walaupun berlainan pendapat. 23 BUKU STOK/INVENTORI 23.1 Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok atau inventori dan memastikan maklumat dalam stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Guru Besar/ Penolong Kanan. 24 TANDA NAMA 24.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah. 24.2 Tanda nama mesti mengikut saiz yang ditetapkan. 25 KEAHLIAN KELAB GURU/PIBG 25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. 25.2 Jumlah yuran kelab guru / PIBG tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 26 PENGGUNAAN ALAT-ALAT 26.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 26.2 Penggunaan alat-alat mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga Stok. 26.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 26.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikannya jika perlu. 27 ARAHAN DAN PEKELILING 27.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 27.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. 27.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran/PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 27.4 Sekiranya guru ingkar arahan Guru Besar tanpa alasan yang munasabah, beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib. 28 TELEFON / FAX/ FOTOSTAT 28.1 Penggunaan telefon/fax/fotostat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam/persendirian atas urusan peribadi.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 16 29 KUNCI 29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat. 29.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah mendapat kebenaran dari Guru Besar. Guru tersebut adalah bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya. 30 ATURCARA ATAU MAJLIS SEKOLAH 30.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 30.2 Jika guru tidak dapat hadir oleh kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan, beliau mesti memberitahu Guru Besar terlebih dahulu.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 17
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 18
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 19 KALENDAR PERSEKOLAHAN TAHUN 2024/25 KUMPULAN B Sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, W.Persekutuan Kuala Lumpur, N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, W.Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan W.Persekutuan Putrajaya. PENGGAL MULA PERSEKOLAH AKHIR SEKOLAH JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 2 11.03.2024 31.03.2024 15 11 01.04.2024 30.04.2024 17 01.05.2024 24 05.2024 16 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1, SESI 2024/2025 1 25.05.2024 02.06.2024 9 03.06.2024 30.06.2024 18 15 01.07.2024 31.07.2024 22 01.08.2024 31.08.2024 22 01.09.2024 13.09.2024 10 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024/2025 1 14.09.2024 22.09.2024 9 3 23.09.2024 30.09.2024 6 13 01.10.2024 31.10.2024 21 01.11.2024 30.11.2024 20 01.12.2024 20.12.2024 15 JUMLAH HARI 62 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024/2025 1 21.12.2024 29.12.2024 9 30.12.2024 31.12.2024 2 01.01.2025 17.01.2025 12 3 JUMLAH HARI 14 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 4 18.01.2025 16.02.2025 30
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 20 HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN DAN NEGERI PERAK TAHUN 2024 BIL HARI KELEPASAN AM / PERISTIWA TARIKH HARI 1 Tahun Baru 2024 01 Januari 2024 Isnin 2 Hari Thaipusam 25 Januari 2024 Khamis 3 Tahun Baru Cina 10 Feb - 11 Feb 2024 Sabtu & Ahad 4 Hari Nuzul Quran 27 Mac 2024 Rabu 5 Hari Pekerja 01 Mei 2024 Rabu 6 Hari Raya Aidilfitri 10 & 11 April 2024 Rabu & Khamis 7 Hari Wesak 22 Mei 2024 Rabu 8 Hari Keputeraan DYMM YD Agong 3 Jun 2024 Isnin 9 Hari Raya Aidil Adha (Qurban) 15 Julai & 16 Jun 2024 Sabtu & Ahad 10 Awal Muharam (Maal Hijrah) 7 Julai 2024 Ahad 11 Hari Kebangsaan 31 Ogos 2024 Sabtu 12 Hari Malaysia 16 Sept 2024 Isnin 13 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W 15 Sept 2024 Ahad 14 Hari Deepavali 1 Nov 2024 Jumaat 15 Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak 1 Nov 2024 Jumaat 16 Hari Krismas 25 Dis 2024 Rabu CUTI TAMBAHAN PERAYAAN 2024/2025 CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KPM Catatan Perayaan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 08 Apr 2024 (Isnin) Dua (3) hari 12 Mei 2021 (Jumaat) Cuti Tambahan KPM Hari Deepavali 30 Okt 2024 (Rabu) Dua (2) hari 01 November 2024 Cuti Tambahan KPM (Jumaat)
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 21 PERMOHONAN HARI KELEPASAN PERISTIWA TAHUN 2025: AKTA PENDIDIKAN 1998- PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) Dengan hormatnya saya memohon kebenaran tuan untuk memberi kelepasan peristiwa kepada sekolah saya pada hari-hari berikut : Masa, Tarikh & Hari Peristiwa diadakan Sesi Persekolah (Tandakan di ruang berkenaan) Tarikh & Hari Kelepasan Yang Dipohon Tujuan Hari Kelepasan Peristiwa Dipohon Keputusan Pendaftar (Biarkan kosong) √ Masa Tarikh Hari : : : 18/06/2024 SELASA Tarikh Hari : : 18/06/2024 SELASA HARI RAYA QURBAN √ Satu Sesi Masa Tarikh Hari : : : Tarikh Hari : : 13/01/2025 ISNIN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN Masa Tarikh Hari : : : 07/12/2024 SABTU : Tarikh Hari : : 09/12/2024 ISNIN HARI SUKAN TAHUNAN : : Dua Sesi Masa Tarikh Hari : : : 23/11/2024 SABTU Tarikh Hari : : 25/11/20024 ISNIN HARI KOKURIKULUM Masa Tarikh Hari : : : Tarikh Hari : : Jumlah hari persekolahan sesi tahun ini ialah __ hari.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 22 SENARAI NAMA GURU / KAKITANGAN DAN PERJAWATAN SESI 2024/2025 BIL NAMA GRED PERJAWATAN OPSYEN 1 En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim DG 44 Guru Besar 2 En. Zulkifli b. Ishak DG48 PK Pentadbiran 3 En. Auzan Syauqi Bin Abdul Lateh DG44 PK HEM 4 En. Mohamad Faizal b. Azllan DG34 PK Kokurikulum 5 En. Yusainy b. Yusoff DG44 Sains 6 En. Shamsul Aziz b. Ahmad DG44 Media 7 En. Farkhan b. Muhamat Roli DG44 Guru Penolong 8 En. Izuandy b. Ismail DG44 Pen. Jasmani 9 En. Aminudin b. Aziz DG44 Pendididik Islam 10 Pn. Normaziah bt. Che Ait DG38 Bahasa Melayu 11 Pn. Nornani bt. Abd. Azis DG32 Prasekolah 12 Pn. Faridatul Akmar bt. Tarmizi DG44 Prasekolah 13 En Noor Fazli b. Mohamad Arshad DG44 Pemulihan 14 Pn. Zurina bt. Bistaman DG44 Matematik 15 Pn. Najiyah bt. Hamid DG44 Pendididik Islam 16 Cik Norshafiza bt. Abd Rani DG44 Bahasa Arab 17 Cik Noraliza bt. Norsidi DG32 Bahasa Inggeris 18 En. Nik Ahmad Azwan b. Ali DG32 Guru PJPK 19 Pn. Nor Asmah bt. Said N19 P.Tadbir 20 Pn. Norhayati bt. Nordin N19 P.Pembantu Murid 21 En. Shahrul Nizam b. Jamalul Zamri N11 P.Operasi
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 23 PENYELARAS PROGRAM 2024/2025 BULAN BIL PROGRAM GURU PENYELARAS 1 Program Transisi Tahun 1 Pn. Normaziah bt. Che Ait MAC 2 Program Mesyuarat Agung PIBG Pn. Zurina bt. Bistaman MEI 3 Program Latihan Kebakaran En. Farkhan b Muhamat Roli JUN &FEB 4 Program Kejohanan Olahraga En. Izuandy b. Ismail DISEMBER 5 Program Ihya’ Ramadhan Pn. Najiyah bt. Hamid APRIL 6 Program Jamuan Hari Raya Puasa Cik Noraliza bt. Norsidi MEI 7 Program Sukan Negara En. Izuandy b. Ismail OKTOBER 8 Program Hari Kokurikulum En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad Pn. Normaziah bt. Che Ait NOVEMBER 9 Program Bulan Kemerdekaan Pn. Zurina bt. Bistaman OGOS 10 Program Hari Kanak-Kanak Pn. Nornani bt. Aziz NOV 11 Program Lawatan Sambil Belajar En. Yusainy b. Yusoff NOV 12 Program Prasekolah Pn. Faridatul Akmar bt. Tarmizi MAC 13 Program Bahasa Melayu Pn. Normaziah bt. Che Ait MEI 14 Pengurusan PBD En. Aminudin b. Aziz MAC-FEB 15 Program Bulan PPDA En. Farkhan b Muhamat Roli APRIL 16 Program NILAM En. Shamsul Aziz b. Ahmad MAC- FEB 17 Program Bacaan Yasin En. Aminudin b. Aziz JUMAAT 19 Program Bahasa Inggeris Cik Noraliza bt. Norsidi JUN 20 Program Matematik Pn. Zurina bt. Bistaman JULAI 21 Program Sains En. Yusainy b. Yusoff SEPT 22 Program Agama Islam Pn. Najiyah bt. Hamid APRIL 23 Program Bahasa Arab Cik Norshafiza bt. Abd Rani APRIL 24 Program Pameran Seni Tahun 6 En. Shamsul Aziz b. Ahmad FEB 2023 25 Program Motivasi dan Jati Diri En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad MAC 26 Program Kecerian Sekolah Pn. Nornani bt Abdul Aziz MAC-FEB 27 Program Kepimpinan Muda En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad MAC 28 Program Guru Penyayang En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad MAC-FEB
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 24 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 GURU BESAR En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim PK HEM En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh PENGURUSAN PBD En. Aminudin b. Aziz PENTAKSIRAN DALAMAN En. Yusainy b. Yusoff PRA SEKOLAH Pn. Faridatul Akmar bt. Tarmizi DATA & MAKLUMAT En. Farkhan b. Muhamat Roli AGAMA ISLAM Pn. Najiyah bt. Hamid PENGURUSAN PEJABAT Pn. Nor Asmah bt. Said KEWANGAN SEKOLAH Pn. Nor Asmah bt. Said SARANA IBU BAPA En. Farkhan b. Muhamat Roli PEM. PENGURUSAN MURID Pn. Norhayati bt.Nordin SKPMG2 / NKRA En. Zulkifli b. Ishak PK KOKURIKULUM En. Mohamad Faizal b. Azllan PK PENTADBIRAN En. Zulkifli b. Ishak PENGURUSAN ASET / MYSPATA En. Farkhan b. Muhamat Roli PIBG Pn. Zurina bt. Bistaman BESTARINET / ICT / VLE En. Farkhan b. Muhamat Roli KELAB GURU En. Izuandy b. Ismail MEDIA / PSS En. Shamsul Aziz b. Ahmad PLC Cik Noraliza bt. Norshidi PEMULIHAN En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad LADAP Pn. Faridatul Akmar bt. Tarmizi SARANA IBUBAPA/SEKOLAH En. Farkhan b. Muhamat Roli GIMNASTIK En. Izuandy b. Ismail J-QAF Cik Norshafiza bt. Abd Rani PEGAWAI OPERASI En. Shahrul Nizam b. Jamalul Zamri JADUAL WAKTU En. Zulkifli b. Ishak
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 25 PENGURUSAN & PENGAWASAN BILIK-BILIK KHAS Makmal Komputer : En. Farkhan b. Muhamat Roli Makmal Sains : En. Yuszainy b. Yusoff Pusat Sumber Sekolah : En. Shamsul Aziz b. Ahmad Bilik Boss : Pn. Zurina bt. Bistaman Bilik PJ & Sukan : En. Izuandy b. Ismail Dewan Gimnastik : En. Izuandy b. Ismail Bilik Guru : Pn. Nornani bt. Abd. Azis Surau : En. Aminudin b. Aziz Pejabat Sekolah : En. Shahrul Nizam b. Jamalul Zamri Bilik Pemulihan : En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad Bilik Prasekolah : Pn. Faridatul Akmar bt. Tarmizi BBM : Pn. Nornani bt. Abd. Azis Bilik mesyurat : Pn. Nornani bt. Abd. Azis GURU-GURU KELAS 2024/25 Prasekolah : Pn. Faridatul Akmar bt. Tarmizi : Pn. Norhayati bt. Nordin Kelas 1 Merah : Pn. Normaziah bt. Che Ait : En Izuandy b. Ismail Kelas 2 Merah : En. Aminudin b. Aziz : En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad Kelas 3 Merah : Pn. Najiyah bt. Hamid : En. Yusainy b. Yusoff Kelas 4 Merah : Pn. Zurina bt. Bistaman : En. Farkhan b. Muhamat Roli Kelas 5 Merah : Cik Noraliza bt Norsidi : Pn. Nornani bt Azis Kelas 6 Merah : Cik Norshafiza bt. Abd Rani : En. Shamsul Aziz b. Ahmad
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 26 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 01. Pentadbiran Pengerusi : En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim Guru Besar Setiausaha : En. Zulkifli b. Ishak Pen. Kanan Pentadbiran Jawatankuasa : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh Pen. Kanan HEM : En. En. Mohamad Faizal b. Azllan Pen. Kanan Kokurikulum 02. Perkhidmatan dan Perjawatan Staf Pengerusi : En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim Guru Besar N. Pengerusi : En. Zulkifli b. Ishak Pen. Kanan Pentadbiran Setiausaha : Pn. Nor Asmah bt. Said Pembantu Tadbir Jawatankuasa : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh Pen. Kanan HEM : En. En. Mohamad Faizal b. Azllan Pen. Kanan Kokurikulum : En. Shahrul Nizam b. Jamalul Zamri Pegawai Operasi : Pn. Norhayati bt Nordin Pem. Pengurusan Murid 03. Kewangan dan Pengurusan Pejabat Pengerusi : En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim Guru Besar N. Pengerusi : En. Zulkifli b. Ishak Pen. Kanan Pentadbiran Setiausaha : Pn. Nor Asmah bt. Said Pembantu Tadbir Jawatankuasa : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh Pen. Kanan HEM : En. En. Mohamad Faizal b. Azllan Pen. Kanan Kokurikulum : En. Shahrul Nizam b. Jamalul Zamri Pegawai Operasi : Pn. Norhayati bt Nordin Pem. Pengurusan Murid 04. Lembaga Tatatertib dan Penilaian Prestasi Pengerusi : En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim Guru Besar Setiausaha : En. Zulkifli b. Ishak Pen. Kanan Pentadbiran Jawatankuasa : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh Pen. Kanan HEM : En. En. Mohamad Faizal b. Azllan Pen. Kanan Kokurikulum 05. Lembaga Tender dan Sebut Harga Pengerusi : En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim Guru Besar N. Pengerusi : En. Zulkifli b. Ishak Pen. Kanan Pentadbiran Setiausaha : Pn. Nor Asmah bt. Said Pembantu Tadbir Jawatankuasa : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh Pen. Kanan HEM : En. En. Mohamad Faizal b. Azllan Pen. Kanan Kokurikulum : En. Shahrul Nizam b. Jamalul Zamri Pegawai Operasi : Jawatankuasa Kantin : Wakil PPD LMS
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 27 06. Stok/Inventori/ Alatan Pengerusi : En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim Guru Besar N. Pengerusi : En. Zulkifli b. Ishak Pen. Kanan Pentadbiran Setiausaha : Pn. Nor Asmah bt. Said Pembantu Tadbir Jawatankuasa : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh Pen. Kanan HEM : En. En. Mohamad Faizal b. Azllan Pen. Kanan Kokurikulum : En. Mohd Razali b. Mohd Zain Pegawai Operasi : Pn. Faridatul Akmar bt. Tarmizi Guru Prasekolah : Ketua-ketua Panitia Subjek 07. Pengurusan Aset Pegawai Aset : En. Zulkifli b. Ishak Pegawai Pemeriksa : Pn. Zurina bt. Bistaman Pegawai Pelupusan : En. Farkhan b. Muhamat Roli Pegawai Pemverikasi Stor : En. Aminuddin b. Aziz 08. Pengurusan Data (SKPMG2/ NKRA / SMN / APDM / EMIS & DLL) Pengerusi : En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim Guru Besar N. Pengerusi : En. Zulkifli b. Ishak Pen. Kanan Pentadbiran : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh Pen. Kanan HEM : En. En. Mohamad Faizal b. Azllan Pen. Kanan Kokurikulum Setiausaha : En. Farkhan b. Mohamat Roli Jawatankuasa : Semua guru & Staf 09. Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah Pengerusi : En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim Guru Besar N. Pengerusi : En. Zulkifli b. Ishak Pen. Kanan Pentadbiran : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh Pen. Kanan HEM : En. En. Mohamad Faizal b. Azllan Pen. Kanan Kokurikulum Setiausaha : En. Farkhan b. Mohamat Roli Jawatankuasa : En. Shamsul Aziz b. Ismail : En. Yusainy b. Yusoff : Cik Norshafiza bt. Abd. Rani 10. Keceriaan, Keselamatan, Bangunan dan Perabot Pengerusi : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh Pen. Kanan HEM Jawatankuasa : Semua guru & Guru Bilik-bilik Khas : Semua Staf Sokongan : Pekerja Swasta : Pengawal Keselamatan 11. ” TASK FORCE” sekolah, Bimbingan dan Kelas Tambahan Pengerusi : En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim Guru Besar Setiausaha : En. Zulkifli b. Ishak Pen. Kanan Pentadbiran Naib Setiausaha : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh Pen. Kanan HEM Jawatankuasa : En. En. Mohamad Faizal b. Azllan Pen. Kanan Kokurikulum : Cik Noraliza bt Norsidi : En. Yusainy b. Yusoff : Semua guru kelas
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 28 12. Pencatat Minit Mesyuarat Guru Pengerusi : En. Zulkifli b. Ishak Pen. Kanan Pentadbiran Setiausaha : Guru Bertugas Mingguan 13. Kelab Kebajikan Guru dan Staf Penasihat : En. Ahmad Zamri b. Abdul Rahim Guru Besar Pengerusi : Pn. Normaziah bt. Che Ait Setiausaha : Cik Noraliza bt. Norsidi Bendahari : Cik NorShafiza bt. Abdul Rani AJK : Pn. Zurina bt. Bistaman : En. Farkhan b. Mohamat Roli : En. Shahrul Nizam b. Jamalul Zamri : Pn. Nornani bt Azis 14. Jawatankuasa PIBG (guru) Setiausaha : Bendahari : Jawatankuasa : : : : :
SK KING EDWARD VII (2) JALAN LUMBA KUDA 34000 TAIPING, PERAK 2024 / 2025
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 30 DASAR KURIKULUM SEKOLAH 1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara pelajar untuk menghasilkan impak yang maksima.Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan pelajar,bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 2.0 OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan : 2.1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah. 2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri. 3.0 DASAR 3.1: Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek jasmani,rohani,mantel dan emosi . 3.2: Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. 3.3: Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. 3.4: Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa. 3.5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah diberikan keutamaan. 4.0 MESYUARAT 4.1: Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun mengikut standard piawaian jabatan pelajaran bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum sekolah. 4.2: Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di dalam Buku Pengurusan Kualiti SPSK. 4.3: Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah disediakan dalam tempoh seminggu selepas mesyuarat induk diadakan. 4.4: Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat. 4.5: Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa. 4.6: Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta Ketua-ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 31 5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN 5.1: Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986. 5.2: Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi pengajaran yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar untuk belajar dengan lebih baik. 5.3: Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyurat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. 5.4: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat , surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan panitia dengan diselia oleh ketua panitia. 5.5: Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Pentadbiran. 5.6: Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun. 5.7: Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat/ bilik Penolong Kanan Pentadbiran. 5.8: Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi. 5.9: Semua panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap tahun berdasarkan TOV , ETR dan headcount murid. 5.10: Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan. 5.11: Anggaran perbelanjaan Tahunan panitia 5.11.1: Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap panitia boleh mencadangkan pembelian buku dan peralatan bahan bantu mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta. 5.11.2: Dasar perolehan , penggunaan , penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. 5.11.3: 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu direzab untuk pembelian ABM bagi kegunaan awal tahun berikutnya. 5.11.4: Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan kewangan kerajaan dan wang suwa yang ada. 6.0 SISTEM FAIL 6.1: Fail Jawatankuaa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha. 6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail rasmi – putih) 6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di bawah pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbir. 7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN 7.1: Tahap 1 ( Tahun 1, 2 dan 3 ) – sepuluh (10) Mata pelajaran 7.2: Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6 ) – tiga belas (13) mata pelajaran kecuali tahun 6 (12) mata pelajaran 8.0 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP), RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 8.1: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) , Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). 8.2: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh setiap guru. 8.3: Satu salinan DSKP mestilah disimpan di dalam fail panitia. 8.4: Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang telah disahkan oleh Guru Besar mestilah disimpan oleh guru dan boleh dikemukan apabila diminta. 8.5: Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan oleh panitia masing=masing atau mengikut pekeliling yang telah ditetapkan.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 32 8.6: Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Buku Rekod Mengajar / Fail sebelum masuk ke kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Buku Rekod mengajar/ Fail mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran. 8.7: Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan pada masa hadapan. 8.8: Buku Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiaphari Jumaat Persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan. 9.0 JADUAL WAKTU 9.1: Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996. 9.2: Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut kepeluan sekolah dengan persetujuan dalam mesyuarat kurikulum. 9.3: Dasar pengagihan mata pelajaran , keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. 9.4: Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu. 9.5: Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit , bercuti rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti. Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan bahan /lembaran kerja yang akan diguna oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti tersebut. 9.6: Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh Pihak Pentadbiran Sekolah. 9.7: Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru penyelaras bilik khas. Satu Salinan jadual yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pentadbir sekolah. 9.8: Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar dalam meningkatkan ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber oleh Guru Penyelaras Pusat Sumber mestilah mempunyai halatuju kearah tersebut. 10 PROSES PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN 10.1: Menyediakan kemudahan pembelajaran dan pemudahcaraan yang cukup dan berkualiti Selaras dengan perkembangan Teknologi dan Komunikasi (TMK) atau (ICT). 10.2: Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong pembelajaran Dan pemudahcaraan di dalam bilik darjah. 10.3: Meningkatkan pengusaan dan penekanan kepada kemahiran generik, kemahiran berfikir kritis Dan kreatif serta KBAT semasa proses PdPc. 10.4: Menjadikan Standard 4 dalam penilaian PdPc sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran. 10.5: Guru matapelajaran , ketua panitia dan pentadbir mestilah sentiasa memantau prestasi Pencapaian matapelajaran bagi setiap orang pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah Dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut. 10.6: PdPc di luar bilik darjah adalah digalakkan mengikut kesesuaian . 10.7: Proses PdPc di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, Penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu. 10.8: Guru digalakkan menggunakan teknik penyoalan KBAT. 11.0 GURU GANTI 11.1 : Mana-mana guru yang berkursus , bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti Rehat Khas perlu memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal untuk disediakan guru ganti bagi kelas tersebut. 11.2: Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang ditinggalkan. 11.3: Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang diarahkan.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 33 12.0 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN 12.1: Ujian Pengesanan / Pentaksiran Bulanan – 1 kali setahun. 12.2: Pentaksiran 2 kali setahun iaitu Pentaksiran Pertengahan Tahun dan Pentaksiran Akhir Tahun. 12.3: Semua urusan pentaksiran yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan. 12.4: Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996. 12.5: Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat Serta penekanan kepada penilaian formatif. 12.6: Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang ditetapkan dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008- pindaan yang memperincikan bilangan pentaksiran seragam setahun, dasar peratusan markah untuk semua tahun, format peperiksaan , jadual pengawasan ,rekod markah, syarat lulus, jadual spesifikasi ujian, ‘content skill’ dan post mortem peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan. 13.0 FORMAT PENTAKSIRAN 13.1: Ujian /Pentaksiran - mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar. 13.2: Pentaksiran Pertengahan Tahun /Pentaksiran Akhir Tahun – mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar . 13.3: Masa - mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam. 13.4: Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi tahap 2. 13.5: Untuk Tahap 1- Pentaksiran berdasarkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). 14.0 REKOD MARKAH 14.1: Markah pentaksiran tahap 2 dimasukkan dalam sistem SAPS. 14.2: Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran murid-murid diadakan semasa Program Bertemu Waris. 15.0 GRED PENCAPAIAN 15.1: Semua murid Tahap 2(Tahun 4 hingga 6) mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred yang telah ditetapkan iaitu: 80 – 100 markah : A 60 - 79 markah : B 40 - 59 markah : C 20 - 39 markah : D 0 - 19 markah : E 16.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN 16.1: Semua penggubal soalan diminta menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang logik untuk para pelajar. 16.2: Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak. 17.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 17.1: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 34 kemajuan setiap murid dan membantu guru membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa serta merancang pengubahsuaian kaedah pengajaran. 17.2: Perbezaan PBS dan PBD. 17.2.1: PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) – menilai aspek kognitif(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor(jasmani). 17.2.2: Empat komponen PBS – i) Pentaksiran Pusat (PP) ii) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) iii) Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) iv) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 17.2.3: PBD ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdPc, bagi semua mata pelajaran. PBD bertujuan membantu dalam perkembangan pembelajaran murid di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka. 17.3: Semua mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 hingga 6 terlibat dalam PBD. 17.4: PBD dapat membantu guru dalam: i) menggalakkan pemikiran ingin tahu, kritis dan kreatif ii) mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran iii) menerapkan nilai ketuhanan, nilai murni, estetika dan patriotisme iv) mengesan perkembangan murid secara menyeluruh v) merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran vi) mengetahui keberkesanan pengajarannya vii) mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta 17.5: PBD dilaksanakan secara berterusan semasa proses PdPc sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti pemerhatian, penulisan, lisan, kerja projek, kuis, pembentangan dan lain-lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru. 17.6: Tahap Pengusaan murid dalam PBD direkod dalam templet yang telah disediakan dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Jaminan Kualiti PBD di peringkat sekolah, kepada murid dan ibu bapa. 17.7: PBD dilaporkan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 18.0 PEMANTAUAN 18.1: Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) 18.1.1: Pengajaran dan pemudahcaraan guru/murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam setahun secara rasmi. 18.1.2: Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pemudahcaraan dan bukan mencari kesalahan. 18.1.3: Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun oleh guru-guru penolong kanan. 18.2: Pemantauan / Pencerapan PdPc berdasarkan Standard 4 – SKPMG2 : i) Aspek 4.1 Guru sebagai perancang ii) Aspek 4.2 Guru sebagai pengawal iii) Aspek 4.3 Guru sebagai pembimbing iv) Aspek 4.4 Guru sebagai pendorong v) Aspek 4.5 Guru sebagai penilai vi) Aspek 4.6 Murid sebagai pembelajar aktif 18.3: Guru-guru dicerap oleh Guru Besar/ Penolong-penolong Kanan atau ketua-ketua panitia. Semua Penolong Kanan dicerap oleh Guru Besar. 18.4: Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerap untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 35 19.0 BILIK-BILIK KHAS 19.1: Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab Berdasarkan Buku Takwim Sekolah . 19.2: Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik khas ini mestilah diwujudkan. 19.3: Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa. 20.0 PENYEDIAAN BUKU LATIHAN MURID 20.1: Buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif. 20.2: Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid di dalam setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah. 21.0 BUKU TEKS , BUKU KERJA DAN BAHAN BACAAN 21.1: Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar dan guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran. 21.2: Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru bertanggungjawab dan dibantu oleh Pengawas SPBT. 22.0 LATIHAN MINIMUM 22.1: Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar. 22.2: Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang hendaklah diputuskan dan diterima dalam mesyuarat panitia pertama setiap tahun 22.3: Latihan minimum mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi mengikut tahap kebolehan murid. 23.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN 23.1: PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk Program Nilam. 23.2: Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggers dan Bahasa Melayu secara bergilir-gilir. 23.3: Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan. 24.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 24.1: Semua program utama yang berlangsung dalam proses PdPc dibuat berdasarkan keperluan panita dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah perlulah menyokong sepenuhnya semua program peningkatan akademik yang berfokus ke arah kecemerlangan dan ketrampilan diri serta sahsiah murid. 24.2: Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah. 24.3: Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid mengingat dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran , menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai , dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid-murid terutamanya melalui penulisan, meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan, meningkatkan motivasi dan minat murid-murid untuk terus belajar.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 36 24.4: Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan keberkesanan dan kelancaran Program Kecemerlangan Akademik. 25.0 PERKEMBANGAN STAF 25.1: Kursus Dalaman 25.1.1: Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru besar/ Penolong Kanan Pentadbiran dengan menggunakan format minit curai. 25.1.2: Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan atau atas arahan penganjur kursus. 25.2: Kursus Perkembangan Staf 25.2.1: Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil.7 2003. Setiap kakitangan awam wajib menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun. Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan. BIDANG TUGAS GURU Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 1. Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran. 2. Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkannya kepada semua anggota panitia. 3. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian. 4. Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli dan salinan kepada pengurusan sekolah. 5. Mengagih pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan-soalan, ujian, peperiksaan bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun. 6. Merangka Takwim Panitia setahun – mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 7. Menentukan target mata pelajaran berasaskan peperiksaan akhir tahun. 8. Berusaha menambah BBM dan memastikan penggunaan yang maksimum dan berkesan. 9. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran, rancangan, sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain. 10. Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia mata pelajaran. 11. Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya. 12. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran,rancangan/sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain. 13. Membantu dalam pengurusan,penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber, Makmal dan bengkel. 14. Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti Projek UPSR dan sebagainya. 15. Memberi input yang imaginatif dan inovatif, contoh membina instrumen penilai yang berkesan. Bidang Tugas Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran 1. Menyediakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi setiap anggota. 2. Menyedia Rancangan Mengajar. 3. Mencadangkan buku teks dan buku rujukan. 4. Menyelaras soalan-soalan dan peperiksaan. 5. Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan. 6. Mengadakan mesyuarat panitia. 7. Menyedia dan menyebar alat bantuan mengajar. 8. Melaksanakan arahan dan keperluan sekolah,PPD,JPN,KPM.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 37 Bidang Tugas Peperiksaan, Penilaian dan Pentaksiran 1. Menyedia takwim/Jadual pentaksiran yang seimbang dan adil serta mengedarkannya. 2. Menyedia senarai pembuat soalan dan memastikan mutu dan keesahan soalan. 3. Mengurus pentaksiran dan memastikan keselamatan soalan. 4. Menganalisa dan melapur keputusan pentaksiran dalaman dan luaran. 5. Menyedia,mengisi,menyemak borang kemasukan dan menghantar borang peperiksaan ke JPN. 6. Menyedia /melengkapkan bilik-bilik peperiksaan. Bidang Tugas Jawatankuasa Jadual Waktu 1. Menyediakan Jadual Waktu Induk sekolah/Persendirian dan Kelas. 2. Mengubah jadual waktu dari masa ke semasa mengikut keperluan. 3. Menyedia jadual waktu ganti guru yang tidak hadir sekolah. Bidang Tugas Jawatankuasa Data 1. Menyedia Penyata bulanan guru dan murid 2. Menyedia penyata suku tahun 3. Menyediakan data-data untuk dihantar ke PPD/JPN/KPM 4. Menyemak dan mengawasi Jadual Kedatangan 5. Menyedia dan merekod untuk pembangunan sekolah Bidang Tugas Guru Kelas 1. Pendaftaran pelajar,butiran penjaga yang kemas kini ke dalam jadual kedatangan. 2. Merekod kehadiran pelajar/,mengambil tindakan pelajar yang tidak hadir. 3. Memungut bayaran peralatan murid dan sebagainya. 4. Keprihatinan guru terhadap pelajar. 5. Keceriaan kelas -sentiasa bersih dan selamat. 6. Rekod data pelajar,peperiksaan,kad kemajuan 7. Pengumpulan maklumat pelajar (SPBT,Borang KWAPM) Bidang Tugas Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah 1. Menyediakan peraturan penggunaan PSS. 2. Menyedia dan memproses senarai alat-alat yang ada. 3. Menyediakan alat-alat dan bahan yang diperlukan oleh semua bahagian mengikut keutamaan. 4. Berbincang dengan guru besar berhubung pembelian alat-alat mengikut keutamaan dan kemampuan sekolah. 5. Merancang anggaran belanjawan tahunan . 6. Berhubung rapat dengan pembahagian perkhidmatan sebaran pendidikan,PKG,PSPN dan lain-lain agensi. Bidang Tugas Jawatankuasa BBM 1. Berusaha menambah alat-alat BBM dan memastikan penggunaannya secara maksimum. 2. Mereka dan mengemas kini penggunaan peralatan BBM. 3. Mengadakan pertandingan reka cipta alatan BBM. 4. Mengkategori alatan BBM mengikut mata pelajaran. Bidang Tugas Jawatankuasa Bilik Tayangan 1. Menyediakan rekod penggunaan radio, televisyen, LCD dan sebagainya. 2. Membuat rakaman bagi tajuk-tajuk yang diperlukan oleh panitia. 3. Menyelaraskan jadual penggunaan bilik tayang.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 38 Bidang Tugas Jawatankuasa Perpustakaan 1. Menggubal polisi perpustakaan dan peraturan-peraturan penggunaannya. 2. Berusaha mendapatkan koleksi bibliografi, katalog buku-buku baru untuk diedarkan kepada guru-guru bagi memilih buku-buku yang sesuai. 3. Mengurus dan mengemas kini kerja-kerja berikut: -Merekod semua buku yang ada dalam perpustakaan dalam buku stok. -Menggelas,mengkatalogkan dan memproses buku. -Menyedia buku rekod penggunaan perpustakaan -Melantik Pengawas Perpustakaan dan menentukan tugas-tugasnya. 4. Merancang aktiviti tahunan perpustakaan seperti: -Sudut Pameran -Pameran buku baru -Minggu/bulan perpustakaan dan bulan membaca. -Mengadakan pertandingan banyak membaca,mengulas buku. -Membuat polongan akhbar. -Mengadakan penerbitan seperti”Berita Perpustakaan” 5. Membaikpulih buku-buku yang rosak dan menjilid. 6. Membuat hapus kira,menutup kira-kira akhir tahun dan membuat anggaran belanjawan tahun berikutnya. 7. Menghias cantik perpustakaan supaya menjadi “Gedung Ilmu”. Bidang Tugas Jawatankuasa Makmal Komputer 1. Menyelaras penggunaan komputer 2. Mengadakan kursus dalam berkaitan dengan penggunaan komputer 3. Berusaha mewujudkan Kelab Komputer Sekolah. 4. Melakukan kerja rawat pulih komputer. Bidang Tugas Jawatankuasa Aset dan Inventori 1. Menyediakan dan menguatkuasakan peraturan penggunaan kerusi,meja,almari dan sebagainya. 2. Menerima,mengagih dan menyimpan peralatan sekolah yang baru serta menghapus kira peralatan yang lama mengikut prosedur. 3. Menyediakan bengkel baik pulih peralatan sekolah dan mengaktifkannya. 4. Menjaga stok dan inventori. 5. Menyedia tempat berehat,sudut bacaan,bilik rawatan,tempat basikal bilik air dll Bidang Tugas Jawatankuasa Pembangunan Staf 1. Melaksanakan kursus-kursus dalaman kepada guru-guru dan staf sokongan. 2. Bekerjasama dengan badan-badan luar bagi pembangunan kendiri guru dan kakitangan. 3. Membuat anggaran belanjawan bagi pembangunan staf
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 39 CARTA ORGANISASI KURIKULUM SKKEVII(2) 2024/25 PENGERUSI En. Ahmad Zamri b. Abd. Rahim NAIB PENGERUSI 1 En. Zulkifli b. Ishak ___________ PANITIA PENYELARAS PN. NORMAZIAH NAIB PENGERUSI 2 En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh NAIB PENGERUSI 3 En. Mohamad Faizal b. Azllan SETIAUSAHA CIK Noraliza bt. Norsidi ___________ PUSAT SUMBER EN. SHAMSUL PENTAKSIRAN – PBD EN. AMINUDDIN EN. YUSAINY JADUAL WAKTU PENYELARAS En. ZULKIFLI PROGRAM PEMBANGUNAN AKADEMIK EN. SAMSUL PRA SEKOLAH PN. FARIDATUL LDP PENYELARAS PN. FARIDATUL KETUA PANITIA BM : PN. NORMAZIAH BI : CIK NORALIZA MT :PN. ZURINA SN :EN. YUSAINY PI :PN. NAJIYAH BA : CIK. NORSHAFIZA SEJ : PN. ZURINA PS : EN. FARKHAN PJK :EN. IZUANDY RBT : EN. NIK AHMAD AZWAN MOR : PN. NORNANI MZ : EN. FARKHAN BBM PN. NORNANI PENTAKSIRAN AWAM/ DALAMAN EN YUSAINY PAFA PN. NAJIYAH PBD EN. AMINUDDIN PBD EN. AMINUDDIN JQAF CIK NORSHAFIZA PEMULIHAN EN. NOOR FAZLI MBM/MBI/ HIP CIK NORALIZA
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 40 JAWATANKUASA KURIKULUM 2024/25 1. PENGURUSAN KURIKULUM INDUK Penasihat : En. Ahmad Zamri b. Abd. Rahim Guru Besar Pengerusi : En Zulkifli b. Ishak PK Pentadbiran N.Pengerusi : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh PK HEM : En. Mohamad Faizal b. Azllan PK KOKU Setiausaha : Cik Noraliza bt. Norsidi Jawatan kuasa : En Zulkifli b. Ishak Penyelaras Jadual Waktu Pn. Normaziah bt Che Ait Penyelaras Panitia En. Shamsul Aziz b. Ahmad Penyelaras PSS En. Aminudin b. Aziz Penyelaras PBD Cik Noraliza bt. Norsidi Penyelaras Prog. Akademik Pn. Faridatul Akmar bt. Tarmizi Penyelaras LADAP Pn. Faridatul Akmar bt. Tarmizi Penyelaras Pra Sekolah Pn. Nornani bt. Abd. Azis Penyelaras BBM 2. PENGURUSAN JADUAL WAKTU Penasihat : En. Ahmad Zamri b. Abd. Rahim Guru Besar Pengerusi : En Zulkifli b. Ishak PK Pentadbiran Setiausaha : En. Farkhan b. Muhammat Roli Guru Data Jawatan Kuasa : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh PK HEM En. Mohamad Faizal b. Azllan PK KOKU Pn. Faridatulakmar bt. Tarmizi Prasekolah En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad Pemulihan Cik. Norshafiza bt. Abd. Rani Aktiviti jQAF* 3. PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN Penasihat : En. Ahmad Zamri b. Abd. Rahim Guru Besar Pengerusi : En Zulkifli b. Ishak PK Pentadbiran Setiausaha : Cik Noraliza bt. Norsidi Jawatan Kuasa :Bahasa Melayu Ketua Panitia : Pn. Normaziah bt. Che Ait Setiusaha : En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad Bahasa Inggeris Ketua Panitia : Cik Noraliza bt. Norsidi Setiausaha : En. Shamsul Aziz b. Ahmad Matematik Ketua Panitia : Pn. Zurina bt. Bistaman Setiausaha : En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad Sains Ketua Panitia : En. Yusainy b. Yusoff Setiausaha :
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 41 Pendidikan Agama Islam Ketua Panitia : Pn. Najiyah bt. Hamid Setiausaha : Pendidikan Moral Ketua Panitia : Pn. Nornani bt Abd. Azis Setiausaha : Pendidikan Jasmani & Kesihatan Ketua Panitia : En. Izuandy b. Ismail Setiausaha : Pendidikan Seni Visual Ketua Panitia : En. Farkhan b. Muhammat Roli Setiausaha : Pendidikan Muzik: Ketua Panitia : En. Farkhan b. Muhammat Roli Setiausaha : Sejarah Ketua Panitia : Pn. Zurina bt. Bistaman Setiausaha : Reka Bentuk Teknologi Ketua Panitia : En. Nik Ahmad Azwan b. Ali Bahasa Arab Ketua Panitia: Cik Norshafiza bt. Abd. Rani Setiausaha : 4. PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH Penasihat : En. Ahmad Zamri b. Abd. Rahim Guru Besar : En Zulkifli b. Ishak PK Pentadbiran Pengerusi : En. Shamsul Aziz b. Ahmad Setiausaha : En. Farkhan bin Muhamat Roli Bendahari : En. Noor Fazli b. Mohmad Arshad Jawatan Kuasa : En. Shamsul Aziz b Ahmad Guru Perpustakaan En. Farkhan b. Muhammat Roli Guru Komputer/ ICT Pn. Nornani bt. Abd. Azis Guru Alatan/ Sumber PdP Pn. Normaziah bt. Che Ait Ketua Panitia B. Melayu Cik Noraliza bt. Norsidi Ketua Panitia B. Inggeris Pn. Nornani bt. Abd. Azis Ketua Panitia Sains Pn. Zurina bt. Bistaman Ketua Panitia Matematik En .Shamsul Aziz b. Ahmad Pengawas PSS
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 42 5. PENGURUSAN PENINGKATAN PROGRAM AKADEMIK Penasihat : En. Ahmad Zamri b. Abd. Rahim :Guru Besar Pengerusi : En Zulkifli b. Ishak :PK Pentadbiran Setiausaha : En. Aminudin b. Aziz :Penyelaras Program Jawatan Kuasa : En. Yusainy bin Yusoff :Program UPSR Pn. Najiyah bt. Hamid :Aktiviti jQAF En. Noor Fazli b. M. Arshad :Pemulihan Cik Noraliza bt. Norsidi : Peny. MBMMBI 6. PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PENILAIAN Penasihat : En. Ahmad Zamri b. Abd. Rahim Guru Besar Pengerusi : En Zulkifli b. Ishak PK Pentadbiran Setiausaha : En Yusainy b. Yusof Penyelaras Peperiksaan Jawatan Kuasa : Pn. Najiyah bt. Hamid PAFA En.Yusainy b. Yusof Peperiksaan Awam En. Aminudin b. Aziz PBD En. Yusainy bt. Yusof Pentaksiran Dalaman Semua Guru Kelas & Matapelajaran 7. PENGURUSAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) Penasihat : En. Ahmad Zamri b. Abd. Rahim Guru Besar Pengerusi : En Zulkifli b. Ishak PK Pentadbiran Setiausaha : Pn. Faridatul Akmar bt. Tarmizi Penyelaras LADAP Penolong Setiausaha : En. Farkhan b. Muhammat Roli Guru Data Jawatan Kuasa : En. Auzan Syauqi b. Abdul Lateh PK HEM : En. Mohamad Faizal b. Azllan PK KOKU : Semua Ketua Panitia MP 8. Penyelaras Kelas @ Guru kelas 8.1 Prasekolah : Pn.Faridatul Akmar bt. Tarmizi 8.2 Tahun 1 : Pn. Normaziah bt. Che ‘Ait 8.3 Tahun 2 : En. Aminudin b. Aziz 8.4 Tahun 3 : Pn. Najiyah bt. Hamid 8.5 Tahun 4. : Pn. Zurina bt. Bistaman 8.6 Tahun 5 : Cik Noraliza bt. Norsidi 8.7 Tahun 6 : Cik Norshafiza bt. Abd. Rani
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 53 SK KING EDWARD VII (2) JALAN LUMBA KUDA 34000 TAIPING, PERAK 2024 / 2025
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 44 MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima serta menyuburkan potensi kepimpinan. OBJEKTIF 1. Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid. 2. Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan peringkat sekolah. 3. Menyediakan dan memupuk murid agar bersahsiah dan berketrampilan. UNIT - UNIT HAL EHWAL MURID [HEM] (Semua unit bergerak dengan pelbagai aktiviti masing-masing) 1. JAWATANKUASA BIMBINGAN & KAUNSELING Objektif : Membimbing dan membantu murid yang menghadapi tekanan dan masalah. 2. JAWATANKUASA DISIPLIN & BADAN PENGAWAS ObJektif : Mengurangkan jumlah kes-kes salah laku dan memupuk amalan murni di kalangan murid. 3. JAWATANKUASA KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN Objektif : Membantu pengurusan rawatan murid, mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan konduksif. 4. JAWATANKUASA KESELAMATAN MURID DAN KECEMASAN Objektif : Mewujudkan kesedaran di kalangan murid-murid dan warga sekolah tentang aspek keselamatan diri dan harta benda sekolah. 5. JAWATANKUASA BANTUAN DAN KEBAJIKAN Objektif : Mengagihkan bantuan yang layak diterima oleh murid serta membantu menyediakan keperluan murid yang menghadapi tekanan dan masalah (miskin, yatim dan lain-lain). 6. JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH Objektif : Kebersihan kantin terjaga dan bebas keracunan makanan. PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK KING EDWARD VII (2)
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 45 7. JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS) Objektif : Memastikan murid-murid menerima pemakanan berkhasiat dan yang layak sahaja menerima bantuan RMT dan Susu Sekolah. 8. JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Objektif : Menyelaraskan hal-hal pengeluaran, pengambilan, agihan dan hapuskira buku teks. 9. JAWATANKUASA REKOD PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN MURID Objektif : Memastikan murid tidak tercicir dalam mengikuti persekolahan dan memastikan data murid sentiasa dikemaskini. 10. JAWATANKUASA PPDa DAN PENCEGAHAN JENAYAH Objektif : Memastikan murid tidak terlibat dengan gejala dadah dan mencegah daripada terlibat dengan kes-kes berunsur jenayah. 11. JAWATANKUASA SEKOLAH PENYAYANG Objektif : Memastikan setiap warga sekolah memiliki sifat kepedulian dan keprihatinan terhadap setiap perkara yang berkaitan. 12. JAWATANKUASA PENGURUSAN TAHUN 6 DAN TINGKATAN 1 (eMENENGAH) Objektif : Memastikan murid diberi peluang bagi melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Rancangan Khas (RK) dan lain-lain sekolah di Tingkatan 1. 13. JAWATANKUASA SAMBUTAN PERINGKAT SEKOLAH Objektif : Memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan di sekolah terancang, terurus dan bermakna.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 46 Kami, warga pendidik Sekolah Kebangsaan King Edward VII (2) dengan sedaya upaya berjanji dengan izinNya untuk : 1. Memastikan semua murid dapat belajar dengan sempurna pada setiap waktu belajar bermula hari pertama persekolahan hingga hari terakhir persekolahan. 2. Membina dan melahirkan murid-murid menjadi insan yang berakhlak mulia, bermaruah, berdisiplin tinggi dan menghayati nilai-nilai murni berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 3. Mencipta suasana iklim sekolah yang bersih, ceria, selamat dan kondusif. 4. Memastikan kebajikan murid diutamakan dan menerima bantuan yang layak. 5. Menjalankan sistem pengurusan data maklumat yang cekap, telus dan sentiasa dikemas kini. 6. Memberi layanan mesra dan mewujudkan hubungan akrab dengan murid, ibu bapa, penjaga, komuniti, guru-guru, staf dan pihak atasan pada setiap masa. 7. Menyediakan laporan kewangan berkaitan Hal Ehwal Murid yang telus, cekap dan terkini PIAGAM PELANGGAN SK KING EDWARD VII (2)
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 47 DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR 1. Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar. 2. Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat. 3. Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa, dan kasih sayang DASAR 2 : PENDAFTARAN MURID 1. Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan. 2. Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah, Sistem Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM) dan Sistem Pengurusan Identiti (idMe). 3. Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan umur dan tahun persekolahan. DASAR 3 : PELANTIKAN PENGAWAS 1. Diadakan pada setiap penghujung tahun untuk tahun berikutnya. 2. Pemilihan berdasarkan pemilihan dan cadangan oleh semua guru. 3. Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh Guru-guru Lembaga Disiplin Sekolah. 4. Ibu bapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung tahun untuk persediaan pakaian murid. 5. Pengawas yang baru dilantik akan diberi tempoh percubaan selama sebulan. DASAR 4 : PENGURUSAN DISIPLIN 1. Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. 2. Mempunyai Lembaga disiplin yang terdiri daripada Guru Besar dan Semua Penolong Kanan serta guru-guru yang menjadi AJK Disiplin. 3. Semua sahsiah diri murid (salah laku dan sahsiah) akan direkod di dalam SSDM dan dilaporkan ke PPD jika serius. 4. Pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah, akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SK KING EDWARD VII (2)
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 48 5. Ibu bapa dipanggil hadir bagi membincangkan masalah disiplin anak untuk yang serius atau berulang melebihi 4 kali 6. Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat Dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin pelajar. 7. Ibubapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu memaklumkan atau menulis surat rasmi kepada pihak sekolah. 8. Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut dikira ponteng sekolah. BIL SURAT AMARAN BERTURUT HARI TIDAK BERTURUT HARI 1. AMARAN PERTAMA 3 hari (Hari ke 4) 10 hari (Hari ke 11) 2. AMARAN KEDUA 7 hari selepas Amaran Pertama (Hari ke 11) 10 hari selepas Amaran Pertama (Hari ke 21) 3. AMARAN TERAKHIR 7 hari selepas Amaran Kedua (Hari ke 18) 20 hari selepas Amaran Kedua (Hari ke 41) 4. BUANG SEKOLAH 14 hari selepas Amaran Terakhir (Hari ke 32) 20 hari selepas Amaran Terakhir (Hari ke 61) 5. JUMLAH HARI TIDAK HADIR 31 HARI BERTURUT-TURUT 60 HARI BERKALA DASAR 5 : KEBAJIKAN 1. Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat sekolah. 2. Pihak sekolah akan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar di sekolah ini. 3. Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah demi menjaga maruah pelajar tersebut. 4. Pemilihan berdasarkan maklumat PB1 serta PB2 atau APDM dan diputuskan oleh AJK Kebajikan. 5. RMT dijalankan waktu rehat dan susu diberi pada waktu pagi. 6. Bekalan makanan RMT disediakan oleh Pengusaha Kantin bagi memastikan tahap kebersihan dan mutu makanan mudah dipantau. 7. AJK memantau penyediaan makanan dan menyelia murid makan semasa waktu rehat.
BUKU PENGURUSAN SEKOLAH | SK KING EDWARD VII (2) | 2024/2025 49 DASAR 6 : KAUNSELING 1. Mendapat khidmat guru bimbingan yang dilantik. 2. Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan badan-badan luar yang berkaitan. DASAR 7 : KESELAMATAN 1. Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 2. Ibubapa atau penjaga, yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis borang Kebenaran Keluar yang terdapat di pejabat. 3. Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia. 4. Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik. 5. Alat pemadam api diselia dan diganti 2 kali setahun. 6. Latihan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. DASAR 8: KESIHATAN 1. Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui programprogram yang dirancang seperti : a) Pemeriksaan Gigi dan Mata sekali setahun b) Pemeriksaan Kesihatan bagi Tahun 1 dan Tahun 6 c) Program RMT d) Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan e) Ceramah dan Kempen 2. Mendapatkan maklumat tahap kesihatan pelajar daripada ibu bapa / penjaga. 3. Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa berada di sekolah. 4. Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu terhadap kes-kes yang kronik. 5. Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan. 6. Mendapatkan khidmat bantuan semburan nyamuk dari agensi yang bertanggungjawab sekurang-kurangnya sekali setahun.