The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBELAAN ISLAM TERHADAP WANITAA (adawoda) last (2) (2)NN (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adawyahn1, 2022-12-19 16:11:27

PEMBELAAN ISLAM TERHADAP WANITAA (adawoda) last (2) (2)NN (2)

PEMBELAAN ISLAM TERHADAP WANITAA (adawoda) last (2) (2)NN (2)

PEMBELAAN ISLAM TERHADAP
WANITA SELEPAS PENCERAIAN

FIQH IBADAT DAN MUNAKAHAT (PPPY1162)

DISEDIAKAN OLEH:

NOOR SITI ADAWIYAH BINTI MAT NORAN (A193184)
NURINA RAUDHAH BINTI MOHD FAHMI (A194303)

NAMA PENSYARAH:

DR. NURUL ILYANA BINTI MUHD ADNAN


Perkahwinan atau pernikahan sangat dianjurkan dalam Islam dan ianya merupakan gharizah

insaniyyah atau naluri kemanusiaan. Alam perkahwinan yang indah dan kekal bahagia pula senantiasa
diimpikan oleh semua pasangan dalam melayari bahtera perkahwinan. Sebagaimana kisah percintaan Encik
Aizat dan Puan Wardah yang berakhir dengan Ijab Kabul dan masing-masing mengimpikan serta berjanji untuk
membina rumahtangga yang berkekalan hingga ke syurga. Encik Aizat dan Puan Wardah telah mengakhiri
zaman bujang mereka pada tahun 2016 dan telah dikurniakan 2 cahaya mata pada tahun 2017 dan tahun 2019
iaitu Adam dan Aisyah. Kehidupan mereka sebagai suami isteri sangat manis dan bahagia pada awalnya di
mana masing-masing menjalankan tanggungjawab mereka sebagai suami isteri seperti mana yang ditetapkan
dalam syariat Islam. Tanggungjawab terhadap anak-anak juga sentiasa dijalankan dengan baik dan sempurna
oleh pasangan bahagia itu.


Walaubagaimanapun, bahtera perkahwinan pasangan Encik Aizat dan Puan Wardah mula terlihat

seperti dilanda badai semenjak sikap dan tingkah laku sang suami yang mula berubah. Encik Aizat sentiasa
pulang lewat kerumah dengan dan kerap menelefon seseorang pada waktu malam dengan alasan “ ini cuma
urusan kerja, awak”. Puan Wardah sentiasa memilih untuk mengiyakan dan mempercayai kata-kata suaminya
kerana rasa sayang dan peranannya sebagai seorang isteri yang sememangnya harus mempercayai dan sentiasa
berada di sisi sang suami.

Hari demi hari berlalu, sikap Encik Aizat berubah menjadi lebih teruk kerana dia mula tidak
mengendahkan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa. Suatu malam, Puan Wardah bertengkar dengan
suaminya kerana tidak tahan dengan masalah yang sedang melanda rumah tangga mereka. Petengkaran yang
berlaku menyebabkan Encik Aizat akhirnya mengaku bahawa dia mempunyai kekasih dan terus menceraikan
Puan Wardah dengan talak satu. Sejurus melafazkan cerai, Encik Aizat terus keluar meninggalkan Puan Wardah
yang masih terpinga-pinga. Puan Wardah tidak menyangka perkahwinan yang dibina atas dasar cinta
itu runtuh dalam satu malam sahaja.


Sehancur mana hati seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya, tiada pilihan lain
yang dapat dilakukan selain menjadi seorang wanita yang lebih tabah dan menerima keadaan
dengan hati terbuka dan ikhlas sepertimana yang dilakukan oleh Puan Wardah. Puan Wardah dan
Encik Aizat sah bercerai dengan talak satu. Lafaz “ Nur Wardah Ashira binti Hamdan, saya
ceraikan awak dengan talak satu” menjadi bukti pengakhiran bagi kisah percintaan mereka dan
hancurnya bahtera perkahwinan yang telah dipertahankan selama 5 tahun. Encik Aizat juga
memilih untuk tidak berhubung dengan bekas isterinya lagi.

.


Walaubagaimanapun, Encik Aizat diperintahkan untuk melaksanakan nafkah iddah selama Puan
Wardah menjalani iddahnya. Puan Wardah melaksanakan tempoh iddahnya dirumah yang sedang beliau
tinggal namun tidak sebumbung dengan bekas suaminya, Encik Aizat. Encik Aizat juga telah dituntut untuk
menyediakan nafkah iddah. Menurut Syari‟at Islam, wanita yang dalam iddah kerana talak raj‟I berhak
mendapat nafkah dan tempat tinggal selama menjalani iddahnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW,

“Sesungguhnya nafkah dan tempat tinggal (berhak dituntut oleh isteri daripada suaminya) apabila
suaminya itu masih berhak ruju‟ kepadanya”.

Nafkah iddah sememangnya wajib dilaksanakan suami kepada bekas isterinya mengikut
kemampuan suami tersebut sepertimana yang terdapat dalam kitab thurat, yang dikarang oleh Sheik Hassan
Ayyub iaitu “Fiqh al-Usrah al-Muslimat”.


Puan Wardah melalui hari-hari iddahnya seraya menjaga dan mencurahkan kasih
sayangnya kepada dua buah hatinya. Tidak pernah sesaat pun Puan Wardah memperlihatkan
kesedihannya dihadapan Adam dan Aisyah, hanya senyum manis dan layanan penuh manja yang
dicurahkan untuk anak-anaknya itu. Nafkah iddah yang merupakan pembelaan terhadap wanita
yang diceraikan juga sedikit sebanyak mampu menampung
perbelanjaan Puan Wardah semasa menjalani tempoh iddah.


Selama dalam tempoh iddah, Wardah hanya memikirkan nasib dirinya dan anak-anaknya memandangkan
selama ini dia tidak bekerja dan hanya menguruskan hal rumahtangga. Wardah masih keliru dengan apa yang perlu
dilakukan selepas dia diceraikan.

“Menurut Abu Malik Kamal bin as-Sayyid Salim menerusi kitabnya iaitu Ensiklopedi Fiqih Wanita mengatakan
mut‟ah bermaksud harta yang diserahkan kepada wanita yang ditalak.”

Wardah terdengar seorang penceramah di televisyen yang menyampaikan tentang hak wanita selepas
diceraikan. Wardah terus duduk dan terus mendengarka ceramah tersebut. Menurusi perkongsian itu, penceramah itu
mengatakan pemberian mut‟ah ini boleh dijadikan sebagai modal untuk bekas isteri berdikari dan memulakan hidap
baru serta menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk terhadap seseorang isteri yang diceraikan. Wardah
tertanya-tanya apakah dia layak untuk menuntut mut‟ah daripada bekas suaminya.


Sejurus itu, Puan Wardah menelefon kawannya yang bekerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam untuk
bertanyakan syarat menuntut hak mut‟ah. Kawannya menerangkan bahawa terdapat beberapa mazhab mengenai
hukum memberi mut‟ah. Kawannya mengatakan bahawa dia berhak dan boleh menuntut mut‟ah.

Setelah habis tempoh iddah, Wardah memfailkan tuntutan ke mahkamah bagi menuntut hak mut‟ah.
Wardah turut membawa slip gaji bekas suami untuk membuktikan jumlah yang dituntut relevan dengan
kemampuan bekas suaminya. Puan Wardah telah mengambil keputusan untuk menuntut sebanyak RM10,000
daripada bekas suaminya. Encik Aizat bersetuju dengan amaun yang diminta dan Puan Wardah akhirnya
menerima tuntutan tersebut. Amaun yang diminta itu adalah untuk memulakan hidup baru bersama anak-anaknya
dan ingin memulakan bisnes online bagi menyara kehidupan mereka. Puan Wardah bersyukur bekas suaminya
untuk memberikan hak jagaan anak kepadanya dengan syarat bekas suaminya perlu melaksanakan nafkah anak.


NAFKAH IDDAH

PENGERTIAN - Nafkah yang wajib dibayar kepada APA YANG SAYA BOLEH TUNTUT
bekas isteri di dalam tempoh „iddah raj‟ie disebabkan DALAM NAFKAH IDDAH?

sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat

Tinggal mengikut hukum syarak i. Makanan

SYARAT PEMBERIAN NAFKAH IDDAH ii. Pakaian
• Isteri diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk). iii. Tempat tinggal
• Ister yang hamil ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) iv. Apa-apa keperluan lain kepada

berhak mendapat nafkah sehingga anak lahir. seorang isteri seperti perubatan
• Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak dan sebagainya.

berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Namun

mereka berhak mendapat kemudahan tempat tinggal.
• Isteri yang tidak nusyuz.
 Isteri yang dalam iddah kerana kematian suami dan isteri

yang diceraikan namun belum disetubuhi tidak berhak mendapat

nafkah iddah.


PENDAPAT ULAMA’ TENTANG NAFKAH IDDAH
DAN DALIL

• Ulama Hanafiah - Perpisahan yang terjadi antara suami isteri, membolehkan isteri mendapat nafkah disebabkan oleh talak

raj‟i. Jika perpisahan itu terjadi dengan talak raj‟i maka telah diketahui bahawa si isteri masih mendapatkan nafkah dengan
seluruh jenisnya.

• Ulama Malikiah - Perempuan yang ditalak raj‟i wajib diberikan nafkah iddah. Nafkahnya juga tidak gugur jika ia keluar

rumah tempat ia menjalani masa „iddah tanpa izin baik bekas suami mampu mencegahnya atau tidak.

• Ulama syafie - Nafkah iddah wajib diberikan kepada isteri yang ditalak raj‟I baik berstatus merdeka atau hamba sahaya

perempuan, dan baik hamil atau tidak hamil. Andai sahaja seorang suami memberikan nafkah kepadanya seorang isteri yang
disangka hamil namun hakikatnya tidak, maka suami boleh meminta dikembalikan nafkah hamilnya.

• Ulama Hanabilah – Perempuan yang ditalak raj‟I wajib diberikan nafkah kepadanya dengan tiga jenisnya sebagaimana

halnya dia seorang isteri.

firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah 2/233.

ۚ ‫َو َع َلى ا ْل َم ْولُو ِد لَهُ ِر ْزقُ ُه َّن َو ِك ْس َوتُ ُه َّن ِبا ْل َم ْع ُرو ِف‬

Maksudnya: Dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma’ruf.


MUT‟AH

PENGERTIAN – Satu bayaran yang wajib ke atas TUJUAN PEMBERIAN MUT’AH –
suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan 1) Menggunakannya sebagai modal untuk
tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
berdikari dan memulakan hidup baru selepas
DALIL – bercerai.
2) Menghilangkan rasa malu dan prasangka buruk
‫َولِْل ُمطََلَّقـٰ ِت َمتَـٰ ٌۢع بِٱلْ َم ْعُرو ِف ۖ َحًّقا َعلَى ٱلْ ُمَتِّق َي‬ terhadap isteri.
3) Sebagai penghargaan suami terhadap isteri atas
Maksud: “Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak sumbangan dan peranan yang diberikan oleh
mendapat mut‟ah (pemberian sagu hati) dengan cara isteri.
yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas
orang-orang yang taqwa.” KADAR MUT’AH
1) Islam tidak menetapkan kadar mengenai
(Surah al-Baqarah: 241)
mut‟ah.
2) Dasar penetapan bergantung kepada keredaan

dan persetujuan suami isteri.


PENDAPAT ULAMA’ TENTANG PEMBERIAN MUT’AH

MAZHAB SYAFIE MAZHAB MALIKI Mut‟ah hukumnya tidak MAZHAB
wajib dan bukan merupakan suatu HANBALI
Mut‟ah wajib tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
diberikan ke atas Tidak mewajibkan
setiap perempuan MAZHAB HANAFI pemberian mut‟ah adalah mut‟ah tetapi hanya
yang diceraikan wajib jika isteri diceraikan tanpa kesalahan si isteri menyarankan sahaja
suami, sama ada sebelum pasangan ini bersatu. pemberiannya kepada
yang telah diceraikan.
perceraian itu
sebelum atau selepas

bersatu dengan
suami.


NAFKAH ANAK

- Suatu nafkah wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaan
nya atau dalam jagaan seseorang yang lain.

JUMLAH NAFKAH ANAK: TEMPOH NAFKAH ANAK: CARA PELAKSANAAN
NAFKAH
Bergantung pada faktor: - Berkuatkuasa sehingga
1. Pendapatan dan usia anak 18 tahun. 1. Pembayaran terus
tanggungan pihak yang 2. Potongan gaji
kene tuntut. - Bagi anak perempuan,
perintah nafkah adalah
2. Keperluan anak-anak. selagi belum
3. Umur anak-anak. berkahwin.


HARTA SEPENCARIAN

PENGERTIAN – Harta yang diperoleh bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut
syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa‟ ayat 32:

‫لِلِّرَجاِل نَ ِصْيب َِِّمّا ا ْكتَ َسبُـْوا ۗ َولِلنِّ َس ۤاِء نَ ِصْيب َِِّمّا ا ْكتَ َسْ َب‬

Maksud: Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan pula ada
bahagian dari apa yang mereka usahakan.

PENENTUAN BAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN
- Usaha bersama suami dan isteri
- Sumbangan-sumbangan yang diberikan secara langsung dan tidak langsung
- Kewujudan anak-anak dibawah umur dan keperluan mereka


TUNGGAKAN HUTANG

seorang isteri boleh • Menggunakan peguam
membuat tuntutan hutang • Permohonan kepada
ke atas bekas suaminya
Biro Bantuan Guaman
jika didapati bekas
suaminya tidak membayar
mas kahwin, tidak memberi
saraan hidup ketika dalam

tempoh perkahwinan,
tunggakan nafkah anak dan

sebagainya.


RUJUKAN

Syaikh Abdul Rahman Al-Jazairi. 2002. Al-Fiqh ‘ala al-Mazhab al-Arba’ah,
Syeikh Hassan Ayub, Fiqah al-Usrah al-Muslimah. Darul Tauziq wa al-Nasyr al-Islamiyah
Abu Malik Kamal bin as-Sayyid Salim, Fiqh Wanita , Jilid 2.
Ab Rahim et.al. 2017. Pengajian Fiqh: Muamalat, Munakahat, Mirath dan Jenayah. Kuala Lumpur.
Che Zunina Ismail & Liziana Kamarul Zaman. 2012. Wanita dan Undang-Undang Siri 1, Hak Wanita
dan Isu Harta.
http://guamansyariah.blogspot.com/2013/12/
http://studentsrepo.um.edu.my/1662/5/BAB_2.pdf


SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version