The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Syazwani Khorudin, 2019-11-21 16:29:31

MAJLIS PERSARAAN GPK 1

MAJLIS LKSBKB GPK1 - PDF

PN. SHARIPAH NORLIZA BT SAYED DARUS

22 NOV 2019(JUMAAT) DEWAN AVICENNA, SK IPGM

Insan yang diraikan ini diberi nama Puan Sharipah Norliza Bt Sayed Darus.
Beliau telah dilahirkan pada tanggal 27 Julai 1961 di teratak ayahanda dan
bondanya di Mata Ayer, Perlis. Pasangan kepada Tuan Sayed Darus dan Puan
Sharipah Zawiyah ini kemudiannya dibesarkan di Pauh dan telah bertemu jodoh dengan Tuan Syed
Dziauddin B. Syed Darus. Pasangan yang diibaratkan merpati dua sejoli ini kemudiannya diijab
kabulkan pada 17 Nov 1985 di Kg Sentua, Utan Aji Perlis. Hasil daripada perkahwinan ini,
pasangan Tuan Syed Dziauddin dan Puan Sharipah Norliza telah dianugerahkan dengan 5 cahaya
mata penyeri keluarga. Dan sehingga kini, keluarga induk ini telah berkembang menjadi sebuah
keluarga besar yang harmoni dengan kehadiran 5 orang menantu dan 6 orang cucu. InsyAllah,
dengan izin daripadaNya, pada tahun hadapan Tuan Syed Dziauddin dan Puan Sharipah Norliza
menanti kehadiran dua orang lagi cucu yang bakal dilahirkan.

“Semoga kasih yang dititip sentiasa bersinar, tidak sesekali tersirna…”

Sekolah rendah :

1. SK TAMBUN TULANG (1968-1969)

2. SK KAYANG (1969-1973)

Sekolah menengah :

1. SMK SYED ALWI (1973-1975)

2. SMK DERMA (1976-1978)

Instituti pengajian :

1. MAKTAB PEGURUAN SULTAN IDRIS – SIJIL PERGURUAN PENGAJIAN MELAYU (3 TAHUN)

1. SRJK( C ) CHUN SIEW (1986-1987)

2. SK BINTONG (1988 -1998)

3. SK SENA (1999-2000)

4. SK KUBANG GAJAH (2001-2011) – DILANTIK SEBAGAI GPK HEM

5. SK SERI TUNJONG (2012- JULAI 2015) – MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI GPK 1

6. SK KAYANG (OGOS 2015 – OKT 2015)

7. SK IPGM (OKT 2015 – NOV 2019)

“ Andaikan cinta itu boleh dihitung, pasti tidak ternilai banyaknya”

1. APC 1997 - BERKHIDMAT DI SK BINTONG
2. APC 2005 – BERKHIDMAT DI SK KUBANG GAJAH
3. APC 2013 – BERKHIDMAT DI SK SERI TUNJONG
4. APC 2018 – BERKHIDMAT DI SK IPGM
 JURULATIH PENDIDIKAN SENI VISUAL NEGERI
 JURULATIH ETEM UNTUK GURU2 PPSMI KOHORT 2 DAN 3

 JURULATIH PENDIDIKAN SIVIK

“ Pergimu membawa diri, hadirkan ingatan dalam doamu buat kami”

“ Bila yang patah sudah tumbuh, yang hilang sudah berganti,
takkan sepersis dirimu yang pernah kami kenali”






Click to View FlipBook Version