The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengisahkan pengembaraan dua ekor ulat beluncas yang ingin memakan buah mangga yang berwarna kuning keemasan. Mereka sanggup merentasi pelbagai daerah untuk tiba di Pokok Emas. Sewaktu dalam perjalanan, mereka disapa oleh seekor belalang tua. Namun, mereka tidak mengendahkan kata-kata belalang tua itu. Apakah yang bakal berlaku terhadap mereka? Ikut kisah pengembaraan Sukuna dan Kubo.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Izzat, 2024-04-04 06:52:37

Pokok Emas

Mengisahkan pengembaraan dua ekor ulat beluncas yang ingin memakan buah mangga yang berwarna kuning keemasan. Mereka sanggup merentasi pelbagai daerah untuk tiba di Pokok Emas. Sewaktu dalam perjalanan, mereka disapa oleh seekor belalang tua. Namun, mereka tidak mengendahkan kata-kata belalang tua itu. Apakah yang bakal berlaku terhadap mereka? Ikut kisah pengembaraan Sukuna dan Kubo.

Keywords: pokok emas

EMAS Pokok


Sinopsis Mengisahkan pengembaraan dua ekor ulat beluncas yang ingin memakan buah mangga yang berwarna kuning keemasan. Mereka sanggup merentasi pelbagai daerah untuk tiba di Pokok Emas. Sewaktu dalam perjalanan, mereka disapa oleh seekor belalang tua. Namun, mereka tidak mengendahkan kata-kata belalang tua itu. Apakah yang bakal berlaku terhadap mereka? Ikuti kisah pengembaraan Sukuna dan Kubo.


Watak Sukuna Bersemangat Rakan karib Kubo Mudah panik Berwarna hijau Kubo Rakan karib Sukuna Sanggup mengikuti ke mana sahaja Sukuna pergi Sentiasa tenang dan berani Berwarna biru


Watak Sang Kupu-kupu Seekor kupu-kupu yang sangat cantik Ramah dan mesra Belalang tua Menggunakan bahasa lama Prihatin Amanah


Rintangan dan kegembiraan dalam pengembaraan Tema Masyarakat yang setia kawan Persoalan


Latar masa: Pagi Senja Latar tempat: Pokok limau purut Daerah kupu-kupu Daerah belalang Daerah semut Daerah kumbang Pokok Emas


Di sebuah taman terdapat pelbagai jenis serangga. Ada kupu-kupu, kumbang, lebah, semut, belalang dan juga rama-rama. Setiap serangga berada di daerah masing-masing namun ada juga yang tinggal sendiri seperti Sukuna dan Kubo. Sukuna dan Kubo merupakan sahabat karib. Mereka tinggal berdua di pokok limau purut.


Pada suatu hari, Sukuna dan Kubo berasa sangat lapar. Seperti hari-hari biasa mereka akan makan daun limau purut di kediaman mereka. Sewaktu makan, Sukuna terlihat sebuah pokok di daerah seberang. Terdapat sebiji buah mangga berwarna kuning keemasan di puncaknya. "Buah itu kelihatan sungguh cantik. Mungkin isinya juga sangat sedap kan Kubo?". Kubo menjawab, "betul katamu Sukuna. Aku berharap suatu hari nanti kita dapat menikmati buah mangga di pokok tersebut". Mereka terlihat kupu-kupu berterbangan ke arah buah mangga berwarna kuning keemasan tadi dan hinggap di atasnya. Kupu-kupu itu kelihatan sedang menikmati jus mangga tadi sehingga kembung perutnya.


Sukuna menyapa kupu-kupu yang terbang berdekatan pokok limau purutnya, "wahai Sang Kupu-kupu, beruntungnya kaummu kerana dapat merasai buah mangga di daerah sana. Bagaimanakah rasa buah itu?"."Buah mangga itu sungguh manis. Aku tidak pernah menemui mangga semanis itu. Pokok Emas sahaja yang memiliki mangga itu. Pokok itu terletak berhampiran daerah Kupu-kupu", ujar Sang Kupu-kupu. Hal ini membuatkan Sukuna dan Kubo berasa sangat teruja. Air liur mereka mulai meleleh. Mereka tidak lagi memandang pucuk-pucuk daun limau purut kerana minda mereka telah dihantui buah mangga. "Kubo, ayuh pergi ke Pokok Emas". "Sejujurnya aku ingin mengikutimu, namun perjalanan ke sana mungkin mengambil masa selama tiga minggu", ujar Kubo. Sukuna mengeluh, dia sedar bahawa diri mereka hanyalah beluncas. “Kalaulah kita dapat terbang, mesti sekejap sahaja kan Kubo?”.


Keesokan harinya, Sukuna dan Kubo tidak lagi berselera melihat daun limau purut. Mereka hanya memikirkan buah mangga berwarna kuning keemasan itu. "Kubo, aku tidak tahan, aku sudah tidak berselera dengan pucuk daun ini. Aku ingin merasai buah mangga itu". "Aku juga sama Sukuna. Apa kata kita pergi mengembara?". Setelah mengkaji peta taman, mereka harus melalui daerah kumbang, belalang, semut dan lebah sebelum tiba di Pokok Emas. Mereka berdua terus memulakan pengembaraan ke daerah pertama iaitu daerah kumbang. Setelah senja, mereka berasa sangat lapar seolah tidak makan selama 3 hari. Mereka makan dedaun di semak-samun dan berehat. “Jika kita melangkau daerah semut dan lebah, kita akan tiba dalam masa seminggu sahaja. Peta menunjukkan Pokok Emas terletak di daerah kupu-kupu yang hanya bersebelahan dengan daerah belalang”, ujar Sukuna. Matanya mulai bersinar-sinar membayangkan Pokok Emas.


Pada esok hari, Kubo dan Sukuna meneruskan perjalanan mereka ke daerah belalang. Mereka disapa seekor belalang tua. "Siapakah tuan hamba berdua ini?", tanya belalang tua tadi. "Aku Sukuna, ini rakan karibku Kubo. Kami ingin ke Pokok Emas melalui daerah kupu-kupu", ujar Sukuna dengan nada ceria. "Batalkan hasratmu. Serangga yang tidak terbang tidak boleh melalui daerah kupu-kupu. Tuan hamba akan menjadi makanan Sang Burung. Seeloknya tuan hamba berdua merentasi daerah semut dan daerah lebah terlebih dahulu supaya selamat”. “Tidak mungkin, kami pasti akan mengambil masa selama tiga minggu untuk ke sana jika melalui dua daerah itu”, jerit Sukuna dengan nada marah. Dia tidak menghiraukan kata-kata belalang tua tadi dan meneruskan perjalanan ke daerah kupu-kupu. "Kamu akan menyesal nanti", ujar belalang tua. Setelah beberapa hari perjalanan, Kubo dan Sukuna akhirnya menjejakkan kaki ke daerah kupu-kupu. "Lihat tiada ancaman pun di sini, kita berdua selamat bersama-sama", ujar Sukuna.


Sedang mereka asyik makan dedaun di tempat persinggahan, Kubo terlihat daun yang dipijak mereka berubah warna menjadi semakin gelap. Dia juga terdengar bunyi siulan yang sangat kuat. Rupa-rupanya seekor burung sedang terbang menghampiri Sukuna. "Sukuna, lari!", jerit Kubo lalu menolak rakannya itu. Sukuna terjatuh namun dia sempat berpaut pada ranting pokok. "Kubo!", jerit Sukuna dalam keadaan panik. Suara Kubo tidak kedengaran. "Adakah Kubo telah dibunuh Sang Burung? Sukuna ke hulu dan hilir mencari rakannya. Kubo tetap tidak kelihatan. Yang ditemui hanyalah topinya yang sudah terkoyak. “Aduhai, malangnya nasib Kubo!”. Sukuna berasa sungguh sedih. Dia berpatah balik ke daerah belalang. Dalam perjalanan dia menemui belalang tua. “Aku sepatutnya mendengar katamu wahai belalang tua. Rakanku telah terbunuh kerana menyelamatkan aku", ujar Sukuna dengan nada sedih. Dia menyesal dengan sikapnya yang keras kepala. Sukuna pulang ke daerah beluncas dalam keadaan menyesal.


Apabila tiba di kediaman, Sukuna melihat Kubo sedang makan daun limau purut. "Kubo!", jerit Sukuna. Bayangan rakan karibnya itu menghilang daripada pandangan. Sukuna menangis teresak-esak. Sukuna mengeluarkan cebisan topi Kubo dan memeluknya. Dia meneruskan kehidupannya dengan penuh kesunyian. Kira-kira 15 hari telah berlalu sejak kematian Kubo. Sukuna melihat ke arah Pokok Emas. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat begitu banyak buah mangga yang berwarna kuning keemasan pada pokok itu. "Wah, banyaknya buah mangga, seolah-olah melihat peti harta karun!”. Tiba-tiba daun tempat Sukuna berdiri berubah warna menjadi semakin gelap. Sama seperti saat Kubo dimakan Sang Burung. "Adakah Sang Burung akan membunuhku juga?", ujar Sukuna. “Jika dimakan, setidaknya aku dapat bertemu kembali dengan Kubo di syurga. Bunuhlah aku Sang Burung", jerit Sukuna sambil memejam erat matanya.


Sewaktu diterkam, Sukuna tidak berasa sakit. Dia mendapati dirinya sedang terapung. 'Adakah ini syurga?', ujarnya dalam hati. "Ini aku lah, Kubo". Sukuna sedar bahawa dia sedang diangkat oleh seekor rama-rama yang sangat cantik. Sayapnya berwarna biru. "Kubo! Bukankah kamu sudah mati?", tanya Sukuna. "Tidak, aku hanya tersangkut pada pelepah Sang Burung, aku berjaya melepaskan diri. Namun sewaktu perjalanan pulang, aku pengsan di daerah semut. Aku juga mendapati diriku berada di dalam kepompong". "Kini aku telah menjadi rama-rama". Mereka berdua berasa sangat gembira bagai si mandul mendapat anak. “Ayuh kita ke Pokok Emas, aku akan membawamu terbang sekelip mata sahaja melalui daerah kupukupu", ujar Kubo. “Aku minta maaf Kubo, keranaku kamu nyaris mati”. “Tidak mengapa Sukuna, biar kisah ini menjadi pengajaran kepada kita berdua. Biar lambat asal selamat”.


Di daerah kupu-kupu, mereka terdengar siulan yang sangat kuat. "Eh, itu siulan Sang Burung, dia akan memakan kita Kubo!". Bunyi siulan semakin perlahan seolah menjauhi mereka. "Tidak semudah itu Sukuna, corak sayapku yang unik telah menakutkan Sang Burung. Bagi mereka, akulah pemangsa. Kita akan sentiasa selamat", jelas Kubo. Akhirnya mereka tiba di Pokok Emas. “Jadi inilah Pokok Emas, ayuh kita makan buah mangga ini.” Buah mangga itu sungguh manis seperti yang digambarkan oleh Sang Kupukupu. Sukuna dan Kubo seolah-olah berada di syurga.


Mereka membina kediaman di sana lalu menamakannya, ‘Syurga Emas'. Tidak lama kemudian, Sukuna mengalami metamorfosis dan menjadi seekor rama-rama bersayap kuning keemasan. Sukuna dan Kubo kini terbang bebas menghiasi langit. -TAMAT-


Click to View FlipBook Version