RESIS
PENGENALAN
• Resis ialah satu proses menghasilkan corak dengan
 menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur di
 antara satu dengan lain seperti :
• warna air dengan warna minyak dan
• warna air dengan lilin.
Dalam teknik resis, cara penggunaan bahan-bahan adalah
penting. Krayon atau lilin mestilah ditekan dengan kuat di
atas permukaan kertas supaya warna air tidak meresap
bila disapu ke atasnya.
• Murid perlu melakar terlebih dahulu bentuk-bentuk atau
 bahagian tertentu dengan krayon atau lilin. Setelah
 dilakar dengan krayon atau lilin, sapukan warna dengan
 menggunakan berus di tempat yang sesuai. Bahagian
 yang telah dilakar dengan krayon atau lilin tidak akan
 diresapi warna.
• Resis boleh dibuat di atas kertas atau kain.
• Bahan:
• Krayon, oil pastels, lilin, dan warna air.
• Gam polisterina atau kanji boleh juga digunakan sebagai
 bahan perolakan.
•
• Alat:
• Seperti berus, palet, dan span.
•
CONTOH RESIS
      Lakaran gambar menggunakan canting dan lilin cair panas
            di atas kertas lukisan. Kemudian kertas lukisan di
                  lembabkan sebelum menyapu warna air.
ALATAN YANG DIPERLUKAN
                        1. WARNA KRAYON
                        2. KERTAS LUKISAN
                        3. PALET
                        4. WARNA AIR DAN BERUS
CARA:
       1. lakar corak yang dikehendaki menggunakan krayon / lilin / oil pastel di atas
          kertas lukisan ( pilih warna yang terang seperti kuning, putih , hijau muda )
       2. Warnakan latar belakang menggunakan warna air yang gelap seperti biru dan
          hitam
       3. Corak yang dilakar akan timbul sebaik sahaja kita menyapu warna air.
SELAMAT MENCUBA…
                                             SEKIAN TERIMA KASIH…
