The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SING YEE, 2023-06-23 01:44:13

modul pengucapan awam

modul pengucapan awam

1 Disediakan Oleh Cikgu Asma’ Binti Ahmad Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban


2 Teacher: Mdm Asma’ Binti Ahmad (SPADA USIM & Registered Counselor) Cik Wan Siti Noriza Binti Muhammad Zain (Full Time Counseling Teachers & Registered Counselor)


Disediakan Oleh : Cr Asma' Bt Ahmad 3 Kepentingan Slot pengucapan awam ini amat diperlukan untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta keberanian dan petah bercakap dalam memberi ucapan atau berpidato dengan lebih baik. Dengan adanya pendedahan ini dapat membina keyakinan murid untuk berhadapan dengan sesebuah majlis seperti pengacaraan, menjadi penceramah dan menjadi fasilitator yang memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.


PENGUCAPAN AWAM Tidak dapat dipelajari dalam tempoh sekejap dan memerlukan proses, Latihan dan pendedahan. Saya pernah menghadiri Kursus Pengucapan Awam INTAN, dan oleh itu, ianya memang memerlukan Latihan berterusan. Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 4


Apa Itu Pengucapan Awam? Pengucapan Awam, juga dikenali sebagai syarahan atau pidato. Secara tradisinya bermaksud perbuatan bercakap secara langsung, bersemuka dengan khalayak secara langsung. Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 5


Apa persepsi anda bila melihat gambar ini? Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 6


Kepentingan Pengucapan Awam Pengucapan Awam menjadikan otak anda berfungsi pada kapasiti penuh, terutamanya keupayaan untuk berfikir secara kritis. Seseorang yang mempunyai pemikiran kritis akan lebih berfikiran terbuka dan lebih memahami pandangan orang lain. Pemikir kritis boleh melihat kedua-dua belah mana-mana isu dan lebih berkemungkinan menjana penyelesaian dwipartisan. Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 7


Ucapan…. Ucapan lazimnya dibuat ketika berlakunya sesebuah majlis yang dianjurkan. Antara majlis yang biasa mempunyai ucapan adalah seperti berikut seperti: • Majlis perasmian • Majlis perpisahan • Majlis meraikan seseorang • Majlis mengingati hari tertentu Selain itu, ucapan juga biasanya diberikan oleh pihak-pihak yang mempunyai pangkat atau jawatan yang lebih tinggi di dalam sesebuah organisasi, jabatan, mahupun agensi. Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 8


Pengenalan Setiap ucapan perlu dimulakan dengan kata-kata aluan. Kata-kata aluan ini perlu disusun mengikut protokol atau tahap kedudukan para jemputan yang hadir di dalam sesebuah majlis. Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 9


GELARAN Dalam ucapan, setiap gelaran dan panggilan kepada jemputan yang hadir perlulah bersesuaian. Sebagai contoh, gelaran atau panggilan untuk individu berikut adalah seperti: • Yang di-Pertuan Agong: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong • Yang di-Pertua Negeri: Tuan Yang Terutama • Perdana Menteri Malaysia: Yang Amat Berhormat • Timbalan Perdana Menteri: Yang Amat Berhormat • Menteri/Timbalan Menteri: Yang Berhormat • Wakil Rakyat/Adun: Yang Berhormat Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 10


Beri Perhatian kepada Pengenalan dan Akhir anda Ingat untuk memulakan dan mengakhiri ucapan anda dengan nada tinggi. Pengenalan yang baik akan menarik perhatian orang ramai. Manakala pengakhiran yang baik meninggalkan mereka dengan kesan yang berpanjangan. Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 11


ISI Isi lazimnya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur majlis yang kemudiannya disusuli dengan menyebut tujuan ucapan. Isi ucapan perlu tertumpu kepada memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, atau peringatan kepada hadirin yang hadir. Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 12


ISI Letakkan 1 atau 2 kata penghadapan sebelum memulakan isi baharu untuk menarik perhatian seperti hadirin yang dihormati sekalian. Adalah digalakkan untuk memasukkan kiasan, pantun atau peribahasa supaya ucapan tersebut menjadi lebih menarik. Disediakan Oleh : Cr Asma' Bt Ahmad 13


CONTOH UCAPAN ALUAN Yang Berusaha Yang Berusaha Tuan Md Sa’at Bin Atan, Pengetua Cemerlang Smk Tunku Ampuan Durah, Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini. Pergi berhuma di Tanjung Rokan Sebelum pulang mengail ikan Kehadiran tuan-puan kami alukan Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan, Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 14


PENUTUP Ucapan penutup perlu menjurus kepada menyatakan tanda penghargaan dan hasrat. Selain itu, ucapan penutup pula perlu mengandungi kata-kata pujian dan penghargaan, kesimpulan. Ucapan penutup perlu disudahi dengan ucapan terima kasih dan mengucapkan salam kepada hadirin yang hadir terutamanya kepada jemputan yang diraikan. Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 15


SOALAN Apa gelaran yang bersesuaian kepada Tuan/ Puan Pengetua anda apabila anda diminta menjadi Pengacara Majlis? Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 16


MOHON PESERTA MENCUBA Yang Berusaha Yang Berusaha Tuan Md Sa’at Bin Atan, Pengetua Cemerlang Smk Tunku Ampuan Durah, Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini. Pergi berhuma di Tanjung Rokan Sebelum pulang mengail ikan Kehadiran tuan-puan kami alukan Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan, Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 17


MOHON PESERTA MENCUBA Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput semua hadirin sekalian mengambil tempat duduk masing-masing untuk menunggu ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif YMSB dan dif-dif terhormat. Mengumunkan ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Yusri Maju Group, En Muhammad Yusri bersama keluarga dan dif-dif terhormat, para hadirin dijemput berdiri untuk mengalu-alukan kedatangan beliau, top management company dan dif-dif jemputan. Disediakan Oleh : Cr Asma' Bt Ahmad 18


TIPS-TIPS UNTUK MENGACARA MAJLIS SEBAGAI MC (MASTERS OF CEREMONY) ATAU PENGACARA MAJLIS. 1. Cari informasi acara dan tentukan samada majlis diadakan secara formal atau tidak formal. 2. Jaga penampilan diri sebagai MC kerana penampilan diri dapat mengelakkan pandangan negatif daripada penonton dalam acara tersebut. 3. Jika anda berganding bahu dengan orang lain semasa mengendalikan acara, pastikan anda kenal pasangan anda dan berkerjasama. 4. Senaman muka - dilakukan bagi mengelakkan kepayahan dalam menyebut perkataan / mengelakkan salah dalam sebutan. 5. Latihan hendaklah dilakukan dan seelok-eloknya dilakukan dalam sebutan baku bagi acara formal. Sekiranya tidak formal, bolehlah diselit-selikan dengan sebutan bukan baku. 6. Point-point ucapan hendaklah dicatit di atas nota atau skrip ucapan bagi elakkan kesilapan. Pastikan anda tahu siapa yang hadir terutamanya VVIP dalam majlis tersebut. 7. Have fun di dalam majlis tersebut untuk elakkan tekanan semasa mengacarakan majlis. Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 19


Cara Meningkatkan Kemahiran Pengucapan Awam Yakin: Keyakinan membantu menarik orang yang bertentangan dengan baik. Oleh itu, apabila anda mempercayai apa yang anda katakan, ia juga akan lebih mudah untuk meyakinkan orang lain untuk mempercayai apa yang anda katakan. Disediakan Oleh : Cr Asma' Bt Ahmad 20


Cara Meningkatkan Kemahiran Pengucapan Awam Mencipta emosi apabila bercakap: Membuat mimik muka yang sesuai dengan ucapan akan menjadikannya lebih meriah dan penonton lebih empati. Memberi perhatian kepada fonetik dan irama semasa menyampaikan maklumat akan menjadikan pengucapan awam anda lebih menarik! Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 21


Cara Meningkatkan Kemahiran Pengucapan Awam Mulakan dengan cara yang menarik: Adalah dinasihatkan untuk memulakan pembentangan dengan sesuatu yang tidak berkaitan atau cerita, keadaan terkejut, dsb. Pastikan penonton ingin tahu tentang perkara yang akan anda lakukan dan cipta perhatian awal kepada ucapan. Disediakan Oleh : Cr Asma' Bt Ahmad 22


Soalan Baiklah sehingga setakat ini, ada apaapa yang hendak anda tanya? Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 23


Majlis sambutan Hari Guru biasanya akan diadakan di dewan sekolah anda. Selaku wakil murid, anda diminta menyampaikan ucapan.Siapa yang hendak mencuba membuat ucapan ringkas sempena Hari guru? Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 24


Cara Meningkatkan Kemahiran Pengucapan Awam Masa kawalan: Ucapan yang mengikut rancangan akan mempunyai tahap kejayaan yang lebih tinggi. Jika ucapannya terlalu panjang, dan berjela-jela, ia akan membuatkan pendengar tidak lagi berminat dan menantikan bahagian-bahagian berikut Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 25


Cara Meningkatkan Kemahiran Pengucapan Awam Bina pelan B: Sediakan diri anda untuk kemungkinan situasi berisiko dan buat penyelesaian anda. Itu akan membantu anda bertenang dalam perkara yang tidak dijangka. Disediakan Oleh : Cr Asma' Bt Ahmad 26


Cara Meningkatkan Kemahiran Pengucapan Awam Pace & Jeda Beri perhatian kepada rentak anda. Bercakap terlalu cepat atau terlalu perlahan boleh bermakna khalayak anda terlepas sebahagian daripada kandungan ucapan anda, atau mereka hilang minat kerana otak mereka berfungsi lebih pantas daripada mulut anda. Dan jangan lupa berhenti seketika. Bercakap secara berterusan boleh menyukarkan khalayak untuk mencerna maklumat anda. Potong pertuturan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan berikan beberapa saat senyap di antara mereka. Disediakan Oleh : Asma' Bt Ahmad, KB, PA 27


Cara Meningkatkan Kemahiran Pengucapan Awam Pace & Jeda Jika anda terlupa sesuatu, teruskan pertuturan anda yang lain sebaik mungkin (atau semak nota anda). Jika anda tersandung, berhenti sebentar, kemudian teruskan. Anda mungkin menyedari bahawa anda telah melupakan sesuatu dalam garis besar anda, tetapi penonton mungkin tidak akan mengetahuinya, jadi pada pandangan mereka, semua yang anda katakan adalah semua yang anda telah sediakan . Jangan biarkan perkara kecil ini merosakkan ucapan atau keyakinan anda kerana anda masih mempunyai baki untuk ditawarkan. Disediakan Oleh : Cr Asma' Bt Ahmad 28


Written By : Asma’ Bt Ahmad SMK Tunku Ampuan Durah, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia ☺ email: [email protected]


Click to View FlipBook Version