Dirasmikan oleh : CIKGU DAUD BIN MAT ISA ALUMNI SK PADANG KERIA TARIKH : 8 JUN 2024 MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN TUNKU ABDUL RAHMAN SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KERIA 02800 SANGLANG, PERLIS
Ruj. Kami : SKPK/PIBG/100-13/1/14(5 ) Ruj. Tuan : Kepada: Tarikh : 30 Mei 2024 Encik Daud Bin Mat Isa Tuan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PADANG KERIA KALI KE-34 TAHUN 2024 Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-34 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati menjemput Tuan hadir untuk merasmikan majlis tersebut sebagaimana ketetapan berikut : Tarikh : 8 Jun 2024 (Sabtu) Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dewan Tunku Abdul Rahman, SK Padang Keria. Kerjasama dan keprihatinan yang tuan berikan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Terima Kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah. ------------------------------------------- ( ABD GHANI ARAFAT BIN ABD WAHAB @ IBRAHIM) Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Padang Keria 02800 Sanglang, Perlis. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU D/A SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KERIA, 02800 SANGLANG, PERLIS NO TEL : 04-9806589 NO FAKS : 04-9805820 GPK Kurikulum :019-4808874 GPK HEM : 019-5483976 GPK KO : 012-3137464
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK PADANG KERIA, 02800 SANGLANG PERLIS. TENTATIF 7.45 – 8.15 Pagi : Pendaftaran waris 8.30 pagi : Ketibaan VIP 8.45 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis : Bacaan Doa : Ucapan YDP PIBG : Ucapan PK Pentadbiran : Ucapan Perasmian 10.00 pagi : Rehat : Jamuan 10.45 pagi : Mesyuarat Agung PIBG bermula. 12.00 tengah hari : Bersurai AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 1.0 : Ucapan Yang Di Pertua PIBG 2.0 : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu. 3.0 : Perkara Berbangkit 4.0 : Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2023 5.0 : Membentang. Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan yang berakhir 31 Disember 2023 6.0 : Membahaskan Cadangan / usul telah diterima. 7.0 : Hal-hal lain 8.0 : Ucapan Penangguhan
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN OLEH PIBG SEPANJANG SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 BIL. AKTIVITI TARIKH 1. Mesyaurat Agung PIBG 10 JUN 2023 2. Mesyuarat AJK PIBG 26 JUN2023 2 FEB 2024 7 MEI 2024 24 MEI 2024 3. Majlis Persaraan Guru Besar Pn. Norhayati bt. Mohamad 27 JUN 2023 4. Kayuhan Merdeka 13 SEPT. 2023 5. Hari Sukan 8 – 10 NOV 2023 6. Perkhemahan Unit Beruniform 8-9 DIS 2023 7. Majlis Apresiasi dan Kecemerlangan 6 FEB 2024 8. Majlis Graduasi Tahun Enam 6 FEB 2024 9. Jamuan Akhir Tahun 7 FEB 2024 10. Program Kacau Bubur Lambuk 3 APRIL 2024 11. Majlis Ihya Ramadan 5 APRIL 2024 12. Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 19 APRIL 2024 13. Merentas Desa 26 APRIL 2024 14. Gotong royong Madani 27 APRIL 2024 15. Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja 16 MEI 2024 16. Program Charity Right. Sepanjang tahun
NOTIS MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 33 Tarikh : 10 Jun 2023 / Sabtu Tempat : Dewan Tunku Abdul Rahman Masa : 8.30 PAGI Kehadiran : 92 / 126 Agenda 1 - Ucapan Pengerusi PIBG 1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung kali ke-33 1.3 Beliau memanjatkan rasa kesyukuran kerana dapat berkumpul bersamasama secara bersemuka dan dapat berbincang serta bertukar pendapat mengenai permasalahan anak-anak demi kebaikan bersama. 1.4 Beliau memperkenalkan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021 / 2023 Agenda 2 - Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-32 2.1 Setiausaha telah membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali Ke-32 untuk disemak dan disahkan. 2.2 Beliau meminta para ibu bapa membaca minit mesyuarat terlebih dahulu. 2.3 Puan Noradila binti Abd. Khalid mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Encik Azmi bin Darus. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU D/A SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KERIA, 02800 SANGLANG, PERLIS
Agenda 3 - Perkara Berbangkit 3.1 En. Abdul Ghani Arafat meminta respon mengenai pondok menunggu untuk ibu bapa. Penolong Kanan Pentadbiran memberikan respon bahawa satu cadangan yang baik, tetapi pihak sekolah telah merujuk kepada pihak ( Jabatan Parit dan Saliran) JPS tidak membenarkan kerana mengganggu lalu lintas. Sehubungan dengan itu pihak pentadbir membenarkan para waris menunggu di kawasan berbumbung dalam kawasan sekolah. Agenda 4 – Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2022 4.1 Setiausaha membentangkan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh PIBG sepanjang tahun 2022. Antaranya ialah : 4.1.1 Mesyuarat AJK PIBG 4.1.2 Majlis Bacaan Yassin 4.1.3 Ziarah Cakna ( murid bermasalah ketidakhadiran ke sekolah ) 4.1.4 Sumbangan semua murid SKPK sempena Hari Raya Aidilfitri 4.1.5 Gotong Royong 4.2 Antara program – program lain yang dilaksanakan ialah : 4.2.1 Program Charity Right 4.2.2 Program Mukmin Genius 4.2.3 Pelancaran NILAM 4.2.4 Program Ihya Ramadhan 4.2.5 Tadarus Al – Quran 4.2.6 Kem Bestari Solat 4.2.7 Mukhayyam Araby Digital 4.2.8 Research Based Learning
Agenda 5 - Membentang , menerima dan meluluskan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 5.1 Puan Siti Aishah selaku bendahari membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022. 5.2 Bendahari meminta ibu bapa merujuk pada lampiran yang disediakan 5.3 Bendahari menjelaskan mengenai pendapatan dan perbelanjaan sepanjang tahun 2022. ( Rujuk Lampiran ) 5.4 Encik Azmi bin Darus mencadangkan penyata kewangan diterima. Disokong oleh Puan Nazirah binti Ahmad. Guru Besar memaklumkan bahawa Dana UPSR akan dipindahkan ke Dana Hari Kualiti 5.4 Guru Besar memaklumkan bahawa Dana UPSR akan dipindahkan ke Dana Hari Kualiti , Dana ICT dan Dana Pusat Sumber. Ini adalah kerana UPSR sudah dimansuhkan. 5.5 Encik Abd Ghani Arafat bertanyakan tentang Test Kit. Cikgu Mohammad Akhir memberikan respon bahawa pihak JPN ada membekalkan test kit kepada sekolah tetapi telah habis digunakan. Jadi pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk membeli test kit bagi kegunaan murid-murd di sekolah dan juga telah habis digunakan. 5.6 Puan Norazita menjelaskan penggunaan Dana Sekolah Penyayang untuk makluman semua ibu bapa waris supaya tidak timbul kekeliruan. 5.7 Guru Besar memaklumkan bahawa duit komisyen dari Pasaraya Hari – Hari iaitu pembelian pakaian sekolah untuk murid – murid MAIPs diserahkan kepada keceriaan kelas dan bilik – bilik khas. 5.8 Guru Besar juga memaklumkan bahawa akaun PIBG di BANK ISLAM (090-100-10006217) akan ditutup dan segala baki akan dipindahkan ke akaun ke BANK RAKYAT(11-0213586-0). Mendapat persetujuan semua ibu bapa waris yang hadir. 5.9 Persetujuan daripada semua ahli membenarkan 2/3 daripada Ahli Jawatankuasa sebagai pemegang amanah untuk membuat urusan pengeluaran, transaksi perbankan Islam dan kemaskini akaun PIBG.
Senarai nama berikut adalah pemegang amanah yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agong PIBG kali ke 32. Jawatan nama No. Tel Yang DiPertua Ajunawati binti Abdul Samat 011-24257901 Setiausaha Meriani Elianty bt. Mokhtar 013-5969611 Bendahari Siti Aishah binti Ghazali 012-5785367 5.10 Setiausaha memaklumkan bahawa Dana dan Derma PIBG adalah seperti tahun sebelum ini telah dipersetujui dan ibu bapa boleh membuat bayaran dalam masa terdekat. ( Rujuk Lampiran ) . Agenda 6 - Membahaskan cadangan/ usul yang telah diterima Usul 1 Cadangan : En Mohd Fuad bin Mansor Mencadangkan agar bendahari PIBG dibenarkan memegang tunai sebanyak RM 1000. Jawapan : - Pn Siti Aishah memaklumkan bahawa akaun Bank Islam telah ditutup dan sekarang PIBG menggunakan akaun di Bank Rakyat. Sistem di Bank Rakyat tidak menggunakan cek dan perlu menggunakan sistem online yang mana akan mengambil masa lebih kurang 2 hari untuk pengeluaran. Sekiranya usul ini diterima, wang tunai tersebut akan disimpan di dalam peti besi di sekolah. - Pn. Meriani pula memaklumkan rasional PIBG menukar akaun tersebut adalah kerana Bank Rakyat banyak memberi sumbangan dan banyak aktiviti yang dianjurkan yang boleh disertai oleh anak-anak murid SK Padang Keria - Cadangan diterima sebulat suara.
Usul 2 Cadangan : Pn Norazita binti Ismail Mencadangkan nama-nama murid yang tidak membawa buku dan tidak menyiapkan kerja sekolah akan dimasukkan ke dalam group WhatsApp KSIB,. Jawapan. - Pn. Norazita memaklumkan bahawa hal ini bukanlah untuk mengaibkan murid tersebut, sebaliknya untuk pengetahuan para waris sahaja. Tambahan lagi guru-guru tidak sempat untuk memaklumkan secara personal kepada waris kerana kekangan masa dengan tugas -tugas seharian, - Usul ini diterima sebulat suara Usul 3 Cadangan : En. Abdul Khalid bin Hashim Mencadangkan agar AJK PIBG memegang jawatan tidak melebihi 2 tahun. Jawapan - En. Sharuddin bin Khalib memaklumkan untuk lantikan baharu, AJK yang dilantik perlulah mempunyai anak yang bersekolah di SK Padang Keria. - Usul diterima sebulat suara.
Usul 4 Cadangan : En. Abd Ghani Arafat bin Abd Wahab @ Ibrahim Mohon mewujudkan papan atau board BERHENTI ketika murid pulang Jawapan - En. Sharudin bin Khalib memaklumkan sekiranya pengawal keselamatan yang memegang papan tanda BERHENTI, mereka perlu mendapatkan perlindungan insuran. Sebaliknya dengan ehsan, mereka sanggup menjaga lalulintas di hadapan sekolah walaupun skop tugas mereka hanya dari pagar sekolah dan dalam Kawasan sekolah sahaja. - Guru Besar juga memaklumkan bahawa beliau telah memohon kepada JKR untuk membuat garisan kuning tanda perlahan di hadapan sekolah tetapi belum mendapat keputusan dan maklum balas. Usul 5 Cadangan : En. Abd Ghani Arafat bin Abd Wahab @ Ibrahim Mohon admin group WhatsApp KSIB agar menutup Only Admin supaya berlaku interaksi dua hala antara ibu bapa dan guru-guru. Jawapan : - Pn. Norazita memaklumkan bahawa untuk Tahun Satu Group WhatsApp KSIB dibuka kerana ini merupakan perkara baharu bagi waris terutamanya kepada mereka yang mempunyai anak sulung dalam Tahun satu. Banyak perkara yang hendak ditanya oleh ibu bapa. Jadi interaksi maklumat antara guru dan ibu bapa dapat disampaikan dengan jelas. - Pn. Noor Zehan pula menjelaskan bahawa Group WharsApp KSIb Tahun 2 hingga 6 bertujuan untuk guru-guru mrnyampaikan maklumat penting kepada ibu bapa. Sekiranya ibu bapa ingin bertanyakan sesuatu, boleh PM terus kepada guru berkenaan. - En. Mohammad Akhir memaklumkan bahawa interaksi 2 hala boleh menggunakan Telegram manakala WhatsApp hanya 1 hala sahaja.
- En. Abdul Ghani memohon supaya pihak sekolah atau guru-guru memaklumkan lebih awal apa-apa maklumat yang hendak disampaikan bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal. Disokong oleh En. Mohd. Norsafarin bin Baharom. Agenda 7 - Hal – hal lain 7.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa RMT tidak boleh diberikan pada waktu rehat kerana tertakluk kepada arahan JPN supaya diberikan pada waktu pagi. Hal ini secara tidak lansung dapat mendidik anak-anak supaya dating awal ke sekolah.. 7.2 Pn. Noor Zehan pula memaklumkan bahawa RMT sesuai pada waktu pagi kerana Program Susu Sekolah (PSS) akan diberi 2 jam selepas murid makan RMT. 7.3 En. Abdul Ghani bertanyakan mengenai penggunaan padang sekolah untuk orang luar. En. Mohd Fuad menjawab bahawa mengikut Pekeliling sebarang aktiviti di padang perlu ada pengawasan. Beliau akan memaklumkan sekiranya padang sekolah dapat dibuka untuk kegunaan murid luar. 7.4 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa 1M1S akan diadakan pada setiap hari Rabu (7.45 – 8.45) dan akan disambung selepas balik dengan aktiviti kokurikulum ( Persatuan/Kelab/ Unit Beruniform ) Beliau juga mengalu-alukan sekiranya para waris mempunyai kemahiran dalam apa-apa bidang agar dapat sama-sama membantu ke arah kemenjadian murid. Agenda 8 - Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2023 . 8.1 YDP PIBG iaitu Pn. Ajunawati binti Abdul Samat mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat menyertai Mesyuarat Agung pada kali nini. Beliau juga memohon kemaafan atas kekurangan dan salah silap sepanjang beliau memegang jawatan YDP. Beliau berarap agar AJK yang baru dilantik dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan lebih baik. Beliau membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2023.
Agenda 9 : -: Pemilihan AJK PIBG sesi 2023/2025 YDP : En. Abd. Ghani Arafat bin Abd Wahab @ Ibrahim NYDP : En. Mohd Norsafarin bin Baharom Setiausaha : Pn. Wan Rohaimi binti Wan Ismail Bendahari : Pn. Siti Aishah binti Ghazali AJK : En. Abdul Khalid bin Hashim En, Mohamad bin Yahya Pn. Norazlina binti Musa Pn. Norhasnani bt. Abu Bakar Pn. Siti Syahirah bt. Ahmad Shookry Pn. Aliya Syazlinda bt. Abdullah Pn Junaidah bt. Abdullah Mawlana En. Mahadzir b. Abdul Pn. Nor Hayati bt. Osman Pn. Nor Atiqah bt. Abu Bakar Pn. Saloma bt. Ismail Pn. Hartini bt. Nordin Agenda 10 : -: Pemilihan 2 orang Juru Audit 1. En. Ismail bin Shahidan 2. Pn. Rohayu binti Hassan Agenda 11 : - Ucapan Penangguhan 11.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua waris yang hadir. Beliau juga memohon kamaafan atas segala salah dan silap beliau sama ada dari segi pertuturan mahupun perbuatan, Beliau berharap agar perjuangan AJK baharu dan Guru Besar Baharu dapat diteruskan dengan lebih berjaya. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.
Disediakan oleh, …………………………………………… (WAN ROHAIMI BINTI WAN ISMAIL) Setiausaha PIBG, Sekolah Kebangsaan Padang Keria . Disemak oleh, …………………………………… (ABD GHANI ARAFAT BIN ABD WAHAB @ IBRAHIM) YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Padang Keria Disahkan oleh ……………………………………... ( NOOR HAYATI BINTI MOHAMAD) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Keria s.k : Fail PIBG Guru Besar Pengerusi PIBG
DERMA PIBG DAN DANA PIBG DERMA PIBG Bil Perkara Anak 1 Anak 2 Anak 3 dan seterusnya 1 Derma PIBG RM25.00 RM10.00 RM10.00 DANA PIBG BIL PERKARA JUMLAH 1 DANA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN RM5.00 2 DANA SUKAN SEKOLAH RM2.00 3 DANA ICT RM7.00 4 DANA SEKOLAH PENYAYANG RM5.00 5 DANA PENGANGKUTAN RM10.00 6 DANA KSIB RM3.00 7 DANA HARI KUALITI RM5.00 8 DANA PSS RM3.00 9 DANA PENDIDIKAN RM15.00 JUMLAH RM55.00 DIJELASKAN OLEH SETIAP MURID.
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PIBG 2023 TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 1.1.2023 Baki 2022 1063.20 3 16.1.2023 Saguhati peserta Pengakap Kebangsaan 150.00 4 30.1.2023 Saguhati peserta The Juve Kebangsaan 500.00 5 31.1.2023 Derma PIBG 544.00 6 2.2.2023 Gotong-royong PIBG 134.00 7 10.2.2023 Belian Kupon Hari Kantin SK Long Boh 30.00 8 3.3.3023 Sumbangan belian PA System 100.00 9 14.3.2023 Belian Frame Perdana Menteri X 105.00 10 15.3. 2023 Komisyen Hari-Hari 300.00 11 18.3.2023 Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 156.00 12 1.5.2023 Belian air minuman- cuaca panas 62.90 13 4.5.2023 Cenderahati Cikgu Noorshakila 30.00 14 9.5.2023 Jamuan Raya 200.00 15 12.5.2023 Jamuan Hari Guru 150.00 16 12.5.2023 Cop PIBG 12.00 17 6.6.2023 Sumbangan MAPIBG 2023 820.00 18 9.6.2023 Perbelanjaan MAPIBG 2023 876.50 19 26.6.2023 Mesyuarat AJK kali Pertama 2023/2024 38.00 20 29.6. 2023 Cenderahati Persaraan Cikgu Noor Hayati 50.00 21 10.7.2023 Derma PIBG 759.00 22 16.9.2023 Jamuan Motivasi Bersama Charity Right 140.00 23 Sumbangan kepada adik Zahirulhaq(kemalangan) 100.00 24 Sumbangan kepada adik Amer Safuan(kematian ibu) 50.00 25 Majlis Bacaan Yasin UPKK 2023 100.00 26 10.11.2023 Kejohanan Olahraga Tahunan 2023 581.00 27 1.12.2023 Cenderahari Cikgu Meriani Elianty 30.00 28 11.12.2023 Derma PIBG 1050.00 29 31.12.2023 Jumlah 4536.20 3595.40 Baki 940.80 Disediakan oleh : Disemak oleh : Disemak oleh : …............................................. …...................................... ….................................. (SITI AISHAH BT GHAZALI) GHAZALI ( EN ISMAIL BIN SHAHIDAN ) (PN. ROHAYU BT HASSAN) Bendahari PIBG Juru Audit 1 Juru Audit 11 Sek. Keb. Padang Keria
1. DANA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (RM5) BIL TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 1.1.2023 Baki 2022 948.65 2 Dana Peperiksaan 2023 710.00 3 3.3.2023 Pentaksiran Akhir Tahun2022/2023 147.55 4 20.11.2023 Pentaksiran Akhir Tahun2023/2024 631.15 5 31.12.2023 Jumlah 1658.65 778.70 Baki 879.95 2. SUKAN SEKOLAH (RM2) BIL TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 1.1.2023 Baki 2022 1457.00 2 Dana sukan Sekolah 284.00 3 Belian Seluar Kawat PPIM 90.00 4 Belian Khemah 218.00 5 23.6.2023 Pendaftaran Perkhemahan PPIM 60.00 6 28.10.2023 Perdaftaran Puteri Cergas PPIM 10.00 7 31.12.2023 Jumlah 1741.00 378.00 Baki 1363.00 3. DANA ICT (RM7) BIL TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 1.1.2023 Baki 2022 377.06 2 Dana ICT 994.00 3 31.12.2023 Jumlah 1371.06
4. DANA SEKOLAH PENYAYANG (RM 5) BIL TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 1.1.2023 Baki 2022 1701.30 2 Dana Sekolah Penyayang 610.00 3 6.2.2023 Kehadiran Terbaik 2022/2023 232.00 3 15.3.2023 Jom Ke Sekolah 2023/2024 588.00 4 22.5.2023 Hadiah Hari Lahir (1) 198.00 5 24.8.2023 Hadiah Hari Lahir (2) 204.00 6 31.12.2023 Jumlah 2311.30 1222.00 Baki 1089.30 5. DANA PENGANGKUTAN (RM10) BIL TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 1.1.2023 Baki 2022 3128.00 2 Dana Pengangkutan 1420.00 3 Bayaran Van - Bola Jaring 300.00 4 Lawatan ke Pulau Pinang 200.00 5 31.12.2023 Jumlah 4548.00 500.00 Baki 4048.00 6. DANA KSIB (RM3) BIL TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 1.1.2023 Baki 2022 855.00 2 Dana KSIB 426.00 3 19.3.2023 Keceriaan Kelas 600.00 4 29.6.2023 Persaraan GB 180.00 5 31.12.2023 Jumlah 1281.00 780.00 Baki 501.00
7. HARI KUALITI (RM2) BIL TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 1.1.2023 Baki 2022 964.00 2 Dana Kualiti 610.00 3 6.2.2023 Hari Apreasiasi 2022/2023 1510.20 4 31.12.2023 Jumlah 1574.00 1510.20 Baki 63.80 8. DANA PENDIDIKAN (RM15) BIL TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 1.1.2023 Baki 2023 7455.82 2 Dana Pendidikan 2130.00 3 6.2.2023 Hari Apreasiasi 2022/2023 1179.00 3 2.6.2023 English Wookbook Year 1 209.88 4 English Wookbook Year 2 158.70 5 English Wookbook Year 3 295.80 6 Ilmu Bakti BM Tahun 4 182.00 7 Pentaksiran Pertengahan Tahun 2023/2024 866.80 8 31.12.2023 Jumlah 9585.82 2892.18 Baki 6693.64 9. DANA PSS (RM3) BIL TARIKH PERKARA PENDAPATAN PERBELANJAAN 1 1.1.2023 Baki 2022 564.70 2 Dana PSS 426.00 3 25.7.2023 Bengkel PSS 200.00 4 31.112.2023 Jumlah 990.70 200.00 Baki 790.70
USUL YANG AKAN DIBAHASKAN Bahawa mesyuarat AJK PIBG yang bersidang pada 24 Mei 2024 telah bersetuju menerima 7 usul untuk dibincangkan. Usul 1 PN. SITI FARHANA BINTI SAAD Mohon kekalkan bayaran PIBG RM 80.00 Usul 2 PN. SITI ROQIYAH BINTI SABRI Saya mencadangkan pihak PIBG sepakat menyediakan minuman percuma kepada murid-murid semasa hari sukan merentas desa dan sukan yang lain secukupnya. Usul 3 PN. ROSMAWATI BINTI HARUN Mohon pihak sekolah kaji semula jadual kelas KAFA supaya boleh disingkatkan lebih awal dari sekarang (jam 5 petang) Usul 4 EN. RAJESH BIN MAN Mohon pihak sekolah membenarkan duit MAIPS yang bernilai RM 300.00 digunakan untuk membayar yuran PIBG sekolah dan selebihnya digunakan untuk program yang dirancang oleh pihak sekolah. Sekurang-kurangnya ia dapat meringankan pihak ibu bapa / waris. Usul 5 EN. INTAN MERAH BIN OMAR Masa KAFA yang panjang, jadi saya usulkan agar anak-anak yang dekat boleh balik sekejap. Oleh sebab cuaca panas, banyak anak-anak mengalami masalah kesihatan.
Usul 6 PN. ALIYA SYAZLINDA BINTI ABDULLAH Memohon pihak kantin agar mempelbagaikan menu makanan dan minuman yang dijual kepada murid serta kurangkan pedas dalam masakan untuk murid-murid. Usul 7 EN. MOHAMMAD AKHIR BIN AHMAD@KHOSIM Mencadangkan supaya ibu bapa/penjaga menghantar sendiri anak-anak yang mewakili sekolah dI dalam sesuatu pertandingan ke tempat pertandingan.