The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wannurhidayati14, 2022-06-11 12:47:03

KKSB

KKSB

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

(PROGRAM PPISMP)
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)

(KESANTUNAN BERBAHASA)
(BMMB1144)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA WAN NURHIDAYATI BINTI WAN MANAP
2021192310266
ANGKA GILIRAN
NO. KAD 030114-03-0468
PENGENALAN H6 / PAKEJ H
KUMPULAN KESANTUNAN BERBAHASA
KOD DAN NAMA (BMMB1144)
KURSUS PRODUK DIGITAL
TAJUK TUGASAN
NAMA PENSYARAH DR ZANARIAH BINTI HAMID
AKADEMIK
3/4/2022
TARIKH HANTAR

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS

MURID YANG MULIA TETAPI TIDAK JUJUR

Daun nipah daun palas,
Pokok rotan menjalar tinggi,

Orang mulia tidak malas,
Menjadi ingatan di dalam hati.

Di hujung kampung terdapat sebuah pondok yang kelihatan usang dihuni oleh sebuah
keluarga kecil yang terdiri daripada tiga ahli keluarga iaitu Pak Mat selaku ketua
keluarga,Yusof sebagai anak sulung lelaki dan Aina sebagai anak perempuan
bongsu.Keluarga kecil ini bukan berasal daripada keluarga yang berada kerana hidup
mereka ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Pak Mat
membanting tulang empat kerat dengan hanya melakukan kerja-kerja kampung
seperti menoreh getah untuk mencari sumber rezeki bagi menampung kelangsungan
hidup keluarga mereka. Walaupun keadaan kesihatan Pak Mat agak tidak
mengizinkan , tetapi Pak Mat tetap mengagahkan diri bekerja keras demi mencari
sesuap nasi untuk keluarga tercintanya. Kehilangan isterinya yang tercinta iaitu Mak
Andak beberapa bulan yang lepas tidak mematahkan semangatnya untuk
meneruskan hidup kerana tanggungjawab Pak Mat semakin besar apabila dia mesti
menjadi seorang ayah sekaligus seorang ibu kepada kedua-dua permata hatinya,
Yusof Dan Aina yang harus dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Sementelahan itu pula, Yusof yang merupakan anak sulung Pak Mat berumur 15
tahun yang mana bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini iaitu Pentafsiran
Tingkatan Tiga (PT3). Yusof merupakan anak yang sangat matang kerana amat
memahami keadaan keluarganya yang serba kekurangan. Dia tidak pernah mengeluh
dengan ujian yang dihadapinya malah tetap bersyukur dengan apa yang telah
dikurniakan oleh Sang Pencipta. Yusof juga merupakan pelajar yang bijak serta
cemerlang kerana selalu berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam
setiap peperiksaan. Sikapnya yang tidak putus asa seringkali mendapat pujian
daripada guru-guru di sekolahnya. Malahan, nama Yusof tidak lekang daripada mulut
salah seorang guru yang mengajarnya subjek Matematik iaitu Cikgu Amrina yang
menyayangi Yusof seperti anaknya sendiri kerana sikap Yusof yang disenang ramai.

Selain itu, Aina yang merupakan anak perempuan dalam keluarga pula berumur 11
tahun dan sedang menuntut ilmu di sekolah yang sama tempat dengan abangnya,
Yusof belajar. Aina juga seorang anak yang baik kerana sering membantu Pak Mat
melakukan kerja-kerja rumah. Setelah kehilangan ibunya, Aina menjadi lebih matang
walaupun pada usia yang belum baligh. Aina yang bertanggungjawab menggantikan
tugas ibunya di rumah yang dahulu memasak dan mengemas. Dia tidak pernah
membebani ayah dan abangnya sebaliknya cuba meringankan beban dengan selalu
membantu mereka dalam apa jua keadaan. Aina juga berpegang dengan amanah
ibunya yang sering berpesan supaya sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang
dijalaninya walau penuh dengan dugaan dan rintangan. Aina juga mengikuti jejak
langkah abangnya di sekolah apabila dia berusaha keras untuk membanggakan
keluarganya dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Pada suatu hari, kejadian yang tidak terduga terjadi apabila Pak Mat jatuh sakit akibat
terlalu kuat bekerja keras demi menyara keluarganya dan dalam masa yang sama dia
turut merindui arwah Mak Andak yang selalu menjadi pembakar semangat untuk
teruskan hidup. Meskipun Pak Mat kelihatan tabah,kuat dan reda dengan pemergian
isterinya, namun Pak mat ternyata tidak mampu untuk menyembunyikan kesedihan
dan kesunyian yang dirasainya ketika ini sehingga jatuh sakit. “Abang rindu sangat
dengan Andak. Abang tak kuat lagi tanpa Andak di sisi abang yang selalu bagi kata-
kata semangat dan selalu ada dengan abang ketika susah atau senang. Tapi tak
mengapalah, Allah lebih sayangkan Andak. Abang reda dengan apa yang berlaku dan
cuba untuk terima kenyataan ini walaupun perit.” luah Pak Mat sambil mengelap sisa
air mata yang bercucuran di pipi. Tanpa Pak Mat sedar, Yusof dalam diam
menyaksikan detik ayahnya menangis apabila teringatkan ibunya. Hati Yusof luluh
apabila mengetahui punca ayahnya jatuh sakit sehingga tiada kudrat untuk bekerja
mencari rezeki untuk keluarganya. Saat itu, Yusof bertekad di dalam hati untuk
menggantikan ayahnya sebagai tulang belakang keluarga yang akan menyara
keluarga. “Aku mesti mencari kerja untuk menampung kos perubatan ayah dan kos
perbelanjaan sekolah Aina. Jika aku tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab
ini, siapa lagi yang boleh diharapkan. Aina masih kecil dan perlu bersekolah.” Getus
yusof di dalam hatinya. Yusof merasakan dia perlu menjalankan tanggungjawab yang
satu itu kerana dia anak lelaki sulung dalam keluarga. Perasaan membuak-buak untuk

menolong Pak Mat dalam meneruskan kehidupan seperti biasa menunjukkan Yusof
seorang anak yang baik dan juga seorang abang yang amat bertimbang rasa apabila
dia sanggup berkorban untuk bekerja dan meninggalkan pembelajaran supaya
adiknya dapat belajar dengan selesa. Setelah tekad dengan keputusannya, Yusof
segera menyatakan hasratnya kepada Pak Mat untuk bekerja dan hal ini sama sekali
tidak disetujui oleh Pak Mat kerana dia bimbang Yusof akan mengabaikan
tanggungjawab utamanya sebagai seorang anak iaitu belajar akibat sibuk mencari duit
demi sesuap nasi. Namun begitu, Yusof memujuk Pak Mat serta menjelaskan bahawa
dia akan cuba untuk seimbangkan antara belajar dengan bekerja. Usai menyatakan
niatnya, Pak Mat dengan berat hatinya memberi keizinan kepada Yusof untuk bekerja
kerana dia berfikiran bahawa tiada siapa yang dapat menyara keluarganya jika bukan
anak lelakinya, Yusof kerana dia sendiri sudah tidak larat bekerja.

Sejak Pak Mat jatuh sakit dan tidak mampu lagi bekerja, Yusof menjaga ayahnya
bagai menatang minyak yang penuh. Dia membantu Pak Mat untuk menguruskan
diri kerana keadaan Pak Mat yang tidak larat dan terbatas untuk bergerak dengan
bebas. Setiap hari sebelum pergi sekolah, Yusof akan mandikan Pak Mat dan
menyiapkan segala keperluan yang cukup untuk tempoh seharian dan sepanjang
ketiadaan dia di rumah. Yusof menjaga Pak Mat dengan seikhlas hatinya sebagai
tanda membalas jasa baik kedua ibu bapanya sejak dari kecil lagi. Setelah itu, Yusof
dan Aina akan bergerak ke sekolah dengan berjalan kaki kerana jarak rumah mereka
dan sekolah tidak jauh. Tamat waktu persekolahan, Yusof akan segera menuju ke
sebuah restoren iaitu tempat dia bekerja. Yusof bekerja sebagai pelayan di restoren
itu sehingga lewat malam malah jika berkesempatan, yusof akan melakukan kerja
separuh masa seperti membasuh pinggan untuk memperoleh duit poket yang lebih
agar dapat membeli ubat-ubatan untuk ayahnya.

Akibat terlalu bekerja keras untuk menyara keluarga, Yusof sedikit sebanyak
mengabaikan pembelajaran. Hal ini mendapat perhatian guru subjek Matematik yang
sering kali mengambil berat berkenaan Yusof iaitu Cikgu Amrina. Cikgu Amrina sering
memerhati Yusof yang kelihatan selalu mengantuk di dalam kelas dan hilang fokus
waktu belajar. Cikgu Amrina yang menyedari hal ini terlebih awal segera mengambil
tindakan kerana tidak mahu Yusof terus lalai sehingga keputusan peperiksaannya
merosot. Setelah puas berfikir, Cikgu Amrina mengadakan perjumpaan dengan Yusof

di bilik kaunselingnya. Cikgu Amrina tanpa membuang masa terus menanyakan Yusof
beberapa soalan termasuk soalan peribadi yang melibatkan keluarga. “kamu okay ke
Yusof? Kamu ada apa-apa masalah ke? Saya risau tengok kamu nampak tidak
bersemangat waktu belajar dalam kelas. Kalau kamu ada masalah kamu boleh
beritahu saya. Saya akan cuba untuk bantu kamu.” Setelah disoal dengan pelbagai
persoalan, Yusof tetap dengan pendirian untuk tidak menyusahkan orang lain atau
melibatkan orang lain dalam masalahnya dan menafikan bahawa dia sememangnya
ada masalah yang dihadapi. Sesudah berjaya menyakinkan Cikgu Amrina bahawa
dirinya tiada masalah dan tidak memerlukan sebarang pertolongan, Yusof segera
meminta diri untuk kembali ke kelas.

Hari berganti hari, Yusof tetap gigih bekerja di restoren itu walaupun kejadian yang
berlaku di sekolah tempoh hari agak menganggu fikirannya. Dia berfikir ada betulnya
kata Cikgu Amrina bahawa dia telah meletakkan pembelajaran ke tepi dan bukan lagi
sebagai keutamaannya. Yusof berasa agak terkilan kerana terpaksa berbuat demikian
kerana sekarang keutamaannya telah berubah kepada keluarganya. Saban hari dia
terfikir jika dia tidak bekerja mencari rezeki untuk menampung keluarga,siapa lagi
yang boleh diharapkan. Keluarga mereka juga tiada saudara mara yang dapat
membantu meringankan beban sekurang-kurangnya dengan menghulurkan duit untuk
perbelanjaan harian. Tambahan pula, Pak Mat tidak suka mengambil kesempatan di
dalam kesempitan serta menyusahkan orang lain selagi dia berdaya untuk memerah
kudrat yang masih ada. Oleh hal yang demikian, Yusof mengambil keputusan yang
merisikokan dirinya di mana dia terpaksa mengorbankan cita-citanya untuk belajar
dengan bersungguh-sunggh.

Sewaktu termenung di meja restoren itu, Yusof disapa oleh seorang wanita yang amat
dikenalinya. Wanita tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Cikgu Amrina yang
singgah ke restoren itu untuk membeli makanan. Namun, Cikgu Amrina dapat
mengecam susuk tubuh Yusof dalam kawasan restoren itu. Alangkah terkejutnya
Yusof apabila dia berdepan dengan Cikgu Amrina yang diasak dengan seribu satu
persoalan apabila melihat Yusof dalam keadaan memakai apron. Kemudian setelah
beberapa minit bertentang mata, segala persoalan yang bermain di minda Cikgu
Amrina kini terjawab dan berhubung antara satu sama lain. Akhirnya rahsia Yusof
terbongkar apabila Cikgu Amrina mengetahui bahawa Yusof bekerja di restoren

tersebut dan disebabkan itu Yusof penat sehingga kelihatan tidak bermaya di dalam
kelas. Yusof jujur dan akur setelah didesak dengan memberitahu Cikgu Amrina sebab
dan mengapa dia berbuat demikian.

Selepas mengetahui kebenaran tersebut, Cikgu Amrina mengambil inisiatif dalam
usaha untuk memberi bantuan kepada keluarga Yusof baik dari segi kewangan atau
barang-barang keperluan rumah. Cikgu Amrina telah menjadi wakil keluarga Yusof
dalam memohon Bantuan Prihatin Rakyat dengan harapan bantuan ini sedikit
sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Yusof dan
sekaligus Yusof tidak perlu bekerja keras lagi untuk menyara keluarga bahkan dia
dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran. Cikgu Amrina
turut mengadakan kutipan dana untuk murid yang layak menerimanya dan
menyumbangkan sebahagian hasil kutipan tersebut kepada keluarga Yusof. Akhir
sekali, permohonan bantuan tersebut diluluskan juga dan berita gembira ini
disampaikan kepada keluarga Yusof dengan serta merta. Yusof agak terkejut apabila
diberitahu berita tersebut dan dia tidak putus mengucapkan kata syukur dan
penghargaan kepada Cikgu Amrina kerana telah membantunya di samping
menyampaikan permohonan maaf kerana dia berasa telah menyusahkan orang di
sekelilingnya. Dalam pada itu, Pak mat amat bersyukur kerana cikgu Yusof amat peka
dan bertimbang rasa dengan keadaan keluarganya walhal orang lain langsung tidak
memandang keluarga mereka apatah lagi untuk menolong.

KESANTUNAN BAHASA

PANTUN
Daun nipah daun palas,
Pokok rotan menjalar tinggi,
Orang mulia tidak malas,
Menjadi ingatan di dalam hati.

PERIBAHASA
-Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
-Tulang belakang
-Bagai menatang minyak yang penuh
-Kerja keras

PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI
-saya (pertama)
-ayah (keluarga)
-adik (keluarga)
-ibu (keluarga)


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Cape Cods as of 11June2022
Next Book
เล่ม5