The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PSV T1 KSSM Tajuk 7 Warna

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salmeesalleh, 2023-06-13 12:41:21

PSV Tingkatan 1

PSV T1 KSSM Tajuk 7 Warna

TAJUK 7 WARNA Pendidikan Seni Visual T1 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor


Definisi Warna • Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. • Tanpa cahaya, warna tidak akan wujud. Warna dapat dikesan melalui deria penglihatan kita • Gambar foto B yang berwarna adalah lebih menarik berbanding Gambar foto A


Jenis warna • Warna terbahagi kepada tiga jenis, iaitu warna primer (asas), warna sekunder dan warna tertier. • Jenis-jenis warna ini boleh dilihat dengan jelas menggunakan roda warna. • Roda warna merupakan bahan rujukan asas dalam menganalisis dan memilih warna yang sesuai dalam gubahan. Roda warna


Warna primer • Warna yang tidak boleh dihasilkan dengan cara campuran warna. • Warna merah, biru dan kuning.


Warna sekunder • Warna yang dihasilkan daripada campuran dua warna asas. • Warna jingga, ungu dan hijau.


Warna tertier • Warna yang dihasilkan daripada campuran satu warna asas dan satu warna sekunder. • Warna kuning kehijauan, kuning kejinggaan, merah keunguan, merah kejinggaan, biru kehijauan dan biru keunguan.


• Ton warna • Kroma warna • Warna neutral Nilai warna


Ton warna • pancaran warna dari gelap ke terang melalui campuran warna putih atau hitam.


Kroma warna nilai ukuran warna hasil campuran warna penggenap.


Warna neutral hitam, putih dan campuran antara keduanya, iaitu kelabu.


• Warna sewarna/monokrom • Warna harmoni • Warna penggenap Gubahan warna


Warna sewarna/monokrom terhasil melalui pelbagai ton


Warna harmoni warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna.


Warna penggenap warna yang terletak bertentangan dalam roda warna.


Suhu warna • Warna panas • Warna sejuk


Warna panas kumpulan warna yang memberi kesan terang dan garang


Warna sejuk kumpulan warna yang memberi kesan tenang dan damai.


Warna bertindak • Warna yang akan menimbulkan kesan pantulan warna yang berbeza apabila bertemu dengan warna latar yang berlainan.


Perspektif warna Warna berubah mengikut suasana dan jarak.


Warna harmoni


Warna penggenap


Perspektif warna


Warna primer


Warna neutral


Warna panas Sharifah Fatimah Syed Zubir, Sri Jingga Indera Kayangan, 1998, Akrilik atas kanvas Koleksi LPSVN


Warna sejuk Mastura Abdul Rahman, Interior No. 29, 1987, Media campuran Koleksi LPSVN


Warna bertindak Ismail Abdul Latiff, Arus Pagi, 2007, Acrylic on museum board


Fungsi Warna Sebagai representasi daripada alam semula jadi


Fungsi Warna Sebagai ekspresi kendiri untuk meluahkan emosi


Fungsi Warna Sebagai kesan psikologi kepada perasaan manusia


Fungsi Warna Sebagai simbolisme yang memberikan makna tertentu


TAMAT


Click to View FlipBook Version