INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)
AMBILAN JUN 2021 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2021)
- KERJA KURSUS –
KURSUS: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
KOD KURSUS : BMMB1104
KANDUNGAN :
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK
TUGASAN 2: PERSEMBAHAN KUMPULAN
Nama Guru Pelatih : NUR ELLYA NATASHA BINTI PETER
No. Kad Matrik : P21074391
Kumpulan : BAHASA MELAYU SK5
Ambilan : AMBILAN JUN 2021
Semester/Sesi : SEMESTER 2
No. Telefon Bimbit : 0192973736
Alamat E-mel : [email protected]
Nama Pensyarah Kursus : EN. AG AHMAD
Markah:
KRITERIA 30 % 30 % 60 %
Pemeriksa 1 Penghasilan Produk Persembahan Jumlah
Kumpulan
Pemeriksa 2
1. Pengesahan Pelajar: (diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat
di dalamnya. Saya faham im plikas i yang ak an saya terim a sekiranya pengak uan ini adalah pengakuan palsu.
Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 31.03.2022
2. Pelajar Menerima Maklum balas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) .
Sila scan dan isi:
BMMB1104
KESUSASTERAAN
DAN
KEBUDAYAAN
MELAYU
NUR ELLYA NATASHA BINTI PETER
2021072310121
PPISMP SEM 2 JUN 2021
BMSK5
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas rahmat dan kurnia-
Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini pada masa
yang telah ditetapkan. Ribuan terima kasih saya ucapkan
kepada En. Ag Ahmad yang telah memberikan tunjuk ajar
dan membimbing kami sekelas dalam proses
menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kedua-dua
ibu bapa saya yang telah memberikan motivasi dan
semangat kepada saya untuk menjalankan tugas saya
sebagai seorang pelajar dengan ikhlas dan sepenuh hati.
Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada rakan seperjuangan saya kerana
telah sama-sama berkongsi idea dan memberikan kata-
kata semangat untuk terus kekal tabah dalam apa juga
halangan yang dihadapi semasa menyiapkan tugasan ini.
Telah banyak perkara baharu yang telah saya pelajari
semasa menyiapkan tugasan ini yang membuka mata
saya untuk menimba ilmu dengan lebih bersemangat lagi.
Syukur alhamdulillah.
ISI KANDUNG
1.0 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
2.0 JENIS DAN BENTUK
KESUSASTERAAN MELAYU
2.1 Prosa Tradisional
2.2 Prosa Moden
2.3 Puisi Tradisional
2.4 Puisi Moden
3.0 CIRICIRI KESUSASTERAAN MELAYU
3.1 Keindahan
3.2 Mencerminkan Pengalaman
3.3 Pengalaman Seni
3.4 Karya Seni
4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
4.1 Hiburan
4.2 Pendidikan
4.3 Dakwah
4.4 Kritikan Sosial
5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM
PANTUN
RUMUSAN
RUJUKAN
1.0 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
Menurut Ali Ahmad (1994), perkataan sastera berasal
daripada bahasa Sanskrit iaitu castra yang disebut
syastra yang membawa erti kitab suci manakala
susastera bererti seni sastera atau seni bahasa
(persuratan). Tambahan ke- di awal perkataan dan -an di
akhir perkataan susastera membawa maksud kesenian
persuratan yang halus dan indah. Kesusasteraan
menurut Muhammad Hj Salleh (1995) pula merujuk
kepada karya-karya lisan dan tulisan yang membawa
unsur-unsur cereka yang disampaikan melalui bahasa
dengan pelbagai perkataan. Hashim Awang (1988)
menyatakan bahawa kesusasteraan adalah ciptaan seni
yang disampaikan melalui bahasa yang dituturkan atau
disebut sastera lisan dan yang ditulis atau disebut
sebagai sastera tulisan. Sastera pula memiliki keindahan
dalam aspek-aspek isi dan daya pengucapannya. Beliau
juga menghuraikan maksud kata kesusateraan yang
didapati adalah daripada kata susastera. Kata susastera
itu pula dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su yang
membawa maksud indah, baik dan lebih berfaedah.
Bahagian kedua pula ialah sastera yang bermaksud huruf
atau buku. Oleh itu, kesusasteraan membawa maksud
kumpulan buku-buku yang mempunyai bahasa yang
indah dan baik isinya.
2.0 JENIS DAN BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
2.1 Prosa Tradisional
Rajah 1: Jenis Prosa Tradisional
Prosa tradisional biasanya berbentuk bebas dan
menggunakan bahasa Melayu klasik. Prosa tradisional
juga lebih banyak disampaikan melalui penceritaan
berbanding tulisan. Antara ciri-ciri prosa tradisional adalah
melibatkan cerita ghaib, kesaktian dan pengembaraan.
Wataknya pula kebanyakan terdiri daripada pahlawan, dan
putera-puteri Diraja. Prosa tradisional juga mengandungi
unsur-unsur dewa-dewi, mitos dan legenda.
2.2 Prosa Moden
Prosa moden terdiri daripada 3 jenis iaitu cerpen, drama
dan novel. Bentuknya pula adalah bebas dengan
menggunakan bahasa Melayu yang lebih mudah
difahami. Prosa moden lebih banyak dihasilkan dalam
karya tulisan berbanding lisan di mana, hasil karya
dibukukan dan hak ciptanya terpelihara. Bentuk jalan
ceritanya pula lebih logik dan sering terjadi di alam realiti.
2.3 Puisi Tradisional
Puisi tradisional terbahagi kepada jenis 4 iaitu pantun,
syair, gurindam dan seloka. Jadual 1 menunjukkan bentuk
bagi puisi tradisional.
2.4 Puisi Moden
Hanya terdapat satu sahaja jenis puisi moden iaitu sajak.
Bentuk puisi moden lebih bebas ciptaannya di mana
susun baris, rangkap dan rima adalah berdasarkan tujuan
penulis atau penyair itu sendiri. Kebebasan dalam sajak
ini adalah bagi penulis menyampaikan fikiran dan
perasaannya dengan cara yang sesuai dengan semangat
mengikut zaman.
3.0 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
3.1 Keindahan
Keindahan merujuk kepada gaya dan lenggok bahasa
yang digunakan dalam karya sastera untuk menyerlahkan
keindahan sesebuah hasil karya. Sesebuah hasil karya
dikatakan indah jika memenuhi 4 syarat yang terdiri
daripada keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan
fokus kepada penekanan sesuatu unsur. Sebuah karya
seni yang indah perlulah mengandungi kesemua unsur
bentuknya secara lengkap.
3.2 Mencerminkan Pengalaman
Pengalaman yang dirujuk dalam konteks ini adalah
tindak balas yang utuh dari jiwa manusia yang
digambarkan secara realiti. Hal ini disebut utuh kerana ia
bukan sahaja merujuk kegiatan fikiran tetapi juga
kegiatan perasaan dan imaginasi. Realiti adalah sesuatu
yang mampu merangsang dan menyentuh kesedaran
manusia, sama ada yang berada di dalam atau di luar
dirinya. Gagasan, perasaan dan gambaran khalayan
yang muncul atas kesedaran penulis pula mampu
membina pengalaman baharu pembaca.
3.3 Pengalaman Seni
Melalui peristiwa sastera, pembaca boleh memahami dan
merasai fikiran dan perasaan pengkarya. Namun,
pembaca sepatutnya turut sedar akan nilai-nilai yang
terdapat dalam karya sastera dan bukan hanya
memahami dan merasai isi hati pengkarya semata-mata.
Nilai sastera bukan hanya terdapat pada perkara yang
disampaikan, ia juga terdapat pada cara dan bentuk
penyampaiannya.
3.4 Karya Seni
Terdapat tiga perkara yang mampu membezakan
karya sastera dengan karya bukan sastera iaitu
bersifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya bahasa
yang khusus. Fiksyen bermaksud karya sastera
tersebut dihasilkan melalui imaginasi pengkarya yang
berasaskan pengalaman atau tindak balasnya
terhadap alam realiti. Nilai-nilai estetik pula
membantu pengkarya mengungkapkan isi hatinya
dengan jelas dan mendalam. Sastera sebagai karya
seni perlulah mempunyai ciri-ciri seperti keutuhan,
keseimbangan, keselarasan dan penekanan.
Terdapat beberapa ciri sastera sebagai kegiatan seni
yang berhubung ekspresi dan penciptaan iaitu:
a)Sastera ialah seni dan bukan ilmu semata-mata
b)Sastera ialah satu bentuk komunikasi
c)Sastera mempunyai keteraturan
d)Sasteru merupakan alat hiburan
e)Sastera adalah sebuah karya yang berintegrasi
f)Sastera adalah ekspresi pengkarya.
4.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
4.1 Hiburan
Masyarakat Melayu menjadikan sastera sebagai alat
hiburan kerana mampu menarik perhatian masyarakat
untuk mendengar, menghayati dan membaca sastera
Melayu. Karya sastera yang terdiri daripada cerita-cerita
jenaka mampu memelihara perkembangan emosi dan
akal fikiran masyarakat tidak mengira umur bagi
menyegarkan dan menenangkan jiwa mereka.
4.2 Pendidikan
Kesusasteraan Melayu juga berfungsi untuk memberi
pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat.
Fungsi ini menyebabkan karya sastera merupakan
sebuah bahan yang mampu membawa kesedaran kepada
masyarakat, mengubah pemikiran dan memberi ruang
kepada masyarakat untuk menyerap nilai-nilai murni yang
terdapat dalam karya sastera. Contoh cerita Sang Kacil
dengan Buaya yang cukup terkenal bukan hanya kerana
ceritanya yang menghiburkan, namun keupayaannya
untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan
pengajaran yang mampu mendidik masyarakat. Tanpa
kita sedari, kita telah membesar dalam asuhan moral yang
disampaikan melalui cerita tersebut.
4.1 Dakwah
Menurut Adli (2007, seperti yang dirujuk dalam Indirawati,
2018), peranan Islam dapat menghidupkan kesusasteraan
dan sastera Islam digunakan secara bijaksana dalam
berdakwah. Karya sastera Melayu boleh dihasilkan
sebagai dakwah sastera yang dilihat sebagai wadah bagi
meningkatkan nilai ketakwaan, ketaatan dan kesetiaan diri
kepada Allah. Karya satera sebagai dakwah
kebanyakannya bertemakan ketuhanan kerana
mempunyai unsur nilai moral, tatasusila dan ketaatan
kepada Tuhan.
4.2 Kritikan Sosial
Karya sastera merupakan tempat pengarang dan
pembaca menyampaikan padangan dan pendapat kritikan
sosial terhadap isu-isu yang terjadi kepada masyarakat
kerana perkataan sosial berkait dengan masyarakat.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2015) mentakrifkan kritikan
adalah untuk menganalisis, menilai dan mengulas
terhadap sesuatu karya sastera. Oleh itu, sastera juga
digunakan bagi menganalisis dan mengulas hasil
pemerhatian seseorang terhadap karya sastera.
Contohnya, cerita Hang Tuang yang dipanggil alegori
yang berkisahkan sosial masyarakat istana pada ketika
itu. Fungsi kritikan sosial juga adalah untuk menyindir
kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat tidak
kira lapisannya.
5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN
Pantun adalah puisi tradisional yang berbentuk rangkap.
Rangkap pantun tidak terhad kepada empat baris sahaja
namun rangkap pantun harus terbentuk secara
berpasangan dalam jumlah baris yang genap daripada
pantun dua baris serangkap sehingga 16 baris serangkap.
Rajah 4
Dua Rangkap Pantun
Pantun tersebut merupakan pantun dua rangkap yang
mempunyai rima akhir abab iaitu rima akhir pada baris
pertama sama dengan rima akhir baris ketiga.
Berdasarkan isi pantun tersebut, jenis pantun tersebut
ialah Pantun Nasihat. Bentuk pantun ini terikat dan
bilangan barisnya pada setiap rangkap adalah sama iaitu
empat baris serangkap.
Maksud setiap rangkap pantun tersebut adalah
berdasarkan pemikiran kerana pemikiran adalah aspek
penting sama ada tersirat atau tersurat dalam sesuatu
karya seperti pantun. (Ali Ahmad, 1978 seperti yang
dirujuk dalam Noor & Salmah, 2019).
Rajah 5
Rangkap pertama pantun
Baris pertama dan baris kedua menunjukkan perbuatan
yang dilakukan oleh manusia iaitu mendaki dan berenang.
Baris ketiga dan keempat pula menunjukkan isi tersurat di
mana jika semua masyarakat atau sesebuah kumpulan
bersatu hati dalam sesuatu perkara yang sukar, maka
pekerjaan yang susah itu akan menjadi senang. Akal budi
rangkap ini adalah pekerjaan yang sukar akan menjadi
mudah jika dilakukan secara bekerjasama.
Rajah 6
Rangkap kedua pantun
Akal budi rangkap pantun ini merupakan peringatan
kepada anak muda agar sentiasa beradab ketika bertutur
kerana ‘kerana mulut badan binasa’ yang membawa
maksud seseorang akan mendapat musibah atau sesuatu
yang buruk disebabkan oleh percakapan yang
dituturkannya sendiri.
RUMUSAN
Kesusasteraan Melayu dengan ciri-cirinya menonjolkan
lagi keistimewaan dan keunikannya karya sastera Melayu.
Fungsinya yang luas dalam pelbagai aspek juga amat
penting dan berguna kepada masyarakat dan negara
sekaligus dapat meningkatkan nilai-nilai murni dan
kesedaran kepada diri sendiri. Oleh itu, kita perlulah
memartabatkan kesusasteraan Melayu agar tidak ditelan
zaman.
RUJUKAN
Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1988). Kritikan Kesusasteraan: Teori dan
Penulisan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Indirawati Zahid & Nasihah Hashim. (2018) Strategi dan
Struktur Kesantunan Melayu dalam Kritikan Mentor:
Rancangan Realiti Televisyen. Universiti Malaya.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muhammad Hj. Salleh. (1995). Teori Kesusasteraan: Satu
Pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noor Hazwany & Salmah Jan Noor. (2019), Pemikiran
dalam Novel Siber Kasih Damia dari Aspek Teori
Estetika Bersepadu. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH).