MESYUARATAGUNGTAHUNANKE25 10.00AM 10JULAI2021 K E L A B O R A N G G U N U N G K U A L A L U M P U R ( O G K L )
ISI KANDUNGAN NO PERKARA M/S 1 Ucapan Alu-aluan Penasihat 2 Ucapan Alu-aluan Pengerusi 3 Tentatif Mesyuarat Agung Tahunan Ke-25 2021 4 Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab 2020/2021 5 Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 2020..........1-2 6 Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 2020..................................3-6 7 Laporan Aktiviti Anjuran OGKL Tahun 2020….....................…............7-9 8 Akaun Pendapatan Dan Perbelanjaan Tahun 2020 & Senarai Aset Bagi Tahun 2020.........................................................................10-15
UCAPAN ALU-ALUAN P ENASIHAT OGKL Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera….. Bismillahhirrahmannirrahim..... Syukur ke hadrat Allah SWT yang masih memberikan kita nikmat hidup hingga ke hari ini. Bersyukur juga atas kurniaNya, hingga kesaat ini kita masih lagi kekal dalam satu komuniti dan masih bersama dalam meneruskan minat berekreasi. Tempoh dua tahun ini amat kritikal untuk kita apabila seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19 yang menyaksikan puluhan juta manusia dijangkiti, manakala hampir 4 juta kematian dilaporkan diseluruh dunia. Segala kegiatan ekonomi seperti perkilangan, pembuatan, perladangan dan pelancongan juga lumpuh. Tidak terkecuali aktiviti-aktiviti rekreasi juga turut terkesan semenjak dari Mac 2020. Tahun 2021, menjadi sejarah untuk OGKL apabila menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-25 secara maya. Untuk penggiat rekreasi seperti kita, ini adalah norma baru yang harus diikuti bagi mematuhi panduan yang telah di gariskan oleh kerajaan bagi mengelakkan jangkitan virus secara berterusan. Mungkin sesuatu yang agak janggal untuk kita yg biasa bersosial secara bersua muka berubah ke alam maya. Namun itulah realiti yang harus kita lalui kini. Dalam tempoh pandemik, tidak banyak aktiviti yang dapat kita lakukan pada tahun 2020 dan 2021 ini. Namun inisiatif dari penggiat-penggiat rekreasi yang menggunakan Webinar secara maya sebagai medium perkongsian pengalaman dan aktiviti-aktiviti berkaitan rekreasi amat memberangsangkan! Mungkin ini masa yang sesuai bagi pencinta-pencinta rekreasi untuk menimba sebanyak mungkin ilmu/teori/perkongsian pengalaman sebelum situasi kembali pulih seperti dahulu. Setelah berakhirnya pandemik ini, in shaa Allah kita akan kembali semula dalam aktiviti rekreasi dengan lebih yakin dan bersedia. Cabaran yang datang kita perlu hadapi dengan tenang. Masa yang ada bersama keluarga amat bernilai untuk dimanfaatkan bersama. Mungkin sebelum ini keluarga sering kita tinggalkan selama beberapa hari mahupun beberapa minggu ketika melakukan aktiviti mendaki gunung. Zaman pandemik ini satu kesempatan terbaik untuk bersama keluarga dan jiran-jiran terdekat serta untuk refleksi diri.
Sesuatu yang kita tidak dapat lakukan dulu mungkin kita dapat lakukan sekarang ini. Untuk sahabat-sahabat OGKL jangan segan dan jangan malu untuk berkongsi sebarang masalah yang dihadapi ketika ini. Mungkin dengan berkongsi masalah, ianya dapat membantu meredakan tekanan yang dihadapi di rumah mahupun ditempat kerja serta mendapat bantuan yang bersesuaian dari rakan-rakan pendaki sendiri. OGKL adalah satu komuniti. Sejak hampir 28 tahun ini berbagai gunung telah didaki, berbagai lembah telah dituruni bersama. Yang bujang telah berumahtangga, yang berkahwin telah pun beranak pinak manakala pendaki veteran kita telah pun ada yang bercucu. Namun semangat kebersamaan tidak pernah luntur walau usia dimamah masa. Sokongan dari dulu hingga kini menjadi bukti bahawa pendakipendaki dalam OGKl bukan pendaki bermusim atau pendaki biasa-biasa. Kita telah mengukir satu sejarah bersama dalam menjadikan OGKL kelab yang dinamik dan relevan sejak berzaman. Semoga ukhuwah kita ini akan diteruskan selagi hayat di kandung badan Kepada rakan-rakan yang dipilih menerajui OGKL untuk tahun-tahun seterusnya, diharapkan agar sentiasa menjaga nama baik kelab, memberikan komitmen yang terbaik serta memegang tanggungjawab sebagai satu amanah yang perlu dijayakan sebaik mungkin. Anggaplah mandat yang diberikan oleh ahli itu sebagai satu amanah yang besar, juga sebagai fardu kifayah yang perlu dijayakan secara tulus dan ikhlas. Akhir kata, saya mendoakan agar komuniti OGKL akan terus berkembang untuk masa-masa yang akan datang disamping terus melaksanakan aktiviti rekreasi yang berkualiti untuk semua pencinta kegiatan luar! Buat masa ini, #staysafe #stayathome “Mendaki gunung adalah perjalanan untuk meninggalkan kesombongan diri kerana dengan ini, kita jadi faham bahawa di atas yang tinggi (puncak) masih ada yang lebih tinggi (awan & langit)” -Khazanah Alam Warisan RekreasiSalam Rekreasi, Deeno@Zainuddin Lot
UCAPAN ALU-ALUAN P ENGERUSI OGKL Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera “Kita tak pasti apa ada di hadapan, tapi kita yakin pasti ada jalan.” “Kadang, kita menemukan teman, sahabat atau cinta di tempat yang tidak kita duga.” “Cabaran ketika melihat alam, adalah jambatan terunggul yang mendekatkan persahabatan.” “Jangan ejek dia!!! Dia kawan saya!!!” Itu adalah antara frasa-frasa hebat, oleh sahabat-sahabat terhebat, yang pernah mahupun masih menyanjung, menyentuh dan menjiwai intipati perjuangan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur. Menyelaputi sebahagian besar falsafah dan kepercayaan yang dipegang erat sejak 1993 dahulu. Hanya bermula dari secebis minat yang disemai melalui rahmat persahabatan, dan dibajai sedikit rencah kerjasama, perjuangan, pengorbanan dan juga asam-garam kecelaruan senda-gurau. Walau apa pun, ramuannya adalah persahabatan. Tidak akan berdiri kelab selama ini kalau bukan persahabatan yang menjadi benang utuh kepada kekoyakkan akal di cerun gunung-ganang, yang menjadi titian ketika kecelaruan ideologi bertentang, dan yang menjadi memento kepada kekosongan jiwa semasa pulang kerja petang. Kalian-kalian yang pernah berdiri bersama, jatuh bersama, gigil bersama, lapar-haus bersama, mahupun bosan-pisang bersama; walau tidak lama, walau hanya satu ‘trip’, walau hanya satu ‘day-trip’, walau mungkin sudah tiada lagi jalur rangkaian yang mendefinisakan persahabatan, kalian tetap adalah sebahagian dari sahabat OGKL. Bakti, sumbangan dan kesudian kalian tetap terpahat kekal sebagai satu pasak yang menyokong keutuhan kelab selama ini dan sejauh ini. Tahun 2020 dan 2021 adalah tahun yang sangat mencabar untuk kita semua. Kesan penularan pandemik Covid-19 melanggar semua lapangan yang dunia ketahui. Sedangkan norma kehidupan seharian pun boleh terkesan, apatah lagi sektor kegiatan aktviti ‘outdoor’. Sebagai salah satu penganjur aktiviti riadah luar, Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur juga tidak terlepas daripada terkesan dari segi ekonomi dan sosial. Dan harus diakui, keutuhan kelab sebagai sebuah organisasi juga teruji di waktu yang serba mencabar ini.
Namun, InsyaAllah, dunia akan pulih, negara akan pulih, masyarakat akan pulih. Sektor kegiatan riadah luar yang kita sayangi ini juga akan pulih, cepat atau lambat. Mohon teruskan sokongan kepada kelab, apabila tiba waktu untuk bangkit aktif semula apabila semuanya kembali kepada norma lama nanti, insyaAllah. Semoga setiap apa yang kita lakukan untuk kelab selama ini diberkati Allah dan ikatan ukhuwah kita akan terus berkekalan dan tersimpul rapi untuk kita bersamasama meneruskan perjuangan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. Waallahua’lam. 'Khazanah Alam Warisan Rekreasi” Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini
T ENTAT I F MESYUARAT 9:30 AM Pendaftaran dan kehadiran ahli-ahli 10:15 AM Ucapan Aluan Pengerusi Majlis dan Doa Pengesahan untuk Memulakan Mesyuarat Ucapan Penasihat Kelab Ucapan Pengerusi Kelab Pengesahan Minit Mesyuarat Tahunan ke 24 Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab 2020 Pembentangan Laporan Kewangan Kelab 2020 11:15 AM Rehat 11:25 AM Pembentangan Usul dan Hal-hal Berbangkit 11:45 AM Pembubaran Jawatankuasa 2020/2021 Pemilihan Jawatankuasa 2021/2022 Perlantikan Juruaudit 12:30 PM Sesi Bergambar dan Majlis Bersurai
SENARAI AJK KE LAB 2020/2021 Penasihat : Zainuddin Bin Lot Pengerusi : Ahmad Zulfadli Bin Ahmad Husaini Naib Pengerusi : Rosmawati Binti Hamzah Setiausaha : Mohamad Alif Mu’adz Bin Amrus Bendahari : Mustafa Kamal Bin Saedon Ahli Jawatan Kuasa Utama: 1. Mohamad Khalili Bin Zakaria 2. Mohd Khairul Nizam Bin Ismail 3. Muhammad Azim Bin Abdul Jalil 4. Siti Fatimah Binti Meskam 5. Khairunnisa Binti Muhammad Ahli Jawatan Kuasa Sokongan: 1. Muhammad Syahmi Bin Shamshun Baharin 2. Amir Abidin Bin Md Bashah (Web Master) 3. Mohamad Sofian Bin Abdul Wahab 4. Jumiati Binti Jasuri 5. Mazrizal Bin Mohd Tajuddin 6. Habsah Binti Harun Juruaudit: 1. Nor Faira Binti Mokhtar 2. Nurfarhana Binti Amiruldin
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 1 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-24 2020 TARIKH : 8 MAC 2020 TEMPAT : BILIK KULIAH 1, INSTITUT SOSIAL MALAYSIA NO NAMA PENUH 1 MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ISMAIL 2 NURFARHANA BINTI AMIRULDIN 3 AHMAD ZULFADLI BIN AHMAD HUSAINI 4 ZAINUDIN BIN LOT 5 ABDUL JALIL BIN ABDUL HAMID 6 AHMAD QOIS BIN ZAWAWI 7 MOHAMAD ZAHID BIN HASHIM 8 NORSHARAINI BINTI RAMLI 9 KHAIRINAH BINTI CHUMARI 10 AFIF BIN CHE EMBI 11 MUHAMMAD SHAHMI BIN SHAMSHUN BAHARIN 12 MOHD HAFEZ BIN ZULKEFEY 13 MOHD KHALILI BIN ZAKARIA 14 ZAIDATUL FARHANA 15 BASEK SARINA BACHOK 16 MOHAMAD ALIF MU’ADZ BIN AMRUS 17 MAZRIZAL BIN MOHD TAJUDDIN 18 MOHD SHUKRI BIN GHAZALI 19 SURAYA BINTI WAN MOHAMAD YUSOF 20 MOHAMMAD HAZIQ 21 NORZILA ABDUL RAZAK 22 AMIR ABIDIN 23 KHAIRUDDIN BIN MOHD NOOR 24 NURUL FAIRUZ STILA BINTI NORDIN 25 AHMAD ZAKI BIN ABDUL HALIM 26 WAN AHMAD FAUZI 27 MUHAMMAD NAJIB BIN ABDUL RAZAK 28 ZALEHA HAJI ABU SAMAH 29 ROSMAWATI HAMZAH 30 KHAIRUNNISA MUHAMMAD 31 AHMAD FAHIM BIN MUHAMED 32 FARAH QISTINA BINTI RUKMANUDDIN 33 NUR FAIRA BINTI MOKHTAR 34 SITI HAFIZAH BINTI AHMAD 35 SAFIAH BINTI BAHARIN 36 SAFIYYAH AMIRA HANIS 37 MOHD YASSIN ISHAK 38 SYAIRAH DIYANA BINTI MALEK 39 MUHAMAD AZIM BIN ABDUL JALIL 40 SHARIMAH SALLEH 41 NORSAFRINA SHAMSIR 42 PUTERI NUR KASIH
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 2 43 SITI FATIMAH BINTI MESKAM 44 HADZREY OTHMAN 45 MUSTAFA KAMAL BIN SAEDON
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 3 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-24 2020 Tarikh : 8hb Mac 2020 Hari : Ahad Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Kuliah 1, Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur Hadir : Penasihat : Zainudin Bin Lot Pengerusi : Ahmad Zulfadli Bin Ahmad Husaini Setiausaha : Mohamad Alif Mu’adz Bin Amrus Bendahari : Mustafa Kamal Bin Saedon AJK : Mohd Khairul Nizam Bin Ismail : Muhammad Azim Bin Abdul Jalil Juru Audit 1 : Mohd Hafez Bin Zulkefey Webmaster : Amir Abidin Bin Md Bashah Tidak Hadir : N. Pengerusi : Shahruizwan Bin Sharudin Juru Audit 2 : Faiz Zaidan Bin Ali AJK : Izwan Muhammad Bin Shukor : Nur Atina Binti Mohamad Razali : Mohd Shamil Bin Samad Ahli hadir : 45 orang Jumlah ahli : 70 orang Mula : 10:00 pagi 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pengerusi majlis iaitu Sdri. Nurfarhana Amiruldin. 2.0 Bacaan Doa Majlis kemudiannya diselangi dengan bacaan doa pembuka majlis dari Sdr. Muhammad Shahmi Syamsun. 3.0 Ucapan Penasihat 3.1 Penasihat Kelab, Sdr. Zainuddin Lot mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dan menyokong OGKL. Beliau menyatakan perasaannya yang sentiasa teruja untuk bersama rakan-rakan OGKL. Katanya walaupun sudah jauh berjalan ke luar negara dengan pelbagai orang namun perasaan itu sangat istimewa kerana kita tidak mampu melupakan asal kita. Untuk kekal pada satu jangkamasa yang lama merupakan satu pencapaian OGKL yang perlu dibanggakan. Bukan sekadar kekal pada nama dan logo, namun kekal pada momentum penganjuran aktiviti yang semakin rancak pada usia OGKL yang semakin matang memberikan signifikan tersendiri kepada OGKL dalam membina legasi dalam dunia rekreasi di negara ini.
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 4 3.2 Keselamatan perlu dititikberatkan dalam aktiviti dalam aktiviti luar seperti yang dijalankan oleh kelab. Memang tidak dapat dinafikan kerana aktivi kita memang sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko yang tak terjangka. Saudara Zainuddin Lot menceritakan kisahnya di Aconcagua yang melibatkan keselamatan setelah berusaha bersungguh-sungguh. Keselamatan paling utama. Tidak ada guna sekiranya kita sampai ke puncak, tetapi ahli peserta kita tercedera. 3.3 Kejayaan tidak datang dengan bergolek, tidak juga datang tanpa tiada sebarang usaha dari pengurusan kelab dan ahli. Usaha yang dibentuk secara bersama serta perkaitan rapat antara ahli dan pengurusan kelab menjadikan setiap penganjuran aktiviti kelab sentiasa mengikut selera dan citarasa semua. Usaha untuk mengenalpasti kemahuan dan kehendak ahli dari segenap penjuru pula menjadi satu perkara hebat didalam OGKL untuk kekal relevan 3.4 Perjuangan pendaki-pendaki terdahulu dalam mengasaskan OGKL ini pada tahun 1993 dahulu, telahpun menjadi titik tolak penting kepada kejayaan kita pada hari ini. Biarpun telah menjadi sejarah, namun sebagai pendaki generasi baru, jangan sekali-kali kita lupa tentang jatuh bangun OGKL sebelum sampai ke tahap ini. Banyak ranjau dan duri yang akan berterusan menanti sekiranya kita tidak mengambil iktibar atas segala yang pernah berlaku didalam OGKL dalam mengharungi jatuh dan bangun kelab ini. Hanya sokongan berterusan dan berteraskan keikhlasan sahaja yang mampu memastikan kejayaan yang ada sekarang ini kekal dan dipertingkatkan ke tahap seterusnya. 3.5 Kepada rakan-rakan yang dipilih menerajui OGKL untuk tahun-tahun seterusnya, diharapkan agar sentiasa menjaga nama baik kelab, memberikan komitmen yang terbaik serta memegang tanggungjawab sebagai satu amanah yang perlu dijayakan sebaik mungkin. Anggaplah mandat yang diberikan oleh ahli itu sebagai satu amanah yang besar, juga sebagai fardu kifayah yang perlu dijayakan secara tulus dan ikhlas. 3.6 Beliau mendoakan agar komuniti OGKL akan terus berkembang untuk masa-masa yang akan datang, sentiasa menjaga keselamatan semasa melakukan kegiatan luar disamping terus melaksanakan aktiviti rekreasi yang berkualiti untuk semua pencinta kegiatan luar! “Lihat dunia dari mata burung, bukan lihat dari dalam tempurung” 4.0 Ucapan Pengerusi 4.1 Pengerusi Kelab, Sdr. Ahmad Zufadli Ahmad Husaini menyatakan kesyukuran atas kehadiran semua ahli pada kali ini. Kredit diberikan kepada AJK-AJK 2019/2020 yang bertungkus-lumus sepanjang sesi dalam usaha membawa legasi kelab ke depan. Mohon AJK dan ahli-ahli lama dapat bertanya khabar dalam memberi semngat dan tips kepada AJK semasa supaya mereka rasa bersemangat dan dapat meningkatkan pengatahuan dan prestasi dalam memajukan kelab. 4.2 Era ini merupakan satu masa yang mencabar dalam meneruskan aktiviti seperti ini. Bukan kita sahaja yang kekurangan sokongan dari pendaki baru, malah kelab-kelab lain juga berhadapan dengan cabaran yang sama. Memang tidak dinafikan untuk menghidupkan kelab dengan ikatan persaudaraan dan persahabatan. Semailah persahabatan di antara kita supaya kita bukan sekadar bergembira semasa aktiviti sahaja. 5.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung ke 24/2020 dan Laporan Aktiviti 2019 Dibentangkan oleh : Mohamad Alif Mu’adz Bin Amrus Disahkan oleh : ‘Afif Bin Che Embi Disokong oleh : Mohd Haziq Bin Yahya
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 5 6.0 Pembentangan Laporan Aktiviti 2019 Dibentangkan oleh : Mohamad Alif Mu’adz Bin Amrus 7.0 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan 2019 Dibentangkan oleh : Mustafa Kamal Bin Saedon Disahkan oleh : Abdul Jalil Bin Abdul Hamid Disokong oleh : Ahmad Zaki Bin Abd Halim 8.0 Tayangan Video Memaparkan aktiviti-aktiviti kelab bagi tahun 2019 ditayangkan kepada hadirin. 9.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru dan Pemeriksa Kira-Kira 2020 Ahli Jawatankuasa bagi tahun 2019 dibubarkan. Keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baru bagi tahun 2020 adalah seperti berikut: Penasihat : Zainuddin Bin Lot Pengerusi : Ahmad Zulfadli Bin Ahmad Husaini Naib Pengerusi : Rosmawati Binti Hamzah Setiausaha : Mohamad Alif Mu’adz Bin Amrus Bendahari : Mustafa Kamal Bin Saedon Ahli Jawatan Kuasa: 1. Mohamad Khalili Bin Zakaria 2. Mohd Khairul Nizam Bin Ismail 3. Muhammad Azim Bin Abdul Jalil 4. Siti Fatimah Binti Meskam 5. Khairunnisa Binti Muhammad Juruaudit: 1. Nor Faira Binti Mokhtar 2. Nurfarhana Bte Amiruldin Web master: 1. Amir Abidin Bin Md Bashah 10.0 Usul/ Hal-hal Berbangkit 10.1 Mantan Pengerusi kelab, Sdr. ‘Afif Che Embi memberitahu trend keahlian kelab OGKL. Rasanya keadaan ini perlu ditukar syarat keahlian dari tiga keahlian kepada satu atau tanpa pernah mengikuti trp kelab. Tindakan: Sdr Zulfadi menyatakan kerana mentality pendaki yang tidak ingin mendaki dengan organisasi. Cabaran kepada dunia pendaki bukan kepada kita malah kepada kelab lain juga. Kelonggaran untuk menjadi ahli boleh dikurangkan, tetapi kita masih perlu cari satu keistimewaan yang kita boleh berikan kepada ahli baru. AJK baru diharapkan dapat memberikan solusi kepada isu ini. 10.2 Saudara Zainuddin Lot, mencadangkan agar kita kena sentiasa wujudkan persaudaraan antara rakan-rakan pendaki baru. Membuat mereka rasa,”they belong to the Club”. Sesi Teh Tarik pada Jumaat malam yang dikembalikan patut diteruskan agar dapat dikekalkan ikatan persahabatan di antara ahli lama dan ahli baru.
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 6 Tindakan: Sdr Abd Jalil juga mencadangkan agar kita mulakan dari diri kita sendiri. Cuba ajak rakan-rakan baik kita dahulu untuk menjadi ahli yang komited kepada kelab. 10.3 Sdr. Zaleha Abu Samah, mencadangkan agar kita mengadakan kem ”Basic Outdoor” kepada ahli-ahli atau peserta baru agar dapat meningkatkan minat dan pengetahuan mereka kepada aktiviti kelab. Bagi kanak-kanak pula, kita boleh adakan program asas perkhemahan memandangkan ahli-ahli kita sudah mempuntyai ramai anak-anak yang semakin membesar. Manakala bagi orang-orang lama pula diadakan pertandingan Bowling. Tindakan: Sdr. Zulfadli menerangkan kita dalam proses menyusun program-program yang melibatkan pelbagai kategori pendaki dan permintaan ahli kelab. Contohnya program pendakian yang boleh dibuat satu hari tetapi dijadikan aktiviti bermalam untuk mendedahkan peserta kepada asas aktiviti mendaki dan berkhemah. 11.0 Perutusan Pengerusi Kelab Pengerusi yang masih diberi kepercaayaan sebulat suara memberi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua hadirin. Syabas kepada barisan kepimpinan yang baru dilantik. Pengerusi mengharapkan ahli-ahli dan AJK-AJK yang baru dilantik terus menyokong aktiviti kelab. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:00 petang dan diakhiri dengan sesi bergambar beramairamai. Sekian. Disediakan oleh: Disahkan oleh: …………………………………… …………………………………… Mohamad Alif Mu’adz Bin Amrus Ahmad Zulfadli Bin Ahmad Husaini Setiausaha Pengerusi Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur. Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 7 LAPORAN AKTIVITI 2020 Sepanjang tahun 2020, Kelab OGKL telah berjaya melaksanakan beberapa aktiviti melibatkan pusat tumpuan pendaki di serata negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Sabah. Pihak ajk kelab mencorakkan kepelbagaian jenis ekspedisi dalam konteks tempoh bilangan hari ekspedisi dan tahap kesukaran denai yang perlu dilalui walaupun agak terkekang dengan masa yang terhad kesan penularan virus Covid-19 di Malaysia. Senarai dan ringkasan perjalanan adalah seperti berikut:- 1 Ekspedisi Trans Bukit Payung & Trans Gunung Banang, 4 Jan 2020 Ketua Ekspedisi: Azim Pembantu Ketua Ekspedisi: Mustafa (Kem)/Rosmawati (Cikgu) Jumlah Peserta: 18 orang Jurupandu: Sem (pendaki tempatan) Laporan: Ekspedisi santai disertai peserta dari JB, KL, Kedah dan Kuantan. Bermula dengan pendakian seawal jam 7.00am dan berakhir jam 10.30am ke Bukit Payung di Parit Raja dan sesi petang mendaki ke Gunung Banang di pinggir bandar Batu Pahat melalui denai hutan mengambil masa pergi dan balik selama 2 jam 30 minit. 2 Ekspedisi Trans Gunung Telapak Buruk - Gunung Berembun, 18 Jan 2020 Ketua Ekspedisi: Mustafa (Kem) AJK kelab terlibat: Ijam, Wawan, Aliani (Kuak), Sofian (Parok) Jumlah Peserta: 28 orang Jurupandu: Razman (PMGM) Laporan: Kedudukan titik mula yang mesra pendaki menjadikan puncak tertinggi di Negeri Sembilan ini menjadi sasaran ramai pendaki termasuk OGKL. Memulakan perjalanan ke puncak G. Telapak Buruk jam 9.30am menaiki lori seterusnya melalui laluan menurun dan singgah sebentar di tapak pesawat terhempas. Perjalanan diteruskan ke G. Berembun yang masih mempunyai Beirut yang utuh dan berakhir di pondok Ranger Pantai Negeri Sembilan jam 6.30pm. 3 Ekspedisi Gunung Angus, 8 Feb 2020 Ketua Ekspedisi: Rosmawati (Cikgu) AJK kelab terlibat: Shahru, Amir, Mazrizal (Jant Rock) Jumlah Peserta: 23 orang Jurupandu: Cikgu Mohd Awi & seorang pembantu Laporan: Terletak di Hutan Simpan Tekam daerah Jerantut Pahang, Gunung Angus berketinggian 784m dan mempunyai beirut di puncaknya tidaklah popular dikalangan netizen pendaki. Perjalanan melalui jalan ladang sawit yang kurang selesa dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda selama 2 jam 30 minit mungkin menjadi puncanya. Jam 7.40am, para peserta memulakan perjalanan bermula di Masjid At-Taqwa Felda Kota Gelanggi 4 seterusnya menawan puncak pada jam 1.00pm. Pada jam 5.50pm, semua peserta telah selamat tiba di masjid tempat berkumpul.
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 8 4 Ekspedisi Gunung Sambau, 22 Feb 2020 Ketua Ekspedisi: Shahruizwan Sharudin AJK kelab terlibat: Rosmawati (Cikgu), Amir Jumlah Peserta: 23 orang Jurupandu: Ainul & Mat Kasim (PMGM) Laporan: Antara gunung yang baru diteroka di kawasan Ulu Slim dalam dearah Muallim, Perak. Berketinggian 1,110m dan boleh diakses melalui Pos Keding. OGKL ialah antara kumpulan terawal yang dapat merasai denai yang masih dara dan bersih dari sampah sarap. Perjalanan bermula dari Masjid Jamik Behrang Ulu dimana tempat bermalam peserta dan tiba di Pos Keding jam 9.00am. Pelbagai cabaran dan dugaan untuk sampai ke puncak mungkin kerana denainya yang masih baru. Papan tanda puncak diletakkan di sebatang pokok tepat jam 3.45pm. Jam 8.30pm semua peserta berjaya keluar ke titik mula pendakian. 5 Mesyuarat Agung Tahunan ke-24, 8 Mac 2020 Mesyuarat tahunan bertempat di bilik kuliah 1, Institut Sosial Malaysia dengan kehadiran seramai 45 orang ahli. 6 Perkhemahan Santai Kem Sungai Pertak, 5-6 September 2020 Aktiviti tertutup melibatkan barisan ajk kelab dengan keterlibatan beberapa alumni ajk kelab. Objektif perkhemahan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara ajk dan alumni ajk kelab sambal saling bertukar pendapat dan pandangan. 7 Ekspedisi Gunung Hijau, 20 September 2020 Ketua Ekspedisi: Habsah AJK kelab terlibat: Rosmawati (Cikgu), Amir, Sofian (Parok), Ijam, Syahmi (Mente) Jumlah Peserta: 30 orang Jurupandu: Uzair dan rakan-rakan (pendaki tempatan) Laporan: Terletak di kawasan pekan kecil Pusing mukim Kampong Gajah daerah Perak tengah, pendakian santai ini bermula dari Masjid India Muslim Ar-Rahman seterusnya menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui ladang sawit sebelum memulakan pendakian jam 9.30am. Telatah dan gelagat Pak Teh, ahli lama kelab amat mencuit hati peserta dengan gaya meregangkan otot yang melucukan. Tiada punca air menuju puncak. Semua peserta selamat sampai di ketinggian 543m jam 11.30am dan menamatkan pendakian jam 2.30pm. 8 Ekspedisi Gunung Kaingaran & Gunung Sinsing (Bonus ke Gunung Wakid & Gunung Alab, 11-16 September 2020 Ketua Ekspedisi: Alif AJK kelab terlibat: Fatimah (Times) Jumlah Peserta: 6 orang Jurupandu: Kyna, Dyph, Jefry (Jabatan Perhutanan daerah Tambunan) Operator tempatan: Oobah Venture Laporan: Penyediaan kos dan pengumpulan informasi dari salah seorang ahli kelab, Thinaraj yang juga ketua ekspedisi yang merintis laluan pendakian ke Gunung Kaingaran pada May 2018 telah dilakukan apabila laluannya dibuka pada umum pada bulan Julai 2019. Misi
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 9 menawan Gunung Sinsing dan Kaingaran yang ketinggiannya layak menjadi gunung ke 3 dan ke 5 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,603m dan 2,482m bermula dari Kota Kinabalu menuju ke balairaya Kg. Nupakan (tempat bermalam) dalam daerah Tambunan. Perjalanan berhenti seketika di RIC Tambunan bagi tujuan pendaftaran dan permit. Pendakian sejauh 40.4km (pergi dan balik) hanya bermula pada hari ke 2 menaiki kenderaan pacuan empat roda melalui jalan kebun/balak sehingga tiba di ‘drop point’. Pendakian diteruskan sehingga ke pintu rimba dan terus mencanak naik hingga ke kem Sinsing yang berada di lereng untuk bermalam. Seawal jam 4.00am dengan kedinginan suasana kem yang berketinggian 2300m, semua peserta bingkas bangun dan bersiap untuk ke puncak Gunung Sinsing. Semua peserta berjaya sampai di puncak G. Sinsing pada jam 6.15am dan meneruskan pendakian ke G. Kaingaran melalui 12 puncak tipu. Kesemua peserta sampai di puncak G. Kaingaran jam 12.10pm dan peserta akhir tiba di kem sensing jam 9.00pm. Hari ke 4 ialah perjalanan keluar dari Kg. Nupakan seterusnya menuju ke homestay Kg. Sunsuron, Tambunan untuk berehat dan bermalam. Hari ke 5 misi diteruskan menawan puncak Gunung Wakid 1,372m menggunakan laluan yang dirintis oleh jurupandu sendiri. Kawasan permulaan pendakian mempunyai pelbagai pilihan kerana jurupandu yang dipilih hanya akan dan boleh melalui laluan yang dirintis sendiri. Pendakian santai ke puncak G. Wakid melalui Bukit Susu, Bukit “rest point, dan berakhir dengan bukit yang bertanda dengan tanda salib. Perjalanan pulang ke Kota Kinabalu pada hari yang sama, kami berkesempatan melawat puncak Gunung Alab dengan menaiki kereta. Terdapat menara komunikasi sebagai penanda telah sampai ke puncak G. Alab berketinggian 1,951m yang terletak di Banjaran Crocker. Semua peserta bermalam di Masada Backpacker sebelum semuanya berpisah di KKIA pada keesokan harinya. 9 Ekspedisi Gunung Batu Masjid, 26 September 2020 Ketua Ekspedisi: Mustafa (Kem) AJK sokongan kelab terlibat: Sapek (Syafiq) Jumlah Peserta: 6 orang Jurupandu: Nizar & Ainul (Mountain Ad & PMGM) Laporan: Berketinggian 728m dan bermula di Kg Guar Manong di dalam daerah Kuala Kangsar Perak. Ekspedisi ini ialah penggantian kepada Ekspedisi Gunung Yong Yap (melalui Gepeh Hilir) yang terpaksa dibatalkan kerana masalah permit tidak dikeluarkan kerana perkhemahan bermalam masih tidak dibenarkan. Pendakian bermula jam 9.30am dan sampai di puncak jam 1.30pm. Terdapat sebuah batu besar berdekatan puncak. Pendakian berakhir jam 6.30pm.
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 10 AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020 PENDAPATAN YURAN KEAHLIAN (AHLI BARU & PEMBAHARUAN) 560.00 SUMBANGAN DARI AHLI OGKL 920.00 PENDAPATAN DARI JUALAN BAJU OGKL 973.20 PENDAPATAN DARI AKTIVITI 1602.89 Ekspedisi Trans Payung + Gunung Banang 270 Ekspedisi Gunung Berembun + Telapak Buruk 166.05 Ekspedisi Gunung Sambau 195.55 Ekspedisi Gunung Angus 455.35 Ekspedisi Gunung Kaingaran 45.79 Ekspedisi Gunung Batu Masjid 167.50 Ekspedisi Gunung Hijau 302.65 JUMLAH PENDAPATAN 4056.09 PERBELANJAAN PERBELANJAAN PENGURUSAN 498.80 (MESYUARAT BULANAN AJK) PERBELANJAAN AGM KE-23 1662.80 (RM1662.80 SUMBER DARI AKAUN KELAB) PEMBIAYAAN EKSPEDISI (PERUNTUKAN KELAB) • BAJU URUSETIA (23 HELAI) 817.00 • PEMBAHARUAN WEB HOSTING KELAB 50.00 • CAJ BANK 39.00 SUMBANGAN KELAB • SUMBANGAN KE TAHFIZ 500.00 • SUMBANGAN KE ANAK YATIM 500.00 • SUMBANGAN KE AHLI KELAB (6 ORANG) 1100.00 • SUMBANGAN KE AHLI KELAB (SUMBANGAN BANJIR) 100.00 JUMLAH PERBELANJAAN 5267.60 JUMLAH DEFISIT (1211.51)
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 11 SENARAI ASET BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020 JUMLAH PERALATAN PERKHEMAHAN RM 3874.76 ------------------------------------------- -------------------------------------------- (MUSTAFA KAMAL BIN SAEDON) (NOR FAIRA BINTI MOKHTAR) BENDAHARI KELAB JURUAUDIT KELAB BUTIRAN KATEGORI TAHUN BELIAN KUANTITI HARGA GPS Garmin 64s Perkhemahan 2013 1 UNIT 1,300.00 Peralatan Dapur (Periuk DLL) Perkhemahan 2014 1 UNIT 384.85 Handy Set (Baofeng) Perkhemahan 2014 2 UNIT 700.00 Duffle Bag Perkhemahan 2016 1 UNIT 110.00 Flysheet Perkhemahan 2016 1 UNIT 150.00 Duffle Bag Perkhemahan 2017 1 UNIT 120.00 Camping Stove Perkhemahan 2017 2 UNIT 70.00 Lantern (Pakai Bateri) Perkhemahan 2018 15 UNIT 135.00 Kerusi (Program 25 Tahun) Perkhemahan 2018 35 UNIT 315.00 Peralatan Dapur (Periuk DLL) Perkhemahan 2019 1 UNIT 60.91 Kipas Berdiri FABER 16" Perkhemahan 2020 1 UNIT 129.00 3FUL Flysheet 3x5 Perkhemahan 2020 2 UNIT 400.00
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 12 KUNCI KIRA-KIRA PADA 31 DISEMBER 2020 ASET STOK PERALATAN PERALATAN PERKHEMAHAN 3874.76 BANK 12,699.69 TUNAI 449.63 JUMLAH ASET 17,024.07 LIABILITI DAN MODAL MODAL PADA 31 DISEMBER 2019 18,235.58 DEFISIT PADA 31 DISEMBER 2020 (1211.51) JUMLAH LIABILITI DAN MODAL 17,024.07 ------------------------------------------- (MUSTAFA KAMAL BIN SAEDON) BENDAHARI KELAB
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 13 LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI Saya telah mengaudit akaun yang dibentangkan. Pada pendapat saya, Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2020 dan Kunci Kira-Kira pada 31hb Disember 2020 memberi gambaran sebenar dan saksama mengenai kewangan kelab ------------------------------------------- -------------------------------------------- (MUSTAFA KAMAL BIN SAEDON) (NOR FAIRA BINTI MOKHTAR) BENDAHARI KELAB JURUAUDIT KELAB LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN Saya, Nor Faira Binti Mokhtar, (K.P: 870310-05-5234) selaku Juruaudit Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur telah memeriksa Penyata Kewangan yang bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020. Pada pendapat saya Penyata Kewangan yang telah dibentangkan oleh pihak Bendahari adalah benar dan saksama. Sekian, terima kasih. Yang benar, -------------------------------------------- (NOR FAIRA BINTI MOKHTAR) JURUAUDIT KELAB
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 14 LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN Saya, Nurfarhana Binti Amiruldin, (K.P: 900115-04-5342) selaku Juruaudit Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur telah memeriksa Penyata Kewangan yang bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020. Pada pendapat saya Penyata Kewangan yang telah dibentangkan oleh pihak Bendahari adalah benar dan saksama. Sekian, terima kasih. Yang benar, -------------------------------------------- (Nurfarhana Binti Amiruldin) JURUAUDIT KELAB
Mesyuarat Agung Tahunan OGKL Ke-25 Khazanah Alam Warisan Rekreasi 15 PENGAKUAN OLEH PIHAK BENDAHARI Saya, Mustafa Kamal Bin Saedon (K.P.: 920629-14-5859) selaku Bendahari Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada saya untuk pengurusan kewangan bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020. Saya mengaku bahawa penyata ini adalah benar dan telah diauditkan oleh Juruaudit Dalaman. Sekian, terima kasih. Yang benar, -------------------------------------------- (MUSTAFA KAMAL BIN SAEDON) BENDAHARI KELAB ______________________________________________________________________________ PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN Kami, Ahmad Zulfadli bin Ahmad Husaini (Pengerusi) dan Mohamad Alif Mu'adz Bin Amrus (Setiausaha) Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur, dengan ini mengesahkan bahawa Penyata Kewangan yang telah dibentangkan oleh pihak Bendahari adalah benar. Sekian, terima kasih. Yang benar, ------------------------------------------- --------------------------------------- (AHMAD ZULFADLI BIN AHMAD HUSAINI) (MOHAMAD ALIF MU’ADZ BIN AMRUS) PENGERUSI KELAB SETIUSAHA KELAB