The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ehairchok, 2024-03-02 01:26:45

MANUAL PENGURUSAN PPKI 2024 2025

MANUAL PENGURUSAN PPKI 2024 2025

MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 2 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pengenalan PPKI 3-5 2. Bahagian Pengurusan 6-7 3. Bidang Tugas Guru 8 4. Bidang Tugas PPM 9-12 5. Carta Organisasi Pengurusan PPKI 13 6. Carta Organisasi Pentadbiran PPKI 14 7. Carta Organisasi Kurikulum PPKI 15 8. Carta Organisasi Hal Ehwal Murid PPKI 16 9. Carta Organisasi Kokurikulum PPKI 17 10. Senarai Nama Murid PPKI Sesi 2024/ 2025 18-19 11. Takwim Tahunan PPKI Sesi 2024/ 2025 20


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 3 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB PENGENALAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ialah satu program pendidikan khas yang khusus untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) yang belajar di dalam kelas pendidikan khas secara integrasi di sekolah kerajaan atau di sekolah bantuan kerajaan [ Peraturan - Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013]. TUJUAN PROGRAM • Semua MBPK berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai. • Semua MBPK perlu diperkembangkan bakat dan potensi murid melalui pendidikan vokasional bagi menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup. • Semua MBPK diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan. • MBPK yang berpotensi seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana. • Menyediakan peluang MBPK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan seterusnya menjadi aset kepada negara. MASALAH PEMBELAJARAN (BP) Masalah Pembelajaran berlaku apabila seseorang mengalami masalah atau kesukaran untuk mempelajari sesuatu akibat kekurangan keupayaan kognitif atau intelek. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak dapat mencapai tahap dalam pelajaran sepertimana kanak-kanak lain pada umur yang sama setelah melalui beberapa pengukuran secara objektif. Kanak-kanak ini mengalami kelewatan perkembangan dan mengalami masalah daya tumpuan, ingatan, pemikiran, koordinasi, komunikasi/perhubungan, membaca, menulis , mengeja dan mengira, kemahiran sosial dan kematangan emosi (Sumber: KKM).


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 4 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB Ia juga boleh berlaku kerana kekurangan upaya contohnya masalah kurang penglihatan, kurang pendengaran atau masalah fizikal. Namun, dalam kes-kes sebegini, sekiranya kekurangan upaya ini dapat di atasi, dengan penggunaan cermin mata contohnya, atau diberikan alat pendengaran seawal mungkin, serta diberi rangsangan serta stimulasi awal, masalah pembelajaran dalam kalangan individu ini dapat dikurangkan. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, masalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada Lewat perkembangan (Global Developmental Delay) bagi kanak-kanak yang di bawah umur 4 tahun, Sindrom Down, Autisme, Masalah Intelek, Masalah Pembelajaran Spesifik seperti Disleksia, Diskalkulia. Berikut adalah tanda-tanda kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran: Tanda- tanda semasa prasekolah Tanda-tanda semasa awal persekolahan (7-8 tahun) ➢ Kurang tumpuan ➢ Masalah menyebut perkataan ➢ Tidak menggunakan banyak perkataan ➢ Tidak pandai bergaul dengan kawan ➢ Tidak dapat mengikut arahan ➢ Lewat bercakap ➢ Masalah belajar nombor dan abjad ➢ Masalah mengaitkan abjad dan bunyi. ➢ Keliru dengan makna perkataan mudah contoh makan, lari dll. ➢ Buat kesilapan dalam menggunakan abjad (b dan d) dan (m dan w). ➢ Masalah transposisi iaitu kesilapan dalam susunan sukukata contoh baldi dikatakan bladi. ➢ Keliru dengan tanda matematik (+, -, x, /, =)., kanan dan kiri. ➢ Lebih bergantung kepada kebolehan menghafal. ➢ Tidak pandai merancang. ➢ Masalah dalam pergaulan.


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 5 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB MATLAMAT PPKI SKKSAB Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran bertujuan untuk melahirkan MBPK yang berupaya mengurus diri sendiri, bertingkah laku positif, mempunyai keupayaan bersosialisasi, menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira serta menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa agar mereka mampu berdikari dan menjalani kehidupan bermakna.


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 6 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB BAHAGIAN PENGURUSAN 1. Pentadbiran Umum a. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah, b. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah, c. Menyediakan takwim kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas Pendidikan Khas sepanjang tahun. d. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas Pendidikan Khas. e. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas. f. Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas diwujudkan dan sentiasa dikemaskini. g. Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa MBPK. h. Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas. i. Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada), j. Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan. k. Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpunan pagi pada setiap hari Ahad (tertakluk kepada keupayaan murid Pendidikan Khas), 2. Pengurusan Hal Ehwal Guru a. Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas yang belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri supaya mereka dapat dihantar berkursus. b. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun mengajar kanak-kanak kelainan upaya. c. Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak disalahgunakan oleh pihak sekolah. 3. Pengurusan Hal Ehwal Murid a. Memastikan nama MBPK yang baharu, didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan Murid. b. Memastikan semua MBPK yang baharu, didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. c. Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua MBPK yang layak menerimanya diproses dan dihantar sebelum tarikh tutup. d. Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk MBPK diuruskan dengan cekap. e. Memastikan MBPK yang diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks. f. Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luar negeri dan memastikan semua dokumen lengkap. g. Memastikan MBPK yang tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti Sekolah. 4. Pengurusan Data a. Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah mengikut ketetapan yang ditetapkan. b. Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam fail.


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 7 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB 5. Pengurusan Stok a. Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri diletakkan di dalam kelas pendidikan khas. b. Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak. c. Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok. 6. Pengurusan Kewangan a. Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap sesi persekolahan. b. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid pendidikan khas (mengikut syarat pekeliling kewangan semasa), c. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas, d. Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari semasa ke semasa dan memaklumkan kepada semua guru pendidikan khas. 7. Pengurusan Jadual Waktu a. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru masing-masing. b. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah. 8. Setiausaha Kelas Pendidikan Khas a. Berbincang dengan Penyelaras Kelas Pendidikan Khas untuk menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Khas atau mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas atau perjumpaan dengan ibu bapa atau penjaga. b. Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat. c. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan dalam fail-fail berkenaan. d. Mengemaskini salinan Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas dan Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas. e. Menyediakan surat-surat rasmi untuk aktiviti pendidikan khas.


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 8 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB SKOP BIDANG TUGAS GURU PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 1. Guru Kelas Pendidikan Khas a. Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk Pengajaran dan Pembelajaran. b. Memastikan keperluan alatan Pengajaran dan Pembelajaran kelas pendidikan khas mencukupi. a. Pengurusan Dokumen i. Merekod dan mengemaskini kedatangan murid pada setiap hari (APDM), ii. Melengkapkan dan mengemaskini maklumat murid di dalam APDM. iii. Memastikan Fail Rancangan Pendidikan Individu (RPI) muridnya sentiasa dikemaskini, iv. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap, v. Menguruskan surat-menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan dan lainlain. 2. Guru Mata Pelajaran Pendidikan Khas a. Menganggotai Ahli Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Sekolah. b. Menyimpan maklumat Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Panduan, Buku Kerja dan senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai. c. Menyimpan minit mesyuarat panitia di dalam Fail Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas. d. Mengemaskini Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk mata pelajaran yang diajar. e. Menyenaraikan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperlukan dan membentangkannya di dalam mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas supaya dapat diambilkira dalam ABM kelas pendidikan khas. 3. Guru Kokurikulum Pendidikan Khas a. Merancang aktiviti tahunan kokurikulum kelas pendidikan khas seperti sukan, kelab/ persatuan dan pasukan Beruniform. b. Mendaftarkan kelab atau persatuan unit beruniform murid pendidikan khas dengan pihakpihak yang berkenaan (rujuk kepada Guru/Penolong Kanan Kokurikulum sekolah). c. Mendokumentasikan segala hal yang berkaitan dengan kelab seperti pendaftaran, peraturan, yuran, pakaian, masa perjumpaan dan lain-lain; failkan di dalam Fail Kokurikulum Pendidikan Khas. d. Menyediakan kertas cadangan untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang. e. Menyediakan segala surat menyurat, dokumen dan membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan setiap aktiviti kokurikulum, f. Menyediakan laporan tahunan bagi setiap aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan; satu salinan untuk Fail Kokurikulum Pendidikan Khas dan satu salinan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pendidikan Khas.


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 9 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB SKOP BIDANG TUGAS PPM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) A. Pengurusan MBPK; B. Pengurusan kelas; C. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PdP); D. Pergerakan dan aktiviti MBPK (mobiliti); E. Pengurusan pentadbiran kelas; F. Pengurusan pentadbiran am, rekod dan aset; G. Tugas sewaktu cuti persekolahan; dan H. Tugas umum. A. PENGURUSAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) Membantu dalam pengurusan diri MBPK dari aspek fizikal, emosi, rohani dan jasmani serta keselamatan dan kesihatan. 1. Melayani karenah dan memastikan MBPK sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas. a. Menguruskan MBPK yang tidak terurus atau tidak tahu menyalin pakaian. b. Membantu membersihkan MBPK seperti memandikannya (jika perlu); dan c. Membersihkan kekotoran yang terdapat di dalam kelas seperti muntah, air kencing, najis dan sebagainya. 2. Menyambut kehadiran MBPK ke kelas dan menghantar MBPK ke pintu pagar sekolah sewaktu pulang. 3. Memastikan keselamatan MBPK ketika berada di kawasan sekolah. 4. Mengawasi MBPK setelah tamat waktu persekolahan: a. Memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan PPKI/Penyelaras PPKI untuk menghubungi ibu bapa/penjaga sekiranya terdapat MBPK lewat pulang serta menemani MBPK tersebut; dan b. Memastikan MBPK keluar dari kawasan sekolah dalam keadaan selamat. 5. Mengawasi MBPK seamasa perubahan PdP atau sewaktu guru menghadiri taklimat/ urusan rasmi seperti berikut: a. Ketika pertukaran guru, stesen atau kelas; dan b. Sebelum ketibaan guru. 6. Menjaga MBPK yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/ penjaga untuk urusan ke klinik/ hospital: a. Membantu guru memberi rawatan awal kepada MBPK yang sakit atau mengalami kecederaan ringan seperti membersih luka atau menyapukan ubat; b. Membantu menenangkan emosi MBPK; c. Menempatkan MBPK ke bilik sakit; dan d. Membantu menyemak rekod latar belakang kesihatan MBPK. 7. Mengawal MBPK seamasa perhimpunan rasmi sekolah: a. Membawa MBPK ke tempat perhimpunan; dan b. Membimbing dan mengawasi tingkah laku MBPK semasa perhimpunan berlangsung. 8. Memastikan keperluan serta peralatan peribadi MBPK lengkap dan mencukupi. 9. Membantu MBPK ke tandas sekiranya perlu: a. Membawa/ mengiringi MBPK ke tandas; b. Membimbing MBPK cara menggunakan tandas serta membersihkan diri dengan betul;dan c. Memastikan MBPK agar sentiasa dalam keadaan bersih.


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 10 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB 10. Membantu menguruskan MBPK baharu: a. Melayan karenah dan menenangkan emosi MBPK; b. Menempatkan MBPK di dalam kelas; dan c. Membantu orientasi dijalankan. 11. Membantu mengawasi MBPK sewaktu menerima agihan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan semasa waktu rehat: a. Memastikan MBPK beratur sebelum ke kantin; b. Memastikan MBPK membasuh tangan sebelum dan selepas makan; c. Membantu MBPK membeli makanan; d. Membantu menunjukkan adab makan yang betul kepada MBPK; e. Memastikan MBPK meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan; dan f. Memastikan MBPK beratur masuk ke kelas. 12. Menjadi contoh teladan yang baik kepada MBPK dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri. 13. Menghantar dan mengambil MBPK yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI) separa. 14. Membantu guru bagi menghadiri aktiviti sukan dan ko-kurikulum. B. PENGURUSAN KELAS Membantu dalam pengurusan kebersihan, keceriaan dan keselamatan MBPK, kemudahan/ peralatan dan kelas/ bangunan bagi aktiviti di dalam dan luar kelas. 1. Membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sebelum dan selepas PdP. 2. Mengemas dan membersihkan kelas/ bilik pendidikan khas: a. Menyapu lantai setiap hari dan dibersihkan (membersihkan lantai) dengan mop (jika perlu); b. Memastikan sampah dibuang; c. Membersihkan kipas, langsir, sofa, pinggan mangkuk, peti sejuk dan peralatan lain di dalam kelas/ bilik pendidikan khas secara berkala; dan d. Memastikan cermin tingkap dan perabot bilik tidak berhabuk. (membersihkan habuk pada cermin tingkap dan perabot) 3. Memastikan tandas MBPK sentiasa dalam keadaan bersih, ceria dan selamat digunakan (dicuci jika perlu). 4. Memastikan semua peralatan dan bahan yang berbahaya disimpan di tempat yang selamat (termasuk) seperti peralatan: a. Dapur; b. Bengkel/ pertukangan; c. Kebun/ stor; d. Akuarium/ sangkar; e. Bilik-bilik khas; dan f. Kelas pembelajaran/ stesen PdP. 5. Membantu menyusun atur peralatan dan perabot kelas/ bilik pendidikan khas supaya sentiasa kemas, teratur dan selamat untuk mewujudkan suasana yang kondusif. 6. Membantu menceriakan dalam dan luar kelas/ bilik Pendidikan Khas. 7. Membantu guru menjaga keselamatan semua peralatan dan kemudahan di dalam dan di luar kelas. 8. Membantu menjaga dan memastikan Projek Pendidikan Khas seperti kebun, taman dan lain-lain dalam keadaan terurus. 9. Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemas kini papan kenyataan dari semasa ke semasa.


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 11 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB 10. Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat/ peti kecemasan dan alat pemadam api masih boleh digunakan, termasuk: a. Mengenal pasti tarikh luput; dan b. Memastikan bekalan ubat lengkap dan mencukupi. C. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) Membantu dalam pengurusan dan perjalanan sebelum, semasa dan selepas PdP. 1. Membimbing dan mengawal tingkah laku MBPK semasa PdP. 2. Membantu guru menyediakan bahan sumber sebelum sesi PdP: a. Memasang peralatan elektronik; b. Membuat salinan (photocopy); c. Menyediakan buku dan alat tulis; d. Menyediakan grafik taktil; dan e. Menguruskan MBPK yang menggunakan alat bantuan tertentu seperti memeriksa bateri alat pendengaran, FM sistem, kanta pembesar, mesin Braille dan lain-lain. 3. Membantu mengurus MBPK seamasa aktiviti PdP seperti memegang tangan MBPK untuk aktiviti psikomotor kasar dan halus serta praktikal. 4. Membantu mengawasi dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan MBPK sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa PdP berlangsung. D. PERGERAKAN DAN AKTIVITI MBPK (MOBILITI) Membantu dalam pengurusan mobiliti MBPK (pergerakan MBPK) dan penglibatan MBPK dalam setiap aktiviti. 1. Menjaga pergerakan dan keselamatan MBPK semasa aktiviti di dalam dan di luar sekolah. 2. Menghantar dan mengambil MBPK Inklusif di kelas perdana jika perlu. 3. Membantu menguruskan MBPK yang tidak mampu berjalan atau bergerak dengan sendiri untuk ke sesuatu tempat. 4. Membantu mengurus MBPK yang menggunakan alatan khas untuk bergerak. 5. Memastikan MBPK mengamalkan teknik orientasi dan mobiliti dengan betul. E. PENGURUSAN PENTADBIRAN KELAS Membantu dalam pentadbiran kelas mengikut prosedur yang ditetapkan. 1. Membantu guru dalam urusan pendaftaran MBPK baharu; 2. Membantu guru dalam pengurusan kehadiran MBPK setiap hari. 3. Memastikan Alat Bantu Dengar (ABD) MBPK ketidakupayaan pendengaran berfungsi dengan baik. 4. Memastikan alatan khas bagi MBPK ketidakupayaan penglihatan berfungsi dengan baik. F. PENGURUSAN PENTADBIRAN AM, REKOD, DOKUMEN DAN ASET. Membantu dalam pengurusan pentadbiran am kelas, rekod/ dokumen, kewangan, stok dan aset kerajaan di kelas. 1. Membantu mengemas kini data dan maklumat MBPK secara berkala. 2. Membantu dalam pengurusan fail dan rekod. 3. Membantu dalam pengurusan surat-menyurat. 4. Membantu guru dalam urusan stok dan aset di dalam kelas.


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 12 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB G. TUGAS SEWAKTU CUTI PERSEKOLAHAN 1. Memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan secara berkala: a. Menyapu dan mop lantai, serta memastikan bilik dan tandas sentiasa bersih, ceria dan selamat; b. Memastikan langsir dan sarung sofa dicuci dan diganti (jika perlu); c. Membersihkan cermin tingkap, kipas, pinggan mangkuk dan peti sejuk; d. Memastikan semua peralatan elektrik tidak berhabuk, selamat dan sedia untuk digunakan; dan e. Menyusun semula peralatan dan perabot. 2. Membantu dalam pengurusan aset kerajaan termasuk: a. Membantu mengenal pasti semua aset yang boleh digunakan, perlu diselenggara atau dilupuskan; dan b. Membantu menyemak stok. 3. Membantu mengurus Projek Pendidikan Khas. 4. Membantu dalam pengurusan fail dan rekod. 5. Membantu menyediakan borang-borang dan fail untuk pendaftaran baharu. H. TUGAS UMUM Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa.


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 13 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB CARTA ORGANISASI PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 AZMAN BIN MD. AKIM GPK 1 IBRAHIM BIN SULAIMAN GPK HEM NURUL JANA BINTI ALI GPK KOKO RAIHAN BINTI RAJAB PENYELARAS MARZLINA BINTI RAMLI PPM PENDIDIKAN KHAS SURAYNI BINTI KASMADI PPM PENDIDIKAN KHAS NURUL FATIN AMIRAH BINTI ABDUL KADIR GURU PENDIDIKAN KHAS NADIA NABILAH BINTI FATHI GURU PENDIDIKAN KHAS NORIAH BINTI MD JIDIN GURU BESAR HAFIZAH BINTI ZULKIFLEE GURU PENDIDIKAN KHAS


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 14 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 AZMAN BIN MD. AKIM GPK 1 IBRAHIM BIN SULAIMAN GPK HEM NURUL JANA BINTI ALI GPK KOKO RAIHAN BINTI RAJAB PENYELARAS MARZLINA BINTI RAMLI PPM PENDIDIKAN KHAS SURAYNI BINTI KASMADI PPM PENDIDIKAN KHAS NORIAH BINTI MD JIDIN GURU BESAR MOHD KAMARUZAMAN BIN ABU NAIM GURU BEREDAR AHMAD ZAIM FAKHRI BIN AHMAD ZAKI GURU BEREDAR NURUL FATIN AMIRAH BINTI ABDUL KADIR GURU PENDIDIKAN KHAS HAFIZAH BINTI ZULKIFLEE GURU PENDIDIKAN KHAS NADIA NABILAH BINTI FATHI GURU PENDIDIKAN KHAS


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 15 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB CARTA ORGANISASI KURIKULUM PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 MOHD KAMARUZAMAN BIN ABU NAIM 1. PANITIA PEND.ISLAM KSSRPK TAHUN 5 NURUL FATIN AMIRAH BINTI ABDUL KADIR 1. SETIAUSAHA PPKI 2. SETIAUSAHA PBD 3. PANITIA MATEMATIK NADIA NABILAH BINTI FATHI 1. SETIAUSAHA INKLUSIF 2. SETIAUSAHA RPI 3. PANITIA PEND.ISLAM NORIAH BINTI MD JIDIN GURU BESAR AZMAN BIN MD. AKIM GPK 1 RAIHAN BINTI RAJAB 1. SETIAUSAHA JADUAL WAKTU 2. PSIKOMETRIK 3. PANITIA BAHASA MELAYU HAFIZAH BINTI ZULKIFLEE 1. SETIAUSAHA PAPR 2. SARINGAN/DIOAGNOSTIK 3. PANITIA BAHASA INGGERIS AHMAD ZAIM FAKHRI BIN AHMAD ZAKI 1. PANITIA PEND.ISLAM KSSRPK TAHUN 1


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 16 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB CARTA ORGANISASI HAL EHWAL MURID PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR TAHUN 2024/2025 RAWATAN/KESIHATAN/ PERGIGIAN GURU KELAS & PPM DISIPLIN/ BIMBINGAN & KAUNSELING Thilakavathy a/p Ganasen SEMUA GURU & PPM KECERIAAN & KEBERSIHAN GURU KELAS PPM KEROHANIAN / KEBAJIKAN GURU PPKI PPM ELAUN MURID KHAS RAIHAN BT RAJAB SEMUA GURU KELAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS NURUL FATIN AMIRAH BINTI ABDUL KADIR PPM DATA / APDM GURU KELAS REKOD KEHADIRAN MURID GURU KELAS NORIAH BINTI MD JIDIN GURU BESAR IBRAHIM BIN SULAIMAN GPK HEM RAIHAN BINTI RAJAB PENYELARAS PENDAFTARAN/BERHENTI GURU KELAS PPM RMT & PSS GURU PPKI PPM


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 17 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR TAHUN 2024/2025 NADIA NABILAH BINTI FATHI 1. PENYELARAS KELAB KEMAHIRAN HIDUP 2. PEMBANGUNAN SUKAN OLAHRAGA/ MERENTAS DESA HAFIZAH BINTI ZULKIFLEE 1. PENYELARAS 1M1S (PETANQUE & STACKING) NURUL FATIN AMIRAH BINTI ABDUL KADIR 1. PENYELARAS UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 2. PENYELARAS SEGAK NURUL JANA BINTI ALI GPK KOKO RAIHAN BINTI RAJAB 1. PENYELARAS NILAM 2. PENYELARAS KOAKADEMIK NORIAH BINTI MD JIDIN GURU BESAR


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 18 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB SENARAI NAMA MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SESI 2024/2025 KELAS PK1 PENGURUS KELAS : CIKGU NURUL FATIN AMIRAH BINTI ABDUL KADIR PEN. PENGURUS : PPM PUAN MARZLINA BINTI RAMLI BIL NAMA MURID DIAGNOSIS 1 NUR SYUHADA HAMBALI BINTI ABDUL RAHMAN Autisme 2 HARIS DANIAL BIN IMRAN LOW Pelbagai (Kurang Upaya Intelek, ADHD) 3 MUHAMMAD EL FATEH BIN NORDIN GDD 4 DESHWIN KHANNA A/L VIJESH KHANNA Autisme 5 PIRTAM KANAGASABA Intelektual 6 RAISHA ZAHRA BINTI HAZMAN Kurang Upaya Intelek 7 AWANGKU ARFFAN IDZHAM BIN AWANGKU AHMAD ILHAM Autisme 8 MUHAMMAD HARRAZ MIKAIL BIN MOHD NAJIB Autisme 9 MUHAMMAD AL IMRAN BIN MUHAMMAD FAHMIE Autisme KELAS PK2 PENGURUS KELAS : CIKGU HAFIZAH BINTI ZULKIFLEE PEN. PENGURUS : PPM SURAYNI BINTI KASMADI BIL NAMA MURID DIAGNOSIS 1 NORHIDAYATUL AINA BINTI AZLAN Diskalkulia,Disleksia 2 NUR AYRA SYARWANI BINTI ADILLAH Autisme 3 MUHAMMAD SHARIFUDDIN BIN ABDULLAH Disleksia 4 MUHAMMAD WAFI AMJAD BIN MOHD RIDHUAN Diskalkulia,Disleksia 5 NUR FARISHA ADLINA BINTI MUHAMMAD ALI HANAFIAH Kurang Upaya Intelek 6 NUR AMMARA SAFIYA BINTI MOHAMMAD KHAIRI Fizikal (Bilateral CVT), Disleksia 7 SARAH YUFINA BINTI ZULISKANDAR Pertuturan (DLD) 8 NUR DHIA INSYIRAH BINTI MUHAMED TARMIZI Autisme, ADHD


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 19 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB KELAS PK3 PENGURUS KELAS : CIKGU NADIA NABILAH BINTI FATHI PEN. PENGURUS : CIKGU RAIHAN BINTI RAJAB BIL NAMA MURID DIAGNOSIS 1 MUHAMMAD NUR ISDANIAL BIN SUKARNAIN Autisme, ADHD, Disleksia 2 MOHAMAD QAIM AIMAL BIN MOHAMAD FAUZI Disleksia 3 LUQMAN WAFIQ BIN ZAHARI ZAHAR Diskalkulia, Dysgraphia, Disleksia 4 MUHAMMAD IMAN DANISH BIN MOHAMAD FIRDAUS Autisme 5 MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD NOR AZAM Autisme 6 MUHAMMAD ARIFF SYAKIB BIN ABDUL RASHID Intelektual 7 MUHAMMAD FIRASH DAYYAN BIN ROZANIZAM Autisme 8 HAZIQ RIFQI BIN HAIROLNIZAM Autisme 9 NUR HAFIZAH BINTI HASHIM Intelektual -Disleksia BILANGAN MURID MENGIKUT KATEGORI/DIAGNOSIS KATEGORI/DIAGNOSIS BILANGAN AUTISME 12 MASALAH PEMBELAJARAN (DISLEKSIA/INTELEKTUAL) 10 GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY (GDD) 1 PERTUTURAN 1 PELBAGAI 1 FIZIKAL 1 JUMLAH 26


MANUAL PENGURUSAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 20 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKSAB TAKWIM TAHUNAN PPKI SK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 2024/2025 BIL AKTIVITI MASA CATATAN 1. Perjumpaan RPI Sidang 1 April Cikgu Nadia -Surat Makluman -Dokumentasi 2. Sambutan Hari Raya PPKI & Perdana April Cikgu Fatin -Dokumentasi 3. Perjumpaan RPI Sidang 2 Jun Cikgu Nadia -Surat Makluman -Dokumentasi 4. Program Naik Kereta Api JB-Kluang Julai Cikgu Hafizah -Kertas Cadangan -Dokumentasi 5. Program Menonton Wayang September Cikgu Nadia -Kertas Cadangan -Dokumentasi 6. Perkhemahan Pengakap PPKI Oktober Cikgu Fatin -Kertas Cadangan -Dokumentasi 7. Sambutan Hari Lahir Disember Cikgu Hafizah -Kertas Cadangan -Dokumentasi 8. Hari Apresiasi Februari Cikgu Raihan -Kertas Cadangan -Dokumentasi DOKUMENTASI: ~ Dua salinan laporan program perlu disediakan. ~ Gambar aktiviti program dipamerkan pada papan kenyataan PPKI.


Click to View FlipBook Version