The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wkw6453, 2022-06-14 04:40:27

BUKU PROGRAM PIBG 2022

BUKU PROGRAM PIBG 2022

SK ORANGKAYA ALI
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022) KANDUNGAN
SK ORANGKAYA ALI

01 SURAT JEMPUTAN
02 KATA-KATA ALUAN YDP PIBG
03 KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
04 ATURCARA MAJLIS
05 AJK KERJA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG
06 SENARAI AJK PIBG 2021/2023
07 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 47
08 PENYATA KEWANGAN
09 USUL DAN CADANGAN
10 PENERIMA PENGHARGAAN (KEPIMPINAN SEKOLAH)
11 PENERIMA PENGHARGAAN KHAS (GURU-GURU)
12 PENERIMA PENGHARGAAN TOKOH MURID (2021)
13 PENERIMA PENGHARGAAN KHAS AJK PIBG (2021-2022)
14 SEKALUNG PERGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN ORANGKAYA ALI

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8

SUNGAI BALANG, 83610, MUAR,JOHOR. TEL: 06-9883001

Ruj. Kami: JBA5084/100-9/4/3( )

Tarikh : 29 Mei 2022

Kepada :
Semua Ibu bapa/Penjaga Murid
SK Orangkaya Ali
83610 Sg Balang, Muar.

Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 48
Dengan segala hormatnya dimaklumkan, majlis di atas akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh : 15 JUN 2022 (RABU)
Masa : 2.00 PETANG

Tempat : DEWAN SAUJANA SK ORANGKAYA ALI

2. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk menunaikan tanggungjawab

tuan/puan sebagai ahli PIBG.

3. Bersama-sama ini disertakan borang usul / cadangan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat

Agung dan hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada hari Rabu, 8Jun 2022 di pondok

pengawal keselamatan bersebelahan kantin sekolah.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………….............
(SUHAIMIE BIN MORIDAN)
Setiausaha PIBG SKORA

------------------------------------------potong di sini -------------------------------
Borang Usul/Cadangan:

Nama:……………………………………………………………………………………………….
No. Telefon:………………………………….
Alamat:………………………………………………………………………………………………………………………………………………....
Nama Anak :…….………………………………………………………………………………………............ Tahun:……………………………

UsulCadangaan:…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

KATA-KATA ALUAN
YANG DI PERTUA PIBG SK ORANGKAYA ALI

ENCIK SAMION BIN SARMITHY




‫السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬

SALAM SEJAHTERA, SALAM MUAFAKAT
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinanNya saya diberi

peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program ini
sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48. Syukur kehadrat Allah S.W.T

kerana kita dapat mengadakan majlis tahunan PIBG secara bersemuka
setelah hampir dua tahun menghadapi ujian COVID 19 yang penuh dengan
peraturan SOP yang menghadkan kita bersemuka secara dekat. Walaupun

begitu, marilah sama-sama kita berwaspada dengan penularan wabak
tersebut dengan memastikan diri dan keluarga kita terhindar daripada

penyakit.



Tahniah kepada Guru Besar, barisan guru-guru Penolong Kanan, guru-guru
dan semua ibu bapa atas kesungguhan dan pergorbanan tuan puan

sepanjang musim COVID 19 demi kelangsungan kecemerlangan anak-anak
didik sekolah ini. Menyemarakkan aktiviti pendidikan walaupun secara PDPR

dan penyertaan ko-akademik secara dalam talian walaupun terdapat
kekangan dan cabaran yang dihadapi . Semangat kerjasama dan

keprihatinan menjadi keperluan untuk memastikan matlamat kebajikan dan
pembangunan sekolah tercapai . Keperluan ini sejajar dengan kepentingan
sesuatu organisasi yang maju dan berdaya saing membina hubungan erat
bagi menjayakan suatu matlamat. Marilah kita bersama-sama berganding
bahu memastikan keseimbangan akademik dan sahsiah anak-anak dapat .

melahirkan generasi yang berkualiti dan bekerjaya.



Sepakat Membawa Berkat. Semoga segala usaha bekerjasama dan ukhwah
kita selama ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T jua. Melimpahi
kita rezeki dengan kesihatan yang baik, keluarga bahagia dan anak-anak

yang cemerlang dunia mahu pun akhirat.

Sekian, terima kasih.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

KATA-KATA ALUAN
GURU BESAR SK ORANGKAYA ALI
PUAN HAJAH SITI MOWLINA BINTI MASHADI



‫السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬



Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan ahli

keluarga serta sahabat-sahabat baginda.



Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kita dapat mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 bagi tahun 2022.



Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG
atas segala kerjasama dan usaha bagi menjayakan segala aktiviti sepanjang

sesi 2021/2022 serta menjayakan Mesyuarat Agung PIBG tahun ini.



PIBG merupakan jambatan unik yang menghubungkan masyarakat
(ibubapa/penjaga) dengan warga sekolah. Justeru peranan besar yang
dimainkan dapat dihayati oleh semua dan sedar akan tanggungjawab
masing-masing terhadap halatuju sekolah. Jalinan dan persefahaman erat
antara ibubapa dan guru yang telah sedia terjalin harus di pereratkan lagi
agar peranan PIBG dan PIBKS dapat diperkukuh dengan merancang dan
melaksanakan program berimpak tinggi terhadap kemenjadian murid.



Komitmen dan kerjasama yang padu daripada semua pihak amat diperlukan

bagi merealisasikan visi dan misi sekolah yang menuju ke arah sekolah
berprestasi tinggi dan sentiasa mempunyai pencapaian melebihi jangkaan.

Menerusi hubungan erat pihak sekolah dan PIBG yang cemerlang ini juga
diharap SK Orangkaya Ali akan terus meningkatkan kecemerlangannya
dalam semua bidang samada kurikulum, kokurikulum dan pembentukan

sahsiah murid.



Akhir kata, marilah kita kukuhkan lagi hubungan baik dan
merealisasikan program yang dirancang supaya bersesuaian dengan slogan

kita “Sustainable Goden Goal”. Kebersamaan dan keupayaan untuk
mempertingkat kualiti pengurusan, guru dan murid terus dijana untuk
melahirkan kepimpinan berkualiti, guru yang kompeten, kemenjadian murid

dan akhirnya terjemahlah sekolah berkualiti.



Semoga segala usaha kita dipermudah dan mendapat keberkatan daripada
Allah jua.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE-48
SK ORANGKAYA ALI, MUAR



MASA PERKARA

2.00 petang PENDAFTARAN
2.30 petang
KETIBAAN PERASMI
2.45 petang NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR DAN NEGARAKU
BACAAN DOA DAN PEMBUKAAN
3.15 petang (UST. ASWANDI BIN HAMZAH)
PERSEMBAHAN MONTAJ SEKOLAH
3.45 petang
UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
(EN. SAMION BIN SARMITHY)
UCAPAN ALUAN GURU BESAR SK ORANGKAYA ALI
(PN HJH. SITI MOWLINA BINTI MASHADI)
UCAPAN PERASMIAN OLEH PERASMI
(YB TUAN HJ. SELAMAT BIN TAKIM)

PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN NEGERI JOHOR
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPIMPINAN SEKOLAH
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KHAS GURU-GURU
PENYAMPAIAN CENDERAHATI TOKOH MURID 2021
PENYAMPAIAN CENDERAHATI AJK PIBG
PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERASMI

JAMUAN VIP

4.15 petang MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
1. Ucapan Yang Dipertua PIBG
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG ke -47
3. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2021
4. Penetapan kadar wang sumbangan PIBG 2022-2023
5. Menerima dan membahaskan usul
6. Hal-hal lain

5.00 petang BERSURAI

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

AJK KERJA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE-48
SK ORANGKAYA ALI, MUAR

Penasihat
Puan Hjh. Siti Mowlina Bt Hj. Mashadi

Guru Besar SK Orangkaya Ali



Pengerusi
Encik Samion Bin Sarmithy

Yang Dipertua PIBG



Naib Pengerusi
Encik Mohd Azman Bin Musa

Naib Yang Dipertua PIBG



Penyelaras
Encik Md. Fadzlillah Bin Rozali

Puan Sidroh Asur Bt Ismail
Encik Khairol Anuar bin Ibrahim



Setiausaha
Encik Suhaimie Bin Moridan



Bendahari
Puan Nurul Nadhirah Bt Md. Yusof

Protokol & Sambutan Persiapan Tempat
1. Encik Samion Bin Sarmithy 1. Encik Muhamad Hair bin Samian
2. Encik Mohd Azman Bin Musa 2. Encik M. Ady Ramlan bin Robae
3. Puan Siti Mowlina Bt Mashadi 3. Encik Jaafar bin Isnin
4. Encik Md. Fadzlillah Bin Rozali 4. Encik Aswandi bin Hamzah
5. Puan Sidroh Asur Bt Ismail 5. Encik Suhaimie bin Moridan
6. Encik Khairol Anuar bin Ibrahim 6. Encik Shahrizal Bin Haron

Sijil/ Hadiah / Cenderamata Jurukira Undi
1. Puan Rozana bt Rajikan 1. Puan Rosmaiza bt Zakaria
2. Puan Maimunah bt Zakaria 2. Puan Shubihah bt Osman
3. Puan Pajilah bt Abdul Wahab
4. Puan Nurul Nadhirah bt Mohd Yusof Jamuan VIP
5. Puan Raihana binti Hashim 1. Encik Haron bin Othman
6. Puan Noraliah Binti Sumawan 2. Puan Norazura bt Abu Naim
7. Puan Seriwati Binti Hj Basiron 3. Puan Normawati bt Jori
4. Puan Nor Hidayah Bt Samsudin
Montaj & Fotografi
1. Encik Khairul Azhar bin Zulkefly
2. Encik Suhaimie Bin Moridan
3. Puan Masliah Bt Khalid

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

AJK KERJA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE-48
SK ORANGKAYA ALI, MUAR

Persiapan Pentas Juruacara
1. Encik Tukiran bin Taslim 1. Puan Syuhaila bt Mohd Taib
2. Cik Kalthom bt Mohd Ishak 2. Encik Muhd Zharif bin Ismail
3. Encik Mohd Syiffa Edzuea bin Hassan 3. Puan Norainzaton bt Md Kassim
4. Puan Jainah bt Dagimi
5. Encik Azmi Bin Abdullah

Jamuan Ibu bapa Pencatat Minit Mesyuarat
1. Encik Mohd Fahmi bin Jahuri 1. Puan Nuraini bt Salim
2. Puan Siti Suhaida bt Supaat 2. Puan Ruzita bt Md Hassan
3. Puan Norazura bt Abu Naim
4. Puan Rozyta bt Kamis
5. Encik Zaimani Bin Uyup

Backdrop Pendaftaran / Buku program
1. Encik Muhd Suhail Faris bin Abd
1. Puan Nurul Asyikin bt Zainal
Manan 2. Puan Norhaliza bt Md Yusof
2. Encik Hamsan Bin Sariman 3. Puan Sarimah bt Jopri
3. Puan Azyyati bt A Rahim

Bacaan Doa Jemputan/ Dokumentasi
1. Encik Aswandi Bin Hamzah 1. Encik Suhaimie Bin

Moridan

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN ORANGKAYA ALI, MUAR

SESI 2021/2023

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

MINIT MESYUARAT AGUNG 2021:



SEKOLAH KEBANGSAAN ORANGKAYA ALI, MUAR



MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU(PIBG) BIL 1/(2021)

Tarikh : 31.05.2021

Masa : 9.00pagi – 12.30 Tengah hari

Tempat : Di kediaman rumah masing-masing secara google meet.

Pengerusi : En Suhaimie bin Moridan.(SU PIBG)

Kehadiran(Bilangan) : 76 orang.

Turut Hadir (Jika ada) : 1. Encik Samion bin Sarmithy (YDP PIBG)
2. Pn Hjh Siti Mowlina bt Hj Mashadi ( Guru Besar)
3. Encik Md Fadzlillah bin Rozali(GPK Pentadbiran)
4. Pn Sidroh Asur binti Ismail(GPK HEM)

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Orangkaya Ali, Encik Samion bin Sarmithy
1.1.1 YDP mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK ke

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 secara atas talian google meet. YDP menyatakan rasa

kesyukuran dan terima kasihnya kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir.

1.1.2 YDP PIBG berpesan agar kita terus berdisiplin dengan mematuhi SOP seperti

memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal, tidak bersalaman dan kerap menggunakan

cecair pencuci tangan.

1.1.3 YDP PIBG menerangkan tentang peranan PIBG dari segi pembangunan

sekolah. YDP PIBG menyeru supaya ibubapa turut bersama-sama memberi

cadangan untuk pembangunan prasarana sekolah agar persekitaran yang

kondusif untuk anak-anak mencari ilmu. Pekara ini penting kerana dapat

memberi anak-anak semangat untuk hadir ke sekolah.
Tindakan: Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 oleh Ustaz Suhaimie bin Moridan.


Seperti yang ditayangkan di slaid Power Point.

Dicadang untuk disahkan oleh Encik Mohd Zaimani Bin Uyop

Disokong untuk pengesahan oleh Puan Norainzaton bt Md Kassim
2.2 Pembentangan penyata kewangan PIBG bagi tahun 2020 oleh Ustazah Nurul Nadhirah


binti Md Yusof
2.2.1 Ibubapa dan guru boleh melihat paparan yang telah ditunjukkan. Baki kewangan


pada tahun 2020 ialah RM 20 603.08.

2.2.2 Untuk makluman terdapat sumbangan transit. Sumbangan ini ialah wang yang


ditumpangkan ke dalam akaun PIBG untuk persatuan sekolah dan Program Bantuan


Sekolah sepanjang 2021.

2.2.3 Pihak sekolah telah membelanjakan sebanyak RM 25 096.50. Baki yang masih


ada ialah RM 8 782.48. Baki di dalam bank 8 649.86. Baki di tangan 132.12. Penyata


kewangan telah di semak oleh Penyata kira-kira SK Orangkaya Ali, iaitu Encik Jamil bin


Piee dan Encik Nazaruddin bin Abu. Penyata ini telah disahkan oleh Encik Samion bin


Sarmithy, YDP PIBG SK Orangkaya Ali.

2.2.4 Penyata kewangan yang dibentangkan ini merupakan pengaliran keluar

masuk duit sehingga 31 Disember 2020.
Dicadang untuk disahkan oleh Encik Azman bin Musa

Disokong untuk pengesahan oleh Encik Aswandi bin Hamzah
Tindakan: Makluman

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

MINIT MESYUARAT AGUNG 2021:




3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Penetapan kadar sumbangan PIBG bagi setiap ahli keluarga adalah sebanyak RM50


bagi setiap keluarga bagi tahun 2021 / 2022.

Disokong untuk pengesahan oleh Encik Aswandi bin Hamzah dan disokong oleh Encik

Hamsan bin Sariman tanpa bantahan. Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan nilai RM50

bagi setiap keluarga.

Tindakan: Makluman

4. PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT
4.1. Ucapan dan pembentangan oleh Guru Besar SK Orangkaya Ali, Puan Hajah Siti Mowlina

binti Mashadi

4.1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran para tetamu, ibu bapa dan AJK ke
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47. Beliau juga merakamkan ucapan ribuan
terima kasih kepada ibu bapa yang hadir serta ucapan terima kepada AJK
PIBG sesi 2019/2020 atas sokongan kepada sekolah dari segi bantuan
kewangan, pandangan dan kepakaran dalam menguruskan murid-murid SK
Orangkaya Ali, Muar sepanjang tahun 2020.
4.1.2 Pembentangan Enrolmen murid SK Orangkaya Ali, Muar bagi tahun 2021:
Murid pendidikan Khas : 14 orang
Murid Prasekolah : 50 orang
Murid Tahun 1 hingga 6 : 295
Jumlah keseluruhan : 359
Guru : 32 Orang
AKP : 7 Orang
Pekerja pembersihan : 4 Orang
Pengawal keselamatan : 4 Orang
Jumlah keseluruhan : 37 Orang
-Guru berpindah ke sekolah luar pada tahun 2021 Encik Jamil bin Piee dan Encik Nasrul

bin Mohd Salleh.
-Guru yang masuk ke SK Orangkaya Ali, Encik Kamaruzaman bin Semin sebagai GPK

Kokurikulum. Kemudian beliau telah dilantik sebagai Penolong Pengarah Bahagian

Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia pada 24 Mei 2021 yang lalu.
-Guru yang telah meninggal dunia, Allahyarham Zainuddin bin Rohsah.

4.1.3 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) yang pada tahun

2021:

4.1.3.1 Pada 20 Jan hingga 28 Feb : Seramai 60 % murid yang mengikuti sesi PDPR.
4.1.3.2 Pada 17 Mei hingga 27 Mei : Penyertaan murid P.Khas sebanyak 100%,

Prasekolah sebanyak 100% dan tahun 1 hingga 6 sebanyak 91%.
4.1.3.3 Seramai 27 orang murid tidak mengikuti PDPR sepanjang 8 hari. Pihak

sekolah akan menjalankan penyiasatan ke atas keluarga mereka.
4.1.3.4 Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ibubapa dan penjaga yang

memberi bimbingan sepanjang PDPR dilaksanakan. Pengorbanan kalian sangat

kami hargai bagi kelangsungan pendidikan anak-anak.
4.1.3.5 Ucapan terima kasih juga kepada semua guru-guru di atas pelaksanaan

PDPR yang optimum dengan menggunakan pelbagai kaedah yang terkini seperti

video, canva, quiziz, wardwall,kahoot,delima,formaction dan lain-lain.
4.1.3.6 Sesi Tutorial bagi subjek-subjek yang penting Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam. Sesi ini diadakan untuk murid-

murid bersoal jawab dengan guru tentang tajuk yang diajar

Tindakan: Makluman

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

MINIT MESYUARAT AGUNG 2021:

4.1.4 Pelaksanaan dan Agihan Bantuan Murid pada tahun 2021 :


Rancangan Makanan Tambahan : 44 Orang

Bantuan Awal Persekolahan : 191 Orang

Bantauan Majlis Agama Islam (MAIJ) : 15 Orang

Bantuan Johor Coperation(JCOP) : 44 Orang

Elaun Murid Bekeperluan Khas : 14 Orang

Bantuan Pakaian Majlis Agama Islam Johor : 43 Orang

Sumbangan Hari Raya oleh Guru dan Staf :

Bantuan Tab daripada YB Sayid Sadiqq: 10 orang

4.1.5 Pencapaian murid sepanjang Januari hingga Mei 2021 :

Johan Anugerah Nilam Daerah Muar : Nursyafeena Rifqah Binti Esairol

Nizam
Ketiga Anugerah Nilam Daerah Muar : Ahmad Rayyan Zafri Bin Muhamad

Fadzly
Inovasi Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan : Muhammad Nubhan Bin

Nasrul
8 Mobile Chess And Comunity Hero Championship Peringkat

Antarabangsa(Gangsa) : Nursyafeena Rifqah Binti Esairol Nizam
Second Pahang Education Department Director Cuub 2021 Arena -

Muhammad Nubhan Bin Nasrul
Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah : Ahmad Rayyan Zafri Bin

Muhamad Fadzly(Johan E-Kalam Arabiy),Muhammad Azfar Afandi Bin

Mohd Zaimani(Johan Sajak L), Qurratu'ayun Irdina Binti Abdullah(Naib

Johan Sajak P), Nursyafeena Rifqah Binti Esairol Nizam(Naib Johan E-Daie

Cilik P)
Mobile Legend
Peringkat Mewarna Peringkat Kebangsaan – Sijil Penyertaan

4.1.6 Pencapaian guru sepanjang Januari hingga Mei 2021 :

International
Anugerah Saintis Alam : Encik Hamsan bin Sariman
Naib Johan Inovasi PPD Muar : Encik Md. Fadzlillah bin Rozali, Puan

Syuhaila bt Abd Hamid dan Encik Zharif bin Ismail
4.1.7 Ucapan terima kasih kepada Ibubapa yang telah memberi sumbangan peralatan

pencegahan Covid-19 seperti thermometer, sanitasi kelas coway, cecair pembasmi

kuman dan penutup muka.

4.2 Pembahasan Usul PIBG
4.2.1 Usul daripada Encik Mohd Zaimani Bin Uyop : Bantuan laptop bagi kepada

golongan B40, agar PDPR anak lebih mudah, diminta utamakan anak yang bersekolah

di SK Orangkaya Ali, dua orang dan ke atas ataupun ansuran mudah melalui program

sekolah pintar.

Jawapan : Pihak sekolah sentiasa menyantuni dan peka setiap keperluan anak-

anak apabila mereka terpaksa mengikuti PDPR. Bantuan laptop untuk murid-murid yang

kurang berkemampuan memerlukan kos yang tinggi dan pihak sekolah tidak

berkemampuan untuk menguruskan dana sedemikian. Pihak sekolah hanya mampu

membantu untuk membuat permohonan bantuan individu yang ingin menyumbang

sahaja. Adalah dicadangkan agar ibubapa menyediakan sendiri gadjet untuk anak-anak

mangikuti PDPR. Pihak sekolah mendoakan agar semua ibubapa diberi kemudahan

untuk membeli keperluan anak-anak bagi menyambung sesi PDPR.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

MINIT MESYUARAT AGUNG 2021:



4.3 Pembubaran Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan guru(PIBG) SK Orangkaya Ali,Muar
4.3.1 Mengekalkan Encik Samion bin Sarmithy sebagai YDP PIBG SK Orangkaya

Ali.
Cadangan oleh : Encik Azman bin Musa
Sokongan oleh : Encik Hamsan bin Sariman
Cadangan ditutup : Encik Aswandi bin Hamzah

4.3.2 Cadangan agar Jawatankuasa PIBG dikekalkan bagi sesi 2020/2021
Cadangan oleh : Encik Aswandi bin Hamzah
Sokongan oleh : Encik Hamsan bin Sariman
Cadangan ditutup : Sebulat Suara

4.3.3 Puan Masliah binti Khalid menyatakan ingin menarik diri daripada

Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020/2021. Akan tetapi keperluan khidmatnya

masih lagi diperlukan.

4.3.4 Puan Nurul Aini binti Salikun menyatakan ingin menarik diri daripada

Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2020/2021 kerana anak tidak bersekolah di SKORA

dan digantikan kepada Puan Nor Hidayah binti Samsudin.

4.3.5 Jawatankuasa ibubapa yang lain dikekalkan bagi sesi 2020/2021
Tindakan: Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Cadangan daripada Encik Hamizan bin Othman : Bagi ibubapa yang bekerja terdapat

kesukaran untuk murid-murid mengikuti sesi Google Meet dan dicadangkan agar guru-guru

membuat video berkaitan tajuk yang diajar.

Jawapan : Pihak sekolah tertakluk kepada jam kredit dan guru-guru tertakluk kepada

jadual waktu. Guru-guru semenangnya menjadikan buku teks sebagai panduan semasa

mengajar dalam masa yang sama guru-guru juga menggunakan kaedah yang sesuai untuk

mengajar anak-anak. Oleh itu, guru-guru akan lebih peka dengan sesi pengajaran dan

pembelajaran anak-anak agar mereka dapat mengikuti secara keseluruhannya.

Tindakan: Makluman

6. PENUTUP
6.1. Ucapan penutup oleh Encik Samion bin Sarmithy, YDP PIBG SK Orangkaya Ali :
6.1.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kepercayaan atas lantikan semula
beliau sebagai YDP PIBG bagi sesi 2021/2022. Berterima kasih juga atas komitmen

ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 secara atas talian google

meet dan menunjukkan sokongan kepada pihak PIBG. Terima kasih juga dengan pihak

guru-guru yang bertungkus-lumus membantu dalam pembelajaran anak-anak.
6.1.2 YDP juga mengucapkan tahniah kepada AJK yang dilantik san berharap
kerjasama dari AJK-AJK termasuk AJK yang baru dilantik. Beliau berharap kerjasama

ibu bapa membantu pihak sekolah untuk menambahbaik anak- anak di sekolah.
6.1.3 YDP juga berharap dapat kerjasama yang komited dari pihak ibu bapa demi

kecemerlangan kurikulum dan juga kokurikulum SK Orangkaya Ali, Muar.Sebarang

cadangan boleh diajukan kepada mana-mana ahli PIBG termasuk YDP dan
guru besar sendiri.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

MINIT MESYUARAT AGUNG 2021:



6.2. Ucapan penutup oleh Puan Siti Mowlina binti Mashadi, Guru Besar SK Orangkaya Ali :
6.2.1 Ibubapa dan penjaga perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran di

rumah(PDPR) anak-anak dapat berjalan dengan lancar. Ibubapa perlu mendidik anak-

anak agar berdisiplin dan bertanggungjawab semasa meengikuti sesi PDPR tersebut.
6.2.2 Ibubapa dan penjaga juga perlu memastikan anak-anak melaksanakan tugasan

yang diberi dengan sempurna. Ini kerana guru-guru akan menilai Pentaksiran Bilik

Darjah(PBD) dengan melihat kesungguhan anak-anak menyelesaikan tugasan yang

diberi. Guru-guru akan terus mengajar mengikut silibus yang telah ditetapkan.
6.2.3 Ibubapa dan anak-anak perlu sentiasa mengikuti perkembangan group whatsapp

kelas masing-masing agar anak-anak tidak ketinggalan dengan tugasan yang diberi

guru. Bagi ibubapa yang menghadapi masalah berkaitan kelas, digalakkan untuk

bertanya di dalam group whatapp tersebut.
6.2.4 Ucapan terima kasih kepada ibubapa yang sentiasa membimbing anak-anak

sama ada dari segi pembelajaran di kelas ataupun penyertaan anak-anak dalam

pertandingan yang dianjurkan.

6.3. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh

mesyuarat yang berikutnya.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 Tengah hari

Disediakan oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat Agong Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG)

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

PENYATA KEWANGAN:

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

USUL DAN CADANGAN:



Tarikh : 03.06.2022

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

PENERIMA PENGHARGAAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

PENERIMA PENGHARGAAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48( 2022)
SK ORANGKAYA ALI

Sekalung Penghargaan
Dan

Ucapan Terima Kasih

Pihak Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Orangkaya Ali, Muar

2021-2022 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada:

YB Haji Selamat Bin Takim, ADUN Sungai Balang, Muar.
Pegawai Pelajaran Daerah Muar
Penghulu Mukim Sungai Balang, Muar
Ketua Kampung Sungai Resik, Muar
Ketua Kampung Sungai Balang, Muar
Ketua Kampung Sungai Kelat, Muar
Ketua Kampung Sungai Sudah, Muar
Guru Besar SK Orangkaya Ali, Muar
Semua Ibu Bapa/ Penjaga Murid SK Orangkaya Ali, Muar
Guru-guru SK Orangkaya Ali, Muar
Staf-staf sokongan SK Orangkaya Ali, Muar
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi

menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48.

Sumbangan tuan/puan amat kami hargai. Semoga Allah memberikan ganjaran

kebaikan ke atas sumbangan yang telah diberikan.

HUBUNGI KAMI

SK ORANGKAYA ALI , MUAR
[email protected]


Click to View FlipBook Version