The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3431 TUGASAN 1 BUKU LOG DIGITAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DAYANGKU NUR ADIBAH BT AWANGKU ARASAT IPG-Pelajar, 2024-03-17 01:12:27

Buku Log Pengakap

MPU3431 TUGASAN 1 BUKU LOG DIGITAL

BUKU LOG PENGAKAP K L M 2 9 I N S T I T U T P E N D I D I K A N G U R U M A L A Y S I A K A M P U S B A T U L I N T A N G , K U C H I N G , S A R A W A K NAMA: KUMPULAN: SEKAWAN: PENSYARAH: TARIKH PENGHANTARAN: 11 MAC 2024 MERAH TUAN HJ. AHMADI BIN AMNAN EN. MUSTAFA BIN OTHMAN PN. TIONG SIEW KIONG DAYANGKU NUR ADIBAH BINTI AWANGKU ARASAT PISMP TESL AMBILAN JUN 2021 KELUARAN MEI 2026


BIODATA PELAJAR NAMA DAYANGKU NUR ADIBAH BINTI AWANGKU ARASAT TARIKH LAHIR 3 JULAI 2003 JANTINA PEREMPUAN AGAMA ISLAM BANGSA MELAYU ALAMAT NO 2B LORONG JALAN BOUGENVILLA 96000 SIBU SARAWAK NO TELEFON 0198476237 ANGKA GILIRAN 2021042340311 PROGRAM PISMP JUN 2021/2026 KUMPULAN TESL SJKC EMEL [email protected]


1.0 Prinsip Pengakap 1.1 Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalam Pergerakan Pengakap yang memautkan Penyatuan Pengakap seperti yang berikut: a.Pergertian Pengakap Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela, bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. b.Matlamat berpengakap Untuk melatih dan menggalakkan perkembangan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial (IREJS)dalam kalangan generasimuda supaya berpeluang mengambil bahagian dalam pembangunan masyarakat untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap agama dan negara serta masyarakat antarabangsa.


1.0 Prinsip Pengakap c.Prinsip-prinsip berpengakap dan ekpresi mereka dalam perjanjian dan undang-undang. Prinsip pergerakan Pengakap terdapat dalam Persetiaan Pengakap dan UndangUndang Pengakap, iaitu: ·Menghayati kepercayaan dan ketaatan kepadaTuhan; ·Tanggungjawab kepada agama,masyarakat dan Negara; ·Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia serta mengelakkan diri daripada bersifat kejam; dan ·Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekelilingnya. (i)Undang-undang Pengakap: Undang-undang perlu diamalkandan dilaksanakan untuk melatih anggotapengakap patuh pada peraturan, khususnyapada PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip-prinsip ini merupakan suatu nilaian yang positif dengan mematuhi setiap intisari yang terkandung didalamnya dan tidak boleh diubah-ubah. (ii)Dasar Keagamaan: Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun Agama masing-masing. (a)Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama: ·Persekutuan tidak menghadkan hanya satu agama sahaja kepada ahlinya kerana mereka mestilah mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing serta menghormati oranglain yang tidak seagama dengannya. ·Sekiranya ahli dalam kumpulan tersebut menganut dan mengamalkan satu agama sahaja maka pemimpin kumpulan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat sembahyang atau tempat beribadat untukmereka menunaikan ibadat. ·Pemimpin perlu menyediakan seorangpegawai yang arif tentang rukun agama sebagai pakar rujuk, jika timbul sebarang masalah atau isu.


1.0 Prinsip Pengakap c(a)Ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan: ·Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli daripada pelbagai agama, maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama dan kepercayaan masing- masing. ·Dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas meliputi semua ahli dalam kumpulan kerana ia menyalahi peraturan atau tegahan dalam rukun agama ahli dalam kumpulan tersebut. ·Pemimpin bertanggungjawab untuk menjaga dan mengawasi kumpulan supaya perkara seperti ini tidak berlaku yang boleh mengakibatkan Persekutuan dicemuh oleh masyarakat. (ii)Kewarganegaraan: (a)Menjadi seorang warganegara yang baik dan rela berkorban untuk mempertahankan maruah diri sendiri, keluarga, agamanya dan negaranya. (b)Menghormati ibu bapa, keluarga,pemimpin-pemimpin untuk memperkuatkan keperibadiannya sebagai seorang warganegara yang sihat, patuh, dedikasi dan intelektual. (c)Bersopan santun, berbudi bahasa dan berlemah lembut apabila menyampaikan maklumat penting terhadap komuniti dan masyarakat dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab bersama sebagai pembina perpaduan rakyat atau masyarakat majmuk. (d)Menumpukan ketaatsetiaan dan mematuhi perlembagaan negara agar menjadi seorang warganegara yang berharmoni serta menjunjung perintah. (e)Memupuk perpaduan rakyat dan menghormati kebudayaan dan adat resam antara kaum di negara ini.


1.0 Prinsip Pengakap d.Kaedah atau Cara Berpengakap (i)Kaedah atau cara berpengakap ialah Sistem Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri melalui: (a)Keanggotaan secara sukarela untuk berpakaian seragam dalam sebuah pasukan; (b)Mematuhi rukun hidup seperti yang ditegaskan dalam Persetiaan Pengakap; (c)Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh cabaran dan daya tahan; (d)Berpeluang menjadiseorang pemimpin yang bertanggungjawab; (e)Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti dalam kumpulankecil; (f)Belajar dari pengalaman berpengakap; dan (g)Menyediakan skim anugerah untuk memberikan galakan dan penyertaan yang meluas dalam aktiviti-aktiviti sebagai perakuan terhadap kejayaannya.


1.2 LAMBANG PENGAKAP Lambang Pengakap Dunia Pecahan tiga kelopakmelambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu Taat kepada Tuhan Taat kepada Raja Taat kepada Negara Dua buah bintang (pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan) melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh Ikatan putih menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. Lingkaran tali berwarna putih melambangkan Persaudaraan Pengakap Sedunia. Warna ungu - Warna Biro Pengakap Sedunia. Warna putih - Kesucian dan kebersihan. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara Menolong orang setiap masa Menurut undang-undang Pengakap Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan "Sepuluh undang-undang Pengakap." Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" Bulan Sabit menandakan Agama rasmi Negara iaitu "Agama Islam" Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". Warna terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap: Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak" Hijau - "Pengakap Muda" Merah - "Pengakap Remaja"


1.3 COGAN KATA, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Cogan Kata Pengakap Kanak-kanak – Buat Sehabis Baik Pengakap Muda – Selalu Sedia Pengakap Remaja – Pandangan Luas Pengakap Kelana – Berkhidmat Pengakap Budika – Berkhidmat Cogan Kata Kumpulan Pengakap (Troop Motto) Persetiaan Bahawa Dengan Sesunguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-undang Pengangkap.


Undang-undang Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 1. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orangorang yang dibawahnya. 2. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 3. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 4. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 5. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 6. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan. 7. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 8. 9.Pengakap itu jimat dan cermat. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. 10. 1.3 COGAN KATA, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG


Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama (Korus) Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan Negara Berbudi, bersaudara Taat menurut perintah Kami bangga junjung citi-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung citi-cita Pengakap Malaysia Lagu : Hafiiz b Khamis Lirik : YBhg Dato’ Kaharuddin Momin : Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin Gubahan : AbdulRazak Abdul Rahman 1.4 LAGU PENGAKAP


2.0 Bendera Pengakap M Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia Pe u n l g a a d k i a p p er d k a e n na d l e k n a g n a s n ejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa sekarang. Rupa bent sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah Bendera Malays uk pembuatannya adalah hasil gabungan tidak termasuk B ia en d d an lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera berwarna hijau gelap e . B ra Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah panjang dan 91.5 cm le endera Persekutuan berukuran 183 cm Ibu Pejabat, Pusat/Ins bar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Persekutua titut Latihan dan Pasukan-Pasukan sehinggalah n 1 . 8 B . e 3 n 0 d m era ini dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 engikut tatacara dan penghormatan tertentu. B Sp en e d si e fi r k a asi Rupa Bentuk Bendera Rasmi Persekutuan mengikut R p a e s m m a i t P u e h rsekutuan mesti dengan selalunya dikeluarkan Bende an tentuan sepenuhnya seperti berikut: Muat T r u a ru R n a . smi Persekutuan boleh dimuat turun di bahagian P R e u r p s a ek b u e t n u t a u n k dan pembahagian keseimbangan Bendera Rasmi tidak boleh diubahsuai.


3.1 Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden- Powell atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British)berpangkat Leftenan Jeneral. Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” - dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya,Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Semasa cuti persekolahan BP bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara, berjalan kaki, berkhemah, belayar dan berperahu di beberapa buah tempat di England. Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman dan pengetahuan yang amat bergunakepada BP, khususnyadari segi sikapbekerjasama dan mematuhi perintah (ketua). 3.0 Sejarah Pengakap LORD ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN POWELL PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP Oleh sebab minat nya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya. Setelah berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah ditauliahkan pangkat Leftenan Muda dan mula bertugas ke merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan Afghanistan pada tahun 1876. Kemudiannya beliau telah dihantarke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. INFO TAMBAHAN


Permulaan Pengakap Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin pasukan Dragon Guard ke-5. Sebagai Kolonel,beliau pernah menghadiahi lencana SCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada askaraskarnya yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam ketenteraan. Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Aids to Scouting (Bimbingan Pengakap) pada tahun 1899, yang menceritakan tentang kisah peninjauan di India serta hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa menjalankan tugas sebagai utusan atau pemberita menggantikan tenteradi medan perang ketika pasukannya dikepung musuh. Dalam jangka waktu yang hampir sama, BP telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda mempertahankan sempadan British daripada serangan orang Boer, iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang- orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British. Pengepungan ini telah mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. 3.0 Sejarah Pengakap BUKU AIDS TO SCOUTMASTERSHIP


Dalam peperangan tersebut, BP hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding tentera Boer yang berjumlah 9,000 orang. Dengan tipu helah yang beliau lakukan, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehinggabeliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya BadenPowellberjaya memenangi peperangan itu. Kemenangan tersebut menyebabkan BP dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerimapangkat tersebut pada masa itu. Selepas peperangan Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersaradari tentera, BP telah kembali ke England. Ekoran daripada sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku Aids to Scouting, khususnya dalam kalangan kanak-kanak telah mendorong BP menganjurkan satu perkhemahan selama 10 hari di Pulau Brownsea, England pada tahun 1907. BP telah menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku Aids To Scouting. 3.0 Sejarah Pengakap POSTER DAN BATU PERINGATAN PERKHEMAHAN PERTAMA PENGAKAP DI PULAU BROWNSEA, ENGLAND


Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah dianjurkan di dunia. Seramai 20 orang budak-budak pengakap telah menyertainya dan dibahagikan kepadaempat sekawan atau empat patrol.Mereka diajarkan cara-cara mendirikan khemah, memasak, mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa, cara-cara untuk mengesan jejak sepanjang perkhemahan dijalankan. Pada malam terakhir perkhemahan telah diadakan aktiviti Malam Unggun Api. Kejayaan penganjuran perkhemahan pengakap di Pulau Browsea telah berjaya menyuntik ramai kanak-kanak untuk menyertainya. Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku secara bersiri bertajuk Scouting for Boys (Ilmu Pengakap untuk Kanak-Kanak) yang memuatkan segala pengalaman beliau semasa bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan pertama pengakap di Pulau Brownsea. Buku tersebut telah berjaya memikat lebih ramai lagi kanak-kanak kepada pengakap. 3.0 Sejarah Pengakap BUKU SCOUTING FOR BOYS OLEH LORD BADEN POWELL


Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Canada, Amerika Syarikat, Ghana, India dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia seperti di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan Malaysia. Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak perkhemahan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai Gilwell Park di England Setahun kemudian (1920),Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad, Old Deer Park, Richwood,London. BP kemudiannya telah dilantik sebagai Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia semasa Jambori tersebut. 1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya (Afrika) bersama isterinya, Lady BadenPowell. Sebelum berpindah,BP sempat menganjurkan Jambori Pengakap di Washington DC pada tahun yang sama. Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang kepengakapan, BP telah dianugerahi gelaran Pengakap Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord oleh Ratu England. BP juga telah dianugerahi gelaran Lord Baden-Powell of Gilwell. Pada tahun 1922, BP telah dianugerahi pingat French Legionof Honour. BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941. Manakala isteri beliau, Lady BadenPowell yang merupakan pengasas Pandu Puteri meninggal dunia pada 25 Jun 1977. 3.0 Sejarah Pengakap GILWELL PARK DI ENGLAND DAN POSTER JAMBORI PENGAKAP DI WASHINGTON DC 1937


Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah Melayu/Malaya ketika itu) oleh Frank Copper Sands, seorang pendidikdan jaguh pengakap dari Nottingham, England di Institut Victoria (Victoria Institution), Singapura pada tahun 1910, iaitu dua tahun selepas pergerakan pengakap dimulakan di Great Britain. Seramai 30 orang kanak-kanak telah menyertai pergerakan tersebut. Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang paling awal menubuhkan pergerakan pengakap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1908 diikuti Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas. Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada tahun 1912 oleh G.M. Laidlow. Dikuti Sabah pada tahun 1913. Pada tahun 1915, pengakap telah ditubuhkan di Sarawak, manakalaH.R. Cheesman telah menubuhkan pengakap di Penang Free School, Pulau Pinang. Pergerakan Pengakap khusus untuk anakanak Melayu telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff. Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Dikuti Kedah dan Perlis pada tahun 1922. Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925 oleh Brunstone 4.0 Sejarah Pengakap MALAYSIA FRANK COOPER SANDS DAN PERGERAKAN PENGAKAP DI SINGAPURA ABDULLAH AHMAD BADAWI (GAMBAR KANAN) SEMASA MENYERTAI PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MERTAJAM


Pada tahun 1926, pengakap telah ditubuhkan di Selangor oleh Ameen Akbar, manakala Terengganu oleh A.J. Gracle pada tahun yang sama. Kelantan pada tahun 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong dan Johor pada tahun 1928 di Maktab Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. Dipercayai jumlah keahlian pengakap pada masa ini melebihi 85,000 orang. Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh Semenanjung Tanah Melayu,termasuk Singapura disatukan di bawah satu persekutuan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya dan diletakkan di bawah Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain dengan setiap negeri sebagai satu Daerah Pengakap.Sabah dan Sarawak menjadi ahli cawangan Great Britain. Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua cawangan yang berasingan daripada Great Britain. Setiap cawangan mempunyai Persekutuan Negeri yang dibahagikan kepada beberapa Daerah Pengakap yang mempunyai Persekutuanpersekutuan Tempatan yang dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya kemudiannya telah menjadi satu badan bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu. IBU PEJABAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 4.0 Sejarah Pengakap MALAYSIA


Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan taraf menjadi satu cawangan penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi anggota Kawasan Asia Pasifik. Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan, Persekutuan BudakBudak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Budakbudak Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan Budak-budak Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak. Persekutuan Budakbudak Pengakap Malaysia yang dianggotai 14 Majlis Pengakap Negeri, termasuk Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun 1972) tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143- Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun1974 Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 – Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974 “…Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan DewanRakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut : 1.Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974. 2.(1) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah Seksyen 3(1) Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968. (kemudian daripada ini disebut ‘persekutuan’ itu) hendaklah selepas akta ini berkuat kuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia dan semua sebutan di dalam akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai persekutuan ini hendaklah ditaksirkan sewajarnya…” AKTA PARLIMEN NO. 38 TAHUN 1968 PINDAAN AKTA PARLIMEN NO. 143 – AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUN 1974 Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-budak yang terdapat pada nama Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai PersekutuanPengakap Malaysia (PPM). Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968, dan (Semakan)1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Rajaraja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional. 4.0 Sejarah Pengakap MALAYSIA


5.1 TUJUAN Pergerakan Pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan • Fahami dan bina perasaan cintakan Negara - Nyanyi lagu Negaraku/Negeri – kibar bendera - hormat bendera • Bentuk/melatih disiplin /sikap positif dan peraturan - peraturan yang baik • Mengingati semula asas atau asal usul berpengakap • Suburkan semangat persaudaraan dan perpaduan • Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan • Melatihkan diri taat akan Tuhan • Penghargaan kepada pemimpin 5.0 ISTIADAT RASMI PENGAKAP


5.2 Istiadat Mengibarkan Bendera Kedudukan Peserta : Dalam Bulatan Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang Perjalanan Upacara Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih 1. Petugas berdiri di tengah-tengah 2. Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia” , bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara 3. Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara 4. Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal 5. Petugas : (Beri arahan) Bendera 6. Petugas : (Bergerak menghadap bendera) 7. Pengibar bendera terus tarik tali bendera 8. Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik 9.


5.2 Istiadat Mengibarkan Bendera 10. Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera 11. Petugas : “Negara ku” - semua menyanyi 12. Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap” 13. Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia 14. Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan 15. Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri” 16. Jurulatih bertugas : mulakan tugas 17. Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris”


5.3 Istiadat Menurunkan Bendera Kedudukan Peserta : Dalam bulatan Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera menghadap peserta Perjalanan Upacara Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia” 1. Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua menghadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera 2. Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak menghadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan 3. Petugas : (beri arahan) “Doa” - “Ap” - angkat tangan. 4. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap” - turun tangan 5. Petugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai” 6.


5.4 Laung Agung Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap. Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan : Akela berteriak PEK ! (bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). a. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. b. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. c. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. d. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. e. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). f.


5.5 Istiadat Penyampaian Lencana Kemajuan Lencana disediakan di dalam dulang dan dibawa oleh Penolong Pemimpin. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu 1. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera 2. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan) 3. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima 4. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 5. 6 Akela menyematkan lencana . Lencana Kemajuan di kiri lengan baju 7. Lencana Kepandaian di kanan lengan baju 8. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 9. 10.PKK tabik hormat Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana 11. PKK balik ke sekawan masing-masing 12.


5.6 Istiadat Melantik PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia. 1. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan 2. Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela . 3. Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya. 4. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian 5. Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak” 6. 7.PKK baru : “Ya, Akela” Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap” 8. 9.PKK baru : “Ya, Akela”


5.7 Istiadat Meningkat Naik Istiadat Meningkat Naik akan diadakan atas faktor seperti yang berikut : apabila Pengakap Kanak-kanak meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Muda; apabila ahli Pengakap Muda meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Remaja; dan ahli Pengakap Remaja meningkat naik untuk menjadi ahli Pengakap Kelana. Prosedur pelaksanaan : PKK dalam PEK dan PM dalam TRUP berdiri dalam bentuk ladam kuda berhadapan di antara satu sama lain. 1. Pemimpin PKK/Akela memulakan istiadat dengan membuat Istiadat Laung Agung dalam kawasan PKK. Setelah selesai, Pemimpin/Akela mara ke garisan pemisah di antara PKK dan PM. 2. Manakala Pemimpin PM pula memberikan arahan, “TRUP! TRUP… SEDIA!” Setelah Trup dalam keadaan SEDIA, Pemimpin PM/Akela menerangkan dengan ringkas tujuan Istiadat Meningkat Naik diadakan. 3.


5.7 Istiadat Meningkat Naik 4. Pemimpin PKK/Akela memanggil PKK yang akan meningkat naik bergerak ke garisan pemisah. PKK yang meningkat naik akan: Bergerak satu langkah ke hadapan, kanan pusing dan terus bersalam dengan PEK; Bergerak ke garisan pemisah dan berhenti di hadapan Pemimpin PKK/Akela; Pemimpin PKK/Akela memberikan pesanan terakhir kepada PKK; PKK mengucapkan terima kasih atas tunjukan ajar Pemimpin dan Penolong Pemimpin sepanjang berada di dalam PEK; PKK bersalaman dengan Pemimpin PKK/Akela, Penolong Pemimpin dan PEK; Akhirnya, Pemimpin/Akela memimpin PKK melangkah garisan (tali) pemisah dengan menggunakan tangan kiri lalu menyerahkan PKK kepada Pemimpin PM/Akela dan Ketua Patrol yang sedang menunggu dalam kawasan PM.


5.7 Istiadat Meningkat Naik 5. Setelah melangkah masuk ke dalam kawasan PM: Pemimpin PM/Akela menyambut dengan mengucapkan “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu. a. Adik Baharu memberikan Tabik Hormat Pengakap kepada Pemimpin PM/Akela dan kemudian bersalam dengan beliau; Pemimpin PM/Akela menyerah Adik Baharu kepada Ketua Patrol; b. Ketua Patrol membawa Adik Baharu ke dalam Patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli. c. Setelah semua selesai, Trup memberikan sorakan pengakap atau ‘Yell’ yang berbunyi “SELAMAT DATANG” kepada Adik Baharu dan secara rasminya Adik Baharu telah diterima menjadi ahli PM. d. 6. Pemimpin PKK/Akela mengarahkan PEK membuat Laung Agung penutup sebagai tanda Istiadat Meningkat Naik tamat dengan berteriak “BERSURAI!”


6.0 CARTA ORGANISASI PENGAKAP


7.0 KAEDAH PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan Jenis Borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. Contoh Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Contoh Borang PPM 1A (Pendafataran Anggota)


Yuran Pendaftaran Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: Tauliah Sementara Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain. . 7.0 KAEDAH PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP


Kegiatan Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat Bilik Perjumpaan Carta Organisasi Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat) Buku-buku rujukan Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ ikatan dan simpulan) Peralatan latihan Peralatan perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat 7.0 KAEDAH PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP


8.0 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


8.0 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


8.0 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


8.0 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


8.0 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


KEPENTINGAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS TUJUAN Menyelamatkan nyawa Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan magsa dalam situasi mengancamnyawa seperti pendarahan yang banyak dan jantung terhenti. Mengurangkan kesakitan Beri keselesaan, keyakinan serta kata-kata semangat untuk memberikan keselesaankepada pesakit. Mengelakkan kecederaan atau keadaan menjadi semakin teruk Memberi rawatan yang betul dan pantas untuk mengelakkannya daripadabertambah teruk. Sebagai persediaan sebelum diambil oleh Doktor Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik sahaja sampai di tempatkejadian. PRINSIP Utamakan keselamatan Jangan mengambil tindakan bahaya untuk menyelamatkan nyawa mangsa. Sekiranya tindakan tersebut masih dilakukan, hanya akan menjadi beban tambahankepada orang lain. Berikan pertolongan setakat yang termampu Ahli Pertolongan Cemas bukanlah profesional. Oleh itu, lakukan sekadar yangmampu sahaja kerana kemungkinan tindakan yang berlebihan dan tidak pasti hanya akan memburukkan lagi keadaan. Kadang kala hanya berada di sisi mangsa,menenangkannya dan memberikan kata-kata semangat sudah mencukupi. 9.0 PERTOLONGAN CEMAS


Seboleh-bolehnya tidak perlu memindahkan mangsa, beri pertolongan cemas ditempat kejadian Jika keadaan kawasan tersebut bahaya dan dapat mendatangkan mudarat kepadamangsa dan orang yang memberikan bantuan, maka, mangsa boleh dipindahkan ditempat yang selamat dan berdekatan sebelum pertolongan cemas diberikan. Sentiasa jaga kehormatan mangsa Jangan sewenang-wenangnya membuka pakaian mangsa untuk memeriksakecederaan atau untuk menjalankan CPR. Pertolongan seharusnya diberikansetakat yang boleh tanpa melampaui batas terutama kepada mangsa yang berlainan jantina. PERATURAN-PERATURAN SEMASA MEMBERIKAN PERTOLONGAN CEMAS Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakititu Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannyasahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mulamemerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. Membuat dan memberi laporan 9.0 PERTOLONGAN CEMAS


TUGAS-TUGAS AHLI PERTOLONGAN CEMAS Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsaterhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan. Elak mangsa dari mengalami renjatan. Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman. Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang. Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau Balutansupaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak. Atur bantuan agar mangsamen dapat rawatan perubatan. 9.0 PERTOLONGAN CEMAS


9.0 PERTOLONGAN CEMAS PETI PERTOLONGAN CEMAS Kotak First aid kit atau peti pertolongan cemas merupakan salah satu perkarapenting yang perlu ada di kebanyakan tempat kerana seseorang itu bolehmemberikan rawatan awal kepada pesakit sebelum sampai ke klinik ataupunhospital. Bahkan dengan rawatan yang betul, sesuatu kecederaan yang tidak serius tidakmemerlukan untuk dibawa berjumpa dengan doktor jika anda sendiri tahu untukmerawatnya dan mempunyai kelengkapan first aid kit yang mencukupi


9.0 PERTOLONGAN CEMAS ANDUH & BALUTAN Balutan Anduh berfungsi untuk mengampu & merehatkan anggota atas serta menjauhkan anggota atas daripada menarik atau menggerakkan dada, bahu & leher. Ikatan Simpul Sila digunakan bagi mengikat baluatan balutan anduh FUNGSI ANDUH Mengampu tangan atau pun pergelangan yang tercedera Menahan darah Membalut bahagian cedera/patah


9.0 PERTOLONGAN CEMAS JENIS BALUTAN ANDUH Baluran Kepala Balutan Dada Balutan Lengan Balutan Siku Balutan Lutut


9.0 PERTOLONGAN CEMAS JENIS BALUTAN ANDUH Balutan Tangan Balutan Paha Balutan Kaki


10.0 SIMPULAN/IKATAN SIMPULAN BALAK Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besarsupaya tidak licin BUNGA GETI Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal TINDIH KASIH impulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut,dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga


10.0 SIMPULAN/IKATAN SIMPUL MANUK Untuk mengikat tali pada tiang/balak Untuk mematikan ikatan ke pokok/pacing Untuk memulakan dan mematikan Ikatan Seraya, Ikatan Silang Gunting, dan lilit kacang Untuk mengikat tali bot/sampan semasa berlabuh BELIT mengikat tali pada khemah/ tiang/ pokok supaya tidak lucut BUKU SILA Untuk menyambung 2 tali yang sama besar Mengikat khemah yang sudah dilipat Mematikan ikatan semasa membuat anduh/pertolongan cemas Mudah dibuka


10.0 SIMPULAN/IKATAN LILIT KACANG Mengikat kayu buluh semasa membuat gajet supaya lebih kemas dan ketatdan kuat IKATAN SERONG Merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh bersilang Membuat gajet Dimulakan dengan simpul balak dan dimatikan dengan simpul manuk IKATAN SERAYA Mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang Membina jambatan Menara atau aktiviti pioneering/gajet Dimulakan dan dimatikan dengan simpul manuk


11.0 GAJET/PIONEERING DAPUR FUNGSI Memudahkan untuk meletakkan alatam dapur supaya tersusun Memudahkan kerja menyiapkan masakan CARA Menggunakan ikatan Simpul manuk Ikatan seraya Ikatan lilit kacang FUNGSI digunakan sebagia tempat makan untuk ahli sekawan CARA Menggunakan ikatan Simpul manuk Ikatan seraya Ikatan lilit kacang MEJA MAKAN FUNGSI digunakan untuk meletakkan pelbagai barang yang digunakan sepanjang perkhemahan CARA Menggunakan ikatan Simpul manuk Ikatan seraya Ikatan lilit kacang PARA


11.0 GAJET/PIONEERING FUNGSI untuk memastikan tapak perkhemahan bersih, tersusun dengan rapi dan kemas. CARA Menggunakan ikatan Simpul manuk Ikatan seraya Ikatan lilit kacang TEMPAT LETAK KASUT FUNGSI untuk menggantung bendera kumpulan ataupun unit kecil dan sebagainya semasa perkhemahan CARA Menggunakan ikatan Simpul manuk Ikatan seraya Ikatan lilit kacang TIANG BENDERA FUNGSI Sebagai pintu masuk ke tapak perkhemahan ahli sekawan sekaligus menjadi penanda tapak perkhemahan CARA Menggunakan ikatan Simpul manuk Ikatan seraya Ikatan lilit kacang silang tungku lilit balak PINTU GERBANG


Click to View FlipBook Version